You are on page 1of 174

y

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

iii
ii
Terbitan November 2016

© Kementerian Pendidikan Malaysia


Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara
apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan
Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.

Terbitan:
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
iii
KANDUNGAN

Senarai Jadual ix
Senarai Rajah xi
Rukun Negara xii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan xiii
Kurikulum Kebangsaan xiv
Kata Alu-Aluan xvi
Pengenalan xviii

TEORI DAN KAJIAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-


UNIT 1
KANAK
1.0 Pengenalan 3
2.0 Aplikasi Teori Perkembangan Kanak-kanak 4
2.1 Merancang dan Melaksanakan Pengajaran Secara 4
Berkesan
2.2 Membimbing dan Membentuk Tingkah Laku Murid 9
3.0 Aplikasi Dapatan Kajian Pendidikan Awal Kanak-kanak dalam 10
Pengajaran dan Pembelajaran
3.1 Menjalankan Pemerhatian dan Pentaksiran Terhadap 10
Perkembangan Murid

3.2 Melapor dan Membimbing Ibu Bapa Berkaitan 12


Perkembangan Murid
4.0 Rumusan 12

UNIT 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0 Pengenalan 17
2.0 Kepentingan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 17
3.0 Perancangan dan Pelaksanaan Strategi Pengajaran dan 18
Pembelajaran
3.1 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran 18
3.2 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran 19
3.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 19
3.4 Tindakan Susulan 19

iv
KANDUNGAN

4.0 Cadangan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 20


4.1 Belajar Melalui Bermain 21
4.2 Pendekatan Bertema 21
4.3 Pembelajaran Berasaskan Projek 22
4.4 Pendekatan Bersepadu 23
4.5 Pembelajaran Berasaskan Inkuiri 24
4.6 Pembelajaran Berpusatkan Murid 24
4.7 Pembelajaran Kontekstual 25
4.8 Pembelajaran Masteri 26
4.9 Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecerdasan 27
5.0 Rumusan 30

Contoh Pelaksanaan
Pendekatan Bertema 32
Pendekatan Berasaskan Projek 39

UNIT 3 PUSAT PEMBELAJARAN

1.0 Pengenalan 47
2.0 Peranan Pusat Pembelajaran 47
3.0 Susun Atur 48
4.0 Cadangan Pusat Pembelajaran 48
5.0 Penggunaan Pusat Pembelajaran 56
5.1 Penggunaan Pusat Pembelajaran Semasa Pendekatan 56
Bertema
5.2 Penggunaan Pusat Pembelajaran Semasa Pendekatan 56
Berasaskan Projek
5.3 Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Pembelajaran 57
6.0 Rumusan 63

Contoh Rancangan Pelajaran Harian Bagi Pengajaran dan Pembelajaran 65


di Pusat Pembelajaran

v
KANDUNGAN

UNIT 4 TRANSISI PRASEKOLAH

1.0 Pengenalan 75
2.0 Jenis-jenis Transisi 75
2.1 Transisi Dari Rumah ke Prasekolah 76
2.2 Transisi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 78
2.3 Transisi Prasekolah ke Tahun Satu 81
3.0 Rumusan 83

UNIT 5 PENTAKSIRAN

1.0 Pengenalan 87
2.0 Ciri-Ciri Pentaksiran 87
3.0 Kepentingan Pentaksiran 88
3.1 Kepentingan Pentaksiran Kepada Guru 88
3.2 Kepentingan Pentaksiran Kepada Murid 88
4.0 Proses Pentaksiran 88
4.1 Merancang 89
4.2 Membina Instrumen 90
4.3 Melaksanakan Pentaksiran 90
4.4 Merekod 91
a) Senarai Semak 91
b) Skala Kadar 92
c) Rekod Anekdot 93
d) Rekod Berterusan 93
e) Persampelan Masa 94
f) Persampelan Peristiwa 95
4.5 Menganalisis Data 97
4.6 Melapor 98

vi
KANDUNGAN

5.0 Portfolio 99
5.1 Kandungan Portfolio 99
6.0 Rumusan 100

UNIT 6 AKTIVITI LUAR

1.0 Pengenalan 105


2.0 Aktiviti Fizikal 106
2.1 Perkembangan Motor Halus 107
2.2 Perkembangan Motor Kasar 107
2.3 Kemahiran Manipulasi 108
2.4 Pergerakan Berirama 109
3.0 Main Bebas 109
3.1 Pelaksanaan Main Bebas 110
3.2 Peranan Guru 110
4.0 Rumusan 110

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN DAN


UNIT 7
JADUAL WAKTU
1.0 Pengenalan 115
2.0 Rancangan Pelajaran Tahunan 115
3.0 Jadual Waktu 119
3.1 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral 120
3.2 Aktiviti Luar 120
3.3 Pembelajaran Bersepadu 120
3.4 Perancangan dan Pembinaan Jadual Waktu Kelas 121

4.0 Rumusan 122

Cadangan Jadual Waktu Untuk Kelas Prasekolah Yang Bahasa Pengantar 123
Bahasa Melayu
Cadangan Jadual Waktu Untuk Kelas Prasekolah Yang Bahasa 131
Pengantar Bukan Bahasa Melayu

vii
KANDUNGAN

UNIT 8 PELIBATAN IBU BAPA

1.0 Pengenalan 141


2.0 Faedah Pelibatan Ibu Bapa 142
3.0 Peranan Ibu Bapa 143
3.1 Di Kelas Prasekolah 143
3.2 Di Rumah 143
4.0 Aktiviti-Aktiviti yang Melibatkan Ibu Bapa 144
5.0 Cabaran dalam Pelibatan Ibu Bapa 145
6.0 Rumusan 146

Rujukan 147

Panel Penulis 151

;
viii
SENARAI JADUAL

Bil. Jadual Muka Surat


1. Jadual 1: Sembilan Kecerdasan Pelbagai (Howard 29
Gardner)
2. Jadual 2: Cadangan Pusat Pembelajaran 49
3. Jadual 3: Rekod Penggunaan Pusat Pembelajaran 60
4. Jadual 4: Perancangan Keseluruhan PdP di Pusat 67
Pembelajaran
5. Jadual 5: Perancangan Pusat Pembelajaran Bahasa 68
6. Jadual 6: Perancangan Pusat Pembelajaran Kreativiti dan 69
Kraf
7. Jadual 7: Perancangan Pusat Pembelajaran Pembinaan 70
8. Jadual 8: Perancangan Pusat Pembelajaran Sains dan 71
Teknologi
9. Jadual 9: Perancangan Pusat Pembelajaran Manipulatif 72
10. Jadual 10: Contoh Senarai Semak 91
11. Jadual 11: Contoh Skala Kadar 92
12. Jadual 12: Contoh Rekod Anekdot 93
13. Jadual 13: Contoh Rekod Berterusan 94
14. Jadual 14: Contoh Persampelan Masa 95
15. Jadual 15: Persampelan Peristiwa (Contoh1) 96
16. Jadual 16: Persampelan Peristiwa (Contoh 2) 97
17. Jadual 17: Rancangan Pengajaran Tahun (Contoh 1) 116
18. Jadual 18: Rancangan Pengajaran Tahun (Contoh 2) 117
19. Jadual 19: Rancangan Pengajaran Tahun (Contoh 3) 118
20. Jadual 20: Peruntukan Waktu Minimum Pengajaran Dan 119
Pembelajaran
21. Jadual 21: Penggunaan Bahasa Instructional 120
22. Jadual 22: Agihan Waktu Pembelajaran Bersepadu 121
23. Jadual 23a: Agihan Peruntukan Waktu Kelas Prasekolah 124
Bahasa Pengantar Bahasa Melayu
24. Jadual 23b: Jadual Waktu Kelas Prasekolah Bahasa 125
Pengantar Bahasa Melayu
25. Jadual 24a: Agihan Peruntukan Waktu Prasekolah Bahasa 126
Pengantar Bahasa Melayu
ix
26. Jadual 24b: Jadual Waktu Kelas Prasekolah Bahasa 127
Pengantar Bahasa Melayu
27. Jadual 25a: Agihan Peruntukan Waktu Kelas Prasekolah 128
Bahasa Pengantar Bahasa Melayu
28. Jadual 25b: Jadual Waktu Kelas Prasekolah Bahasa 129
Pengantar Bahasa Melayu
29. Jadual 26a: Agihan Peruntukan Waktu Prasekolah Bahasa 132
Pengantar Bukan Bahasa Melayu
30. Jadual 26b: Jadual Waktu Kelas Prasekolah Bahasa 133
Pengantar Bukan Bahasa Melayu
31. Jadual 27a: Agihan Peruntukan Waktu Prasekolah Bahasa 134
Pengantar Bukan Bahasa Melayu
32. Jadual 27b: Jadual Waktu Kelas Prasekolah Bahasa 135
Pengantar Bukan Bahasa Melayu
33. Jadual 28a: Agihan Peruntukan Waktu Prasekolah Bahasa 136
Pengantar Bukan Bahasa Melayu
34. Jadual 28b: Jadual Waktu Kelas Prasekolah Bahasa 137
Pengantar Bukan Bahasa Melayu

x
SENARAI RAJAH

Bil Rajah Muka Surat


1. Rajah 1: Proses Pengajaran dan Pembelajaran 18
2. Rajah 2: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 20
3. Rajah 3: Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan 23
Projek
4. Rajah 4: Bentuk Pembelajaran Kontekstual 26
5. Rajah 5: Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Masteri 27
6. Rajah 6: Contoh Tema Pengajaran dan Pembelajaran 32
Prasekolah
7. Rajah 7: Contoh Web Tema 34
8. Rajah 8: Cadangan Aktiviti Mengikut Tunjang 35
9. Rajah 9: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di 62
Pusat Pembelajaran
10. Rajah 10: Jenis-Jenis Transisi 75
11. Rajah 11: Proses Melaksanakan Pentaksiran 89
12. Rajah 12: Cadangan Kandungan Portfolio 100
13. Rajah 13: Aktiviti Luar 105
14. Rajah 14: Aktiviti Fizikal 106
15. Rajah 15: Pembelajaran Bersepadu 121
16. Rajah 16: Faedah Pelibatan Ibu Bapa 142

xi
RUKUN NEGARA

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh


tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang
berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

xii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan


ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

xiii
KURIKULUM KEBANGSAAN

3. Kurikulum Kebangsaan

(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program


pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental
dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan
nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.

Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan


(Kurikulum Kebangsaan) 1997
[PU(A)531/97]

xiv
xv
KATA ALU-ALUAN

Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

Salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dilaksanakan pada tahun


2010 telah disemak semula bagi memenuhi tuntutan dasar baharu di bawah Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan keperluan semasa.
Penyemakan ini dilakukan bagi memastikan kualiti kurikulum yang dilaksanakan di
kelas prasekolah setanding dengan standard antarabangsa.

Buku Panduan Guru Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan


(Semakan 2017) ini dibina seiring dengan pelaksanaan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017). Buku Panduan Guru ini bertujuan untuk
menyampaikan hasrat dan maklumat berkaitan pelaksanaan KSPK (Semakan 2017).
Kandungan buku ini merangkumi amalan prinsip-prinsip teori dan kajian dalam
kurikulum, strategi pengajaran dan pembelajaran, transisi di kelas prasekolah,
pentaksiran, aktiviti luar dan pelibatan ibu bapa bagi membantu guru-guru khasnya,
dan masyarakat amnya untuk memahami KSPK (Semakan 2017).

Akhirnya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


semua pihak yang terlibat dalam menyumbangkan buah fikiran dan tenaga sehingga
dokumen ini dapat diterbitkan. Semoga dokumen ini dapat memberi manfaat kepada
semua pihak berkepentingan dalam melaksanakan KSPK (Semakan 2017) secara
berkesan dan menepati aspirasi pendidikan negara.

Wassalam.

Dr. SARIAH BINTI ABD JALIL


xvi
xvii
PENGENALAN

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting


dalam dunia pendidikan. Pengalaman persekolahan dan
pembelajaran yang berkesan, bermakna serta menyeronokkan dapat
membekalkan murid dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang
positif untuk pembelajaran yang seterusnya.

Di peringkat prasekolah, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)


adalah berdasarkan Prinsip Amalan Bersesuaian dengan
Perkembangan Kanak-kanak (ABP) dan teori pembelajaran kanak-
kanak. Guru perlu merancang aktiviti PdP namun pelaksanaannya
adalah fleksibel. Semua murid dilibatkan secara aktif dalam pelbagai
aktiviti sama ada secara individu, kumpulan atau kelas di dalam atau
di luar kelas prasekolah. PdP akan lebih berkesan jika suasana
pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat dapat disediakan.
Suasana ini akan menggalakkan naluri ingin tahu, tabiat meneroka
dan keinginan belajar dalam diri murid.

Kejayaan dan keberkesanan proses PdP bergantung kepada


kefahaman dan penghayatan guru terhadap hasrat dan matlamat
KSPK (Semakan 2017). Keberkesanan PdP ini juga ditentukan oleh
pengetahuan, kemahiran, sikap dan semangat serta dedikasi guru.
Oleh itu, Buku Panduan Guru Pelaksanaan KSPK (Semakan 2017) ini
dihasilkan untuk membantu guru dan semua pihak yang terlibat dalam
pelaksanaan KSPK (Semakan 2017).

xviii
xix
TEORI DAN KAJIAN Unit

1
DALAM
PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK

1
2
Unit 1
Teori Dan Kajian
Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

1.0 Pengenalan

Untuk menjadi seorang guru prasekolah yang baik dan berkesan, pengetahuan
mengenai pelbagai teori dan proses pembelajaran adalah sangat penting. Guru perlu
menjadikan pandangan tokoh-tokoh dalam pendidikan awal kanak-kanak sebagai
panduan dan rujukan semasa merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (PdP) prasekolah.

Teori ialah pendapat yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan
lain-lain. Teori PdP berfokus kepada cara murid membina kemahiran emosi, rohani,
sosial, fizikal dan intelek. Aplikasi teori pembelajaran dalam pelaksanaan PdP dapat
membantu guru dalam proses penyampaian ilmu kepada murid bagi memastikan
perkembangan murid secara menyeluruh serta penyampaian maklumat berkaitan
murid kepada ibu bapa.

Penyelidikan adalah satu proses penyiasatan dan penelitian bagi menemui fakta dan
maklumat atau pengetahuan baharu. Terdapat pelbagai kaedah penyelidikan yang
digunakan untuk mengkaji dan memahami bahan atau sumber bagi membentuk
pemahaman manusia terhadap dunia di sekeliling mereka. Dapatan kajian boleh
digunakan oleh guru sebagai panduan dalam pelaksanaan PdP untuk meningkatkan
keberkesanan dan kualiti pengajarannya.

3
2.0 Aplikasi Teori Perkembangan dan Pembelajaran Kanak-kanak

Dalam merancang PdP, guru perlu merujuk kepada teori perkembangan dan
pembelajaran kanak-kanak. Teori perkembangan dapat membantu guru memahami
dan memberi tanggapan kepada tingkah laku semula jadi murid pada peringkat
perkembangan dan pertumbuhan mereka. Manakala, teori pembelajaran memberi
pemahaman kepada guru mengenai bagaimana pembelajaran berlaku dan faktor-
faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran. Pemahaman berkaitan teori-teori ini
dapat membantu guru prasekolah menjalankan tugas dengan lebih baik dan berkesan.

Aplikasi teori perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak dalam PdP dicadangkan


seperti berikut:

2.1 Merancang dan Melaksanakan Pengajaran Secara Berkesan

(i) Pandangan Tokoh Islam

Tokoh Prinsip/Idea Utama Aplikasi Dalam PdP

Imam Al Ghazali  Menekankan perbezaan  Merancang pelbagai aktiviti


individu dan kaedah dan kaedah dalam
pembelajaran. pembelajaran murid.
 Menggalakkan bermain.  Mengajar mengikut
 Guru dan ibu bapa kemampuan murid.
sebagai contoh (role  Guru perlu menjadi role
model). model yang baik kepada
 Pengukuhan dan murid.
hukuman.  Memberi pujian dan galakan
 Bersikap tegas. kepada tingkah laku positif
murid.
 Tidak boleh keterlaluan
bila mendenda.  Memperbaiki kesalahan
murid dengan cara
 Memperbaiki kelakuan
berhemah.
dengan mesra.

4
Tokoh Prinsip/Idea Utama Aplikasi Dalam PdP

Ibnu Khaldun  Penyampaian beransur-  Menyampaikan pengajaran


ansur mengikut secara berperingkat dari
kebolehan. mudah ke susah.
 Menekankan pengulangan  Membuat pengulangan dan
dan penggunaan benda menggunakan bahan
maujud. maujud.
 Belajar menggunakan  Prihatin dan memberi
pancaindera dan diberi layanan yang baik terhadap
contoh yang mudah dan semua murid.
konkrit dalam  Merancang pengajaran
pembelajaran mereka. mengikut aras kebolehan
 Pengajaran mengikut murid dengan contoh yang
kemampuan kanak-kanak. konkrit.
 Diajar membaca Al-Quran  Memastikan murid
sebelum menghafalnya. memahami sesuatu konsep
 Jadual pembelajaran sebelum menghafal.
disusun dengan baik.  Menyedia dan menyusun
 Masa pembelajaran tidak jadual pembelajaran dengan
terlalu panjang. baik.
 Penggunaan bahasa yang  Masa sesuatu pembelajaran
mudah. tidak terlalu panjang.
 Kanak-kanak dibentuk  Menggunakan laras bahasa
dengan cara lemah yang mudah difahami oleh
lembut. murid.
 Perlu didedah dengan
contoh teladan yang baik.

5
(ii) Pandangan Tokoh Barat

Tokoh Prinsip/Idea Utama Aplikasi Dalam PdP

 Mementingkan keindahan  Mewujudkan persekitaran


Friedrich Froebel
persekitaran untuk yang selamat, menarik
menarik minat murid. minat murid dan terkawal.
 Persekitaran pembelajaran  Menggunakan pendekatan
yang kondusif. belajar sambil bermain.
 Menekankan bermain dan  Menyediakan aktiviti hands
belajar melalui aktiviti. on.
 Perlu dipupuk dengan  Merancang pelbagai aktiviti
perkembangan mental, yang dapat memupuk
fizikal dan sosial kanak- perkembangan mental,
kanak. fizikal dan sosial murid.
 Pembelajaran bukanlah  Mementingkan keperluan
suatu yang terpisah, ianya dan keupayaan murid.
saling berkaitan antara  Merancang aktiviti PdP
satu sama lain. berdasarkan minat murid.
 Pembelajaran bermula
daripada apa yang boleh
dilakukan oleh kanak-
kanak bukan daripada apa
yang perlu mereka
lakukan.
 Menekankan disiplin diri
dan motivasi dalaman
terhadap kanak-kanak.

 Kanak-kanak sentiasa  Guru sebagai fasilitator


Jean Piaget
berinteraksi dan berusaha untuk pembelajaran murid.
mentafsir persekitarannya.  Merancang dan
 Kanak-kanak membina menyediakan persekitaran
skema dalam mindanya. dan alatan yang sesuai
 Perkembangan kognitif dengan tahap dan minat
kanak-kanak mengikut murid agar dapat
4 tahap iaitu sensori merangsangkan murid
motor, pra-operasi, membina pengetahuan
operasi konkrit dan sendiri.
operasi formal.

6
Tokoh Prinsip/Idea Utama Aplikasi Dalam PdP

 Teori Vygotsky  Bimbing murid belajar


Lev Vygotsky
menyatakan dengan teknik scaffolding
perkembangan kognitif untuk membolehkan
berlaku dalam konteks mereka memperolehi ilmu
sosial. dan kemahiran dalam
 Kebanyakan daripada peringkat yang lebih tinggi
kemahiran kognitif kanak-  Guru menggalakkan kerja
kanak terhasil daripada berkumpulan.
interaksi sosial kanak-  Murid yang telah
kanak dengan ibu bapa, menguasai/ memahami
orang dewasa lain, rakan pengetahuan/kemahiran
sebaya dan guru. membantu rakan yang
belum menguasai.
 Zon Perkembangan
Proksimal adalah jarak  Galakkan pembelajaran
antara peringkat koperatif untuk
perkembangan sebenar meningkatkan prestasi
dengan peringkat pembelajaran.
perkembangan potensi
individu yang ditentukan
dengan bantuan orang
dewasa atau kolaborasi
antara rakan-rakan yang
berkebolehan.

 Memperkenalkan  Merancang dan


John Dewey
kurikulum dan sekolah menggunakan pendekatan
yang berasaskan kanak- berpusatkan murid.
kanak.  Melibatkan murid secara
 Menghormati kanak-kanak aktif dalam aktiviti sebenar.
termasuk minat mereka  Merancang PdP yang dapat
 Mementingkan mengintegrasikan tunjang
pembelajaran melalui dan pengalaman murid
pengalaman sebenar. serta menggalakkan aktiviti
 Pembelajaran perlu penyelesaian masalah dan
dilaksanakan melalui pemikiran kritis.
pengalaman dan
eksperimen.

7
Tokoh Prinsip/Idea Utama Aplikasi Dalam PdP

 Setiap individu mempunyai  Merancang PdP yang


Howard Gardner
kecerdasan yang pelbagai berfokuskan kepada
pada tahap yang berbeza. kecerdasan individu murid
 Mempelbagaikan aktiviti
dan strategi PdP.

