You are on page 1of 25

Penghargaan

Dengan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan


terima kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya
menyiapkan kerja kursus saya.Pertama sekali,saya ingin merakamkan setingi-tinggi
penghargaaan dan ribuan terima kasih kepada pensyarah kursus Puan Aziah Binti
Mohd Jesan kerana beliau banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada
saya .

Selain itu,ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa
yang saya hormati selama-lamanya.Mereka sentiasa memberikan dorongan dan
sokongan yang sepenuhnya dalam proses saya menyiapkan kerja kursus saya.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka kerana membantu saya
daripada segi kewangan.

Di samping itu,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan


seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnkan kerja
kursus masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio
amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup berkongsi maklumat dengan saya tidak
akan saya lupai.

Akhir sekali, terima kasih kepada pihak yang telah membantu saya secara
langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan

1
DAFTAR KANDUNGAN
PRKARA MUKA
SURAT
Penghargaan 1

Daftar Kandungan 2

1.0 Esei 1 3-13


-Pengenalan Esei 1
-Penulisan Esei 1
-Kesimpulan Esei 1
-Bibliografi Esei 1
- Lampiran Esei 1

2.0 Esei 2 14-25


-Pengenalan Esei 2
-Penulisan Esei 2
-Kesimpulan Esei 2
-Bibliografi Esei 2
- Lampiran Esei 2

2
Pengenalan Esei 1

Secara umumnya, perkataan ‘’santun’’ bermaksud halus dari segi budi bahasa,
beradab dan sopan. Selain itu, perkataan santun juga dapat dikaitan dengan gerak
geri atau perilaku dan bahasa yang digunakan oleh seseorang dalam komunikasi.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesantunan merujuk kepada perihal ( sifat dan
sebagainya ) santun, kesopanan, kehalusan ( budi bahasa atau budi pekerti).
Sebenarnya,dimensi yang berbeza tentang konsep ksantunan telah mewujudkan
pelbagai teori dan takrifan daripada tokoh-tokoh tempatan dan dunia.

Awang Sariyan (2007) dalam Faridah memberikan definasi kesantunan sebagai


penggunaan bahasa yang sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia, dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Menurut
Hamka (2002) pula, kesantunan merujuk kepada adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terlelak pada wajah dan pakaian seseorang. Selain itu, Indirawati Zahid (2012)
dalam Faridah pula mempunyai pandangan yang lebih mendalam tentang konsep
kesantunan. Menurut beliau, kesantunan melibatkan pengguna dan konteks, iaitu
pengguna ialah penutur dan pendengar, manakala konteks ialah situasi
berlangsungnya sesuatu aktiviti antara ahli masyarakat.

Seterusnya,tokoh-tokoh barat juga memberikan takrifan mengenai kesantunan.


J.Ferguson dan Das Gupta (1968) dalam Faridah menyatakan bahawa kesantunan
berlaku apabila penutur dan pendengar mengikuti semua peraturan dalam perbualan.
Takrif lain tentang kesantunan turut dikemukakan oleh Lakoff (1977) dalam Faridah,
iaitu perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi, manakala
Fraser dan Nolan (1981) dalam Faridah mendefinisikannya sebagai usaha
mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik.

3
1.0 Penulisan Esei 1

Selepas mengamati lirik lagu Datuk Siti Nurhaliza yang bertajuk’’ Budi Bahasa
Budaya Kita’’, terdapat pelbagai nilai-nilai murni yang dapat dikesan. Sebagai contoh,
berhemah tinggi, ramah mesra, bertimbang rasa dan hormat menghormati. Semua
nilai murni ini merupakan ciri-ciri kesantunan budi bahasa seseorang dalam kehidupan.
Jelasnya bahawa amalan budi bahasa dan kesantunan memainkan peranan yang
penting kerana amalan ini mampa mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama
di nagara kita yang berbilang kaum. Persoalannya, sejauh manakah generani muda
di Malaysia masih lagi mempunyai serta mengamalkan nilai-nilai kesantunan budi
bahasa terpuji seperti yang terdapat dalam lirik lagu tersebut. Tidak dapat dinafikan
bahawa nilai kesantunan ini hanya wujud di sesetengah masyarakat malah nilai ini
semakin luntur dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam golongan remaja.
Antara bukti yang menunjukkan bahawa amalan budi bahasa semakin luntur dalam
kalangan remaja termasuklah :

