You are on page 1of 27

Assalamu 'alaikum

Salam sejahtera.

Terima kasih kepada anda semua kerana berminat untuk memiliki E-Book "100
Posting Tarik LIKE". E-Book ini bertujuan untuk memudahkan anda 'menarik'
engagement di FB.

Kenapa kita perlukan ENGAGEMENT?

ENGAGEMENT adalah 'pusher'. Lebih banyak ENGAGEMENT yang kita terima, maka
posting kita akan mendapat lebih banyak REACH. Lebih banyak REACH, lebih
ramailah yang berpotensi untuk melihat posting kita yang akan datang,
termasuklah posting IKLAN kita.

Perutusan Suci,

Khairul Zahrin Abdul Karim


(Abam Tampor)
www.fb.com/chixx.roxx

1 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


POSTING FACEBOOK DI WAKTU PAGI

Pagi
Assalamu ‘alaikum.
Selamat pagi semua.
Dah online?
Komen ‘BEST BEST BEST’.

Pagi
Assalamu ‘alaikum.
Semoga ceria selalu.

Katakan ‘saya bahagia, beriman dan jutawan’.

Pagi
Assalamu ‘alaikum semua.
Siapa dah online fesbuk, komen ‘I’!
Hehe. Semoga korang murah rezeki.

Pagi
Assalamu ‘alaikum.
Selamat pagi jutawan.

Doakan juga kekayaan manusia lain. Kerana yang akan beli produk/servis kita
adalah orang lain. Kalau mereka murah rezeki, mereka akan beli produk kita. Kan?

Peace an ✌✌

Pagi
Assalamu ‘alaikum.
Selamat pagi semua 

Semoga sihat, ceria dan melimpah ruah rezeki datang pada kita pada hari ini dan
hari-hari akan datang. Aamiin.

Pagi
Assalamu ‘alaikum.
Selamat pagi semua 

Teruskan melangkah walau merangkak.


Kipidap dongibab

2 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


Pagi
Assalamu ‘alaikum semua.
Hargai keluarga kita. Merekalah kunci rezeki kita. Zakat jangan dilupa. Semoga
Allah redha. Aamiin.

Pagi
Assalamu ‘alaikum.

Syukur kita dilahirkan dan membesar di Malaysia. Jika kita lahir dan membesar di
Syria, mungkin kita bukan sedang berfikir tentang bagaimana mahu membesarkan
bisnes. Tapi kita mungkin sedang fikir tentang bagaimana untuk mengelak dari
terkena peluru sesat. Bersyukurlah.

Allahumman suril Islama wal muslimin.

Pagi
Assalamu ‘alaikum.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat,
dipermudahkan segala urusan yang baik dan sentiasa positif dan optimis dalam
berfikir.

Aamiin.

Pagi
Assalamu ‘alaikum brada sista!

Dah online fesbuk? Ok bagus.


Mulakan dengan membaca selawat.

Allahumma Solli wa Sallim ‘ala Muhammad.

Pagi
Assalamu 'alaikum!
(Jawab ler salam abam)

Pagi-pagi ni korang jangan lupa bersyukur. Syukurlah kereta korang tak meragam.
Syukurlah korang tak ada sakit-sakit. Dan bersyukurlah korang tak kena tampor.
Yang penting kita semua bersyukur masih hidup dan berpeluang untuk bertaubat.

Okbai.

3 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


Pagi
Assalamu ‘alaikum.
Selamat pagi semua 

Jangan fikir ank ome pada waktu pagi. Kerana kita masih ada berbelas jam untuk
celik mata sebelum kita tidur. Besarkan aura bak kata sifu. Siapa rasa dia positif
dan bertenaga, klik LIKE.

Peace yaw ✌✌✌

Pagi
Assalamu ‘alaikum.
Selamat pagi semua ;)

Pesan sifu tempohari, “kalau kau dapat Rm100 pun kau tak boleh bersyukur, kau
ingat kau akan bersyukur bila dapat Rm100k?”.

Sentap? Memang sentap. Bersyukurlah.

