You are on page 1of 15

KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU

KERTAS KERJA

PEMBINAAN SURAU AL-MAKMUR DI TAMAN PUTRA PRIMA PUCHONG MUKIM


DENGKIL DAERAH SEPANG SELANGOR DARUL EHSAN

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Pembinaan Surau Tamanputra Prima D/A No 41, Taman Putra Prima,
41000 Puchong, Selangor Darul Ehsan

KANDUNGAN HALAMAN

Mukadimah 3
Objektif 4
Rasional 4
Ahli jawatankuasa pembinaan surau Taman Putra Prima 5
Fasa-fasa pembinaan 6-7
Cadangan pembinaan surau Taman Putra Prima 8-9
Kos pembinaan 10
Pelan tapak surau Taman Putra Prima lampiran
Pelan bangunan surau Taman Putra Prima lampiran
Kelulusan dari pihak berkuasa lampiran
Penutup 11
MUKADIMAH
Taman Putra Prima merupakan sebuah taman perumahan baru yang terletak di Puchong,
Selangor. Jumlah keseluruhan unit premis bangunan ialah sebanyak 1320 buah rumah kediaman.
Jumlah penduduk yang telah menetap di taman ini dianggarkan seramai 350 orang yang
keseluruhannya beragama Islam.
Oleh yang demikian, timbul keperluan kepada sebuah tempat ibadat untuk kegunaan para
penduduk. Buat masa sekarang, penduduk menggunakan sebuah kedai berhampiran Taman Mas
Puchong , 41000 – Puchong, Selangor untuk tujuan solat berjemaah dan aktiviti keagamaan yang
lain.
Melihat kepada perlunya sebuah tempat ibadah yang khusus dan selesa kepada semua
penduduk, satu jawatankuasa bertindak dilantik khusus bagi maksud mewujudkan sebuah surau di
dalam taman perumahan ini.
Keperluan yang mendesak terhadap kewujudan sebuah tempat beribadah seperti surau
yang sesuai bagi membangun dan menghidupkan roh keagamaan bersifat kerohanian yang boleh
menjadi tunjang dan pedoman hidup penghuni Islam di taman ini. Kewujudannya juga akan
menarik dan menggalakkan individu Islam ke arah mendekatkan diri dengan agama di samping
memupuk /membina akhlak yang baik.
Maka kertas kerja ini disediakan sebagai memberi gambaran kesungguhan dan komitmen
jawatankuasa yang dibentuk iaitu Jawatankuasa Pembinaan Surau Taman Putra Prima untuk
merealisasikan hasrat tersebut. Kertas kerja ini akan memberi maklumat lengkap pembinaan surau
yang dimaksudkan.
Sehubungan dengan itu, dengan rasa penuh hormat dan rendah diri pihak Jawatankuasa
Pembinaan Surau Taman Putra Prima berharap kepada sumbangan pihak-pihak yang ingin
memberikan sumbangan berupa kewangan dan sebagainya demi tercapainya cita-cita seluruh
penduduk di perumahan Taman Putra Prima ini.
OBJEKTIF

“Mewujudkan satu tempat ibadah untuk keperluan jemaah penduduk Taman Putra Prima Puchong
serta memudahkan sebarang aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan selesa selaras dengan
tuntutan Islam”

RASIONAL

0179705945
Ketiadaan surau di dalam kawasan perumahan Taman Putra Prima termasuk Taman berdekatan
contohnya Taman Mas Puchong.

Memiliki tapak yang amat sesuai dibangunkan sebuah surau dan telah mendapat kelulusan pelan
dari Majlis Perbandaran Sepang (salinan pelan dikepilkan).

Keperluan penduduk yang mendesak dan memerlukan tempat beribadat yang sesuai, baik dan
selesa.

Program aktiviti keagamaan yang dirancang akan dapat dijalankan dengan lebih teratur

Kedudukan masjid berdekatan iaitu Masjid Al-Hidayah Kampung Sri Aman( Majlis Daerah
Subang Jaya) ialah 3 kilometer daripada Taman Putra Prima dan dipisahkan dengan dua (2) jalan
besar dan parit di mana atas faktor-faktor keselamatan boleh menimbulkan kesukaran dan
kebimbangan terhadap jemaah kanak-kanak dan golongan wanita untuk menyertai sebarang
aktiviti keagamaan.

Taman Putra Prima ialah sebuah taman perumahan baru dalam suasana Taman Perumahan.

Penduduk Islam Taman Putra Prima menggunakan dan berkongsi dengan Taman Mas Puchong
dan bersaiz kecil.
Mempunyai modal awal sebanyak RM………………………. khusus untuk pembinaan surau
sebagai janji dari pemegang amanah tuan tanah.

AHLI JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU TAMAN PUTRA PRIMA

PENASIHAT :

PENGERUSI : DATO’ SYED AHMAD HUSSEIN

TIMBALAN PENGERUSI : DR

SETIAUSAHA :MUHAMMAD YASSER ABDUL AZIZ

PENOLONG SETIAUSAHA :

BENDAHARI : MOHD HISHAM

AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA
PENTADBIRAN : Sdr EZAM / Sdr Syamsul Azri

PEMERIKSA KIRA-KIRA : Sdr FAIZ

KONTRAKTOR/PEMBINAAN/ ARAH QIBLAT :Sdr Ali Ismail

AHLI JAWATANKUASA DERMA/SUMBANGAN : Sdr Mohideen

PENYEDIAAN DOKUMENTASI

Sdri Hasliza Abu Hassan Asaari / Sdri Zuraida

FASA PEMBINAAN
Terdapat empat (4) fasa-fasa pembinaan yang telah diatur untuk pembinaan Surau Taman Putra
Prima iaitu:

