You are on page 1of 8

1|P age Kimia SPM – Ulangkaji Pantas T4

Milik abadi : …………………..………………………………

Tingkatan 4

nazmymo@yahoo.com : Frequently Asked Questions


2|P age Kimia SPM – Ulangkaji Pantas T4

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai


1) Apakah itu takat lebur sesuatu bahan? • … adalah suhu di mana bahan berkeadaan pepejal berubah
kepada keadaan cecair pada tekanan tertentu.
2) Nyatakan apakah yang dimaksudkan • … adalah atom-atom yang mempunyai bilangan proton yang
dengan isotop. sama tetapi bilangan neutron berlainan (@... dengan nombor
proton yang sama tetapi nombor nukleon yang berbeza).
3) Terangkan mengapa suhu tidak berubah • Tenaga haba diserap oleh zarah digunakan untuk mengatasi
semasa proses peleburan. daya tarikan antara zarah supaya pepejal boleh bertukar
menjadi cecair.
4) Terangkan mengapa suhu tidak berubah • Haba yang hilang ke sekitaran diseimbangkan dengan tenaga
semasa proses pembekuan. haba yang dibebaskan apabila zarah menarik antara satu sama
lain untuk membentuk pepejal.
5) Nyatakan zarah-zarah sub atom utama • Atom mengandungi 3 jenis zarah sub atom; proton, neutron and
daripada suatu atom. elektron.
Bandingkan dan bezakan jisim atom Zarah Sub Atom Simbol Jisim relatif Cas relatif
relatif dan caj relatif zarah-zarah sub Proton p 1 +1
atom atom itu. Elektron e 1/1840 -1
Neutron n 1 neutral

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai


6) Nyatakan maksud formula empirik. • … adalah formula yang menunjukkan nisbah nombor bulat
teringkas atom-atom setiap unsur dalam suatu sebatian.
7) Nyatakan makna bagi formula • … adalah formula yang menunjukkan bilangan sebenar atom-atom
molekul. bagi setiap unsur yang terdapat di dalam molekul sebatian.
8) Mengapa kaedah untuk menentukan • kerana magnesium lebih reaktif daripada hidrogen.
formula empirik kuprum(Il) oksida • Gas hidrogen tidak boleh menurunkan magnesium oksida kepada
tidak boleh digunakan untuk magnesium.
menentukan formula empirik
magnesium oksida ?
9) Mengapa kaedah untuk menentukan • kerana kuprum adalah logam kurang reaktif.
formula empirik magnesium oksida • Ia bertindak balas perlahan dengan oksigen. Maka sukar untuk
tidak boleh digunakan untuk kuprum bertukar menjadi kuprum(II) oksida dengan lengkap.
menentukan formula empirik bagi
kuprum(II) oksida ?

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai


10) Nyatakan sifat-sifat fizik unsur- • Mengkonduksikan elektrik dan haba dengan sangat baik.
unsur kumpulan 1 / logam alkali. • Lembut dan mudah dipotong menggunakan pisau.
• Berpermukaan kelabu berkilau apabila baru dipotong.
• Takat lebur dan didih yang relatif rendah berbanding logam lain
contohnya besi dengan takat lebur 1540oC.
• Berketumpatan rendah dan terapung dipermukaan air.
11) Nyatakan sifat-sifat fizik ahli-ahli • Wujud sebagai molekul dwiatom.
kumpulan 17 / halogen. • Takat lebur dan didih yang rendah.
• Penebat elektrik yang baik.
• Konduktor haba yang sangat lemah.

