You are on page 1of 16

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

Teks emcee untuk Majlis Perasmian Pembukaan dan ‘Hard Talk’

Palestine Grand Exhibition 2013

(14 Mei 2013 )


MC:

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, Timbalan Naib
Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia beserta dift-dift
jemputan.
Majlis mohon berdiri.

Nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita

Hadirin dipersilakan duduk.

Rujuk
SALUTASI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Selamat Datang Ke majlis perasmian pembukaan Palestine Grand Exhibition 2013

SAYANG KUMBANG MENCARI MAKAN,

TERBANG SEIRING DITEPI KALI,

SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN,

MOGA DIIRINGI RESTU ILAHI.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi.


Kerana dengan limpah dan kurnia-Nya maka kita sama-sama dapat berkumpul dalam Majlis
Perasmian Pembukaan Palestine Grand Exhibition 2013.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Prof Ir. Dato’ Dr Othman A
Karim beserta dift-dift jemputan kerana sudi meghadirkan diri pada malam hari ini bagi
merasmikan program Palestine Grand Exhibition 2013.

***************************************************************************
***
Hadirin yang dihormati,

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis pada malam ini, dengan sukacitanya dijemput saudara untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

***************************************************************************
***
Amin-Amin Yarabbalalamin. Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Untuk makluman hadirin sekalian, program ini adalah anjuran Kelab Sahabat Aqsa UKM
dengan kerjasama Kelab Pelajar Palestin (Palestine Students Association-(PSA) UKM.

Untuk makluman hadirin juga, tahun ini merupakan tahun kedua program ini dijalankan.

***************************************************************************
***

Sebagai pembuka tirai, majlis dengan hormatnya menjemput saudara Khalid b. Jimat,selaku
Ketua Pengarah Program Palestine Grand Exhibition 2013 untuk memberikan ucapan alu-
aluan. Majlis mempersilakan.

***************************************************************************
***

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Khalid b. Jimat atas ucapan beliau
sebentar tadi.

Para hadirin dan hadirat sekalian


Majlis diteruskan lagi dengan menjemput saudara Mohammed Ghazal selaku Presiden
Persatuan Pelajar Palestin untuk menyampaikan ucapannya. Majlis mempersilakan

I would like to invite Mohammed Ghazal, President of Palestinian Students Association to


deliver his speech.
………………………………………………………………………………………
Majlis Mengucapkan terima kasih kepada saudara Muhammad Ghazal atas ucapan sebentar
tadi.
Seterusnya majlis menjemput wakil Al-Quds Foundation….. untuk menyampaikan
ucapannya.

Majlis mempersilakan.

I would like to invite En…., representative from Al-Quds Foundation to deliver his speech.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. …., wakil Al-Quds Foundation atas ucapan
beliau sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

DAUN SEMULUR DI PEKAN SARI,

BATANG JERAMI REBAH KE BUMI,

KEPADA TUAN SEMBAH DIBERI,

MOHON RASMIKAN MAJLIS KAMI

Tibalah masanya majlis dengan penuh takzimnya menjemput Y.Bhg. Prof Ir. Dato’ Dr
Othman A Karim, Timbalan naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti
Kebangsaan Malaysia untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program
Palestine Grand Exhibition 2013 anjuran Kelab Sahabat Aqsa UKM dengan kerjasama Kelab
Pelajar Palestin (Palestine Students Association-(PSA) UKM .

**********************************************************************************
**

Usher menjemput perasmi untuk naik ke pentas.

Ucpan perasmi

Majlis menjemput saudara Khalid b Jimat dan En. Mohammed Ghazal naik keatas pentas
bagi mengiringi Y.Bhg. Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim .

Gimik perasmian.

Usher mempersilakan Perasmi, KP dan en. Mohammed Ghazal untuk ke tempat duduk.