Pagi
Assalamu ‘alaikum.
(Jawablah salam)

Cuma nak bagitahu, kita semua dilahirkan untuk kaya dan berjaya dunia dan
akhirat.

Aamiin 

Pagi
Dare to dream!

Impian biar ke Matahari,


Kalau tak sampai pun,
Kita akan jejak di Bulan.

Assalamu ‘alaikum ;)

4 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


Pagi
Assalamu ‘alaikum.
Selamat pagi semua ;)

Semoga Allah taala kurniakan kita semua bisnes yang bernilai jutaan ringgit
sebulan. Aamiin.

Pagi
Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana masih diizinkan oleh Allah taala untuk hidup
hari ini. Syukur kerana masih ada ibu bapa, masih ada anak dan isteri, masih ada
sanak saudara, masih punya rakan-rakan.

Komen ‘Alhamdulillah’.

Pagi
Rakan-rakan sekalian,
Anda kaya dan berjaya!!

Pagi
Assalamu ‘alaikum.
(Jawablah salam).

Sebagai pengguna fesbuk yang mempunyai +-2300 orang rakan, saya berhak
untuk LIKE setiap posting yang lalu pada newsfeed saya sebagai tanda saya
support setiap penulisan, perkongsian dan iklan perniagaan rakan-rakan saya.

Pagi
Ya Allah, berikanlah kami perniagaan yang tidak rugi dunia akhirat, perniagaan
yang untung dunia akhirat serta berikan rezeki yang melimpah ruah yang Kau
redhai dan ianya membantu ramai orang lain!

#NasiKerabuBeratoq

Pagi
Terima kasih kerana ADD dan APPROVE saya. Semoga kita semua sentiasa diredhai
segala perbuatan oleh Allah taala.

#GroupSupportLIKE
#NasiKerabuBeratoq

5 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


Pagi
Assalamu ‘alaikum.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan sebelum-sebelum ini. Allah Maha
Kaya.

Komen Allah Maha Kaya.

Pagi
LIKE di fesbuk ni tak penting pun sebenarnya. Tapi bila dapat LIKE banyak, kita jadi
happy, bila kita happy, tiba-tiba idea datang mencurah-curah. Tiba-tiba sale jadi
banyak. Hahahaha.

Siapa pernah jadi macam tu, komen ‘I’.

Pagi
Siapa percaya dengan bersedekah, rezeki kita akan lebih bertambah-tambah,
komen ‘I’.

P/s: Zakat jangan lupa.

Pagi
Assalamu ‘alaikum.
Selamat pagi semua 

Wanita bergelar ibu dan isteri adalah ank o yang paling hebat di dunia. Siapa
setuju, klik LIKE ank omen ‘setuju’.

6 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


POSTING FACEBOOK DI WAKTU PETANG

Petang
Survey.
Siapa rakan positif saya, klik LIKE dan komen 'i'.

Petang
Nak jadi jutawan, tiru perbuatan baik jutawan.

Pukul berapa jutawan bangun pagi? Dia makan apa sebagai sarapan pagi? Berapa
orang dia jumpa setiap hari? Bagaimana cara dia bawa kereta? Adakah dalam selut
pun dia akan redah?

Perangai jutawan bukan berubah setelah dia jadi jutawan. Tapi dengan perangai
itulah dia jadi jutawan. Faham faham?

Petang
Ramai betul usahawan wanita berjaya yang pakai niqab. Tahniah abam ucapkan.
Ternyata kejayaan tersembunyi dalam niqab korang.

Terbaik

Petang
Salah satu perkara yang saya syukuri pada hari ini adalah kerana saya mempunyai
ramai kawan. Walaupun saya hanya kenal anda di fesbuk. Anda kawan saya ke?

Petang
Menantu yang paling baik adalah orang yang memilih bisnes sebagai punca rezeki
hidup mereka. Kerana mereka berani memilih satu sumber yang mereka sendiri
belum pasti berapa banyak pendapatan yang akan mereka dapat. Tapi mereka
sabar dan redha.

