You are on page 1of 53

CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MENGUJILARI,

MENGKONFIGURASI, MENGESAH TAULIAH DAN MENYELENGGARA


PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET DAN WIRELESS UNTUK KOLEJ
POLY-TECH MARA SELAMA TIGA (3) TAHUN

ISI KANDUNGAN

SEKSYEN I – MAKLUMAT DAN SYARAT-SYARAT AM


MUKA
BIL KETERANGAN
SURAT

1 PELAWAAN TAWARAN PT/1

2 MAKLUMAT AM TENDER 1

3 LAMPIRAN (1) : PENERIMAAN TAWARAN 2

4 PERINGATAN PENTING 5

5 LAMPIRAN (2) : SYARAT- SYARAT AM TENDER 6 - 10

6 LAMPIRAN A : CONTOH DOKUMEN PERJANJIAN KONTRAK 11 - 30

7 LAMPIRAN B : BORANG RASMI TENDER 31

8 RINGKASAN HARGA (LAMPIRAN 3) 32

9 BORANG PENYELENGGARAAN (SERVIS) DALAM TEMPOH 33


JAMINAN

10 LAMPIRAN 4 : HURAIAN SKOP KERJA TENDER 34 - 35

11 LAMPIRAN C : BORANG KENYATAAN PEMBEKAL 36 - 47


BORANG A
BORANG A1

12 LAMPIRAN D : BORANG PEMBAHAGIAN PEKERJA-PEKERJA 48 - 49


ii
SEKSYEN II – SPESIFIKASI DAN DATA TEKNIKAL

BIL KETERANGAN MUKA


SURAT

1 – 18
1 JADUAL PENENTUAN TEKNIKAL

SEKSYEN III – RINGKASAN HARGA

BIL KETERANGAN MUKA SURAT

1 JADUAL RINGKASAN HARGA 1 – 21


PT/1

PELAWAAN TAWARAN

Tuan adalah dijemput untuk menyertai tender untuk projek yang tersebut di atas dan
bersama-sama ini disertakan satu naskah tender yang mengandungi :-

1) Borang Tender Dan Syarat-syarat Membuat Tender

2) Ringkasan Tawaran Kehendak-kehendak Permulaan

3) Syarat-syarat Kontrak, Peruntukan Khas Dan Addenda

4) Spesifikasi, Jadual Kadar Harga, Kenyataan Pembekal

5) Salinan Softcopy Spesifikasi Teknikal WAJIB disertakan

Tuan dinasihatkan meneliti kesemua keterangan di dalam dokumen kontrak tender ini
dan memahami skop kerja yang dicadangkan.

Tender yang telah di isi dengan sempurna hendaklah dimasukkan ke dalam sampul
bermeteri dan ditulis nama projek di atas sebelah kiri sampul dan dihantar kepada: -

PENGARAH KANAN
JABATAN LOGISTIK & ASET
ARAS 5, IBU PEJABAT KOLEJ POLY-TECH MARA
JALAN 7/91 TAMAN SHAMELIN PERKASA
56100 CHERAS
KUALA LUMPUR

Sebelum jam 12.00 tengahari pada 23 APRIL 2014

Tawaran yang DITERIMA LEWAT dari masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan
diterima / dilayan.
1

MAKLUMAT AM TENDER

KOLEJ POLY-TECH MARA

TAWARAN KPTM NO : KPTM/T/06/2014

1. TAJUK : CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR,


MENGUJILARI, MENGKONFIGURASI, MENGESAH
TAULIAH DAN MENYELENGGARA
PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET DAN
WIRELESS UNTUK KOLEJ POLY-TECH MARA
SELAMA TIGA (3) TAHUN

2. TARIKH TUTUP : DOKUMEN TENDER HENDAKLAH


DIKEMBALIKAN KEPADA

PENGARAH KANAN
JABATAN LOGISTIK & ASET
ARAS 5, IBU PEJABAT KOLEJ POLY-TECH MARA
JALAN 7/91 TAMAN SHAMELIN PERKASA
56100 KUALA LUMPUR

Selewat-lewatnya pada 23 APRIL 2014 jam 12.00 tengahari. Tawaran yang


diterima lewat dari masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima /
dilayan.

3. PERHUBUNGAN

Segala perhubungan dan pertanyaan mengenai Tender hendaklah dikemukakan


kepada :

A : Pengarah Kanan
Jabatan Logistik & Aset
(Seksyen Perolehan & Kontrak)
No. Telefon : 03 – 9179 5600 sambungan 652

B : Pengarah Kanan
Jabatan Teknologi Maklumat
(Teknikal & Spesifikasi)
No. Telefon : 03 - 9281 9700 sambungan 202

4. KOS DOKUMEN TENDER INI


RM 300.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja)
2

LAMPIRAN (1)

PENERIMAAN TAWARAN

Kepada :-

……………………………………..
……………………………………..
……………………………………..
……………………………………...
(Pihak Menerima Tender)

Tuan,

Dibawah ini tertakluk kepada syarat-syarat Membuat Tender yang dilampirkan bersama
ini sebagai Lampiran (2) yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini membuat
Tender dan menawar untuk melaksanakan dan menjalankan perkhidmatan untuk Kolej
Poly-Tech MARA serta menyediakan dan membekal segala benda dari tiap-tiap jenis
yang masing-masing disebut, ditunjuk, diperihal dan dimaksudkan dalam atau yang
hendaklah ditakrifkan daripada Dokumen Tender yang hendak dilaksanakan dan
dibekalkan oleh pihak Pembekal, bagi perkhidmatan yang diperihal di atas, dengan
menepati segala hal dan syarat-syarat dalam Dokumen Tender tersebut.

Yang bertandatangan di bawah ini bersetuju menjadi terikat oleh dan tunduk kepada
Syarat-syarat yang dirujukkan di Lampiran (2) dan Borang Rasmi Tender yang telah
dilengkapkan dan bersetuju bahawa jika Tender ini disetujuterima dan tertakluk kepada
apa-apa perubahan kemudian daripada ini, harga dan perkiraan yang telah dipenuhkan
oleh yang bertandatangan di dalam Borang Rasmi Tender hendaklah dijadikan
sebagai asas dalam menilai apa-apa bayaran atau perubahan atau penambahan
kuantiti di bawah perkhidmatan di atas yang mungkin di pesan atau dibuat oleh Kolej
Poly-Tech MARA

Jumlah amaun Tender ini ialah harga seperti yang dirujukkan di Borang Rasmi Tender.

Dan selanjutnya yang bertandatangan di bawah ini bersetuju menjalankan


perkhidmatan itu selama tempoh Kontrak yang ditetapkan atau dalam apa - apa
lanjutan yang diperuntukan.
3

Bahawanya adalah diketahui bahawa KPTM sentiasa berhak menyetujuterima atau


menolak Tender ini, sama ada ianya lebih rendah atau lebih tinggi daripada tender-
tender yang lain, atau sama amaunnya. Yang bertandatangan di bawah ini bersetuju
yang Tender ini akan berterusan sah dan tidak akan ditarik balik dalam tempoh Satu
Ratus Lapan Puluh (180) hari dari tarikh akhir yang ditetapkan bagi penyerahan
Tender dan bersetuju bahawa tiada apa-apa had, syarat dan perjanjian lain dan
dikenakan selepas tarikh tersebut.

Dan bahawasanya yang bertandatangan di bawah ini bersetuju jika Tender ini
disetujuterima, maka suatu perjanjian seperti yang dirujukkan di Lampiran A. Dokumen
Tender hendaklah dilaksanakan dan notis setujuterima hendaklah dihantar dan diterima
oleh KPTM dalam masa 14 hari dari tarikh surat tawaran dibuat.

Yang bertandatangan di bawah ini dengan ini juga bersetuju bahawa Dokumen Tender
berserta Surat Setujuterima ini (jika ada) hendaklah menjadi kontrak yang mengikat
walaupun Perjanjian Kontrak yang formal belum dilaksanakan.

Yang bertandatangan di bawah ini mengesahkan, selepas menyemak sendiri bahawa


dokumen-dokumen dan jadual-jadual yang digunakan dibawah ini untuk menyusun
Tender ini adalah salinan-salinan yang sebenarnya dokumen-dokumen dan jadual –
jadual yang dimasukkan dalam Dokumen.

Yang bertandatangan di bawah ini bersetuju bahawa :-

a) Jika tender ini ditarik balik sebelum tamatnya tempoh sah Tender atau apa-apa
tempoh lanjutnya atau

b) Jika yang bertandatangan di bawah ini mengenakan apa-apa had, syarat atau
Perjanjian tambahan kepada Tender ini selepas tarikh akhir yang ditetapkan bagi
penyerahan tender atau

c) Jika sekiranya Tender telah disetujuterima, yang bertandatangan di bawah ini


enggan dan tidak melaksanakan Perjanjian Kontrak yang formal atau
mendepositkan Bon Perlaksanaan sebagaimana dikehendaki oleh syarat-syarat
kontrak atau tidak meneruskan perkhidmatan.
4

Maka, dalam mana-mana hal itu, tanpa menyentuh apa-apa hak yang lain yang ada
padanya, KPTM sentiasa berhak mengambil tindakan tatatertib terhadap yang
bertandatangan di bawah ini atau membatalkan pendaftaran yang bertandatangan di
bawah sebagai Pembekal KPTM, sebagaimana difikirkan perlu oleh KPTM dan
melaporkan kepada Kementerian Kewangan Malaysia, Bahagian Pendaftaran Syarikat.

Bertarikh pada haribulan 20

……………………………
Tandatangan Petender

Nama penuh : ………………………………………………………………


Atas Sifat : ………………………………………………………………

Yang diberi kuasa dengan sempurnanya untuk menandatangani Tender ini untuk dan
bagi pihak

.………………………………….
Meteri atau Cop Penender

Saksi : ………………………………………………………………

Nama penuh : ………………..……………………………………………..

Pekerjaan : ………………………………………………………………

Alamat : ..……………………………………………………………..

………………………………………………………………

………………………………………………………………

………………………………………………………………
5
PERINGATAN PENTING

KOLEJ POLY-TECH MARA

TAWARAN KPTM NO : KPTM/T/06/2014

CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MENGUJILARI,


MENGKONFIGURASI, MENGESAH TAULIAH DAN MENYELENGGARA
PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET DAN WIRELESS UNTUK KOLEJ
POLY-TECH MARA SELAMA TIGA (3) TAHUN

PENENDER DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI KESELURUHAN BUTIR –


BUTIR YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN TENDER SEBELUM
MENGISINYA. PENENDER – PENENDER YANG MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK
MEMATUHI MANA-MANA FASA DI DALAM TENDER TIDAK AKAN
DIPERTIMBANGKAN.

