You are on page 1of 11

FIQH QADA’ WA AL IFTA

SYA 6173

CONTOH – CONTOH FATWA KONTROVERSI

NAMA PENSYARAH : DATO’ HJ MUHAMMAD ASRI BIN


HJ ABDULLAH

NAMA PELAJAR :

1) AHMAD ZAIM BIN AHMAD MUSTAFFA (I16101030 )


2) KHAIRUL IFHAM BIN KHAIRUL FAIZ (I16101004 )
3) SLEH HANNAVI ( I16100909 )
CONTOH – CONTOH FATWA KONTROVERSI

1) Fatwa Muzik :

Fatwa Ulama Saudi: Debat panas menyapu lingkaran keagamaan Saudi sewaktu salah satu
ulama menyatakan bahwa musik sesuatu yang tidak terlarang dalam Islam dan ikhtilat
diperbolehkan apabila seorang pria dewasa disusui oleh wanita yang bukan mahramnya.

Intelektual agama, hakim dan ulama dari garis keras dan kamp-kamp progresif di Arab Saudi
mengatakan beberapa minggu terakhir tentang pengaturan aturan-aturan yang diterapkan di
kerajaan Saudi harus sesuai dengan hukum Islam.

Sebagian besar perdebatan ini difokuskan pada sebuah fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh
Adil al-Kalbani, seorang ulama dari Riyadh, yang menyatakan bahwa Islam tidak melarang
musik atau bernyanyi.

Kalbani, imam kulit hitam pertama dari Masjidil Haram Mekkah, menyatakan bahwa tidak
jauh berbeda antara resonansi suaranya dalam membaca Al-Quran dengan alunan musik.

“Tidak ada teks yang jelas atau tegas dalam Islam bahwa menyanyi dan musik dilarang”,
kata Kalbani.

Semua jenis musik -dengan pengecualian musik rakyat dan dalam kesempatan tertentu-
dilarang di Arab Saudi. Kalangan Ulama Konservatif berpendapat bahwa musik dan nyanyian
dilarang dalam Islam dan bahwa ini tidak hanya berlaku untuk pertunjukan publik, tetapi bahkan
di dalam rumah.

Kalbani mempertahankan pendapatnya dengan mengatakan bahwa jenis musik yang ia


dukung mendukung adalah mutlak dengan syarat tanpa ada perbuatan tercela yang mungkin
melanggar hukum Islam dalam syair maupun musik tersebut.

“Saya berbicara nyanyian yang layak, didengar yang berisi kata-kata yang bagus, dan
mendukung moralitas”, katanya kepada surat kabar online Sabq.org.
Kalbani mengatakan dia bersedia untuk membahas masalah tersebut, namun mengeluh
bahwa beberapa orang ulama tidak menerima untuk terlibat dalam perdebatan dalam kasus ini.

Dua fatwa yang juga telah memicu kemarahan di kalangan garis keras ulama Saudi
dikeluarkan oleh Syaikh Abdul Muhsin al-Ubaikan, penasehat agama di istana Raja Abdullah bin
Abdulaziz.

Pada fatwa pertama, Ubaikan mengatakan seorang dewasa dianggap anak jika seorang
wanita menyusuinya. Jadi, pencampuran gender diperbolehkan dalam Islam jika wanita itu
menyusui orang tersebut untuk menciptakan lingkungan seperti keluarga dan meminimalkan
kemungkinan hubungan seksual yang tidak sah.

Ubaikan, yang dikenal mempromosikan pendekatan yang lebih ringan untuk syariat
Islam, telah menimbulkan kemarahan para ulama-ulama Saudi yang lain ketika dia mengatakan
bahwa shalat zhuhur dan Ashar dapat digabungkan bersama-sama pada waktu suhu yang sangat
panas. Suhu di kerajaan Saudi melebihi 50 derajat Celcius di musim panas.

Kalangan ulama senior yang lain berpendapat bahwa menggabungkan dua shalat hanya
dapat dilakukan dalam keadaan yang sangat spesifik seperti bepergian.

Fatwa-fatwa ‘aneh’ kedua ulama Saudi yang mumpuni dalam syariah Islam ini, telah
menyebabkan kebingungan dikalangan warga Saudi dan ulama senior Saudi memutuskan untuk
meng’clear’kan masalah ini.

Syaikh Abdul Rahman Al-Sudais mengecam fatwa-fatwa ‘aneh’ tersebut dalam khotbah
Jumat-nya yang digambarkan olehnya sebagai “penipuan” fatwa dan menyamakan hal itu dengan
para pedagang yang menjual barang palsu. Menurutnya Fatwa-fatwa ini, ia dapat merongrong
keamanan negara.

