You are on page 1of 9

Bahagian A

[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan membeli barangan buatan
tempatan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEBAIKAN MEMBELI BARANGAN TEMPATAN

Meningkatkan Imej
Negara

Menyemai Semangat Patriotik Memajukan Industri Tempatan

Karangan Bahagian B - Umum


Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah
perkataan.

1. Terdapat sebilangan murid, ibu bapa dan masyarakat hanya mementingkan pencapaian akademik dengan
meminggirkan aktiviti kokurikulum di sekolah.
Sebagai seorang murid, huraikan pendapat anda untuk meyakinkan semua pihak bahawa kegiatan
kokurikulum banyak faedahnya kepada murid-murid dan tidak wajar diketepikan di sekolah.

2. Belakangan ini telah berlaku kenaikan harga barangan keperluan pengguna. Setiap kali berlaku kenaikan
harga barangan, para peniaga akan mengaut keuntungan manakala para pengguna akan menanggung
beban.
Sebagai seorang pengguna yang bijak, jelaskan langkah-langkah yang dapat diambil oleh setiap ahli
keluarga untuk menangani masalah kenaikan harga barangan.
3. Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin luntur. Sehubungan dengan itu, anda ingin
menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan.
Tajuk rencana tersebut ialah usaha-usaha untuk mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat. Tulis rencana itu selengkapnya.

4. Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK yang begitu pesat menyebabkan kita
berasakan dunia ini semakin kecil.
Berikan komen anda akan keperluan masyarakat dunia memanfaatkan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK).

5. Membaca karya sastera seperti cerpen, novel, drama dan puisi boleh memupuk semangat cinta akan
negara dalam kalangan murid. Bincangkan.

Rumusan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha mengekalkan
keharmonian antara kaum dan cabaran memperkukuh perpaduan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Perpaduan dan keharmonian antara kaum adalah penting dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.
Sejak negara mencapai kemerdekaan, seluruh rakyat Malaysia telah menerima Perlembagaan Persekutuan yang
menjamin hak semua kumpulan etnik dan Rukun Negara sebagai panduan dalam pembinaan negara.
Keharmonian masyarakat dan kestabilan negara menjadi idaman negara lain, termasuklah negara yang maju.

Pembinaan negara-bangsa bukanlah suatu proses yang mudah. Pelbagai cabaran yang berliku perlu
ditempuhi. Persefahaman, toleransi dan yang paling utama, komitmen serta pengorbanan yang tinggi amatlah
penting. Jika kita telusuri sejarah negara sejak beberapa dekad ini, tidak dinafikan kita telah mencapai kejayaan
dari segi pembangunan ekonomi, pemodenan dan teknologi maklumat. Oleh sebab itu, janganlah
menghancurkan apa-apa yang telah kita capai selama ini melalui semangat muhibah dan persefahaman antara
kaum di negara berbilang bangsa ini. Janganlah kita membiarkan fahaman ekstremis memecahbelahkan negara
yang kita cintai ini kerana inilah tanah tempat kita dilahirkan, tempat membina kehidupan dan tempat kita
mencari rezeki.

Rakyat Malaysia daripada pelbagai kumpulan etnik perlu membantu menjalin dan memperkukuh
keharmonian hidup di Malaysia. Hanya keharmonian dan persefahaman antara kaum yang mampu
menggalakkan kepercayaan dan perpaduan antara rakyat. Rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau agama,
seharusnya lebih peka terhadap peranan dan sumbangan mereka kepada perpaduan negara. Pembangunan
ekonomi tidak akan bermakna tanpa persefahaman, keharmonian dan kepercayaan antara rakyat. Rakyat
Malaysia harus sedar dan perlu mengelakkan diri daripada mengejar agenda yang bersifat perkauman. Hal ini
demikian kerana benih-benih perbalahan yang wujud akan memudaratkan keharmonian dan perpaduan yang
sudah sekian lama terjalin.
Di samping itu, semangat patriotisme mestilah sentiasa disemai dan dibajai dalam usaha mengekalkan
keharmonian dan perpaduan sosial. Penyelesaian kepada kemelut yang menimbulkan rasa tidak puas hati antara
kaum sewajarnya menggunakan pendekatan kesederhanaan. Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti
Malaysia, tindakan atau tutur kata yang bersifat provokasi yang dapat menjejaskan keharmonian kaum dan
perpaduan hendaklah dielakkan.

Kesimpulannya, keharmonian hidup masyarakat antara kaum hendaklah dikekalkan. Setiap masalah
perlu ditangani secara penuh berhemah dan teliti ibarat menarik benang di dalam tepung agar tidak
menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana
“Jangan Langgar Sempadan Perpaduan”
Utusan Malaysia, 1 Januari, 2012)
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata benih-benih perbalahan. [ 2 markah]

(ii) Mengapakah penulis menganggap pembinaan negara bangsa sebagai suatu proses yang sukar?[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, wajarkah jika kita katakan bahawa negara kita telah berjaya menjadi sebuah negara
yang disegani kerana wujudnya perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum? Kemukakan alasan anda.
[4 markah]

Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden


Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

SEMUA PELAJAR: Assalamualaikum dan selamat sejahtera, cikgu.