(a) Golongan remaja mengamalkan sikap individualistik

Menurut Zakaria Stapa (2012), masalah yang paling utama dalam golongan remaja
sekarang adalah mereka terlalu mementingkan diri sendiri. Sikap individualistik
bermasud seseorang yang kurang berkomunikasi antara satu orang dengan individu
lain yang ada di sekitarnya. Remaja yang mangamalkan sikap ini akan mengurangkan
kepedulian terhadap kepentingan orang lain. Sebagai contoh, remaja zaman
sekarang hanya akan rapat dengan puak sendiri sahaja. Mereka tidak akan
mengambil berat tentang orang lain dan mereka juga mendiskriminasikan orang lain
dari segi jantina, agama dan bangsa. Masalah ini menunjukkan ketiadaan nilai
kesantunan dalam remaja dan telah menjadi sebuah halangan untuk mewujudkan
perpaduan dalam negara kita yang berbilang kaum.

4
(b) Golongan remaja menggunakan bahasa yang kurang sopan dan halus dengan

orang lain

Terdapat golongan remaja yang menggunkan bahasa yang tidak sopan dalam
perbualan kehidupan mereka terhadap ibu bapa, rakan-rakan ataupun guru-guru di
sekolah. Hal ini demikian kerana golongan tersebut gagal mengamalkan nilai-nilai
hormat dalam berbahasa. Secara langsungnya imej dan maruah seseorang itu akan
terjejas dan dipandang rendah oleh orang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana
golongan ini tidak mengamalkan nilai kesantunan dalam kehidupan mereka. Mereka
tidak menggunakan bahasa atau intonasi yang sesuai dengan situasi, topik
perbincangan, dan hubungan penutur-pendengar (Samsudin A. Rahim 1994).

Gambar 1 : Seorang pelajar sedang memarahi seorang guru di sekolah

5
(c) Golongan remaja merosakkan harta benda sekolah dan harta benda awam

Terdapat banyak perkhidmatan yang telah dirosakkan di sekolah oleh pelajar


seperti meja-meja, kerusi-kerusi, tandas, dan sebagainya. Golongan remaja ini hanya
mementingkan keseronokkan diri sendiri dan tiada langsung nilai kesantunan dan budi
bahasa dalam diri sendiri. Mereka akan merosakkan benda-benda di sekolah dan
merosakkan benda awam seperti kewudahan di padang , tandas awam dan telefon
bimbit awam (Dr.Faridah binti Nazir et al, 2015).

Gambar 2 : Contoh kerusi-kerusi yang telah dirosakkan oleh pelajar di sekolah

(d) Golongan remaja tidak mematuhi undang-undang di jalan raya

Golongan remaja yang tidak berbudi bahasa ini tidak bertimbang rasa di jalan
raya dan menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku. Mereka hanya mementingkan
diri sendiri sahaja dan tidak bertimbang rasa. Terdapat juga mereka yang terlibat
dalam kes mat rempit dan kebanyakkan mereka adalah tiada mempunyai lesen
memandu yang sah. Kebelakangan ini kita sering mendapati bahawa kes kemalangan
jalan raya yang melibatkan golongan remaja semakin bertambah di negara kita. Hal
ini disebabkan oleh sikap remaja sendiri yang tidak berbudi bahasa dan tidak
mengamalkan nilai kesantunan (Radin Umar Radin Sohadi ,2012 ).

6
Gambar 3 : Seorang pelajar yang melibatkan diri dalam isu mat rempit

(e) Golongan remaja terlibat dalam kes pembuangan bayi

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kes-kes pembuangan bayi yang


melibatkan golongan remaja sering dipapar di surat khabar. Masalah ini semakin
serius di negara kita. Mereka tidak berfikir secara rasional sebelum melakukan
sesuatu perkara dan telah menjatuhkan maruah sendiri dan ahli keluarga. Mereka
hanya cendurung dengan keseronokkan diri sendiri sahaja dan tidak penah
memikirkan tentang perasaan ahli keluarga mereka dan kesan terhadap masalah ini.
Sebagai contoh, surat khabar Utusan Malaysia sering memaparkan isu tersebut.

