You are on page 1of 7

1

Arahan: Jawab semua soalan dalam bahagian A, Bahagian B,Bahagian C dan satu soalan
bahagian D .
BAHAGIAN A
(25 markah)

1 Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan


kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan.Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

i. Setiap hari Aminah bangun dari tidur pada pukul 6.00 pagi .

____________________________________________________

ii. Penggunaan pelbagai perencah termasuklah cili sos dapat menyedapkan rasa
masakan.

____________________________________________________

iii. Kerja-kerja memperdalamkan longkang itu dijalankan bagi mengelakkan banjir.

____________________________________________________

iv. “Sudah lama hamba menunggu kedatangan awak,”kata Hang Nadim.

____________________________________________________
(8 markah)

2 Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan
betulkan kesalahan tersebut.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Remaja itu menonton basikal yang rosak itu ke sebuah bengkel.

____________________________________________________

ii. Di negara-negara maju keretapi merupakan pengangkutan awal pilihan utama


para penduduknya.

____________________________________________________

iii. Abang berjanji untuk mengambil adik di stesyen bas Ipoh. (3 markah)

3 Tukarkan ayat –ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksudnya.

i. Ayah memanggil adik yang sedang bermain badminton di halaman rumah.

__________________________________________________________________

ii. Kami menyiapkan semua tugasan yang telah diberikan oleh guru.
2

__________________________________________________________________

iii. Pakar bedah telah menyampaikan taklimat ringkas tentang prosedur pembedahan
kepada para doktor pelatih di hospital itu.

__________________________________________________________________

_________________________________________________________________
iv. Guru baharu itu mengajarkan mata pelajaran Sejarah.

__________________________________________________________________

v. Mereka yang banyak membaca dapat menimba ilmu pengetahuan yang luas.

_________________________________________________________________

(10 markah)

4 Lihat gambar di bawah dengan teliti,kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai
dengan gambar tersebut.

(i)

_______________________________________________________________

(ii)

_______________________________________________________________
3

BAHAGIAN B

[30 markah]

5 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

"Sejak dia lahir, semuanya jadi haru-biru. Perniagaan aku lingkup. Banyak kecurian
yang berlaku. Hidup aku tak tenang dan kerana dialah Lim Foong meninggal dunia." Walau
apa-apa pun, Lim Pooi tetap menyalahkan Lim Meng.

"Bukan," tegah Sim Pau yang mula bersuara semula setelah terdiam hampir lima
belas minit. Lim Pooi terkejut. Dia mula memperlahankan ayunan kerusi malasnya. Lim Pooi
terkejut dengan bantahan Sim Pau. Sim Pau sudah berani bersuara. Sim Pau sudah berani
menentang cakap-cakapnya. Sim Pau bukan lagi perempuan yang lemah lembut seperti yang
dikenalinya sebelum ini. Sim Pau juga sudah tidak menghormatinya lagi.

"Lim Foong meninggal dunia bukan kerana Lim Meng. Lim Meng tak bersalah."
Habis suara Sim Pau menjerit. Dia mahu membela anak perempuannya itu yang selama ini
teraniaya oleh ego seorang bapa yang tidak mahu menerima hakikat. Sebelum ini dia
sekadar diam. Dia hanya menurut kata-kata Lim Pooi. Sampai bila? Dia bukannya mahu
menegakkan benangyang basah tetapi dia mahu menyedarkan Lim Pooi yang terlalu
mengikut perasaan. Egonya membabi buta hinggakan Lim Meng terpaksa keluar dari rumah
itu. Kalau Lim Meng tak keluar dari rumah itu, Lim Pooi akan membuat laporan polis dan
mengatakan bahawa pembunuh Lim Foong ada di rumahnya. Hingga begitu sekali Lim Pooi
marah akan Lim Meng.

"Habis kau nak cakap Lim Foong meninggal dunia kerana lemas? Semua orang tahu
Lim Foong meninggal dunia kerana selamatkan Lim Meng. Jadi, Lim Menglah
penyebabnya." Lim Pooi masih tidak mahu mengalah. Dia tetap dengan pendirian dan
keputusan yang telah diambil. Lim Meng yang sepatutnya bertanggungjawab. Dia telah
banyak memberi muka kepada Lim Meng. Kalau tidak, dia sudah kerjakan Lim Meng itu
hingga lumat. Dia tidak teragak-agak untuk menyumbat Lim Meng ke dalam lokap
seandainya Lim Meng tidak keluar dari rumahnya itu.