Maka Dengan ini , Rasmilah sudah, Program Palestine Grand Exhibition 2013.
Ribuan terima kasih kepada Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim atas ucapan perasmiannya
sebentar tadi,

Hadirin sekalian,
Mari kita sama-sama saksikan tayangan video yang disediakan

Persembahan Mua’dz Dzulkefly

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Mua’dz Dzulkefly atas persembahan yang
bertenaga sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati, bersempena dengan Program Palestine Grand Exhibition 2013, pada
malam ini akan berlangsung pidato “No slogan without Act”

Pidato ini akan disampaikan oleh Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi aqsa Syarif
Berhad.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan

Sesi soal jawab


***************************************************************************
***

.Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor atas
pidato yang disampaikan sebentar tadi.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Dr. Roohaida dan saudara khalid bin
jimat untuk mengiringi Y.Bhg. Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim, bagi penyampaian
cenderamata.

Dijemput Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif Berhad bagi menerima
cenderamata

Seterusnya,

En…. Selaku wakil Al-Quds Foundation

Saudara Mua’dz b Dzulkefly.

*Hadiah kepada penaja (wamy, nasyid fm, isc) sekiranya hadir


Hadirin dan hadirat sekalian.
seterusnya sebagai penghargaan majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Dr.
Roohaida untuk menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg. Prof Ir. Dato’ Dr Othman A
Karim, atas kesudian beliau datang bagi merasmikan program ini.

Seterusnya majlis mempersilakan Saudara Khalid b Jimat untuk menyampaikan cenderahati


kepada Dr. Roohaida Othman, Penasihat Kelab Sahabat Aqsa UKM.
Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah majlis kita
pada malam ini.

Bagi pihak sekretariat penganjur, majlis jutaan terima kasih kepada hadirin yang sudi hadir ke
majlis ini. Terima kasih juga diucapkan semua pihak yang membantu dalam menjayakan
majlis pada malam ini. Sekian wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Majlis mempersilakan dif-dif jemputan mengiringi Y.Bhg. Prof Ir. Dato’ Dr Othman A
Karim untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.
SOLUTASI PGE 2013

SOLUTASI PEMBUKAAN
Yang Dihormati,

YBhg. Prof. Ir. Datuk Dr. Othman A. Karim

Timbalan Naib Canselor,


Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM

Yang Berbahagia,

Prof. Madya Dr. Roohaida bt Othman,


Penasihat Kelab Sahabat Aqsa.

Yang dihargai,

Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor,


Pengerusi Aqsa Syarif Berhad,
YBhg. Prof. Madya Dr. Marlyna Maros,
Pengarah Internasional Students center
Yang juga selaku penaja program

Ustaz Nasharudin Mat Isa


Wakil dari Al- Quds Foundation,

Yang berusaha,
Saudara Khalid bin Jimat,
Pengarah program Palestin Grand Exhibition 2013,
Saudara Mohammed Ghazal,
President Palestinian Students Association

Saudara.......
Wakil penaja dari World Assembly of Muslim Youth ( WAMY ),
Saudara Muhd Firdaus bin Zamri,
Wakil penaja dari Nasyid fm.

Para jemputan,
Barisan dekan fakulti
Barisan pengetua kolej,
Saudara Ahmad Syukran Shaharudin
Presiden Persatuan Mahasiswa UKM,
Barisan Exco Kelab Sahabat Aqsa,
Barisan Jawatankuasa Palestinian Students Association,
Serta hadirin hadirat yang dirahmati sekalian.

SOLUTASI PENUTUPAN
Yang dihormati,

YBhg. Prof. Madya Dr. Marlyna Maros,


Pengarah Internasional Students center

Yang berbahagia,
Tuan Haji Kamarulzaman
Wakil dari Aqsa Syarif Berhad.

Saudara .................................................
Wakil dari PICOM

Yang berusaha,
Saudara Amin bin Azuwar
Timbalan Ketua Pengarah program Palestin Grand Exhibition 2013,
Saudara Mohammed Ghazal,
President Palestinian Students Association

Saudara..........................
Wakil penaja dari Pusat Islam.