Gambar 4 : Isu pembuangan bayi dalam Utusan Malaysia

7
Gambar 5: Isu pembuangan bayi dalam Utusan Malaysia

(d) Golongan remaja tidak mengambil berat tentang isu alam sekitar

Menurut Mohd Dahlan A. Malek (2010), terdapat remaja yang memandang


enteng terhadap isu alam sekitar dan menolak untuk memikul tanggungjawab untuk
memulihara dan menjaga alam sekitar.Antara contoh perlakuan yang tidak berbuli
bahasa yang akan dilakukan oleh mereka adalah melakukan pembakaran terbuka,
membuang sampah di merata rata tempat, mencemarkan sungai dan sebagainya

8
Antara langkah untuk mengatasi masalah ini termasuklah ibu bapa memainkan
peranan penting dalam menyemai kesedaran tentang pentingnya kehidupan
bersantun. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama-sama anak-anak untuk
mengetahui dan memahami masalah mereka. Ibu bapa juga perlu menjadi idola
kepada anak-anak dengan mengamalkan nilai kesantunan dalam kehidupan seharian.
Seterusnya, guru dapat melahirkan golongan remaja yang mengamalkan nilai
kesantunan melalui pendidikan. Guru-guru membantu pelajar mengembangkan daya
berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan masalah. Tugas seorang guru
termasuklah menerapkan unsur-unsur nilai kesantunan yang tinggi terhadap pelajar.
Sementara itu, media massa juga dapat melahirkan golongan remaja yang berbudi
bahasa. Media massa haruslah menggurangkan unsur-unsur yang negatif seperti
penggunaan bahasa pasar,kasar dan lucah. Sebaliknya, media massa perlu
menggunakan bahasa yang baik dan halus yang mengutamakan nilai kesantunan
dalam karya-karya media massa. Di samping itu, peranan masyarakat juga penting
dalam melahirkan golongan remaja yang berbudi bahasa. Masyarakat perlu
mengamalkan sikap penyayang dalam kehidupan sehari-hari. Masyarakat juga perlu
prihatin dan berani memberikan teguran terhadap perkara yang berlaku di
persekitaran mereka. Akhir sekali, kerajaan perlu memperkasa penguatkuasaan
undang-undang. Hal ini demikian kerana undang-undang yang sedia ada tidak dapat
mengatasi isu gejala sosial yang berlaku di Malaysia. Hukuman dan dendaan yang
lebih efektif perlu diambil agar mampu mengurangkan masalah ini .

Kesimpulan Esei 1

Tidak dapat dinafikan bahawa nilai kesantunan ini sudah mula luntur dalam
kalangan remaja. Hal ini kerana mereka melakukan pelbagai masalah yang tidak
berbudi bahasa. Sebagai contoh,mengamalkan sikap individualistik, biadab dengan
ahli keluarga dan melibatkan diri dalam isu gejala sosial. Oleh demikian, peranan
pelbagai pihak seharusnya mengambil berat tentang masalah ini agar masalah ini
dapat dikurangkan ke tahap yang paling minimum. Nilai kesantunan memang penting
dalam mewujudkan suasana yang aman dan sejahtera terutamanya dalam Malaysia
yang berbilang kaum.

9
Bibliografi Esei 1

Buku

Aj"llnuodin, (1989). Kajian kerap berlaku kemalangan jalan raya, Km35-km41 l

alan Raya Ipoh-Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Majlis Keselamatan Jalan Raya.

Faridah binti Nazir et al, (2015). Kesantunan masyarakat Malaysia. Selangor:

Metrobay Industry sdn.bhd

Mohd. Ashraf Ibrahim et al. (2015). Cabaran dan isu semasa dunia. Selangor:

Gains print sdn. Bhd

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Polis Diraja Malaysia.(2012). Laporan perangkaan kemalangan jalan raya
Malaysia 1988. Kuala Lumpur.