PENENDER YANG GAGAL MENGISI MAKLUMAT DENGAN LENGKAP ATAU


MEMBERI MAKLUMAT PALSU BERHUBUNG TAWARAN SYARIKAT BAGI SESUATU
TENDER, JIKA DAPAT DIKESAN, KPTM BERHAK MEMBATALKAN TAWARAN YANG
TELAH DI BUAT KE ATAS SYARIKAT BERKENAAN / MENGAKIBATKAN TENDER
SYARIKAT DITOLAK DAN TINDAKAN TATATERTIB AKAN DIAMBIL TERHADAP
PENENDER BERKENAAN.

KOLEJ POLY-TECH MARA TIDAK TERIKAT UNTUK MENERIMA TAWARAN YANG


TERENDAH ATAU MANA-MANA TAWARAN SEKALIPUN.

SEMUA DOKUMAN DI DALAM BORANG TENDER INI MESTI DIKEMBALIKAN


DENGAN SEPENUHNYA / LENGKAP (TIDAK BOLEH DICERAIKAN)
6

LAMPIRAN (2)

KOLEJ POLY-TECH MARA

1. NO TAWARAN : KPTM/T/06/2014

2. TAJUK : CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR,


MENGUJILARI, MENGKONFIGURASI, MENGESAH
TAULIAH DAN MENYELENGGARA
PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET DAN
WIRELESS UNTUK KOLEJ POLY-TECH MARA
SELAMA TIGA (3) TAHUN

3. PERIHAL

KPTM mempelawa tawaran bagi bekalan dan pengiriman seperti ringkasan yang
dinyatakan di Lampiran (3) (muka surat 32)

4. RINGKASAN HARGA

Ringkasan harga yang ditawarkan adalah dianggarkan berjumlah seperti yang


terdapat di Lampiran (3) (muka surat 32)

5. SYARAT-SYARAT KHAS / PENENTUAN

Pelawaan Tender ini adalah terikat dengan syarat - syarat/ penentuan yang
terdapat di (mukasurat 6-10).

Tempoh kontrak ini adalah untuk jangkamasa tiga (3) tahun. KPTM berhak
menentukan tarikh permulaan kontrak dan tarikh tamat kontrak.

6. SYARAT-SYARAT KPTM

a. Pelawaan Tender ini juga terikat dengan syarat-syarat yang terkandung di


dalam Perjanjian Kontrak di Lampiran ‘A’ (mukasurat 11-30).
7

b. Penender- penender adalah diingatkan supaya mematuhi sepenuhnya


syarat-syarat tersebut apabila menyertai tawaran ini. Sekiranya Penender
gagal mematuhi salah satu ataupun lebih syarat-syarat ini maka tawaran
tersebut tidak akan dipertimbangkan dan akan terus ditolak.

7. KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI TAWARAN

i. Hanya Syarikat – syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan


dan Pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa di bawah kepala / bidang
210105 sahaja yang layak untuk menyertai tawaran ini.

ii. Hanya Syarikat-syarikat yang membeli borang tawaran yang diakui


pembeliannya dengan resit sahaja akan diterima menyertai tawaran ini.
Syarikat – syarikat yang memasuki tawaran ini dengan menggunakan
borang-borang yang dibeli oleh mana-mana Syarikat lain walaupun ianya
merupakan anak Syarikat ataupun agen kepadanya tidak akan
dipertimbangkan dan akan ditolak.

8. KEISTIMEWAAN

Pelawaan Tender ini memberikan keistimewaan kepada perkara-perkara berikut:

i. Semua barang-barang yang dibekalkan di bawah kontrak ini mestilah


barang-barang keluaran semasa baru, tulin serta belum digunakan kecuali
bagi tujuan ujian mutu di kilang pembuat (static running)

ii. Bekalan barang-barang hendaklah dari buatan tempatan sahaja


melainkan bagi barang-barang yang tidak boleh diperolehi dari sumber-
sumber tempatan.

iii. Firma-firma yang mengunakan pekerja-pekerja warga negara Malaysia


dan pembahagian kerja-kerja yang adil mengikut ras- ras penduduk
Malaysia

iv. Syarikat Bumiputera / Pembuat Bumiputera

9. WANG SANDARAN TENDER / DEPOSIT TENDER

Semua penyertaan Tender tidak dikenakan wang deposit Tender tetapi


tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
8

9.1 Jika Penender enggan mengikat kontrak apabila tawarannya dipersetujui


atau menarik balik tawarannya sebelum tawaran dipertimbangkan maka
tindakan penggantungan pendaftarannya akan diambil seperti berikut :

a. Dua (2) tahun bagi kesalahan kali pertama

b. Lima (5) tahun bagi kesalahan kali kedua, dan :

c. Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya.

Dengan kesalahan-kesalahan tersebut maka senarai Syarikat-syarikat yang


digantung pendaftarannya akan diedar untuk semua Kementerian / Jabatan /
Badan Berkanun dari masa ke semasa. Bagi Syarikat-syarikat yang dibatalkan
pendaftarannya, nama Pengarah – pengarah termasuk nama pemegang saham
terbesar juga akan turut disenaraihitamkan

10. BORANG RASMI TENDER

Penender–penender dikehendaki mengisi segala butir-butir yang terdapat di


dalam Borang Rasmi Tender di Lampiran B (mukasurat 31) dengan jelas.

11. BORANG KETERANGAN MENGENAI PENENDER

Penender – penender dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir-butir


yang terdapat di Lampiran C (mukasurat 36-47)

12. BORANG PEMBAHAGIAN PEKERJA-PEKERJA

Penender-penender dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir yang


terdapat di Lampiran D (mukasurat 48-49)

13. KATALOG / CONTOH

Penender dikehendaki mengemukakan katalog / contoh yang ditender pada atau


sebelum (akan dimaklumkan kemudian)

14. DEMONSTRASI

Penender perlu / tidak perlu membuat demonstrasi ke atas alat-alat tersebut.


9

15. SETUJU TERIMA TENDER

i. KPTM ini akan memberi notis bertulis kepada penender yang berjaya
apabila tendernya dipersetujui.

ii. Notis itu boleh mengandungi syarat-syarat kontrak sebagai tambahan


kepada syarat-syarat yang dilampirkan bersama ini dan sekiranya
demikian Tender itu tidak boleh, disifatkan sebagai dipersetujui sehingga
pengesahan bertulis daripada penender menyatakan bahawa syarat-
syarat tambahan atau yang diubahsuai itu adalah diterima.

iii. Apabila dipersetujui maka suatu kontrak hendaklah disifatkan sebagai


telah dibuat diantara Kolej dengan penender itu mengikut syarat-syarat
kontrak yang dilampirkan (termasuk syarat-syarat tambahan atau
diubahsuai yang tersebut itu jika ada) dan tidak apa-apa perjanjian atau
syarat-syarat lain walau dari apa jenis pun boleh disifatkan sebagai
termasuk dalam kontrak ini.

iv. Kolej adalah berhak mempersetujui Tender sama ada kesemuanya atau
sebahagiannya.

v. Kolej tidak terikat mempersetujui Tender yang terendah sekali atau mana-
mana Tender juga pun.

16. PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM BORANG-BORANG

i. Semua borang hendaklah diisi dengan lengkap, kemas dan terang di


ruangan yang ditentukan. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi,
penender dibenarkan menaip maklumat-maklumat itu di dalam kertas
tambahan dan mestilah ditandatangani oleh penender serta di cop dengan
cop Syarikat. Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam borang-borang
hendaklah ditandatangani ringkas oleh penender dan diberi tarikh

ii. Semua dokumen di dalam Borang Tender ini mestilah dikembalikan


dengan sepenuhnya / lengkap (tidak boleh diceraikan)

iii. Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam
sampul surat yang berlakri dan ditulis pada bahagian atas kiri sampul
surat itu, dengan butir-butir berikut :-

a. No. Tawaran Tender b. Tajuk Tawaran Tender

iv. Borang-borang tersebut hendaklah dihantar dengan tangan dan


dimasukkan terus di dalam PETI TENDER yang telah disediakan atau
dihantar terus melalui pos.
10

17. KEPUTUSAN TENDER ADALAH MUKTAMAD

Pihak Kolej tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran daripada


penender-penender. Keputusan mengenai Tender yang dikeluarkan adalah
muktamad. Sebarang surat menyurat mengenai keputusan Tender tidak akan
dilayan.

18. PENGHANTARAN BARANG-BARANG

Penghantaran barang – barang hendaklah dibuat secepat mungkin iaitu


mengikut tempoh serahan yang dinyatakan dalam kontrak syarikat setelah
pesanan jabatan dikeluarkan. Satu laporan akan dihantar ke Perbendaharaan
sekiranya syarikat gagal berbuat demikian.

19. HARGA

Harga tawaran syarikat adalah di dalam Ringgit Malaysia termasuk sebarang


cukai termasuk GST (Government Service Tax) dan levi ke atas barangan
tersebut dan lain-lain caj. (jika berkenaan).

20. LAIN-LAIN HAL

Walaupun pembelian dibuat secara C.I.F pihak syarikat tidak terlepas daripada
tanggungjawab terhadap barangan tersebut sehingga tamat tempoh jaminan
penggunaan barangan yang dibekal. Pembekal hendaklah sentiasa bekerjasama
dengan pengguna bagi memastikan barangan tersebut diselenggarakan
mengikut kontrak.

21. BARANGAN BUATAN MALAYSIA

Semua barang-barang yang dibekalkan di bawah kontrak ini MESTILAH


barangan buatan Malaysia, kecuali item tersebut tiada buatan Malaysia atau
sumber-sumber tempatan maka buatan dari negara lain baru boleh
dipertimbangkan.

22. Petender TIDAK SEMESTINYA dipilih untuk menawarkan semua item yang
diperlukan di dalam tender. Pemilihan mungkin dibuat berdasarkan item
terkumpul atau berasingan mengikut keperluan pengguna. Dengan itu, KPTM
berhak menawarkan sebahagian atau keseluruhan item-item yang terdapat di
dalam tender kepada satu atau lebih daripada satu syarikat.

11
LAMPIRAN A

No. Perjanjian :…..……..……………


Nilai Kontrak …...…..………………
Nilai Cagaran :…...…………….……

PERJANJIAN BEKALAN BARANGAN/PERKHIDMATAN


KOLEJ POLY-TECH MARA SDN. BHD.

SATU PERJANJIAN yang dibuat pada tarikh dan tahun yang dinyatakan dalam
Seksyen 1 Jadual Pertama Perjanjian ini.

DI ANTARA

KOLEJ POLY-TECH MARA SDN. BHD. (547467-W), sebuah syarikat yang ditubuhkan
di bawah Akta Syarikat 1965 dan alamat surat menyuratnya di Jalan 7/91, Taman
Shamelin Perkasa, Cheras, 56100 Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut
"KPTMSB") bagi satu pihak;

DAN

ENTITI yang nama dan butir-butirnya dinyatakan dalam Seksyen 2 Jadual Pertama
Perjanjian ini (kemudian daripada ini disebut "Pembekal") bagi satu pihak lagi.