Begitu jugalah dengan isteri/suami mereka. Sebelum kahwin, mereka belum kenal
siapa sebenarnya bakal isteri/suami mereka. Tapi walau apa terjadi, mereka tetap
sabar dan redha.

Tag suami/isteri anda.

Eh!

7 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


Petang
Sifu saya pesan,

Nak maki hamun orang, nak cerita pasal tak puas hati dengan customer, pergi jerit
dalam jamban. Jangan update status di fesbuk.

Dapat sesuatu?

Petang
Makin ramai yang ADD saya kebelakangan ini. Makin ramai juga yang sudah
menjadi rakan saya. Tapi engagement kekal pada taraf yang sama.

Adakah anda hanya menjadi 'batu' di dalam senarai rakan saya? Jika tanggapan
saya itu salah, cuba LIKE dan komen 'i'.

Petang
SURVEY

Siapa rasa bila rakan-rakan fesbuk LIKE status kita, macam mereka sedang support
kita?

Petang
Ringankan jari untuk LIKE status rakan. LIKE bukan hanya bila kita suka. Tapi LIKE
tanda kita support posting rakan kita. Tidak kira iklan atau apa sahaja. Melainkan
gambar yang ada orang tidak tutup aurat.

Bukankah itu membantu kita lebih positif?

Petang
Orang yang tak kedekut LIKE,
Akan dapat banyak LIKE dalam hidupnya.

Give, give, give and u will get back... MORE

Petang
Saya mendoakan rakan Fesbuk saya yang membaca status ini hensem dan cantik
selalu. Aamiin.

8 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


Petang
Di sudut kecil hati berkata, LIKE tak penting pun. Cuma ianya menandakan yang
kita tidak bercakap seorang diri di fesbuk. Sekurang-kurangnya kita tahu ada rakan
yang membaca status kita bilamana mereka LIKE status kita.

Dan supaya kita tidak rasa keseorangan.

Penting ke tidak?

Petang
Adab meraikan rakan di Fesbuk.

Bila ada status rakan lalu pada newsfeed, berilah sedikit engagement. LIKE,
KOMEN. Pilih yang mana sesuai. Rai rakan. Kecuali gambar tidak menutup aurat
dan berbaur negatif.

Setuju?

#NasiKerabuBeratoq
#ChixxRainbowCrispy

Petang
Siapa nampak status ini,
Sila klik LIKE.

Kalau rajin,
Silalah komen 'hai'. :)

#GroupSupportLIKE
#NasiKerabuBeratoq

9 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


Petang
Sifir ringkas.

You want something,


You must do something.

You do nothing,
You wont get anything.

Setuju?

#GroupSupportLIKE
#NasiKerabuBeratoq

Petang
Kalau tak boleh sebarkan kebaikan,
Lebih baik DIAM.

Senyum sikit :)

#GroupSupportLIKE
#NasiKerabuBeratoq

Petang
Bila berniaga, sepatutnya hubungan kita dengan keluarga lebih rapat. Tapi kalau
tak, kena check balik mana yang salah.

Betul ke betul?

Petang
Siapa nampak status saya,
Mohon komen "Alhamdulillah".

Saya dalam proses untuk mengenali rakan fb yang aktif. Terima kasih kerana
memberi respon.

10 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


POSTING FACEBOOK DI WAKTU MALAM

Malam
Saya follow semua orang dalam senarai rakan fesbuk saya. Sifu atau tidak. Bidang
yang sama atau tidak. Kerana saya sangat yakin walaupun saya tak mampu serap
ilmu semua orang, saya dapat semangat korang. Korang power

Dan korang juga hensem/cantik. Okbai.

Malam
We are what we think we are. Kalau kita fikir kita bakal jutawan, insyaallah sooner
or later kita akan jadi jutawan. Kita tak boleh jadi orang yang kita fikir kita tidak
boleh jadi.

Pehh berbelit-belit. Katakan 'saya jutawan'.


Selamat malam.

Malam
Jika korang belum mencapai jualan Rm 1 juta setahun, abam tiada tips untuk
korang jadi jutawan. Kerana abam pun belum capai.