 Pendidikan adalah untuk  Menyediakan pelbagai


Maria Montessori
menolong kanak-kanak pengalaman dan aktiviti
membentuk serta kepada murid.
membantu perkembangan  Menyediakan persekitaran
intelek, fizikal, sosial, dan bahan yang
emosi dan rohani. membolehkan pembelajaran
 Menghormati kanak-kanak kendiri berlaku.
dan hak mereka.  Memerhati perkembangan
 Minda penyerap murid untuk membantu
(absorbent mind). mereka mencapai tahap
 Tempoh sensitif yang optimum.
berbeza antara kanak-  Menghormati hak murid
kanak. untuk belajar mengikut tahap
 Pembelajaran kendiri perkembangan mereka.
(auto-education).  Menyediakan persekitaran
 Persekitaran yang tersedia pembelajaran yang kondusif
untuk membolehkan untuk pembelajaran.
kanak-kanak berdikari dan
tidak bergantung pada
orang dewasa.

8
2.2 Membimbing dan Membentuk Tingkah Laku Murid

Aplikasi Dalam Membimbing


Tokoh Prinsip/Idea Utama
Tingkah Laku Murid

 Mengikut Herarki Maslow,  Jika keperluan asas fisiologi


Abraham Maslow
keperluan asas fisiologi murid dipenuhi, murid akan
manusia perlu dipenuhi berasa selamat, dikasihi
sebelum ia dapat bergerak dan dihormati, maka
ke tahap yang seterusnya bimbingan, tingkah laku dan
PdP dapat dijalankan
dengan mudah
Teori Hierarki
Maslow

 Skinner memperkenalkan  Peneguhan positif boleh


B. F. Skinner
pelaziman operan. dilakukan dengan memberi
 Eksperimen beliau kata-kata pujian, senyuman,
menunjukkan bahawa ganjaran, hadiah dan
satu gerak balas hanya sebagainya.
akan berulang jika wujud  Peneguhan yang diberikan
peneguhan positif dan mestilah jelas dan
akan dihapuskan jika sistematik.
peneguhan negatif  Peneguhan positif dapat
diberikan. meningkatkan prestasi
murid.
 Kemahiran atau
pengetahuan baharu perlu
diberi peneguhan secara
berterusan supaya dapat
dikukuh dan dikekalkan.

9
Aplikasi Dalam Membimbing
Tokoh Prinsip/Idea Utama
Tingkah Laku Murid

 Mengikut teori pembelajaran  Murid secara tidak langsung


Albert Bandura
sosial Bandura akan mencontohi tingkah
pembelajaran berlaku laku orang lain.
melalui pemerhatian,  Kebiasaannya murid akan
peniruan tingkah laku, sikap menjadikan guru sebagai
dan reaksi emosi orang lain. role model. Oleh itu, guru
perlu sentiasa berhati-hati
dari segi percakapan,
tingkah laku dan cara
bersosialisasi.

3.0 Aplikasi Dapatan Kajian Pendidikan Awal Kanak-kanak Dalam


Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan seluruh dunia berkaitan pendidikan awal
kanak-kanak. Dapatan kajian-kajian tersebut dapat memberi pengetahuan dan
membantu guru-guru prasekolah untuk melaksanakan PdP dengan lebih berkesan
dan bermakna. Antara dapatan kajian yang boleh digunakan oleh guru ialah
berkaitan dengan pentaksiran. Perincian tentang dapatan kajian dan aplikasi dalam
PdP adalah seperti berikut:

3.1 Menjalankan Pemerhatian dan Pentaksiran Terhadap


Perkembangan Murid

Aplikasi Dalam Membimbing


Kajian Prinsip/Idea Utama/Dapatan
Tingkah Laku Kanak-kanak

 Dapatan kajian  Guru perlu melibatkan murid


Black and
William, 1998; menunjukkan bahawa jika dalam proses pentaksiran
Young, 2000 murid diibatkan dalam pembelajaran mereka.
proses pentaksiran,  Pelibatan murid dalam
mereka dapat: proses pentaksiran dengan
- berfikir tentang kefahaman terhadap tahap
pembelajaran mereka pencapaian sendiri akan
sendiri. memotivasikan mereka
untuk berusaha.

10
Aplikasi Dalam Membimbing
Kajian Prinsip/Idea Utama/Dapatan
Tingkah Laku Kanak-kanak
- menyatakan
kefahaman tentang
perkara yang perlu
dipelajari.
- menyatakan cara
untuk meningkatkan
pembelajaran mereka.

Guskey (2003)  Dapatan kajian  Guru perlu menggunakan


menyatakan bahawa guru dapatan pentaksiran untuk
perlu mengetahui menambah baik PdP.
kepentingan pentaksiran.  Pentaksiran dapat
membantu meningkatkan
tahap perkembangan murid.

 Dapatan kajian  Guru perlu memberi maklum


Cohen Steele,
Ross (1999) menunjukkan bahawa balas yang bersesuaian
maklum balas guru kepada murid supaya murid
kepada murid terbahagi mengetahui tahap
kepada tiga komponen perkembangan sendiri dan
iaitu cadangan positif, bersedia untuk mencapai
kritikan dan jaminan. tahap yang lebih tinggi.
 Ketiga-tiga komponen ini
perlu dilaksanakan secara
bijak supaya pencapaian
murid meningkat.

11
3.2 Melapor dan Membimbing Ibu Bapa Berkaitan Perkembangan
Murid

Aplikasi dalam Membimbing


Kajian Prinsip/Idea Utama/Dapatan
Tingkah Laku Kanak-kanak

 Dapatan kajian  Guru perlu mengenal pasti


Fan and Chen
(2001) menunjukkan harapan ibu potensi murid dengan
bapa dan gaya memberi dorongan dan
keibubapaan galakan
mempengaruhi  Guru perlu mengemukakan
pencapaian kanak-kanak cadangan kepada ibu bapa
 Persepsi murid terhadap untuk menggilap potensi ke
harapan akademik yang arah kecenderungan anak
tinggi daripada ibu bapa mereka
berkaitan dengan
pencapaian murid

4.0 Rumusan

Sebagai guru prasekolah, kepekaan terhadap asas keperluan murid amat perlu
dititikberatkan. Mengikut Sanders et. al. (2005), kanak-kanak beralih dari tahun
reception (4 - 5 tahun) ke tahun satu (5 - 6 tahun) memerlukan lebih perhatian
terhadap keperluan mereka. Oleh itu, guru prasekolah merupakan orang yang
bertanggung jawab menerapkan asas pembelajaran dan menyediakan pengalaman
awal murid mereka.

Perbincangan mengenai teori, dapatan kajian dan amalan semasa merupakan


perkara penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Untuk menjadi guru prasekolah
yang berkesan di bilik darjah, pengetahuan mengenai pelbagai teori dan proses
pembelajaran adalah perlu kerana ianya dapat memberi impak yang cukup besar.
Teori dan kajian tersebut akan dapat mempengaruhi amalan PdP guru sama ada
disedari atau tanpa disedari. Aplikasi teori perkembangan dan pembelajaran serta
dapatan kajian dapat menyumbang kepada keberkesanan pengurusan PdP guru
prasekolah.

12
Penerangan dalam Unit 1 telah mengaitkan pelaksanaan tugasan guru di kelas
prasekolah dengan teori perkembangan dan pembelajaran serta dapatan kajian.
Adalah diharapkan, ianya dapat dijadikan sebagai panduan untuk guru
mengaplikasikan teori dan dapatan kajian dalam tugasan harian dan membantu
mereka untuk melaksanaan PdP dengan lebih lancar, berkesan dan yakin.

13
14
STRATEGI Unit
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN 2

15
16
Unit 2
STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

1.0 Pengenalan

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), tiada satu kaedah dan strategi
yang khusus ataupun terbaik untuk diaplikasikan di dalam kelas yang mempunyai
kepelbagaian murid. Strategi PdP merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai
matlamat atau kejayaan sesuatu objektif pelajaran yang dirancang. Strategi juga
merupakan susunan pendekatan dan kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat
dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.

Guru prasekolah seharusnya memiliki strategi dan kaedah yang khusus agar murid
dapat belajar secara lebih efektif dan efisien. Pemilihan strategi PdP yang berkesan
memerlukan guru memahami teori-teori perkembangan dan pembelajaran terlebih
dahulu.

2.0 Kepentingan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Guru perlu menggunakan pelbagai strategi PdP seperti yang dicadangkan dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) (Semakan 2017). Strategi yang
berkesan sangat penting bagi memantapkan PdP. Berikut merupakan kepentingan
strategi dalam PdP:
(i) Membantu guru dalam melaksanakan PdP
(ii) Meningkatkan tahap pencapaian dan penguasaan murid secara optimum
(iii) Menggalakkan pelibatan murid secara aktif semasa sesi PdP
(iv) Memastikan sesi PdP menarik, bermakna dan berkesan

17
3.0 Perancangan dan Pelaksanaan Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran

PdP yang berkesan bermula dengan perancangan yang rapi dan diikuti dengan
pelaksanaan yang berkesan dan sistematik. Guru perlu menguasai semua strategi
PdP dan membuat perancangan untuk strategi yang dipilih sebelum PdP dilaksanakan.
Pelaksanaan PdP yang berkesan melibatkan empat fasa iaitu perancangan,
pelaksanaan, refleksi dan tindakan susulan seperti yang berikut:

Rajah 1: Proses Pengajaran dan Pembelajaran

3.1 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Guru perlu membuat perancangan awal sebelum melaksanakan PdP


supaya proses pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. Antara
perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa membuat perancangan
adalah seperti berikut:
(i) Mengumpul maklumat mengenai topik bersama murid.
(ii) Mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid.
(iii) Mengenal pasti objektif pembelajaran berasaskan minat dan
kecenderungan murid.
(iv) Menyediakan sumber PdP.
(v) Menyediakan murid berkaitan topik seperti:
(a) Bercerita tentang topik
(b) Menunjukkan bahan/ gambar
(c) Berbincang isu berkaitan

18
3.2 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Aktiviti PdP boleh dilaksanakan sama ada di dalam atau di luar kelas
secara individu, berpasangan, berkumpulan atau kelas. Antara aktiviti
yang boleh dilaksanakan ialah:
(i) Penerokaan
(ii) Main air atau main pasir
(iii) Nyanyian
(iv) Main peranan
(v) Drama
(vi) Bercerita
(vii) Lawatan

3.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Refleksi ialah proses mengimbas kembali aktiviti PdP yang telah


dilaksanakan.
(i) Refleksi Murid
Murid mengimbas semula aktiviti yang telah dilalui sepanjang
tempoh PdP pada hari tersebut. Proses ini akan mengukuhkan
pembelajaran murid.

(ii) Refleksi Guru


Guru mengimbas semula pelaksanaan aktiviti dengan mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan PdP dari aspek strategi dan teknik,
bahan dan alat serta ruang yang digunakan termasuk maklum
balas murid untuk tujuan penambahbaikan.

3.4 Tindakan Susulan

Tindakan susulan ialah tindakan yang diambil setelah kelebihan atau


kekurangan dari aspek PdP guru dan perkembangan murid dikenal
pasti. Antara tindakan susulan yang boleh diambil ialah bimbingan,
pengukuhan dan pengayaan.
(i) Aktiviti bimbingan dirancang bagi membantu murid mengatasi
masalah pembelajaran. Murid yang tidak menguasai
19
pengetahuan dan kemahiran akan diberi bimbingan atau
mengikuti aktiviti pembelajaran semula.
(ii) Aktiviti pengukuhan merupakan aktiviti peneguhan terhadap
pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai.
(iii) Aktiviti pengayaan dirancang untuk memberi peluang kepada
murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar setelah
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari telah dikuasai.

4.0 Cadangan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Guru hendaklah merancang dan melaksanakan PdP berdasarkan strategi yang


sesuai dengan objektif, kesediaan dan minat murid serta keperluan semasa. Antara
strategi yang dicadangkan dalam pendidikan prasekolah adalah seperti yang
dinyatakan dalam Rajah 2.

Belajar
Melalui
Pembelajaran Bermain
Berdasarkan Pendekatan
Pelbagaian Bertema
Kecerdasan

Pembelajaran Pendekatan
Masteri Strategi Bersepadu
Pengajaran
dan
Pembelajaran

Pembelajaran
Pembelajaran Berasaskan
Kontekstual Projek

Pembelajaran Pembelajaran
Berpusatkan Berasaskan
Murid Inkuiri

Rajah 2: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


20
4.1 Pendekatan Belajar Melalui Bermain

Bagi kanak-kanak, bermain merupakan aktiviti dalam kehidupan


seharian mereka. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak belajar
mengenai diri dan alam persekitarannya. Aktiviti bermain memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka persekitaran,
berinteraksi dengan orang lain, meluahkan dan mengawal emosi,
membangun kemahiran simbolik dan melatih kemahiran penyelesaian
masalah. Aktiviti bermain juga dapat memperkembangkan kebolehan
asas seperti daya ingatan, kawalan diri, kebolehan bahasa lisan dan
kemahiran sosial.

Pendekatan belajar melalui bermain mengutamakan aktiviti yang dapat


memberi keseronokan serta dapat merangsang murid melibatkan diri
dalam aktiviti yang dijalankan. Guru prasekolah perlu menekankan
strategi belajar melalui bermain ini semasa merancang supaya PdP
menjadi lebih bermakna.

4.2 Pendekatan Bertema

Pendekatan bertema adalah strategi PdP yang menggunakan tema


ke arah mewujudkan pembelajaran yang aktif, menarik dan bermakna.
Pendekatan bertema ialah pembelajaran yang menggunakan satu
topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat
dan latar belakang murid.

Pendekatan bertema menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan


kritis serta mengembangkan kebolehan kognitif melalui idea-idea baru.
Strategi pendekatan bertema menyediakan isi kandungan dan rangka
untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai
bidang pengetahuan. Pembelajaran merentas tunjang akan berlaku
dengan pendekatan bertema. Pendekatan bertema memudahkan guru
mendapat sumber dan bahan yang akan digunakan semasa proses
PdP.

21
Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk melaksanakan
pendekatan bertema ialah :

(i) Mengenal pasti tema yang sesuai berdasarkan masa, tempat,


minat, pengalaman dan tahap perkembangan serta latar
belakang murid.
(ii) Menjana idea bagi memilih tema yang sesuai bersama-sama
dengan murid.
(iii) Membuat sumbang saran berdasarkan tema yang dipilih.
(iv) Mengenal pasti aktiviti berdasarkan Tunjang dalam KSPK
(Semakan 2017).
(v) Menyediakan persekitaran kelas dan pusat pembelajaran yang
bersesuaian dengan tema.
(vi) Melaksanakan aktiviti mengikut tema yang telah dipilih.

Nota: Guru boleh melibatkan ibu bapa dalam pendekatan bertema.

4.3 Pembelajaran Berasaskan Projek

Pendekatan berasaskan projek merupakan kaedah penyiasatan


secara mendalam berkaitan dengan topik dunia sebenar sebagaimana
yang ditunjukkan dalam Rajah 3. Pendekatan ini menekankan
penyelidikan dan penerokaan berdasarkan inisiatif murid sendiri.
Pelaksanaannya akan dapat membantu murid dalam perkembangan
kognitif, afektif dan psikomotor.

Pendekatan berasaskan projek memudahkan murid membina konsep


dan menguasai kemahiran. Projek yang dijalankan dapat menarik
perhatian murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam PdP. Proses
pembelajaran berfokus kepada tugasan amali secara sistematik dalam
jangka masa tertentu mengikut projek.

22
Memerhati minat,
Melaksanakan Merancang dan
memberi rangsangan
penilaian sepanjang melaksana secara
dan membimbing
tempoh projek berperingkat
murid

Membuat
Mengambil kira
Membimbing dan pembentangan,
keupayaan dan
memantau murid menilai dan
kemampuan murid
menambah baik

Membuat refleksi,
Membimbing murid rumusan, mengimbas
Menentukan jadual
untuk membentuk kembali, menilai dan
kerja bersama murid
kumpulan kecil mempamerkan hasil
projek

Rajah 3: Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek

4.4 Pendekatan Bersepadu

Pendekatan bersepadu membantu murid memahami kehidupan


sebenar yang berkaitan antara satu sama lain. Pendekatan ini
menekankan kesinambungan, integrasi, keseimbangan,
penggabungjalinan dan hubung kait dalam elemen pembelajaran.
Pendekatan bersepadu memberi peluang kepada murid untuk
meneroka sesuatu topik daripada pelbagai aspek dan mendorong
mereka untuk belajar.

Antara contoh kesepaduan yang boleh diaplikasikan adalah seperti


berikut:
(i) Tunjang, kemahiran dan nilai
(ii) Aktiviti dalam dan luar kelas
(iii) Aktiviti berfokuskan guru dan murid
(iv) Pelbagai kaedah dan teknik
(v) Teori dan amali
(vi) Pengalaman langsung dan tidak langsung
23
4.5 Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

Pendekatan inkuiri merupakan satu PdP berpusatkan murid yang


membolehkan murid membina pengetahuan dan kefahaman sendiri
berasaskan pengetahuan sedia ada. Inkuiri bermaksud mencari
maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku
di sekeliling. Inkuiri melibatkan proses mencari dan menyiasat,
membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen, mengumpul data dan
membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah. Proses
penyiasatan akan memberi pengetahuan baharu kepada murid.

Proses PdP inkuiri adalah berasaskan kepada learning by doing yang


menekankan aktiviti penyiasatan, pertanyaan soalan, pemikiran
reflektif dan penemuan. Pembelajaran secara inkuiri berlaku apabila
konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid
boleh menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri
melalui aktiviti seperti menjalankan pemerhatian, mengemukakan
soalan, mencari maklumat dan melakukan eksperimen.

Murid juga diberi peluang meneroka pengalaman baharu yang telah


dipelajari. Proses penyiasatan membolehkan murid mengesan
kebenaran atau pengetahuan yang memerlukan pemikiran kreatif dan
kritis. Pendekatan ini membolehkan murid menggunakan kognitif
(menaakul), afektif dan psikomotor dengan berkesan.

4.6 Pembelajaran Berpusatkan Murid

Pembelajaran berpusatkan murid bertujuan untuk membangunkan


autonomi dan kebolehan berdikari murid dengan meletakkan
tanggungjawab pembelajaran kepada murid. Pembelajaran
berpusatkan murid memberi tumpuan kepada kemahiran dan amalan
yang membolehkan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran
penyelesaian masalah secara berdikari. Teori pembelajaran
berpusatkan murid adalah berdasarkan teori pembelajaran
konstruktivisme yang menekankan peranan murid dalam membina
24
makna daripada maklumat baharu dan pengalaman terdahulu. Dalam
strategi ini, murid menjadi fokus dalam PdP. Mereka boleh memilih apa
yang hendak dipelajari, cara belajar dan cara menilai pembelajaran
mereka sendiri.

Strategi pembelajaran ini menggalakkan murid melibatkan diri secara


aktif dalam aktiviti pembelajaran. Guru merupakan pembimbing atau
fasilitator yang memandu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran
sama ada secara kumpulan atau individu berdasarkan minat dan
kemahiran murid.

4.7 Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang


menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu,
masyarakat dan kehidupan. Hal ini dilakukan dengan mencari
perhubungan yang berguna dan relevan sejajar dengan topik semasa.
Oleh itu, guru digalakkan untuk memilih atau menyediakan
persekitaran pembelajaran yang menghubungkan pelbagai
pengalaman kehidupan yang berkait dengan aspek sosial, budaya,
fizikal dan fisiologi.

Dalam pembelajaran kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih


bentuk pembelajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Rajah 4.

25
Belajar dalam konteks
Relating
R (Menghubung Kait)
menghubungkaitkan
pengetahuan baru dengan
pengalaman hidup

Experiencing Belajar dalam konteks


E (Mengalami)
penerokaan, penemuan dan reka
cipta

Belajar dalam konteks


Applying
A (Mengaplikasi)
bagaimana pengetahuan atau
informasi boleh digunakan dalam
situasi lain

Cooperating Belajar dalam konteks


C (Bekerjasama)
bekerjasama, memberi maklum
balas dan berkomunikasi

Belajar dalam konteks


Transfering pengetahuan sedia ada dan
T (Memindahkan)
menggunakan atau membina
daripada apa yang telah
diketahui

Rajah 4: Bentuk Pembelajaran Kontekstual

4.8 Pembelajaran Masteri

Pembelajaran masteri adalah suatu strategi PdP bagi memastikan


semua murid menguasai objektif pembelajaran yang dihasratkan
dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran seterusnya seperti yang dinyatakan dalam Rajah 5.
Strategi ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses
PdP yang berkualiti. Pembelajaran masteri sesuai dilaksanakan kerana
murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza serta perlu
menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajar.

Ciri-ciri Pembelajaran Masteri:


(i) Objektif pembelajaran perlu ditentukan dan disusun mengikut
hierarki.

26
(ii) Aktiviti PdP hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan
menyeronokkan.
(iii) Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan.
(iv) Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan
sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baharu.
(v) Aktiviti bimbingan dilaksanakan untuk murid yang belum
menguasai dan pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah
menguasai aras masteri.

Unit Pembelajaran 1
Penentuan Objektif Pembelajaran

Pengajaran Dan Pembelajaran

Penilaian

Tindakan Ya Sudahkah Tidak Tindakan


Susulan murid Susulan
Aktiviti Aktiviti
menguasai?
Pengayaan Pemulihan

Ya Teruskan

Unit Pembelajaran 2

Rajah 5: Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Masteri

4.9 Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecerdasan

Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan memberi


peluang kepada murid untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada
diri mereka. Berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Horward

27
Gardner, setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan kognitif yang
berbeza. Kekuatan dan kemahiran murid yang berbeza akan
mempengaruhi pembelajarannya. Murid boleh mencapai pembelajaran
optimum apabila diberi motivasi dan guru memberi tumpuan kepada
kekuatan dan kecerdasan mereka.