Sementara itu, Mufti besar Saudi, Syaikh Abdul Aziz Al al-Syaikh, memperingatkan
pemrakarsa dari fatwa tersebut dan menyatakan bahwa mereka akan melakukan langkah-langkah
yang serius terhadap mereka.

“Mereka yang menawarkan fatwa abnormal yang tidak memiliki dukungan dari Al-
Qur’an dan Sunnah harus dihentikan”, katanya di televisi al-Majd Minggu lalu.
Mufti Saudi ini menambahkan bahwa pengeluaran fatwa tersebut tidak memenuhi syarat
dan menyamakan ide-ide mereka dengan seorang dokter palsu yang mengobati pasien.

Kontroversi ini akhirnya menyoroti pentingnya penyatuan sumber fatwa dalam kerajaan
Saudi. Pemerintah mendukung pembentukan satu wadah resmi yang akan bertugas
mengeluarkan fatwa keagamaan di bawah pengawasan dewan ulama senior Saudi.
2) Fatwa Faedah Bank

Fatwa Mufti Selangor: Faedah- faedah yang diambil oleh penyimpan dari bank
konvensional adalah riba yang hukumnya haram. Riba ialah setiap pertambahan yang
disyaratkan keatas modal iaitu apa yang diperolehi bukan melalui perniagaan atau sebarang
usaha, sebagai tambahan keatas modal.

Oleh itu Allah S.W.T berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Patuhlah kamu
kepada Allah dan tinggalkanlah sisa-sisa riba, kalau kamu betul-betul orang yang beriman (278
Surat Al Baqarah).

Faedah- faedah tambahan kepada modal diperolehi tanpa sebarang perkongsian, usaha,
mudharabah atau sebagainya, dikatakan riba. Islam tidak mengharuskan sesiapa untuk
mempertaruhkan modal dan kemudian mengambil keuntungan yang telahpun ditetapkan.
Sekalipun dia ahli kongsi yang sebenar, dia wajar menanggung bukan sahaja keuntungan, malah
kerugian juga. Jika untungnya sedikit, dia berkongsi pada yang sedikit dan jika untungnya
banyak, dia berkongsi yang banyak dan jika dia rugi, dia tidak berhak mendapat apa-apa. Inilah
erti sebenar perkongsian.

Faedah bank itu tidak halal untuknya dan tidak harus mengambilnya. Dia juga tidak boleh
menilainya untuk dizakatkan bersama wangnya yang lain yang disimpan di bank. Faedah ini
haram, bukan miliknya dan bukan milik bank sendiri. Benda yang haram tidak boleh dimiliki.
Haruslah baginya mengambil dan memberi kepada projek sukarela dan sebagainya yang
dirasakannya dapat memberi kebaikan atau maslahah kepada semua makhluk Allah seperti
jambatan, tandas awam dan perhentian bas.

Harta yang haram bukanlah milik sesiapa. Faedahnya pula bukan menjadi milik bank
ataupun penyimpan, sebaliknya hendaklah ia menjadi milik kepada kepentingan awam. Ia tidak
perlu untuk dizakatkan(disucikan) kerana zakat tidak boleh menyucikan harta haram, yang boleh
menyucikannya ialah dengan mengeluarkannya (mengasingkannya).

Oleh itu bersabda Rasulullah S.A.W.:


“ Sesungguhnya Allah tidak menerima sedekah (zakat) daripada pengkhianat.”

(Diriwayatkan oleh Muslim).


3) FATWA MENGGUNAKAN BANTUAN BUKAN ISLAM

a) Hukum Melantik Orang Bukan Islam Sebagai Peguam Syar'ie (2010)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali ke-92 yang bersidang pada 15-17 Disember 2010 telah membincangkan Hukum Melantik
Orang Bukan Islam Sebagai Peguam Syar'ie. Muzakarah telah membuat keputusan seperti
berikut:

Muzakarah berpandangan bahawa untuk menjadi seorang Peguam Syar'ie, seseorang itu
perlu mampu menguasai ilmu Al-Quran dan Al Hadith, bahasa Arab, Ilmu Usul Fiqh dan Fiqh
secara keseluruhannya dan ia perlu didasari dengan keimanan kepada Allah SWT agar
tanggungjawab yang dipikul disandarkan hanya kepada Allah SWT dan demi kemaslahatan umat
Islam dan keadilan menurut perspektif Islam.

Demi menjaga kesucian dan kehormatan agama dan umat Islam, Muzakarah bersetuju
memutuskan bahawa orang bukan Islam adalah tidak dibenarkan dilantik sebagai Peguam Syar'ie
berpandukan kepada kaedah-kaedah fiqhiyyah dan peruntukan undang-undang berikut:

 ‫سد ذرعية‬: Kaedah ini merujuk kepada perlunya menutup pintu-pintu yang boleh
membawa kemudharatan. Sekiranya orang bukan Islam dibenarkan untuk dilantik sebagai
Peguam Syar'ie, ia memberi ruang kepada orang bukan Islam untuk menguruskan hal
ehwal orang Islam terutama sekali isu-isu syarak. Keadaan ini boleh menimbulkan
kecelaruan di kalangan umat Islam.

