You are on page 1of 1

SINOPSIS CERITA 'HUHALAND TAMAN AJAIB'

OLEH : NOR HAZIQAH BTE ROSLI

HUHALAND bukan sebuah taman biasa. Huhaland didiami oleh kanak-kanak


dan haiwan sahaja. Bukan mudah hendak memasuki Huhaland, bahkan tiada jalan
keluar dari Huhaland. Di Huhaland, kanak-kanak dan haiwan saling membantu dan
bergantung hidup antara satu sama lain.
Segalanya aman dan tenang, di bawah pemerintahan Raja Umon, seekor singa
yang tegas tetapi adil. Pada suatu hari, Taman Huhaland, telah dikunjungi oleh Mamba.
Mamba ialah seekor ular jahat yang menyamar sebagai Madna, iaitu sepupu kepada
Wini yang juga merupakan seekor ular.

Kehadirannya mahu memporakporandakan Huhaland. Pada suatu malam,


Mamba telah meminum ubat ajaib dan bertukar warna menyerupai warna sisik Madna.
Kemudian, Mamba memusnahkan ladang buah-buahan Opi iaitu seekor orang utan.
Kupa seekor kura-kura dan Jali seorang budak lelaki yang secara kebetulan melalui
ladang Opi telah terlihat segala kemusnahan yang dilakukan oleh Mamba yang
disangkanya Madna.

Pada keesokan harinya, Huhaland telah digemparkan dengan kejadian yang


menimpa ladang milik Opi. Pertemuan bersama Raja Umon telah diadakan bagi
mencari dalang yang bertanggungjawab memusnahkan ladang Opi. Mamba, Madna
dan Wini telah dipanggil menghadap Raja Umon.

Mereka yang berada disitu terkejut apabila melihat terdapat dua Madna. Madna
telah dituduh merosakkan ladang Opi. Tetapi, Madna menyangkal tuduhan tersebut.
Mamba turut menyangkal tuduhan tersebut. Namun, Raja Umon yang adil, telah
menanyakan soalan yang akhirnya berjaya memerangkap Mamba. Kemudian, sisik
Mamba telah bertukar kepada warnanya yang asal. Dia cuba melarikan diri tetapi tidak
berjaya dan Mamba terperangkap di Huhaland buat selama-lamanya.

You might also like