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam


Teori Kecerdasan Pelbagai:
(i) Setiap individu mempunyai sembilan kecerdasan. Sesetengah
individu mempunyai tahap kecerdasan tertentu yang lebih tinggi
dari yang lain.
(ii) Kebanyakan individu boleh membangunkan setiap kecerdasan
pada tahap kompetensi tertentu. Setiap orang mempunyai
keupayaan untuk belajar atau menjadi lebih baik dalam
kecerdasan tertentu dengan adanya arahan dan galakan.
(iii) Pelbagai kecerdasan biasanya integrasi bersama dengan cara
yang kompleks. Mereka sentiasa berinteraksi antara satu sama
lain.
(iv) Terdapat banyak cara untuk menjadi mahir dalam setiap
kecerdasan dan kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan
melalui pendidikan dan latihan.

Dalam konteks pendidikan, guru memainkan peranan penting untuk


merancang aktiviti dalam PdP supaya memenuhi keperluan
kecerdasan murid. Guru perlu mengenal pasti kecerdasan muridnya
bagi memudahkan proses pembelajaran. Guru dapat memilih strategi
PdP yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid supaya
dapat mengembangkan potensi mereka dalam kecerdasan lain yang
belum menyerlah.

28
Jadual 1: Sembilan Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner)

Kecerdasan Komponen Teras

Peka dan berkeupayaan untuk membezakan corak logik atau


Logik Matematik berangka; berkeupayaan untuk mengendalikan isu
penaakulan yang kompleks.
Peka kepada bunyi, irama dan makna perkataan; sensitiviti
Verbal Linguistik
kepada fungsi bahasa yang berbeza.
Kebolehan untuk menghasilkan dan menghargai irama, nada
Muzik
dan kualiti bunyi; penghargaan bentuk ekspresi muzik.

Visual Ruang Kebolehan untuk melihat visual -ruang dengan tepat dan untuk
melaksanakan perubahan pada persepsi awal seseorang.
Kebolehan untuk mengawal pergerakan tubuh dan objek-
Kinestetik
objek dengan mahir.
Kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai
petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi
Interpersonal dengan berkesan terhadap petanda tersebut. Kecerdasan
interpersonal membolehkan seseorang itu memahami
perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain.
Kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan
berkebolehan untuk menilai diri sendriri. Orang yang memiliki
Intrapersonal kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat
mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai
tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi
biasanya merupakan seseorang pencinta alam yang dapat
mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian
Naturalis dengan mudah. Mereka akan lebih banyak menghabiskan
masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang
terdapat dalam alam sekitar. Mereka mempunyai tarikan yang
besar terhadap alam sekitar termasuk binatang.
Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang
Spiritual / lebih cenderung untuk bertanya mengenai segala kejadian
Eksistensialisme kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia
(diperkenalkan
pada 1999) mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh
manusia dalam hidup.

29
5.0 Rumusan

Pendidikan prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang


pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada murid. Oleh itu, guru
prasekolah perlu memilih strategi dan merancang PdP yang bersesuaian dengan
kebolehan, keupayaan dan minat serta latar belakang murid agar dapat memberi
manfaat yang maksimum kepada murid.

Aktiviti PdP perlu dirancang dan dikelolakan secara teliti dan sistematik bagi menjamin
setiap murid dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran, sama ada secara kelas,
kumpulan atau pun secara individu agar dapat mengoptimumkan perkembangan dan
potensi mereka. Perancangan PdP guru juga hendaklah dapat memberi murid ruang
dan peluang bagi meningkatkan kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.

Semasa melaksanakan PdP, guru juga boleh bertindak sebagai fasilitator untuk
membantu murid mencapai matlamat pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti yang telah
dirancang dan disusun.

30
Contoh
Pelaksanaan

31
PENDEKATAN BERTEMA

1. Mengenal Pasti Tema Yang Sesuai

Sebelum memulakan sesuatu tema PdP, guru perlu mengenal pasti tema yang
sesuai dengan murid. Persediaan awal ini akan membolehkan guru
mengetahui kecenderungan dan minat murid terhadap tema yang ingin
diperkenalkan. Guru juga boleh mencetuskan minat dan rasa ingin tahu murid
dengan mengadakan bahan atau alatan yang berkaitan dengan tema di dalam
kelas sebelum penetapan atau pemilihan tema dibuat.

Diri
Saya

Alam Alam
Sekitar Bahan

TEMA
Negara Dunia
Saya Teknologi

Alam
Fizikal

Rajah 6: Contoh Tema Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah

Guru perlu merancang tajuk PdP mengikut


kesesuaian tahap perkembangan murid, minat,
peristiwa khas, isu atau trend semasa.

32
2. Menjana Idea Berkaitan Dengan Tema Yang Hendak Dipilih

Perbincangan antara guru dengan guru dan juga guru dengan murid berkaitan
dengan tema yang hendak dipilih hendaklah diadakan untuk menjana lebih
banyak idea.

Sumbang saran dalam


kalangan guru

Sumbang saran guru dan


murid

3. Membuat sumbang saran berdasarkan tema yang dipilih

Apabila tema telah dipilih, guru perlu berbincang dengan murid untuk
mendapatkan lebih banyak idea berkaitan dengan tema tersebut. Web tema
boleh digunakan untuk memberi gambaran secara grafik perkara yang telah
dibincangkan. Penggunaan web tema akan memudahkan murid memahami
kandungan tema.

33
Ternakan

Jinak Liar

Jenis
Haiwan
Susu
Reban

Tempat Hasil Telur


Kandang LADANG Ladang
Tinggal

Rumah Daging

Makanan
Rumput Daun

Bijian Dedak

Rajah 7: Contoh Web Tema

Guru boleh meneruskan sumbang saran berkaitan dengan kandungan tema


yang telah dipilih bagi memberi peluang murid berkongsi idea dan pandangan
mereka. Dengan cara ini, guru dapat mengetahui dengan lebih mendalam
kecenderungan dan minat murid.

34
4. Mengenal Pasti Aktiviti Berdasarkan Tunjang Dalam KSPK (Semakan
2017)

Selepas mengadakan sumban saran bersama-sama murid, guru perlu


mengenal pasti aktiviti yang boleh dilaksana berdasarkan Tunjang-tunja ng
yang terdapat dalam KSPK (Semakan 2017).

TUNJANG KOMUNIKASI

Bahasa Melayu
Menyoal dan menjawab
TUNJANG KEMANUSIAAN TUNJANG PERKEMBANGAN
soalan mudah
FIZIKAL DAN ESTETIKA
English Language
Mendengar dan menghayati Perkembangan Fizikal dan
cerita rakyat tentang haiwan Talk about their favourite
Penjagaan Kesihatan
farm animals
di ladang Permainan menunggang kuda

Kreativiti dan Estetika


Meneroka pergerakan kreatif
haiwan di ladang

HAIWAN
DI LADANG
TUNJANG KETERAMPILAN TUNJANG KEROHANIAN,
DIRI SIKAP DAN NILAI

Bekerjasama dan saling Pendidikan Islam


membantu semasa aktiviti Menunjukkan kasih sayang
TUNJANG SAINS DAN terhadap haiwan
kumpulan dijalankan
TEKNOLOGI
Pendidikan Moral
Matematik Awal
Bersyukur terhadap
Memadan dan mengelaskan
sumbangan haiwan di ladang
haiwan di ladang

Sains Awal
Bercerita tentang kitar hidup
haiwan di ladang

Rajah 8: Cadangan Aktiviti Mengikut Tunjang

35
5. Menyediakan Persekitaran Kelas dan Pusat Pembelajaran Yang
Bersesuaian Dengan Tema

Persekitaran kelas dan pusat pembelajaran perlu disesuaikan dengan tema


yang dipilih kerana ianya dapat merangsang pembelajaran murid. Guru boleh
melibatkan murid dalam penyediaan kelas dan pusat pembelajaran supaya
menjadi lebih berkesan dan bermakna.

Penyediaan Pusat Pembelajaran Bersesuaian Dengan Tema

6. Pelaksanaan Aktiviti

Dalam merancang aktiviti pembelajaran, guru perlu memberi penekanan


kepada konsep pembelajaran berpusatkan murid. Murid perlu dilibatkan secara
aktif dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

36
7. Pelibatan Ibu Bapa

Semasa pelaksanaan pembelajaran bertema, guru boleh melibatkan ibu bapa


secara langsung atau secara tidak langsung dalam PdP. Ibu bapa boleh
dilibatkan untuk berkongsi pengalaman atau kepakaran di kelas prasekolah
serta membantu menyediakan bahan PdP.

Ibu bapa perlu dimaklumkan tentang tema dan kandungan yang sedang
dipelajari di sekolah supaya ibu bapa boleh menghubung kait atau
menceritakan perkara yang berkaitan dengan tema kepada anak mereka
semasa berada di rumah. Dengan cara ini, ibu bapa dapat memberi sokongan
dan dorongan terhadap pembelajaran anak mereka. Ini akan mewujudkan
kesinambungan pembelajaran murid dari sekolah ke rumah. Secara tak
langsung akan menjadikan pembelajaran bertema lebih menyeluruh,
menyeronokkan dan bermakna kepada murid. Disamping itu, perhubungan
antara anak dengan ibu bapa dan ibu bapa dengan sekolah akan menjadi lebih
erat lagi.

37
38
PENDEKATAN BERASASKAN PROJEK

Tajuk : Kek Cawan

Fasa 1: Permulaan

(i) Idea untuk mengadakan projek ini tercetus daripada kek yang disediakan untuk
menyambut hari lahir rakan mereka.
(ii) Guru bersoal jawab dengan murid untuk mendapatkan idea awal berkaitan tajuk
yang dipilih iaitu Kek Cawan.
(iii) Murid diminta mencari maklumat berkaitan dengan kek cawan.

Web idea awal berkaitan


projek
Projek Kek Cawan
 aktiviti membuat kek
cawan
 berkongsi kek cawan
dengan ahli keluarga
 makan kek bersama-
sama ahli keluarga

Mencari maklumat
di internet

39
Fasa 2: Perkembangan

(i) Murid berkongsi maklumat yang diperolehi berkaitan dengan kek cawan.

Melukis dan mempamerkan gambar kek cawan

(ii) Guru dengan kerjasama ibu bapa dan komuniti setempat telah menganjurkan
lawatan ke Kedai Kek Sakura yang terletak berdekatan dengan sekolah.

Demostrasi cara membuat kek Murid membuat kek cawan


cawan

(iii) Selepas lawatan ke Kedai Kek Sakura, guru membuat sumbang saran bersama-
sama murid tentang cara menghasilkan kek cawan.

40
Aktiviti percambahan minda

Hasil percambahan minda

Kek cawan yang telah dihias Merasa kek cawan

(iv) Murid membuat persiapan untuk mengadakan hari jualan kek cawan di sekolah.

41
Fasa 3: Penutup

(i) Murid menjual kek cawan di gerai yang telah mereka sediakan.

(ii) Hasil jualan kek cawan didermakan ke rumah kebajikan.

(iii) Guru membimbing murid untuk berfikir semula dan menyatakan pandangan dan
perasaan murid tentang semua aktiviti yang telah dijalankan oleh murid
sepanjang Projek Kek Cawan berlangsung.

42
Membuat refleksi setelah Contoh gambar lawatan ke kedai
selesai melaksanakan projek kek yang dilukis oleh murid

43
44
Unit

3
PUSAT
PEMBELAJARAN

45
46
Unit 3
Pusat Pembelajaran

1.0 Pengenalan

Antara ruang pembelajaran yang perlu diwujudkan oleh guru di dalam kelas
prasekolah ialah pusat pembelajaran. Pusat Pembelajaran merupakan ruang yang
dilengkapi dengan bahan dan peralatan yang bersesuaian dengan aktiviti
pembelajaran. Pusat pembelajaran yang disediakan perlulah lengkap dan kondusif
agar dapat merangsang dan memperkayakan pembelajaran murid. Murid peluang
untuk belajar secara kendiri sama ada berstruktur atau bebas..

2.0 Peranan Pusat Pembelajaran

Pusat Pembelajaran berperanan sebagai tempat murid berinteraksi dengan


persekitaran, bahan dan peralatan serta melaksanakan aktiviti secara hands-on
mengikut minat dan tahap pembelajaran mereka. Pusat pembelajaran dapat
menyediakan peluang pembelajaran sebenar kepada murid dengan:
(i) Menyediakan pelbagai pengalaman pembelajaran yang dapat memenuhi minat
dan tahap murid yang pelbagai.
(ii) Memenuhi keperluan murid untuk bergerak, meneroka dan meluahkan idea.
(iii) Menawarkan persekitaran yang kaya dengan aktiviti berpusatkan murid.
(iv) Kesepaduan pembelajaran berlaku secara berterusan bagi mengukuhkan
pengetahuan dan kemahiran murid.
(v) Menawarkan pengalaman pembelajaran yang aktif, konkrit dan relevan dengan
keperluan murid

47
Pusat pembelajaran yang disediakan dalam kelas prasekolah dapat:
(i) Membina pengetahuan dan kemahiran murid melalui interaksi dengan bahan
atau peralatan.
(ii) Mendorong murid belajar mengikut minat dan kecenderungan dengan memilih
pusat atau aktiviti yang disukai.
(iii) Meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah.
(iv) Memberi peluang untuk murid bersosialisasi.

3.0 Susun Atur

Guru prasekolah perlu tahu cara menyusun dan menguruskan kelas dengan baik
kerana ia akan memberi kesan yang kuat ke atas tingkah laku dan pembelajaran murid
mereka. Dalam menyusun atur pusat pembelajaran, beberapa aspek perlu diberi
perhatian antaranya ialah keselamatan, pencahayaan, memudahkan pergerakan
murid dan boleh diubah suai dari semasa ke semasa.

Contoh Susur Atur di Pusat Pembelajaran

4.0 Cadangan Pusat Pembelajaran

Nama dan bilangan pusat pembelajaran yang hendak diwujudkan di dalam kelas
prasekolah boleh ditentukan oleh guru mengikut kesesuaian situasi, tema, projek atau

48
objektif pembelajaran. Walau bagaimanapun, guru juga perlu mengambil kira
keluasan dan keadaan fizikal kelas semasa menentukan bilangan pusat yang hendak
diwujudkan. Pusat pembelajaran hendaklah diubah dari semasa ke semasa mengikut
keperluan PdP. Cadangan Pusat pembelajaran yang boleh diwujudkan di kelas
prasekolah adalah seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2: Cadangan Pusat Pembelajaran

Tambahan
Pusat
Bahan Pertimbangan Untuk Literasi
Pembelajaran
dan Numerasi
Membaca  Rak buku, bakul,  Pilih lokasi yang  Sediakan bahan
kotak tenang untuk aktiviti
 Pelbagai jenis bahan  Sediakan suasana bercerita
bacaan yang mesra dan (contoh: props
ceria cerita, boneka,
- Majalah
objek berkaitan)
- Buku yang  Pamer buku yang
berkaitan  Sediakan buku
dihasilkan oleh
tema/projek berkonsepkan
murid
semasa matematik
Designed by Freepik - Buku besar
 Sediakan bahan  Sediakan carta
 Carta interaktif kelas untuk
bacaan yang
 Risalah, label mencerminkan murid
 Tempat duduk yang budaya murid mencatatkan
selesa atau bantal bilangan atau
tajuk buku yang
 Penunjuk atau jari
mereka baca
"lucu"
 Carta yang
dihasilkan oleh murid
 Kotak puisi
 Poster
Bahasa  Huruf dan papan  Labelkan bekas  Sediakan
 Huruf dalam bentuk peralatan dengan sebahagian
magnet, plastic dan gambar atau dinding untuk
foam perkataan murid
melahirkan idea
 Kertas surih secara kreatif
 Stensil huruf dengan pelbagai
 Papan tulis dan jenis bahan
kapur/marker
 Carta poket dan kad
ayat
 Permainan bahasa

49
Tambahan
Pusat
Bahan Pertimbangan Untuk Literasi
Pembelajaran
dan Numerasi
 Teka-teki huruf dan
perkataan
 Dulang pasir/ garam
untuk menyurih huruf
Menulis  Kertas pelbagai saiz,  Sediakan pelbagai  Sediakan
warna dan jenis aktiviti yang dapat bahan untuk
 Kad ucapan, poskad, merangsang murid membantu
sampul surat untuk menulis murid menulis
 Buku nota kecil  Sediakan pusat  Sediakan
berhampiran kamus
 Pensel, pen, pen dengan dinding bergambar
marker, krayon, untuk murid  Sediakan
gunting, pemadam, melahirkan idea buku aktiviti
gam dan stapler
secara kreatif matematik
 Mesin taip  Sediakan pusat  Sediakan peti
 Kad nama berhampiran surat untuk
 Kad huruf papan kenyataan murid
 Set cap (stamp set) supaya hasil kerja menghantar
murid boleh surat
 Stensil dipamerkan
 Papan putih  Berikan masa
untuk murid
berkongsi idea
 Wujudkan situasi
sebenar yang
memerlukan murid
menulis (contoh:
menulis surat)
Mendengar  Pita rakaman dan  Gunakan kertas  Sediakan buku
fon kepala berwarna untuk dan cakera
 Buku yang melabelkan butang padat yang
disertakan cakera mula dan berhenti menyokong
padat pada alat tema/projek
perakam. semasa
 Label set buku dan
cakera padat
dengan pelekat
yang sama warna

50
Tambahan
Pusat
Bahan Pertimbangan Untuk Literasi
Pembelajaran
dan Numerasi

Matematik  Blok dan kad corak  Perkenalkan  Sediakan buku


 Blok geometri bahan dan dan poster yang
menunjuk cara mempunyai
 Bahan untuk aktiviti
kegunaan alat konsep
menyusun yang disediakan matematik
 Kiub unifix
 Simpan bahan di  Sediakan kertas
 Dadu dan roda dalam bekas dan pelbagai
berputar (spinners) plastik, kotak atau jenis alat tulis
 Kalkulator, jam bakul yang untuk murid
 Tangram dilabelkan. merekodkan
hasil kerja
Designed by Brgfx - Freepik.com
 Pembilang mereka
 Penimbang
 Pegboards dan pegs
Sains  Kanta tangan,  Bahan yang  Sediakan buku
kaledoskop disediakan perlu dan majalah
 Termometer diubah mengikut  Sediakan bahan
pembelajaran dan peralatan
 Alat penimbang semasa untuk dilabel
 Magnet mengekalkan menggunakan
 Model haiwan minat murid dan gambar atau
Designed by Brgfx - Freepik.com  Objek untuk mencabar perkataan
pemikiran mereka
merangsang soalan  Sediakan pensel
dan kemahiran  Menggalakkan dan kertas untuk
pemerhatian murid bercerita merekod
 Koleksi daripada tentang objek yang pemerhatian
disediakan
bahan semula jadi  Sediakan poster
(contohnya, batu,  Memastikan saintifik mudah
cengkerang dan biji peralatan yang
getah) disediakan sesuai
 Alat permainan yang dan selamat
melibatkan konsep digunakan
sains
 Tumbuh-tumbuhan
 Haiwan
 Baju makmal

51
Tambahan
Pusat
Bahan Pertimbangan Untuk Literasi
Pembelajaran
dan Numerasi

Komputer  Komputer  Sediakan jadual  Sediakan


 Meja komputer penggunaan perisian yang
komputer berkaitan
 Perisian yang
dengan literasi
bersesuaian dengan atau numerasi
perkembangan
murid
Designed by Brgfx - Freepik.com
 Fon kepala

Main Drama  Set permainan  Ubah pusat main  Sediakan buku


- Alat memasak drama mengikut nota dan alat
tema tulis
- Pelbagai jenis
pembelajaran  Sediakan buku
makanan
semasa nombor telefon
- Kit alatan doktor
 Sediakan bahan-  Sediakan
- Wang mainan, bahan cetak yang
Designed by Freepik
bakul membeli- kalendar dan
mencerminkan risalah
belah atau kereta tema (cth: sampul
troli surat, setem, peta
- Telefon dunia untuk tema
- Set meja dan pejabat pos)
kerusi
- Patung
 Pakaian/kostum
- Pelbagai jenis baju
- Pelbagai jenis topi
- Pelbagai uniform
 Cermin besar
 Bekas kosong
barangan makanan
(kotak, tin dan lain-
lain)

Boneka  Pentas boneka atau  Galakkan murid  Sediakan


teater untuk kertas, dan
 Pelbagai jenis mempersembahka alatulis seperti
boneka n permainan pen, marker
boneka kepada dan krayon
rakan untuk murid
membuat kad
jemputan atau
poster

52
Tambahan
Pusat
Bahan Pertimbangan Untuk Literasi
Pembelajaran
dan Numerasi

Gunting dan  Pen, marker, krayon,  Menyediakan  Sediakan buku


Tampal gam, gunting, kawasan di mana berkaitan kraf
pensel, pita pelekat, karya seni boleh  Lakukan aktiviti
pengokot dan dikeringkan yang berkaitan
penebuk lubang  Menyimpan bahan dengan bentuk
 Meja dan alat kraf dalam geometri
 Bahan-bahan kitar bekas atau kotak
semula seperti  Sesuaikan jumlah
sarang telur, dan kuantiti bahan
gegulung kertas, yang dibekalkan
perca kain, kertas setiap kali aktiviti
dinding dan kotak  Mohon
 Bahan kraft seperti sumbangan bahan
tali, reben, kayu, dan dan kepakaran
benang daripada ibu bapa
 Pelbagai jenis kertas