BAHAWASANYA;

A. KPTMSB merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat


1965 menurut kehendak Seksyen 12(1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
dan bertanggungjawab dalam mengendali dan mengelolakan Kolej Poly-Tech MARA
serta cawangan-cawangannya.

B. BAHAWASANYA KPTMSB bersetuju menawarkan tender kepada Pembekal dan


Pembekal bersetuju menerima tawaran tersebut yang dinyatakan dalam Jadual Kedua
Perjanjian ini tertakluk kepada syarat-syarat dan had-had yang dinyatakan dalam
Perjanjian ini.

MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut :

12
TAKRIF

1.1 Dalam Perjanjian ini dan dalam syarat-syarat dan jadual –jadual yang
dilampirkan bersama, perkataan-perkataan di bawah ini mempunyai maksud-
maksud seperti berikut melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna
yang lain :-

a) "Barangan" bermaksud barang-barang yang diperincikan dalam Jadual


Kedua yang bersetuju dibekalkan/dihantar/diserahkan oleh Pembekal.
Frasa "Barangan" hendaklah merujuk kepada keseluruhan Barangan
tersebut atau setiap unit individunya.

b) "Deposit/Cagaran" bermaksud Deposit/Cagaran bagi


Barangan/Perkhidmatan yang disediakan menurut Fasal 4.1 dengan
jumlah serta tempoh sahnya dinyatakan dalam Seksyen 4 Jadual
Pertama.

c) "Dokumen Tender" bermaksud satu atau beberapa Dokumen Tender yang


menjadi asas kepada Perjanjian ini dan hendaklah disifatkan menjadi
sebahagian dari Perjanjian ini, setakat mana ianya tidak bercanggah.

d) "Harga Barangan/Perkhidmatan" hendaklah bermaksud harga yang


dibayar untuk mendapatkan Barangan/Perkhidmatan yang jumlahnya
dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual Pertama dan diperincikan dalam
Jadual Kedua. Harga ini hendaklah termasuk perkara-perkara yang
dinyatakan dalam Fasal 3.1

e) "KPTMSB" maksudnya Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (547467-W)


sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 menurut
kehendak Seksyen 12(1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
dan bertanggungjawab dalam mengendali dan mengelolakan Kolej Poly-
Tech MARA serta cawangan-cawangannya.

f) "Pembekal" bermaksud entiti yang nama dan butir-butirnya dinyatakan


dalam Seksyen 2 Jadual Pertama.

g) "Penerimaan akhir" bermaksud Barangan/Perkhidmatan tersebut telah


diperakui oleh Pegawai KPTMSB yang diberi kuasa untuk berbuat
demikian, sebagai baik, sempurna, mengikut contoh dan diskripsi, dan
sesuai untuk kegunaannya.

h) "Perkhidmatan" bermaksud perkhidmatan yang diperincikan dalam Jadual


Kedua yang bersetuju dilaksanakan oleh Pembekal. Frasa
"Perkhidmatan" hendaklah merujuk kepada keseluruhan Perkhidmatan
tersebut atau bahagian-bahagiannya.

13
i) "Surat Tawaran" bermaksud Surat tawaran membekalkan
Barangan/Perkhidmatan kepada Pembekal yang dikeluarkan oleh
KPTMSB yang butirannya dinyatakan dalam Seksyen 7 Jadual Pertama.
Surat tawaran hendaklah disifatkan sebahagian dari Perjanjian ini, setakat
mana ianya tidak bercanggah.

j) "Tempat Penggunaan" bermaksud tempat di mana


Barangan/Perkhidmatan akan digunakan yang akan ditentukan oleh
KPTMSB dari semasa ke semasa.

k) "Tempat Serahan " bermaksud tempat yang dinyatakan dalam Seksyen 5


Jadual Pertama.

l) "Tempoh Jaminan" bermaksud tempoh jaminan Barangan/Perkhidmatan


yang dinyatakan dalam Seksyen 6, Jadual Pertama.

m) "Tempoh Serahan/Perlaksanaan" bermaksud tempoh penghantaran


Barangan/Perkhidmatan yang dinyatakan dalam Seksyen 5 Jadual
Pertama.

1.2 Semua rujukan kepada Fasal-Fasal dan Jadual-Jadual bemaksud rujukan


kepada Fasal-Fasal dan Jadual-Jadual yang terdapat dalam Perjanjian ini.

1.3 Statut, Akta-Akta Parlimen dan sebarang undang-undang bertulis yang disebut di
dalam Perjanjian ini adalah bermaksud rujukan kepada Statut, Akta-Akta
Parlimen, Enakmen dan undang-undang bertulis yang digunapakai di Malaysia,
kecuali jika dinyatakan sebaliknya.

PEMBEKALAN/PEMASANGAN BARANGAN/PERKHIDMATAN

2.1 Pembekal adalah dengan ini bersetuju untuk:-

a) Membekal atau melaksanakan Barangan/Perkhidmatan yang dinyatakan


dalam Dokumen Tender dan disenaraikan dalam Jadual Kedua serta
menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan pembekalan tersebut;

b) Sekiranya dinyatakan dalam Dokumen Tender, memasang, menguji dan


mentauliah Barangan/Perkhidmatan tersebut; dan

c) Sekiranya dinyatakan dalam Dokumen Tender, melatih kakitangan


KPTMSB menggunakan Barangan/Perkhidmatan tersebut.

14
HARGA BARANGAN/PERKHIDMATAN DAN BAYARAN

3.1 Harga Barangan/Perkhidmatan hendaklah termasuk:-

a) Kos penghantaran, pemasangan, pengujian dan pentauliahan


Barangan/Perkhidmatan tersebut;

b) Sekiranya dinyatakan dalam Dokumen Tender, kos melatih kakitangan


KPTMSB menggunakan Barangan tersebut; dan

c) Sebarang cukai dan levi ke atas Barangan/Perkhidmatan tersebut.

3.2 Pembekal adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan sebarang cukai atau


levi yang dikenakan ke atas Barangan/Perkhidmatan tersebut bagi memastikan
kelancaran perlaksanaan Perjanjian ini. Sekiranya pembekal enggan/gagal/cuai
untuk berbuat demikian maka KPTMSB berhak mengambil apa-apa tindakan
yang perlu bagi menjaga kepentingan KPTMSB termasuk tetapi tidak terhad
kepada, menamatkan Perjanjian ini dan melantik Pembekal lain bagi
membekalkan Barangan/Perkhidmatan tersebut.

3.3 Harga Barangan/Perkhidmatan yang dinyatakan dalam Seksyen 3, Jadual


Pertama Perjanjian ini adalah muktamad kecuali sekiranya terdapat perubahan
menurut Fasal 10.3. Sebarang kenaikan kepada Harga Barangan/Perkhidmatan
atau sebarang cubaan mengurangkan kuantiti dan/atau kualiti
Barangan/Perkhidmatan dari contoh yang dikemukakan dan/atau dari diskripsi
yang dinyatakan dalam Dokumen Tender, bagi menyesuaikannya dengan Harga
Barangan/Perkhidmatan, akan memberi hak kepada KPTMSB untuk
menamatkan Perjanjian ini dengan memberi 14 hari notis.

3.4 Pembayaran kepada Pembekal atas Harga Barangan/Perkhidmatan akan dibuat


selepas KPTMSB membuat Penerimaan Akhir terhadap
Barangan/Perkhidmatan tersebut dan disokong oleh dokumen pembayaran yang
lengkap. KPTMSB berhak untuk menceraikan bayaran berdasarkan kepada
kuantiti, kualiti dan jenis Barangan/Perkhidmatan yang disenaraikan dalam
Jadual Kedua. Penceraian Pembayaran ini tidak melepaskan pembekal atas
tanggungjawab di bawah Perjanjian ini.

15
DEPOSIT/CAGARAN

4.1 Pembekal adalah dikehendaki semasa menandatangani Perjanjian ini untuk


menyediakan Deposit/Cagaran dalam bentuk Jaminan Bank/Bank Draf/Tunai
atau lain-lain cara yang dipersetujui oleh KPTMSB atas nama "Kolej Poly-Tech
MARA Sdn. Bhd." menurut nilai dan jangkamasa yang dinyatakan dalam
Seksyen 4 Jadual Pertama. Sekiranya Pembekal gagal/enggan/cuai untuk
berbuat demikian, maka KPTMSBSB berhak untuk menamatkan Perjanjian ini
dengan memberikan notis 14 hari.

4.2 Adalah sentiasa dipersetujui oleh kedua-dua pihak bahawa Deposit/ Cagaran
akan dikembalikan kepada Pembekal atau dibatalkan tanpa apa-apa faedah
selepas enam (6) bulan dari tarikh Penerimaan akhir Barangan/Perkhidmatan
tersebut atau Tempoh Jaminan tamat, yang mana lagi lewat, tertakluk kepada
apa-apa potongan yang dibuat oleh KPTMSB mengikut peruntukan dalam
Perjanjian ini.

PERLAKSANAAN DAN PENYERAHAN BARANGAN/PERKHIDMATAN

5.1 Pembekal hendaklah memastikan bahawa Barangan/Perkhidmatan dapat


dilaksanakan atau diserah ke Tempat Serahan/Perlaksanaan dalam tempoh
yang dinyatakan dalam Seksyen 5 Jadual Pertama.

5.2 Sebelum perlaksanaan atau serahan dibuat, Pembekal hendaklah memberi notis
sekurang-kurangnya 7 hari bekerja kepada KPTMSB akan niatnya untuk
membuat serahan atau perlaksanaan Barangan/Perkhidmatan.

5.3 Tanpa memprejudiskan hak-hak KPTMSB untuk menuntut gantirugi dan remedi,
sekiranya Pembekal gagal/enggan/cuai untuk menyerahkan atau melaksanakan
Barangan/Perkhidmatan dalam Tempoh Serahan/Perlaksanaan, maka KPTMSB
berhak:-

a) Menamatkan Perjanjian ini dengan memberi notis 14 hari; dan/atau

b) Melelapkan Deposit/Cagaran Pembekal;

c) Menolak serahan atau perlaksanaan Barangan/Perkhidmatan tersebut


sekiranya KPTMSB telah mendapatkan Barangan/Perkhidmatan yang
serupa dari punca-punca lain, dan Pembekal bersetuju untuk membayar
pampasan kepada KPTMSB menurut Fasal 8.1; dan/atau

16
d) Selepas perbincangan dengan Pembekal, menetapkan satu tempoh
lanjutan bagi serahan atau perlaksanaan Barangan/Perkhidmatan
tersebut di mana KPTMSB boleh mengenakan denda kerana kelewatan
menyerahkan atau melaksanakan Barangan/Perkhidmatan mengikut
kadar denda 1% dari Harga Barangan/Perkhidmatan bagi setiap hari
lewat.