FASA 1
Menjalankan urusan-urusan rasmi dengan pihak-pihak kerajaan dan pihak berkuasa seperti:
Pengurusan gazet tanah dan tapak surau dari Majlis Perbandaraan Sepang dan kelulusan
Pengurusan permohonan Penentuan Arah Qiblat dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Selangor dan
kelulusan
Pengurusan permohonan kebenaran membina surau dan kebenaran memohon derma dari Jabatan
Agama Islam Selangor dan kelulusan
Pengurusan memohon pengecualian cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri dan kelulusan
Penyediaan Dokumentasi Kertas Kerja Pembinaan Surau Taman Putra Prima.
Pengurusan pemilihan dan perlantikan kontraktor pembinaan

FASA 2
Pengurusan memohon derma dari penduduk Taman Putra Prima
Pengurusan memohon derma dari Lembaga Zakat Selangor, Kumpulan Dana Wakaf dan Baitumal
Selangor
Pengurusan memohon derma dari tokoh-tokoh korporat
Pengurusan memohon derma dari syarikat dan majikan
Pengurusan Resit dan senarai derma
Pengurusan rekod dan pengauditan

FASA 3
Pembinaan Surau Taman Putra Prima
Pemantauan dari Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan AJK terlibat

FASA 4
Pengurusan kelengkapan prasarana dan peralatan Surau Taman Putra Prima
Pengurusan perasmian Surau Taman Putra Prima

CADANGAN PEMBINAAN SURAU TAMAN PUTRA PRIMA


SPESIFIKASI SURAU TAMAN PUTRA PRIMA
BIL
PERIHAL
KEPERLUAN DAN CATATAN

1. Kapasiti jemaah
350 orang jemaah

2.Jenis bangunan
Bangunan satu tingkat

3.Keluasan bangunan
2500 kaki persegi ( 50 X 50 ) kaki

4.Keluasan dewan bangunan solat


1200 kaki persegi ( 30 X 40 ) kaki

Struktur
Konkrit tetulang

6. Binaan bangunan
Batu bata berplaster ( reinforce )

7. Kemasan dinding
Lepaan simen ( plaster luar dan dalam )

8.Bumbung
Concrete tile and Metal deck (Kerangka bumbung jenis kayu/besi )

9. Siling 2 X 4 asbestos

10. Kemasan cat Emulsion - kelas sederhana putih

11. Pintu - Pintu gelungsur aluminium

12. Tingkap - Tingkap aluminium berkaca jernih

13.

a.dewan solat – karpet

b. teres koridor – jubin seramik

c. bilik imam – karpet

Kemasan lantai
d. bilik bilal – karpet

e. bilik siak – karpet

f. stor barangan – karpet

g. teres keliling – lepaan simen


14

a. tangki simpanan air

b. tandas lelaki – 2 unit

Bilik air/Wudhu’
c. tandas perempuan – 2 unit

d. tempat wudhu’ lelaki – 10 unit

e. tempat wudhu’ perempuan – 5 unit

BIL PERIHAL
KEPERLUAN DAN CATATAN

Single phase – 60 Amphere ( punca utama )

a. punca lampu – double fluorescent with reflector


Pendawaian letrik
b. punca kipas – kipas siling dan dinding

c. punca kuasa 13A – domestik

d. punca kuasa 15A – penyaman udara

a. longkang –

i. 6 inci dalam

ii.8 inci lebar

iii.bentuk U

b. salur air

i. UPVC gutter

c. pagar
Lain-lain
i. keliling kawasan pelan tapak

kelengkapan
d. pintu pagar

i. pintu utama

ii.2 pintu kecil

e. halaman surau

i. Pokok bagi menghijau kawasan Surau

ii. Papan Notis

iii. menurap semua kawasan halaman surau dengan batu tar

KOS PEMBINAAN

Kos keseluruhan pembinaan Surau Taman Putra Prima ialah:


RM250,000.00

( Ringgit Malaysia: Dua Ratus Lima Puluh Ribu Sahaja )

SUMBANGAN

Sebarang sumbangan hendaklah ditulis atas nama:

SURAU TAMAN PUTRA PRIMA PUCHONG SELANGOR

PELAN TAPAK SURAU TAMAN PUTRA PRIMA

Seperti lampiran yang disertakan

PELAN BANGUNAN SURAU TAMAN PUTRA PRIMA

Seperti lampiran yang disertakan

KELULUSAN-KELULUSAN DARI PIHAK BERKUASA


Seperti lampiran yang disertakan

PENUTUP

Pembinaan Surau Taman Putra Prima ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh
semua penduduk di taman ini. Kewujudan surau ini melambangkan pemuafakatan yang terjalin
antara sesama penduduk, agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dan juga para
penyumbang yang mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata.

Sumbangan dari pihak penderma amatlah dialu-alukan demi mencapai impian para penduduk.
Pihak jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya dan sepenuh hati berusaha agar pembinaan
Surau Taman Putra Prima ini dapat disegerakan demi kesejahteraan penduduk.

Pihak jawatankuasa pembinaan Surau Taman Putra Prima mengucapkan setinggi-tinggi


penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan hasrat
murni ini. Sumbangan yang disalurkan semoga mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Allah
SWT di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Sekian.

Disediakan oleh:

JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU TAMAN PUTRA PRIMA


No 41, Jalan PP5/13,

Taman Putra Prima,

41000 – PUCHONG,

SELANGOR DARUL EHSAN

BIL NAMA JAWATAN TELEFON


TANDA TANGAN

DATO’ SYED AHMAD HUSSEIN


PENGERUSI
012-4020613

TIMB. PENGERUSI

MUHAMMAD YASSER ABDUL AZIZ


SETIAUSAHA
012-3720400

You might also like