You are on page 1of 56

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Good luck for all STPM candidates. All the best. These notes are not mine. I got it from my History
teacher. I just want to share it with you guys. Use it wisely. Hope it can help you sikit2.
The best way to understand History subject is -- do your own notes and exercises. Jangan terlalu
mengharap kepada nota yang diberi. Do a lot of exercises. Semoga berjaya :)

NOTA SEJARAH PENGGAL 3

SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA

[1800 – 2000]

BAHAGIAN A : SEJARAH MALAYSIA

TEMA 1 : MASYARAKAT [ INSTITUSI PEMERINTAHAN ]

Soalan 1

Peranan dalam pemerintahan di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British sebenarnya
terletak di bawah seseorang raja. Nilaikan penyataan di atas.

Pengenalan

Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, Negeri-negeri
Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi dalam sistem
pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing. Mengikut sistem pemerintahan dan
pentadbiran tradisional seseorang raja berkongsi kuasa dan peranan dengan golongan pembesar
dalam menjalan dan melicinkan jentera pentadbiran Namun demikian, semua Raja-raja Melayu ini
sebenarnya mempunyai peranan luas dalam politik, ekonomi dan sosial sehingga campur tangan
Inggeris pada tahun 1874.

Isi

1. Politik

a. Ketua Kerajaan

Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri.
Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh
dipersoal. Rakyat termasuk pembesarr tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap
mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan
wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga
berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta
berhak mengampunkan pesalah yang tidak ada pada golongan pembesar.

b. Melantik Pembesar

Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri.
Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-
pembesar yang lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri, iaitu dalam kalangan
putera-putera baginda. Contohnya di Perak, sehingga tahun 1874, jawatan Bendahara dipegang oleh
keluarga diraja. Jawatan Temenggong dijawat oleh pembesar daerah Kota Lama, Kuala Kangsar.

Dalam hal ini, Sultan yang melantik pembesar-pembesar daerah sahaja akan menerima sepucuk
surat dan hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya. Di dalam surat tauliah itu dinyatakan
nama daerah yang dikurniakan tetapi tidak ditentukan butir-butir sempadannya. Biasanya pembesar
dipilih secara turun temurun dalam kalangan keluarga pembesar berkenaan. Sultan hanya akan
campur tangan memilih pembesar yang baru dari keturunan lain sekiranya keturunan pembesar tadi
ketiadaan waris. Ini menunjukkan pembesar hanya menjalankan peranannya di bawah kuasa raja.
Apabila raja berkuasa melantik pembesar, baginda juga mempunyai hak untuk melucutkan jawatan
mana-mana pembesar.

c. Menentukan Hubungan Diplomatik

Sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak sebagai ketua
perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatangani oleh sultan. Selain
itu, ia juga memerlukan tanda tangan 12 orang pembesar. Kebimbangan campur tangan Inggeris di
Tanah Melayu menjadikan hubungan sultan dengan para pembesar kian rapat. Kehadiran British di
Perak pada tahun 1875 membawa kepada perjumpaan-perjumpaan antara sultan dengan pada
pembesar.

Namun demikian, ada juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak hadir dalam
pertemuan seumpama ini. Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telah bersusah payah untuk
mendapatkan tanda tangan pembesar-pembesar Perak yang tidak hadir di Pangkor dalam tahun
1874 untuk menandatangani persetiaan Melayu-Inggeris itu.

d. Ketua Pertahanan

Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan, sultan akan
mengetuai angkatan tentera dan membuat keputusan bagi mempertahankan negara daripada
serangan musuh atau menakluk negara lain. Baginda bertanggungjawab menjaga keamanan negara
daripada ancaman luar. Pada tahun 1830 an-1870an di Negeri-negeri Melayu tidak terdapat
peperangan luar yang serius atau ancaman perang. Kedatangan British juga tidak menggunakan
tentera yang besar, hanya menggunakan tentera Negeri-Negeri Selat sahaja.
Oleh yang demikian, peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa ini. Malah
perang saudara yang berlaku antara tahun 1865-1875 banyak melibatkan perang saudara antara
pembesar-pembesar. Hanya di Pahang berlaku pemberontakan seorang pembesar tetapi sultan telah
mengarahkan pembesar lain untuk menamatkan pemberontakan tersebut.

2. Ekonomi

Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan
mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil pertanian,
perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan
takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya. Contohnya, Sultan Abdul
Samad menerima hasil cukai (bijih timah) daerah Kelang daripada Raja Mahadi. Sultan Pahang
memperoleh cukai import yang dikenakan di muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari
segi pertanian sultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada
para pembesar negeri.

Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan
sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang tertentu. Antara
pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan, membina jambatan,
membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya. Golongan bangsawan
dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini.
Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi),
golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem
ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat.

3. Sosial

a. Lambang dan memelihara perpaduan negeri

Di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19 terdapat beberapa faktor yang membawa kepada
perselisihan dan perpecahan. Di dalam sesebuah negeri, selain Negeri Sembilan terdapat pelbagai
kebudayaan yang diamalkan oleh rakyatnya. Pembesar-pembesar daerah merupakan pusat-pusat
kuasa tempatan. Tentangan sering berlaku dalam kalangan mereka dan mengganggu pentadbiran
pusat. Malah mereka sering juga menentang sultan dan ada kalanya menentang pelaksanaan
perintah raja di daerah mereka.

Namun demikian, untuk menjaga kepentingan perdagangan, pertahanan negeri dan ketenteraman
dalam satu kawasan yang lebih luas dari sebuah daerah memaksa mereka tunduk kepada sultan.
Mereka tidak bersedia untuk memusnahkan kesultanan itu sendiri, walaupun pertentangan dan
perebutan takhta sering berlaku dalam kalangan pembesar. Mereka melihat tidak ada satu sistem
lain sebaik sistem beraja yang diamalkan.

Kedudukan sultan sebagai lambang perpaduan diperkukuhkan dengan baginda diberi kekeramatan
dan kuasa-kuasa sakti. Antaranya, baginda dikatakan berdarah putih, menggunakan lambang-
lambang kebesaran seperti pakaian dan peralatan berwarna kuning, memiliki alat-alat muzik sendiri
seperti nobat, nafiri, seruling dan terumpet. Alatan lain seperti kayu gamit, puan naga, taru, kemala,
surat chiri, cop halilintar, ubor-ubor dan lain-lain.

Selain itu, terdapat juga senjata-senjata seperti pedang, tombak dan keris panjang serta penggunaan
bahasa dalam atau bahasa istana yang dikhaskan untuk sultan dan kerabatnya. Semua hak-hak
keistimewaan ini bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan supaya rakyat taat setia
kepada baginda. Sesiapa yang melanggar perintah sultan pula dikatakan akan mendapat tulah,
seperti kemalangan dan kesengsaraan.

b. Ketua agama Islam dan Adat istiadat Melayu

Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap sebagai
khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga memainkan
peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya.
Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat penyebaran agama Islam di
Tanah Melayu.

Hanya sedikit sahaja istiadat yang dihadiri oleh sultan sebagai pemimpin rakyat. Peranannya tidak
begitu aktif. Upacara-upacara besar dalam masa pemerintahan baginda ialah hari pertabalan dan
pemakaman. Pada masa ini pembesar dan rakyat jelata akan berhimpun. Pada masa perayaan besar
tahun Islam seperti Hari Raya Puasa, sultan akan mengadakan majlis jamuan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam bidang politik,
ekonomi mahupun sosial. Kedaulatan dan kedudukan seseorang raja menjadikan seseorang
raja/sultan mempunyai hak yang mutlak untuk membuat semua keputusan. Pengenalan sistem
Residen pada tahun 1874 di Perak, seterusnya Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah
menjejaskan kedudukan kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Sultan kini hanya
berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja, semua kuasanya yang lain
dikuasai oleh Residen Inggeris.
TEMA 1 : MASYARAKAT [ SISTEM SOSIAL ]

Soalan 2

Di dalam struktur masyarakat Melayu tradisional, golongan yang diperintah berperanan

mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah. Bincangkan.

Pengenalan

Sebelum tahun 1874, struktur masyarakat Melayu adalah bercorak feudal. Masyarakat
Melayu dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
Golongan pemerintah merupakan kumpulan yang kecil tetapi mempunyai kuasa dan pengaruh
dalam masyarakat Melayu tradisional. Golongan pemerintah terdiri daripada golongan sultan atau
raja, kerabat diraja, pembesar dan ulama. Golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat biasa
yang merdeka, rakyat asing dan golongan hamba.

Isi

Golongan Yang Diperintah

Golongan ini berperanan sebagai pengikut atau pengiring pembesar peringkat pusat atau
menjadi penyokong pentadbir peringkat jajahan takluk.

1. Golongan merdeheka/bebas

Golongan ini terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing.

Rakyat biasa merupakan penduduk peribumi yang bermastautin tetap di negeri-negeri


tertentu . Rakyat biasa hidup bebas menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing seperti berniaga,
menangkap ikan, melombong , tukang mahir dan sebagainya. Rakyat biasa merupakan pengikut
setia terhadap pembesar yang mentadbir daerah. Mereka akan sentiasa mengikut arahan golongan
pembesar. Mereka akan menjalankan semua suruhan pembesar,misalnya dalam sistem kerah dan
serah. Rakyat biasa juga akan mengerjakan kerja-kerja raja dan para pembesar. Mereka dikerah
untuk membina serta membaiki jalan, membina tambak, masjid, parit, dan benteng pertahanan.
Rakyat akan dikerah membersihkan sungai, membersihkan hutan belantara dan sebagainya. Mereka
tidak tahu tempoh masa yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Kadang-kadang
mereka akan berkhidmat jauh daripada kampung untuk tugas-tugas seperti menarik bot untuk
perjalanan dan mengangkut barang-barang. Mereka dikerah untuk membuat persediaan berperang
dan menyediakan kelengkapan berperang. Ketika peperangan atau untuk pertahankan daerah dari
serangan luar, rakyat biasa akan menyumbangkan tenaga kepada para pembesar. Apabila Sultan
memerlukan tentera, rakyat akan dikerah dan mereka wajib menyertainya.
Rakyat Asing. Golongan ini hanya tinggal sementara di Tanah Melayu dan akan kembali

ke negara asal mereka. Golongan ini terdiri daripada pedagang, perantau, mubaligh dan santeri serta
orang asing, yang datang ke Tanah Melayu sebagai tentera upahan. Orang asing yang berkahwin
dengan orang tempatan biasanya akan terus menetap di Tanah Melayu. Masyarakat Tamil-Islam
merupakan kumpulan orang asing yang paling ramai di Tanah Melayu. Golongan orang asing tidak
wajib mematuhi tradisi dan kebudayaan tempatan Melayu. Mereka tidak terkecuali daripada hukum-
hukum adat dan undang-undang negeri seperti yang dikenakan kepada rakyat biasa.

2. Hamba

Golongan hamba menduduki lapisan paling bawah dalam struktur masyarakat Melayu.
Hamba dalam masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu hamba biasa,
hamba berhutang dan hamba raja. Hamba menjadi lambang ketinggian martabat bagi orang yang
memilikinya. Lebih ramai hamba, maka lebih tinggilah taraf sosial seseorang sebagai anggota
masyarakat dan semakin kukuhlah ekonomi tuannya.