5.4 Pembekal dengan ini bersetuju bahawa dalam menghantar atau melaksanakan
Barangan/Perkhidmatan tersebut, segala syarat-syarat yang terkandung dalam
Dokumen Tender hendaklah dijadikan sebahagian dari syarat Perjanjian ini dan
hendaklah ditakrifkan bersama-sama dengan syarat-syarat yang sedia ada di
dalam Perjanjian ini setakat mana ianya tidak bercanggah. Sekiranya terdapat
syarat-syarat Dokumen Tender yang bercanggah dengan Perjanjian ini, maka
Perjanjian ini mengatasi Dokumen Tender tersebut.

5.5 KPTMSB berhak menggunakan budi bicara mutlaknya, untuk meminta Pembekal
menyerahkan atau melaksanakan Barangan/Perkhidmatan tersebut ke tempat
lain atau melanjutkan Tempoh Serahan/Perlaksanaan selain dari yang
dinyatakan dalam Seksyen 5 Jadual Pertama.

5.6 Sekiranya diminta, Kontaktor bersetuju untuk melaksanakan permintaan


KPTMSB bagi membekalkan kuantiti atau perkhidmatan tambahan terhadap
Barangan/Perkhidmatan dengan kadar segera mengikut nilai yang telah
ditetapkan di dalam Dokumen Tender pada tempat dan mengikut tempoh masa
yang ditetapkan oleh KPTMSB.

5.7 Pembekal hendaklah membawa bersama borang pesanan rasmi KPTMSB dan
borang penghantaran barang Pembekal semasa membuat penyerahan
Barangan/Perkhidmatan tersebut. Pembekal hendaklah memberi satu perakuan
bertulis atas borang pesanan rasmi KPTMSB bahawa Barangan/Perkhidmatan
yang dibekalkan adalah tidak kurang mutunya mengikut contoh atau spesifikasi
yang dinyatakan di dalam Dokumen tender. Kedua-dua borang pesanan rasmi
KPTMSB dan borang penghantaran barang Pembekal hendaklah diserahkan
kepada Pegawai yang diberi kuasa oleh KPTMSB untuk menerima serahan
Barangan/Perkhidmatan tersebut.

HAK MILIK DAN RISIKO BARANGAN

6.1 Penerimaan Barangan tersebut oleh Pegawai KPTMSB menurut Fasal 5.7
hendaklah tidak bermaksud hak milik dan risiko Barangan telah berpindah
kepada KPTMSB. Hak milik dan risiko Barangan hanya akan berpindah ke
KPTMSB selepas Harga Barangan dibayar menurut Fasal 3.3

17
PENERIMAAN BERSYARAT

7.1 KPTMSB berhak menghantar Barangan untuk diuji bagi memastikan Barangan
mengikut kualiti contoh dan/atau mengikut spesifikasi yang dinyatakan dalam
Dokumen Tender.

7.2 Jika Pembekal menyerahkan Barangan yang rosak atau tidak mengikut kualiti
contoh dan/atau mengikut spesifikasi yang dinyatakan dalam Dokumen Tender
maka KPTMSB berhak, tanpa memprejudiskan hak-hak KPTMSB untuk
menuntut gantirugi dan remedi:-

a) Menolak Barangan berkenaan dan menamatkan Perjanjian ini dan


melelapkan Deposit/Cagaran; atau

b) Menolak Barangan berkenaan yang mana Barangan tersebut hendaklah


diganti oleh Pembekal dalam tempoh tiga (3) hari selepas Barangan
tersebut ditolak. Jika penggantian Barangan tersebut tidak diserahkan
dalam tempoh di atas, KPTMSB boleh membeli Barangan yang
dikehendaki itu dari punca-punca lain, dan Pembekal bersetuju untuk
membayar pampasan menurut Fasal 8.1

7.3 Bagi satu-satu pesanan Barangan, jika Pembekal telah menyerahkan barang-
barang yang rosak atau yang rendah kualitinya kepada KPTMSB dan KPTMSB
tidak mungkin menolak barang-barang itu oleh sebab telah dipakai atau
digunakan oleh KPTMSB sebelum diketahui akan rosak atau rendah kualitinya
itu, maka KPTMSB berhak menuntut dan Pembekal bersetuju untuk membayar
pampasan sebanyak 40% dari harga asal bagi Barangan tersebut.

HAK KPTMSB APABILA BARANGAN LEWAT DISERAHKAN

8.1 Tanpa memprejudiskan hak-hak KPTMSB dalam Perjanjian ini, sekiranya


Pembekal gagal/enggan/cuai untuk menyerahkan Barangan dalam Tempoh
Serahan atau menyerahkan Barangan ganti dalam tempoh yang dinyatakan
dalam Fasal 7.2 (b), maka KPTMSB berhak mendapatkan barang-barang yang
sama fungsi atau kegunaannya dengan Barangan yang tidak diserahkan dari
punca–punca lain, dan Pembekal bersetuju untuk bertanggungjawab
membayar :-

a) Jika kos memperolehi barang-barang dari punca–punca lain itu melebihi


harga dalam Perjanjian ini, Pembekal hendaklah membayar kos yang
lebih itu sebagai pampasan kepada KPTMSB atau 5% dari Harga
Barangan, mengikut mana yang lebih tinggi; atau

18
b) Jika kos bagi memperolehi barang-barang itu kurang dari Harga
Barangan, Pembekal hendaklah membayar 5% dari Harga Barangan
sebagai pampasan kepada KPTMSB.

PEMASANGAN, PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN BARANGAN

9.1 Sekiranya diminta dalam Dokumen Tender, Pembekal hendaklah memasang,


menguji dan mentauliahkan Barangan di Tempat Penggunaan dan
memaklumkan KPTMSB apabila Barangan telah ditauliahkan.

9.2 KPTMSB berhak untuk menguji Barangan bagi menentukan kesahihan


pentauliahan. Sekiranya didapati Barangan masih tidak berfungsi dengan baik
dan sesuai untuk tujuan dan kegunaanya, maka Pembekal bersetuju untuk terus
memeriksa, menguji dan sekiranya perlu, untuk mengganti Barangan tersebut
atau komponen-komponennya sehingga ianya boleh berfungsi mengikut tujuan
dan kegunaannya.

PERUBAHAN PENENTUAN CORAK, BENTUK, SPESIFIKASI DAN SEBAGAINYA

10.1 KPTMSB boleh dengan persetujuan Pembekal, sebelum Harga Barangan


dibayar mengikut Fasal 3.3, mengubah corak, bentuk, spesifikasi, prestasi,
kualiti atau jenis Barangan yang terkandung dalam Dokumen Tender.

10.2 Sekiranya Barangan telah dihantar/diserah, selepas persetujuan perubahan


Barangan dibuat bersama menurut Fasal 10.1, maka Pembekal boleh
mengambil Barangan yang telah dihantar/diserah bagi digantikan dengan
Barangan yang dipersetujui akan perubahannya.

10.3 Jika berlaku perubahan kepada Barangan menurut Fasal 10.1, maka kedua
belah pihak boleh membuat persetujuan kepada perubahan tentang Harga
Barangan/Perkhidmatan yang berkaitan, Tempoh Serahan/Perlaksanaan,
Deposit/Cagaran, Tempat Serahan/Perlaksanaan, Tempat Penggunaan dan
sebagainya, dan Perjanjian ini akan berubah mutatis mutandis.

19
PERLINDUNGAN HARTA INTELEK

11.1 Pembekal adalah dengan ini memberi jaminan bahawa Barangan adalah bebas
dari apa-apa bebanan, kekangan atau tuntutan yang melibatkan harta intelek,
termasuk tetapi tidak terhad kepada Paten (Patent), Hak Cipta (copy right), Cap
Dagang (trade mark), rekabentuk berdaftar (registered design), rekabentuk
industri (industrial design) dan indikasi geografi (Geographical Indication),
samada yang berdaftar, yang tidak memerlukan pendaftaran atau yang sedang
dalam proses pendaftaran.

11.2 Sekiranya KPTMSB dituntut oleh pihak ketiga berkaitan penggunaan atau
penyimpanan Barangan yang melanggar harta-harta intelek, maka Pembekal
bersetuju dengan kosnya sendiri untuk :-

a) mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan KPTMSB dapat terus


menggunakan Barangan tersebut; atau

b) mengganti Barangan tersebut dengan Barangan yang tidak melanggar


harta-harta intelek, yang sama fungsi, kegunaan, prestasi, kualiti dan
kuantitinya dengan Barangan yang diganti.

11.3 Sekiranya Pembekal enggan/gagal/cuai untuk melaksanakan tanggungajwabnya


dalam Fasal 11.2 dalam masa 30 hari dari tarikh KPTMSB mendapat notis
pemberitahuan akan pelanggaran harta intelek tersebut, maka Pembekal dengan
kosnya sendiri akan mengambil milikan Barangan tersebut dan membayar
kepada KPTMSB:-

a) Harga Barangan tersebut yang tinggal selepas ditolak Deposit/Cagaran


Barangan dan kos susut nilai yang ditentukan oleh KPTMSB mengikut
kadar susut yang lazimnya diamalkan di Malaysia; dan

b) Kos langsung dari penyediaan Tempat Penggunaan oleh KPTMSB,


kerosakan Tempat Penggunaan akibat dari pengambil milikan Barangan
tersebut dan penyediaan Tempat Penggunaan bagi menerima Barangan
gantian.

11.4 Sekiranya KPTMSB dituntut oleh pihak ketiga berkaitan dengan penggunaan
atau penyimpanan Barangan yang melanggar harta-harta intelek tersebut,
Pembekal bersetuju mengganti rugi KPTMSB berkaitan dengan apa-apa
perbelanjaan, kos (termasuk kos guaman, kos mahkamah dan kos
penghakiman) dan/atau kos gantirugi yang diputuskan oleh Mahkamah, yang
timbul secara langsung mahupun tidak langsung hasil dari tuntutan tersebut.

20
JAMINAN TERHADAP BARANGAN

12.1 Pembekal adalah dengan ini memberi jaminan bahawa Barangan dapat
berfungsi dengan baik sesuai dengan fungsi dan kegunaannya seperti yang
dinyatakan dalam Dokumen Tender dan bebas dari sebarang kecacatan, dalam
tempoh yang dinyatakan dalam Seksyen 6, Jadual Pertama Perjanjian ini.

12.2 Sekiranya terdapat kecacatan terhadap rekabentuk, fungsi dan/atau kegunaan


Barangan dalam tempoh yang dinyatakan dalam Fasal 12.1, maka Pembekal
bersetuju dengan kosnya sendiri, dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan
pemberitahuan dari KPTMSB akan kecacatan tersebut, untuk:-

a) Membaiki Barangan tersebut termasuk menggantikan komponen-


komponennya bagi membolehkan Barangan tersebut berfungsi dengan
baik sesuai dengan kegunaannya; atau

b) Mengganti Barangan tersebut dengan Barangan yang sama jenis,


jenama, kualiti, spesifikasi, prestasi, fungsi dan kegunaannya dengan
Barangan yang diganti.