nazmymo@yahoo.com : Frequently Asked Questions


3|P age Kimia SPM – Ulangkaji Pantas T4

12) Nyatakan perubahan sifat-sifat • Keadaan fizik halogen berubah pada suhu bilik daripada gas kepada
fizikal Kumpulan 17 apabila cecair, kemudian kepada pepejal.
menuruni kumpulan. • Warna halogen menjadi semakin gelap.
13) Nyatakan empat sifat istimewa • Unsur peralihan membentuk larutan ion berwarna.
unsur-unsur peralihan. • Unsur peralihan menunjukkan nombor pengoksidaan yang berbeza-
beza dalam sebatiannya.
• Unsur peralihan bertindak sebagai mangkin dalam tindak balas kimia
tertentu.
• Unsur peralihan boleh membentuk ion kompleks.
14) Nyatakan kedudukan unsur 31 15𝑋 • Susunan elektron bagi atom X ialah 2.8.5
dalam jadual Berkala Unsur. • Atom X mempunyai 5 elektron valens. Oleh itu, ia adalah dalam
Terangkan jawapan anda.. kumpulan 15.
• Atom X mempunyai 3 petala beisi elektron. Oleh itu, ia berada dalam
kala 3.
15) Apabila merentasi kala 3 daripada Apabila merentasi kala dari kiri ke kanan ;
natrium kepada argon, saiz atom- • bilangan proton (nombor proton) dalam nukleus bertambah . Ini
atom semakin kecil. Terangkan meningkatkan cas positif nukleus.
mengapa. • oleh itu, daya tarikan nukleus terhadap elektron semakin kuat.
• elektron valens ditarik lebih dekat kepada nukleus, menyebabkan
saiz atom berkurangan.
16) Apabila merentasi kala 3 dari Apabila merentasi kala dari kiri ke kanan ;
natrium hingga argon, • saiz atom berkurangan.
keelektronegatifan unsur bertambah. • bilangan proton dalam nukleus bertambah. Ini meningkatkan cas
Terangkan mengapa. positif nukleus.
• akibatnya daya tarikan nukleus ke atas elektron pada petala paling
luar semakin kuat.
• ini meningkatkan kecenderungan untuk atom menarik elektron dan
bertukar menjadi ion bercas negatif.
• oleh itu, keelektronegatifan bertambah.
17) Kereaktifan Kumpulan 1 bertambah • Apabila menuruni kumpulan 1, bilangan petala yang berisi elektron
apabila menuruni kumpulan. bertambah.
Terangkan mengapa. // • Saiz atom juga bertambah.
Mengapa kalium adalah lebih reaktif • Elektron valens tunggal menjadi lebih jauh daripada nukleus.
berbanding natrium dan natrium
• Oleh itu, daya tarikan nukleus ke atas elektron valens menjadi
lebih reaktif daripada litium ?
semakin lemah.
• Oleh itu, adalah lebih mudah untuk atom kehilangan elektron
valensnya untuk mencapai susunan elektron duplet atau oktet.
18) Kereaktifan unsur-unsur kumpulan Apabila menuruni kumpulan 17,
17 berkurangan apabila menuruni • saiz atom meningkat.
kumpulan. Terangkan mengapa. • petala paling luar setiap atom halogen menjadi lebih jauh daripada
nukleus.
• oleh itu, daya tarikan nukleus ke atas elektron menjadi lemah.
• oleh itu adalah lebih sukar untuk menarik satu elektron ke petala
terluarnya untuk membentuk ion bercas negatif.
19) Mengapakah gas helium adalah • Helium mempunyai 2 elektron valens dan mencapai susunan
tidak reaktif secara kimia? elektron duplet yang stabil. Ia tidak perlu untuk terima, derma atau
berkongsi elektron dengan atom-atom unsur lain.
20) Natrium terbakar dalam oksigen dan • Larutannya adalah bersifat alkali.
hasilnya dilarutkan dalam air. • Natrium terbakar dalam oksigen untuk menghasilkan natrium oksida.
Apakah sifat larutan yang • Serbuk putih natrium oksida larut dalam air untuk menghasilkan
terbentuk? Terangkan mengapa. larutan alkali natrium hidroksida.

nazmymo@yahoo.com : Frequently Asked Questions


4|P age Kimia SPM – Ulangkaji Pantas T4

21) Gas klorin dilarutkan dalam air. • Kertas litmus biru bertukar merah dan kemudian dilunturkan.
Apakah yang anda boleh perhatikan • Apabila gas klorin larut dalam air, ia membentuk asid hidroklorik , HCI
jika sehelai kertas litmus biru dan asid hipoklorus , HOCl.
direndam ke dalam larutan yang • Asid hidroklorik adalah asid yang menukarkan kertas litmus biru ke
terbentuk ? Terangkan mengapa.
merah manakala asid hipoklorus adalah agen peluntur yang
melunturkan warna merah kertas litmus.