Samsudin A. Rahim (1994). Tingkah Laku Lepak Di Kalangan Remaja. Kuala


Lumpur. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Jurnal
Radin Umar Radin Sohadi (2012). Jurnal Universiti Pertanian Malaysia; Kemalangan

jalan raya di Malaysia. 1-27

Mohd Dahlan A. Malek (2010). Jurnal Universiti Malaysia Sabah; Jenayah dan

masalah sosial di kalangan remaja; cabaran dan reality dunia siber. 1-18

Zakaria Stapa (2012). Jurnal Universiti Kebangsaan Malaysia; Faktor persekitaran

sosial dan hubungan dengan pembentukan jati diri . 1-18

10
Internet

Social Networking Watch. (2010). “Malaysia the Most SN Active Country.”

http://www.socialnetworkingwatch.com/2010/04/malaysia-the-most-sn-active-

country.htm (22 Februari 2012).

Stalking and domestic violence report to Congress. (2001). New York: U.S Department

of Justice. https://www.ncjrs.gov/pdffiles1/ojp/186157.pdf (22 Februari 2012).

Syahrir Mat Ali & Fatin Hasnan. (2012). Kesan aplikasi rangkaian sosial terhadap

pengguna Internet. www.cybersecurity.my/data/content_files/13/615.pdf (22

Februari 2012).

11
Lampiran Esei 1

Bahan Bercetak 1

12
Bahan Bercetak 2

13
Pengenalan Esei 2
Secara umumnya, kesantunan dalam penulisan wujud dalam komunikasi bertulis
sama ada secara formal atau tidak formal. Menurut Don Bryne (1979), komunikasi
bertulis bermaksud proses merakam atau menghasilkan sesuatu pendapat, buah
fikiran, idea, pengalaman, perasaan atau maklumat dalam bentuk tulisan atau grafik
untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri. Menurut James Lin Tzy Lun dan
Keoh Hui Min (2013), ciri-ciri kesantunan penulisan termasuklah bahasa gamatis, diksi
sesuai, format yang tepat dan kesedaran khalayak. Jenis-jenis komunikasi bertulis
sama ada formal atau tidak formal sangat mementingkan kesantunan penulisan.
Antara jenis komunikasi bertulis formal termasuklah minit mesyuarat, karangan,
laporan dan sebagainya manakala komunikasi tidak formal termasuklah perbualan di
laman sesawang seperti Whatapp, Twitter, Instagram, Facebook dan sebagainya.

14
2.0 Penulisan Esei 2
Dalam keghairahan mencari dan berkongsi maklumat sesuatu berita seperti
musibah, kegembiraan, kesedihan yang melanda dunia hari ini, kita tidak dapat
menafikan tentang pentingnya kesantunan masyarakat kita dalam menangani isu
tersebut. Komen-komen yang melampau dalam media baharu ini termasuklah dalam
bentuk fitnah, pergaduhan, bahasa kesat dan sebagainya. Pada zaman sekarang,
masyarakat gemar meluahkan perasaan atau buah fikiran mereka dengan menulis
komen-komen di lawan sesawang dan kebanyakkan mereka tidak menpenulikan
kesantunan dalam penulisan mereka.

Gambar 1 : Contoh ketidaksantunan dalam penulisan di laman sesawang

15
2.1 Mendedahkan pendidikan kesedaran tentang masalah ini kepada pelajar-pelajar

Sebagai seorang bakal guru, terdapat beberapa cara yang harus diambil untuk
menangani komen-komen melampau dalam media sosial agar dapat mewujudkan
budaya kesantunan masyarakat Malaysia yang harmonis dan bermoral tinggi. Antara
cara yang harus diambil termasuklah mendedahkan pendidikan kesedaran tentang
masalah ini kepada pelajar-pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak
dapat membezakan baik buruk isu ini dan hanya mengikut jejak langkah orang lain
untuk menulis komen melampau. Oleh itu, sebagai guru yang prihatin, kita perlu
menjelaskan kesan komen melampau dan cara yang betul dalam penulisan laman
sesawang. Seorang guru juga perlu menjelaskan kesalahan penulisan negatif dalam
laman sosial dan pesalah itu akan dikenakan hukuman. Sejak tahun 2006, kerajaan
telah menubuhkan Institut Kerjasama Pelbagai Hala Antarabangsa Memerangi
Keganasan Siber ( IMPACT ). IMPACT telah disokong oleh banyak negara asing
seperti Rusia, Jepun, Amerika Syarikat. Hal ini membolehkan kerajaan di seluruh
dunia untuk bertukar maklumat bagi mengatasi masalah siber di peringkat global.