BUNGKUSAN

13.1 Pembekal hendaklah membungkus Barangan dengan sempurna dan dicop untuk
serahan ke Tempat Serahan/Perlaksanaan. Apa-apa kehilangan atau kerosakan
terhadap Barangan yang disebabkan oleh pembungkusan yang cacat atau tidak
sempurna, hendaklah diganti oleh Pembekal atas kos Pembekal sendiri.

13.2 Pembekal hendaklah melabelkan pada tiap-tiap bungkusan perihal Barangan


yang hendak diserahkan kepada KPTMSB.

PESANAN BARANGAN/PERKHIDMATAN

14.1 Pesanan-pesanan bagi Barangan/Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini akan


dibuat oleh KPTMSB dengan menggunakan borang pesanan rasmi KPTMSB.
KPTMSB tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa pesanan yang dibuat tanpa
menggunakan borang pesanan rasmi tersebut.

21
MENGGADAI WANG YANG KENA DIBAYAR

15.1 Pembekal tidak boleh memberi milik, menggadai janji, menggadai atau
mempertanggungkan apa-apa jua daripada wang yang kena dibayar di bawah
atau yang mungkin terbit dari Perjanjian ini tanpa terlebih dahulu mendapat
kelulusan bertulis KPTMSB.

REPRESENTASI DAN WARANTI

16.1 Pembekal dengan ini mengakujanji bahawa segala keterangan–keterangan


berikut adalah benar :-

a) Pembekal adalah sebuah entiti yang sah di sisi undang-undang dan


mempunyai kuasa dan layak untuk melaksanakan Perjanjian ini dan telah
menyempurnakan segala kehendak-kehendak undang-undang untuk
menandatangani dan melaksanakan Perjanjian ini.

b) Barangan yang dibekalkan di bawah Perjanjian ini adalah tulen, baru,


belum digunakan serta bebas dari apa-apa bebanan, kekangan atau
tuntutan pihak ketiga.

c) Perkhidmatan yang dilaksanakan di bawah Perjanjian ini akan


dilaksanakan dengan baik, teliti, dan sempurna.

d) Tidak ada tindakan undang-undang atau apa-apa prosiding telah diambil


atau sedang dijalankan di Mahkamah atau badan lain yang boleh
menggugat atau memberi kesan kepada keadaan dan perniagaan
Pembekal.

e) Segala kebenaran, lesen dan lain-lain hal yang berkaitan dengan


perlaksanaan Perjanjian ini telah diperolehi dan disempurnakan dan tidak
ada apa-apa keadaan atau syarat-syarat yang boleh menyebabkan
kebenaran atau lesen Pembekal ditarik balik.

f) Segala butir-butir dan keterangan termasuk keadaan kewangan Pembekal


yang diberikan kepada KPTMSB adalah benar belaka.

g) Bahawa Pembekal telah memenuhi apa-apa tuntutan undang-undang


bagi memastikan lesen dan pendaftaran Pembekal di bawah mana-mana
undang-undang adalah sah dan tidak akan dibatalkan semasa
melaksanakan Perjanjian ini.

h) Bahawa Pembekal akan memelihara nama baik KPTMSB dalam


melaksanakan Perjanjian ini.

22
PENAMATAN PERJANJIAN

17.1 Sekiranya KPTMSB mendapati atau mempunyai sebab bagi mempercayai


bahawa:-

a) Representasi dan waranti yang diberikan oleh pembekal dalam Perjanjian


ini dan Dokumen Tender didapati tidak benar; atau

b) Pembekal melakukan pelanggaran terhadap mana-mana terma/fasal yang


terdapat dalam Perjanjian ini;

c) Pembekal membuat sebarang pindah hak bagi faedah sipiutang atau


membuat apa-apa perkiraan dengan sipiutangnya bagi menyelesaikan
hutangnya dengan jalan persetujuan;

d) Apabila receiver dilantik untuk mengambil alih penjagaan harta Pembekal;

e) Pendaftaran Pembekal di bawah Undang-undang yang berkaitan


dibatalkan oleh pihak berkuasa atas apa-apa sebab;

f) Terdapat sebarang litigasi, timbangtara, prosiding mahkamah, tribunal


atau pusat arbitrasi yang menjejaskan hak-hak KPTMSB dalam Perjanjian
ini yang tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada KPTMSB;

g) Pembekal menghentikan perniagaannya; dan/atau

h) Pembekal atau sesiapa yang di ambil bekerja olehnya atau bertindak bagi
pihaknya sama ada dengan atau di luar pengetahuan Pembekal,
melakukan perbuatan rasuah bagi memperolehi tender baki membekalkan
Barangan/Perkhidmatan dalam Perjanjian ini;

maka KPTMSB boleh menamatkan Perjanjian ini dengan memberi notis


14 hari dan melelapkan Deposit/Cagaran Barangan/Perkhidmatan.

17.2 Tanpa memprejudiskan apa-apa hak KPTMSB untuk menuntut apa-apa ganti
rugi dan remedi selanjutnya berkenaan penamatan mengikut Fasal 17.1,
sekiranya Barangan/Perkhidmatan telah diserah atau dilaksanakan oleh
Pembekal, maka KPTMSB berhak menggunakan budibicara mutlaknya untuk:-
23

a) Membayar pembekal baki Harga Barangan/Perkhidmatan setakat yang


telah diserah atau dilaksanakan selepas ditolak Deposit/Cagaran
Barangan/Perkhidmatan DAN tidak menerima serahan atau perlaksanaan
selanjutnya; atau

b) Memulangkan semula keseluruhan Barangan yang telah diserahkan dan


dengan itu Pembekal bersetuju untuk membayar kepada KPTMSB:-

i) Harga Barangan/Perkhidmatan tersebut yang tinggal selepas


ditolak Deposit/Cagaran dan kos susut nilai yang ditentukan oleh
KPTMSB mengikut kadar susut nilai yang lazimnya diamalkan di
Malaysia; dan

ii) Kos langsung dari penyediaan Tempat Penggunaan oleh KPTMSB,


kerosakan Tempat Penggunaan akibat dari pengambil milikan
Barangan tersebut oleh Pembekal dan penyediaan Tempat
Penggunaan bagi menerima Barangan/Perkhidmatan gantian.

PENAMATAN OLEH SATU PIHAK

18.1 Tanpa mengambil kira apa-apa dalam Perjanjian ini, kedua-dua belah pihak
boleh menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan memberi notis
bertulis sekurang-kurangnya Dua (2) Bulan kepada Pihak yang satu lagi
mengenai niat mereka untuk berbuat demikian.

INDEMNITI

19.1 KPTMSB adalah dengan ini tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa


kecederaan/kerugian terhadap diri atau harta Pelajar, Pelawat dan kakitangan
KPTMSB yang disebabkan oleh perbuatan/tinggalan/kecuaian Pembekal,
agennya, pembekalnya dan/atau pekerjanya dalam melaksanakan Perjanjian ini.
Sekiranya KPTMSB dituntut oleh mana-mana pihak terhadap
kecederaan/kerugian yang disebabkan oleh perbuatan/tinggalan/kecuaian
Pembekal, agennya, pembekalnya dan/atau pekerjanya dalam melaksanakan
Perjanjian ini, maka Pembekal bersetuju mengganti rugi KPTMSB berkaitan
dengan apa-apa perbelanjaan, kos (termasuk kos guaman, kos mahkamah dan
kos penghakiman) dan/atau kos gantirugi yang diputuskan oleh Mahkamah,
yang timbul secara langsung mahupun tidak langsung hasil dari tuntutan
tersebut.
24

KETIDAKSAHIHAN DAN KETIDAKBOLEHLAKSANAAN

20.1 Sekiranya mana-mana terma atau bahagian-bahagian di dalam Perjanjian ini


menjadi tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan disebabkan sebarang alasan,
termasuk tetapi tidak terbatas kepada peruntukan mana-mana Akta, Ordinan,
Enakmen dan Kanun atau disebabkan keputusan mahkamah atau badan lain
atau Pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas pihak-pihak dalam
Perjanjian ini, maka hanya terma-terma dan peruntukan tersebut sahaja yang
terbatal. Sekiranya pembatalan terma-terma dan peruntukan tersebut memberi
kesan kepada Perjanjian ini, maka pihak-pihak kepada Perjanjian ini hendaklah
berbincang dengan niat yang baik untuk meminda dan menyesuaikan
peruntukan dan terma-terma tersebut.

PERJANJIAN YANG MENGIKAT

21.1 Perjanjian ini hendaklah mengikat wasi-wasi, pentadbir-pentadbir dan penerima


serah hak pihak-pihak di sini. Sebarang rujukan kepada pihak-pihak dalam
Perjanjian ini hendaklah dianggap juga sebagai rujukan kepada wasi-wasi,
pentadbir-pentadbir dan penerima serah hak tersebut.

TIMBANG TARA

22.1 Apa-apa pertikaian, persoalan dan ketidakpuasan kedua-dua pihak yang


berkaitan dengan Perjanjian ini yang tidak boleh diselesaikan, hendaklah dirujuk
kepada seorang penimbangtara yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak
mengikut Akta Timbangtara 2005 serta mana-mana pindaannya.

22.2 Sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan dalam isu perlantikan
penimbang tara, kedua-dua pihak bolehlah mencalonkan seorang
penimbangtara untuk dilantik oleh Pengarah Pusat Timbangtara Serantau Kuala
Lumpur.

22.3 Apa-apa pertikaian, persoalan dan ketidakpuasan kedua-dua pihak yang


berkaitan dengan Perjanjian ini hendaklah diputuskan di Pusat Timbangtara
Serantau Kuala Lumpur, mengikut peraturan-peraturan yang digunapakai di
Pusat tersebut dan menurut Akta Timbangtara 2005 serta mana-mana
pindaannya. Keputusan penimbangtara adalah muktamad dan rujukan ke
Mahkamah hanya boleh dibuat sekiranya ia dibenarkan dan menurut peruntukan
Akta Timbangtara 2005 dan apa-apa pindaan terhadapnya.
25

PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG

23.1 Perjanjian ini adalah tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa di
Malaysia.

FORCE MAJEURE

24.1 Apa-apa kelewatan atau kegagalan pelaksanaan oleh mana-mana pihak akan
waad atau tanggungjawabnya menurut Perjanjian ini bukanlah suatu keingkaran
atau boleh menimbulkan sebarang tuntutan, sekiranya kelewatan atau kegagalan
pelaksanaan itu disebabkan oleh peristiwa Force Majeure.

