Professional Documents
Culture Documents
Ekonomi Malaysia Sebelum Kemerdekaan Dan Selepas Kemerdekaan
Ekonomi Malaysia Sebelum Kemerdekaan Dan Selepas Kemerdekaan
1. Pengenalan
2. Ekonomi sebelum kemerdekaan
3. Ekonomi selepas kemerdekaan
i) Dasar pecah dan perintah (divide and rule policy)
- Latar belakang dasar pecah dan perintah (the introduction of divide
and rule)
- Dasar Pecah dan Perintah (divide and rule policy)
- Kesan Pecah dan Perintah (the implication of divide and rule policy)
-
ii) Dasar Ekonomi Baru (DEB)
- Pengenalan DEB
- Kepentingan DEB
- Kesan DEB kepada masyarakat dan pembangunan negara
iii) Model Ekonomi Baru (MEB)
4. Ekonomi semasa
Latar belakang dasar pecah dan perintah (the introduction of divide and rule)
Kepincangan yang wujud hasil pelaksanaan dasar Pecah dan Perintah adalah punca
berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Ekoran peristiwa rusuhan kaum ini telah
memaksa kerajaan merangka satu dasar yang bersepadu.
Oleh itu, dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan
yang bertujuan membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum di
negara ini.
Latar belakang Dasar pecah dan perintah
Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi
sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh
dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan
majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih
terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain
memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan
perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat
merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat
kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-
syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk
menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.
Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia
untuk orang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut mempertikai
kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew
menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut
akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah
mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara
kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13
Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.
Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah
memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan
serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei
1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung.
Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak
bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai
pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab
menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang
diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan
akibat dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapat
dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini:
Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai
matlamat integrasi nasional
3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka tidak
wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah melahirkan
perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang
terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.
Kepincangan yang wujud hasil pelaksanaan dasar Pecah dan Perintah adalah punca
berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Ekoran peristiwa rusuhan kaum ini telah
memaksa kerajaan merangka satu dasar yang bersepadu.
Oleh itu, dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan
yang bertujuan membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum di
negara ini.