Melukis dan  Esel  Terangkan cara  Sediakan masa


Mewarna  Berus dan pelet yang betul untuk yang mencukupi
menguruskan hasil untuk murid
 Kertas karya bercerita
 Warna tentang lukisan
 Sediakan pusat ini
 Span berhampiran mereka
 Apron dengan sumber
air.
Designed by Freepik
 Pastikan media
mencukupi
 Menyediakan
kawasan di mana
karya seni boleh
dikeringkan
Main doh  Doh atau tanah liat  Gunakan doh yang  Sediakan acuan
 Alas atau dulang dihasilkan sama berbentuk abjad
ada oleh guru atau atau angka.
 Penggelek dan murid sendiri  Sediakan aktiviti
pelbagai jenis acuan
 Galakkan murid membentuk
 Alat pemotong
untuk membuat huruf atau
 Kad huruf atau aktiviti perkataan
nombor menggunakan alas  Paparkan buku
atau dulang. yang berkaitan
 Menyimpan doh di dengan doh
dalam bekas yang (Cadangan
bertutup
53
Tambahan
Pusat
Bahan Pertimbangan Untuk Literasi
Pembelajaran
dan Numerasi
rujukan: penulis
Barbara Reid)
 Sediakan kertas
atau penanda
untuk murid
melabelkan
hasil karya
mereka.
Main Blok  Blok pelbagai:  Wujudkan pusat ini  Label bekas
- Jenis berhampiran simpanan blok
dengan pusat main dengan gambar
- Bentuk
drama supaya dan perkataan
- Saiz main blok boleh  Sediakan buku
- warna diintegrasikan berkaitan
 Bakul dan kotak dengan main dengan
 Topi keselamatan drama pembinaan,
 Simpan blok dalam bangunan atau
bekas yang dilabel blok
dan mudah  Sediakan
diakses alatulis untuk
 Tambahkan prop murid membuat
sokongan seperti tanda dan label
model haiwan, pada hasil
kereta, pokok, binaan mereka
orang dan lain-lain  Sediakan peta
lokasi seperti
kawasan
kediaman atau
bandar
Mainan dan  Pelbagai jenis puzzle  Labelkan puzzle  Sediakan buku
Puzzle  Model haiwan dengan kod tentang mainan
nombor atau atau puzzle
 Set kereta api simbol untuk yang
 Set jalan raya setiap puzzle disediakan
 Set ladang  Simpan mainan  Sediakan
 Set lapangan atau puzzle di puzzle nombor
terbang, dalam bekas yang dan abjad
 Set anak patung dan berlabel  Sediakan
rumah  Bersihkan mainan aktiviti yang
untuk memastikan berkonsepkan
kebersihannya matematik

54
Tambahan
Pusat
Bahan Pertimbangan Untuk Literasi
Pembelajaran
dan Numerasi

Main Air  Air dan tempat main  Sediakan tempat  Sediakan huruf
air main air di luar atau nombor
 Kincir air dan cawan atau di dalam plastik
penyukat kelas yang
berhampiran
 Pelbagai jenis bekas
dengan sumber air
yang berbeza saiz
dan bentuk  Pastikan
kebersihan tempat
 Alat mainan yang dan alat main air
sesuai
 Span, botol, tiub dan
corong
 Apron

Main Pasir  Pasir dan tempat  Gunakan pasir  Gunakan huruf


main pasir yang telah dibasmi dan nombor
 Pengayak, kuman dalam aktiviti
penyodok, baldi dan  Pastikan murid main pasir
acuan cuci tangan
 Model: selepas bermain
pasir
- Kenderaan
 Pastikan murid
Designed by Brgfx - Freepik.com

- Haiwan
mengemas
- Tumbuh-tumbuhan selepas bermain
- Manusia
- Bangunan
 Bekas pelbagai saiz
dan bentuk
 Objek semula jadi

55
5.0 Penggunaan Pusat Pembelajaran

Penggunaan pusat pembelajaran boleh boleh disesuaikan dengan PdP. Bahan, alatan
dan susun atur pusat pembelajaran perlu diubah mengikut kesesuian PdP yang
dirancang. Selain itu, pusat pembelajaran juga boleh digunakan untuk melaksanakan
aktiviti pengayaan dan pemulihan.

Guru sebagai pemudah cara semasa aktiviti di pusat


pembelajaran.

Pusat pembelajaran yang disediakan boleh diguna dengan pelbagai cara, antaranya
adalah seperti berikut:

5.1 Penggunaan Pusat Pembelajaran Semasa Pendekatan Bertema

Pendekatan bertema adalah strategi PdP yang menggunakan tema ke


arah mewujudkan pembelajaran yang aktif, menarik dan bermakna.
Semasa melaksanakan pendekatan ini, guru boleh menggunakan pusat
pembelajaran untuk menarik minat murid dan menggalakkan
pembelajaran kendiri secara aktif. Penggunaan pusat pembelajaran
semasa pendekatan bertema akan dapat meningkatkan lagi
keberkesanan dan kualiti PdP. Pelbagai pusat boleh diwujudkan mengikut
tema pembelajaran berasaskan minat murid. Alatan dan susun atur di
pusat pembelajaran perlu diubah apabila tema berubah.

5.2 Penggunaan Pusat Pembelajaran Semasa Pendekatan Berasaskan


Projek

Pendekatan berasaskan projek merupakan kaedah penyiasatan secara


mendalam berkaitan dengan sesuatu topik. Pendekatan ini menekankan
penyelidikan dan penerokaan berdasarkan inisiatif murid dalam
pembelajaran. Pusat pembelajaran boleh dijadikan sebagai pusat di mana
murid merancang, berbincang tentang masalah dan penyelesaian dan

56
menjalankan uji kaji atau kajian. Murid juga boleh mempamerkan hasil
kerja, maklumat penyiasatan dan keputusan uji kaji atau kajian di pusat
pembelajaran.

5.3 Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran di pusat pembelajaran amat sesuai untuk


memperkembangkan pemikiran secara kritis dan kreatif serta menanam
sikap belajar secara kendiri murid. Murid diberi peluang untuk membuat
keputusan terhadap pembelajaran mereka sendiri dan menjalankan aktiviti
berasaskan minat, kebolehan dan kecenderungan sendiri. PdP di pusat
pembelajaran akan menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan
berkesan.

(i) Panduan Pelaksanaan

Untuk melancarkan pelaksanaan PdP di pusat pembelajaran,


guru perlu memastikan langkah-langkah berikut dilaksanakan
dan disampaikan kepada murid dengan jelas:
(a) Menetapkan peraturan seperti menjaga kebersihan bahan
dan peralatan, menggunakan bahan dan peralatan dengan
berhati-hati dan menyimpan semula bahan dan peralatan di
tempat asal selepas menjalankan aktiviti.
(b) Menentukan bilangan murid di sesebuah pusat
pembelajaran mengikut kesesuaian dari aspek ruang,
bahan, peralatan dan perancangan aktiviti.
(c) Menetapkan masa aktiviti di pusat pembelajaran mengikut
keperluan.
(d) Memastikan bahan dan peralatan di pusat pembelajaran
mencukupi, boleh diguna pakai dan dipelbagaikan dari
semasa ke semasa.
(e) Memastikan persekitaran di pusat pembelajaran bersih,
kemas dan selamat.

57
(ii) Tiga Fasa Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Secara amnya terdapat tiga fasa dalam pelaksanaan strategi PdP


di pusat pembelajaran. Fasa pertama, guru membuat persediaan
dan menyediakan murid dari segi mental sebelum PdP bermula.
Pada fasa kedua, guru menjalankan tugas sebagai fasilatator dan
pemerhati semasa murid menjalankan aktiviti. Fasa ketiga, guru
membimbing dan menggalakkan murid untuk membuat refleksi
apa yang telah dipelajari.

Fasa 1: Pengenalan

Guru perlu membuat perancangan dan menyediakan Rancangan


Pelajaran Harian (RPH) untuk PdP di Pusat Pembelajaran bagi
suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. Contoh RPH bagi PdP
di Pusat Pembelajaran boleh dirujuk pada Lampiran 1-6.

Dalam merancang PdP di pusat pembelajaran, beberapa perkara


perlu dipertimbangkan iaitu:

(i) Bilangan pusat pembelajaran yang hendak diwujudkan


boleh ditentukan berdasarkan kriteria seperti kesediaan
murid, bahan dan alatan yang sedia ada dan kesediaan guru
sendiri.
(ii) Objektif PdP untuk setiap pusat pembelajaran perlu
mengambil kira minat dan kecenderungan murid. Objektif
juga akan menentukan jenis aktiviti dan bahan atau alatan
yang perlu disediakan.
58
Pusat pembelajaran perlu diubah suai berdasarkan
objektif PdP dan perkembangan murid dari semasa
ke semasa.

Sebelum melaksanakan PdP di pusat pembelajaran, guru perlu


membuat persediaan seperti berikut:
(i) Mengumpul murid dan memperkenalkan pusat-pusat
pembelajaran.
(ii) Menjelaskan peraturan yang harus dipatuhi semasa
menjalankan aktiviti.
(iii) Menunjuk cara penggunaan bahan dan peralatan.
(iv) Memberi peluang kepada murid untuk mencuba bahan dan
peralatan yang akan digunakan.

Fasa ini boleh dikecualikan sekiranya murid telah


jelas dengan penggunaan pusat pembelajaran.

Murid diberi peluang untuk mencuba bahan dan peralatan di pusat pembelajaran

59
Fasa 2: Pelaksanaan Aktiviti

(i) Murid diberi peluang untuk memilih pusat pembelajaran


yang diminati.
(ii) Murid meneroka di pusat pembelajaran yang dipilih.
(iii) Guru berperanan sebagai fasilitator semasa murid
menjalankan aktiviti di pusat pembelajaran.
(iv) Guru membuat pemerhatian semasa murid melaksanakan
aktiviti dan merekodkannya. Jadual 2 menunjukkan contoh
rekod penggunaan pusat pembelajaran.
(v) Murid perlu menyimpan bahan dan peralatan serta
mengemas pusat pembelajaran selepas menggunakannya.
(vi) Guru perlu mengambil kira keluwesan (flexibility) dalam
melaksanakan aktiviti.

Guru boleh mengambil gambar atau membuat


rakaman video semasa murid melaksanakan
aktiviti untuk tujuan pentaksiran.

Jadual 3: Rekod Penggunaan Pusat Pembelajaran

REKOD PENGUNAAN PUSAT PEMBELAJARAN

TARIKH: 15 Februari – 13 Mac 2016

Pusat Pembelajaran
Bil Nama Kraf & Block &
Bahasa Drama Penerokaan
Kreatif Puzzle
1 Alifin 15/2 15/2
2 Alvin Tai 15/2
3 Aiman 15/2
4 Chia Ke Xin 15/2
5 Haris 15/2
6 Heng Jing Hwa 15/2
7 Praween 15/2

60
Fasa 3: Refleksi

(i) Murid berkumpul semula.


(ii) Murid digalakkan berkongsi pengalaman atau hasil dapatan.
(iii) Guru perlu menjalankan tindakan susulan untuk menambah
baik bahan, peralatan dan aktiviti di pusat pembelajaran

Guru harus memastikan semua murid dapat


berkongsi pengalaman dan tidak terhad kepada
murid atau kumpulan yang tertentu sahaja.

61
Merancang pusat pembelajaran

Susun atur yang sesuai berdasarkan ruang,


keperluan dan keselamatan

Perancangan
Sedia bahan/alatan asas
di setiap pusat pembelajaran

Menetapkan objektif/Standard Pembelajaran)


untuk setiap pusat pembelajaran

Sedia bahan/alatan berdasarkan


objektif/Standard Pembelajaran di setiap pusat
pembelajaran

FASA 1

Pengajaran dan Pembelajaran


Pengenalan kepada pusat pembelajaran

FASA 2
Penambahbaikan

Pelaksanaan aktiviti di pusat pembelajaran

FASA 3
Refleksi bersama-sama murid

FASA 3
Refleksi bersama-sama murid

Rajah 9: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Pembelajaran

62
Contoh Pelaksanaan PdP di Pusat Pembelajaran

Susunan dan pelaksanaan aktiviti di pusat pembelajaran

Murid melaksanakan aktiviti di pusat pembelajaran

6.0 Rumusan

Pusat pembelajaran merupakan satu ruang yang penting dalam pendidikan


prasekolah kerana ia dapat membantu memenuhi keperluan dan tahap kemahiran
murid yang pelbagai. Pusat-pusat pembelajaran yang diwujudkan seharusnya dapat
membantu murid dalam pembentukan dan penyuburan dirinya secara menyeluruh
dan seimbang.

63
Guru juga boleh merangsang pembelajaran murid dengan menyediakan pusat-pusat
yang dapat menggalakkan aktiviti bebas kerana murid belajar dengan melakukan
(learning by doing). Murid dapat membina pengetahuan secara aktif melalui interaksi
dengan dunia di sekeliling mereka. Murid juga akan merasa seronok untuk belajar
dengan kerana mereka dapat mengaitkan pengetahuan dan kemahiran yang
dipelajari dengan kehidupan sebenar .

Guru perlu menggunakan pusat pembelajaran yang diwujudkan secara optimum


kerana pusat pembelajaran dapat memberi impak yang besar terhadap pembelajaran
murid prasekolah.

64
Contoh Rancangan Pelajaran
Harian Bagi Pengajaran dan
Pembelajaran di Pusat
Pembelajaran

65
66
Jadual 4: Perancangan Keseluruhan PdP di Pusat Pembelajaran

Pusat Pembelajaran
Bahasa Seni & Kraf Pembinaan Sains & Teknologi Manipulatif

BM 1.4.4 Berinteraksi KE 3.2.2 Memilih media MA 6.2.4 SA 1.1.2 Menunjukkan FK 1.1.1 Menunjuk cara
menggunakan ayat mudah yang sesuai dalam Menghasilkan bentuk sikap ingin tahu, kemahiran menggunakan
mengikut situasi penghasilan karya seni baharu dari gabungan sistematik, bekerjasama peralatan dan bahan
bentuk tiga dimensi dan bertanggungjawab dalam aktiviti yang
BM 2.6.1 Memilih bahan KE 3.3.4 Membuat corak melibatkan motor halus
bacaan yang digemari dan rekaan mengikut MA 6.3.3 Membuat SA 2.2.3 Mengumpul
kreativiti sendiri binaan menggunakan objek mengikut ciri yang FK 1.2.2 Memanipulasi
BM 2.6.3 Membaca pelbagai bahan dikenal pasti pelbagai objek
perkataan yang terdapat KE 3.3.5 Menghasilkan mengikut kreativiti dan menggunakan jari yang
dalam buku binaan kreatif menceritakannya SA 2.2.4 Menyatakan ciri melibatkan koordinasi
sepunya untuk setiap mata dan tangan
BM 2.6.5 Membaca bahan KE 3.3.7 Menghasilkan KD 3.2.4 Menghormati pengelasan yang telah
bacaan secara berkongsi karya kreatif menggunakan hak milik orang lain dibuat FK 5.1.9 Mengamalkan
dengan rakan bahan kitar semula kebersihan di :
KD 3.1.1 Menunjukkan MA 1.3.1 Menyusun objek i. kelas
BM 2.6.6 Membaca bahan KD 3.2.1 Mengamalkan kepekaan terhadap mengikut kriteria berikut:
bacaan dengan sendiri etika sosial dalam keperluan orang lain i. Kecil ke besar FK 5.3.5 Menunjuk cara
perhubungan dan bertindak ii. Pendek ke panjang penggunaan alatan/bahan
BM 3.2.1 Menulis huruf
kecil dengan cara yang KD 3.2.2 Berkongsi alat sewajarnya dan sebaliknya yang berbahaya dengan
betul dan bahan dengan orang betul dan selamat
PM 5.1.2 Bersopan MA 1.4.4 Menghasilkan
lain semasa melaksanakan dalam pertuturan dan pola mengikut kreativiti PM 11.1.3 Mengamalkan
BM 3.2.2 Menulis huruf aktiviti
besar dengan cara yang tingkah laku dengan sendiri sikap rajin dalam
betul PM 13.1.3 Menunjukkan orang lain melaksanakan tugasan
PM 12.1.1 Menunjukkan
sikap berjimat cermat sikap bekerjasama dalam
PM 14.1.2 Menunjukkan menggunakan alatan dan
sikap bertoleransi dengan melaksanakan tugasan
sumber
rakan

67
Jadual 5: Perancangan Pusat Pembelajaran Bahasa

Tarikh : 15 Februari - 13 Mac 2017 (4 minggu) Masa : 60 minit/slot

Jumlah murid: 5 orang

Standard Pembelajaran Objektif Cadangan Aktiviti Alatan / Bahan

BM 1.4.4 Berinteraksi Pada akhir 1. Memilih dan 1. Pensil, krayon,


menggunakan ayat mudah pembelajaran murid membaca bahan pesil warna, pen
mengikut situasi dapat: bacaan yang marker, dan lain-
disediakan secara lain
BM 2.6.1 Memilih bahan 1. Berinteraksi sendiri atau
menggunakan 2. Kertas pelbagai
bacaan yang digemari berkongsi
ayat mudah saiz dan jenis,
BM 2.6.3 Membaca mengikut situasi 2. Memilih media papan putih saiz
perkataan yang terdapat tulisan dan kecil
2. Memilih bahan menulis huruf
dalam buku bacaan yang 3. Pelbagai jenis
besar atau kecil
digemari Bahan bacaan
BM 2.6.5 Membaca
bahan bacaan secara 3. Membaca
berkongsi dengan rakan perkataan yang
terdapat dalam
buku
BM 2.6.6 Membaca bahan 4. Membaca bahan
bacaan dengan sendiri bacaan secara
sendiri atau
berkongsi
dengan rakan
BM 3.2.1 Menulis huruf
kecil dengan cara yang 5. Menulis huruf
betul kecil atau besar
dengan cara
yang betul
BM 3.2.2 Menulis huruf 6. Menunjukkan
besar dengan cara yang sikap
bertoleransi
betul
dengan rakan

PM 14.1.2 Menunjukkan
sikap bertoleransi dengan
rakan

68
Jadual 6: Perancangan Pusat Pembelajaran Kreativiti dan Kraf

Tarikh : 15 Februari - 13 Mac 2017 Masa : 60 minit/slot

Jumlah murid: 5 orang

Standard Pembelajaran Objektif Cadangan Aktiviti Alatan / Bahan


1. Membuat aktiviti 1. Pensil, krayon,
KE 3.2.2 Memilih media Pada akhir
menggambar warna air, brush,
yang sesuai dalam pembelajaran murid
art block, dan lain-
penghasilan karya seni dapat:
2. Membuat corak lain
dan rekaan
KE 3.3.1 Menghasilkan 1. Menggunakan
2. Doh, tanah liat
warna sekunder dan alatan /bahan
3. Membuat buku
mengeksplorasi warna yang disediakan
skrap 3. Alat jahit, kain
asas untuk
terpakai, baju lama,
menghasilkan
butang, bean dan
KE 3.3.2 Menghasilkan karya seni
lain-lain
karya kreatif melalui mengikut
aktiviti menggambar kreativiti.
4. Bahan terpakai
2. Berkongsi alatan
(recycle) contoh:
KE 3.3.4 Membuat corak /bahan semasa
kotak, pelbagai
dan rekaan mengikut menjalankan
saiz botol plastic,
kreativiti sendiri aktiviti
surat khabar lama,
3. Mengamalkan
majalah lama, egg
FK 5.1.9 Mengamalkan kebersihan di
tray dan lain-lain
kebersihan di :(i) kelas kelas semasa
menjalankan
KD 3.2.1 Mengamalkan aktiviti
etika sosial dalam 4. Mengamalkan
perhubungan etika sosial dan
meghormati hak
KD 3.2.2 Berkongsi alat orang lain
dan bahan dengan orang semasa
lain semasa menjalankan
melaksanakan aktiviti aktiviti

KD 3.2.4 Menghormati
hak milik orang lain

69
Jadual 7: Perancangan Pusat Pembelajaran Pembinaan

Tarikh : 15 Februari - 13 Mac 2017 Masa : 60 minit/slot

Jumlah murid: 5 orang

Standard Pembelajaran Objektif Cadangan Aktiviti Alatan / Bahan


1. Membuat binaan
MA 6.2.4 Menghasilkan Pada akhir 1. Blok kayu
menggunakan
bentuk baharu dari pembelajaran 2. Set Pembinaan
pelbagai bahan
gabungan bentuk tiga murid dapat: 3. Cawan kertas
yang disediakan
dimensi 1. Menghasilkan 4. Mainan Lego
mengikut kreativiti
bentuk baharu 2. Menceritakan 5. Kertas,
MA 6.3.3 Membuat dari gabungan suratkhabar, kotak
hasil binaan
binaan menggunakan bentuk tiga pelbagai saiz
pelbagai bahan mengikut dimensi
kreativiti dan 2. Membuat
menceritakannya binaan
menggunakan
KD 3.2.4 Menghormati pelbagai bahan
hak milik orang lain mengikut
kreativiti dan
KD 3.1.1 Menunjukkan menceritakan-
kepekaan terhadap nya
keperluan orang lain dan 3. Menghormati
bertindak sewajarnya hak milik orang
lain
PM 5.1.2 Bersopan 4. Menunjukkan
dalam pertuturan dan kepekaan
tingkah laku dengan terhadap
orang lain keperluan
orang lain dan
bertindak
sewajarnya
5. Bersopan
dalam
pertuturan dan
tingkah laku
dengan orang
lain