Para jemputan,
Barisan pengetua kolej,
Presiden Persatuan Mahasiswa UKM,
Barisan Exco Kelab Sahabat Aqsa,
Barisan Jawatankuasa Palestinian Students Association,
Serta hadirin hadirat yang dirahmati sekalian.
SOLUTASI POV

Yang berusaha,

Saudari Najihah Bintti Jaafar

Selaku Timbalan Ketua Pengarah program PGE,

Saudara Mohammed Ghazal,

Presiden PSA

Yang dialukan,

Panel- panel jemputan,

En. Norazmi Talib


Peserta Misi Aqsa2Gaza
Dr. Fauziah
Peserta Misi Aqsa2Gaza
Jes Ibrahim

Moderator kita pada malam ini,

Saudari Faruq Syahmi Arifin

Serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian

TEKS UCAPAN PERASMIAN PEMBUKAAN PROGRAM

UCAPAN PERASMIAN PEMBUKAAN PROGRAM


Yang dihormati,

Prof. Madya Dr. Roohaida bt Othman,


Penasihat Kelab Sahabat Aqsa.

Yang alukan,

Panel pidato pada malam ini,


Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor,
Pengerusi Aqsa Syarif Berhad,
Wakil dari Al- Quds Foundation,

Dan saudara Muadz Dzulkifli

Yang dihargai,
Wakil penaja dari World Assembly of Muslim Youth ( WAMY ),
Wakil dari Pusat Islam,
serta
Wakil dari Nasyid fm.

Yang berusaha,
Saudara Khalid bin Jimat,
Pengarah program Palestin Grand Exhibition 2013,
Saudara Mohammed Ghazal,
President Palestinian Students Association

Para jemputan,

Pengetua- pengetua kolej,


Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa UKM
Barisan Exco Kelab Sahabat Aqsa,
Barisan Jawatankuasa Palestinian Students Association,
Serta hadirin hadirat yang dirahmati sekalian

Assalamualaikum w.b.t,

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan saya dilapangkan masa untuk menghadiri
majlis ini bagi merasmikan Majlis Perasmian Pembukaan Program Palestin Grand Exhibition
2013.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur program iaitu Kelab Sahabat Aqsa UKM
dan Palestinian Students Association kerana telah menjemput saya untuk merasmikan
program yang kali kedua di adakan di UKM ini. Saya amat berbesar hati atas jemputan ini.

Pertama sekali, ingin saya ucapkan syabas dan tahniah kepada mahasiswa/ i UKM diatas
segala curahan idea dan kerahan tenaga dalam merangkan dan merancang program Palestin
Grand Exhibition 2013 pada kali ini. Usaha- usaha begini amatlah digalakkan dan disokong
untuk merealisasikan harapan universiti untuk melahirkan mahasiswa /i yang bukan sahaja
cemerlang dalam bidang akdemik, malah turut cemerlang dalam pembinaan jati diri dan
semangat insaniah mereka. Melalui program- program seperti ini, mahasiswa/i bukan sahaja
dapat meningkatkan semangat daya usaha mereka, malahan mereka juga dapat mengenalpasti
kemahiran yang ada dalam diri mereka dan berkemungkinan kemahiran yang dikenalpasti
tersebut dapat diaplikasi dalam dunia luar selepas tamat pengajian di kemudian hari. Selain
itu, seperti yang semua ketahui, pelaksanaan program yang besar sebegini amat memerlukan
komitmen dan kerjasama yang utuh dan hal ini akan melahirkan mahasiswa yang
menghormati pandangan dan kritikan orang lain selain dapat meningkatkan kemahiran
berinteraksi dengan baik dan bijak menggunakan cara komunikasi mengikut situasi yang
berbeza dengan pihak komuniti disekitarnya.

Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, pastinya UKM ingin melahirkan graduan
terkehadapan yang mendahului keperluan masyarakat untuk membangunkan modal insan
yang berupaya membangunkan negara. Demi melahirkan mahasiswa yang berani, kreatif,
berinovasi, proaktif dan fleksibel, pihak UKM memberikan galakkan kepada pelajar agar
melibatkan diri dengan aktiviti berpersatuan dan merancang aktiviti mengikut minat pelajar.
Justeru itu, UKM mengambil inisiatif untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan
kepada mahasiwa/i dengan menjadikan semua aktiviti pelajar di UKM sebagai aktiviti ko-
kurikulum yang diberikan kredit.

