You are on page 1of 8

PERMAINAN TRADISIONAL

KATEGORI ANJUNG

(BATU SEREMBAN)

1
1.0 PENGENALAN

Permainan Anjung merupakan permainan yang mudah dan sering dimainkan di


anjung-anjung rumah sahaja dan memerlukan pergerakan yang terbatas. Contohnya;
batu seremban, congkak, dam haji dan sebagainya.

2.0 SEJARAH PERMAINAN BATU SEREMBAN

Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan
ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara
berkumpulan – dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan
batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat
digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban
selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana
sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga
harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu
Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan.
Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji
buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar
atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Permainan Batu Seremban merupakan satu permainan yang digemari oleh


kanak-kanak dan remaja perempuan di negara ini. Permainan ini telah dimainkan sejak
dahulu lagi namun begitu tidak dapat dipastikan tarikh sebenar permainan ini mula-mula
dimainkan. Batu Seremban berkait rapat dengan bandar Seremban, ibu negeri Negeri
Sembilan. Terdapat satu cerita disebalik nama permainan ini. Kononnya pada suatu
ketika dahulu terdapat dua beradik perempuan bernama Embun dan Senja yang suka
berkelahi. Mereka selalu bertindak membaling batu sesama sendiri apabila bergaduh.
Sehingga pada suatu ketika Embun dan Senja luka tangan dan muka masing-masing
akibat terkena balingan batu. Bapa mereka menjadi berang dan hilang sabar. Dua
beradik itu diheret ke halaman. Bapa mereka menyuruh mereka mengutip batu-batu
yang terdapat dihalaman.

2
Oleh sebab kerap membaling batu sesama sendiri, mereka didera melambung
batu itu selagi terdaya. Mereka juga dikehendaki mengira batu yang dilambung. Rakan-
rakan sekampung yang melihat perlakuan mereka itu kembali ke rumah dan meniru
perlakuan itu. Kanak-kanak perempuan apabila berkumpul di halaman rumah pasti
akan memungut batu untuk dilambungkan sebagai permainan. Mereka menamakan
permainan itu Batu Seremban sebagai mengingati peristiwa Embun dan Senja yang
berlaku di Seremban.

3.0 PERALATAN

Guli, Biji Getah, Ketulan Batu sederhana besar atau Ketulan-ketulan objek lain
berbentuk bulat.

3
4.0 BILANGAN ALAT

Lima atau Tujuh biji.

5.0 GOLONGAN SASARAN

Permainan ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak perempuan atau golongan wanita
kerana hanya memerlukan kemahiran dan tidak memerlukan tenaga yang banyak
ketika bermain.

6.0 MENENTUKAN GILIRAN

6.1 Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki


menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan
bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

6.2 Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak
tangan dan dilambung ke udara. Kemudiannya hendaklah disambut pula dengan
belakang tapak tangan.

6.3 Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebangai mata. Mata yang
banyak akan memainkan batu seremban dahulu diikuti pemain yang mebgumpul mata
kedua tertinggi.

7.0 TEMPOH PERMAINAN

Tempoh permainan tidak dapat ditentukan. Ini bergantung kepada pemain. Namun
begitu terdapat beberapa peraturan mengenai masa sesuatu permainan.

8.0 CARA BERMAIN

8.1 Buah Satu:

 Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak


menyentuhi satu sama lain.

 Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.

4
 Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.

 Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah
dikutip,

8.2 Buah Dua:

 Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.

 Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.

 Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak tiga kali sahaja.

8.3 Buah Tiga:

 Buah tiga ada sedikit perbezaan.

 Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.

 Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

8.4 Buah Empat:

 Buah ibu akan dilambungkan ke udara.

 Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang
berada di lantai dengan serentak.

8.5 Buah Lima:

 Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.

 Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat


biji buah diatas lantai dengan serentak.

 Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama,
empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai
supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

8.6 Buah Enam:

5
 Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan.

 Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi
buah ibu.

 Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus
ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

8.7 Buah Tujuh:

 Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.

 Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.

 Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.

 Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.

 Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.

 Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

6
PERATURAN BATU SEREMBAN YANG DIUBAH SUAI

1.0 BILANGAN BUAH

-Tujuh biji

2.0 CARA BERMAIN

2.1 Buah Satu:

 Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak


menyentuhi satu sama lain.

 Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.

 Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.

 Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah
dikutip,

2.2 Buah Dua:

 Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.

 Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.

 Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak tiga kali sahaja.

2.3 Buah Tiga:

 Buah tiga ada sedikit perbezaan.

 Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.

 Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

2.4 Buah Empat:

 Buah ibu akan dilambungkan ke udara.

7
 Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang
berada di lantai dengan serentak.

2.5 Buah Lima:

 Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.

 Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat


biji buah diatas lantai dengan serentak.

 Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama,
empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai
supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

You might also like