Golongan hamba biasa merupakan golongan orang suruhan atau keturunan hamba.Golongan
ini biasanya akan dijual beli dan menjadi hamba seumur hidup. Seluruh keluarganya akan menjadi
hamba kepada tuannya. Manakala hamba berhutangmerupakan orang biasa yang menjadi hamba
kerana gagal membayar hutang. Hamba berhutang akan bebas apabila nilai hutang tersebut habis
setelah bekerja dengan tuannya. Antara kerja yang biasa dilakukan ialah bertani dan melombong.

Selain itu ,hamba raja merupakan golongan merdeheka yang telah melakukan kesalahan
jenayah dan diampunkan oleh sultan. Hamba raja juga terdiri daripada tawanan perang. Hamba raja
mempunyai kedudukan paling tinggi dalam kalangan semua hamba. Mereka akan menjadi hamba
secara turun temurun. Hamba abdi dan hamba berhutang berkhidmat untuk tuan mereka sebagai
pengikut dan sebahagiannya membuat kerja-kerja rumah. Hamba lelaki akan melakukan tugas-tugas
pertanian seperti membajak, menanam, menuai, dan memugar tanah baharu. . Ada juga hamba
lelaki yang mengikut tuannya berdagang/berniaga. . Hamba perempuan membuat kerja-kerja di
rumah atau menjadi dayang kepada pemerintah. Mereka akan memasak, mencuci, mengasuh anak,
mengambil air, membelah kayu dan menganyam untuk tuannya. Kadangkala mereka akan menuai
padi. Ada di kalangan hamba perempuan yang ditugaskan memperoleh pendapatan bagi tuan
mereka dengan cara

menjadi pelacur.

Kesimpulan

Masyarakat Melayu tradisional mempunyai sistem sosial yang lengkap dan tersusun. Setiap
golongan mempunyai tugas dan peranan masing-masing. Kedudukan susunan masyarakat Melayu
tradisional yang berlapis-lapis telah meletakkan lapisan atasan (golongan pemerintah) sebagai satu
golongan yang menguasai dan mempunyai kepentingan politik dan ekonomi. Sementara lapisan
bawahan (golongan yang diperintah) berfungsi sebagai golongan yang memainkan peranan daripada
segi fizikal, moral dan tradisi kemasyarakatan dan menjadi penyokong utama institusi raja dan
pembesar. Kelancaran sistem sosial ini telah menyumbang kepada kestabilan politik kerajaan yang
memerintah. Setelah campur tangan British dalam sistem politik negeri-negeri Melayu, struktur

masyarakat Melayu telah mengalami perubahan yang ketara kerana peranan golongan pembesar dan
hamba telah mula dihapuskan oleh penjajah British.

TEMA 1 : MASYARAKAT [ SISTEM EKONOMI ]


Soalan 3

Sejauhmanakah kegiatan ekonomi tradisional dikatakan lebih berpusatkan kepada aktiviti pertanian
dan menangkap ikan semata-mata? Bincangkan penyataan ini.

Pengenalan

Ekonomi tradisional bermaksud kegiatan ekonomi yang dilakukan secara kecil-kecilan bagi
menampung keperluan diri dan keluarga sahaja. Kegiatan ini dikenali sebagai ekonomi sara diri. Ia
merupakan kegiatan ekonomi yang paling asas dan utama melibatkan masyarakat Melayu tradisional.

Ciri-ciri utama kegiatan ekonomi tradisional ialah:

Tiada pengkhususan kerja – kebiasaannya masyarakat Melayu melakukan pelbagai jenis pekerjaan
pada masa yang sama. Selain menjadi petani dan nelayan, mereka juga melakukan kegiatan ekonomi
sampingan yang lain seperti menternak binatang, bertukang dan lain-lain.

Penggunaan peralatan tradisional – Tiada penggunaan alatan moden dalam kegiatan pertanian,
Penduduk hanya menggunakan alatan tradisi seperti tajak, cangkul, jala, pukat dan lain-lain.

Berskala kecil – kegiatan ekonomi dilakukan secara kecil-kecilan sahaja dan tidak melibatkan
penggunaan modal yang besar. Mereka hanya menghasilkan keperluan untuk diri dan keluarga
sahaja. Sebaliknya, mereka tidak menghasilkan keperluan untuk orang lain. Jika terdapat lebihan,
barulah dijual.

Tenaga kerja hanya melibatkan ahli keluarga – kaum lelaki melakukan kerja yang lebih berat.
Sementara kaum wanita, orang tua dan kanak-kanak membantu melakukan kerja-kerja yang lebih
mudah dan ringan.

Amalan bergotong-royong atau berderau – menjadi amalan kebiasaan masyarakat tempatan


terutamanya melibatkan kerja-kerja menanam dan menuai padi yang dilakukan secara bersama dan
berkumpulan bagi memudah dan mempercepatkan pekerjaan. Hubungan antara anggota
masyarakat semakin erat.

Isi

Kegiatan ekonomi tradisional mempunyai hubungan rapat dengan kawasan petempatan sama
ada terletak di kawasan pedalaman, pinggir sungai dan laut.Penduduk yang tinggal di kawasan
pedalaman menjalankan kegiatan pertanian. Manakala penduduk yang tinggal di pinggir sungai dan
laut pula terlibat dengan kegiatan menangkap ikan.Kedua-dua aktiviti ekonomi ini merupakan
kegiatan ekonomi yang paling asas atau utama melibatkan masyarakat Melayu tradisional.Walau
bagaimanapun, selain menjalankan kegaiatan pertanian dan menangkap ikan, masyarakat tempatan
juga banyak melakukan aktiviti sampingan yang lain untuk menyara kehidupan seperti menternak
binatang, melombong, mengutip hasil hutan, pertukangan dan kraf tangan.

Pertanian
Bercucuk tanam atau pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat
tradisional.Tanaman utama tertumpu kepada tanaman padi sawah dan padi huma. Padi sawah
ditanam di kawasan lembah sungai yang merupakan kawasan tanah lanar yang subur. Padi huma
atau padi bukit pula ditanam di kawasan dataran tinggi atau di lereng bukit.Selain padi, tanaman lain
turut ditanam seperti pelbagai jenis ubi, sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Kegiatan pertanian
dilakukan secara kecil-kecilan sahaja dengan menggunakan peralatan tradisional seperti tajak,
cangkul, kuku kambing untuk menanam pokok padi , sabit dan ketam padi untuk menuai padi.

Menangkap ikan

Menangkap ikan juga merupakan kegiatan ekonomi yang penting bagi masyarakat Melayu
tradisional selain pertanian. Kegiatan menangkap ikan dijalankan oleh penduduk yang tinggal
berhampiran laut dan sungai. Aktiviti ini diusahakan oleh penduduk secara kecil-kecilan dengan
menggunakan peralatan tradisional seperti jaring atau pukat, bubu, kelong, jala, lukah, tangguk dan
sebagainya. Mereka hanya mampu melakukan kegiatan menangkap ikan di tepi pantai sahaja. Selain
laut, penduduk juga menangkap ikan air tawar di kawasan sawah padi, kolam dan sungai.

Menternak binatang

Selain pertanian dan menangkap ikan, penduduk turut melakukan aktiviti ekonomi lain
sebagai aktiviti sampingan seperti menternak binatang. Ayam dan itik merupakan binatang ternakan
utama. Selain untuk dimakan dagingnya, bahan buangan ternakan turut digunakan sebagai baja bagi
menyuburkan tanaman. Lembu dan kerbau turut diternak bagi membantu kerja-kerja pembajakan
tanah. Penternakan binatang hanya dilakukan di kawasan petempatan penduduk.

Melombong

Perlombongan secara mendulang dilakukan secara kecil-kecilan oleh masyarakat yang tinggal
berhampiran dengan sungai. Bijih timah, bijih besi dan emas merupakan galian utama yang
dilombong. Aktiviti ini melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak. Hasil lombong dijual di kawasan
berhampiran untuk mendapatkan barang keperluan harian yang lain.

Mengutip hasil hutan

Mengutip hasil hutan dilakukan di kawasan pedalaman. Hasil hutan yang dipungut adalah
seperti rotan, damar, kapur barus, getah perca, daun mengkuang dan akar-akar kayu sebagai ubat-
ubatan. Selain untuk kegunaan sendiri, hasil hutan yang berlebihan dijual kepada kawasan
berhampiran.

Pertukangan

Masyarakat tradisional juga sering menghabiskan masa lapang dengan melakukan kerja-kerja
pertukangan seperti membuat rumah, perahu dan perabot. Aktiviti pertukangan melibatkan
golongan lelaki. Sementara kaum wanita terlibat dengan aktiviti kraf tangan seperti menganyam tikar,
membuat bakul dan lain-lain.

Kesimpulan
Kesimpulannya, adalah jelas bahawa kegiatan ekonomi tradisional bukanlah tertumpu kepada
pertanian dan menangkap ikan semata-mata. Walaupun pertanian dan menangkap ikan merupakan
kegiatan ekonomi yang paling asas, namun kegiatan ekonomi lain turut dilakukan sebagai kegiatan
sampingan seperti menternak binatang, melombong, mengutip hasil hutan, petukangan dan kraf
tangan. Umumnya, kedatangan British pada akhir abad ke-19 telah mengubah corak tradisi orang-
orang Melayu dalam bidang ekonomi.
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ PENGUBAHSUAIAN DALAM PENTADBIRAN ]

Soalan 4

Sejauhmanakah Sistem Residen mempengaruhi perubahan pentadbiran di negeri-negeri Melayu


selepas 1874.

Pengenalan

Sebelum kedatangan British pentadbiran di Negeri-negeri Melayu diketuai oleh raja/sultan.


Sultan/raja menjadi pemerintah mutlak dengan dibantu oleh pembesar. Campurtangan British dalam
pentadbiran Negeri-negeri Melayu telah merubah struktur pentadbiran Negeri-negeri Melayu secara
tidak langsung. Pengenalan system residen telah menyebabkan pentadbirandi setiap NNM tidak
seragam. Masalah ini cuba diatasi melalui pelbagai perubahan dan pengubahsuaian dalam bidang
pentadbiran, ekonomi dan social.

Isi

i) Sistem Residen

Diperkenalkan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.Residen ialah seorang pegawai
British yang ditugaskan sebagai penasihat sultan dan nasihatnya mesti dipatuhi. Menasihati sultan
dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat-istiadat Melayu.Walaupun British menjamin
kedudukan dan kedaulatan raja tetapi kuasa pemerintahan sebenarnya berada di tangan
residen.Residen British berkuasa dalam semua urusan pentadbiran termasuk kutipan cukai dan
kawalan ke atas semua hasil negeri.