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai


22) Nyatakan dua sifat fizik sebatian • Takat lebur dan takat didih yang tinggi – pepejal pada suhu bilik.
ion. • Mengkonduksi elektrik dalam larutan akueus & leburan.
• Biasanya larut dalam air tetapi tidak larut dalam pelarut organik.
23) Nyatakan dua sifat fizik sebatian • Takat lebur dan takat didih rendah – cecair / gas pada suhu bilik.
kovalen. • Penebat elektrik dalam semua keadaan.
• Biasanya larut dalam pelarut organik seperti benzena tetapi tidak
larut dalam air.
24) Terangkan mengapa natrium klorida • Natrium klorida adalah sebatian ion.
boleh mengalirkan elektrik dalam • Dalam keadaan pepejal, ion natrium dan ion klorida dipegang oleh
keadaan berair tetapi tidak boleh daya tarikan elektrostatik yang kuat dalam struktur kekisi.
mengalirkan elektrik dalam keadaan • Ion-ion berada dalam kedudukan yang tetap dan tidak boleh
pepejal .
bergerak bebas. Oleh itu , sebatian ion dalam keadaan pepejal tidak
mengalirkan elektrik .
• Dalam keadaan berair atau leburan, ion-ion bebas bergerak
membawa arus. Oleh itu sebatian boleh mengalirkan elektrik.
25) Magnesium klorida dan hidrogen • Magnesium klorida adalah sebatian ion manakala hidrogen klorida
klorida adalah dua sebatian klorin. adalah sebatian kovalen.
Pada keadaan bilik, magnesium • Ion magnesium dan ion klorida ditarik bersama oleh daya
klorida wujud sebagai pepejal tetapi elektrostatik yang kuat. Oleh itu, ia memerlukan tenaga haba yang
hidrogen klorida wujud sebagai gas.
tinggi untuk atasi daya ini dan ia wujud sebagai pepejal pada
Terangkan mengapa.
keadaan bilik .
• Hidrogen klorida terdiri daripada molekul yang neutral.
• Daya antara molekul-molekul (daya van der Waals) lemah. Oleh itu,
ia mempunyai takat lebur & takat didih yang rendah dan wujud
sebagai gas pada keadaan bilik.
26) Terangkan pembentukan ikatan ion • Atom magnesium mempunyai susunan elektron 2.8.2
antara magnesium, 24
12𝑀𝑔, dan • atom Mg menderma 2 elektron valensnya untuk mencapai susunan
16
oksigen, 8𝑂 elektron oktet yang stabil, 2.8.
• Satu ion positif, Mg2+ terbentuk.
• Atom oksigen mempunyai susunan elektron 2.6
• atom O menerima 2 electron dari atom magnesium untuk mencapai
kestabilan susunan elektron oktet, 2.8.
• Satu ion negatif, O2- terbentuk
• Ion positif , Mg2+ dan ion negatif, O2- , tertarik bersama oleh daya
elektrostatik yang kuat untuk membentuk sebatian ion dengan
formula MgO.
27) Terangkan pembentukan ikatan • Atom karbon mempunyai susunan elektron 2.4
kovalen antara atom karbon, 126𝐶 • Atom klorin mempunyai susunan elektron 2.8.7
dan atom klorin, 35
17𝐶𝑙 . • 1 atom karbon menyumbang 4 elektron valens kepada 4 atom klorin.
• 4 atom klorin, menyumbang 1 elektron valens setiap satu kepada
atom karbon.

nazmymo@yahoo.com : Frequently Asked Questions


5|P age Kimia SPM – Ulangkaji Pantas T4

• 1 atom C berkongsi 4 pasang elektron dengan 4 atom Cl untuk


membentuk 4 ikatan kovalen tunggal.
• Semua atom C dan Cl, mencapai kestabilan susunan elektron oktet.
• Satu sebatian kovalen dengan formula CCI4 terbentuk.

