You are on page 1of 1

CAKOI GEBU

Bahan-bahan: ½ kg tepung
1 bungkus yis mauripan (11g)
2 sudu besar gula
2 sudu besar planta
2 sudu besar susu pekat
1 biji telur
1 sudu teh garam

Cara Membuatnya:
 Pertama, masukkan mauripan dalam mangkuk. Masukkan air ½ cawan. Biarkan dalam 10-15
minit bagi dia kembang dan berbuih-buih.
 Apabila mauripan sudah berbuih-bui, cepat-cepat blend telur sampai kembang cantik.
Kemudian gula dan garam kacau di dalam cawan yang berisi ½ cawan air suam.
 Ambil besen. Masukkan tepung, planta, susu, bancuhan gula & garam yang sudah larut, telur
yang sudah siap diblend kembang dan campuran yis mauripan. Masukkan air suam ½ cawan
dulu. Uli perlahan-lahan.kalau kurang, tambah air suam sikit-sikit. Uli sampai tepung jadi doh
yang lembut.
 Bulat-bulatkan doh itu. Rendis sedikit air kat atas doh. Tutup rapat-rapat guna tuala lembap.
Biarkan dalam 2 jam. Setiap 30 minit bila doh dah kembang naik gebus, tumbuk-tumbuk dan
bulatkan smula. Ulang sehingga cukup 24 jam)
 Cukup 2 jam, bolehlah dipotong ikut cara macam orang jual kat pasar malam. Potong petak-
petak, selepas itu bahagi 2, jangan sampai putus.
 Selepas itu, tarik adunan sebelum masuk minyak panas. Goreng sehingga cakoi kelihat
kekuningan baru diangkat dan ditoskan.

You might also like