Pengaruh lain

ii) Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN)

Dianggotai oleh sultan, residen British, 12 orang pembesar melayu dan seorang wakil
masyarakat Cina. Ditubuhkan untuk membincangkan perkara-perkara yang melibatkan pentadbiran
negeri. Berperanan sebagai badan penasihat dalam menggubal undang-undang dan menjadi
mahkamah rayuan tertinggi. MMN juga menguruskan perubahan struktur cukai, pencen orang
melayu dan perlantikan ketua-ketua tempatan. MMN tidak mempunyai kuasa perundangan yang
luas. MMN hanya berperanan untuk mengesahkan segala keputusan yang telah dibuat. Kuasa sultan
juga terbatas kerana hanya berkuasa dalam agama islam dan adat-istiadat Melayu. Setiap negeri
menubuhkan perkhidmatan awam sendiri dengan jawatan penting dikuasai oleh British. Jawatan di
peringkat bawahan diberi kepada orang Serani, India, Ceylon dan Melayu.

iii) Sistem pentadbiran tanah


British menyusun semula system pentadbiran tanah. Undang-undang hak milik persendirian,
tanah perlu didaftar dan boleh disewa atau dipindahmilik melalui system jual beli. Tanah menjadi
sumber pendapatan kerajaan. Menimbulkan bantahan dan penentangan pembesar Melayu.

iv) Sistem pentadbiran negeri

Pembahagian negeri kepada beberapa daerah. Perlantikan pegawai daerah menggantikan


jawatan pembesar melayu. Pegawai daerah bertugas mengendalikan urusan cukai, sewa tanah,
menjaga keamanan, menguatkuasakan undang-undang dan bertanggungjawab terhadap kawasan.
Wujud sempadan geografi antara negeri yang jelas. Setiap daerah dibahagikan kepada mukim
dengan diketuai oleh seorang penghulu. Di peringkat kampung diketuai oleh ketua kampung yang
berperanan sebagai penghubung antara penduduk kampung dengan pentadbiran yang lebih tinggi.

v) Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

Menggabungkan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan di bawah satu unit pentadbiran. Mewujudkan pemusatan kuasa antara keempat negeri
yang diselaraskan. Residen Jeneral mengetuai pentadbiran persekutuan NNMB dalam semua perkara
kecuali agama islam dan adat-istiadat Melayu. Gabenor Negeri-negeri Selat bertindak sebagai
Pesuruhjaya Tinggi NNMB. Penubuhan Majlis Raja-Raja (Durbar) yang memberi peluang kepada raja-
raja Melayu untuk menyuarakan pandangan. Kewujudan jawatan-jawatan baru seperti penasihat
undang-undang, pesuruhjaya kehakiman, pesuruhjaya polis dan pengarah jabatan kerja raya serta
penubuhan jabatan-jabatan lain membantu melicinkan pentadbiran.

Kesimpulan

Sistem Residen telah mengubah pentadbiran di negeri-negeri Melayu yang memberi


kekuasaan kepada British. Kuasa pentadbiran negeri-negeri Melayu beralih kepada kerajaan British
manakala sultan/raja hanya berkuasa dalam agama Islam dan adat-istiadat Melayu sahaja.
Penguasaan British ke atas pentadbiran tanah membolehkan mereka mengeksploitasi kekayaan
ekonomi di negeri-negeri Melayu. Perubahan pentadbiran ini juga menyebabkan kuasa raja dan
pembesar terhakis.
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ MASYARAKAT PELBAGAI KAUM ]

Soalan 5

Sejauh manakah perkembangan ekonomi menyebabkan pembentukan masyarakat majmuk di Tanah


Melayu.

Pengenalan

Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan budaya tersendiri dan
hidup dalam satu unit politik secara terasing antara satu sama lain. Mereka hanya berhubung untuk
tujuan ekonomi dan berpotensi berlaku konflik bagi mempertahankan kepentingan kaum mereka. Di
Tanah Melayu masyarakat majmuk terbentuk akibat daripada dasar penjajah memajukan ekonomi
komersil yang membawa kepada penghijrahan masuk beramai-ramai kaum Cina dan India.

Isi

Faktor-faktor pembentukan masyarakat majmuk.:

1. Perkembangan ekonomi

i) Perkembangan pesat perusahaan bijih timah.

Perkembangan pesat bijih timah memerlukan buruh yang ramai dan British berhadapan
dengan masalah tenaga buruh kerana orang Melayu hanya tertumpu pada kegiatan pertanian.
Kawasan pengeluar bijih timah : Lembah Kinta ,Lukut, Klang, Sg Ujong. Bagi menarik kemasukan
orang Cina, kerajaan British telah melakukan beberapa perkara : melonggarkan syarat kemasukan
orang Cina ke Tanah Melayu, memberi jaminan keselamatan nyawa dan harta benda dan diberi
kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing di bawah kawalan ketua masing-masing.

ii) Perkembangan pesat perusahaan getah

Perusahaan getah berkembang menjelang abad ke 20 akibat perkembangan perusahaan


automobil di Amerika Syarikat. Pembukaan ladang-ladang getah menyebabkan British memerlukan
lebih banyak buruh India. British lebih berminat mengambil buruh India bekerja di ladang getah
mereka disebabkan buruh India sanggup bekerja lebih lama, menerima gaji rendah dan mudah
dikawal. Bermula 1857 hingga 1938 , buruh India datang ke Tanah Melayu melalui tiga cara iaitu :
buruh kontrak, sistem kangani, buruh bebas. Masyarakat India telah membawa masuk budaya
kehidupan mereka ke Tanah Melayu.

iii) Kegiatan ekonomi tersendiri.


Masyarakat Melayu menjalankan kegiatan ekonomi sara diri dan pertanian tradisional seperti
menanam padi , manangkap ikan dan mengutip hasil hutan. Masyarakat Cina menjalankan
menjalankan kegiatan ekonomi komersial seperti perlombongan, perdagangan dan perniagaan.
Masyarakat India menjalankan kegiatan perladangan getah sebagai buruh

Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan kemunculan masyarakat majmuk :

1. Dasar kerajaan British

Matlamat British adalah menguasai ekonomi Tanah Melayu melalui dasar pecah dan
perintah. British tidak mahu orang Melayu diberi peluang luas dalam ekonomi moden kerana takut
disingkirkan Kerajaan British membawa masuk orang Cina dan India bagi mencapai matlamat untuk
mengimbangi kaum Melayu Masyarakat berbeza akan menyukarkan penduduk untuk bersatu dan
bangkit menentang mereka

2. Lokasi pertempatan yang berasingan

Masyarakat pelbagai kaum mempunyai lokasi pertempatan berbeza dan terasing.Orang


Melayu tinggal di kawasan luar bandar dan kampung. Orang Cina di kawasan perindustrian dan
perlombongan bijih timah. Orang India tinggal di kawasan perladangan getah. Mereka hidup
berasingan dan amat jarang berlaku perhubungan antara kaum.

3. Pengamalan budaya hidup tersendiri

Masyarakat Cina dan India mengamalkan budaya hidup mereka dari China dan India. Mereka
telah menubuhkan pergerakan, persatuan bagi mempertahan dan melindungi amalan budaya
mereka. Masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu jelas dengan pengamalan dan anutan agama
yang berbeza dan dipertahankan iaitu orang Melayu beragama Islam, Cina beragama Buddha dan
Kristian, India beragama Hindu.

4.Sistem pendidikan berbeza

Pendidikan Melayu berasaskan kepada budaya Melayu dan Islam dengan bahan pengajaran
dan pembelajaran dan sukatan pelajaran berasaskan budaya Melayu, Bahasa Melayu, Arab, dan
agama Islam diutamakan. Ini membawa lahirnya sekolah Melayu dan sekolah pondok.Masyarakat
Cina telah mendirikan sekolah Cina dengan menggunakan bahasa Cina, guru, sukatan pelajaran serta
buku rujukan dari negara China. Masyarakat India pula menggunakan bahasa Tamil, guru, sukatan
pelajaran dan buku dari India

Kesimpulan
Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu telah membawa kesan yang besar ke atas
struktur kependudukan di Tanah Melayu. Kesan ketara ialah masalah ketidakseimbangan antara
kaum berlaku dalam bidang ekonomi, sosial, budaya dan politik.

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

[ PENDUDUKAN JEPUN 1941 – 1945 ]

Soalan 6

Nilaikan/Analisa dasar-dasar dan kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1941-
1945.

Pengenalan.

Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8hb. Disember 1941. Pada 15hb. Februari 1942, Tanah Melayu
dan Singapura jatuh kepada pemerintahan Jepun. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama kira-
kira 3 1/2 tahun telah meninggalkan kesan-kesan politik, ekonomi dan sosial.

Isi.

a) Dasar Pemerintahan Jepun

Pemerintahan bercorak tentera yang berpusat di Singapura untuk menjayakan dasarnya. Tanah
Melayu dan Sumatera disatukan dalam satu wilayah tetapi kemudiannya diasingkan pada April
1943.Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan kepada Siam pada Ogos 1943 untuk membalas
bantuan Siam kerana membantu Jepun menawan Tanah Melayu.Setiap negeri dikir a sebagai daerah.
Kuasa tertinggi bagi setiap daerah adalah gabenor. Di bawah gabenor terdapat biro-biro.

b) Dasar Pentadbiran Jepun

Jepun amalkan dasar yang memberi keuntungan kepada mereka. Jawatan Sultan masih
dikekalkan tetapi hanya terbatas kepada adat istiadat Melayu dan agama Islam. Jepun
membahagikan daerah kepada unit yang lebih kecil iaitu kampung, jiran tetangga dan keluarga. “Sijil
Kehidupan dan Keamanan” dikeluarkan untuk memantau kelahiran, perkahwinan dan kematian.
Pasukan polis tentera dinamakan “kempetai” untuk mengawasi pergerakan penduduk tempatan.

c ) Dasar Sosial Jepun

Layanan berbeza mengikut kaum. Orang Melayu dan India dilayan baik,manakala orang Cina dilayan
buruk.Penindasan dan kezaliman terhadap orang Cina kerana Jepun berperang dengan negara
China.Dasar diskriminasi kaum memberi kesan buruk kepada hubungan kaum di Tanah Melayu.Orang
Cina benci kepada orang Melayu kerana terlibat dengan “kempetai”

d) Dasar penjajahan budaya

Dengan memaksa penduduk tempatan mempelajari bahasa Jepun, Penyebaran propaganda Jepun
dilakukan melalui radio, akhbar dan wayang gambar.Lagu kebangsaan dinyanyikan setiap
pagi.Sekolah Cina dan Inggeris ditutup manakala sekolah Melayu dan sekolah Tamil dibuka. Sekolah
Inggeris ditukar menjadi sekolah rendah dan bahasa Jepun dijadikan bahasa pengantar
utama.Bahasa Jepuun diajar dalam akhbar bahasa Melayu..

e) Dasar Ekonomi

Jepun mengamakan dasar ekonomi kawalan untuk mengawal kegiatan rakyat.Akhirnya, bekalan
makanan tidak cukup,harga barangan meningkat dan berlakunya inflasi. Jepun galakkan tanama
makanan sendiri untuk menampung bekalan makanan dalam negara. Jepun mencetak “wang pokok
pisang” untuk mengatasi masalah kekurangan wang tetapi akhirnya berlaku inflasi.

Kesan-Kesan Politik

Pendudukan Jepun mengakibatkan kesedaran politik yang lebih mendalam dalam kalangan
penduduk di Tanah Melayu, khususnya kepada orang Melayu. Penderitaan yang dialami dan
propaganda Jepun seperti “Asia untuk orang-orang Asia” menambahkan keazaman orang-orang
Melayu mencapai kebebasan politik dan kemerdekaan. Orang Melayu mendapat pengalaman
pentadbiran semasa pendudukan Jepun. Pengalaman memegang jawatan-jawatan kanan seperti
Pegawai Daerah telah memberi keyakinan diri yang lebih tegas. Orang-orang Melayu sedar bahawa
mereka mempunyai keupayaan memerintah Tanah Melayu sendiri. Pendudukan Jepun juga memberi
kesedaran bahawa orang Melayu tidak boleh berharap sepenuhnya kepada British. Mereka harus
menentukan nasib sendiri. Pendudukan Jepun telah menamatkan kepercayaan bahawa British tidak
boleh dikalahkan. Sikap anti-penjajahan dalam kalangan orang Melayu telah berkembang.
Pendudukan Jepun membolehkan Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu muncul sebagai
golongan politik yang teratur dan sangat kuat di antara tahun-tahun 1945 - 1948. Kezaliman Jepun
membolehkan Parti Komunis Malaya mendapat sokongan terutamanya dari orang Cina. PKM telah
menubuhkan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA). Hampir kesemua ahli-ahli MPAJA terdiri
daripada orang-orang Cina.

