You are on page 1of 8

RINGKASAN ILMU QIRAAT

RINGKASAN ILMU QIRAAT

ASAS MANHAJ IMAM-IMAM AL-QIRAAT

Al-Qur'an Dizaman Awal Islam

Al-Qur’an Dizaman Awal Islam

Rumuz 2

Rumuz 2

Al-Qiraat memberi maksud satu ilmu yang membincangkan tentang kalimah-kalimah al-Quran dan
keadaan kalimah-kalimah tersebut seperti panjang dan sebagainya. Ilmu al-Qiraat diasas oleh Imam-
Imam Qurra’. Terdapat juga pendapat yang mengatakan ianya diasakan oleh Abu Umar Hafs bin
Umar Al-Duri. ILMU Qiraat merupakan semulia-mulia ilmu kerana mempunyai kaitan yang rapat
dengan al-Quran dan hukul mempelajari ilmu al-Qiraat adalah fardhu kifayah. Proses pengajaran dan
pembelajaran ilmu al-Qiraat ini mestilah diambil secara bertalaqqi dan musyafahah daripada
seorang guru yang sanadnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. kerana Al-Quran dan al-Qiraat
merupakan sunnah Muttaba’ ( yang diikuti ).

Terdapat dua toriq(jalan) yang menjadi panduan utama dalam disiplin ilmu al-Qiraat ini iaitu Toriq al-
Syatibi( al-Qiraat Tujuh ) melalui matan ‫ حرز األمانى ووجه التهانى‬dan Toriq al-Jazari( al-Qirrat sepuluh )
melalui matan ‫ طيبة النشر فى القرءات العشر‬. Toriq al-Syatibi dinamakan dengan ‫ الصغرى‬kerana
periwayatan beliau terhadap turuq Qiraat adalah kecil dan sedikit, bermaksud ia tidak menyeluruh
dan mendalam terhadap kesemua turuq Qiraat. Sementara toriq al-Jazari pula dinamakan dengan
‫ الكبرى‬kerana periwayatan beliau terhadap Turuq Qiraat adalah menyeluruh dan mencakupi semua
Turuq, walaupun terdapat perbezaan diantara kedua-dua Toriq tersebut dari susur periwayatan
Turuq masing-masing. Namun kedua-dua Toriq ini adalah betul dan sohih.(ruj: Abd. Jalal
A.Manaf:DQ)

Di Malaysia khususnya,kaedah pembelajaran dan pengajaran ilmu tajwid lebih cenderung kepada
Toriq al-Syatibi. Umat Islam di Malaysia membaca Qiraat ‫ حفص عن عاصم‬menggunakan Toriq al-
Syatibi.

pembahagian Qiraat itu terbahagi kepad beberapa bahagian besar. Imam Ibnu al-Jazari
mengkategorikan Qiraat itu kepada lima jenis :

1. Qiraat Mutawatir
Ia itu Qiraat yang diriwayatkan oleh satu kumpulan yang besar dan terselamat dari berlaku sebarang
pendustaan, seperti Qiraat yang terdapat dalam Toriq al-Syatibi dan Toriq al-Jazari.

2. Qiraat Masyhur

iaitu Qiraat yang sah sanadnya tetapi tidak mencapai tahap mutawatir. Menepati kaedah Bahasa
Arab dan membetuli salah satu Mushaf Uthmani, masyhur di kalangan Imam Qurra’ tetapi
berlawanan jalan riwayatnya dengan Imam Tujuh dan ada setengahnya tidak.

3. Qiraat Aahad

Iaitu Qiraat yang sah sanadnya tetapi menyalahi kaedah Bahasa Arab atau bacaannya tidak masyhur
di kalangan Imam Qurra’.

4. Qiraat Syazah

Iaitu Qiraat yang tiada sanadnya.

5. Qiraat Maudhu’

Iaitu Qiraat yang yang direka-reka yang bukan diambil dari Rasulullah s.a.w.

Qiraat Aahad, Qiraat Syaazah dan Qiraat Maudhu’ tidak boleh dibaca kerana ianya bukan dinamakan
al-Quran walaupun sanadnya sahih seperti sanad Aahad, tetapi qiraat tersebut tidak terdapat dalam
Rasm ‘Uthmani.

ISTILAH-ISTILAH PENTING

1. ‫الصلـة‬

( ‫ صلة هاء الكنية ( ضمير‬Ia itu memanjangkan Ha’ Dhamir atau kata gantinama misalnya ‫ إنه‬. Jika
sebelumnya berbaris hadapan, diwasalkan dengan huruf ‫ و‬. Jika sebelumnya berbaris dibawah
diwasalkan dengan ‫ ي‬.