UKM bukan sahaja prihatin terhadap kecemerlangan mahasiswa/i nya, malah turut cakna
dalam krisis kekejaman yang dialami oleh rakyat Palestin. Seperti yang kita semua ketahui
isu Palestin bukanlah satu isu yang baru dalam dunia Islam dan masyarakat antarabangsa,
bahkan turut menjadi isu kemanusiaan sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan negara. Isu
Palestin melibatkan hak asasi manusia sebagaimana yang digariskan oleh Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).Sesungguhnya, tindak tanduk yang tidak bertimbang rasa oleh
tentera Israel seperti pengeboman, pembedilan dan pemusnahan harta benda dilakukan di
wilayah Gaza perlu dikecam dan dikutuk oleh seluruh masyarakat di dunia. Perkara ini juga
turut melibatkan pencabulan undang-undang antarabangsa, pencerobohan, dan kezaliman
yang dilakukan oleh manusia kepada manusia.

Antara kekejaman yang dilakukan oleh Israel ke atas Palestin adalah serangan pada 14
November 2012 yang dikenali sebagaai ’Cloud of Pillars’ atau Hijjaratus Sijjin. Serangan ini
telah menyebabkan gugurnya syahid komander Briged al- Qassam, Ahmed Ja’bari dan
anaknya ketika sedang memandu kereta setelah dibedil peluru berpandu Israel. Dalam
peristiwa tersebut banyak serangan udara dilancarkan oleh Israel dalam operasi mereka yang
mereka gelar ’Pillar of Cloud’. Peristiwa tersebut telah meragut banyak nyawa rakyat Palestin
terutamanya wanita dan kanak- kanak.

Demi mempertahankan kredibiliti negara, mantan Perdana Menteri kelima, Yang Amat
Berbahagia, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah membuat beberapa usul di Parlimen pada 12
Januari 2009. Antara ketetapan yang diambil ialah mengecam sekeras-kerasnya serangan
Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat
awam Palestin termasuk golongan wanita, kanak-kanak dan warga tua serta menggesa
pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza. Selain itu, beliau juga turut
menggesa majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan
supaya Israel menghentikan serta merta serangan ketenteraannyake atas wilayah Palestin di
Gaza melalui gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB
bagi menguatkuasakan genjatan senjata tersebut.

Sebagai masyarakat yang cintakan keamanan, mahasiswa perlu menzahirkan sokongan padu
kepada perjuangan rakyat Palestin kearah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan
berdaulat. Isu pembangunan pendidikan di Palestin juga turut menjadi aspek penting yang
sering diutarakan dan selalu diketengahkan oleh masyarakat antarabangsa. Ini kerana,
pendidikan adalah sangat penting untuk melahirkan cendekiawan dan cerdik pandai yang
boleh membantu dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara.Walaupun mereka diserang
dan diceroboh, semangat cintakan ilmu oleh golongan muda di Palestin tidak pernah luntur
sama sekali. Semangat mereka jelas kelihatan kerana mereka yang sanggup untuk belajar di
atas konkrit-konkrit di tapak sekolah masing-masing. Selain itu, guru-guru di Palestin turut
berkorban melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan yang penuh
kedaifan dan kekurangan demi mendidik anak bangsa mereka. Pengorbanan yang
ditunjukkan oleh para rakyat Palestin ini wajar dijadikan tauladan kepada mahasiwa/i dan kita
semua supaya sentiasa menghargai kemerdekaan yang telah kita capai selama ini.Kestabilan
politik dan ekonomi adalah antara faktor penting ke arah kelestarian kehidupan.

Bak kata seorang penggiat seni iaitu Henrik Ibsen, " Semangat kebenaran dan semangat
kebebasan adalah tunggak masyarakat”. Kebebasan bermaksud mempertahankan hak asasi
manusia dan kita semua perlu bijak menggunakan kebebasan yang telah diberikan, malah
setiap tindakan yang ingin dilakukan perlu difikirkan dahulu natijahnya. Saya bangga di atas
usaha sekretariat dalam merangka program yang mengetengahkan isu antarabangsa ini. Hal
ini mempamerkan prosess kematangan mahasiswa dalam berfikir dan memandang serius isu-
isu yang penting seperti isu hak asasi manusia ini.

Sekali lagi saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu
perjalanan program ini termasuklah para penaja yang bermurah hati. Saya berdoa agar semua
aktiviti yang akan dijalankan dalam program ini dapat berjalan lancar.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim saya dengan ini merasmikan pembukaan Program


Palestine Grand Exhibition 2013.

