You are on page 1of 1

Menggalakkan Masyarakat Makan Buah-buahan Tempatan

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha menggalakkan masyarakat makan buah-


buahan tempatan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami iklim yang panas dan lembap
sepanjang tahun ini, disebabkan ia terletak pada kawasan Khatulistiwa. Iklim yang stabil
sepanjang tahun ini membolehkan penanaman pelbagai jenis tanaman buah-buahan, yang
dinamakan buah-buahan tropika. Buah-buahan di Malayisa boleh dikelaskan kepada dua
kategori, iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Sebahagian daripadanya ditanam
secara komersial untuk menambahkan hasil pendapatan negara, dan sebahagian lagi adalah
ditanam untuk kerperluan penduduk tempatan, dan ini dikenali sebagai buah-buahan tempatan.

Kita akui buah-buahn tempatan amat lazat dan berkhasiat, namun tidak semua orang
suka memakannya, terutamanya kanak-kanak kerana sudah terbiasa memakan buah-buahn
import. Untuk memastikan semua peringkat umur suka memakan buah-buahn tempatan,
hidangan buah-buahn tersebut perlu dalam pelbagai bentuk. Sekarang buah-buahan boleh
dinikmati dalam bentuk jus dan dalam bentuk kepingan sudah dikeringkan. Jika dalam bentuk
jus, pati buah-buahan tertentu boleh dinikmati tanpa mengira waktu.

Kerajaan perlu mengadakan kempen secara berterusan. Kempen seumpama ini telah
dijalankan sejak 1972 oleh pelbagai agensi termsuklah Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (FAMA). Menerusi kempen yang dijalankan, masyarkat akan mengetahui
kepentingan makan buah-buahn tempatan. Promosi dan kempen yang dijalankan telah
membantu para pengusaha memasarkan hasil tanaman mereka. namun, alangkah lebih baik
jika kempen ini mendapat kerjasama yang padu dan para guru, kerana kata-kata guru sering
menjadi azimat yang mampu mempengaruhi anak didiknya.

Masyarakat masih menganggap buah-buahan tempatan memberi impak yang negatif.


Sebagai contoh, makan buah rambutan dikatakan boleh menyebabkan batuk. Hal ini berlaku
kerana makan dalam jumlah yang banyak. Jika masyarkat didedahkan dengan khasiat makan
buah-buahan tempatan, sudah pasti masyarakat tidak ragu-ragu untuk memakannya. Sebagai
vontoh buah belimbing dapat merawat penyakit kencing manis kerana buah belimbing yang
dimakan dapat menurunkan paras gula. Manakala tembikai kaya dengan vitamin A dan C,
asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam
perubatan.

Sebagai kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan. Buah-buahan


yang segar boleh diperoleh di kedai ditepi jalan dan juga pasar raya besar. Kini, buah-buahan
tempatan dihidangkan di hotel lima bintang. Sesungguhnya kita perlu makan makanan yang
baik, seperti dijelaskan oleh Moliere, “Aku hidup daripada makanan yang baik, bukan
daripada kata-kata yang indah.” Jadi, kita perlu makan makanan yang baik, antaranya buah-
buahan tempatan. Jika bukan kita yang memakannya, siapa lagi yang boleh kita harapkan.

You might also like