‫ صلة ميم الجمع‬pula bermaksud memanjangkan mim Jama’, contohnya ‫إليكم‬/‫ عليهم‬diwasalkan dengan
huruf ‫ و‬seperti terjadi ‫اليكموا‬/‫ عليهمو‬.
2. ‫إدغام الكبير‬

Memasukan huruf yang pertama berbaris kepada huruf yang kedua juga berbaris dengan syarat
tertentu, contohnya ‫الرحيم‬

3. ‫القصر‬

Menbaca huruf mad dengan kadar 2 harkat sahaja Contoh: ‫ءادم‬

4. ‫التوسـط‬

Membaca huruf mad antara mad dan Qasar atau memanjangkan huruf mad dengan kadar 4 harkat
sahaja.

5. ‫اإلشباع‬

Memanjangkan suara dengan kadar tidak kurang dari 6 harkat. Contohnya: ‫السماء‬

6. ‫تثليث البدل‬

Mad badal boleh dibaca dengan 3 wajah wajah bacaan iaitu dengan 2, 4, dan 6 harkat ( bagi riwayat
warsy sahaja ).

7. ‫التسهيل‬

Menyebut bunyi diantara bunyi huruf Hamzah dan huruf mad. Contoh: ‫ءأنذرتهم‬

Ketika berbaris di atas : antara Hamzah dan Alif

Ketika berbaris di bawah : antara Hamzah dan Ya’

Ketika berbaris di hadapan : antara Hamzah dan Wau

8. ‫اإلبدال‬

Iaitu diibdalkan( diganti) huruf ‫ ء‬kepada huruf mad menurut harakah sebelumnya. Jika sebelumnya
berbaris diatas, diibdalkan kepada huruf ‫ ا‬, jika sebelumnya berbaris di bawah, diibdalkan kepada ‫ي‬
dan jika sebelumnya berbaris di depan, diibdalkan kepada ‫و‬. Contoh:

‫ يومنون‬/ ‫يؤمنون‬

9. ‫إسقاط‬
Mengugurkan. Istilah ini biasanya digunakan pada bab Hamzah, samada Hamzah itu terdiri dari
dalam dua kalimah atau dalam satu kalimah. Contoh : ‫ أوجاء أحد‬dibaca ‫أو جا أحد‬.

10. ‫إدخال‬

Iaitu memasukan alif ( ‫ ) ا‬antara dua Hamzah yang berbaris di atas, contoh : ‫ءأنذر تهم‬

dan diantara Hamzah berbaris di atas dan di bawah: ‫أئـــذا‬

11. ‫نقـل‬

Iaitu dipindahkan harkat Hamzah kepada huruf sebelumnya, contohnya: ‫من ءامن‬

12. ‫الفتحـة‬

Iaitu membunyi huruf diantara Fathah Syadid dan Taqlil.

13. ‫إمالة‬

Dikenali juga dengan Imalah Kubra iaitu sesuatu bunyi yang terhampir sekali dengan kasrah,
contohnya: ‫مجر ــها‬

14. ‫تقليل‬

Dikenali juga dengan nama Imalah Sughra iaitu bunyi diantara Fathah dan Imalah.

15. ‫ترقيق‬

Menipiskan bunyi huruf ra’

16. ‫تفخيم‬

Menebalkan huruf ra’, contohnya: ‫رسول هللا‬

17. ‫تغليــظ‬

Khusus untuk huruf Lam sahaja, menebalkan bunyi huruf Lam sebelumnya terdapat huruf isti’la’,
contoh: ‫أظلم‬/‫الصلـوة‬

18. ‫سـكـتة‬/‫الســكـت‬

Iaitu memutuskan suara pada huruf bertanda sukun tanpa menarik nafas yang baru.
Ringkasan Imam-Imam Qiraat Dan Perawi-Perawi

Imam Nafi’

Perawi:

1. Qalun

2. Warsy

Imam Ibn Kathir

Perawi:

1. Al-Bazi

2. Qunbul

Imam Abu ‘Amru

Perawi:

1. Al-Duri

2. Al-Susi

Imam Ibn Amir

Perawi:

1. Hisyam

2. Ibn Zakwan

Imam ‘Asim

Perawi:

1. Syu’bah
2. Hafs

Imam Hamzah

Perawi:

1. Khalaf

2. Kallad

Imam Al-Kisaie

Perawi:

1. Abu al-Harith

2. Al-Duri

Imam Qiraat 7

1. Imam Nafi’ al-Madani

Beliau ialah Nafi’ bin Abdul Rahman bin Abi Nuaim. Gelaran mashur beliau ‘ Abu Ruaim ‘, berasal dari
Asbahani, dilahir pada sekitar tahun 70H. Wafat di Madinah pada tahun 169H. Mempunyai ramai
murid. Dua orang daripada mereka menjadi perawinya yang terkenal iaitu: Qalun( meninggal pd
tahun 220H ) dan Warsy( meninggal pd tahun 197H).