Tapi abam doakan korang semua termasuk abam sendiri mampu menjadi jutawan
dunia akhirat. Aamiin. Selamat malam.

Malam
Abam sebenarnya bersyukur dapat 3100 orang friend macam korang. Walaupun
kita tak pernah bersua muka dan kenal, abam tahu korang semua baik. Dan abam
tak tahu kenapa tapi koranglah antara asbab abam terus gagah melangkah untuk
mengejar impian.

Korang punya energy sampai dekat abam tau walaupun korang tak LIKE status
abam. Pehh Kipidap korang. Moga kita semua sentiasa dirahmati Allah.

Malam
Bila kita berniaga ikhlas untuk bantu selesaikan masalah orang, tiba-tiba rezeki
datang bergolek. Betul tak? Haha. Selamat malam korang. Semoga Allah deraskan
lagi rezeki kita semua. Aamiin

11 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


Malam
Once you believe that you will be a millionaire, you are 80% there. Korang percaya
korang boleh? Kalau percaya, komen 'I Am Born to be a Millionaire'.

- Abam Kacak

Malam
Korang mesti pernah jumpa seseorang yang dalam kesusahan sehingga korang
rasa belas kasihan yang teramat. Sehinggakan apa sahaja yang orang itu perlukan,
kita pasti akan tolong. Pasti ada bukan?

Belas kasihan Allah taala berjuta kali ganda malah tiada tandingan jika
dibandingkan dengan rasa belas kasihan kita. Maka berusahalah dan berharaplah
pada belas kasihan tuhan.

Ya Tuhan, berikan kami ilmu yang mencurah-curah, rezeki yang melimpah ruah
dan kesihatan yang baik.

Malam
Selamat malam semua :)
Anda kaya dan berjaya!

Malam
Korang dah tidur ke? Kalau belum cer klik LIKE sedas. Korang yang nampak status
ni, abam doakan korang tidur dengan bahagia dan bangun dengan kegembiraan.

Aamiin.

Malam
Saya suka berkawan dengan anda.
Sebab anda semua sangat positif ;)

Malam
Saya berkawan dengan semua orang. Sama ada kaya atau tidak, berjaya atau
tidak, newbie atau otai. Dan saya cuba berkawan dengan baik. Sebab saya tidak
tahu, mungkin kawan saya itu satu hari nanti akan menjadi jutawan. Aamiin.

12 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


Malam
Saya percaya bahawasanya apa sahaja yang keluar dari mulut kita adalah DOA.
Tidurlah, satu hari nanti saya pasti kita semua akan jadi jutawan yang dermawan.

Selamat malam.

Malam
Assalamu 'alaikum semua.
Nama saya Khairul Zahrin Abd Karim.
Saya berumur 24 tahun, menetap di Sungai Petani dan saya WAJIB KAYA!

Dan saya doakan rakan-rakan fb saya kaya dan berjaya dunia akhirat. Aamiin.

Selamat malam.

Malam
Siapa yang baca posting ini yakin yang satu hari nanti dia akan berjaya dalam
bisnes?

=> Apa yang kita cakap, fikir itu doa.

#NasiKerabuBeratoq
#ChixxRainbowCrispy

Malam
Semoga anda semua yang membaca posting ini diperderaskan lagi rezeki oleh Allah
taala. Aamiin. Selamat malam.

#GroupSupportLIKE
#NasiKerabuBeratoq

Malam
Nama saya Khairul Zahrin. Boleh panggil saya Chixx Roxx. Dan saya yakin saya
boleh kaya dan berjaya dunia akhirat. Dengan izin Allah taala.

#GroupSupportLIKE
#NasiKerabuBeratoq

13 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


Malam
Impian saya adalah memastikan impian mak abah saya tercapai sebelum mereka
menutup mata. Aamiin.

Malam
LIKE itu seperti kita bertembung dengan seseorang dan kita senyum pada dia.
KOMEN itu bagaikan bila kita bertembung dengan seseorang dan kita tegur dia.

Betul?