70
Jadual 8: Perancangan Pusat Pembelajaran Sains dan Teknologi

Tarikh : 15 Februari - 13 Mac 2017 Masa : 60 minit/slot

Jumlah murid: 5 orang

Standard Pembelajaran Objektif Cadangan Aktiviti Alatan / Bahan

SA 1.1.2 Menunjukkan Pada akhir 1. Mengumpulkan 1. Bongkah kayu


sikap ingin tahu, pembelajaran atau 2. Kad mainan
sistematik, bekerjasama murid dapat: mengelaskan pelbagai bentuk
1. Menunjukkan bongkah kayu, dan warna
dan bertanggungjawab
sikap ingin tahu, kad, mainan dan 3. Blok kayu
SA 2.2.3 Mengumpul sistematik, blok mengikut ciri berwarna
bekerjasama yang dikenal 4. Kasut, buku,
objek mengikut ciri yang
dan pasti, seperti pembaris dan
dikenal pasti bertanggung- warna, bentuk pakaian yang
jawab atau saiz. pelbagai size dan
SA 2.2.4 Menyatakan ciri panjang
2. Mengumpul
sepunya untuk setiap objek mengikut 2. Menyusun objek 5. Manik berwarna
pengelasan yang telah ciri yang dikenal mengikut kriteria
dibuat pasti kecil ke besar
3. Menyatakan ciri atau pendek ke
MA 1.3.1 Menyusun sepunya untuk panjang dan
objek mengikut kriteria setiap sebaliknya
pengelasan dengan kasut,
berikut:
yang telah buku, pembaris,
dibuat pakaian dan
iii. Kecil ke besar
4. Menyusun objek sebagainya.
iv. Pendek ke panjang
mengikut kriteria 3. Menghasilkan
dan sebaliknya
berikut: pola mengikut
MA 1.4.4 Menghasilkan (i) Kecil ke kreativiti dengan
besar menggunakan
pola mengikut kreativiti manik berwarna,
sendiri (ii) Pendek ke
panjang dan kad bentuk dan
sebaliknya warna.
PM 12.1.1 Menunjukkan
sikap bekerjasama 5. Menghasilkan
pola mengikut
dalam melaksanakan kreativiti sendiri
tugasan 6. Menunjukkan
sikap
bekerjasama
dalam
melaksanakan
tugasan

71
Jadual 9: Perancangan Pusat Pembelajaran Manipulatif

Tarikh : 15 Februari - 13 Mac 2017 Masa : 60 minit/slot

Jumlah murid: 5 orang

Standard Pembelajaran Objektif Cadangan Aktiviti Alatan / Bahan

FK 1.1.1 Menunjuk cara Pada akhir 1. Membutang 1. Butang baju


kemahiran menggunakan pembelajaran 2. Mewarna gambar 2. Pelbagai jenis
peralatan dan bahan murid dapat: gambar
3. Mengunting
dalam aktiviti yang 1. Menunjuk cara pelbagai gambar 3. Kad pelbagai
melibatkan motor halus kemahiran yang disediakan warna dan saiz
menggunakan
FK 1.2.2 Memanipulasi peralatan dan 4. Membuat corak 4. Dough
pelbagai objek bahan dalam dengan
5. Pasir halus
menggunakan jari yang aktiviti yang menlekatkan
melibatkan koordinasi melibatkan bentuk kad 6. Manik pelbagai
mata dan tangan motor halus pelbagai warna warna
dan saiz untuk
FK 5.1.9 Mengamalkan 2. Memanipulasi menjadikan
pelbagai objek gambar
kebersihan di :
menggunakan
(i) kelas jari yang 5. Main dough
FK 5.3.5 Menunjuk cara melibatkan 6. Menulis atas pasir
penggunaan koordinasi mata halus.
dan tangan
alatan/bahan yang 7. Menguntai manik
berbahaya dengan betul 3. Mengamalkan
dan selamat kebersihan di :
(i) kelas
PM 11.1.3 Mengamalkan
4. Menunjuk cara
sikap rajin dalam penggunaan
melaksanakan tugasan alatan/bahan
yang
berbahaya
dengan betul
dan selamat

72
Unit
TRANSISI
4

73
74
Unit 4

Transisi

1.0 Pengenalan

Transisi merupakan satu aspek yang penting dalam pendidikan prasekolah. Transisi
ialah proses peralihan atau perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada satu
keadaan yang lain. Tujuan transisi adalah untuk menyediakan murid yang datang dari
pelbagai latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi bagi mengikuti pengajaran
dan pembelajaran. Transisi yang berkesan adalah penting untuk setiap murid dan
bukan hanya sebagai satu peristiwa yang berlaku. Transisi akan memudahkan murid
untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan pembelajaran dalam masa yang
singkat. Oleh itu, transisi harus dilihat sebagai satu proses yang berterusan
melibatkan semua pihak iaitu murid, guru dan ibu bapa.

2.0 Jenis-Jenis Transisi

Transisi bagi murid-murid prasekolah terbahagi kepada tiga iaitu transisi dari rumah
ke prasekolah, transisi dalam PdP dan transisi dari prasekolah ke tahun satu seperti
dalam rajah 10.

Transisi dari rumah ke prasekolah

TRANSISI Transisi dalam pengajaran dan pembelajaran

Transisi dari prasekolah ke tahun satu

Rajah 10: Jenis-Jenis Transisi


75
2.1 Transisi Dari Rumah Ke Prasekolah

(i) Pengenalan

Melangkah ke prasekolah dilihat sebagai satu perkara normal


dalam kehidupan seorang murid. Namun, transisi ini adalah
peristiwa penting untuk seseorang murid dan mempunyai kesan
yang mendalam terhadap perkembangan mereka.

Guru prasekolah semestinya menghadapi cabaran pada awal


sesi persekolahan iaitu untuk menangani murid yang sukar untuk
menyesuaikan diri di dalam kelas. Bagi sebilangan murid, ini
mungkin kali pertama mereka berada di luar rumah secara
bersendirian. Manakala, bagi murid lain pula, ini merupakan
tempat baharu yang lebih mencabar.

Apabila murid mula melangkah masuk ke kelas prasekolah,


mereka mungkin mengalami kebimbangan pemisahan dan
tingkah laku regresif. Oleh itu, transisi dari rumah ke prasekolah
adalah proses persediaan yang diperlukan oleh murid untuk
masuk ke kelas prasekolah. Guru dan ibu bapa perlu
bekerjasama supaya murid bersedia menerima perubahan dari
rumah ke prasekolah atau dari taska/prasekolah ke prasekolah
yang baharu.

(ii) Tujuan

a) Murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-


guru dan rakan-rakan yang baharu.
b) Mewujudkan hubungan yang positif antara murid dengan
guru, pembantu pengurusan murid, rakan dan warga
sekolah.
c) Meningkatkan keyakinan, minat dan semangat murid untuk
datang ke sekolah.

76
d) Murid bersedia dari segi emosi, sikap dan mental untuk
mengikuti PdP di kelas prasekolah.

(iii) Cadangan Aktiviti

a) Mengadakan lawatan ke rumah murid prasekolah


b) Mengadakan taklimat kepada ibu bapa sebelum sesi
persekolahan bermula supaya mereka tahu dan faham
berkaitan pendidikan prasekolah. Di samping itu juga,
mereka dapat membantu menyediakan anak-anak mereka
untuk masuk ke kelas prasekolah. Antara perkara yang
boleh :
 Kurikulum prasekolah
 Panduan kepada ibu bapa untuk menyediakan anak dari
segi psikologi dan sosial emosi
 Peraturan di kelas prasekolah dan sekolah
 Aktiviti dan rutin di kelas prasekolah
c) Mengadakan aktiviti bersama-sama dengan murid. Antara
aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:
 Berkongsi pengalaman dengan murid
 Berceritakan tentang prasekolah
 Menunjukkan video aktiviti di kelas prasekolah
 Lawatan ke kelas prasekolah dan kawasan sekitarnya
 Aktiviti menyanyi, melukis, menulis dan mengira
 Bermain dalam kumpulan
 Membaca buku dan bercerita

(iv) Peranan Guru


a) Menghargai ibu bapa sebagai pendidik pertama murid dan
berusaha untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan
dengan mereka.
b) Memberi maklumat yang jelas mengenai kelas prasekolah
kepada ibu bapa (kurikulum, pedagogi, amalan dan rutin

77
harian dalam kelas serta harapan sekolah terhadap murid
baharu).
c) Mengenali semua murid secara individu.
d) Membina keyakinan ibu bapa terhadap kelas prasekolah.
e) Sebagai penghubung antara ibu bapa dengan murid, ibu
bapa dengan pihak sekolah dan ibu bapa dengan ibu bapa.

2.2 Transisi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

(i) Pengenalan

Transisi dalam PdP ialah masa peralihan dari aktiviti


pembelajaran ke aktiviti pembelajaran seterusnya atau semasa
waktu murid menunggu bagi melaksanakan aktiviti yang
seterusnya. Antara aktiviti transisi yang boleh dilaksanakan ialah
mainan mudah (quick games), muzik, lagu, permainan
menggunakan jari (fingerplay) dan boneka jari.

Transisi boleh dilaksanakan pada waktu berikut:


a) Waktu ketibaan
b) Waktu berkumpul untuk perbualan pagi, aktiviti kelas atau
aktiviti kumpulan
c) Waktu mengemas
d) Waktu beratur untuk bergerak ke tempat aktiviti yang
berlainan
e) Waktu rehat
f) Waktu bertukar kumpulan atau aktiviti
g) Untuk mendapatkan perhatian murid
h) Waktu menunggu
i) Waktu menamatkan sesi persekolahan harian

78
Kebijaksanaan guru melaksanakan transisi dapat memastikan
kelancaran dan keberkesanannya PdP.

Adakah anda bersedia melaksanakan transisi?

Latar Belakang

Guru perlu
mengambil kira Kebolehan
tahap
perkembangan
kanak-kanak Pengetahuan

Minat

(ii) Tujuan

a) Menyediakan murid dari aspek kognitif dan emosi sebelum


mengikuti aktiviti pembelajaran seterusnya.

b) Memastikan kelancaran aktiviti pembelajaran yang akan


dilaksanakan seterusnya.

(iii) Strategi untuk memastikan kelancaran transisi dalam PdP

a) Sebelum Transisi

 Merancang jadual waktu supaya masa transisi dapat


diminimumkan.
 Mempertimbangkan apa yang akan dilakukan oleh guru,
pembantu pengurusan murid dan murid pada masa
transisi.
 Mengadakan isyarat lisan dan bukan lisan sebelum
transisi, jika perlu.

79
 Mengurangkan masa transisi di mana semua murid
tidak perlu melakukan perkara yang sama dan pada
masa yang sama.
 Mewujudkan dan mengekalkan rutin harian. Murid perlu
diberitahu jangkaan guru pada waktu rutin.
 Transisi perlu difikirkan dan dijadikan sebahagian
daripada PdP.
 Mengurangkan sebanyak mungkin masa menunggu
murid.

b) Semasa Transisi

 Menyanyi lagu, bermain perkataan atau permainan


teka-teki, membaca puisi atau melakukan permainan
menggunakan jari dengan murid.
 Memberikan arahan lisan yang mudah difahami.
 Menggunakan bahasa badan atau alatan seperti loceng,
wisel, dan kerincing.
 Merancang peningkatan atau penurunan tahap aktiviti
secara beransur-ansur (Contohnya, aktiviti fizikal luar
diikuti dengan waktu rehat dan makan) dan
keseimbangan antara aktiviti yang aktif dan kurang aktif
(Contohnya, aktiviti kumpulan kecil diikuti dengan sesi
bercerita).
 Wujudkan aktiviti tambahan untuk murid yang telah
menyelesaikan tugasan lebih awal supaya mereka tidak
menunggu tanpa melakukan sesuatu.

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) perlu dilibatkan


semasa transisi dilaksanakan bagi memastikan kelancaran
PdP.

80
c) Selepas Transisi

 Memberi respons atau maklum balas yang positif


kepada murid-murid jika transisi berjalan dengan lancar.
Contohnya, apabila murid mengemaskan mainan
selepas bermain, guru harus memberi pujian dan
penghargaan ke atas tindakan mereka.

2.3 Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu

(i) Pengenalan

Transisi prasekolah ke tahun satu ialah untuk menyediakan murid


dari segi kognitif dan emosi bagi menghadapi pendidikan secara
formal di arus perdana. Persediaan ini diperlukan kerana murid
terdiri daripada pelbagai latar belakang, sosio ekonomi,
persekitaran dan pengetahuan agar mereka dapat menyesuaikan
diri dan bersedia untuk meneruskan pembelajaran secara formal.
Pelaksanaan transisi prasekolah ke tahun satu ini hendaklah
fleksibel, bergantung kepada kesediaan murid.

(ii) Tujuan

a) Mengukuhkan keyakinan dan konsep kendiri dan emosi


murid sebelum mengikuti pendidikan formal pada tahun satu.
b) Menyesuaikan murid dengan persekitaran, guru-guru dan
kawan-kawan baharu dalam masa yang singkat.
c) Menyelaraskan keperluan murid dari aspek kognitif, emosi
dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan
proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di
Tahun Satu.
d) Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke
sekolah tanpa banyak masalah.

81
(iii) Cadangan Aktiviti

Merancang dan melaksanakan aktiviti transisi di akhir sesi


persekolahan seperti:
a) Mengadakan lawatan ke kelas tahun satu dan persekitaran
kawasan sekolah.
b) Mengadakan lawatan ke kantin dan mengalami proses
membeli dan makan di kantin.
c) Berada seketika di dalam kelas Tahun Satu bagi mengalami
situasi sebenar di dalam kelas formal.

(iv) Faedah Transisi


a) Murid
 Bersedia untuk menerima PdP secara formal.
 Dapat memantapkan sosio emosi dan menyesuaikan
diri dalam persekitaran pembelajaran yang formal.
 Memupuk keyakinan diri dan disiplin yang tinggi
sebelum ke tahun satu.
 Kurang kebergantungan kepada ibu bapa dan guru.
 Mudah menerima pengetahuan dan kemahiran asas
bagi mengikuti pelajaran tahun satu.
 Memudahkan murid mengikuti peraturan sekolah.
 Lebih bersedia dari aspek fizikal, sosio, emosi, dan
kognitif.

b) Guru
 Memahami keperluan dan perkembangan murid
 Membina jaringan maklumat.
 Membantu murid menyesuaikan diri di kelas tahun satu.
 Memahami kesinambungan pendidikan prasekolah
dengan tahun satu.
 Mengetahui pendidikan prasekolah dan tahun satu.
 Membantu membina identiti diri murid.

82
c) Pentadbir
 Lebih bersedia dengan menyediakan keperluan,
pengurusan dan prasarana.
 Mewujudkan kolaborasi dengan ibu bapa dan komuniti.

d) Ibu bapa
 Dapat membantu anak bersedia dari aspek mental dan
emosi.
 Memahami skop pembelajaran peringkat prasekolah ke
tahun satu .
 Dapat memberi sokongan moral secara berterusan.

3.0 Rumusan

Memulakan alam persekolahan merupakan waktu yang penting dan mengujakan bagi
murid-murid. Persediaan untuk memulakan alam persekolahan merupakan satu
proses yang melibatkan beberapa perubahan pada diri murid. Setiap individu murid
bertindakbalas terhadap perubahan secara berbeza bergantung kepada pengalaman,
keyakinan dan persediaan murid itu sendiri. Bagi sesetengah murid, perubahan
membawa kegembiraan kerana mereka dapat mengenali rakan baharu dan belajar
perkara baharu. Manakala bagi murid yang lain pula, perubahan boleh membuatkan
mereka merasa gementar dan sedih. Murid yang membuat permulaan yang positif
lebih cenderung untuk berasa selesa, tenang, teruja dan bermotivasi untuk belajar.

Pelaksanaan transisi yang baik bukan hanya dapat meningkatkan keyakinan diri murid
tetapi juga kualiti pembelajaran mereka. Murid juga dapat membangunkan kemahiran
sosial, emosi dan pembelajaran untuk menghadapi cabaran baharu. Amalan transisi
yang baik akan menggalakkan hubungan yang erat antara guru dengan ibu bapa serta
sokongan untuk pembelajaran berterusan di rumah.

Selain itu, kelancaran PdP di kelas prasekolah banyak bergantung kepada bagaimana
transisi dikendalikan. Transisi yang berkesan akan memberi peluang kepada guru
83
menggunakan lebih banyak masa untuk aktiviti yang lebih bermakna. Perancangan
dan amalan transisi dalam PdP yang baik dapat mengurangkan masa yang digunakan
oleh guru untuk menangani isu-isu tingkahlaku dan disiplin murid. Murid dapat
mengikuti PdP dan menjalankan aktiviti dengan mudah, seronok dan lancar tanpa
merasa terganggu.

Guru juga boleh menjadikan aktiviti rutin di kelas prasekolah sebagai transisi. Ini akan
menjadikan murid lebih yakin dan dapat memberi kerjasama kerana mereka telah
biasa dengan aktiviti tersebut dan tahu apa yang perlu dibuat. Diharapkan aktiviti-
aktiviti yang dicadangkan di dalam Unit 4 ini dapat dijadikan panduan kepada guru
prasekolah untuk melaksanakan transisi dengan lebih lancar berkesan dan bermakna.

84
Unit
PENTAKSIRAN
5

85
86
Unit 5

Pentaksiran

1.0 Pengenalan

Pentaksiran prasekolah merupakan satu proses mendapatkan maklumat tahap


perkembangan dan kemajuan murid secara sistematik dan berterusan. Pentaksiran
melibatkan penilaian terhadap tingkah laku, interaksi (lisan dan bukan lisan) dan hasil
kerja murid.

Pentaksiran bertujuan mengenal pasti perkembangan murid dalam domain kognitif,


afektif dan psikomotor serta tindakan susulan yang sesuai bagi membantu murid
mencapai objektif pembelajaran berdasarkan standard pembelajaran di prasekolah.
Pentaksiran juga dapat digunakan oleh guru untuk mengoptimumkan potensi murid.

2.0 Ciri-Ciri Pentaksiran

Pentaksiran prasekolah bertujuan untuk membantu pembelajaran murid. Ciri-ciri


utama pentaksiran prasekolah adalah seperti berikut:
(i) Mengambil kira psikologi dan sifat semula jadi Kanak-kanak.
(ii) Lebih mementingkan proses berbanding produk.
(iii) Dijalankan secara tidak langsung.
(iv) Dijalankan dalam suasana semula jadi.
(v) Dijalankan dalam suasana tidak formal.
(vi) Tidak bertujuan membandingkan murid dengan murid.
(vii) Tidak melabelkan murid.
(viii) Dijalankan secara berterusan, bukan hanya di akhir pembelajaran.
(ix) Maklum balas segera diberi untuk tujuan penambahbaikan.
(x) Bersifat diagnostik: mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan keperluan.
(xi) Tidak berfokus kepada ujian pencapaian tetapi tahap perkembangan murid.

87
3.0 Kepentingan Pentaksiran

3.1 Kepentingan Pentaksiran Kepada Guru

(i) Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat


umur.
(ii) Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
dikuasai murid.
(iii) Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam
pembelajaran dari semasa ke semasa.
(iv) Mengenal pasti pelbagai kecerdasan, kemahiran dan potensi
murid yang boleh diperkukuhkan.
(v) Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut
keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.
(vi) Memberi maklum balas yang sesuai dan tepat kepada murid.
(vii) Mengesan keberkesanan pengajaran.
(viii) Merancang tindakan susulan untuk tujuan pemulihan dan
pengayaan.

3.2 Kepentingan Pentaksiran Kepada Murid

(i) Memahami tujuan mereka belajar.


(ii) Mengetahui tahap perkembangan mereka.
(iii) Memberi motivasi dan meningkatkan keyakinan diri mereka.

4.0 Proses Pentaksiran

Pelaksanaan pentaksiran melibatkan beberapa proses berikut:


(i) Merancang
(ii) Membina instrumen
(iii) Melaksanakan pentaksiran
(iv) Merekod
(v) Menganalisis data
(vi) Melapor

88
Proses melaksanakan pentaksiran ditunjukkan dalam Rajah 11.

Merancang
Menentukan konstruk dan kaedah penilaian

Membina Instrumen
Membina instrumen dan menentukan Standard Prestasi

Melaksanakan Pentaksiran
Pemerhatian tingkah laku, interaksi/lisan/hasil kerja murid

Merekod

Menganalisis Data dan Melapor

Tidak Ya Tindakan
Tindakan Sudahkah murid Susulan/Aktiviti
Susulan/Aktiviti
Menguasai Pengayaan
Bimbingan

Kemahiran Baharu/Hasil Pembelajaran


Baharu/Ke Tahun Satu

Rajah 11: Proses Melaksanakan Pentaksiran

4.1 Merancang

Sebelum melaksanakan sesuatu pentaksiran, guru hendaklah


menentukan:
(i) Tujuan mentaksir
(ii) Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard
Prestasi yang hendak ditaksir
(iii) Instrumen yang akan digunakan

89
(iv) Bila hendak mentaksir
(v) Tempoh pemerhatian

4.2 Membina Instrumen

Berdasarkan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan


Standard Prestasi, guru boleh membina instrumen serta mengatur
aktiviti yang sesuai dan tepat supaya murid berpeluang memberi
respon yang diharapkan. Pemilihan instrumen dan aktiviti harus sesuai
dengan apa yang hendak ditaksir dengan mengambil kira faktor murid
dan persekitaran mereka. Satu instrumen atau aktiviti boleh digunakan
untuk mendapatkan evidens bagi lebih daripada satu konstruk.