24.2 Suatu peristiwa Force Majeure hendaklah bermaksud kejadian yang bukan
diakibatkan oleh perbuatan (act) atau tinggalan (omission) mana-mana pihak dan
berada di luar kawalan pihak terbabit, termasuk tetapi tidak terhad kepada,
peperangan, permusuhan (sama ada diisytiharkan atau tidak), konflik bersenjata,
pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa, perang saudara, kekecohan sivil,
tindakan pengganas, pertikaian buruh, rusuhan, pencemaran radioaktif,
gelombang elektro-magnet (electro magnetic pulse), bencana penerbangan,
sekatan antarabangsa, arahan/polisi Kerajaan Malaysia atau badan-badan
berkanun di bawah Kerajaan Malaysia, bencana alam termasuk tetapi tidak
terbatas kepada gempa bumi, pembakaran spontan bawah tanah, ribut, taufan,
banjir, banjir lumpur, tsunami, kebakaran hutan, tanah runtuh dan apa-apa
musibah alam semula jadi yang lain.

24.3 Mana-mana pihak yang dilewatkan atau dihalang dalam melaksanakan tugas-
tugasnya oleh kejadian Force Majeure hendaklah dengan segera memberitahu
pihak yang satu lagi tentang kejadian itu. Sekiranya peristiwa Force Majeure
berlaku, kedua belah pihak bersetuju untuk merujuk peristiwa tersebut kepada
Jawatankuasa Projek bagi menentukan hala tuju berikutnya bagi Program
tersebut.

PENGUBAHSUAIAN PERJANJIAN.

25.1 Perjanjian ini mengatasi mana-mana persetujuan atau perbincangan yang dibuat
sebelum termeterainya Perjanjian ini.

25.2 Sebarang pindaan, perubahan, penambahan atau pembatalan mana-mana


terma dalam Perjanjian ini hanya sah setelah dipersetujui bersama oleh kedua-
dua belah pihak dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh mereka yang
diberi kuasa untuk berbuat demikian.
26

TIADA SERAH HAK

26.1 Sesuatu pihak tidak boleh menyerahkan hak mana-mana bahagian atau apa-apa
faedah atau kepentingan pihak tersebut dalam Perjanjian ini kepada pihak ketiga
tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak yang satu lagi.
Pembekal tidak boleh memajakkan apa-apa bahagian Perjanjian ini atau
membuat apa-apa kontrak kecil bagi melaksanakan Perjanjian ini dan apa-apa
bahagiannya dengan tidak terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis
KPTMSB

CUKAI

27.1 Setiap pihak di dalam Perjanjian ini hendaklah bertanggungjawab untuk


membayar cukainya sendiri berkaitan dengan pendapatan, hasil kutipan, hak
atau faedah yang diterima atau boleh diterima oleh pihak itu di dalam, di bawah
atau menurut Perjanjian ini.

HUBUNGAN PIHAK-PIHAK

28.1 Perjanjian ini bukanlah satu perjanjian agensi atau perkongsian dan kedua-dua
belah pihak bersetuju tidak akan, dalam sebarang keadaan, dalam
melaksanakan Perjanjian ini, untuk bertindak dengan apa cara jua sekali pun
atau membuat representasi, sebagai agen pihak yang satu lagi, bagi apa-apa
maksud sekalipun.

MASA

29.1 Masa di mana sahaja ianya disebutkan adalah merupakan inti pati Perjanjian ini.

TIADA WAIVER

30.1 Sebarang kelonggaran, penangguhan tindakan atau kelewatan sesuatu pihak


berkenaan dengan perlaksanaan atau penguatkuasaan mana-mana terma atau
fasal Perjanjian ini tidak akan dengan apa cara sekalipun memudaratkan,
memberi kesan atau mengurangkan hak-hak atau kuasa lain pihak tersebut yang
dinyatakan dalam Perjanjian ini, begitu juga sebarang penepian, pengetahuan
atau akuiesens oleh sesuatu pihak akan kemungkiran atau pelanggaran
Perjanjian ini oleh pihak yang satu lagi tidak akan bertindak sebagai penepian
terhadap pelanggaran atau kemungkiran berikutnya.
27

NOTIS

31.1 Segala notis, permintaan atau tuntutan yang dikehendaki disampaikan oleh
mana-mana pihak kepada pihak yang satu lagi hendaklah dibuat secara bertulis
dan hendaklah disifatkan sebagai satu penghantaran dan penyampaian yang
mencukupi dan sempurna:-

a) sekiranya dihantar oleh pihak itu atau peguamnya melalui pos berdaftar
ke alamat pihak yang satu lagi seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian
ini atau kepada peguam pihak tersebut dan hendaklah disifatkan telah
diterima pada masa surat berdaftarnya diserahkan mengikut perjalanan
biasa pos; atau

b) sekiranya ia diberikan oleh pihak itu atau peguamnya secara tangan atau
faks kepada pihak yang satu lagi atau kepada peguam pihak tersebut
dengan syarat sentiasa sekiranya ia dihantar menggunakan faks, maka
faks tersebut hendaklah sempurna dan lengkap penerimaannya.

31.2 Kedua-dua pihak bersetuju bahawa penghantaran notis, permintaan atau


tuntutan melalui mel elektronik bukanlah satu penghantaran yang sah bagi apa
jua notis, permintaan atau tuntutan yang diasaskan kepada Perjanjian ini.

31.3 Apa jua pertukaran alamat, nombor telefon atau nombor faks oleh mana-mana
pihak hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada pihak yang satu lagi.

JADUAL

32.1 Jadual-jadual kepada Perjanjian ini hendaklah dibaca dan dianggap sebagai
sebahagian dari Perjanjian ini.

DUTI SETEM

26.1 Duti Setem bagi Perjanjian ini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh
Pembekal.
28

PADA YANG MENYAKSIKAN DI ATAS, pihak-pihak dalam Perjanjian ini telah


menurunkan tandatangan mereka pada hari dan tahun yang dinyatakan dalam
Seksyen 1, Jadual Pertama:-

Bagi Pihak; Disaksikan oleh;


Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd.
(547467-W)

-------------------------------------------- ----------------------------------

Bagi Pihak; Disaksikan oleh;


Pembekal

-------------------------------------------- ----------------------------------
29

JADUAL PERTAMA
(hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian dari Perjanjian ini)

Sek. Perkara Butir-butir

1. Tarikh Perjanjian __________________________

2. Butir-butir ENTITI Nama :

No. Pendaftaran :

Alamat :

3. Harga Barangan/Perkhidmatan
[Fasal 1.1(d)]

4. Deposit/Cagaran Nilai Deposit/Cagaran;


(Tempoh Sah bermula dari tarikh
Penerimaan Akhir)
(Fasal 4.1) Tempoh Deposit/Cagaran Sah :

5. Penghantaran/Perlaksanaan Tempat Serahan/Perlaksanaan:


Barangan/Perkhidmatan
(Fasal 5.1)
Tempoh Serahan/Perlaksanaan (bermula
dari tarikh Surat tawaran):

6 Tempoh Jaminan (bermula dari


tarikh Penerimaan Akhir) (Fasal
12.1)

7. Surat Tawaran Pembekal No. Rujukan:


[Fasal 1.1(h)]
Tarikh :
30

JADUAL KEDUA
(hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian dari Perjanjian ini)

Pembekal adalah dengan ini bersetuju untuk:-

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Senarai Barangan/Perkhidmatan dan ringkasan harga adalah seperti berikut:-


31

LAMPIRAN B

BORANG RASMI TENDER

Kepada,

Pengarah Kanan
Jabatan Logistik & Aset
Aras 5, Ibu Pejabat Kolej Poly-Tech MARA
Jalan 7/91 Taman Shamelin Perkasa
56100 Cheras Kuala Lumpur

Dengan ini kami memahami dan mematuhi syarat-syarat yang terdapat dalam dokumen
tawaran bagi : Cadangan Membekal, Menghantar, Mengujilari, Mengkonfigurasi,
Mengesah Tauliah Dan Menyelenggara Perkhidmatan Talian Internet Dan Wireless
Untuk Kolej Poly-Tech Mara Selama Tiga (3) Tahun - KPTM/T/06/2014

JUMLAH KESELURUHAN : Ringgit Malaysia …………………………………………


………………………………………………………………………………………………….......
.....................................................................(RM……………………………..)

TEMPOH PENYERAHAN IALAH …………………MINGGU / BULAN SELEPAS


PESANAN JABATAN DIKELUARKAN.

Nama Penender Nama Saksi


…..…………………………………… ...……………………………………..

No. I/C : ……..……………………. No. I/C : …………………………….

Alamat / Cop Syarikat & No. Tel Alamat / Cop Syarikat & No. Tel

…………………………………………. ………….……………………………

………………………………………… ………….……………………………

…………………………………………. ….……………………………………

Tandatangan : Tandatangan :

………………….…………………… ………...…………………………..…

Tarikh :……………………………. Tarikh : ………..………..…………..


32

LAMPIRAN 3

RINGKASAN HARGA

BIL KETERANGAN HARGA (RM)

1 CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR,


MEMASANG, MENGKONFIGURASI,
MENGUJI, MENTAULIAH DAN
MENYELENGGARA PERKHIDMATAN
TALIAN INTERNET DAN WIRELESS UNTUK
SEMUA KAMPUS DAN ASRAMA KOLEJ
POLY-TECH MARA SELAMA TIGA (3)
TAHUN - NO. TENDER : KPTM/T/06/2014

Jumlah Besar di bawa ke Borang Rasmi Tender


(Lampiran B) di muka surat 31.

Ringgit Malaysia : …………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

…………………………… ……………………
Tandatangan Petender Tandatangan saksi

…………………………… ……………………….
Cop syarikat Nama Saksi

No. K/P : ………………………… No. K/P : …………………….

No. Tel : ……………………….. Tarikh : ………………………

Tarikh : ………………………..
33

BORANG PENYELENGGARAAN (SERVIS)


DALAM TEMPOH JAMINAN

1. No. Item : ………………………………………………………………..

2. Perkara : ………………………………………………………………..

3. DALAM TEMPOH JAMINAN

Bilangan penyelenggaraan : ……………………………………………..

4. SELEPAS TEMPOH JAMINAN

Harga untuk 1 kali : ………………………………………………


(termasuk alat ganti)

Harga untuk 1 tahun : ………………………………………………


(tidak termasuk alat ganti)

Senaraikan butiran terperinci alat ganti-ganti dan harga (sila gunakan Lampiran jika
ruang tidak mencukupi)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nama dan Tandatangan Penender:

……………………………………………
( )

Alamat / Cop Rasmi Syarikat dan Tel No. :

………………………………………………………..

………………………………………………………..