Malam
Sedar tak sedar sudah ada hampir 3400 orang rakan di fesbuk abam. Terima kasih
kerana sudi add dan approve abam walaupun abam tak hensem. Dalam +-3400
friend abam, berapa orang yang nampak status ini, komen 'i'.

14 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


POSTING FACEBOOK BERBENTUK LAWAK

Lawak
Mengikut kepada kajian Jabatan Agama Islam Venezuela, sepasang kekasih akan
bergelar suami isteri selepas mereka berkahwin.

Eh!

Lawak
Kenapa dekat newsfeed saya naik status 9hb korang je ni? Korang tak update
status ke hari ini? Kerja saya LIKE status orang.

Lawak
Mentang-mentanglah saya tak ada Audi, saya cakap korang buat donno je. Ini
kalau saya ada Audi, silap-silap saya cakap esok Raya Haji pun korang percaya.
Diskriminasi betul! Hehehe.

Lawak
Kenapa bila nak suap apa-apa dalam mulut anak, mulut kita yang nganga lebih?

Krik krik krik.

Lawak
Tak tahu nak panggil apa? Korang panggil abam sudahlah. Jangan panggil sayang
sudah, kang kena tampor dengan bini abam. Lebih-lebih lagi kalau lelaki. Abam tak
rela.

Hmmm

Lawak
Jangan jadikan dompet kita seperti bawang. Bila buka sahaja, kita menangis.
Usaha lebih sikit.

Boleh boleh?

15 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


Lawak
Mulakan menulis bermula hari ini. Jangan takut orang nak kata apa. Lama-lama
kita sendiri akan faham behaviour manusia. Kalau takut dengan kata-kata orang,
pergi ke Account Settings, kemudian pilih Security, kemudian pilih Deactivate.

Fesbuk menjadi indah dengan cerita.


Siapa faham, komen 'i'.

Lawak
Best pulak tekan LIKE status orang.
Ada bunyi Poop Poop. Hihihi.

- Abam Kacak

Lawak
Mengikut statistik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, perempuan mempunyai
peratusan yang tinggi untuk mengandung berbanding lelaki.

Huk aloh. Gura sikik tokleh doh.


Hmm krik krik

Lawak
Abam sekarang ada +-3000 rakan. Katakanlah 10% dari senarai rakan abam dapat
baca posting abam. Kenapa LIKE tak sampai 300 pun? Korang punya button LIKE
rosak ek? Kalau nampak status abam, sila komen 'saya hensem/cantik'.

Hmmm okbai.

Lawak
Kenapa seatbelt selalu sangkut bila jumpa roadblock?

Hmmmm.

Lawak
Terima kasih kepada anda semua yang sudi menjadi rakan saya di fesbuk. Bagi
yang belum mengenali saya, nama saya Khairul Zahrin Abd Karim dan saya
hensem.

Okbai.

16 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


Lawak
Kalau orang tengok wall fesbuk abam mesti ada yang terkagum-kagum walhal
kenal pun tidak. Bila ajak berjumpa, maka datanglah abam dengan Audi Waja 1.6
yang calar balar kiri dan kanan. Bila dah tengok kereta abam, lepas itu dah tak
hantar PM dah. Abam PM pun dah lambat reply. Sentap abam korang buat gitu.
Yelah, abam sedar abam orang susah. Sebab itu abam kerja kuat. 💪💪

Hahahaha.

Lawak
Bila ada orang cakap pada kita,
"Kau jangan buat benda tu, kau jangan bisnes. Bahaya. Nanti rugi..".

Ucaplah "A 'uzubillahi minasy-syaitonirrajim..". Dan anggaplah itu hanya bisikan


syaitan.

Hahahaha.

Lawak
Izrail akan mencabut nyawa seseorang itu apabila beliau(Izrail) sudah pergi ke
seluruh ceruk dunia tapi tiada lagi rezeki di atas muka bumi ini untuk orang itu.

Jadi, berhati-hatilah apabila kita cakap "Nak buat macamana, takde rezeki...."