"Kalau dia ada sekarang ini tentu dah besar. Boleh tolong aku jaga kedai." Lim Pooi
meratus sambil tangannya mengusap-usap bingkai gambar yang terpampang gambar Lim
Foong.

"Lim Foong meninggal dunia semuanya kerana kau," sergah Sim Pau.

[Dipetik daripada cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin,


antologi Kuingin Berterima Kasih,
Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)
4

(i) Mengapakah Lim Pooi membenci Lim Meng?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

___________________________________________________________________
(3 markah)

(ii) Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.

________________________________________________________________

________________________________________________________________

(3 markah)

(iii)Pada pendapat anda,mengapakah kita tidak boleh bertindak mengikut perasaan?


_________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________
(4 markah)

6 Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bonda,
Dimaklumkan bahawa anakanda di sini berada dalam keadaan sihat.
Janganlah bonda berasa risau akan anakanda. Anakanda sentiasa ingat
akan pesanan bonda dan nenda dahulu.
Walaupun pada masa ini anakanda berada jauh di rantau. namun
anakanda dapat mcrasakan suasana sedih yang menyelubungi keluarga kita
semenjak pcmergian ayahanda yang dikasihi.
Bondaku. hidup ini tidak selalunya indah. Sebagaimana yang bonda
maklum, dcngan mcnjelangnya bulan Jun ini telah tiga bulan ayahanda
meninggalkan kita. Selain rasa sedih yang mendalam yang menyelubungi
keluarga kita, pemergian ayahanda telah menggugat persekolahan
anakanda juga.
Dua bulan belakangan ini, bayaran asrama anakanda tidak beres
sepenuhnya. Anakanda masih berhutang dengan pihak sekolah sebanyak
empat puluh ringgit. Oleh itu. anakanda telah membuat keputusan untuk
pulang ke kampung buat sementara waktu. Sekiranya anakanda terus
berada di asrama ini, tentulah masalah kita akan bertambah.
Apabila anakanda pulang nanti, anakanda akan menatap potret
ayahanda yang tentunya masih tergantung pada dinding ruang tamu rumah
5

kita itu. Anakanda selalu teringat akan arwah ayahanda.


Sekianlah dahulu untuk kali ini. Sembah salam daripada anakanda
untuk bonda, nenda dan adinda yang dikasihi.

Yang
benar

(Dipetik daripada drama Hadiah,


antologi Kuingin Berterima Kasih,
Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah masalah yang diluahkan oleh Hayati dalam surat yang ditulis untuk
ibunya

itu? (3 markah)

_________________________________________________________________

__________________________________________________________________

___________________________________________________________________

(ii) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam petikan tersebut. [3 markah]

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

(iii) Sekiranya anda rakan baik Hayati, apakah yang akan anda lakukan untuk

mengurangkan kesedihan Hayati atas kematian ayahnya? [4 markah)

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

7 Berdasarkan novel yang anda kaji di Tingkatan 1,jelaskan nilai yang terdapat dalam

novel tersebut. [10 markah]


6

BAHAGIAN C
(15 markah)

8 Li hat jadual di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat da lam
jadual tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

PUNCA KEMALANGAN JALAN RAYA DI MALAYSIA

Punca Peratusan

Sikap pemandu 85.7%

Keadaan fizikal jalan raya 10.6%

Keadaan kenderaan 3.7%

BAHAGIAN D
(30 markah)

9 Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 180 patah perkataan.

(i) Kejadian tanah runtuh telah berlaku di sebuah kawasan pelancongan.


Sebagai wartawan akhbar, anda dikehendaki untuk menulis berita tentang
kejadian tersebut.

Tulis berita tersebut selengkapnya.

(ii) Bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar, anda ingin menulis rencana
tentang “ Kepentingan Hutan Terhadap Kehidupan ” untuk dimuatkan dalam
akhbar.

Tulis rencana itu selengkapnya.

(iii) Hari semakin gelap. Ayah masih belum pulang lagi. Hatiku bertambah gusar
pada saat itu. Ayah tidak pernah pulang lewat. Sedang aku termenung, tiba-
tiba………

Mulakan karangan anda dengan ayat “ Sedang aku termenung, tiba-tiba…..”.

SOALAN TAMAT
7

SELAMAT MENJAWAB

You might also like