………………………………………………………..
34

LAMPIRAN 4

SYARAT – SYARAT TAMBAHAN BAGI KONTRAK SERVIS DAN PEMBAIKAN ALAT-


ALAT SEPERTI TERSENARAI DILAMPIRAN DI KOLEJ POLY-TECH MARA

ALAT GANTI

a. Alat ganti yang digunakan mestilah yang baru dan asal (Genuine new dan
unused).

b. Harga alat ganti mestilah mengikut harga pasaran (current market price). Jika
berlakunya pembayaran / tuntutan berlebihan (over charges) oleh Pembekal,
jumlah lebihan boleh dituntut daripada Pembekal / ditolak dari apa amaun yang
akan dibayar kepada Pembekal.

c. Alat ganti yang ditukarkan (old part) oleh Pembekal mestilah dikembalikan
selepas pembaikan diselesaikan

d. Tempoh jaminan minimum alat ganti ialah enam (6) bulan dari tarikh gantian.

PEMBAIKAN

a. Segala kerja pembaikan mestilah bermutu tingi dan mengikut kaedah dan
amalan kejuruteraan yang sedia ada dengan menggunakan tenaga pekerja yang
mahir dan terlatih dan menggunakan alat-alat yang sesuai dan tertentu.

b. Setelah selesai pembaikan, Ketua Jabatan / Fakulti / Pegawai yang


dipertanggungjawabkan oleh KPTM akan memeriksa dan mengesahkan ke atas
kualiti dan mutu pembaikan dan alat-alat ganti yang ditukarkan.

c. KPTM berhak menolak pembaikan yang bermutu rendah / tidak mengikut kaedah
pembaikan.

d. Tempoh jaminan pembaikan minimum ialah 6 bulan dari tarikh mesin tersebut
dikembalikan dari pembaikan.

e. Semua kerja pembaikan hendaklah di buat di semua Kolej Cawangan KPTM


yang terlibat. Jika dibenar oleh pihak berkuasa KPTM atas sebab-sebab alat-alat
tersebut tidak boleh dibaiki di kawasan KPTM maka para f adalah perlu.
35

f. Selepas pembaikan diselesaikan dan mesin dapat digunakan, mesin tersebut


hendaklah dihantar ke bahagian / Fakulti di KPTM dengan segera.

g. KPTM berhak membuat pengawasan pemeriksaan di premis tuan dari masa ke


semasa, semasa kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan.

h. Tempoh bagi pembaikan adalah tidak melebihi 7 hari dari tarikh penghantaran
mesin

i. Tempoh bagi penyelesaian pembaikan mestilah disebut oleh Pembekal dan jika
Pembekal gagal menyelesaikan dalam tempoh yang ditetapkan denda sebanyak
10% dari kadar pembaikan mengikut ‘schedule of rate’ akan dikenakan.

KESELAMATAN MESIN

i. Pembekal adalah bertanggungjawab ke atas mesin semasa di bengkel


pembaikan untuk dibaiki

ii. Pembekal mestilah mengadakan kawalan-kawalan keselamatan yang


lengkap bagi mengelakkan kehilangan dan kerosakan ke atas mesin
untuk pembaikan.

iii. Pembekal adalah dikehenddaki membayar tuntutan gantirugi kepada


KPTM ke atas apa-apa kehilangan dan / atau kerosakan mesin yang
berlaku semasa mesin di bawah jagaannya.

TEMPOH

Tempoh kontrak ialah tiga (3) tahun

PEMBAYARAN

Pembayaran akan dibuat hanya selepas kerja-kerja disempurnakan dan disahkan oleh
pegawai KPTM yang dipertanggungjawab mengikut cara yang akan ditetapkan oleh
KPTM

SERVIS

Kerja-kerja servis hendaklah dibuat di antara hari Isnin hingga Jumaat waktu pejabat
36

LAMPIRAN C

PENTING

PERKARA-PERKARA PENTING YANG PERLU DIMASUKKAN /DILAMPIRKAN KE DALAM


BORANG KETERANGAN MENGENAI PETENDER

BORANG KENYATAAN PEMBEKAL

Penender hendaklah mengambil maklum bahawa penilaian Tender ini akan mengambilkira keupayaan
Penender untuk melaksanakan projek yang ditenderkan. Keupayaan Penender akan dinilai berasaskan
kedudukan kewangan, pengalaman, kakitangan, peralatan dan prestasi keseluruhan.

Penender dikehendaki :-

Untuk membolehkan penilaian ini dibuat, Penender-penender diwajibkan untuk mengemukakan


salinan dokumen-dokumen berikut bersama-sama dokumen tendernya:-

1. Surat Pendaftaran Perniagaan


2. Salinan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera.
3. Senarai nama kakitangan yang berkhidmat secara sepenuh masa.
4. Borang KWSP ‘A’ bagi bulan caruman terakhir bagi kakitangan yang berkhidmat sepenuh masa
(ianya mestilah disahkan).
5. Sijil Kelulusan/Sijil Kelayakan bagi kakitangan yang kompeten.
7. Sebarang dokumen/surat pengesahan sebagai bukti kepada bayaran dijangka, kemudahan
pinjaman dari bank, overdraft, kemudahan kredit dari pembekal dan lain-lain.
8. Bagi Syarikat Sendirian Berhad, sila kemukakan Kunci Kira-Kira yang diaudit oleh Akauntan
bertauliah bagi dua (2) tahun Kewangan Terakhir.
9. Penyata Bank 6 bulan terakhir (yang disahkan oleh pegawai bank).
10. Salinan Surat Setuju Terima/Pesanan Tempatan (Local Order) dan Sijil Siap Kerja bagi projek-
projek lepas yang telah diterima dari mana-mana badan awam atau swasta (yang disahkan).
11. Salinan Surat Setuju Terima/ Pesanan Tempatan (Local Oder) dan Sijil Bayaran Kemajuan
terakhir bagi projek-projek semasa (yang disahkan).

Di samping mengemukakan dokumen-dokumen di atas, Penender-Penender dikehendaki


melengkapkan ‘KENYATAAN PEMBEKAL’ dengan sempurna dan mengembalikannya bersama-
bersama tender-tender masing-masing. Adalah dimaklumkan bahawa sebarang kenyataan yang
tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diminta tidak akan diambil kira. Ini akan
menjejaskan penilaian terhadap Penender-Penender.
37

BORANG A

Sila isikan Kenyataan Pembekal ini dengan lengkap kerana butir - butir yang diberikan akan di nilai dan
dimarkahkan semasa proses analisa tender.
SURAT PENGAKUAN KEBENARAN MAKLUMAT DAN KEESAHAN DOKUMEN YANG
DIKEMUKAKAN OLEH PETENDER

Nama Pembekal :

Alamat :

Kepada

Tuan ,

MAKLUMAT LATAR BELAKANG PEMBEKAL

 Kami telah membaca dengan teliti semua arahan-arahan yang tekandung dalam Arahan Kepada
Petender termasuk arahan yang menghendakkan kami mengemukakan maklumat-maklumat dan
dokumen-dokumen mengenai perkara di atas bersama-sama dokumen tender kami semasa
mengemukakan Tender ini untuk membolehkan KPTM menilai keupayaan kami untuk melaksanakan
kerja yang ditender, semasa penilaian tender.

 Kami faham dan mengambil maklum bahawa penilaian tender ini akan mengambil kira dan
mementingkan keupayaan kami melaksanakan kerja yang ditenderkan. Justeru itu tender kami akan
hanya dipertimbangkan untuk penilaian dan kelulusan Jawatankuasa Tawaran KPTM sekiranya kami
didapati berkeupayaan untuk melaksanakan projek yang ditender, mengikut penilaian KPTM
berasaskan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang kami kemukakan.

 Kami juga mengambil maklum bahawa kami dikehendaki mengemukakan semua maklumat dan
dokumen- dokumen yang diminta bersama-sama tender kami sebelum Tender ditutup dan maklumat
– maklumat atau dokumen –dokumen yang dikemukakan kemudian daripada ini tidak akan diterima
untuk diambil kira dalam penilaian keupayaan kami.

 Kami mengaku bahawa maklumat-maklumat dan data-data yang kami berikan bersama-sama ini di
Borang A, A1 dan dokumen-dokumen yang kami sertakan bersamanya setahu kami adalah
semuanya benar dan sah pada semua segi dan kami telah mengambil maklum dan sedar akan
tindakan yang boleh diambil oleh pihak KPTM terhadap kami dan/atau tender kami, sekiranya mana-
mana maklumat, data-data dan dokumen yang kami berikan itu didapati tidak benar atau palsu.

 Kami juga mengambil maklum dan sedar bahawa Tender kamai akan ditolak (disqualified) dan tidak
akan dipertimbangkan sekiranya maklumat-maklumat yang kami berikan tidak mencukupi atau
sekiranya kami gagal untuk memberikan bersama-sama ini mana-mana maklumat dan/atau
menyertakan mana-mana dokumen penting yang sangat diperlukan untuk membolehkan KPTM
menilai keupayaan kami, terutamanya dokumen-dokumen berhubung dengan kedudukan kewangan
dan prestasi kerja semasa kami seperti berikut:-
38

a) Salinan sah Akaun Syarikat yang telah disahkan dan diaudit oleh Juru Audit yang bertauliah, bagi
tiga (3) tahun kewangan terakhir;

b) Salinan sah Penyata Bulanan Akaun bank mengenai Wang Dalam Tangan petender bagi 6 bulan
terakhir sebelum tarikh tutup tender

 Kami dengan ini memberi kuasa kepada mana-mana pegawai KPTM, Bank dan Institusi Kewangan
lain, dan lain-lain atau mana-mana orang atau firma yang berkenaan untuk memberikan maklumat-
maklumat yang dianggap perlu dan diminta oleh KPTM untuk menyemak maklumat-maklumat yang
kami berikan atau untuk mendapatkan maklumat tambahan. Walau bagaimana pun kami tetap
bertanggunjawab di atas maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang kami berikan bersama-
sama ini.

Tandatangan Pembekal Tandatangan Saksi

Nama : Nama :

Jawatan: Jawatan:

Nama Syarikat Nama Syarikat

Alamat Alamat
39

BORANG A1

MAKLUMAT AM & LATAR BELAKANG PEMBEKAL

Sila isikan Kenyataan Pembekal ini dengan lengkap kerana butir-butir yang diberikan akan dinilai dan
dimarkahkan semasa proses analisa tender.