CIKGU DAHARI Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh duduk. Semua dah
baca berita tentang murid yang terpilih dan penempatan untuk PLKN?
NORA : Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja untuk menyertainya.
Tak sabar rasanya.
CIKGU DAHARI Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja seperti kalian.
Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara.
SUNDARANI : Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?
CIKGU DAHARI Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya
PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan
persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah diri.
Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam
kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional
dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini
bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari
luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.
AH TIAU Apakah objektifnya, cikgu?
CIKGU DAHARI Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam semangat patriotik
dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua, memupuk
semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional, dan yang ketiga, membentuk
perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni

(Dipetik daripada drama Berkhidmat Untuk Negara, Affix Zulkarnaen Adam


Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan objektif Program Latihan Khidmat Negara. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan generasi muda selain menyertai PLKN? [3 markah]

(iii) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu latar masyarakat
yang lain daripada keseluruhan drama. [4 markah]

Soalan 2(C) - Petikan Prosa Tradisional


Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada emas dan perak
dan pakaian dan pitis berpuluh- puluh juta dan orang banyak dicurinya. Setelah sudah Kertala Sari datang ke
rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?”
Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis, seraya
berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana
Hulubalang Ratu Melaka.”
Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu marah, katanya,
“Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis kubinasakan?”
Maka oleh ibunya segala hal- ehwal dari mulanya datang kesudahnya diceritakannya pada anaknya.
Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu sangat amarahnya,
“Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana! Mati engkau olehku! Tanpa kedep tembung laku. Syahadan negeri Melaka
pun habis kubinasakan. Jikalau tiada kuperbuat demikian, bukanlah aku anak penjurit yang berani dan
kepetangan.”
(Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan,
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksud datang kesudahnya diceritakannya. [2 markah]
(ii) Nyatakan reaksi Kertala Sari setelah dia mendengar cerita tentang kejadian yang menimpa
ayahnya? [3 markah]
(iii) Perbuatan ibu Kertala Sari menceritakan kisah kematian suaminya kepada Kertala Sari adalah
wajar. Berikan dua alasan anda. [3 markah]

Soalan 2(d) - Petikan Gurindam

Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS


(Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,


Sedikitlah cita- cita. Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping. Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Apabila terpelihara lidah,
Nescanya dapat daripadanya faedah. Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
Bersungguh- sungguh engkau
memeliharakan tangan, Daripada
segala berat dan ringan.
Mohd Yusof Md. Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisi, 1996
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan gurindam tersebut, berikan dua kebaikan jika seseorang itu sentiasa menjaga tangan
dan kakinya. [2 markah]

(ii) Ungkapan lidah lebih tajam daripada mata pedang memberi gambaran betapa pentingnya kita
menjaga pertuturan dalam pergaulan.
Pada pandangan anda, apakah kesannya jika seseorang itu tidak menjaga tutur katanya? [3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]

TATABAHASA

a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) mereka-reka
(ii) menjadi-jadi
(iii) merayu-rayu
(iii) berapi-api
(iv) bersakit-sakit
(v) beransur-ansur [6 markah]

b) Tukarkan ayat yang bersusunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah
maksud asalnya.

(i) Beberapa hari yang lalu Pak Abu telah menjual sawah di hujung kampung itu kepada seorang lelaki.,
(ii) Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah, belum pernah terdetik di hati Linda untuk
meninggalkan kerjayanya sekarang
(iii) Bagi memenangi pertandingan badminton yang akan datang, pasangan anak beranak itu berlatih
dengan bersungguh-sungguh.
[6 markah]

c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Tenaga hidro ialah sumber tenaga yang paling meluas penggunaannya kerana mewakili 19 peratus
daripada keseluruhan penjanaan tenaga eletrik.
(ii) Pencuri motorsikal akan meleraikan bahagian-bahagiannya sebelum dijual kepada pihak lain yang
bersubahat dengan kegiatan mereka yang bersalahan undang-undang itu.
(iii) Tanaman buah-buahan yang diusahakan itu dapat mengimbang rutin harian beliau sebagai penulis
lagi pun kegiatan itu memberikan kepuasan kepadanya.
[6 markah]

d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i) Pemaju perumahan itu bankrap menyebabkan projek perumahan itu tergendala selama lima setengah
tahun.
(ii) Lukisan yang paling cantik sekali dalam pameran itu memikat perhatian para pencinta seni tanah air.
(iii) Beribu orang penyokong Kelab Pemuda Johor membanjiri stadium itu untuk menyaksikan
pertandingan bola sepak antara pasukan Johor dengan pasukan Kelantan yang berlangsung pada malam
semalam.
[6 markah]

e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat
tersebut.
(i) Ibu bapa berperanan penting untuk mencorakkan kehidupan anak-anaknya. Hal ini disebabkan,
semua perlakuan dan sikap anak-anak ditiru daan diambil daripada ibu bapa mereka. Jika ibu
bapa seorang pemuzik, tidak mustahil anak mereka juga berkecenderungan menjadi ahli muzik.
(ii) Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat bandar kian luntur. Hal ini demikian kerana
masing-masing sibuk bekerja dan membuat hal masing-masing. Mereka juga bersikap
mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan hal masyarakat di sekeliling.
(iii) Ali yang telah dituduh mencuri dompet rakan sekelasnya berjumpa dengan guru disiplin
untuk memberitahu bahawa bukan dia yang mencuri sebaliknya dia telah dianiaya.
[6 markah]
SOALAN 4: NOVEL

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib

(a) Dalam novel yang dikaji, bahagian peleraian cerita diakhiri dengan kejayaan.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang membuktikan kejayaan tersebut.
[7 markah]

(b) Berdasarkan satu buah novel yang anda kaji, huraikan dua persoalan kegigihan watak utama yang
terdapat dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

You might also like