You are on page 1of 2

SYARAT & PERATURAN KELAS TUISYEN SAMANANG

Bagi memastikan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran, saya telah


menetapkan beberapa perkara yang harus dipatuhi oleh pelajar/ibubapa selama
proses pembelajaran dan pengajaran berlaku :

A) YURAN
1. Yuran bulanan ialah RM 40 untuk satu subjek dan 4 kali sebulan.
2. Yuran bulanan hendaklah dijelaskan sebelum 10 haribulan pada setiap
bulan. Saya berhak menamatkan pembelajaran pelajar berkenaan
sekiranya yuran bulanan pelajar gagal dijelaskan untuk tempoh tiga (3)
bulan berturut-turut. Sekiranya pelajar/ibubapa/penjaga gagal menjelaskan
yuran tuisyen untuk tempoh dua (2) bulan berturut-turut, surat
peringatan/pemberitahuan akan dihantar kepada ibubapa/penjaga pelajar.
3. Yuran pendaftaran berjumlah RM 40.00 dikenakan ke atas setiap pelajar
yang berdaftar bagi tujuan proses pendaftaran dan rekod pelajar, dan yuran
bahan berjumlah RM 100.00 untuk bahan pembelajaran sepanjang tahun.
4. Sekiranya pelajar tidak hadir ke kelas atas alasan sakit atau lain-
lain sebab, pelajar akan dianggap tidak hadir pada hari yang
berkenaan. Yuran bulanan masih perlu dijelaskan sepenuhnya. Bagi
pelajar yang tidak hadir lebih dari tiga (3) bulan berturut-turut , bayaran
pendaftaran perlu dibuat semula sekiranya pelajar tersebut ingin
menyambung semula pembelajaran.

B) KEDATANGAN
1. Ibubapa/penjaga perlu memastikan pelajar hadir ke Pusat Tuisyen
Samanang mengikut jadual tuisyen yang telah ditetapkan. Sebarang
perubahan (jika ada) akan dimaklumkan secara bertulis atau melalui
panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (sms) atau Whatsapp

C) PAKAIAN
1. Para pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk ke pusat
tuisyen. Pakaian yang menjolok mata sama sekali tidak dibenarkan.
2. Para pelajar tidak dibenarkan memakai barang kemas, membawa wang
berlebihan/barang berharga atau benda-benda tajam dan juga barang
mainan ke pusat tuisyen. Saya tidak akan menanggung sebarang
kehilangan/kerosakan barang berharga.

D) DISIPLIN
1. Para pelajar hendaklah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetap oleh pihak tuisyen. Sekiranya pelajar didapati melanggar peraturan-
peraturan ini, pihak pengurusan akan memanggil ibubapa bagi
membincangkan perkara tersebut. Sekiranya kesalahan masih lagi
berulang, tindakan disiplin akan diambil.
2. Ibubapa/penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak tuisyen dari
semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat atau
nombor telefon untuk memudahkan perhubungan.
3. Para pelajar dilarang sama sekali merokok di dalam dan di luar premisPusat
Tuisyen Nur Cahaya.
4. Para pelajar tidak dibenarkan membawa apa jua bentuk makanan dan
minuman masuk ke dalam premis pusat tuisyen.

E) KESELAMATAN
1. Untuk keselamatan pelajar, saya berhak untuk tidak melepaskan pelajar
pulang sekiranya terdapat keraguan tentang orang yang menjemput pelajar
berkenaan. Oleh itu, ibubapa/penjaga perlulah memaklumkan kepada saya
sekiranya bubapa/penjaga menghantar wakil mereka untuk menjemput
anak mereka.

F) PROSES PEMBELAJARAN
1. Untuk sebarang pertanyan tentang prestasi pembelajaran boleh merujuk
terus kepada saya.
2. Ujian pengasingan tahap kelas (streamingclass) akan dilakukan ke atas
kelas-kelas yang akan menghadapi peperiksaan besar.
3. Jika terdapat sebarang masalah/pertanyan bolehlah terus menghubungi
saya.

You might also like