You are on page 1of 3

PENYAMPAI : DR KAHAR KATEGORI: UCAPAN

PERASMIAN

TARIKH : 08 MEI 2017 (8AM-5PM) HARI : ISNIN

MAJLIS : MAJLIS PERASMIAN


SABAH ORTOPAEDIC UPDATE COURSE 2017

TEMPAT : AUDITORIUM & BILIK SEMINAR 1&2


HOSPITAL QUEEN ELIZABETH KOTA KINABALU,SABAH.

TEKS UCAPAN PENUH :

Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa


Terima kasih Saudara / saudari Pengerusi Majlis,

Yang Berusaha,Pengarah Hospital Queen Elizabeth DR Heric Corray,Ketua


Jabatan dan Pakar-pakar Perunding Ortopedik Hospital Queen Elizabeth
selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur,

Jawatankuasa penganjur bersama jkns dan

Jawatankuasa penganjur Jabatan orthopedik, serta Warga kerja Hospital


Queen Elizabeth

Hadirin sekalian,
1. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita
bersama-sama hadir pada Majlis Perasmian Kursus SABAH
ORTHOPAEDIC UPDATES 2017 pada pagi ini sepertimana yang telah
dirancangkan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa
Penganjur, Jabatan orthopedik Hospital Queen Elizabeth kerana telah
menjemput saya untuk merasmikan kursus Sabah Orthopaedic
Updates Course 2017 yang buat julung kalinya diadakan ini.

2. Adalah menjadi kebanggaan kita, apabila profesional kesihatan kita


bukan saja memiliki kemahiran yang tinggi iaitu “science of medicine”
tetapi pada masa yang sama juga mempunyai nilai integriti yang luhur,
inilah yang kita namakan sebagai “art of medicine”. Berbekalkan
kedua-dua ciri inilah yang nantinya akan menaikkan imej profesion kita
di mata rakyat iaitu we delight the customer with our expert
knowledge, excellent skills and a heart of gold.

3. Objektif
~Kursus ini bertujuan untuk mengkaji semula prinsip ortopedik
utama dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan,dan skill
dalam penjagaan pesakit.

~Memberi update dan pendedahan kepada rakan profesional


untuk lebih menguasai keperluan perubatan ortopedik, secara
menyeluruh dalam penilaian mutlidsiciplinary dan pengurusan
pesakit muskuloskeletal.

~Untuk mengemaskini dan menyeragamkan pengetahuan dan


amalan mengenai pengurusan pesakit muskularskeletal di sabah
dalam penjagaan kesihatan primer.
~Serta meningkatkan kualiti pengurusan kes-kes ortopedik dalam
perkhidmatan kesihatan daerah

Hadirin yang dihormati sekalian,

4. Sebelum mengakhiri ucapan saya, tahniah diucapkan kepada


Jawatankuasa Penganjur yang bertungkus lumus merealisasikan
program ini. Syabas atas komitmen dan kerjasama networking yang
ditunjukkan oleh Jabatan ortopedik Hospital Queen Elizabeth Kota
kinabalu dan Persatuan Ortopedik Sabah.Kepada peserta kursus
diucapkan selamat berkursus.

5. Akhir kata, saya, dengan ini, berbesar hati merasmikan kursus


‘’SABAH ORTHOPAEDIC UPDATES COURSE 2017’’

dengan temanya pada tahun ini ialah


‘’MANAGING COMMON ORTHOPAEDIC CONDITION’’

Sekian, terima kasih

You might also like