Kesan-Kesan Ekonomi

Ekonomi dan taraf kehidupan pendudukan Tanah Melayu merosot. Perusahaan bijih timah
dan getah terbantut. Masalah ini timbul kerana pihak British telah memusnahkan peralatan
perlombongan bijih timah dan loji-loji memproses getah seberlum berundur ke Singapura untuk
mengelakkan ianya jatuh ke tangan Jepun. Malahan Tanah Melayu juga terputus daripada pasaran-
pasaran eksport yang biasa akibat peperangan. Pihak Jepun teleh menitikberatkan eksploitasi bahan-
bahan yang berkurangan di negeri Jepun seperti besi dan bauksit. Tanah Melayu mengalami
kekurangan segala jenis barang pengguna terutamanya tekstil. Makanan seperti beras juga
berkurangan kerana sukar diimport. Penduduk Tanah Melayu terpaksa bergantung kepada makanan
lain seperti ubi kayu dan keledek. Pengedaran wang kertas yang tidak terkawal dan kekurangan
makanan dan barang pengguna menyebabkan inflasi di Tanah Melayu. Pihak Jepun tidak
mengendalikan infrastruktur dengan baik. Penduduk Tanah Melayu memulakan beberapa
perusahaan tempatan memandangkan banyak barang tidak dapat diimport.

Kesan-Kesan Sosial

Penduduk Tanah Melayu terutamanya orang Cina menderita akibat kezaliman dan seksaan
Jepun. Tentera polis Jepun iaitu Kempeitai sangat kejam dan telah membunuh ramai orang-orang
yang anti-Jepun. Tanah Melayu mengalami masalah kekurangan makanan terutamanya beras kerana
ianya sukar diimport dari negeri-negeri lain akibat peperangan. Taraf kesihatan penduduk Tanah
Melayu merosot. Penyakit-penyakit seperti beri- beri dan malaria berleluasa. Ini kerana ubat-ubatan
telah dirampas oleh Jepun bagi merawat askar-askarnya. Pendudukan Jepun telah mengakibatkan
permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina. Layanan Jepun yang lebih baik terhadap orang
Melayu mengakibatkan kemarahan dalam kalangan orang-orang Cina. Malahan pemerintahan Jepun
telah mengambil orang-orang Melayu untuk menjadi askar dan polis. Sebahagian daripada pasukan
Jepun yang menyerang tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (Pertubuhan Komunis yang dikuasai oleh
orang Cina) terdiri daripada orang Melayu. Ini mengukuhkan lagi permusuhan perkauman Melayu-
Cina. Beberapa pertempuran perkauman yang kecil antara Melayu dengan Cina berlaku selepas
Jepun menyerah kalah pada 15hb. Ogos 1945. Sistem pendidikan Jepun yang lebih menekankan
latihan akhlak/watak daripada akademik telah mengukuhkan tatatertib dan menanam sifat kerajinan
dalam kalangan pemuda-pemuda terutamanya Melayu.

Kesimpulan

Pendudukan Jepun merupakan satu zaman penting dalam sejarah Tanah Melayu. Pendudukan
Jepun bukan sahaja membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan penduduk Tanah Melayu
tetapi juga mengukuhkan perasaan perkauman.Pada keseluruhannya, pendudukan Jepun telah
mengubah keadaan politik, ekonomi dan sosial Tanah Melayu sebelum perang dengan begitu radikal
sehingga British terpaksa merombak dasarnya selepas perang. Suasana ini telah mempercepatkan
proses pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu.
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

[ PERJUANGAN SECARA BERPERLEMBAGAAN 1946 – 1960 ]

Soalan 7

“Perlembagaan Malayan Union yang diperkenalkan Kerajaan British pada tahun 1946 merupakan
satu bentuk tindakbalas terhadap kelemahan pentadbiran mereka di Tanah Melayu sebelum perang.
Namun demikian, pengenalan Perlembagaan Malayan Union ini sebenarnya telah menimbulkan
banyak reaksi negatif dan penentangan daripada kalangan masyarakat Melayu di Tanah Melayu”.
Bincangkan.

Pengenalan

Malayan Union (MU) telah diisytiharkan secara rasmi pada 1 April 1946 di King's House
(Carcosa Seri Negara) merupakan sebuah gabungan negeri-negeri Melayudengan Negeri-Negeri
Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya.yang bertujuan untuk
menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu di bawah satu sistem pemerintahan berpusat yang
diketuai oleh Gabenor.

Menurut kerajaan British, Malayan Union adalah persediaan kepada orang Melayu untuk
berkerajaan sendiri. Tetapi Penubuhan Malayan Union telah mendapat penentangan yang kuat
daripada kaum Melayu. Hal ini adalah disebabkan bahasa cadangan yang dikemukakan dalam “kertas
putih” pelaksanaan MU telah mengancam kedudukan orang Melayu sebagai penduduk Bumiputera.
Sebagai contoh, hak istimewa orang Melayu telah dihapuskan dan syarat kerakyatan yang lebih
longgar telah diberi kepada bangsa asing. Untuk menunjukkan ketidakpuasan, kaum Melayu telah
bergabung untuk menentang Malayan Union pada tahun tersebut juga. Terdapat beberapa faktor
yang membawa kepada penentangan masyarakat Melayu terhadap pelaksanaan Rancangan Malayan
Union.

Isi

Faktor-Faktor Penentangan Masyarakat Melayu

1. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan sultan-sultan

Orang Melayu tidak bersetuju dengan cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan
Sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. Semasa diminta menandatangani persetujuan tersebut,
Sultan-sultan tidak diberitahu cadangan-cadangan yang terkandung dan perlembagaan MU. Sultan-
sultan juga tidak diberi masa cukup untuk meneliti kebaikan dan keburukan MU. Selain itu, mereka
juga tidak dibenarkan berbincang dengan pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri sebelum
menandatangani persetujuan penubuhan MU. Ugutan Harold MacMichael telah menambahkan
kemarahan orang Melayu. Sekiranya mana-mana Sultan enggan menandatangani persetujuan
penubuhan MU, Sultan tersebut akan dianggap pro-Jepun dan disingkirkan dari takhta. Contoh yang
jelas ialah Sultan Badlishah (Kedah) yang diberi kata dua sama ada menandatangani persetujuan
penubuhan MU atau turun dari takhta.

2. Kekuasaan Dan Kewibawaan Sultan

Orang Melayu bangkit menentang Malayan Union kerana Malayan Union telah mengancam
kedaulatan raja-raja Melayu. Kuasa raja-raja Melayu dikurangkan dan pentadbiran di ambil alih oleh
Gabenor yang mempunyai kuasa veto. Akibat raja-raja kehilangan kuasa, orang Melayu bimbang
tentang masa hadapan untuk menghadapi persaingan daripada kaum bukan Melayu.

Gabenor Malayan Union akan menjadi Pengerusi Majlis Islam dan ini menjatuhkan maruah
dan kesucian agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam. Orang
Melayu bimbang sultan akan kehilangan kuasa politik and hak keistimewaan. Orang Melayu tidak rela
melihat Sultan mereka dilucutkan kuasa politik. Kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status
Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan British. Hal ini, telah menimbulkan semangat nasionalisme
yang membara dikalangan orang Melayu.

3. Hak Istimewa

Penubuhan MU akan menghapuskan hak-hak istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu
sebagai bumiputera Tanah Melayu kerana perlembagaan MU memberi hak dan peluang yang sama
kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Orang Melayu tidak mahu hak
istimewa dinikmati oleh orang Cina dan India yang dianggap pendatang yang menumpang di Tanah
Melayu. Penghapusan hak istimewa menyebabkan orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh
orang Cina akan bertambah besar dan ini akan meluaskan jurang ekonomi antara orang Melayu
dengan Cina.

4. Hak Kerakyatan

Orang Melayu tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang longgar mengikut prinsip Jus
Soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India diberi syarat kerakyatan yang longgar kerana
mereka masih tidak yakin dengan taat setia orang Cina dan India terhadap Tanah Melayu. Pemberian
taraf kerakyatan yang longgar akan menyebabkan ramai orang Cina dan India menjadi warganegara
Tanah Melayu. Orang Melayu bimbang orang Cina yang sudahpun menguasai ekonomi akan
menguasai politik apabila bilangan mereka melebihi orang Melayu. Kebimbangan mereka bertambah
kerana pada tahun 1947, jumlah Melayu hanya 49.46% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

5. Balas Dendam

Orang Melayu juga menentang MU kerana mereka menyedari perlembagaan MU merupakan


balas dendam British terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun. James V. Allen dalam
bukunya “The Malayan Union” mendakwa sejak kekalahan British di tangan Jepun, majoriti pegawai
British bersikap anti Melayu kerana kecewa dengan tindakan orang Melayu bekerjasama dengan
Jepun. Akibatnya, perlembagaan MU amat merugikan orang Melayu, terutamanya yang berkaitan
dengan hak istimewa dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan.

6. Masa Cemas

MU dilaksanakan pada masa cemas dalam hubungan antara orang Melayu dan Cina akibat
pemerintahan Jepun. Oleh itu, orang Melayu mendakwa perkembangan ini dilaksanakan dalam
suasana anti Melayu dan pro Cina kerana MU merugikan orang Melayu dan menguntungkan orang
Cina.

7. Orang Melayu Tidak Terlibat Dalam Merangka Perlembagaan MU

Orang Melayu tidak terlibat dalam merangka perlembagaan MU. Perlembagaan itu dirancang
oleh Pegawai British dalam MPU di London. Pendapat orang Melayu langsung tidak diminta oleh
British semasa mereka merangka perlembagaan tersebut.

Reaksi Bukan Melayu

Walaupun MU ditentang oleh masyarakat Melayu, Perlembagaan MU ini sebenarnya telah


diterima baik oleh orang bukan Melayu kerana pemberian hak yang sama rata kepada semua kaum.
Syarat-syarat kewarganegaran yang longgar juga amat dipersetujui kerana memberi peluang kepada
mereka untuk menjadi warganegara Tanah Melayu.

Tetapi dengan pengenalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang menggantikan
Malayan Union, hak-hak tersebut diketepikan dengan syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih
ketat. Bantahan telah dibuat oleh kaum bukan Melayu, parti politik Melayu berhaluan kiri dan
golongan revolusioner. Ketiga-tiga pihak tidak bersetuju dengan perlembagaan Persekutuan kerana
mereka tidak diajak sama berbincang dan tidak mewakili semua kaum yang ada di Tanah Melayu.

Penilaian Pelaksanaan MU

Penentangan terhadap Malayan Union berjaya mencapai matlamatnya apabila MU diganti


dengan Persekutuan 1948. Gagasan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu
bukan sahaja mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu, malahan sultan-sultan
Melayu turut memulaukan gagasan tersebut. Gagasan tersebut menemui kegagalan disebabkan
syarat-syarat yang terkandung dalam perlembagaan tersebut amat tidak memuaskan hati kaum
Melayu, terutama berkaitan hak istimewa dan taraf kewarganegaraan yang akan menggugat
kepentingan kaum peribumi.
Akibat tentangan orang Melayu dan perakuan Edward Gent serta Malcolm MacDonald, maka
British telah menghantar satu perwakilan ahli Parlimen British yang diketuai oleh L.D. Grammant dan
D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu. Hasil daripada laporan mereka, British
bersetuju membubarkan MU dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.
Persekutuan Tanah Melayu menjadi lindungan British. Dalam perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan dikekalkan. Selain
itu, syarat kerakyatan telah diperketatkan.