4.3 Melaksanakan Pentaksiran

Terdapat pelbagai kaedah untuk melaksanakan pentaksiran antaranya


ujian, pengukuran atau penilaian secara formatif atau sumatif. Namun,
kaedah pentaksiran yang paling sesuai di kelas prasekolah adalah
pemerhatian. Pemerhatian bermaksud pengamatan kepada tingkah
laku, interaksi dan proses pembelajaran murid yang boleh
dilaksanakan secara berkala atau tidak berkala. Pemerhatian
dilaksanakan dalam suasana semula jadi tanpa disedari murid. Ujian
dan peperiksaan formal tidak harus dilaksanakan di kelas prasekolah.

Pentaksiran dilakukan berterusan untuk melihat proses kerja, hasil


kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan secara konsisten. Pentaksiran
boleh dijalankan dengan melibatkan orang lain seperti rakan sebaya,
pembantu guru, ahli keluarga atau ahli komuniti. Pengumpulan
maklumat daripada pelbagai sumber dan aktiviti akan menghasilkan
dapatan yang boleh dipercayai serta membantu guru membuat
keputusan yag lebih jelas dan tanpa ragu-ragu.

90
4.4 Merekod

Terdapat pelbagai jenis instrumen rekod pemerhatian yang boleh


digunakan oleh pemerhati bagi menjalankan proses perekodan di
prasekolah. Antaranya ialah senarai semak, skala kadar, rekod
anekdot, rekod berterusan dan lain-lain.

(a) Senarai Semak

Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk


mengenal pasti perkembangan murid dari aspek pengetahuan,
kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item tersebut
menentukan:
 Sesuatu tingkah laku dapat diperhatikan
 Kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku
 Sesuatu tingkah laku telah berlaku

Contoh Senarai Semak untuk mengecam huruf vokal bagi seorang


murid adalah seperti di Jadual 4.

Jadual 10: Contoh Senarai Semak

Nama murid: Ahmad Fawwaz Umur : 6 tahun


Tarikh / Masa: 23.2.2016 / 9.00 pagi Kelas: Prasekolah Sukses

Aspek Pemerhatian: Mengecam huruf vokal

Kemahiran Ya Tidak Catatan

Mengecam huruf vokal ‘a’ √


Membunyikan huruf vokal ‘a’ √
Mengecam huruf vokal ‘e’ √
Masih keliru dengan vokal
Membunyikan huruf vokal ‘e’ √ ‘a’ dan bunyi vokal ‘e’

91
(b) Skala Kadar

Skala kadar boleh diguna untuk menunjukkan darjah kemajuan


dan pencapaian sesuatu tingkah laku yang menggambarkan
pencapaian murid. Skala boleh digambarkan secara angka, gred
atau simbol. Semasa merancang guru perlu menentukan:
 Tajuk
 Kemahiran/tingkah laku/aktiviti dinyatakan dengan jelas
 Penerangan skala dinyatakan
 Skala kadar boleh digunakan secara individu, kelas atau
kumpulan

Contoh Skala Kadar untuk kemahiran mengecam dan menyebut


abjad bagi seorang murid adalah seperti di Jadual 5.

Jadual 11: Contoh Skala Kadar

Nama murid: Fayyad Bin Fairus Umur : 6 tahun


Kelas: Prasekolah Sukses Pemerhati: Puan Zuhana Ali

Standard Prestasi Pemerhatian


Konstruk Catatan
(SPi) 1 2 3
Kemahiran 1: Belum boleh
mengecam mengecam semua
dan abjad
menyebut Kadang-kadang
abjad 2: Boleh mengecam
masih keliru
(BM 1.3, dan menyebut 7/3
dengan huruf b,
BM 2.2) semua abjad
d dan p.
3: Boleh mengecam
dan menyebut
semua abjad serta 29/4
membunyikan suku
kata terbuka (kv)

92
(c) Rekod Anekdot

Rekod anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu


peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan
signifikan secara positif atau negatif untuk direkod. Pemerhatian
tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi secara kebetulan
tingkah laku tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan terhadap
murid secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam
kumpulan. Tiada had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkah
laku ini.

Catatan hendaklah ditulis secara objektif tentang apa yang


berlaku selepas pemerhatian dilaksanakan. Antara maklumat
yang boleh direkodkan adalah peristiwa yang menggambarkan
tentang perkembangan bahasa, pola interaksi sosial, kemahiran
menyelesaikan masalah dan lain-lain seperti di Jadual 6.

Jadual 12: Contoh Rekod Anekdot

Masa: 10.00 pagi Kelas: Prasekolah Seri Anggun Bestari


Pemerhati: Pn. Aina Amin Tarikh: 18 Februari 2016

Pemerhatian Ulasan

Waktu makan, semasa pertandingan Devi prihatin, mengambil berat dan


bola jaring mini, Devi membantu sedia membantu rakan yang lebih
Raudah (5 tahun) membuka bungkusan muda walaupun berlainan kaum.
nasi lemak, membahagikan telur
kepada cebisan kecil menggunakan
sudu, gaul nasi dengan sambal. Devi Devi berusaha guna komunikasi
mengambil sudu lalu mencedok nasi, isyarat.
telur, kacang, ikan bilis dan memberi
isyarat untuk Raudah makan

(d) Rekod Berterusan

Rekod berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita naratif


yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa
berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang
ditutur oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh
93
pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan
dalam tempoh lima hingga sepuluh minit. Berbeza dengan rekod
anekdot, pemerhatian ini dirancang (masa, tempat, situasi dan
tingkah laku) oleh pemerhati seperti di Jadual 7.

Jadual 13: Contoh Rekod Berterusan

Nama Murid: Alma Ali Umur: 6 tahun


Masa: 10.00 – 10.05 pagi Kelas: Prasekolah Ceria

Pemerhatian Ulasan

Alma mengambil berus gigi merah Alma belum memahami nilai


jambu kepunyaan Yani. Farah menghormati hak orang lain.
menyuruh Alma pulangkan berus gigi
Alma juga belum memahami nilai
tersebut kepada Yani namun tidak
kebersihan diri.
diendahkan.
Alma boleh menerima pandangan
Alma berkata, “Saya nak berus gigi
daripada Farah.
warna ni”.
“Ohhhhh, itu warna pink”, kata Farah.
“Cikgu kata tak boleh ambil berus gigi
orang lain,” tambah Farah.
“Saya suka warna pink”, kata Alma.
“Kalau macam tu, esok suruh mak
awak beli berus gigi warna pink tu
ye”, kata Farah.
“Ok, esok saya suruh mak saya beli
berus gigi warna pink”.
Sambil mengangguk, Alma
memulangkan berus gigi yang
diambil kepada Yani.

(e) Persampelan Masa

Pensampelan masa adalah satu kaedah pengumpulan data yang


merekodkan berapa kali tingkah laku tertentu telah diperhatikan
dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pemerhati merekod
kekerapan sesuatu tingkah laku berlaku dalam satu jangka masa
yang ditetapkan. Guru boleh memerhati tingkah laku yang
ditetapkan terhadap seorang murid secara individu atau dalam
94
kumpulan. Guru juga harus menetapkan perincian tingkah laku
yang boleh diperhati.

Pensampelan masa digunakan untuk mendapatkan pemahaman


tentang tingkah laku yang ingin diperhatikan. Untuk memastikan
maklumat yang dikumpul merupakan perwakilan tepat, data
dikumpul untuk banyak selangan masa (intervals). Contoh
Persampelan Masa adalah seperti di Jadual 8.

Jadual 14: Contoh Persampelan Masa

Nama murid: Aiman


Tingkah Laku: Pergi ke tandas
Tarikh : 15 Mac 2016
Masa: 2 jam
Selang Masa (Interval Length): 15 minit

Masa: Bilangan Interval Jumlah


9.00- Tingkahlaku
11.00am 1 2 3 4 5 6 7 8 diperhatikan
Ya /
Tidak

(f) Persampelan Peristiwa

Persampelan Peristiwa memberi tumpuan kepada peristiwa


tertentu untuk memerhati corak tingkah laku murid dalam tempoh
masa beberapa hari atau minggu. Sebagai contoh untuk
mengetahui apa yang menimbulkan tantrums murid atau
bagaimana murid bertindak balas apabila ditinggalkan ibu bapa
mereka pada permulaan setiap hari di kelas prasekolah.

Persampelan Peristiwa adalah cara yang berguna untuk


mengesan jika murid mempunyai masalah tingkah laku yang
memerlukan bantuan atau rujukan kepada profesional.
95
Persampelan Peristiwa membantu untuk menjelaskan apa yang
sebenarnya berlaku kepada perubahan tingkahlaku murid.
Sebagai contoh untuk mengetahui kenapa murid bertindak agresif.
Guru boleh menggunakan Persampelan Peristiwa untuk
membuat catatan adakah murid itu diganggu, adakah peristiwa itu
berlaku pada masa-masa tertentu atau berapa lama tingkah laku
tersebut berlaku.

Persampelan Peristiwa menumpu kepada masalah yang timbul


dan berusaha untuk menguruskan tingkah laku Kanak-kanak itu
dengan lebih berkesan.
 Pemerhati memerhati perlakuan yang dipilih dan merekod
peristiwa yang berlaku
 Digunakan untuk mencatatkan kejadian yang menyebabkan
sesuatu perlakuan atau kekerapan perlakuan terjadi
 Perlakuan ditentukan dan keadaan yang menyebabkan
sesuatu perlakuan dapat ditentukan

Contoh Persampelan Peristiwa adalah seperti di Jadual 9


dan 10.

Jadual 15: Persampelan Peristiwa (Contoh1)

Nama murid: Aiman Umur : 6 tahun


Aspek pemerhatian : Interaksi Aiman dengan rakan

Aktiviti 12/3 13/3 14/3 15/3 16/3 17/3

Perbualan Awal
Aktiviti Luar
Rehat
Penutup

96
Jadual 16: Persampelan Peristiwa (Contoh 2)

Nama murid : Hariz bin Harun


Perkara : Memerhati tingkah laku agresif Hariz

Tarikh / Sebelum Tingkah Tingkah Selepas Tingkah


Masa
Hari Laku Laku Laku

Hariz bermain Hariz terus


kereta di pusat Hariz bermain, Amir
8.20 pagi pembelajaran, Amir tumbuk menangis dan
ingin main Amir mengadu kepada
28/3/2016 bersama cikgu
(Isnin)
Hariz mewarna
Hariz Hariz sambung
10.10 lukisannya, Alvin
tumbuk mewarna walaupun
pagi datang cuba
Alvin Alvin memarahinya
membantu

4.5 Menganalisis Data

Segala data yang direkod menggunakan senarai semak, skala kadar,


rekod anekdot, rekod berterusan, persampelan masa dan persampelan
peristiwa perlu ditafsirkan untuk membolehkan guru membuat rumusan
mengenai murid. Selain daripada itu, hasil kerja murid juga perlu
dianalisis untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan
murid.

Contoh hasil kerja yang telah dianalisis

97
Contoh hasil kerja yang telah dianalisis

4.6 Melapor

Pelaporan adalah proses penyampaian maklumat penilaian dari


semasa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran,
penerapan nilai, sikap dan pencapaian murid.

Perkara yang perlu diberi perhatian semasa pelaporan adalah seperti


berikut:
(i) Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut
keperluan untuk membolehkan guru dan ibu bapa mengambil
tindakan susulan yang sewajarnya.
(ii) Laporan perkembangan murid seharusnya menyeluruh
merangkumi kepelbagaian kecerdasan, perolehan pengetahuan,
penguasaan kemahiran, penerapan nilai, potensi dan
keterampilan diri murid.
(iii) Rumusan hendaklah dibuat berdasarkan maklumat daripada hasil
analisis data melalui kesemua instrumen serta penilaian hasil
kerja murid.

98
5.0 Portfolio

Portfolio adalah satu himpunan evidens atau keterangan yang mengandungi


maklumat berkaitan perkembangan, kemahiran dan kemajuan murid dalam jangka
masa yang ditetapkan. Portfolio boleh diwujudkan dalam pelbagai cara seperti dalam
bentuk sofcopy, kotak, fail, album, dan lain-lain.

“Portfolio mengandungi hasil kerja kanak-kanak yang dirasakan unik dan dapat
menggambarkan kemajuan serta pencapaian mereka...” dan “Kanak-kanak
digalakkan untuk membuat pilihan terhadap hasil kerja yang mereka rasa dapat
menunjukkan kemajuan untuk dimasukkan ke dalam portfolio" (Gestwicki, p. 304).

“Portfolio harus mempersembahkan kebolehan unik, pencapaian dan kemajuan


Kanak-kanak yang dipaparkan melalui sampel yang sahih” (Batzle, p. 60).

5.1 Kandungan Portfolio

Antara perkara yang boleh dimasukkan dalam portfolio ialah:


(a) Rekod
 Rekod Peribadi
 Rekod Perkembangan dan Kemajuan Murid

(b) Gambar murid menjalankan aktiviti


 Murid menumpukan perhatian semasa menyiapkan tugasan
 Hasil kerja di pusat pembelajaran yang bukan dalam bentuk
kekal (aktiviti membuat doh, membina lego atau eksperimen)
(c) Hasil kerja murid
 Perlu dinilai dan diberi ulasan
 Telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian
 Pemilihan hasil kerja murid dari setiap Tunjang.
(d) Audio dan video
 Audio dan video di mana murid bercerita, membaca sajak,
berkomunikasi, menyelasaikan tugasan dan semasa main
merupakan rekod yang bernilai terhadap perkembangan
murid.
99
 Audio dan video merupakan rekod beraksi murid yang
berharga bagi ibu bapa sebagai bukti perkembangan anak
mereka.

Cadangan kandungan portfolio adalah seperti di Rajah 12

Rekod Gambar
Pelaporan Murid Hasil Kerja Audio Dan
Perkembang Menjalankan Murid Video
an Murid Aktiviti

Rajah 12: Cadangan Kandungan Portfolio

6.0 Rumusan

Murid prasekolah membina pengetahuan bukan hanya melalui aktiviti menggunakan


kertas dan pensil sahaja tetapi melalui pengalaman, interaktif, bahan konkrit dan
hands-on. Oleh itu, guru prasekolah perlu merancang kaedah pentaksiran yang sesuai
untuk murid-murid mereka.

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan


kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian
daripada proses PdP yang penting dan dijalankan secara berterusan. Pentaksiran
ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat dan
membuat keputusan berasaskan maklumat yang diperolehi. Tanpa pentaksiran, PdP
guru kurang berkesan kerana tidak mempunyai maklumat mengenai tahap
perkembangan dan kemajuan murid mereka. Dengan itu, guru harus menjalankan
100
pentaksiran bagi memastikan maklumat dapat dikumpul dan digunakan untuk
meningkatkan kualiti PdP.

Rekod pentaksiran merupakan satu rekod yang penting dan perlu dikongsikan dengan
ibu bapa supaya mereka dapat mengetahui perkembangan dan kemajuan anak
mereka di kelas prasekolah. Selain itu, ibu bapa juga dapat mengetahui kekuatan dan
kelemahan anak mereka serta dapat merancang bagaimana untuk meneruskan
pembelajaran di rumah.

101
102
Unit
AKTIVITI LUAR
6

103
104
Unit 6

Aktiviti Luar

1.0 Pengenalan

Aktiviti Luar bermaksud aktiviti yang dijalankan di luar kelas. Luar kelas merupakan
salah satu persekitaran pembelajaran yang terbaik untuk murid prasekolah kerana
murid secara semulajadinya tertarik untuk bermain secara aktif di luar kelas. Aktiviti di
luar kelas membolehkan murid untuk meneroka alam sekitar, membina kekuatan otot
dan koordinasi serta meningkatkan keyakinan diri.Pelaksanaan aktiviti di luar kelas
merupakan nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran murid serta
menggalakkan kesejahteraan dan perkembangan fizikal yang menyeluruh.

Aktiviti Luar dibahagikan kepada Aktiviti Fizikal dan Main Bebas. Tujuan Aktiviti Luar
adalah untuk membina kecergasan dan merangsang kecerdasan murid serta
memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meneroka persekitaran.
Peruntukan masa untuk Aktiviti Fizikal ialah 30 minit bagi setiap sesi dan dilaksanakan
2 kali seminggu, manakala Main Bebas ialah 20 minit bagi setiap sesi dan
dilaksanakan 3 kali seminggu seperti di Rajah 13.

Aktiviti Luar

Aktiviti Fizikal Main Bebas

30 minit 2 kali 20 minit 3 kali


setiap sesi seminggu setiap sesi seminggu

Rajah 13: Aktiviti Luar

105
2.0 Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal adalah suatu aspek yang unik dan amat penting untuk perkembangan
murid dan merupakan asas kepada kesihatan dan kehidupan yang aktif. Aktiviti fizikal
mempunyai banyak faedahnya jika murid diberi peluang untuk mencuba dan
melakukan pelbagai aktiviti.

Aktiviti Fizikal sebagaimana yang terkandung dalam KSPK (Semakan 2017) ialah
aktiviti yang melibatkan pergerakan tubuh yang akan menggerakkan tubuh badan dan
memerlukan tenaga untuk meningkatkan kecerdasan fizikal dan kesihatan diri. Selain
daripada itu, Aktiviti Fizikal juga dapat membantu memupuk kecergasan badan,
ketangkasan dan koordinasi serta perkembangan kognitif, kecekapan sosial dan
kematangan emosi murid.

Pelaksanaan Aktiviti Fizikal adalah berdasarkan Tunjang Perkembangan Fizikal dan


Estetika meliputi kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar, kemahiran
manipulatif dan pergerakan berirama seperti di Rajah 14.

Rajah 14: Aktiviti Fizikal

106
2.1 Perkembangan Motor Halus

Kemahiran motor halus merujuk kepada kemahiran yang melibatkan


pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari
tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Selain itu, kemahiran motor halus
juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria
seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata.

2.2 Perkembangan Motor Kasar

Pergerakan motor kasar melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan


lokomotor.
(a) Pergerakan Lokomotor

Pergerakan lokomotor ialah kemahiran pergerakan yang


melibatkan perubahan tapak sokongan secara mendatar dan
menegak. Antara pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari,
melompat, mengconglang (galopping), menggelongsor (sliding)
dan berskip.

(b) Pergerakan Bukan Lokomotor

Pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang statik


atau setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh
badan iaitu aktiviti seperti buka tutup, naik turun dan pusing putar.
Pergerakan bukan lokomotor ialah kemahiran pergerakan yang
melibatkan badan kekal di tempat yang sama tetapi memusing di
sekitar paksi mendatar atau menegak. Antara pergerakan bukan
lokomotor ialah membongkok, mengayun, memusing, mengilas,
meregang, menolak, menarik dan mengimbang.

Kedua-dua pergerakan ini perlu dilakukan dengan mengambil kira


aspek kesedaran ruang. Kesedaran ruang merujuk kepada ‘ke mana’
badan seseorang kanak-kanak bergerak. Konsep kesedaran ruang ini
merangkumi:

107
(a) penggunaan ruang diri (ruang yang mengelilingi individu iaitu
sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan) dan
menghormati ruang orang lain.
(b) penggunaan ruang am (kawasan yang digunakan secara
keseluruhan semasa melakukan pergerakan) dengan selamat.
(c) pergerakan dalam pelbagai arah – ke hadapan, ke belakang, ke
kanan, ke kiri, ke atas dan ke bawah.
(d) pergerakan dalam pelbagai aras – bawah, sederhana dan tinggi.
(e) pergerakan dalam pelbagai laluan – lurus, melengkung, spiral dan
zig zag.

2.3 Kemahiran Manipulasi

Kemahiran manipulasi merupakan satu pergerakan yang memerlukan


kemahiran asas yang menyediakan murid prasekolah untuk
mempelajari kemahiran asas sukan. Pembelajaran kemahiran ini
melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar dan
sebagainya. Kemahiran manipulasi alatan merupakan perkembangan
daripada kemahiran motor halus dan motor kasar dan ianya adalah
penting untuk murid prasekolah kerana ia membolehkan mereka
memperlaku, mengawal dan mengendalikan objek-objek yang berbeza
dari segi saiz, bentuk dan komposisi seperti menendang, membaling
dan menggolek.

Kemahiran manipulasi alatan juga dapat meningkatkan koordinasi


anggota badan antaranya mata-tangan, mata-kaki dan sebagainya
seperti membaling objek ke arah sasaran dan juga menyambut objek
dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.

108
2.4 Pergerakan Berirama

Pergerakan berirama merupakan medium penting untuk


menggalakkan murid kreatif dan menguasai kemahiran sosial.
Pergerakan berirama bagi murid prasekolah memberi penekanan
kepada kemahiran pergerakan seperti pergerakan lokomotor dan
bukan lokomotor mengikut irama. Menerusi pergerakan berirama ini,
murid juga boleh melakukan pergerakan bebas dan mencipta
pergerakan kreatif menggunakan alatan.

3.0 Main Bebas

Main Bebas memberi peluang kepada murid untuk membuat pilihan secara bebas
tentang apa, bila dan bagaimana untuk bermain. Mereka juga bebas untuk
menentukan peraturan dan peranan semasa bermain.

Main imaginatif adalah sebagai usaha kanak-kanak menggunakan kebolehan fizikal


dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa
dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka
berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan
mereka lebih kreatif. Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh perasaan bagi mengawal keadaan
yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar
(Kraus, 1990).

Main Bebas memberi banyak faedah kepada pembelajaran murid dari aspek fizikal,
emosi, kognitif dan kemahiran sosial. Selain murid menikmati kegembiraan, murid
juga belajar cara berinteraksi dan berunding dengan berkesan; berkongsi dan
bekerjasama dengan orang lain; serta kemahiran menyelesaikan masalah.