1. KETERANGAN MENGENAI PEMBEKAL

1.1 Nama Pembekal: ………………………………………………………………..


1.2 Alamat Berdaftar Syarikat : …………………….……………………………….
……………………………………………………...
………………………………………………………
1.3 Alamat Surat Menyurat : ………………………………………………………
……………………………………………………...
……………………………………………………...
1.4 Tarikh Firma Ditubuhkan : .……………………………………………………..
1.5 Nombor Pendaftaran : 1.5.1 Perniagaan
………..……………………………
1.5.2 Kementerian Kewangan Malaysia/
Pejabat Setiausaha Kewangan Sabah/Sarawak
..……………………………………
Tempoh sah pendaftaran
Dari ………………hingga ………………………

1.6 Taraf Syarikat : Bumiputra / Bukan Bumiputra


Jika Bumiputra, tempoh sah taraf
Dari ………………………. Hingga
……………………

1.7 Nombor Telefon : ………………………………….


1.8 Nombor Fax : ………………………………….
40

1.9 Ahli-ahli Lembaga Pengarah :

SAHAM
KEDUDUKAN DALAM
BIL NAMA AHLI JAWATAN MODAL
SYARIKAT
(%)

2. ORGANISASI

2.1 Isikan butir-butir di bawah :

KELAYAKAN PENGALAMAN
NAMA
UMUR EQUITI AKADEMIK (TAHUN)

2.1.1 Lembaga Pengarah


(a)…………………..
(b)…………………..
(c).………………….
2.1.2 ** Bil K/Tangan Pengurusan
…..……………….

2.1.3 **Bil K/Tangan Profesional


…………………..

2.1.4 ** Bil K/Tangan Mahir/


Teknikal
……………………..

2.1.5 **Bil K/tangan Am & Pejabat


………………………

2.1.6 Tarikh Firma ditubuhkan


………………………
*Potong jika tidak berkenaan

Sila kemukakan salinan perkara-perkara berikut bagi item 2.12, 2.13, 2.14 dan 2.15 di atas yang
berkhidmat dengan syarikat tuan secara sepenuh masa:

 Senarai Nama Kakitangan.


 Borang KWSP ‘A’ bagi bulan caruman terakhir.
 Sijil Kelulusan / Sijil Keahlian Badan-badan Professional.
41

2.2 Pengalaman Kerja

Isikan butir-butir di bawah:

KUANTITI/ JUMLAH NILAI


PERKARA
BILANGAN (RM)

2.2.1 Jumlah projek yang


diperolehi setakat ini
semenjak firma ditubuhkan.

2.2.2 Jumlah projek yang


diperolehi di Dalam Setahun
(purata)

Isikan butir-butir mengenai pengalaman Petender di dalam membekalkan barangan-


barangan /perkhidmatan yang sama untuk tender ini (Product / Services Sales Record)

TARIKH SIAP
NAMA PROJEK NILAI (RM) TARIKH MULA
Kontrak Sebenar

Sila lampirkan salinan Surat Setuju Terima atau Pesanan Tempatan (Local Order) yang berkaitan.
42

Pernahkah menjalankan projek-projek KPTM dimasa lalu? Ya / Tidak *

Jika ada nyatakan: * (Potong jika tidak berkenaan)

Jika Ya dapatkan surat ulasan

TARIKH SIAP
NAMA PROJEK NILAI (RM) TARIKH MULA
Kontrak Sebenar

Sila lampirkan salinan Surat Setuju Terima atau Pesanan Tempatan (Local Order) yang berkaitan.

3. DATA-DATA KEWANGAN SYARIKAT

 Ringkasan harta dan liabiliti seperti yang ditunjukkan dalam lembaran


Imbangan (Balance Sheet) yang diaudit bagi tahun kewangan terakhir.

ASSET (A) LIABILITI (B) NILAI KEWANGAN (WORTH ) ( A-B)

Semasa : RM Semasa : RM Modal Pusingan : RM

Tetap : RM Tetap : RM Modal Tetap : RM

Jumlah : RM Jumlah : Nett Worth : RM

* Sila sertakan salinan sah Akaun Syarikat bagi tiga (3) tahun kewangan terakhir yang disahkan
dan diauditkan oleh Juruaudit Bertauliah. KPTM berhak untuk tidak menilai/menolak tawaran tender
yang tidak disertakan dengan Akaun ini.

 Akaun Wang Di Tangan (Cash In Hand)

o Nama dan Alamat bank dimana akaun dibuka:-

o No Akaun:
43

* Sila sertakan salinan sah Penyata Bulanan Bank bagi enam (6) bulan terakhir. KPTM berhak
untuk tidak menilai/menolak tawaran tender yang tidak disertakan dengan Penyata ini

 Modal Syarikat:

 Modal dibayar RM ……………………………

 Modal dibenarkan RM ……………………………

 Modal Pusingan (jika ada) RM …………………………..

 Bayaran dijangka dari perniagaan yang sedang dijalankan :


(Nyatakan sumber dan jumlah dijangka diterima)

i. ……………………………………. RM …………………………….

ii. ………………………..…………… RM …………………………….

iii. …………………………………..…RM…………………………….

* Sila sertakan salinan dokumen sebagai bukti. KPTM berhak untuk tidak menilai/menolak tawaran
tender yang tidak disertakan dengan dokumen ini.

 Kemudahan Kredit (jika ada) :

 Overdfart atau talian Kredit : RM ...............................

 Overdraft bercagar : RM ...............................

 Pinjaman Tetap yang akan/ : RM ...............................


Layak diperolehi untuk projek

 Lain-lain : RM ...............................

* Sila sertakan dapatkan dan sertakan laporan dari pihak Bank/ Institusi Kewangan. KPTM berhak
untuk tidak menilai/menolak tawaran tender yang tidak disertakan dengan dokumen ini.

 Kemudahan Kredit dari Pembekal :


(Nyatakan sumber dan jumlah)

i. ……………………………………. RM …………………………….

ii. ………………………..…………… RM …………………………….

iii. ……………………………………. RM …………………………….


* Sila sertakan salinan dokumen sebagai bukti. KPTM berhak untuk tidak menilai/menolak tawaran
tender yang tidak disertakan dengan dokumen ini.

44

* PERINGATAN PENTING

Semua kenyataan mengenai ‘KEWANGAN’ hendaklah disertakan dengan salinan bukti dan
pengesahan yang diminta. Kenyataan yang tidak disertakan dengan bukti dan pengesahan, tidak
akan diambilkira di dalam penilaian Petender. KPTM berhak untuk tidak menilai/ menolak tawaran
tender yang dikemukakan.

4. KENDERAAN

Jenis kenderaan yang dipunyai sekarang

LAMA DIMANAKAH DIGUNAKAN


JENIS KENDERAAN KEUPAYAAN BIL
(TAHUN) SEKARANG?

5. MESIN DAN PERALATAN

Jenis Mesin dan Peralatan yang dipunyai sekarang

LAMA DIMANAKAH DIGUNAKAN


MESIN/PERALATAN BIL
(TAHUN) SEKARANG?
45

6. PROJEK-PROJEK LEPAS ( senarai projek yang disiapkan dalam tempoh tiga (3) tahun terakhir)

NAMA DAN ALAMAT NILAI TARIKH SIAP


TARIKH
NAMA PROJEK KONTRAK
PEGAWAI MULA
MAJIKAN (RM) KONTRAK SEBENAR
PENGUASA

* Salinan surat setujuterima/ pesanan tempatan /Sijil Perakuan Siap kerja bagi setiap kerja yang disenaraikan hendaklah dikemukakan
bersama.
* Sila gunakan lampiran berasingan jika ruangan tidak mencukupi.
* KPTM berhak untuk tidak menilai/menolak tawaran tender yang tidak disertakan dengan dokumen ini.
46

7. PROJEK-PROJEK SEMASA (senarai semua kerja dalam tangan/ sedang berjalan dan belum siap termasuk kerja yang baru
diperolehi)

NAMA DAN ALAMAT NILAI % SIAP TARIKH


NAMA PROJEK KONTRAK
PEGAWAI
MAJIKAN (RM) JADUAL SEBENAR MULA SIAP
PENGUASA

* Salinan surat setujuterima/ pesanan tempatan /Sijil Perakuan Siap kerja bagi setiap kerja yang disenaraikan hendaklah dikemukakan
bersama.
* Sila gunakan lampiran berasingan jika ruangan tidak mencukupi.
* Sila sertakan Laporan Penyelia Projek mengunakan format Borang Laporan Penyelia Projek. KPTM berhak untuk tidak menilai/menolak
tawaran tender yang tidak disertakan dengan dokumen ini.
47

8. PENGAKUAN PEMBEKAL

.a Kami telah membaca dengan teliti dan memahami semua arahan yang
terkandung di dalam ‘KENYATAAN PEMBEKAL’.

.b Kami juga mengambil maklum bahawa kami dikehendaki mengemukakan semua


maklumat dan dokumen yang berkaitan bagi menyokong maklumat tertentu, sebelum
Tender ditutup. Maklumat dan dokumen yang dikemukakan kemudian daripada itu
tidak akan diambil kira di dalam penilaian keupayaan kami.

.c Kami juga mengambil maklum bahawa Penilaian ke atas Tender kami akan
terjejas atau mungkin tidak dipertimbangkan sekiranya maklumat-maklumat yang
diberikan tidak diisi atau tidak mencukupi atau tiada dokumen sokongan yang
lengkap.

.d Kami, dengan ini mengaku bahawa segala maklumat yang dinyatakan adalah
betul dan benar belaka. Saya bersetuju KPTM akan bertindak mengikut budibicara
untuk mengetahui kedudukan sebenar. Sekiranya mana-mana maklumat didapati
tidak benar, KPTM berhak membatalkan tawaran ini ataupun menarik balik kontrak
berkenaan kemudian.

Tandatangan Pembekal Tandatangan Saksi

Nama Nama

Jawatan Jawatan

Nama Syarikat Nama Syarikat

Alamat Alamat
48

LAMPIRAN D

NO. TENDER : KPTM/T/06/2014

BORANG PEMBAHAGIAN PEKERJA-PEKERJA MENGIKUT RAS YANG MENJALANKAN


KERJA BAGI BEKALAN DAN PENGIRIMAN
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penender – penender dikehendaki mengemukakan maklumat-maklumat yang berdasarkan
kepada senarai caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

BAHAGIAN DI JENIS MELAYU CINA INDIA LAIN- BUKAN


DALAM FIRMA PEKERJAAN LAIN WARGA
NEGARA

JUMLAH JUMLAH JUMLAH JUMLAH JUMLAH


BAHAGIAN LEMBAGA PENGARAH

BAHAGIAN EKSEKUTIF
PENGELUARAN

STAF

PENGENDALI
(OPERATIVE)

BAHAGIAN
PEMASARAN EKSEKUTIF
DAN BEKALAN

STAF

PENGENDALI
(OPERATIVE)

BAHAGIAN
KEWANGAN EKSEKUTIF

STAF
PENGENDALI
(OPERATIVE) 49

BAHAGIAN PEMBELIAN
BAHAGIAN
KEJURUTERAAN EKSEKUTIF

STAF

PENGENDALI
(OPERATIVE)

BAHAGIAN
PERANCANGAN EKSEKUTIF

STAF

PENGENDALI
(OPERATIVE)

BAHAGIAN
TEKNIK EKSEKUTIF

STAF

PENGENDALI
(OPERATIVE)

BAHAGIAN KAKITANGAN
EKSEKUTIF

STAF

PENGENDALI
(OPERATIVE)

JUMLAH

You might also like