Arwah jugak nanti kang. Okbai

Lawak
Anda belum berkahwin?
Pesanan khidmat masyarakat.

Jika kekasih anda pernah berkata yang beliau sanggup redah lautan api demi anda,
cuba lihat perbuatannya ketika minum Teh O panas. Jika beliau tiup air itu sebelum
minum, break up serta merta.

Dia tipu. Okbai.

17 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


Lawak
Berdasarkan kajian, pengguna Fesbuk amat selesa dan lebih mudah untuk LIKE
gambar rakan mereka yang baru sahaja menjadi raja sehari. Dan mereka juga
mudah untuk LIKE gambar anak rakan mereka yang baru dilahirkan.

Jadi, kalau mahu LIKE banyak-banyak, kahwin lagi lagi dan lagi serta lahirkan anak
lagi lagi dan lagi. Kemudian ambil gambar, post di Fesbuk. Betul tak?

Lawak
Sepatutnya pihak PLUS tidak boleh mengambil pekerja wanita yang terlebih cun
untuk menjaga tol.

Ia akan menyebabkan kesesakan lalu lintas pada kawasan tol kerana ramai jejaka
yang mencari duit tidak jumpa ketika mahu membayar tol.

#GroupSupportLIKE
#NasiKerabuBeratoq

Lawak
Taip, padam. Taip, padam. Taip, padam.
Akhir sekali tak jadi update status.

Siapa pernah jadi macam ini? Komen ‘saya’

18 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


POSTING FACEBOOK BERBENTUK NASIHAT

Nasihat
Tulis sesuatu yang bermanfaat. Yang mampu selamatkan kita di Padang Mahsyar
dari kelemasan di dalam peluh sendiri.

- Haji Abam

Nasihat
Sanggup bayar beribu ringgit untuk coaching bisnes. Jangan lupa bayar ustaz untuk
ajar mengaji Quran. Master dalam business plan tapi tak master dalam tajwid dan
makhraj Quran tak boleh juga kan kan kan? Jangan lupa baca Quran. Abam tampor
nanti!

Krik krik krik

Nasihat
Ada sesiapa kat sini yang mahu RM1 Juta tunai? Ada seorang hamba Allah yang
dermawan nak beri. Dengan syarat, korek 2 biji mata diri sendiri dan beri kepada
dia. Nak yang ori sahaja. Ada bran?

Bercukurlah. Eh bersyukurlah.

Nasihat
Kemain lagi tanam impian nak pergi Umrah tahun 2016. Tapi tak pernah semak
pun Pakej Umrah yang mana mahu ambil nanti. Tak pernah survey pun syarikat
travel mana kita nak ambil. Duit pun tak pernah simpan. Nampak sangat impian
tak serius.

Tak kata kat korang aih.


Abam kata kat abam je.
Korang komen 'krik krik' sudah.

19 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


Nasihat
Jangan cakap mengaji di pondok tu tak ada masa depan sebab tak ada ijazah.
Sebab masa depan kita sebenarnya selepas kita mati.

Setuju?

Nasihat
Berkata hanya yang baik-baik.
Berfikir hanya yang baik-baik.
Menulis hanya yang baik-baik.
Berbuat hanya yang baik-baik.

Insyaallah yang datang pun baik-baik.


Boleh boleh?

Nasihat
Assalamu 'alaikum.
Selamat pagi korang.

Moga kita semua dipermudahkan segala urusan dan dilipat gandakan lagi rezeki
untuk hari ini dan hari-hari akan datang. Aamiin.

- Abam hensem

Nasihat
Insyaallah, setiap posting yang lalu pada newsfeed akan saya LIKE tanpa dikira
siapa empunya posting. LIKE tanda support. Kecuali jika ada gambar orang yang
tidak menutup aurat. Walau mat saleh sekalipun.

LIKE kita juga akan dipersoal nanti. Wallahu a'lam. Tak boleh buat baik semua
benda, kita buat yang sikit dan mudah dulu.