Kesimpulan
Syarat di dalam Perlembagaan Malayan Union yang membelakangkan kepentingan hak orang
Melayu, kehilangan kuasa Sultan, taraf kewarganegaraan yang longgar telah memaksa perlembagaan
ini diganti dengan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang lebih bersifat tolak ansur. Dalam
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu dan kekuasaan serta
kewibawaan Sultan dikekalkan. Selain itu, syarat kerakyatan telah diperketatkan. Ini menunjukkan
muncul sifat toleransi antara kaum dan ianya dapat dilihat berdasarkan kepada isi kandungan syarat
yang terdapat di dalam kedua-dua perlembagaan yang telah dibincangkan. Hasrat ke arah
berkerajaan sendiri menjadi lebih jelas apabila kepentingan orang Melayu telah diberi perhatian oleh
British. Beberapa perubahan pentadbiran yang dibuat memberi peluang kepada orang Melayu
mentadbir dan hasilnya pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA [ KEMERDEKAAN]

Soalan 8

Sejauhmanakah faktor ancaman komunis telah mempengaruhi pembentukan Malaysia pada tahun
1963? Bincangkan.

Pengenalan

Konsep Persekutuan Tanah Melayu pada mulanya dicadangkan oleh Lord Brassey, iaitu
Pengarah Syarikat Borneo Utara British pada tahun 1887 yang merangkumi penyatuan Tanah Melayu,
Singapura dan Borneo. Pada tahun 1947 Sir Malcom Mac Donald, Pesuruhjaya Tinggi British Asia
Tenggara mencadangkan idea yang sama. Konsep negara berbentuk Persekutuan semakin menarik
perhatian apabila Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan Malaysia dalam Perhimpunan
Agong UMNO 25 Disember 1955. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,
Tunku Abdul Rahman sekali lagi mencadangkan penubuhan Malaysia, iaitu pada 27 Mei 1961.Tunku
Abdul Rahman mencadangkan Tanah Melayu,Singapura,Sabah,Sarawak dan Brunei dicantumkan
menjadi Persekutauan yang dinamai “Malaysia”. Cadangan ini telah disambut baik oleh kerajaan
British kerana salah satu tujuan penubuhan Gagasan Malaysia adalah untuk mengekang ancaman
pengaruh komunis. Namun begitu terdapat juga sebab-sebab lain yang membawa kepada
pembentukan gagasan ini.

Isi

Faktor-faktor Pembentukan Gagasan Malaysia

1. Mengekang pengaruh komunis

A. Perkembangan politik di Singapura.

Ancaman komunis merupakan masalah serius kepada negara. Masalah yang sama turut
berlaku di Singapura. Pengaruh komunis meluas di Singapura pada tahun-tahun 1950-an. Fahaman
komunis telah merebak ke sekolah-sekolah Cina dan kesatuan-kesatuan sekerja. Fahaman komunis
telah menyerap masuk ke dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah pada masa itu.
Keadaan ini memberi tekanan politik yang kuat ke atas Lee Kuan Yew. Tunku bimbang sekiranya
pengaruh komunis di Singapura tidak dibendung kemungkinan besar fahaman komunis akan
merebak ke Tanah Melayu. Kejayaan golongan komunis menguasai sebahagian ahli PAP telah
membawa kepada penubuhan Parti Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. PAP akhirnya
mengalami perpecahan sehingga mengalami kekalahan kepada Parti Sosialis dalam pilihan raya 1961
di kawasan Hong Lim dan Anson. Keadaan ini menguatkan alasan Singapura untuk menyertai
Gagasan Malaysia.

Lee Kuan Yew cuba menghapuskan golongan kiri dalam PAP dengan menyingkirkan golongan
tersebut dari PAP, namun pengaruh golongan kiri semakin berkembang. Keadaan ini
membimbangkan Tunku Abdul Rahman kemungkinan fahaman komunis akan merebak ke Tanah
Melayu. Ketidakmampuan Lee Kuan Yew membendung pengaruh komunis bukan sahaja
membimbangkan Tunku tetapi juga membimbangkan Britain dan Amerika Syarikat. Oleh itu, kedua-
dua negara itu menyokong gagasan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku.

Perkembangan politik di Sarawak.

Pengaruh komunis turut berkembang di Sarawak sejak zaman pendudukan Jepun lagi. Pihak
komunis telah menubuhkan Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut pada tahun 1947. Namun,
pertubuhan itu diharamkan setahun kemudian apabila darurat diisytiharkan. Bagi menggantikannya
sebuah pertubuhan sulit ditubuhkan iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak (SAYA). Pertubuhan ini telah
menghasut orang-orang Cina terutamanya dalam kalangan pelajar dan petani. Kesatuan sekerja dan
sekolah-sekolah Cina di luar bandar telah digunakan untuk menentang Inggeris. Antara propaganda
yang dimainkan oleh pihak komunis ialah sistem pendidikan Inggeris dikatakan mengancam
pendidikan Cina.

Pengaruh komunis semakin kuat apabila mereka berjaya menembusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak
(SUPP). Kerajan British telah melancarkan “operasi pisang” bagi membanteras komunis dalam SUPP
tetapi gagal. Semua ini telah mendorong kepada pengabungan dalam Malaysia. Selain itu, pihak
British bimbang dengan ancaman komunis dari Indonesia. Parti Komunis Indonesia (PKI) telah
merebak ke wilayah-wilayah Borneo dan ini telah mengancam kepentingan dan kedudukan British di
Sarawak. Kebimbangan semakin memuncak apabila pengaruh PKI mula merebak ke Brunei.

2. Mempercepatkan proses kemerdekaan

Penubuhan Malaysia telah mendorong mempercepatkan proses kemerdekaan Sabah, Sarawak dan
Singapura. Hal ini disebabkan negeri-negeri tersebut berada dalam satu sistem pentadbiran yang
sama, iaitu British. Malahan negeri-negeri ini mempunyai hubungan politik dan ekonomi dengan
Tanah Melayu semasa pentadbiran British. Oleh itu, Tanah Melayu, Singapura dan negeri-negeri
Borneo akan mendapat faedah keseluruhnnya semasa pemerintahan British. Jika Sabah, Sarawak,
Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan secara berasingan sebelum tahun 1963, Tunku
berpendapat negeri-negeri tersebut belum bersedia dari segi politik dan pentadbiran.
Pada masa itu Sabah dan Sarawak mempunyai Majlis Eksekutif dan Legislatif yang semuanya dilantik
oleh gabenor. Brunei pula diperintah oleh seorang Sultan. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan
ketara antara pentadbiran negeri itu dengan negeri yang wujud di tanah jajahan British yang berjiran
dengannya. Di Sarawak pilihan raya kerajaan tempatan telah diadakan pada tahun 1959 dan 1963,
manakala di Borneo Utara pilihanraya pertama Lembaga Bandaran dan Majlis Daerah diadakan pada
Disember 1962. Di Brunei pula pilihanraya Majlis Penasihat Negeri diadakan pada Ogos 1962.

Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayah-wilayah Borneo


atau bercantum dengan Tanah Melayu. Tunku berpendapat melalui percantuman dengan Tanah
Melayu rancangan komunis akan dapat digagalkan dan kemerdekaan negeri-negeri Borneo dapat
dipercepatkan. Kerajaan British telah berjanji untuk memberi kemerdekaan dalam tempoh yang
terdekat sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bersedia menyertai Persekutuan Malaysia.

3. Keseimbangan Kaum

Kemasukan negeri-negeri Borneo dalam Malaysia juga untuk mewujudkan keseimbangan komposisi
kaum. Tunku Abdul Rahman sedar bahawa kemasukan Singapura akan menimbulkan keadaan tidak
seimbang dari segi pecahan kaum di Malaysia. Hal ini disebabkan lebih 75% penduduk Singapura
adalah kaum Cina, sedangkan di Tanah Melayu, orang Melayu hanya 49% dan selebihnya orang Cina
dan India. Keadaan ini akan menggugat kedudukan orang Melayu dalam jangka panjang. Orang
Melayu berkemungkinan akan hilang kedudukan istimewa dan hak mereka akan dicabar oleh kaum
lain. Tunku Abdul Rahman berpendapat adalah perlu Sabah, Sarawak dan Brunei dimasukkan ke
dalam penubuhan Malaysia.

4. Kerjasama Ekonomi antara wilayah

Sebelum penubuhan Malaysia kemajuan ekonomi antara Tanah Melayu, Sabah, Sarawak,
Brunei dan Singapura adalah tidak seimbang. Tanah Melayu, Singapura dan Brunei lebih berkembang
pesat akibat ramai pelabur Eropah telah melabur di negeri-negeri berkenaan sedangkan ekonomi di
Sabah dan Sarawak masih mundur. Contohnya hasil ekspot bijih timah dan getah telah menyumbang
sumber pendapatan terbesar Tanah Melayu. Singapura telah berkembang pesat dalam kegiatan
perdagangan. Brunei pula kaya dengan hasil minyak. Oleh itu, penubuhan Persekutuan Malaysia
dijangka akan mewujudkan kerjasama dan kesimbangan ekonomi yang menguntungkan kepada
negeri-negeri berkenaan.

Kesimpulan:

Kesimpulannya, pembentukan Gagasan Malaysia telah dapat menyekat perkembangan pengaruh


komunis di Tanah Melayu, Singapura , Sabah dan Sarawak. Selain itu, pembentukan Gagasan
Malaysia juga mempercepatkan kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Di samping itu, penubuhan
Malaysia dapat membantu perkembangan ekonomi di Sabah dan Sarawak. Namun begitu
pembentukan Malaysia turut memberi kesan kepada hubungan serantau di Asia Tenggara
terutamanya daripada Indonesia dan Filipina. Singapura kemudiannya telah menarik diri dan keluar
daripada Gagasan pada tahun 1965.

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [SISTEM PEMERINTAHAN]

Soalan 9

Huraikan peranan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berperlembagaan dalam
sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia.

Pengenalan

Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara dalam sistem raja berperlembagaan di
Malaysia dan bidang kuasa baginda ditentukan oleh perlembagaan. Baginda berada di kemuncak di
antara ketiga-tiga bidang kuasa perundangan, eksekutif, dan kehakiman. Jawatan Yang di-Pertuan
Agong mula diwujudkan pada tahun 1957. Jawatan ini adalah unik dan satu-satunya jawatan
seumpama itu di dunia dengan seorang raja berperlembagaan memegang jawatan secara dipilih dan
bukannya dilantik seperti di negara lain yang mengamalkan sistem beraja.

Isi

Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan bertindak atas nasihat Perdana
Menteri dan Kabinet. Baginda juga berhak memperoleh maklumat tentang pemerintahan daripada
Kabinet. Tambahan pula, Baginda akan menghadiri persidangan Majlis Raja-Raja dengan diiringi oleh
Perdana Menteri untuk membincangkan dasar-dasar negara.

Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dengan Parlimen adalah seperti memanggil,


menangguh, dan membubarkan parlimen. Sebenarnya, Yang di-pertuan Agong berperanan sebagai
satu daripada tiga komponen parlimen. Baginda akan memberi titah ucapan dalam persidangan
parlimen. Di samping itu, Baginda perlu memberi persetujuan ke atas semua rang undang-undang
yang diluluskan oleh parlimen.

