You are on page 1of 12

MANUAL ERPH

1. Login CEA4078.1BESTARINET.NET --- masukkan username dan password masing2


2. Klik Quick Launch --- klik Google Drive

Quick Launch

Google Drive

3. Klik New --- klik Folder

4. Namakan folder dengan “ 01 ERPH PN XXX” (Isikan nama masing-masing) ----klik CREATE

5. Klik folder yang dibuat tadi (ERPH PN XXX). XXX tu nama cikgu sendiri ye.
6. Buat senarai folder seperti di bawah. Cara nak buat folder adalah sama seperti sebelum ini.
Rujuk step no.3 dan step no. 4 . namakan folder yang dibuat itu seperti dibawah.

7. Pergi ke dashboard sekolah (tengok 3 bulat kat atas sekali tu klik bulat yang ketiga) --- Klik menu
ERPH --- klik muka depan erph

8. Klik file – klik make a copy


9. Tukar kat bahagian name “ MUKA DEPAN ERPH PN XXX”. Pastikan simpan pada Folder “ MUKA
DEPAN ERPH”

10. Pergi semula ke dashboard sekolah, klik template RPH / template RPH English / template
Kaunselor
11. Buat langkah yang sama seperti pada step 8. (etiap kali nak copy sesuatu file , mmg kena klik
‘Make a Copy’
12. Pastikan nama ditukar kepada “MINGGU 19 (7-11 MEI). Pastikan juga diletak pada folder “05
ERPH MEI”

13. Pergi semula ke dashboard sekolah, klik SITE ERPH SETIAP GURU. Ini adalah SITE INDIVIDU. 1
guru 1 site. Nanti kat bawah2 tu kalo saya sebut site individu, inilah bendanya.
14. Klik perkataan Site --- klik Duplicate Site

15. Give your site name: tulis “ERPH PUAN XXX”. Yang kat bawah tu abaikan je. --- klik FINISH

Jangan lupa Klik EDIT kat bahagian tepi kiri tu, scroll bawah sikit, jumpa gambar saya kan. Tukar
la dengan gambar cikgu sendiri. Klik upload – letak la gambar masing-masing

16. Klik Share ( ada kat atas sekali) --- akan kluar macam kat bawah ni ---klik Share warna hijau tu
17. Kat keyword tu, tulis ERPH PN XXX. Macam biasa ye, XXX tu nama cikgu. Tujuan tulis camni utk
mudah nak cari site nanti. – klik NEXT

18. Klik perkataan ‘Change” --- klik “Public In The School”


19. Kat bawah Who can access tu, taip perkataan STAFF, nanti dia kan keluar “Profile : Staff”. Klik
profile staff tu. ---klik SHARE

20. Pergi ke dashboard sekolah semula, klik ERPH INDUK 2018


21. Klik bidang masing-masing. Cari nama masing2 berada kat bidang mana.--- klik EDIT kat tepi kiri
tu. – klik kat “ Site not specified” --- dekat EDIT tepi kiri tu akan kluar camni

22. Pasikan tick kat Show Site Owner. Pastu kat bawah tu ada perkataan site kan. Kat site tu taip
keyword yang kita dah tulis kat step 17 tadi. “ERPH PN XXX” --- tekan butang search kat sebelah
tu. (gambar mikroskop) --- nanti akan kluar la site yang ERPH yang cikgu dah buat kat atas tadi. --
- klik site cikgu tu ---- nanti symbol hijau site not specified tadi akan bertukar kpd site ckgu +
gambar cikgu

*** ambik sorang satu link site hijau. Jangan kacau/klik site orang lain. Klik link site hijau yg kosong /
blum berpenghuni ye…
23. Pergi kat Google Drive semula. Kalo tak ingat kat mana google drive, tengok step 2 semula. ---
Klik “ 01 ERPH PN XXX” --- isikan file2 yang sepatutnya di dalam folder RPT dan DSKP/HSP

Cara nak isi file dalam folder tu? --- klik folder file tu (eg: folder RPT) ---klik NEW (sama macam
step 3) --- klik File Upload – klik RPT Sejarah contohnya dll. Benda yang sama kita buat kat folder
DSKP/ HSP, Upload file2 DSKP cikgu dalam folder tu.

** Kalo nak cantik nama file tu---right klik –tekan rename –tulisla nama yg sesuai

Ni contoh file RPT saya dalam folder RPT

24. Pastu sekarang kita nak share file muka dpn ERPH, file2 dalam flder RPT, file dlm folder2 DSKP.
Lepas share kita nak letak bnda2 ni semua kat site individu supaya semua org boleh
tengok.camne ye caranya nak buat????? Tengok langkah2 kat bawah ye…

25. klik “01 ERPH PN XXX “ ---- klik MAKLUMAT MUKA DEPAN ERPH --- Right klik MUKA DEPAN ERPH
PN XXX ---- KLIK share
26. KLIK perkataan advanced kat bawah tu.

