You are on page 1of 12

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR


DAERAH TITIWANGSA

LENCANA WAJIB
AHLI RENANG
Panduan Keselamatan Semasa Berada
Di Dalam Air

Peralatan Asas Renang

Kemahiran Asas Di Dalam Air

Kemahiran Asas Renang

Cara Pengendalian Jaket Keselamatan

Teknik Renang

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Panduan Keselamatan
Semasa Berada Di Dalam Air
Sentiasa ambil tahu tentang tempat anda akan
1 berenang.
Ketahui kedalaman kolam renang di setiap sudut
kolam kerana kedalaman antara dua hujung kolam
mungkin berbeza.

Sentiasa gunakan pelampung jika anda tidak mahir


2 atau tidak pandai berenang.

Berenanglah berdekatan dengan orang dewasa


3 untuk membantu sekiranya berlaku sebarang
kecemasan terutamanya jika anda tidak mahir atau
tidak pandai berenang. Kolam renang biasanya ada
anggota penyelamat. Dapatkan perhatian anggota
penyelamat supaya mereka sedar kehadiran anda di
kolam renang.

Berenang secara berpasangan/berkumpulan.


4 Sekiranya berlaku kecemasan, kawan atau teman anda
boleh memberi bantuan dan mendapatkan
pertolongan.

Gunakan tangga untuk masuk ke dalam kolam


5 renang. Jangan lompat. Tersilap membuat anggaran
tentang kedalaman kolam renang boleh
menyebabkan kecederaan. Jika di sungai atau laut,
mungkin terdapat batu besar di dasar air sehingga
boleh menyebabkan kecederaan.

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Panduan Keselamatan
Semasa Berada Di Dalam Air
Ketahui kemampuan diri sendiri. Jangan berenang
6 terlalu lama kerana boleh menyebabkan keletihan
atau mengalami kekejangan otot. Sekiranya tidak
mahir berenang, berenanglah di kawasan yang
dasarnya masih boleh disentuh dengan kaki.

Pelajari kemahiran pertolongan cemas


7 Pihak swasta atau bukan kerajaan ada menganjurkan
bengkel pertolongan cemas. Kemahiran yang
dipelajari mungkin dapat menyelamatkan nyawa.

Menyelam
8 Kecederaan boleh berlaku pada leher semasa
menyelam jika tidak cekap mengagak kedalaman.
Keadaan ini boleh menyebabkan penyelam lumpuh
atau boleh menyebabkan kematian.

Perhatikan keadaan cahaya matahari. Sinar matahari


9 yang terpantul dari air boleh menyebabkan kulit
terbakar. Gunakan losyen pelindung matahari, kaca
mata hitam dan pakaian pelindung sebelum
memasuki air.

Kerap minum air. Walaupun berada di dalam air,


10 dehidrasi mudah berlaku apabila berada bawah
panas terik matahari.

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Panduan Keselamatan
Semasa Berada Di Dalam Air
Elakkan mengunyah, makan atau minum sambil
11 berenang. Ia boleh menyebabkan seseorang itu
tercekik

Elakkan minum minuman beralkahol dan berenang.


12 Ia adalah satu kombinasi yang berisiko dan boleh
membahayakan.

Jaga kebersihan di tempat anda berenang.


13
Berenang di kawasan yang selamat.
14 Ketahui kedalaman air di setiap sudut kolam kerana
kedalaman antara dua hujung kolam mungkin
berbeza.

Ketahui tanda keselamatan air dan tanda pada


15 bendera di pantai.
Terdapat tanda tentang kedalaman air, air pasang atau
arus deras yang menunjukkan keadaan air merbahaya.

Kenalpasti bahaya di dalam air. Bahaya-bahaya ini


16 termasuklah:

a. Air terlalu sejuk

b. Terdapat arus tersembunyi

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Panduan Keselamatan
Semasa Berada Di Dalam Air
c. Air terlalu dalam

d. Terdapat benda berbahaya di dalam air yang boleh


menyebabkan kecederaan seperti kaca, tin kosong
berkarat, dan lain-lain

e. Tiada anggota penyelamat

f. Terlalu banyak aktiviti/sukan air di kawasan sekitar

g. Air tercemar sehingga boleh menyebabkan


jangkitan penyakit jika berada di dalam air.
Pencemaran air boleh diketahui melalui
persekitarannya yang kotor serta terdapat tikus di
kawasan sampah.

Berhati-hati melakukan aktiviti atau sukan air.


17 Patuhi peraturan dan prosedur serta sentiasa
menggunakan jaket keselamatan.
Kegagalan mematuhi peraturan dan prosedur boleh
mendatangkan risiko dan bukan sahaja membahayakan
keselamatan diri sendiri malah orang lain.

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA

TIPS
Jika ingin melakukan
aktiviti atau sukan air
Pastikan kit kenderaan dalam keadaan baik
1
Sentiasa memakai jaket keselamatan dengan betul
2 dan pakai jaket yang sesuai dengan saiz tubuh

Pastikan tiada aktiviti/sukan air lain yang


3 berlangsung pada waktu dan kawasan yang sama untuk
mengelakkan sebarang kemalangan atau pelanggaran.