Selanjutnya, tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dalam bidang kehakiman negara.


Baginda akan melantik Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Tinggi, dan hakim-hakim Mahkamah
Persekutuan dan Mahkamah Tinggi mengikut nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan
Majllis Raja-Raja. Baginda juga akan memberi pengampunan kepada segala kesalahan di Wilayah
Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putarjaya), dan segala hukuman yang dijatuhkan oleh
Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan.

Seiring kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan, maka baginda
bertindak atas nasihat Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, baginda diperuntukkan kuasa budi
bicara dalam perkara-perkara berikut, iaitu kuasa melantik Perdana Menteri. Perdana Menteri yang
dilantik hendaklah mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan Rakyat. Kuasa budi bicara yang
seterusnya seperti tidak bersetuju dengan permintaan membubarkan parlimen. Baginda juga berhak
meminta diadakan satu persidangan Majlis Raja-Raja bagi membincangkan keistimewaan,
kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.

Peranan dan tanggunjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berperlembagaan dalam
sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia adalah menjadi Panglima
Tertinggi Angkatan Tentera. Baginda juga merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri Melaka, Pulau
Pinang, Sabah dan Sarawak, dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya).
Tambahan pula, seperti diperuntukkan di bawah Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di
Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan isitimewa orang Melayu dan kaum
bumiputera lain di Sabah dan Sarawak.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, peranan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja
berperlembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia
adalah sangat mustahak. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara berada di kemuncak ketiga-tiga
bidang kuasa eksekutif, kehakiman dan perundangan. Akhirnya, Baginda merupakan lambang
kedaulatan dan simbol perpaduan negara.
TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ MENILAI SUMBANGAN TOKOH ]

Soalan 10

Nilaikan sumbangan Tun Abdul Razak Bin Dato’Hussien dalam pembangunan negara.

Pengenalan

Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11
Mac 1922. Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato’ Hussein bin Mohd Taib dan Hajah
Teh Fatimah bt Daud. Beliau berkhidmat menggantikan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk
menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Tun Abdul Razak Dato’ Hussein meninggal dunia
sewaktu masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976.

Tun Abdul Razak memperoleh pendidikan di MCKK. Setelah menyelesaikan pengajiannya di


MCKK, beliau memperoleh biasiswa untuk meneruskan pengajian di Raffles College di Singapura
pada 1939 dalam bidang undang-undang, ekonomi dan sejarah selama tiga tahun untuk
mendapatkan diploma. Tun Abdul Razak memulakan kariernya dengan kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu pada tahun 1952 apabila beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada
Februari 1955, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Pahang. Pada ketika itu beliau baru sahaja
berusia 33 tahun. Pada Jun 1955, Tun Abdul Razak meletakkan jawatannya dalam kerajaan dan
bertanding dalam Pilihan Raya Umum pertama sebagai calon Perikatan. Dengan sokongan
masyarakat, Tun Abdul Razak memenangi kerusi Majlis Undangan Persekutuan Kawasan Semantan.

Isi

Kemenangan Perikatan dengan meraih 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan,


membolehkan Perikatan mentadbir negara. Sekali gus Tun Abdul Razak menjadi orang penting dalam
kabinet Tunku Abdul Rahman. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran, Persekutuan
Tanah Melayu pada 9 Ogos 1955. Sumbangannya yang terpenting sebagai Menteri Pelajaran ialah
memper-kenalkan ‘Penyata Razak’ yang intipatinya ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama dalam usaha mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu.

Langkah pertama Tun Abdul Razak sebagai Menteri Pelajaran adalah merombak sistem
pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Beliau mendapati sekolah-sekolah
Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang kelebihan. Hasil usaha
Tun Abdul Razak, melalui Penyata Razak 1956, beliau berjaya mensepadukan sistem pelajaran untuk
membina bangsa yang bersatu padu, Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yang
menjadi bahasa pengantar utama.

Tun Abdul Razak juga merupakan seorang daripada ahli Parti Perikatan yang telah ke London
bersama rombongan kemerdekaan. Beliau telah menjadi perunding dalam rundingan tersebut pada
1956 yang pulang membawa kejayaan apabila British menjanjikan kemerdekaan Tanah Melayu pada
31 Ogos 1957.

Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Tun Abdul Razak dilantik sebagai Timbalan
Perdana Menteri. Selepas pilihan raya umum 1959, Tun Abdul Razak menjadi Menteri Pembangunan
Luar Bandar di samping memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.
Selama 10 tahun beliau memegang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar, beliau telah berjaya
membasmi buta huruf dalam kalangan tiga juta rakyat.

Sebagai Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak membawa perubahan kepada Angkatan Tentera
dengan melengkapkannya dengan senjata yang moden dan cekap. Selain itu, beliau yang mempunyai
pengalaman dalam perang gerila dan mengenali taktik pengganas komunis telah melancarkan
gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga zaman darurat. Beliau juga melancarkan Relawan
Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tentera untuk menjamin keselamatan rakyat.

Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya
umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh
negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan.
Tun Abdul Razak dilantik oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah
MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan.

Sumbangan Tun Abdul Razak yang paling penting adalah berusaha membangunkan Malaysia.
Tujuan Tun Abdul Razak adalah untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Oleh itu,
beliau telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang merangka pembangunan negara secara
berperingkat melalui Rancangan-rancangan Malaysia dari 1970 hingga 1990.

Oleh itu beliau berusaha meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan
Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA. Penubuhan Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development Authority (FELDA) merupakan idea
cetusan Tun Abdul Razak yang bertujuan untuk meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih cekap
dan berkesan. Antara projek terawal yang dilaksanakan oleh FELDA ialah pembukaan rancangan
tanah Lembah Bilut (1957) yang meliputi kawasan seluas 22 batu persegi melibatkan perbelanjaan
sebanyak $2.5 juta. Melalui rancangan ini setiap peserta diberi tanah seluas tujuh ekar bagi tanaman
getah dan tiga ekar tanah dusun. Hari ini FELDA telah menjadi sebuah organisasi raksasa dengan
pembukaan lebih setengah juta hektar tanah dan lebih daripada setengah juta orang mendapat
manfaat dari FELDA.

Tun Abdul Razak juga telah merangka Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip pada 31
Ogos 1970. Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat murni ke arah
membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik, adil, saksama, liberal dan
progresif.

Di arena antarabangsa, Tun Abdul Razak juga adalah orang yang bertanggungjawab berunding
dengan Indonesia untuk menamatkan ‘konfrantasi’ yang dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia
yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Beliau juga mewakili Malaysia ke Rundingan
Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963. Beliau banyak menjadi wakil untuk sebarang rundingan,
mesyuarat dan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar. Tun Abdul Razak juga telah
mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Kesimpulan

Beliau telah dianugerahkan gelaran sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Beliau merupakan
seorang negarawan yang telah mengabadikan kehidupannya untuk kemakmuran dan kemajuan
rakyat serta negara Malaysia. Beliau juga adalah seorang pemimpin ulung yang berjiwa besar dan
setia.
TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ WAWASAN 2020 ]

Soalan 11

Sejauhmanakah cabaran mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang perlu dihadapi oleh negara
Malaysia dalam usaha merealisasikan wawasan 2020.

Pengenalan

Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju
menjelang tahun 2020. Idea wawasan ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri keempat, iaitu Tun
Dr Mahathir bin Mohamad. Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan negara ini sebagai
sesebuah negara industri yang maju dan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Terdapat
beberapa perkara asas yang perlu dititik beratkan untuk mencapai kemajuan bersepadu seperti
perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai moral dan etika,
kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa serta semangat yakin diri bangsanya. Terdapat
Sembilan cabaran yang perlu dihadapi oleh negara Malaysia bagi merealisasikan Wawasan 2020.

Isi

a) Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang

Merujuk kepada sistem sosial yang meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan
individu dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu, tetapi di sekeliling sistem
kekeluargaan yang kukuh.

Masyarakat penyayang akan hidup muafakat, saling memahami, hormat menghormati dan
saling membantu antara satu sama lain. Masyarakat berbudaya penyayang mengutamakan
kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri sendiri.

Asas pembentukan masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, kasih sayang dalam
kekeluargaan dan amalan nilai-nilai murni. Hubungan sesama manusia dalam masyarakat juga
ditekankan dalam agama.

Kasih sayang dalam masyarakat bermula daripada kasih sayang yang terjalin dalam keluarga.
Hubungan baik sesama manusia amat ditekankan dalam agama. Budaya tradisi yang penuh dengan
nilai-nilai murni perlu ditonjolkan dan dihayati semula untuk memupuk masyarakat yang bersifat
penyayang.

b) Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu

Malaysia menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum dengan
rakyat hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil serta didokong oleh satu bangsa
Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
Asas kekuatan penting untuk kejayaan sesebuah negara ialah perpaduan yang menjadi
cabaran pertama Wawasan 2020.

Semua ini telah dilakukan melalui pelbagai dasar kerajaan sepanjang tiga dekad lalu seperti
Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, dan Dasar Pembangunan Nasional sebagai usaha mewujudkan perpaduan kaum dan
rakyat yang beridentitikan Malaysia.

c) Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram, dan keyakinan

Masyarakat Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha untuk mencapai kecemerlangan, sedar
terhadap semua kemampuan yang ada, tidak mudah mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh
rakyat negara lain.

Masyarakat Malaysia perlu berbangga dengan pencapaian dan berani menghadapi pelbagai masalah.

Rakyat Malaysia yang memiliki dan menghayati ciri-ciri tersebut akan menjadi sebuah bangsa gagah
yang sentiasa berusaha untuk memajukan negara sehingga dapat mengangkat martabat bangsa dan
negara di persada antarabangsa serta mampu mematahkan serangan musuh dengan mudah.

d) Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang

Malaysia perlu mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang dan prinsip demokrasi
yang menjadi amalan boleh dijadikan contoh oleh kebanyakan negara membangun yang lain.Sebuah
masyarakat yang matang dapat dilahirkan sekiranya dipupuk dan dibina. Masyarakat demokratik
memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan.Rakyat yang rasianol akan menggunakan hak-hak
demokrasi dengan bijak . Perasaan tidak puas hati dan teguran disalurkan melalui saluran tertentu
secara berhemah dan bersifat membina.

e) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika

Etika melibatkan tingkah laku atau perangai yang berkait rapat dengan tabiat dan kelakuan
manusia. Tabiat dibina di atas tiga unsur, iaitu ilmu, kemahiran, dan keinginan. Bagi membentuk etika
yang baik, seseorang perlu mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keinginan yang
tinggi.Ketiga-tiga unsur penting itu perlu diasah dan dipupuk sekaligus dihayati bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang dinamik dan berusaha untuk meningkatkan hasil kerja yang
cemerlang.Kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang, keberkesanan
sistem pendidikan, dan keunggulan sistem kekeluargaan juga menjadi sumber untuk membina
sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika.Falsafah Pendidikan Negara contohnya, bertujuan
untuk melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis.
f) Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertolenrasi

Masyarakat yang matang mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara
melulu.Mereka akan membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka menerima
perubahan dan pandangan orang lain.Masyarakat yang bertolenrasi dapat digambarkan melalui
kebebasan yang dianuti oleh setiap rakyat untuk mengamalkan adat resam, kepercayaan, dan
kebudayaan masing-masing tanpa menjejaskan kesetiaan kepada negara.Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan merupakan langkah ke
arah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertolenrasi.