27. Klik perkataan “Change” yang warna biru tu --- klik Anyone with the link --- klik SAVE --- copy
link yang ada kat atas ---- klik DONE

28. Pergi semula ke site individu cikgu tadi. Cara nak buka site tu semula samada
Cara 1: pergi kat dashboard sekolah --- klik menu ERPH --- klik ERPH INDUK 2018 --- klik bidang
cikgu --- klik site yg ada gambar cikgu tadi
Cara 2 : klik Quick Launch. (tak tahu apa Quick Launch? Tengok step 1 semula.) ---- klik site ---klik
site ERPH yang nama dan gambar cikgu tu.

29. Pada site cikgu tu, klik EDIT --- klik menu “MUKA DEPAN” kat tepi kiri tu ---- klik embed a website
--- paste link tadi kat bahagian Enter URL --- klik Save Changes --- klik tanda pangkah – maka
akan keluarlah muka depan erph cikgu macam kat bawah ni

30. Selesai dah cikgu share dan letak muka depan ERPH kat site individu tadi. dah pandai dah pun
tu…tapi baru satu. Sekarang share pula segala file dalam file dalam folder RPT dan DSKP cikgu
yang kat Google Drive. Camne caranya???
Caranya sama macam kat atas tadi. (tengok step 25 hingga step 29)

*** buat pada setiap file. Eg: kalo ada 4 file dalam folder RPT, buatla 4 kali share dan 4 kali copy
link dan 4 kali paste kat site individu.

***Pada site individu, utk menu RPT dan DSKP, dia takde Embed a Website, tapi dia ada External
Link (gambar rantai warna kuning). Tapi caranya sama je. Nanti klik rantai kuning tu, paste site
file2 RPT/DSKP pada bahagian Enter URL.

**jangan lupa tekan EDIT dulu sebelum nak edit apa2 kat site.

---ok dah setel bahagian yang kena buat setahun sekali. Sekarang kita akan belajar cara nak buat
ERPH yang kena hantar tiap2 minggu HARI JUMAAT tu.
ERPH

1. Pergi kat google drive --- klik “01 ERPH PN HUDA” ---klik “05 RPH MEI” ---- right klik kat Minggu
19 (7-11 mei) --- klik Make a copy --- right klik pilih rename ---namakan dengan MINGGU 20 (14-
18 Mei)

**nanti kalo cikgu nak buat minggu2 yang seterusnya, sama camni langkahnya. Make a copy pastu
Rename dengan MINGGU 21 , 22 dan seterusnya….

2. Pastu tulis erph mengikut kesesuain masing-masing. Eg: Klik template minggu 19 (7-11 MEI), kat
bawah tu ada hari isnin-khamis. 1 hari saya letak 5 template. 1 kelas 1 template.

Cara nak hantar ERPH

1. Dalam Google drive pada file minggu 19 (7-11 MEI) ---right klik pilih share ---
2. Pergi kat site individu. Lupa cara nak buka site individu? Tengok step 28.
3. Klik minggu yang cikgu nak hantar. Eg: minggu 19 (7-11 MEI) ---ikut step 25 hingga step 27 kat
atas. Cuma ada beza sedikit kat step 27.

*** Sedikit perbezaan pada step 27---sebelum klik DONE cikgu tag email pengetua
bmsalim@yes.my –pastu sebelah tu ada gambar pensil pilih “can edit”----- klik send ---pastu
baru klik DONE
4. Pergi ke site individu. Pilih menu minggu yang kita nak. Eg: minggu 19 (7-11 MEI). Klik link
“PENGHANTARAN ERPH KEPADA PENGETUA M19”---nanti akan kluar borang penghantaran
camni

Isi mengikut apa yang dikehendaki. Pilih minggu: minggu 19 (ikut je minggu borang tu)---Kemudian paste
link erph minggu 19 pada bahagian “sila paste link erph anda” ---- klik SUBMIT

*** cikgu hanya dibenarkan hantar sekali sahaja. Jika nak hantar sekai lagi, automatik akan disekat.Jadi
pastikan link dan maklumat itu tepat sebelum hantar.

5. Pergi ke site individu semula --- klik EDIT --- klik gambar globe merah (Embed Website)--- paste sekali
lagi kat bahagian Enter URL
6. klik save changes-klik tanda pangkah—maka kluarlah ERPH camni pada site individu

7. selesai sudah. Selamat menghantar ERPH

You might also like