109
3.1 Pelaksanaan Main Bebas

Main bebas boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara antaranya:


(a) Bermain di taman permainan yang terdapat alatan permainan
seperti buaian, jongkang - jongket, palang besi, terowong, papan
imbangan dan gelongsor.
(b) Bermain dengan bahan dan alatan yang disediakan oleh guru
seperti gelung rotan, kon, bola, kotak, tali, pundi kacang, pasir dan
air.
(c) Bermain dengan bahan yang terdapat di persekitaran seperti
ranting kayu, upih, daun, biji getah dan tumbuh-tumbuhan.
(d) Bermain tanpa alat seperti permainan sosial seperti ‘Datuk
Harimau’ dan ‘Ibu Ayam Dengan Helang’.

3.2 Peranan Guru

Semasa pelaksanaan Main Bebas, guru berperanan untuk:


(a) Memastikan persekitaran dan alatan yang digunakan sesuai dan
selamat.
(b) Memastikan keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas
aktiviti dijalankan.
(c) Menetapkan ruangan dan sempadan yang sesuai dan selamat
untuk murid melaksanakan aktiviti.
(d) Mengurus tingkah laku murid.
(e) Menjadi fasilitator, teman bermain dan pemerhati.
(f) Membuat pemerhatian terhadap perkembangan murid.

4.0 Rumusan

Aktiviti Luar adalah satu aktiviti yang memberi makna kepada murid kerana murid
secara semula jadinya tertarik dengan aktiviti di luar bilik darjah. Pelaksanaan Aktiviti
Luar membolehkan murid bermain secara aktif serta bebas untuk meneroka dan
menjelajah persekitaran, mendapat keseronokan dan menentukan peraturan
permainan sendiri.
110
Aktiviti Luar bukan hanya memberi faedah kepada perkembangan fizikal tetapi juga
kognitif dan sosioemosi. Murid dapat membina kekuatan otot, koordinasi dan
keyakinan diri serta meningkatkan pemahaman berkaitan konsep ruang. Di samping
itu, murid juga dapat bersosialisasi, menyelesaikan masalah serta belajar
bekerjasama dan bertolak ansur. Aktiviti Luar juga penting bagi memupuk
kesejahteraan hidup dan kesedaran tentang gaya hidup yang sihat.

Aktiviti Luar merupakan salah satu aktiviti yang menggunakan tenaga. Pelaksanaan
aktiviti ini penting kerana ia dapat mengeluarkan tenaga berlebihan di mana apabila
disimpan ia akan menyebabkan murid menjadi tegang, gementar, meragam dan
terlalu aktif.

Kesimpulannya, Aktiviti Luar adalah amat penting kepada murid prasekolah. Oleh itu,
guru perlu membuat perancangan dengan teliti bukan hanya berkaitan aktiviti tetapi
juga dari aspek persekitaran, penggunaan bahan atau alatan dan keselamatan serta
keperluan pembelajaran dan perkembangan murid. Berdasarkan KSPK (Semakan
2017), Aktiviti Luar perlu dilaksanakan di luar kelas. Walau bagaimanapun,
kelonggaran diberikan jika keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan kekangan dari
segi fizikal. Pelaksanaan Aktiviti Luar juga boleh diubahsuai mengikut situasi dan
keperluan semasa.

111
112
RANCANGAN Unit

7
PELAJARAN
TAHUNAN DAN
JADUAL WAKTU

113
114
Unit 7

Rancangan Pelajaran Tahunan Dan


Jadual Waktu

1.0 Pengenalan

Kejayaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta tercapainya Standard


Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) sebagaimana yang dihasratkan
dalam KSPK (Semakan 2017) bergantung kepada perancangan guru yang lengkap
dan sistematik. Penyediaan perancangan PdP juga memerlukan ketelitian dan
kreativiti guru. Guru perlu menyediakan perancangan PdP untuk kelas prasekolah
masing-masing kerana memberi kesan yang positif kepada pengajaran guru dan
pembelajaran murid.

Penyediaan rekod PdP adalah wajib bagi setiap guru. Rekod PdP boleh disediakan
dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Rekod
PdP dan bahan sokongan lain berkaitan dengan penyediaan RPT perlu dikemukakan
dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

2.0 Rancangan Pelajaran Tahunan

Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) ialah satu kerangka PdP yang menyeluruh
untuk satu tahun persekolahan. RPT perlu disediakan pada awal tahun sebelum sesi
persekolahan bermula. RPT berfungsi sebagai panduan kepada guru dalam
pelaksanaan sesuatu PdP. RPT mengandungi SK dan SP yang merangkumi semua
tunjang dalam KSPK (Semakan 2017).

115
Dalam merancang RPT, guru perlu mengambil kira keenam-enam tunjang dalam
KSPK (Semakan 2017). Selain daripada itu, SK dan SP dalam tunjang-tunja ng
tersebut perlu disusun mengikut tahap perkembangan dan kebolehan murid serta
bersesuaian dengan strategi PdP yang dipilih sama ada pendekatan bertema,
pendekatan berasaskan projek atau PdP di pusat pembelajaran.
RPT Prasekolah disedia berdasarkan:
(i) Tunjang dalam KSPK (Semakan 2017).
(ii) Kesesuaian kelas.
(iii) Tahap perkembangan murid.
(iv) Takwim sekolah dan prasekolah.
(v) Strategi PdP yang dipilih.

Walau bagaimanapun, RPT yang disediakan boleh diubah suai mengikut keperluan,
minat dan tahap perkembangan murid. Guru perlu membuat catatan jika terdapat
perubahan pada RPT yang disediakan.

Contoh-contoh RPT Prasekolah adalah seperti dalam Jadual 11, 12 dan 13 mengikut
suku tahun dan juga pembahagian mengikut bulan dalam setahun yang sesuai bagi
melaksanakan strategi PdP dihasratkan.

Jadual 17: Rancangan Pelajaran Tahunan (Contoh 1)

Bulan Tunjang SK SP CATATAN

1) Pendekatan Bertema
Januari - Mac
2) Pendekatan Projek
1) Pendekatan
Berasaskan Projek
April - Jun
2) PdP di Pusat
Pembelajaran
1) Pendekatan Bertema
Julai – September 2) Pendekatan
Berasaskan Projek
1) Pendekatan
Berasaskan Projek
Oktober – November
2) PdP di Pusat
Pembelajaran

116
Jadual 18: Rancangan Pelajaran Tahunan (Contoh 2)

Tunjang:

Bulan SK SP Catatan

Januari - Februari Pendekatan Bertema

Mac - Mei PdP di Pusat Pembelajaran

Pendekatan Berasaskan
Jun - Julai
Projek
a) Pendekatan Bertema
Ogos – September b) PdP di Pusat
Pembelajaran
Pendekatan Berasaskan
Oktober – November
Projek

Tunjang:

Bulan SK SP Catatan

Januari - Februari Pendekatan Bertema

Mac - Mei PdP di Pusat Pembelajaran

Pendekatan Berasaskan
Jun - Julai
Projek
a) Pendekatan Bertema
Ogos – September b) PdP di Pusat
Pembelajaran
Pendekatan Berasaskan
Oktober – November
Projek

117
Jadual 19: Rancangan Pelajaran Tahunan (Contoh 3)

Bulan: Januari – Mac

Tunjang:

SK SP Catatan

Pendekatan Bertema

PdP di Pusat pembelajaran

Pendekatan Berasaskan Projek

SK SP Catatan

Pendekatan Bertema

PdP di Pusat pembelajaran

Pendekatan Berasaskan Projek

Tunjang:

SK SP Catatan

Pendekatan Bertema

PdP di Pusat pembelajaran

Pendekatan Berasaskan Projek

SK SP Catatan

Pendekatan Bertema

PdP di Pusat pembelajaran

Pendekatan Berasaskan Projek

118
3.0 Jadual Waktu

Waktu PdP bagi murid yang berumur 5+ tahun adalah sekurang-kurangnya 240 minit
sehari sehari (termasuk masa rehat), iaitu sejumlah 1,200 minit seminggu. Manakala
bagi murid yang berumur 4+ tahun adalah sekurang-kurangnya 210 minit sehari
(termasuk masa rehat), iaitu sejumlah 1,050 minit seminggu.

Bagi memastikan RPT dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dapat dilaksanakan
dengan lancar, jadual waktu yang mantap perlu disediakan. Pembinaan jadual waktu
bagi kelas prasekolah mestilah berdasarkan peruntukan waktu minimum PdP
sebagaimana yang telah ditetapkan seperti Jadual 14.

Jadual 20: Peruntukan Waktu Minimum PdP

Peruntukan Waktu Seminggu


(minit)
Bil. Bidang Pembelajaran
Bahasa Pengantar
Bahasa Pengantar
selain Bahasa
Bahasa Melayu
Melayu

1. Bahasa Melayu 60 60
2. Bahasa Inggeris 60 60
3. Bahasa Cina/ Bahasa Tamil - 60
4. Aktiviti Luar 120 120
Pendidikan Islam/
6. 120 120
Pendidikan Moral
7. Matematik Awal 40 40
8. Pembelajaran Bersepadu 800 740
Jumlah 1200 1200

Selain peruntukan waktu minimum PdP, guru prasekolah juga perlu menggambil kira
agihan waktu mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan bagi penggunaan bahasa
instruksional semasa menyusun jadual waktu. Peruntukan waktu bagi penggunaan
bahasa instruksional dinyatakan dalam Jadual 15.

119
Jadual 21: Penggunaan Bahasa Instructional

Peruntukan Waktu Seminggu (minit)


Bil. Bahasa Instruksional Bahasa Pengantar
Bahasa Pengantar
selain dari Bahasa
Bahasa Melayu
Melayu
1 Bahasa Melayu 600 400
2 Bahasa Inggeris 600 400
3 Bahasa Cina / Bahasa Tamil - 400
Jumlah 1200 1200

3.1 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral

a) Jika terdapat lima orang murid atau lebih yang beragama Islam
dalam sesebuah tadika, maka murid-murid itu hendaklah
diberikan pengajaran Pendidikan Islam oleh guru yang bertauliah,
sekurang-kurangnya 120 minit seminggu; dan
b) Jika terdapat lima orang murid atau lebih yang bukan beragama
Islam dalam sesebuah tadika, maka murid-murid itu hendaklah
diberikan pengajaran Pendidikan Moral sekurang-kurangnya 120
minit seminggu.

3.2 Aktiviti Luar

Aktiviti Luar merangkumi Aktiviti Fizikal dan Main Bebas. Peruntukan


masa untuk Aktiviti Fizikal ialah 30 minit bagi setiap sesi, 2 kali
seminggu. Manakala, peruntukan masa untuk Main Bebas ialah 20
minit bagi setiap sesi, 3 kali seminggu.

3.3 Pembelajaran Bersepadu

Pembelajaran Bersepadu merangkumi aktiviti rutin (Perbualan Awal,


Rehat dan Aktiviti Penutup) dan Aktiviti Pembelajaran seperti dalam
Rajah 15.

120
Pembelajaran Bersepadu

Aktiviti
Aktiviti Rutin
Pembelajaran

Perbualan Aktiviti
Rehat
Awal Penutup

Rajah 15: Pembelajaran Bersepadu

Agihan waktu untuk Perbualan Awal, Rehat, Aktiviti Penutup dan Aktiviti
Pembelajaran adalah seperti Jadual 22.

Jadual 22: Agihan Waktu Pembelajaran Bersepadu

Waktu Per Waktu Seminggu (Minit)


Sesi (Minit) SK SJK
a) Perbualan Awal 20 100 100
b) Rehat 30 150 150
c) Aktiviti Penutup 10 50 50
d) Aktiviti Pembelajaran 500 440
Jumlah 800 740

3.4 Perancangan dan Pembinaan Jadual Waktu Kelas

Dalam merancang penyediaan jadual waktu, perkara yang perlu


dipertimbangkan oleh guru prasekolah ialah murid, guru, persekitaran
dan sesi persekolahan. Susunan dan agihan waktu dalam jadual waktu
adalah fleksibel. Namun, guru perlu mematuhi peruntukan waktu
minimum seperti yang ditetapkan dalam KSPK (Semakan 2017).

Contoh agihan waktu dalam seminggu adalah seperti jadual 13, 15, 17,
19, 21 dan 23. Manakala contoh jadual waktu prasekolah adalah seperti
dalam Jadual 14, 16, 18, 20, 22 dan 24.
121
Guru dicadang menyediakan jadual agihan
peruntukan waktu berdasarkan waktu bahasa
instruksional yang dipilih sebelum membina
jadual waktu.

4.0 Rumusan

Siapakah yang menyediakan RPT? RPT perlu disediakan sendiri oleh guru sama ada
secara individu ataupun berkumpulan. Tujuan utama RPT disediakan ialah sebagai
panduan yang menyeluruh kepada guru dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.
Penyediaan RPT juga bertujuan untuk memastikan susunan topik-topik dalam
sesuatu mata pelajaran teratur mengikut perkembangan dan kebolehan murid.

Oleh itu, dalam menyediakan RPT, guru perlu menyusun Standard Kandungan (SK)
dan Standard Pembelajaran (SP) bagi setiap tunjang mengikut pemeringkatan tahap
kemahiran serta strategi yang dipilih. Guru juga perlu memastikan strategi PdP yang
dipilih dapat menyepadukan pelbagai disiplin ilmu supaya pembelajaran murid
berkesan, bermakna dan menyeronokkan.

Selain daripada merancang RPT, guru juga perlu menyediakan jadual waktu PdP.
Semasa menyediakan jadual waktu, guru perlu mengambil kira peruntukan waktu dan
kriteria yang telah di tetapkan. Jadual waktu ini akan dapat membantu guru
mengorganisasikan PdP dengan lebih sistematik dan berkesan.

Dengan penjelasan dan cadangan yang diberikan dalam Bab ini diharap akan
memberi idea kepada guru dalam merancang RPT dan jadual waktu. Perancangan
yang baik akan dapat memastikan pelaksanaan PdP yang berkesan dapat
dilaksanakan seperti dihasratkan.

122
Cadangan Jadual Waktu
Untuk Kelas Prasekolah Yang
Bahasa Pengantar Bahasa Melayu

123
Jadual 23a: Agihan Peruntukan Waktu Kelas Prasekolah Bahasa Pengantar Bahasa Melayu

Bahasa Instructional
Jumlah Masa
Bil Bidang Pembelajaran
(minit)
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

1 Perbualan Awal (PA) 60 40 100

2 Rehat 90 60 150

3 Penutup 20 30 50

4 Bahasa Melayu (BM) 60 - 60

5 English Language (BI) - 60 60

6 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral (PI/PM) 120 - 120

7 Matematik Awal (Mate Awal) 40 - 40

8 Aktiviti Fizikal (Fizikal) 30 30 60

9 Main Bebas 20 40 60

10 Aktiviti Pembelajaran (AP) 160 340 500

Jumlah seminggu 600 600 1200

124
Jadual 23b: Jadual Waktu Kelas Prasekolah Bahasa Pengantar Bahasa Melayu

Masa 9.40 - 10.10 - 10.50 - 11.30 - 11.50-


8.00 -8.20 8.20 - 8.50 8.50 – 9.20 9.20 -9.40-
Hari 10.10 10.50 11.30 11.50 12.00

Isnin Main
PA BM AP R PI/PM Mate Awal AP Penutup
Bebas

Selasa PA Fizikal BM AP E PI/PM AP AP Penutup

Masa 9.30 – 10.00 – 11.50 –


8.00 – 8.40 8.40 – 9.00 9.00 – 9.30 10.20 – 11.50
Hari 10.00 10.20 12.00

Rabu PI/PM PA AP H Main Bebas AP Penutup

Masa 9.40 - 10.10 - 10.30 - 11.10 - 11.50-


8.00 -8.20 8.20 - 8.50 8.50 – 9.20 9.20 -9.40-
Hari 10.10 10.30 11.10 11.50 12.00
Main
Khamis PA BI AP A AP Penutup
Bebas

Jumaat PA Fizikal BI AP T AP Penutup

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

125
Jadual 24a: Agihan Peruntukan Waktu Prasekolah Bahasa Pengantar Bahasa Melayu

Bahasa Instructional (Minit)


Bil Bidang Pembelajaran Jumlah (Minit)
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

1. Perbualan Awal (PA) - 100 100

2. Rehat - 150 150

3. Aktiviti Penutup (Penutup) 50 - 50

4. Bahasa Melayu (BM) 60 - 60

5. English Language (BI) - 60 60

6. Pendidikan Islam/Pendidikan Moral (PI/PM) 120 - 120

7 Matematik Awal (Mate. Awal) 40 - 40

8. Aktiviti Fizikal (Fizikal) - 60 60

9. Main Bebas - 60 60

10 Aktiviti Pembelajaran (AP) 330 170 500

Jumlah Seminggu 600 600 1200

126
Jadual 24b: Jadual Waktu Kelas Prasekolah Bahasa Pengantar Bahasa Melayu

Masa 9.10- 10.50-


7.30-7.50 7.50-8.10 8.10-8.40 8.40-9.10 9.40-10.20 10.20-10.50 11.20-11.30
Hari 9.40 11.20

Isnin Main R
PA AP BI AP PI/PM Penutup
Bebas
Selasa Main E
PA AP BM AP Penutup
Bebas
Masa
9.10- 10.40-
7.30-8.00 8.00-8.20 8.20-8.50 8.50-9.10 9.40-10.20 10.20-10.40 11.20-11.30
Hari 9.40 11.20

Rabu Fizikal PA BI AP H PI/PM Mate Awal Penutup


Masa
9.10- 10.40-
7.30-7.50 7.50-8.20 8.20-8.50 8.50-9.10 9.40-10.10 10.10-10.40 11.20-11.30
Hari 9.40 11.20

Khamis Main A
PA AP BM AP Penutup
Bebas
Masa
9.20- 10.40-
7.30-7.50 7.50-8.20 8.20-8.50 8.50-9.20 9.50-10.10 10.10-10.40 11.20-11.30
Hari 9.50 11.20

Jumaat PA Fizikal AP PI/PM T AP Penutup

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

127
Jadual 25a: Agihan Peruntukan Waktu Kelas Prasekolah Bahasa Pengantar Bahasa Melayu

Bahasa Instructional (Minit)


Bil Bidang Pembelajaran Jumlah (Minit)
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

1 Perbualan Awal (PA) 60 40 100

2 Rehat 90 60 150

3 Aktiviti Penutup (Penutup) 20 30 50

4 Bahasa Melayu (BM) 60 - 60

5 English Language (BI) - 60 60

6 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral (PI/PM) 120 - 120

7 Matematik Awal (Mate. Awal) 40 - 40

8 Aktiviti Fizikal (Fizikal) - 60 60

9 Main Bebas 60 - 60

10 Aktiviti Pembelajaran (AP) 150 350 500

Jumlah seminggu 600 600 1200

128
Jadual 25b: Jadual Waktu Kelas Prasekolah Bahasa Pengantar Bahasa Melayu

ISNIN SELASA RABU


7.30 – 7.50 Main Bebas 7.30 – 8.00 Fizikal 7.30 – 7.50 Main Bebas

7.50 – 8.10 Perbualan Awal 8.00 – 8.20 Perbualan Awal 7.50 – 8.10 Perbualan Awal
Aktiviti
8.10 – 9.10 Bahasa Melayu 8.20 - 9.20 8.10 – 9.10 Pendidikan Islam
Pembelajaran
9.10 – 9.40 Rehat 9.20 – 9.50 Rehat 9.10 – 9.40 Rehat
Aktiviti Aktiviti
9.40 – 10.40 Pendidikan Islam 9.50 – 11.20 9.40 – 11.20
Pembelajaran Pembelajaran
10.40 – 11.20 Matematik Awal 11.20 – 11.30 Penutup 11.20 – 11.30 Penutup
11.20 – 11.30 Penutup
KHAMIS JUMAAT
7.30 – 8.00 Fizikal 7.30 – 7.50 Main Bebas
Bahasa Melayu 8.00 – 8.20 Perbualan Awal 7.50 – 8.10 Perbualan Awal
Aktiviti
8.20 - 9.20 English Language 8.10 – 9.00
Pembelajaran
Bahasa Inggeris 9.20 – 9.50 Rehat 9.00 – 9.30 Rehat
Aktiviti Aktiviti
9.50 – 11.20 9.40 – 11.20
Pembelajaran Pembelajaran
11.20 – 11.30 Penutup 11.20 – 11.30 Penutup

129
130
Cadangan Jadual Waktu
Untuk Kelas Prasekolah
Yang Bahasa Pengantar Bukan
Bahasa Melayu

131
Jadual 26a: Agihan Peruntukan Waktu Prasekolah Bahasa Pengantar Bukan Bahasa Melayu

Bahasa Instructional
Jumlah Masa
Bil Bidang Pembelajaran
Bahasa (Minit)
Bahasa Bahasa
Cina/Bahasa
Melayu Inggeris
Tamil

1 Perbualan Awal (PA) 40 40 20 100

2 Rehat 60 60 30 150

3 Aktiviti Penutup (Penutup) 20 20 10 50

4 Bahasa Melayu (BM) 60 - - 60

5 English Language (BI) - 60 - 60

6 Bahasa Cina/Bahasa Tamil (BC/BT) - - 60 60

7 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral (PI/PM) - - 120 120

8 Matematik Awal (Mate Awal) - - 40 40

9 Aktiviti Fizikal (Fizikal) - 30 30 60

10 Main Bebas 20 20 20 60

11 Aktiviti Pembelajaran (AP) 200 190 50 440


Jumlah Seminggu 400 400 400 1200

132
Jadual 26b: Jadual Waktu Kelas Prasekolah Bahasa Pengantar Bukan Bahasa Melayu

Masa 9.40- 10.00- 10.50-


7.30-7.50 7.50-8.10 8.10-8.40 8.40-9.10 9.10-9.40 11.20-11.30
Hari 10.00 10.50 11.20