2. Imam Ibn Kathir al-Makki

Beliau ialah Abdullah bin Kathir al-Makki, Gelaran mashur beliau Abu Ma’bad. Beliau dilahirkan di
Makkah pada tahun 45H. Tergolong dalam zaman tabiin dan pernah berjumpa Abdullah bin Zubair,
Abu Ayub Al-Ansari dan Anas bin Malik. Meninggal dunia pd tahun 120H di Makkah. Mempunyai
ramai murid. Dua orang daripadnya mereka menjadi perawinya yang terkenal iaitu al-
Bazi( meninggal pd tahun 250H ) dan Qunbul( meninggal pd tahun 291H ).

3. Imam Abu ‘Amru al-Bashri


Beliau adalah Zabban bin Al-Alaa’ bin Ammar Al-Basri. Dilahirkan di Makkah pada tahun 70H dan
meninggal Dunia diKufah pada tahun 145H. Mempunyai ramai murid, dua daripada mereka menjadi
perawinya dan terkenal iaitu Al-Duri( meninggal dunia pd tahun 246 )dan al-Susi ( meninggal pd
tahun 261H ).

4. Imam Ibn ‘Amir al-Dimasyqi

Beliau adalah Abdullah Ibn Amir Al-Syami Al-Yahsobi. Seorang Qadhi di Damsyik dizaman Khilifah Al-
Walid Ibnu Abdul Malik. Beliau merupakan seorang tabiin. Dilahirkan pada tahun 21H dan meninggal
dunia di Damsyik pada hari ‘ Asyura ‘ pada tahun 118H. Mempunyai ramai murid, dua daripada
mereka menjadi perawinya terkenal iaitu Hisyam( lahir pd tahun 153H dan meninggal dunia pd
tahun 245H )dan Ibn Zakwan( lahir pd tahun 173H dan meninggal pd tahun 242H ).

5. Imam ‘Asim al-Kufi

Beliau adalah ‘Asim bin bin Abdullah (Abi al-Najud) binBahdalah al-Asadi dan digelar Abu Bakar.
Beliau juga dari kalangan tabiin. Meninggal dunia pd tahun 127H. Mempunyai ramai murid, dua
daripada mereka menjadi perawinya yang terkenal iaitu Syu’bah( lahir pd tahun 95H dan meninggal
pd tahun 193H )dan Hafs( lahir pd tahun 90H dan meninggal dunia pd tahun 180H ).

6. Imam Hamzah

Beliau adalah Hamzah bin Habib bin Ummarah Al-Ziati. dan mendapat gelaran Abu Ummarah. Beliau
juga seorang ahli perniagaan yang kuat beribadat dan warak. mempunyai ramai murid dua daripada
mereka menjadi perawinya yang mashur iaitu Khalaf ( meninggal dunia pd tahun 229H )dan
Khallad( meninggal dunia pd tahun 220H ).

7. Al-Kisa’i

Beliau adalah Abu al-Hassan Ali bin Hamzah dan pakar dalam ilmu nahu. Beliau mendapat gelaran
Kisa’i kerana ketika melakukan ihram beliau mengenakan pakaian kebesaran ( kisa ). Dilahirkan pd
tahun 119H dan meninggal dunia di Ranbawaih pada tahun 189H. mempunyai ramai murid, dua
daripada mereka menjadi perawinya yang terkenal iaitu Abu al-Harith ( meninggal pd yg sama 240H)
dan Al-Duri ( meninggal dunia pd tahun 246H ).

Rujukan;
– ‫حرز األمانى ووجه التهانى‬

– Al-Ustaz Abdul Jalal bin Abd Manaf , 2010. Khulasah Ringkasan Ilmu Qiraat, Darul Quran.

– Al-Ustaz Mohd Nazri, Manhaj Qiraat ‘Asyara. 2010, Darul Quran

– Abu Mardhiyah. Tajwid Al-Quran Qiraat ‘Aasyim, 2004, Perniagaan Normah

You might also like