Gambar 2 : Contoh kempen kesedaran mengenai masalah siber

16
2.2 Menggalakkan murid-murid bersukan

Menurut Menteri Belia dan Sukan, YB. Encik Khairy Jamaluddin, aktiviti bersukan
sememangnya membawa banyak kebaikan kepada kehidupan kita. Untuk mengatasi
masalah ini, guru boleh menggalakkan murid-murid meluangkan masa lapang dengan
aktiviti yang berfaedah seperti bersukan agar menghindarkan diri untuk menjadi
hamba kepada laman sosial. Melalui cara ini, seseorang murid dapat menjalankan
aktiviti berorientasikan kecergasan fizikal berupaya menyalurkan caj-caj positif dlam
diri mereka. Aktiviti seperti jogging, berenang dan berbasikal mampu meredakan
keserabutan fikiran mereka. Dengan ini, remaja akan memperoleh minda yang cergas
dan meluangkan masa lapang dengan lebih berfaedah. Secara tidak langsungnya,
masalah komen-komen melampau dapat dikurangkan.

Gambar 3 : Contoh aktiviti sukan yang boleh dijalani oleh pelajar-pelajar

17
2.3 Guru sentiasa sedia membantu pelajar

Terdapat sesetengah pelajar yang menghadapi masalah akan menjadi stres dan
laman sosial memainkan peranan sebagai landasan meluahkan perasaan dan
kemarahan mereka. Oleh itu, untuk mengurangkan komen-komen melampau kita
seharusnya membantu pelajar mengatasi masalah mereka supaya isu komen
melampau dapat diatasi. Sebagai contoh, terdapat pergaduhan antara pelajar dengan
rakannya yang berlangsung di laman sesawang. Perkara ini akan memberikan
peluang kepada semua orang untuk menyaksikan pergaduhan mereka dan perkara
ini telah menjatuhkan maruah diri sendiri dan pihak sekolah.Kesimpulannya, seorang
guru perlu mencari cara yang paling efektif untuk membantu pelajar menyelesaikan
masalah dan mengurangkan pergaduhan yang wujud dalam laman sesawang. Jadi,
guru hendaklah mencari suatu masa yang sesuai untuk berjumpa dengan pelajar jika
mendapati ada pelajar yang terlibat dalam isu ini. Guru juga harus sentiasa memahami
masalah pelajar dan prihatin terhadap mereka.

Gambar 4: Contoh seorang guru yang sedang membimbing dan membantu pelajarnya

18
2.4 Menggalakkan pelajar mengamalkan amalan menulis

Untuk mengatasi kemelut siber ini, guru patut menggalakkan pelajar


mengamalkan amalan menulis. Guru seharusnya mencadangkan pelajar-pelajar
meluahkan fikiran mereka dengan penulisan dalam kertas dan bukannya menulis
dalam media massa. Dengan cara ini, pelajar berpeluang menulis masalah atau buah
fikiran mereka dalam diari peribadi, cerpen atau puisi. Format penulisan adalah bebas
sebab tujuan kaedah ini menjadi medan kepada pelajar untuk melepaskan tekanan
dan membantu menyembuhkan emosi mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa cara ini
dapat mengurangkan masalah komen melampau sebab segala penulisan yang positif
atau negatif hanya akan wujud dalam buku-buku pelajar sahaja.Setelah siap menulis
masalah mereka, pelajar boleh memilih sama ada hendak berkongsi dengan guru atau
tidak. Jika seseorang murid hendak berkongsi dengan guru, maka guru hendaklah
mencari cara penyelesaian masalah yang paling terampil untuk murid tersebut. Cara
ini juga dapat meningkatkan kemahiran menulis pelajar.