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai


28) Nyatakan maksud elektrolit. • Elektrolit adalah bahan yang boleh mengalirkan elektrik dalam keadaan
leburan atau akueus (cecair) dan mengalami perubahan kimia.
29) Terangkan mengapa larutan • Hidrogen klorida adalah sebatian kovalen.
hidrogen klorida dalam air boleh • Dalam metilbenzena, hidrogen klorida wujud sebagai molekul neutral.
mengalirkan elektrik tetapi Oleh itu, ia tidak boleh mengalirkan elektrik.
larutan hidrogen klorida dalam • Dalam air, hidrogen klorida mengion untuk menghasilkan ion hidrogen
metilbenzena tidak boleh
dan ion klorida yang bebas bergerak.
mengalirkan elektrik?
• Oleh itu , ia boleh mengalirkan elektrik.
30) Terangkan bagaimana elektrod • Dalam proses elektrolisis larutan kuprum(ll) sulfat menggunakan elektrod
kuprum memberi kesan nyahcas kuprum, tiada ion dinyahcaskan di anod.
ion di anod semasa elektrolisis • Sebaliknya, anod kuprum itu sendiri melarut, membentuk ion kuprum(ll).
kuprum(II) sulfat. Cu  Cu2+ + 2e (atom Cu mengion)
31) Terangkan bagaimana • Apabila menggunakan asid hidroklorik cair (<0.0001 mol dm-3), ion
kepekatan ion dalam elektrolit hidroksida dinyah caskan di anod untuk menghasilkan gas oksigen.
memberi kesan nyahcas ion di 4 OH-  2 H2O + O2 + 4e
anod semasa elektrolisis asid • Apabila menggunakan asid hidroklorik pekat (1.0 mol dm-3), ion klorida
hidroklorik.
dinyahcaskan di anod untuk menghasilkan gas klorin.
2 Cl-  Cl2 + 2e
32) Terangkan mengapa warna biru • Kadar nyahcas ion kuprum(ll) di katod adalah sama dengan kadar
larutan kuprum(II) sulfat tidak pengionan anod kuprum di anod.
berubah apabila sepasang plat ATAU
kuprum digunakan sebagai • Ion kuprum(ll) yang dinyahcas di katod digantikan dengan ion kuprum(Il)
elektrod dalam suatu proses yang terbentuk dari pengionan kuprum di anod.
electrolysis.  kepekatan ion kuprum(ll) – yang memberi warna biru - tidak berubah.
33) Jelaskan proses elektrolisis • Larutan natrium nitrat terdiri daripada Na+, NO3- , H+ dan ion OH-
larutan natrium nitrat cair • Semasa elektrolisis, ion-ion positif Na+ dan H+ bergerak ke katod dan ion-
menggunakan elektrod-elektrod ion negatif NO3- dan OH- bergerak ke anod.
karbon. • Di katod, ion H+ dipilih untuk dinyahcaskan kerana keududukannya yang
lebih rendah daripada ion Na+ dalam siri elektrokimia.
• Gas hidrogen adalah dibebaskan di katod.
• Pada anod , ion OH- dipilih untuk dinyahcaskan kerana keududukannya
yang lebih rendah daripada ion NO3- dalam siri elektrokimia.
• Gas oksigen dibebaskan di anod.
34) Terangkan bagaimana sel • Dalam sel Daniell, zink lebih elektropositif daripada kuprum.
Daniell boleh menjana tenaga • Zink bertindak sebagai terminal negatif dan kuprum bertindak sebagai
elektrik. terminal positif.
• Zink membebaskan elektron untuk membentuk ion zink, Zn2+.
• Elektron mengalir dari elektrod zink ke kuprum melalui litar luar.
• Di elektrod kuprum, elektron diterima oleh ion kuprum(Il), Cu2+ dalam
kuprum(II) sulfat untuk membentuk atom kuprum.
• Aliran berterusan elektron dan pergerakan ion menghasilkan arus
elektrik dalam sel Daniell itu.