Main
Isnin PA BM AP Rehat AP Penutup
Bebas

Selasa PA AP Fizikal Rehat AP BI Penutup

Main
Rabu PA AP BI Rehat AP BM Penutup
Bebas

Masa 9.40- 10.40- 11.00-


7.30-7.50 7.50-8.10 8.10-8.40 8.40-9.10 9.10-9.40 11.20-11.30
Hari 10.40 11.00 11.20

Main Mate
Khamis PA BC/BT AP Rehat PI/PM AP Penutup
Bebas Awal

Mate
Jumaat PA Fizikal BC/BT Rehat PI/PM AP Penutup
Awal

Bahasa Cina/Bahasa Tamil


Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

133
Jadual 27a: Agihan Peruntukan Waktu Prasekolah Bahasa Pengantar Bukan Bahasa Melayu

Bahasa Instructional (Minit)


Jumlah
Bil Bidang Pembelajaran
Bahasa (Minit)
Bahasa Bahasa
Cina/Bahasa
Melayu Inggeris
Tamil

1. Perbualan Awal (PA) 40 40 20 100

2. Rehat 60 30 60 150

3. Aktiviti Penutup (Penutup) 20 30 0 50

4. Bahasa Melayu (BM) 60 - - 60

5. English Language (BI) - 60 - 60

6. Bahasa Cina/Bahasa Tamil (BC/BT) - - 60 60

7. Pendidikan Islam/Pendidikan Moral (PI/PM) - - 120 120

8. Matematik Awal (Mate Awal) - - 40 40

9. Aktiviti Fizikal (Fizikal) 0 30 30 60

10. Main Bebas 20 20 20 60


11 Aktiviti Pembelajaran (AP) 200 190 50 440

Jumlah Seminggu 400 400 400 1200

134
Jadual 27b: Jadual Waktu Kelas Prasekolah Bahasa Pengantar Bukan Bahasa Melayu

Masa 9.40- 10.00- 10.50-


7.30-7.50 7.50-8.10 8.10-8.40 8.40-9.10 9.10-9.40 11.20-11.30
Hari 10.00 10.50 11.20

Main
Isnin PA Pendidikan Moral Rehat Mate Awal AP BC/BT Penutup
Bebas

Selasa PA AP Fizikal Rehat AP Penutup

Masa
7.30-7.50 7.50-8.10 8.10-8.40 8.40-9.10 9.10-9.40 9.40-10.40 10.40-11.20 11.20-11.30
Hari

Rabu PA Mate Awal Fizikal BC/BT Rehat Pendidikan Moral AP Penutup

Main
Khamis PA BM Rehat AP Penutup
Bebas

Main
Jumaat PA BI Rehat AP Penutup
Bebas

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina/Bahasa Tamil

135
Jadual 28a: Agihan Peruntukan Waktu Prasekolah Bahasa Pengantar Bukan Bahasa Melayu

Bahasa Instructional (Minit)


Bahasa Jumlah Masa
Bil Bidang Pembelajaran Bahasa Bahasa
Cina/Bahasa (Minit)
Melayu Inggeris
Tamil
1 Perbualan Awal (PA) 40 60 - 100
2 Rehat 90 60 - 150
3 Aktiviti Penutup (Penutup) 10 - 40 50
4 Bahasa Melayu (BM) 60 - - 60
5 English Language (BI) - 60 - 60
6 Bahasa Cina/Bahasa Tamil (BC/BT) - - 60 60
7 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral (PI/PM) - - - -
8 Matematik Awal (Mate Awal) - - 40 40
9 Aktiviti Fizikal (Fizikal) 30 30 - 60
10 Main Bebas 20 40 - 60
11 Aktiviti Pembelajaran (AP) 150 150 260 560
Jumlah Seminggu 400 400 400 1200

136
Jadual 28b: Jadual Waktu Kelas Prasekolah Bahasa Pengantar Bukan Bahasa Melayu

Masa 9.10- 9.40- 10.20- 10.50-


7.30-7.50 7.50-8.10 8.10-8.40 8.40-9.10 11.20-11.30
Hari 9.40 10.20 10.50 11.20

Isnin Main
PA AP R Mate Awal AP Penutup
Bebas

Selasa Main
PA BI AP E AP BC/BT AP Penutup
Bebas
Masa
9.10- 9.40- 10.50-
7.30-7.50 7.50-8.20 8.20-8.50 8.50-9.10 10.00-10.50 11.20-11.30
Hari 9.40 10.00 11.20

Rabu PA Fizikal BI AP H AP AP AP Penutup

Masa 9.10- 9.40- 10.10- 10.40-


7.30 -7.50 7.50-8.20 8.20-8.50 8.50-9.10 11.20-11.30
Hari 9.40 10.10 10.40 11.20

Khamis Main
PA AP BM A BC/BT AP Penutup
Bebas

Jumaat PA Fizikal BM AP T AP Penutup

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina/Bahasa Tamil

137
138
Unit

8
PELIBATAN
IBU BAPA

139
140
Unit 8

Pelibatan Ibu Bapa

1.0 Pengenalan

Pelibatan ibu bapa dalam pendidikan merupakan aspek penting bermula dari
prasekolah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Istilah ibu bapa yang
digunakan dalam konteks ini merujuk kepada sesiapa sahaja yang bertanggungjawab
terhadap kebajikan anak dan terlibat secara aktif dalam pendidikannya (Sarana Ibu
bapa, KPM 2013).

Pelibatan ibu bapa dalam pendidikan mempunyai kesan yang positif kepada anak.
Kajian peringkat antarabangsa Programme for International Student Assessment
(PISA) 2009 dijalankan oleh Organisation for Economic Cooperation and
Development (OECD) menunjukkan bahawa cara ibu bapa menggunakan masa
bersama-sama dengan anak di rumah mempengaruhi kejayaannya. Oleh itu, amatlah
penting ibu bapa menilai pelibatan mereka bersama-sama dengan anak dan
mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu anak meraih kejayaan pada
masa hadapan.

Pelibatan ibu bapa bermaksud mengambil bahagian dalam aktiviti di kelas prasekolah
sama ada dalam bentuk sumbangan tenaga, kepakaran dan sumber lain yang dapat
meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan Kanak-kanak. Pelibatan ibu bapa dan
komuniti adalah digalakkan kerana ia adalah elemen penting dalam pelaksanaan
kurikulum prasekolah.

141
2.0 Faedah Pelibatan Ibu Bapa

Faedah pelibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah boleh dilihat dari tiga sudut
yang berbeza iaitu kepada murid, ibu bapa, guru dan sekolah.

• Mempunyai nilai kendiri dan motivasi yang lebih tinggi.


• Dapat berkenal mesra, bersoal jawab dengan orang dewasa
mengenai sesuatu pengalaman atau pengetahuan. Ini
kerana ibu bapa datang daripada pelbagai bidang pekerjaan.
MURID • Kesediaan murid dari segi mental dan emosi.
• Kehadiran murid ke kelas prasekolah lebih baik.
• Mempunyai sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran
dan persekolahan

• Dapat melihat tingkah laku anak di prasekolah.


• Berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi
masalah tingkah laku anak-anak.
• Dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar
kepada anak mereka selama berada di sekolah.
• Lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh
anak-anak mereka.
IBU BAPA
• Boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti
rangsangan.
• Dapat bersoal jawab dan berkongsi masalah dengan guru.
• Dapat berkongsi maklumat dengan ibu bapa yang lain.
• Lebih yakin berkaitan cara untuk membantu pembelajaran
anak-anak mereka
• Pandangan positif terhadap guru

• Semangat dan motivasi guru meningkat.


GURU • Mendapat idea dan maklum balas secara terus daripada
DAN ibu bapa.
SEKOLAH • Dapat berkongsi masalah dan bersoal jawab bagi
meningkatkan perkembangan anak-anak mereka.

Rajah 16: Faedah Pelibatan Ibu Bapa

142
3.0 Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pendidikan anak-anak sama ada
di kelas prasekolah atau di rumah.

3.1 Di Kelas Prasekolah

Pelibatan ibu bapa di kelas prasekolah boleh dilaksanakan secara


langsung dan tidak langsung. Antara pelibatan ibu bapa di kelas
prasekolah adalah seperti berikut:

(i) Menyumbangkan kepakaran atau sebagai pakar rujuk


 Berkongsi pengalaman tentang pekerjaan dan sebagainya
 Membantu dalam aktiviti pembelajaran samada di dalam atau
di luar kelas seperti membuat kek, membuat wau, menanam
pokok dan lain-lain.
 Memberi khidmat nasihat dan pakar rujuk dalam bidang
kepakaran tertentu

(ii) Memberi sumbangan dari segi kewangan, tenaga, bahan dan


alatan
 Membantu menyediakan bahan sumber
 Menambah baik bahan dan peralatan prasekolah
 Membina dan menceriakan kawasan persekitaran prasekolah
 Membantu dalam aktiviti prasekolah seperti lawatan, sukan,
graduasi dan lain-lain
 Menyumbang alat dan bahan yang bersesuaian untuk
digunakan di kelas prasekolah

3.2 Di Rumah

Ibu bapa boleh membantu meningkatkan pembelajaran anak mereka


semasa berada di rumah. Berikut adalah peranan ibu bapa dalam
membantu meningkatkan perkembangan dan pembelajaran anak-anak
di rumah:

143
(i) Menyediakan suasana pembelajaran di rumah.
(ii) Memperuntukkan masa yang mencukupi untuk anak belajar.
(iii) Membantu mengukuhkan pembelajaran yang telah dipelajari
seperti kemahiran membaca, menulis dan mengira.
(iv) Merangsang minat dan menyemai kecintaan terhadap buku
melalui aktiviti membaca bersama-sama.
(v) Menyelesaikan perkara berkaitan persekolahan bersama-sama
anak.
(vi) Menggalakkan anak bercerita tentang pengalaman di kelas
prasekolah.
(vii) Membantu anak mengamal dan mengukuhkan apa yang telah
dipelajari semasa di prasekolah.

4.0 Aktiviti-Aktiviti Yang Melibatkan Ibu Bapa

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan ialah:


(i) Perjumpaan antara pihak pentadbir, guru dan ibu bapa bagi menerangkan hal-
hal berkaitan pendidikan prasekolah dan juga membincangkan berkenaan
perkembangan anak-anak mereka berdasarkan penilaian secara berterusan
yang dijalankan oleh guru.
(ii) Kursus atau bengkel keibubapaan bagi memberi pendedahan berkaitan ilmu
keibubapaan bagi mewujudkan hubungan yang lebih harmoni antara anak dan
ibu bapa.
(iii) Berhubung melalui media komunikasi seperti telefon, emel, WhatsApp,
Facebook, Wechat dan sebagainya antara ibu bapa dan guru untuk
berbincang, memberi penerangan, menyatakan maklumat berkaitan dengan
aktiviti dan perkembangan anak-anak.
(iv) Lawatan ke kelas prasekolah untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa
tentang persekitaran dan pembelajaran di kelas prasekolah.
(v) Melibatkan ibu bapa dalam aktiviti/program prasekolah seperti:
(a) Sambutan hari lahir
(b) Berkelah

144
(c) Berkhemah
(d) Lawatan
(e) Sukan
(f) Konsert
(g) Pertandingan – Drama, bercerita, mewarna, kraftangan, melukis
(h) Pameran
(i) Hari Kanak-kanak
(j) Hari Graduasi dan sebagainya

Sukaneka yang melibatkan ibu bapa Hari Graduasi

5.0 Cabaran Dalam Pelibatan Ibu Bapa

Guru menghadapi cabaran untuk melibatkan ibu bapa di kelas prasekolah. Guru perlu
merancang aktiviti atau program dengan mengambil kira faktor-faktor yang menjadi
kekangan pelibatan ibu bapa di prasekolah.

Antara cabaran yang mungkin dihadapi dalam pelibatan ibu bapa di kelas prasekolah
ialah:
(i) Pandangan yang berbeza antara ibu bapa dan guru
(ii) Suasana kelas dan sekolah yang tidak mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan
pelawat yang lain.
(iii) Ibu bapa yang berpendidikan rendah dan kurang kemahiran keibubapaan
(iv) Kekangan masa dan kerja
(v) Bahasa dan budaya yang berbeza
(vi) Ibu bapa tidak tahu cara untuk menyumbang kepada sekolah
145
6.0 Rumusan

Permuafakatan antara guru dan ibu bapa dapat membantu dalam perkembangan dan
kemajuan murid secara berterusan. Pelibatan ibu bapa dalam kelas prasekolah
memberi kesan yang positif kepada ibu bapa, murid, dan guru. Murid akan merasakan
wujudnya kesinambungan proses pembelajaran di antara sekolah dengan rumah.
Manakala guru pula mendapat maklum balas secara terus daripada ibu bapa apabila
mereka merancang dan menjalankan sesuatu aktiviti. Ibu bapa pula akan berasa yakin
dan percaya untuk menghantar anak mereka ke kelas prasekolah. Hubungan yang
baik dan erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa akan melahirkan murid yang
seimbang dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

Mesyuarat Pewaris bersama ibu bapa Ibu bapa bekerjasama untuk menceriakan
kelas prasekolah

Lawatan ibu bapa ke kelas


prasekolah

146
RUJUKAN

American Educational Research Association, New Orleans, LA. Paper presented at


the annual conference of Archived Information. No Child Left Behind. A toolkit
for teacher. U.S Department of Education. 2004.

Armstrong, T. (1994). Multiple intelligences in the classroom. Alexandria, VA:


Association for Supervision and Curriculum Development.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010). Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan Pembelajaran Yang Menyeronokkan dan Bermakna: Modul
Pentaksiran Perkembangan Murid di Prasekolah. Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010). Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan Pembelajaran Yang Menyeronokkan dan Bermakna: Modul
Aktiviti Luar. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Panduan Pengajaran dan Pembelajaran


Inkuiri. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia (Edaran Terhad)

Baseemah Jumu’ah. (2009). The Effect of Parental Involvement On Student


Achievement At Hillside High School Twilight Academy. University of Phoenix.

Bredekamp, S., & C. Copple, eds. 1997. Developmentally Appropriate Practice In


Early Childhood Programs. Rev ed. Washington, DC: NAEYC.

Evelyn A. Petersen. (2003). A Practical Guide To Early Childhood Curriculum: Linking


Thematic, Emergent, And Skill Base Planning To Children’s Outcomes. (2nd
Ed.). Pearson Education, Inc.

Kraus, R. (1990). Recreation and leisure in modern society, fourth edition. New York,
NY: HarperCollins College.

Laporan Awal – Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025. (2012). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

NAEYC & NAECS/SDE (National Association of Early Childhood Specialists in State


Departments of Education). (2003). Early Childhood Curriculum, Assessment,
And Program Evaluation: Building An Effective, Accountable System In
Programs For Children Birth Through Age 8. Joint Position Statement.
Washington, DC: NAEYC. Retrieved August 29, 2016:
www.naeyc.org/about/positions/pdf/CAPEexpand.pdf.

147
RUJUKAN

Early Childhood Specialists in State Departments of Education. (1990). Guidelines


For Appropriate Curriculum Content And Assessment In Programs
Serving Children Ages 3 Through 8 (NAEYC Position Statement). Retrieved on
August 31, 2016, from:
http://www.naeyc.org/resources/position_statements/psc uras.htm

National Institute for Early Education Research (NIEER). (2006). Early Literacy: Policy
And Practice In The Preschool Years. Retrieved August 3, 2016, from
www.readingrockets.org/article/11375?theme=print

National Preschool Curriculum (2003). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kuala


Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

National Preschool Curriculum (2009). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kuala


Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Noble, K. (2007). Parent Choice Of Early Childhood Education And Care Services
Australian Journal of Early Childhood 32(2), 51-57.

Pusat Pembangunan Kurikulum. (2001). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur:


Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pusat Pembangunan Kurikulum. (2001). Kit Program Transisi (Edisi Kedua). Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pusat Pembangunan Kurikulum. (2001). Pembelajaran Masteri. Kuala Lumpur:


Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pusat Pembangunan Kurikulum. (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivismei.


Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pusat Pembangunan Kurikulum. (2001). Pembelajaran Secara Kontektual. Kuala


Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Reaney, L. M., Denton, K. L., & West, J. (2002, April). Enriching Environments:
Reudene, W. (2000). Understanding The Preschooler. Boston: Peter Lang
Publishing.

Sandall, S.R., M.L. Hemmeter, B.J. Smith, & M.E. McLean. 2005. DEC Recommended
Practices: A Comprehensive Guide. Longmont, CO: Sopris West.

148
RUJUKAN

Sheila W. Valencia. (2002). Understanding Assessment: Putting Together the Puzzle.


University Of Washington, Seattle. Houghton Mifflin Company.

Shim, Hestenes, & Cassidy, (2004). Teacher Structure And Childcare Quality In
Preschool Classroom. Journal of Research in Childhood Education. 19(2).

Shipley, D. (2008). Empowering children. Play Based Curriculum For Lifelong


Learning. (Fourth Edn). USA: Nelson Education.

Singer, J.L. & Lythcott, M.A. (2004). Fostering school achievement and creativity
through sociodramatic play in the classroom. In E. F. Zigler, D.G. Singer & S.
J. Bishop-Joseph (Eds.) Children’s play: The roots of reading, pp. 77-93.
Washington DC: Zero to Three Press.

The Relationship Of Home Educational Activities, Extracurricular Activities And


Community Resources To Kindergartners' Cognitive Performance. Paper
Presented At The Annual Conference Of The American Educational Research
Association, New Orleans, LA.

Van Horn, J., Nourot, P. M., Scales, B., & Alward, K. R. (1993). Play At The Center Of
The Curriculum. New York: Merrill.

Wortham S. C. (2008). Assessment in Early Childhood Education (5th Ed.). Pearson


Education, Inc.

Yan, W., & Lin, Q. (2002). Parent Involvement And Children's Achievement: Race

149
150
PANEL PENULIS

1. Norashikin binti Hashim Bahagian Pembangunan Kurikulum


2. Harlina binti Mohamad Bahagian Pembangunan Kurikulum
3. Regina Joseph Cyril Bahagian Pembangunan Kurikulum
4. Hor Lee Lan Bahagian Pembangunan Kurikulum
5. Zaharah binti Ismail Ali Bahagian Pembangunan Kurikulum
6. Mohd. Azahar bin Madar Bahagian Pembangunan Kurikulum
7. Tajul Effandy bin Hassan Bahagian Pembangunan Kurikulum
8. Nani Mastina binti Abdul Hadi Bahagian Pembangunan Kurikulum
9. Mohd. Hariz bin Che Hamid Bahagian Pembangunan Kurikulum
10. Norliyana binti Nordin Bahagian Pembangunan Kurikulum
11. Nor Amilia binti Amerudin Bahagian Pembangunan Kurikulum
12. Rohani binti Abdul Bahagian Pembangunan Kurikulum
13. Rusni binti Che Adnan Bahagian Pembangunan Kurikulum
14. Noraini binti Hasbullah Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
15. Ahmad Syar’e bin Yusof Bahagian Pendidikan Guru
16. Dr Norliah binti Kasim IPG Kampus Pendidikan Islam
17. Dr. Mohamed Ayob bin Sukani IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
18. Norlela binti Ali IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
19. Normasura binti Jani IPGK Perempuan Melayu
20. Azilawati bt. Abu Bakar Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
21. Daniel Sayom Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
22. Nani binti Menon Universiti Putra Malaysia
23. Zatil Hidayah binti Haji Hamizi Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-
kanak Negara (NCDRC), Universiti
Pendidikan Sultan Idris
24. Mimi Baijura binti Mohd Yusuff Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-
kanak Negara (NCDRC), Universiti
Pendidikan Sultan Idris
25. Ainalita Zazni binti Adnan SK Seri Bonus, Kuala Lumpur
26. Devi a/p Devaraj SJKT Sentul, Kuala Lumpur
27. Hazwani binti Othman SK Taman Paroi Jaya, Negeri Sembilan
28. Marlina binti Mohamed SK Putrajaya Presint 17(1), Putrajaya
29. Noraini Abd. Rashid SK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya
30. Sia Soh Guad SK Batu Unjur, Selangor

151
PANEL PENULIS

31. Siti Zuhana binti Sungip SK Bandar Banting, Selangor


32. Soh Lih Ru SK Puteri Pandan, Kuala Lumpur
33. Tiong Mang Ching SK Seri Mega, Taman O.U, Kuala Lumpur
34. Vimaladevi a/p Maniam SJKT Persiaran Raja Muda Musa, Selangor
35. Wong Bee Yin SJKC Jinjang Utara, Kuala Lumpur
36. Wong Ming Tsuey SJKC Tun Tan Cheng Lock, Subang Jaya,
Selangor
37. Wong Shok Chee SJKC Chung Kwo, Kuala Lumpur
38. Zaida binti Hashim @ Abdullah SK Putrajaya Presint 16(1)
39. Dr. Putri Afzan Maria binti Zulkifli Pusat Pembangunan Minda Kanak-kanak
Kinderkaizen
40. Nurul Najmi binti Mohd Haniffah Pusat Pembangunan Minda Kanak-kanak
Kinderkaizen
41. Oh Yean Choo Institute CECE, Kuala Lumpur
42. Cheah Eng Khoon Tadika Talento, Klang, Selangor
43. Low Pooi Yin Tadika Seri Soka, Cheras, Selangor
44. Annie Cheong Poh Kim Tadika Seri Soka, Cheras, Selangor
45. Ten Suh Yeen Pusat Jagaan Kanak-kanak Oasis, Klang

152
153
http://bpk.moe.gov.my
154

You might also like