You are on page 1of 2

SUSUN PLOT DI BAWAH MENGIKUT SUSUNAN YANG BETUL

Binjah bertengkar dengan Tuk Sibat kerana penduduk di kaki Bukit Ungu enggan berpindah. Orang-orang Binjah
membakar pondok-pondok penduduk di situ. Tembakan yang dilepaskan oleh Binjah telah mengenai bahu Dodo.
Talia menjerit memanggil Raksasa qadqad. Kemudian ratusan raksasa qadqad datang dan menyerang. Para
penduduk lari ke puncak bukit kecuali Binjah dan orang-orangnya.

Talia ialah seorang kanak-kanak daripada keturunan orang Asli yang tinggal di hutan Bukit Ungu. Dia telah bertemu dengan raksasa Qadqad.
Raksasa yang rupanya seakan-akan katak tetapi bertanduk itu sebesar kepala Talia. Raksasa tersebut cedera. Talia telah membantu merawatnya
dengan pucuk daun dalat. Kemudian makhluk itu melompat lalu hilang di hutan. Pada mulanya ibu bapa Talia iaitu Dodo dan Misa tidak
mempercayai cerita Talia tentang raksasa tersebut, tetapi selepas beberapa ahi suku mereka sering terserempak dengan makhluk itu, barulah ibu
bapa Talia mempercayainya. Menurut mereka makhluk itu sebesar dua kali kepala mereka. Makhluk itu dipanggil Qadqad kerana bunyi istimewa
yang dihasilkan oleh makhluk tersebut.Tempat tinggal penduduk orang Asli yang sentiasa berpindah-randah kali ini agak istimewa. Tanahnya
berbau warna ungu amat subur dan menggemukkan padi mereka.

Binjah dan orang-orangnya telah terbunuh. Penduduk kembali ke kaki bukit setelah keadaan selamat. Polis tiba di
tempat kejadian namun tidak dapat berbuat apa-apa. Selepas itu, raksasa qagqad hilang dan tidak muncul lagi.

Suatu hari adik lelaki Talia iaitu Jini menghidap demam. Bapanya Dodo membawa mereka sekeluarga ke hospital kerana demam Jini semakin teruk. Mereka sekeluarga
bercadang menumpang kereta api yang datang dan pergi untuk mengangkut bijih ke bandar. Ketika hampir tiba di stesen kereta api, mereka telah disergah oleh Tuan
Binjah. Tuan Binjah telah memarahi mereka yang ingin menumpang kereta api untuk ke bandar. Ketika itu Sidek, pemandu kereta api telah melaporkan kepada Tuan
Binjah bahawa kem-kem balak milik mereka di timur telah diserang oleh raksasa Qadqad. Raksasa qaqqad menyerang stesen kereta api tetapi keluarga Talia selamat.
Mereka diserang kerana sebatang pokok balak yang ditebang telah menghempap sarang keluarga empat ekor raksasa Qadqad. Bukan itu sahaja, mandur kem balak juga
telah menetak mati kesemua raksasa yang cedera. Tiba-tiba mereka telah diserbu oleh raksasa hijau kuning yang melompat tinggi dari hutan. Mereka dan pekerja
lombong yang berada di situ melarikan diri menuju ke sebuah bangunan yang terletak di tepi lombong. Seekor raksasa Qadqad telah mendarat di bahu Dodo yang
belum sempat masuk ke dalam bangunan. Apabila makhluk itu ternampak Talia, makhluk Qadqad itu mengeluarkan bunyi dan berbicara dengan makhluk Qadqad yang
lain. Talia mengenali makhluk Qadqad tersebut kerana Talia pernah membantu makhluk itu. Dengan tidak disangka makhluk Qadqad yang banyak itu telah beredar
meninggalkan mereka. Tuan Binjah berasa pelik dengan keistimewaan Talia yang menyebabkan makhluk raksasa yang menyerang mereka beredar. Melihat sahaja
benda berwarna ungu di atas kepala Talia, Tuan Binjah terus bertanya hal tersebut kepada bapanya. Dodo memaklumkan kepada Tuan Binjah bahawa benda itu
merupakan tanah.

You might also like