nazmymo@yahoo.com : Frequently Asked Questions


6|P age Kimia SPM – Ulangkaji Pantas T4

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai


35) Apakah yang dimaksudkan • Asid kuat adalah asid yang mengion dengan lengkap dalam air untuk
dengan asid kuat dan alkali menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang tinggi.
lemah. • Alkali lemah adalah alkali yang mengion separa dalam air untuk
menghasilkan kepekatan ion hidroksida , OH- yang rendah.
36) Apakah peneutralan? • …adalah tindak balas antara asid dan bes untuk menghasilkan garam dan
air sahaja.
37) Nilai pH asid etanoik glasial • Asid etanoik glasial, CH3COOH adalah asid kering (tanpa air) yang terdiri
adalah 9 tetapi nilai pH bagi daripada molekul neutral sahaja. Tiada ion hidrogen, H+ bebas. Oleh itu,
asid etanoik cair adalah 5. ia tidak menunjukkan sifat berasid.
Terangkan mengapa nilai pH • Dalam asid etanoik cair, molekul asid etanoik mengion untuk
kedua-dua bahan ini berbeza.
menghasilkan ion hidrogen, H+.
• Kehadiran ion hidrogen, H+ akan menyebabkan larutan akueus asid
etanoik menunjukkan sifat berasid.
38) Nilai pH larutan ammonia • Gas ammonia kering yang dilarutkan dalam triklorometana terdiri
dalam air adalah 9 tetapi nilai daripada molekul neutral, NH3 sahaja.
pH larutan ammonia dalam • Tidak ada ion hidroksida, OH- . Oleh itu, ia tidak menunjukkan sifat alkali.
triklorometana adalah 7. • Dalam air, molekul NH3 akan mengion untuk menghasilkan ion
Terangkan mengapa nilai pH
hidroksida, OH- bebas.
kedua-dua bahan itu berbeza.
• Kehadiran ion hidroksida, OH- akan menyebabkan larutan ammonia
akueus menunjukkan sifat alkali.
39) Nilai pH bagi asid etanoik 1.0 • Asid etanoik adalah asid lemah.
mol dm-3 dan asid hidroklorik • Ia mengion separa dalam air, menghasilkan ion hidrogen dengan
1.0 mol dm-3 adalah masing- kepekatan H+ yang rendah. Maka pHnya tinggi.
masing 4 dan 1 . Terangkan • Asid hidroklorik adalah asid yang kuat.
perbezaan ini.
• Ia akan mengion lengkap dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen
dengan kepekatan H+ yang tinggi. Maka pHnya rendah.
40) Anda dibekalkan asid nitrik cair • Asid nitrik adalah asid monoprotik manakala asid sulfurik adalah asid
dan asid sulfurik cair yang diprotik.
mempunyai kepekatan yang • Kepekatan ion hidrogen dalam asid sulfurik adalah dua kali ganda
sama iaitu 0.5 mol dm-3. Dalam daripada dalam asid nitrik bagi setiap mol asid berkenaan.
satu eksperimen peneutralan, 20
• Oleh itu, isipadu asid sulfurik yang diperlukan hanya separuh berbanding
cm3 asid nitrik diperlukan untuk
meneutralkan 20 cm3 larutan dengan asid nitrik.
natrium hidroksida tetapi hanya
10 cm3 asid sulfurik yang
diperlukan untuk meneutralkan
20 cm3 larutan natrium
hidroksida. Terangkan mengapa.