Nasihat
"Orang yang tidak sempat melihat impiannya menjadi kenyataan tidak miskin.
Orang yang miskin adalah orang tidak mempunyai impian langsung..".
- Eschenbach

Anda ada impian?

20 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


Nasihat
Sifu pesan,

Terjun ke dunia bisnes ibarat terjun ke dalam lautan. Hanya yang pandai berenang
akan terapung. Yang tidak berusaha untuk menang akan terkapai-kapai dan
akhirnya akan mati kelemasan.

Betul?

Nasihat
Tuhan, permudahkan dan janganlah disukarkan urusan kami hambaMu yang lemah
ini untuk mencari rezeki. Supaya kami tidak terlalu leka berusaha mencari dunia
hingga lalai dengan urusan akhirat kami.

Nasihat
Sifu pesan,

Jangan bersangka baik dengan bisnes. Bila graf menaik, hutang untuk bermewah
jangan ditambah. Sekurang-kurangnya bila kita jatuh, kita tiada beban.

Boleh boleh?

Nasihat
Jangan malu bila dipanggil Anak Emak.
Tapi malulah bila dipanggil Anak Derhaka!

Betul?

Nasihat
Apa yang kita buat sekarang, menentukan siapa kita akan datang. Siapa rakan kita
sekarang, menentukan siapa kita akan datang. Kan?

Nasihat
Allah taala tak miskin. Takkanlah nak bagi kita income Rm100k sebulan tak boleh,
tak mampu. Allah taala berkuasa atas segala sesuatu.

Sama ada kita nak atau tidak.


Sama ada kita percaya atau tidak.

21 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


Anda percaya Allah taala berkuasa?

Nasihat
Jangan post gambar pelanggan kita yang tidak menutup aurat ke fesbuk. Kerana
beliau terpaksa menanggung lebih banyak dosa dari yang sepatutnya. Dan kita
juga mendapat sahamnya.

Betul betul?

Nasihat
Elakkanlah dari menggunakan gambar orang tidak menutup aurat sebagai
marketing tools produk/bisnes kita. Bimbang takut ganggu rezeki yang kita mahu
suap pada anak-anak.

Wallahu a'lam.

Nasihat
Kita nampak hebat bukan kerana penghormatan manusia. Tapi kerana Allah taala
tutup aib. Betul?

22 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


POSTING FACEBOOK BERBENTUK TIPS

Tips
Produk tak salah. Salahnya kita berada di tempat yang salah. Friend di fesbuk ada
5000 orang, kebanyakannya lelaki dan masih belajar di universiti, kita pergi jual
Jus untuk tambah susu badan. Memang tak la depa nak beli.

Tengok siapa rakan kita baru kita cari produk untuk dijual kepada mereka. Bukan
cari produk dan kita paksa rakan kita beli.

23 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


BONUS
Gunakan posting yang dah di kongsikan di atas MAKSIMA 2 kali sehari. Edit
'secukup rasa' sebelum anda POST ke FB anda. Jangan copy paste bulat-bulat.

BONUS untuk anda. Di bawah ini adalah jadual posting yang saya gunakan.

8.00 am
9.30 am
11.00 am
2.00 pm
4.00 pm
6.00 pm
8.45 pm
10.15 pm
11.30 pm

24 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


Semoga E-Book ini bermanfaat untuk anda.
Salam kaya dan berjaya dari saya, Pengasas Group Support LIKE, Khairul Zahrin
Abd Karim.

P/s: KHAS untuk pembeli ebook ini, jika anda ada sebarang persoalan mengenai E-
Book ini atau ingin menyertai Group Support LIKE, boleh klik LINK ini untuk PM
saya :

www.fb.com/groupsupportlike

25 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)


AMARAN!!

Tidak dibenarkan sama sekali berkongsi E-Book ini


kepada sesiapa tanpa kebenaran dari pihak saya, Khairul
Zahrin (Abam Tampor).
Perbuatan demikian adalah sesuatu yang tidak patut dan
saya tidak redha jika ianya berlaku.

26 Ebook 100 POSTING TARIK LIKE KHAIRUL ZAHRIN (Abam Tampor)

You might also like