Gambar 5: Contoh guru menggalakkan amalan menulis terhadap pelajar di sekolah

19
2.5 Menitikberatkan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK)

Salah satu cara untuk menangani masalah komen melampau bahawa guru perlu
menitikberatkan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) di
sekolah rendah dan menengah. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakkan guru
di sekolah menganggap mata pelajaran ini adalah mata pelajaran sampingan sahaja
yang tidak termasuk dalam peperiksaan awam. Jadi, guru-guru menggunakan masa
waktu PSK sebagai gentian kepada mata pelajaran teras lain kerana menganggap
mata pelajaran PSK tidak begitu penting. Sebenarnya, mata pelajaran PSK
merupakan langkah ke arah membentuk sahsiah murid yang mulia dan berbudi
bahasa. Melalui subjek ini, murid-murid dapat memupuk pelbagai nilai-nilai murni
dalam diri sendiri. Melalui subjek ini, seseorang individu berupaya menyelesaikan
masalah yang dihadapi dengan cara yang berkesan tanpa unsur-unsur ganas dalam
media massa. Jelasnya, guru-guru dan pelajar tidak seharusnya memandang enteng
kepada subjek sampingan ini malah mereka perlu menitikberatkan subjek ini dan
belajar dengan bersungguh-sungguh.

Gambar 6 : Contoh tajuk Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

20
Kesimpulan Esei 2
Kesimpulannya, sebagai bakal guru kita tidak boleh memandang rendah kepada
isu-isu komen melampau dalam alam maya. Masalah ini perlu diatasi dan dikurangkan
kepada tahap yang paling minimum agar dapat melahirkan sebuah negara yang
berbudi bahasa dan mewujudkan budaya bersantun masyarakat Malaysia yang
bermoral tinggi. Selepas mengkaji isu ini, saya telah mendapati bahawa terdapat
beberapa cara untuk mengatasi isu ini. Sebagai bakal guru, kita perlu mendedahkan
pendidikan kesedaran tentang masalah ini kepada pelajar-pelajar. Seterrusnya, guru
perlu menggalakkan murid-murid meluangkan masa lapang dengan aktiviti yang
berfaedah seperti bersukan . Tambahan pula, guru perlu sentiasa mengambil berat
tentang masalah pelajar dan sedia membantu mereka. Seterusnya, guru hendaklah
mencadangkan pelajar-pelajar meluahkan fikiran mereka dengan penulisan dalam
kertas dan bukannya menulis dalam media massa. Akhir sekali, kita perlu
menitikberatkan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) di
sekolah rendah dan menengah.

21
Bibliografi Esei 2

Buku

Faridah binti Nazir et al, (2015). Kesantunan masyarakat Malaysia. Selangor:

Metrobay Industry sdn.bhd

Hashim Othman. (2003). Kemahiran menulis : perspektif komunikatif. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Ashraf Ibrahim et al. (2015). Cabaran dan isu semasa dunia. Selangor:

Gains print sdn. Bhd

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zainal Abidin Safarwan (1995). Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Zaiton Hamim. (2004). “The legal response to computer misuse in Malaysia: The
Computer Crimes Act 1997”. dalam UiTM Law Review. Jilid 2, h 210-234.

Jurnal

Asiah Bidin (2015). Jurnal Islam dan masyarakat kontemperari; Intipan siber;

jenayah baru dalam masyarakat kontemporari. 1-14

Mohd Dahlan A. Malek (2010). Jurnal Universiti Malaysia Sabah; Jenayah dan

masalah sosial di kalangan remaja; cabaran dan reality dunia siber. 1-18

Mohd Samri bin Mohd Noor (2006). Jurnal Universiti Teknologi Malaysia;

penglibatan mahasisiwa secara aktif dalam bidang sukan. 1-6

Internet

Bocij, P. (2002). “Corporate cyberstalking: An invitation to build theory.” dalam First

Monday. http://firstmonday.org/ojs/index.php/fm/article/view/1002/923

(27 Julai 2015).

22
CyberSecurity Malaysia. (2015). Selasa 2 Jun. Siaran akhbar: Cybersecurity

Malaysia sebuah agensi teknikal keselamatan siber bantu organisasi

penguatkuasa undang-undang

http://www.cybersecurity.my/data/content_files/44/1493.pdf?.diff=1422844505

(27 Julai 2015).

“Cyberstalking: A new challenge for law enforcement and industry: A report from

the attorney general to the vice president.” New York: US Department of Justice.

http://www.cyberrights.org/documents/cyberstalkingreport.htm

(26 Februari 2012).

23
Lampiran Esei 2

Bahan Bercetak 1

24
Bahan bercetak 2

25

You might also like