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai


41) Apakah itu garam? • Garam ialah sebatian (ion) yang terbentuk apabila ion hidrogen, H+ dari
suatu asid digantikan oleh ion logam atau ion ammonium, NH4+.
42) Huraikan satu ujian kimia • Tuang 2 cm3 larutan itu ke dalam tabung uji.
untuk mengenal pasti kehadiran • Tambah 2 cm3 asid hidroklorik cair ke dalam tabung uji.
ion karbonat, CO32- dalam suatu • Alirkan gas terbebas ke dalam air kapur.
larutan. • Air kapur bertukar keruh.

nazmymo@yahoo.com : Frequently Asked Questions


7|P age Kimia SPM – Ulangkaji Pantas T4

43) Huraikan satu ujian kimia • Tuang 2 cm3 larutan itu ke dalam tabung uji.
untuk mengenal pasti kehadiran • Tambah 2 cm3 asid nitrik cair ke dalam tabung uji itu diikuti oleh kira-kira
ion klorida, Cl - dalam suatu 2 cm3 daripada larutan argentum nitrat.
larutan. • Satu mendakan putih terbentuk.
44) Huraikan satu ujian kimia • Larutkan bahan tersebut dalam air suling menghasilkan larutan.
untuk mengenal pasti kehadiran • Tuang 2 cm3 larutan itu ke dalam tabung uji.
ion sulfat, SO42- dalam suatu • Tambah 2 cm3 asid hidroklorik cair ke dalam tabung uji yang diikuti oleh
bahan pepejal. kira-kira 2 cm3 larutan barium klorida.
• Satu mendakan putih terbentuk.
45) Huraikan satu ujian kimia • Tuang 2 cm3 larutan itu ke dalam tabung uji.
untuk mengenal pasti kehadiran • Tambah 2 cm3 asid sulfurik cair ke dalam tabung uji dan diikuti oleh 2 cm3
ion nitrat, NO3- dalam suatu larutan ferum(II) sulfat. Campuran digoncang.
larutan. • Condongkan tabung uji sedikit dan titiskan beberapa titis asid sulfurik
pekat perlahan-lahan di sepanjang sisi condong tabung uji ke dalam
campuran.
• Cincin perang terbentuk.
46) Huraikan satu ujian kimia (a) ion kuprum(Il)
untuk identiti ion berikut: • larutan natrium hidroksida ditambah titis demi titis sehingga berlebihan.
a) ion kuprum(II), Cu2+ Satu mendakan biru terbentuk dan tidak larut dalam larutan natrium
b) ion magnesium, Mg2+ hidroksida berlebihan.
c) ion zinc ion, Zn2+
• larutan ammonia ditambah titis demi titis sehingga berlebihan. Satu
mendakan biru terbentuk dan larut dalam larutan ammonia berlebihan
untuk menghasilkan larutan biru gelap.
(b) ion magnesium
• larutan natrium hidroksida ditambah titis demi titis sehingga berlebihan.
Satu mendakan putih terbentuk dan tidak larut dalam larutan natrium
hidroksida berlebihan.
• larutan ammonia ditambah titis demi titis sehingga berlebihan. Satu
mendakan putih terbentuk dan tidak larut dalam larutan ammonia
berlebihan.
(c) ion zink
• larutan natrium hidroksida ditambah titis demi titis sehingga berlebihan.
Satu mendakan putih terbentuk dan larut dalam larutan natrium
hidroksida berlebihan untuk membentuk larutan tidak berwarna .
• larutan ammonia ditambah titis demi titis sehingga melebihi. Satu
mendakan putih terbentuk dan larut dalam larutan ammonia berlebihan
membentuk larutan tidak berwarna.
47) Huraikan satu ujian kimia (a) ion ferum(II)
untuk mengesan ion-ion berikut; • Tuang 2 cm3 larutan diuji ke dalam satu tabung uji.
a) ion ferum(II), Fe2+ • Tambah larutan kalium heksasianoferrat(III) ke dalam tabung uji itu.
b) ion ferum(III), Fe3+ • Mendakan biru gelap terbentuk. Ion ferum(II) disahkan hadir.
(b) ion ferum(III)
• Tuang 2 cm3 larutan diuji ke dalam satu tabung uji.
• Tambah larutan kalium tiosianat ke dalam tabung uji itu.
• Satu pewarnaan darah merah terbentuk. Ion ferum(III) disahkan hadir.
48) Huraikan satu ujian kimia • Tuang 5 cm3 setiap larutan ke dalam dua tabung uji berasingan.
untuk membezakan antara ion • Tambah 2 cm3 larutan kalium iodida ke dalam setiap tabung uji.
plumbum(II), Pb dan ion
2+
• Larutan dalam tabung uji yang menghasilkan mendakan kuning disahkan
aluminium ion, Al3+. mengandungi ion plumbum(Il).
49) Huraikan satu ujian kimia bagi • Tuang 2 cm3 larutan diuji ke dalam satu tabung uji.
mengenalpasti kehadiran ion • Tambah larutan natrium hidroksida ditambah ke dalam tabung uji itu.