g) Mewujudkan masyarakat yang maju dan saintifik

Masyarakat maju ialah masyarakat progresif yang dapat menyerap segala perubahan
persekitaran agar dapat mencapai kecemerlangan. Masyarakat yang maju tidak boleh terpisah
daripada masyarakat saintifik. Penguasaan ilmu pengetahuan berunsurkan sains dan teknologi
merupakan ukuran kemajuan sesuatu bangsa.Masyarakat yang maju dan saintifik mempunyai budaya
ilmu yang menjana produktiviti, kreativiti dan inovatif.Malaysia seharusnya mempunyai daya
perubahan tinggi dan memandang ke hadapan dan turut sama menyumbang kepada tamadun
saintik dan teknologi masa depan.

h) Menjamin masyarakat yang adil dan saksama dalam bidang ekonomi

Pengagihan kekayaan negara dilaksanakan secara adil dan saksama dengan mewujudkan
perkongsian secara bersama dalam segenap masyarakat. Masyarakat yang dibentuk itu akan
menghapuskan pengenalan kaum yang berdasarkan fungsi ekonomi yang diwarisi dari zaman
penjajah serta kemunduran kaum dari sudut ekonomi.Kerajaan telah melaksanakan pelbagai
rancangan pembangunan ekonomi untuk menjamin keadilan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup
rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Rancangan Pembangunan
Lima Tahun.

i) Memupuk dan membina masyarakat yang makmur

Masyarakat yang makmur ialah masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf
hidup yang tinggi.Masyarakat makmur juga bermaksud tidak ada anggota masyarakat yang hidup
dalam kemiskinan. Pendapatan isi rumah dan pendapatan negara juga berada pada tahap yang
tinggi. Malaysia perlu mempunyai kekuatan ekonomi untuk bersaing, dinamik, giat, dan kental dalam
menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang untuk menjadi masyarakat yang makmur.

Kesimpulan

Kesimpulannya, Wawasan 2020 akan terus memacu kemajuan negara. Dasar-dasar kerajaan
adalah bertujuan merealisasikan Wawasan 2020. Kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama
pembangunan negara dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara.
TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ PERHUBUNGAN LUAR ]

Soalan 12

“Malaysia telah banyak memainkan peranan dan sumbangan dalam ASEAN sejak penubuhannya
hingga tahun 1990-an”.Bincangkan pernyataan ini.

Pengenalan

Dasar luar negara Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan negara
jiran tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini, iaitu ASA dan
MAPHILINDO gagal. Usaha ini akhirnya berhasil setelah Deklarasi Bangkok dimeterai pada 8 Ogos
1967 yang membawa kepada penubuhan Association of South East Asian Nations (ASEAN).

Isi

Peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN

Malaysia merupakan negara terawal menyedari kerjasama serantau demi keselamatan negara-
negara serantau di Asia Tenggara dan mencatuskan idea penubuhan ASEAN.Kesedaran Malaysia
adalah berdasarkan scenario politik,ekonomi dan sosial rantau Asia Tenggara rata-rata negaranya
baru merdeka, mengalami ketidakstabilan politik, warisan ekonomi penjajah yang tidak seimbang,
perpecahan penduduk dan keadaan sosial yang tidak kukuh.

Dalam Mesyuarat Menteri –Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada November 1971,
Deklarasi Kuala Lumpur telah ditandatangani bagi mewujudkan zon aman , bebas, dan berkecuali
(ZOPFAN).Tujuan penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di
rantau Asia Tenggara dengan tidak bersekongkol dengan mana –mana kuasa besar sama ada dari
blok Barat atau blok Timur.

Konsep ZOPFAN teruji apabila Veitnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978 dan
menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN berusaha mengatasi masalah ini dengan mengadakan
mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera
Norodom Sihanouk.Melaysia telah memainkan peranan sebagai orang tengah dalam isu Kemboja ini.
Veitnam telah bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan dan mesyuarat ini telah diadakan di
Kuala Lumpur pada tahun 1982.

Dalam mesyuarat pada tahun 1984,Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa
ASEAN merupakan Zon Bebas Senjata Nuklear melalui Perjanjian SEANWFZ.Ini bermakna rantau ini
tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan serta kemudahan pelabuhannya untuk
mengangkut bahan atau senjata nuklear.

Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi,namun perkembangan ke


arah kerjasama ekonomi agak perlahan.Negara-negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam
projek perindustrian,contohnya Projek Baja Urea di Bintulu (Sarawak) dan Acheh (Indonesia).
Kerjasama ekonomi ASEAN juga cuba dilaksanakan melalui ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang
telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992.

Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop kerjasama
ekonomi dengan melibatkan China ,Jepun, dan Korea Selatan. Idea yang dikemukakan oleh Tun
Dr.Mahathir Mohamad dikenali sebagai East Asian Economic Caucus(EAEC).

Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara-negara maju terutamanya Amerika
Syarikat, tetapi usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secara tidak rasmi terus
diadakan melalui konsep ASEAN +3. Konsep ASEAN +3 ini merujuk pada kerjasama yang ingin
diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara-negara Timur,iaitu China, Jepun, dan
Korea.Menteri-Menteri Luar negara tersebut dijemput menghadiri siri perbincangan tentang
kerjasama yang ingin diwujudkan.

Dalam bidang sosial, kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tubuhnya
Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).Contohnya,pembinaan Pusat Serantau
untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang,Malaysia.Kerjasama lain yang dibuat atas
semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival
kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.Sukan SEA juga diadakan
untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan.Dalam bidang pelancongan,
kerjasama dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.

Kesimpulan

Peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat dalam
menjalin kerjasama serantau .Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyak rancangan
yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama.
SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA

[1800 – 2000]

BAHAGIAN B : SEJARAH ASIA TENGGARA

TEMA 1 : MASYARAKAT [ INSTITUSI PEMERINTAHAN ]

Soalan : Sejauh manakah peranan raja dan pembesar dalam sistem pemerintahan di Thailand
sebelum kedatangan kuasa Barat

Pengenalan

Sebelum campur tangan kuasa-kuasa Barat pada abad ke-19, negara-negara Thailand telah
mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Sistem ini meletakkan raja sebagai ketua pemerintahan
tertinggi sesebuah negara, pemimpin yang paling berkuasa , dan menjadi perantara rakyat dengan
tuhan serta menguasai seluruh ekonomi negara dan menjadi golongan yang menduduki lapisan
teratas dalam stratifikasi sosial masyarakatnya. Raja merupakan pemimpin kerajaan dan dianggap
devaraja iaitu wakil dewa dan jelmaan tuhan di bumi untuk memimpin. Raja-raja di Thailand bukan
sahaja memainkan peranan yang sangat penting dalam aspek politik, ekonomi , sosial, dan agama
bahkan raja berperanan sebagai simbol penyatuan rakyat di samping menjaga keamanan dan
mentadbir negara dengan bantuan golongan pembesar .

Isi

Peranan Raja dari segi politik:

Seorang ketua pentadbir yang berkuasa mutlak.Berkuasa melantik pembesar. Raja dianggap
sebagai dewaraja yang dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha. Kedudukan raja disahkan oleh
golongan Brahmin bertanggungjawab menjalankan pelbagai upacara keagamaan. Raja melantik
golongan Brahmin sebagi penasihat agama. Raja sebagai penggubal undang-undang .Titah raja
menjadi undang-undang yang perlu dipatuhi. Raja berkuasa menjatuhkan hukuman bunuh tanpa
dipersoalkan

Peranan Raja dari segi social

Raja sebagai sebagai pelindung kepada rakyat. Raja sebagai lambing perpaduan masyarakat
tempatan sesuai sebagai penaung kepada pengembangan agama Buddha. Raja dikenali sebagi Tuhan
kehidupan sesuai dengan konsep Dharmaraja dengan pelbagai gelaran seperti Dhaoi Chiwit (Raja
Nyawa) dan Chao Phaendin (Tuhan Tanah)
Peranan raja dari segi Ekonomi

Raja berkuasa ke atas semua tanah kerajaan dan menganugerahkan tanah kepada kerabat
diraja untuk ditadbir. Raja menguasai sumber ekonomi – pungutan cukai, hasil pertanian , dan
kegiatan perdagangan – Raja berkuasa ke atas balak dan beras. Bagi menjamin bekalan ekonomi dan
kawasan pedalaman berterusan Raja Thailand mewujudkan hubungan baik dengan kawasan
pengeluran ekonomi. Raja melantik pegawai untuk menguruskan kegiatan ekonomi bagi
pihaknya.Raja bertanggungjawab menentukan dasar ekonomi negara. Raja menentukan hubungan
diplomatik untuk tujuan perdagangan. Raja berkuasa mutlak ke atas nyawa, tanah dan harta rakyat

Peranan pembesar

Di Thailand pembesar golongan bangsawan ( Nai ) yang digelar Khunnang dan kerabat diraja
dipanggil Chao. Pembesar pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja dan melaksnakan tugas-tugas
dalam bidang kuasa sebelum kedatangan Barat. Kedudukan pembesar sangat penting selepas raja
dalam hieraki pemerintahan kerana membantu raja dalam urusan pemerintahan. Raja tidak
berupaya untuk melaksanakan urusan pemerintahan secara bersendirian. Pembesar di Thailand
merupakan wakil kepada raja dalam menjalankan pemerintahan. Peranan pembesar diberi kuasa
untuk mentadbir wilayah bagi pihak raja seperti Samuha Nayok. Peranan pembesar
bertanggungjawab terhadap hal ehwal tanah, hal ehwal istana dan kewangan bagi melicinkan
pentadbiran

Kesimpulan

Peranan raja amat penting dalam pemerintahan di Thailand. Selain peranan raja , peranan
pembesar juga penting dalam menguruskan pentadbiran di Thailand.Selepas kedatangan British di
Thailand, sistem pemerintahan beraja masih dikekalkan, namun menerima perubahan iaitu apabila
Rama VII , Raja Prajadhipok menerima sistem pemerintahan raja berpelembagaan dan sistem ini
terus kekal sehingga sekarang.
TEMA 1 : MASYARAKAT [ INSTITUSI PEMERINTAHAN ]

Soalan 2

Pihak penjajah telah menguasai pentadbiran di Vietnam, kesannya kuasa pembesar tempatan telah
tergugat. Bincangkan peranan pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Barat.

Pengenalan

Golongan pembesar memainkan peranan yang penting dalam tampuk pemerintahan


sesebuah negara. Merupakan tulang belakang dalam sistem politik sesebuah negara kerana mereka
bertanggungjawab dalam membantu pemerintahan yang dijalankan oleh raja atau maharaja.
Golongan pembesar di Vietnam merupakan pegawai kerajaan yang dilantik oleh maharaja untuk
melaksanakan tugas-tugas tertentu. Sistem pembesar di Vietnam terbahagi kepada beberapa kelas
atau peringkat dan mempunyai gelaran tertentu. Pembesar kanan merupakan golongan yang paling
rapat dengan maharaja dan mendapat kepercayaan. Diikuti oleh pembesar wilayah atau daerah dan
akhir sekali pembesar peringkat kampung.

Isi

Terdapat perbezaan yang agak ketara antara pembesar Vietnam berbanding dengan pembesar
tempatan di negara-negara lain di Asia Tenggara. Vietnam di bawah Maharaja Gia Long merupakan
sebuah kerajaan pusat san segala urusan kerajaan berpusat di Hue. Mereka tidak berhak memungut
cukai, manakala gaji mereka dibayar oleh Maharaja. Kuasa pemerintahan dan kutipan cukai terletak
pada golongan Mandarin atau Quan yang mendapat pangkat dalam ajaran Confucius.