Sekian, Terima kasih


TEKS UCAPAN PENUTUPAN PROGRAM

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM


Yang dihormati,

Tuan Haji Kamaruzzaman Abdul Rahim,


Pegawai Perhubungan Aqsa Syarif Berhad

Saudara……………….
Wakil dari Palestinian Cultural Organization Malaysia

Yang berusaha,
Saudara Amin bin Azuwar,
Timbalan Ketua Pengarah program Palestin Grand Exhibition 2013,
Saudara Mohammed Ghazal,
President Palestinian Students Association

Para jemputan,

Barisan pengetua kolej,


Presiden Persatuan Mahasiswa UKM,
Barisan Exco Kelab Sahabat Aqsa,
Barisan Jawatankuasa Palestinian Students Association,
Serta hadirin hadirat yang dirahmati sekalian.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Syukur kehadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya kerana telah memberi keizinan kepada saya
untuk menghadiri majlis perasmian penutup Program Palestine Grand Exhibition 2013.

Pertama sekali ingin saya ucapkan setinggi- tinggi penghargaan atas jemputan untuk
merasmikan Penutupan Program Palestin Grand Exhibition pada tahun ini. Ingin saya
nyatakan bahawa saya amat berbesar hati atas jemputan ini.

Alhamdulillah, setelah segala kerahan tenaga dan idea untuk melaksanakan program ini,
akhirnya program ini akan melabuhkan tirainya pada hari ini. Saya amat berbangga apabila
melihat kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh mahasiswa/i dalam menjayaan
program yang dianjurkan selama seminggu ini. Saya yakin bahawa begitu banyak
pengalaman dan kemahiran yang dikutip oleh mahasiswa/i dalam menyempurnakan program
sebesar ini.

Seperti yang sedia maklum, program ini merupakan satu program yang berkaitan dengan isu
Palestin. Isu yang bukan lagi baru dalam kalangan masyarakat kita. Pelbagai usaha telah
dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk beberapa NGO yang terlibat dalam memperjuangkan
isu Palestin ini. Antaranya adalah Aqsa Shariff. Justeru, ini saya nyatakan pada hari ini
bahawa isu memperjuangkan Palestin bukan sahaja berkait dengan isu keagamaan, malah isu
kemanusiaan.

Antara kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi adalah seperti yang tercatat dalam peristiwa
yang dikenali sebagai Hari an-Nakbah pada 15 Mei 1948 yang menyaksikan 800,000 rakyat
Palestin di usir dari tanah air mereka dan berlindung di khemah pelarian di Lebanon, Syria
dan Jordan sejak 65 tahun yang lalu. Tarikh tersebut juga berdirinya negara haram Israel di
atas bumi Palestin yang di rampas. Hal ini jelas menunjukkan kepada masyarakat dunia
mengenai penindasan yang telah di lakukan oleh golongan Yahudi dalam mewujudkan
negara mereka iaitu Israel.

Pada 31 Mei 2010, telah berlaku peristiwa serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang
mengakibatkan 9 aktivis kemanusiaan Turki syahid dan lebih 600 aktivis dari seluruh dunia
di tawan dan dipenjarakan. Mavi Marmara adalah kapal induk yang menerajui LL4G (Life
Line for Gaza), satu inisiatif yang digerakkan oleh IHH (Turki) yang mendapat dokongan
masyarakat antarabangsa termasuk negara-negara barat. bahkan hampir sepertiga aktivis
adalah rakyat Eropah beragama Kristian. 12 orang sukarelawan dari Malaysia bersama di atas
kapal Mavi Marmara. Aktuvis tersebut adalah dari Haluan Palestin, Aqsa Syarif, Muslim
Care, Yayasan Amal. Ketua misi ialah Sdr Noorazman dari Haluan Palestin. Aqsa Syarif
diwakili oleh mantan Pengerusinya Ust Hasanuddin Mohd Yunus dan ahli Lembaga
Pemegang Amanah Ir Dr Selamat Aliman (juga mewakili PACE - Palestine Centre of
Excellence). Serangan tersebut berlaku adalah untuk menyekat bantuan makanan, ubat-
ubatan dan sebagainya supaya tidak sampai kepada rakyat Palestin yang pada waktu itu amat
memerlukan bantuan luar.