nazmymo@yahoo.com : Frequently Asked Questions


8|P age Kimia SPM – Ulangkaji Pantas T4

ammonium, NH4+ dalam satu • Panaskan campuran dan letakkan kertas litmus merah lembap
larutan. berhampiran mulut tabung uji.
• Kertas litmus merah lembap bertukar biru. Ion ammonium hadir.

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai


50) Apakah yang dimaksudkan dengan • Aloi adalah campuran dua atau lebih unsur-unsur dengan komposisi
aloI? tetap tertentu di mana komponen utama adalah logam.
51) Nyatakan tujuan pembuatan aloi. • Meningkatkan rupa penampilan logam tulen
• Meningkatkan kekuatan / kekerasan logam tulen
• Meningkatkan rintangan kepada kakisan logam tulen
52) Gangsa adalah aloi yang terdiri • Atom kuprum dalam blok kuprum adalah bersaiz yang sama dan
daripada kuprum dan timah. disusun dalam susunan yang teratur.
Terangkan mengapa gangsa lebih • Lapisan atom kuprum mudah menggelongsor apabila daya
keras daripada kuprum. dikenakan.
• Atom kuprum dan atom stanum adalah berbeza saiznya.
• Kehadiran atom stanum mengganggu susunan atom-atom kuprum
dalam blok gangsa.
• Ini akan menyukarkan lapisan atom kuprum dari menggelongsor di
antara satu sama lain.
53) Terangkan proses perindustrian yang • Leburan sulfur dibakar dalam udara berlebihan menghasilkan sulfur
terlibat dalam pembuatan asid dioksida.
sulfurik. Tulis semua persamaan S + O2  SO2
kimia yang terlibat. • Sulfur dioksida dan oksigen berlebihan dilalukan atas vanadium(V)
oksida (mangkin) pada suhu 450°C dan tekanan 1 atmosfera.
2 SO2 + O2  2 SO3
• Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik pekat bagi
menghasilkan oleum
SO3 + H2SO4  H2S2O7
• Oleum kemudiannya dicairkan dalam air bagi menghasilkan asid
sulfurik cair.
H2S2O7 + H2O  2 H2SO4
54) Nyatakan keadaan optimum untuk • Mangkin - vanadium(V) oksida, V2O5
proses Sentuh berlaku. • Suhu - 450°C
• Tekanan - 1 atm.
55) Nyatakan pula keadaan optimum • Mangkin - serbuk besi
untuk proses Haber • Suhu - 450°C - 550°C
• Tekanan - 200 atm
56) Apakah yang dimaksudkan dengan • Polimer adalah molekul rantai panjang terdiri daripada banyak unit-
polimer? unit serupa yang berulang dipanggil monomer.
Namakan monomer bagi politena • Politena – etena
dan polivinil klorida. • Polivinil klorida (PVC) – kloroetena
57) Apakah perbezaan dari segi Komponen utama;
komponen utama antara kaca dan Kaca – silika / silikon dioksida
seramik? Seramik - aluminosilikat
58) Apakah yang dimaksudkan dengan .. ialah bahan binaan yang baru dan termaju dengan sifat yang hebat,
bahan komposit? terbentuk dari gabungan dua atau lebih bahan atau komponen.

Orang yang Tidak Mengenali Erti Putus Asa Pasti Tidak Akan Gagal..
Orang Tanang Pasti Menang!

nazmymo@yahoo.com : Frequently Asked Questions

You might also like