Dalam kes kecemasan:


4
4.1 Jangan panik

4.2 Jika rakan anda menghadapi masalah di dalam air


dan anda tidak mahir berenang, dapatkan
bantuan.

4.3 Jangan cuba menyelamatkan rakan.


Utamakan keselamatan diri anda terlebih dahulu.

4.4 Mangsa lemas mudah panik dan akan berpaut


kepada anda sehingga menyukarkan anda
berenang.

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA

TIPS
Jika ingin melakukan
aktiviti atau sukan air
4.5 Jika ingin menyelamatkan mangsa yang
tenggelam, hulurkan kayu atau lemparkan tali
kepada mangsa dan tariknya ke daratan.
Selain itu, campakkan objek yang boleh
berfungsi sebagai pelampung untuk mangsa
berpaut hingga bantuan tiba.

4.6 Jika terperangkap dalam arus yang deras,


berenang mengikut arus sehingga ke tepi
pantai.

4.7 Jika tidak boleh atau terlalu letih berenang,


apungkan badan sehingga arus kembali tenang.

4.8 Berenang kembali ke pantai.


Peringatan: Perenang gagah yang berenang
melawan arus juga boleh menjadi letih dan lemas.

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Peralatan Asas
Renang
1 Goggle (Kacamata Renang)

Kacamata bertujuan melindungi mata


daripada serpihan air klorin yang boleh
membuat mata menjadi merah. Melalui
penggunaan kacamata, pandangan di
dalam air akan menjadi lebih jelas dan memberi lebih keselesaan ketika
melakukan teknik renangan. Penggunaan kacamata juga akan mencegah
pedih dan iritasi (jangkitan) pada mata ketika berada di dalam air.

2 Swim Cap (Topi Renang)

Topi renang bertujuan untuk


melindungi rambut daripada tepu
atau gugur. Ia juga melindungi rambut daripada kesan klorin. Tujuan lain
topi renang ialah untuk memastikan kolam berada dalam keadaan bersih
dan mengelakkan daripada sumber penapis tersumbat. Selain itu, topi
renang juga membantu dalam melancarkan diri ketika melakukan
pergerakan di dalam air (semasa berenang).

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Peralatan Asas
Renang
3 Pakaian Renang
Pakaian renang merupakan alat
yang paling diutamakan. Pemilihan
pakaian renang yang sesuai sangat
penting untuk menentukan
keselesaan seseorang untuk
berenang.

Pemilihan pakaian renang yang


tepat akan melancarkan sebarang
gerakan atau teknik renang.

4 Ear Plug 5 Nose Clip


(Penutup Telinga) (Klip Hidung)

Penutup telinga bertujuan untuk Klip hidung bertujuan untuk


melindungi telinga daripada melindungi hidung daripada
dimasuki air dan sebarang dimasuki air dan membantu orang
jangkitan. yang mempunyai masalah
hidung.

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Peralatan Asas
Renang
6 Kick Board (Papan Renang)

Papan renang kebiasannya


digunakan untuk membantu
kita meluncur, renang gaya
bebas, renang gaya
kupu-kupu, dan renang gaya
katak dengan memfokuskan
kepada gerakan kaki (teknik
menendang).

7 Pull Buoy 8 Hand Paddle


(Pedal Tangan)

Pull Buoy membantu kaki agar Alat ini berfungsi untuk


mudah melakukan imbangan di memudahkan pergerakan tangan
dalam air. ketika melakukan renangan.
Cara pemakaian/penggunaan
adalah dengan mengepitnya di
antara kedua paha. Alat ini sering
digunakan untuk membantu
dalam teknik renang gaya
kupu-kupu.
Persekutuan Pengakap Malaysia
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Kemahiran Asas
Renang
1 Teknik Pernafasan (Sebelum Aktiviti Renang)
Pernafasan amatlah penting semasa renang kerana teknik pernafasan yang
betul ketika berenang dapat membantu individu melakukan aktiviti renang
dengan lebih lancar. Selain itu, teknik pernafasan yang betul juga dapat
mengurangkan risiko lemas di dalam air.

Teknik pernafasan yang betul ialah dengan melakukan bubbling.


Bubbling dilakukan dengan cara berikut:
Langkah Keterangan

1 Tarik nafas melalui mulut

2 Tenggelamkan kepala ke dalam air

3 Hembus nafas melalui hidung


(semasa berada di dalam air)

4 Kemudian angkat kepala


(ke permukaan air)

* diamalkan sebelum memulakan aktiviti renang


** lakukan ulangan sebanyak 20 kali

2 Teknik Pernafasan (Semasa Aktiviti Renang)


Teknik ini membantu individu berenang dengan lancar tanpa ada masalah
kekurangan nafas atau mengurangkan rasa penat semasa berenang.
Teknik pernafasan yang betul semasa berenang ialah:

1 Lakukan bubbling
(kepala berada di dalam air)

2 Bubbling dilakukan dengan


menghembus nafas melalui hidung

3 Semasa mengangkat kepala


(atas permukaan air),
tarik nafas melalui mulut

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Kemahiran Asas
Renang
3 Teknik Pernafasan (Selepas Aktiviti Renang)
Selepas setiap kali melakukan aktiviti renang, individu perlu melakukan
bubbling bagi mengembalikan semula pernafasan kepada keadaan biasa
(normal).

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa

You might also like