Saya berasa amat berbangga kerana melalui program yang dijalankan ini, kekejaman yang
dilakukan oleh Israel akan lebih membuka mata masyarakat, termasuklah kepada mahasiswa/
i UKM. Dan memberi lebih kesedaran untuk turut berjuang dalam mempertahan hak rakyat di
Palestin yang berjuang habis- habisan untuk agama dan penempatan mereka yang dicerobohi
oleh golongan Yahudi.

Dalam program yang telah dijalankan selama seminggu ini, kesedaran terhadap isu
kekejaman di Palestin akan lebih tersebar dalam kalangan mahasiswa/ i UKM. Hal ini akan
menjadikan mahasiswa/ i lebih prihatin terhadap dunia luar dalam membentuk sahsiah yang
cemerlang. Selain itu, melalui program sebegini juga, tahap kesedaran untuk membantu
rakyat di Palestin akan meningkat di kalangan mahasiswa/i . Kesedaran ini bukan sahaja
dalam kalangan pelajar Muslim, malah bagi pelajar yang berlainan agama atas tiket
kemanusiaan.
Program seperti ini juga akan memberikan penjelasan yang tepat dan memberi peluang
kepada mahasiswa/i UKM untuk membantu samaada dalam bentuk sumbangan kewangan,
tenaga mahupun idea. Oleh yang demikian, saya berharap agar program yang penuh
bermakna seperti ini akan terus dijalankan sebagai program tahunan di UKM.

Ucapan syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan program Palestin Grand Exhibition 2013 ini. Harapan saya agar segala usaha
yang telah digunakan dalam menjayakan program sehebat ini akan mendapat penghargaan
keberkatan dari Allah.

Dengan ini saya dengan berbesar hati perasmikan penutupan Program Palestin Grand
Exhibition 2013.Sekian, terima kasih.

TEKS BACAAN DOA

TEKS DOA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

‫الفاتحه‬
*BACAAN SURAH AL-FATIHAH*

‫اعوذ هللا من الشيطان الرجيم‬


.‫الحمدهلل رب العالمين والصألة والسالم على آله وصحبه أجمعين‬

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kami bermohon kepada-Mu, agar menjadikan kami hamba-Mu yang


benar-benar taat akan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-
Mu. Tunjukilah kami ke jalan yang benar dan jauhilah kami dari jalan-jalan
yang dapat menyesatkan kami, untuk mendekatkan diri kepada-Mu Ya Allah.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Pada majlis NATIONAL CHEMICAL ENGINEERING SYMPOSIUM yang


berbahagia ini, kami juga memohon kepada-Mu, Jadikanlah Majlis Pada hari
ini sebagai majlis yang mendapat rahmat dan keredhaanMu. Tunjukkanlah
kami perkara-perkara yang bermanfaat dari majlis ini yang dapat kami
contohi dalam hidup kami yang sementara di dunia ini. Dan tunjukkanlah
kami perkara-perkara yang tidak bermanfaat agar dapat kami jauhinya
sehingga kami bertemu dengan Mu kelak.

Pandanglah kami dengan belas kasih-Mu Ya Allah. Ampunkanlah


segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, kasihanilah mereka
sebagaimana mereka mengasihi dan mendidik kami sejak kami kecil.

Ya Allah Ya Fattahu Ya A’lim,

Pandanglah juga kami ini, dengan rahmat dan kasih sayang Mu.
Jadikanlah pertemuan kami ini pertemuan yang mengeratkan kasih sayang di
antara kami. Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini, perpisahan yang
jauh dari kemusnahan Mu Ya Allah.

‫ربنا ال تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا واهبلنا من لدن كرحمة انك انت الواهب‬

‫ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي األخرة حسنة وقنا عذاب النار‬

‫وان لم تغفيرلنا وترحمنا لنكونن من الخسرين‬


َ ‫ربنا ظلمنا انفسنا‬
‫ربنا عليك توكلنا واليك أنبناواليك المصير‬

‫وصل اللهم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمدهلل رب‬
‫العالمين‬

You might also like