 ‫ اذا تعارض المانع والمقتضى المانع‬: Apabila bertentangan antara dalil-dalil yang menegah
dengan dalil -dalil yang menghendaki, hendaklah diutamakan perkara yang menegah.
Larangan melantik orang bukan Islam sebagai Peguam Syar'ie perlu diutamakan,
walaupun kemungkinan ia mempunyai kebaikan dari satu segi, tetapi keburukannya perlu
diambil kira dan diberi perhatian.

 ‫ المصلحة العامة تقدم على المصلحة الخاصة‬: Kaedah ini bermaksud maslahah (kebaikan) am perlu
didahulukan daripada maslahah khas. Maslahah am atau umum merujuk kepada
maslahah umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya. Manakala maslahah khas
merujuk kepada kebaikan yang mungkin diperolehi oleh orang tertentu. Dalam situasi
hari ini, maslahah orang awam, (umat Islam) perlu diutamakan.

 ‫تصرف االمام على رعية مثوط بالمصلحة‬: Kaedah ini bermaksud tindakan yang dijalankan oleh
pemerintah terhadap rakyat bergantung kepada maslahah. Dalam konteksini, pemerintah
berhak membuat keputusan berpandukan kepada kemaslahatan rakyat dengan
berlandaskan kepada syariat Islam.

 Berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa, sekiranya seorang


bukan Islam dibenarkan untuk beramal sebagai Peguam Syar'ie dan didapati tidak
mematuhi etika sebagai Peguam Syar'ie atau apa-apa prosedur yang berkaitan dengan
mahkamah syariah, tiada tindakan yang boleh diambil kerana beliau tidak tertakluk
kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, tiada tindakan yang boleh
diambil ke atas beliau kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas
orang bukan Islam.

b) Non-Muslim Meruqyah Orang Islam

Para ulama’ telah berkhilaf mengenai permasalahan ini. Al-Imam al-Syafi’e


membenarkannya manakala al-Imam Malik memakruhkan ahli kitab meruqyah orang Islam.

Pendapat yang membenarkan menggunakan dalil riwayat yang terdapat di dalam al-
Muwatto’ yang mana menyebutkan:

ْ :‫ َف َقا َل َأبُو بَك ٍْر‬.‫ َويَ ُهو ِّديَّ ٌة تَ ْرقِّيهَا‬.‫شتَ ِّكي‬


ِِّ ‫ارقِّيهَا ب ِّ ِّكتَابِّ هللا‬ َ ‫الصدِّي َق د ََخ َل َع َلى عَائِّش ََة َو ِّه‬
ْ َ‫ي ت‬ ِّ ‫َأنَّ َأبَا بَك ٍْر‬

Maksudnya: Sesungguhnya Abu Bakr RA telah menziarahi ‘Aisyah R.Anha dan beliau
dalam keadaan sakit dan seorang perempuan Yahudi sedang meruqyahnya. Maka berkata Abu
Bakar RA: Ruqyahlah dia dengan kitab Allah”.Riwayat al-Imam Malik di dalam al-
Muwatta’ (3472)

Seterusnya daripada al-Rabi’ bin Sulaiman Rahimahullah telah berkata: Aku telah
bertanyakan kepada al-Syafi’e mengenai ruqyah maka jawab al-Syafi’e:
“Tidak mengapa dengan ruqyah itu sekiranya diruqyahkan dengan al-Quran dan apa
yang diketahui daripada zikir”. Kemudian aku bertanya lagi: “Adakah ahli kitab boleh
meruqyah orang Muslim?”. Jawab al-Syafi’e: “Ya, sekiranya apa yang diruqyahkan itu sesuatu
yang diketahui daripada al-Quran dan zikir.”[Lihat al-Umm. Dar al-Ma’rifah, 7/241]

Ini juga disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’ Syarh al-
Muhazzab sepertimana yang disebut di dalam kitab al-Umm. [Lihat al-Majmu’. Dar al-Fikr,
9/65-66]
4) Fatwa Penggunaan Nama Allah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu
Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah.

Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus
bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama
bukan Islam lain.

Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat
unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat
mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Keterangan/Hujah:

1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang
Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk
kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama
sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop
of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang
kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga,
tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul
penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah
‘Theos’ bukannya Allah.

2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang
dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah
kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew, manakala Perjanjian Baru ditulis
dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El,
Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan
mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti
Kristian.

4. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan
mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti
Kristian.

5. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan
bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian
Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif
kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam
sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan
oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

You might also like