Kelayakan penting dalam melantik seorang pembesar. Pendidikan yang diutamakan adalah
sistem pelajaran Confucius yang mementingkan daya ingatan dan hafalan. Hanya pemilik ijazah
kedoktoran sahaja diberikan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Sistem pembesar pada zaman Dinasti Nguyen merupakan satu sistem pentadbiran yang
sistematik dan efisien. Maharaja Gia Long dibantu oleh enam Kementerian atau Quan yang diketuai
oleh golongan Mandarin. Kementerian tersebut ialah Kementerian Hal Ehwal Awam, Kementerian
Kerja Raya, Kementerian Upacara,Kehakiman,Kewangan dan Peperangan. Kesemua Quan
mempunyai kedudukan istimewa dalam sistem pentadbiran kerajaan.

Terdapat sebuah Noi Cac atau Majlis Tertinggi yang dipengerusikan oleh Maharaja dan Enam
orang Ketua Quan. Bertanggungjawab memberi pandangan kepada Maharaja dalam semua hal yang
berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran. Majlis ini juga medan dalam menyelesaikan
masalah dan perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat kementerian.
Di peringkat daerah, golongan pembesar menjalankan tugas demi melicinkan pentadbiran
daerah.Tugas utama mereka ialah menjaga keselamatan dan ketenyeraan wilayah serta mengutip
cukai. Tugas utama ialah menjaga keselamatan dan ketenteraan wilayah serta mengutip cukai.
Mereka juga wajib menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat. Mereka perlu menyelesaikan
hal-hal berkaitan dengan kehakiman. Pembesar wilayah mengambil dan melatih tentera untuk
mempertahankan negara.

Golongan pembesar yang paling rendah kuasa ialah pembesar peringkat kampung atau
Komun.Mereka mendapat kepercayaan daripada kerajaan pusat untuk menjaga keamanan ,
ketenteraan dan penguatkuasaan undang-undang di kampong masing-masing.

Kesimpulan:

Sistem pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Perancis merupakan satu sistem yang
tersusun dan sempurna. Dalam corak pentadbiran Perancis , Mandarin yang tidak berkhidmad
dengan penjajah akan dipindahkan ke Annam. Pentadbiran peringkat tertinggi diambil alih oleh
pegawai Perancis. Jawatan rendah diisi penduduk tempatan yang menerima pendidikan Perancis.
Kesannya golongan Mandarin kehilangan kuasa.
TEMA 1 : MASYARAKAT [ SISTEM SOSIAL]

Soalan 3

Sistem sosial yang diamalkan oleh masyarakat di Vietnam dan Indonesia menunjukkan pembahagian
lapisan masyarakat yang jelas. Bandingkan susun lapis masyarakat di kedua-dua buah negara tersebut.

Pengenalan

Masyarakat di Vietnam dan Indonesia mengamalkan sistem sosial yang berasaskan sistem
feudal, berbentuk piramid dan bersusun lapis. Susun lapis masyarakatnya, terdiri daripada golongan
pemerintah dan golongan yang diperintah. Di Vietnam susun lapis masyarakatnya banyak
dipengaruhi daripada sistem feudal di China dan ajaran Confucius. Manakala di Indonesia mengikut
kerajaan yang memerintah. Susun lapis ini semakin jelas selepas kemunculan kerajaan Islam di
Sumatera dan Pulau Jawa.

Isi

1. Persamaan

Raja kedua-dua masyarakat berada pada kedudukan paling atas dalam susun lapis masyarakat dan
berkuasa mutlak.Raja mewarisi takhta secara warisan.Raja dianggap suci dan perlu ditaati. Di
Vietnam seorang raja wajib mendapat pendidikan Confucius dan bertanggungjawab kepada rakyat .
Di Acheh raja merupakan ketua agama Islam dan menjadi pelindung kepada rakyat.

Golongan bangsawan merupakan kumpulan yang paling dipercayai oleh raja dan mempunyai
kedudukan yang baik/ istimewa dalam masyarakat. Jawatan penting dalam kerajaan dikuasai oleh
golongan ini.Mereka bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga kebajikan masyarakat , mengetuai
upacara agama dan menjalankan tugas raja. Di Vietnamgolongan ini lebih dikenali sebagai golongan
Quan atau mandarin. Mereka terdiri daripada golongan cendiakawan yang mesti lulus peperiksaan
awam.Di Acheh golonagan ini lebih dikenali sebagai Uleebalang yang sangat dihormati oleh
masyarakat kerana ketinggian ilmunya dan menjadi tempat rujukan masyarakat setempat, selain
daripada ulama.

Rakyat merupakan golongan paling bawah. Kebanyakan daripada mereka adalah petani yang
mengusahakan tanah golongan bangsawan. Mereka juga menjalankan kegiatan pertanian secara sara
diri khususnya penanaman padi sawah di samping aktiviti kelautan.

2. Perbezaan

Susun lapis masyarakat di Vietnam terikat dengan ajaran Confucius dan Buddha. Manakala di
Acheh dan Mataram dipengaruhi oleh ajaran Islam.
Di Vietnam berlakunya mobiliti masyarakat dalam kalangan rakyat biasa sekiranya mereka
lulus peperiksaan awam China.Mereka berpeluang menjadi pegawai tinggi kerajaan.Di
Indonesia tidak berlakunya mobiliti sosial dalam kalangan rakyat.

Maharaja Vietnam dianggap sebagai anak syurga atau wakil tuhan yang dapat mandat dari
syurga untuk memerintah di muka bumi. Manakala sultan atau raja di Indonesia( Acheh dan Jawa )
merupakan khalifah Allah dalam memerintah sesebuah kerajaan Islam.Di Pulau jawa sultan dianggap
istimewa, mempunyai sifat luarbiasa, dianggap berdaulat serta tidak boleh diderhakai.

Golongan mandarin/ bangsawan di Vietnam merupakan cendiakawan yang lulus peperiksaan


awam di China dan mampu menguasai ajaran Confucius dengan baik.. Manakala priyayi di pulau jawa
mewarisi daripada keturunan keluarga diraja atau kerabat diraja.

Kesimpulan

Susun lapis kedua-dua masyarakat jelas menunjukkan pembahagian antara golongan yang
memerintah dan diperintah. Susun lapis ini mengalami perubahan apabila penjajah Barat
memperkenalkan sistem pentadbiran/ dasar mereka dikedua-dua negara.
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [PELUASAN KUASA ASING]

Soalan 4

Bincangkan peristiwa yang membawa kepada tercetusnya Perang Inggeris-Myanmar 1 pada tahun
1824.

Pengenalan

Merupakan peristiwa penting, sebagai titik peralihan dlm sejarah negeri Burma. Tamat Dasar
Pemencilan dan mengakui keutuhan kuasa-kuasa Barat.

Isi

Sebab-sebab berlaku Peperangan :

(i) Dasar Perluasan Wilayah oleh Burma :

Pada tahun 1784, Burma menakluki Arakan menyebabkan orang Arakan melarikan diri ke
Benggala. Mereka menggunakan Chittagong untuk menyerang balas orang-orang Burma. Tentera
Burma sering memasuki wilayah India kerana memburu orang Arakan, menimbulkan masalah
sempadan.

(ii) Kegagalan Hubungan Diplomatik :

Pihak British di India berusaha menyelesaikan pertikaian. British menghantar perwakilan ke


Burma pada tahun 1796, tahun 1798 dan tahun 1803 tetapi gagal. Burma enggan mengadakan
hubungan yang sama taraf.

(iii) Pemberontakan Chin Byan, 1811 :

Burma menuduh British memberi bantuan kepada pemberontak, hubungan menjadi tegang.
British menghantar John Canning bagi menyelesaikan pertikaian.

(iv) Campur Tangan Burma di Assam, Manipur dan Cachar

Pada tahun 1817, Burma campur tangan di Assam. Raja Bagidaw mengarahkan Jeneral
Bandula menakluki Assam. Seterusnya Burma campur tangan di Manipur dan Cachar. Raja Manipur
dan Cachar meminta bantuan British.
(v) Penaklukan Pulau Shahpuri pada tahun 1823 :

Pada tahun 1823, Burma menawan Pulau Shahpuri, dibantah oleh British. Burma membuat
persiapan untuk berperang.Pada tahun 1824, British mengisytiharkan perang ke atas Burma.

Perjanjian Yandabo, 1826 :

Burma kehilangan wilayah Assam, Arakan dan Tenasserim.Burma tidak akan campur tangan di
wilayah2 British.Burma bersetuju menerima Residen British dan menghantar wakilnya ke
Culcutta.Burma akan membayar ganti rugi kpd British.

Kesimpulan

Sikap agresif dan keengganan mengadakan hubungan dengan British merupakan sebab
utama.Malangnya hubungan British-Burma tetap renggang, meletus semula peperangan.
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [PENENTANGAN TERHADAP KUASA ASING]

Soalan 5

Pangeran Diponegoro telah memainkan peranan penting dalam gerakan penentangan terhadap
pemerintahan Belanda di Pulau Jawa pada awal abad ke -19. Bincangkan

Pengenalan

Penglibatan Belanda di Indonesia telah mencetuskan tindak balas daripada penduduk tempata

n khususnya di Jawa, Sumatera, Acheh dan Maluku. Perang Diponegoro atau Perang Jawa merupakan
penentangan terbesar rakyat Indonesia terhadap pemerintahan Belanda. Pemimpin utama
penentangan ini ialah Diponegoro iaitu seorang putera dari keluarga Diraja Jogjakarta. Perang ini
meletus dari tahun 1825 hingga 1830 dan dilihat sebagai gerakan nasionalisme peringkat awal di
Indonesia. Terdapat beberapa sebab Diponegoro memimpin gerakan menentang pemerintahan
Belanda

Isi

i) Masalah pewarisan takhta kerajaan

Diponegoro merupakan putera sulung kepada Sultan Amangku Buwono III. Beliau sepatutnya
mewarisi takhta pemerintahan selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 1814. Diketepikan
atas alasan ibunya orang kebanyakan. Adik tirinya iaitu Djarot telah ditabalkan sebagai pemerintah
kerajaan dengan gelaran Sultan Amangku Buwono 1V oleh Stamford Raffles. Raffles berjanji akan
melantiknya selepas kemangkatan Djarot. Selepas kemangkatan Djarot pada tahun 1822, beliau
sekali lagi diketepikan sebagai pemerintah. Belanda melantik waris Djarot iaitu Raden Menol yang
berusia dua tahun sebagai pemerintah Jogjakarta. Diponegoro hanya dilantik sebagai pemangku
sultan sehingga Raden Menol berusia 21 tahun. Diponegoro merasakan Belanda telah
mempermainkannya dan cuba melancarkan pemberontakan ke atas pihak Belanda

ii) Pembatalan Kontrak Sewa Tanah

Kontrak Sewa tanah telah diperkenalkan oleh Stamford Raffles di Pulau Jawa pada tahun 1811 –
1816. Kontrak ini membenarkan orang-orang Cina dan Eropah mengikat kontrak dengan golongan
bangsawan tempatan untuk menyewa tanah milik mereka di Pulau Jawa. Sistem ini memperlihatkan
keadaan petani yang mengusahakan tanah-tanah ini menjadi buruh paksa bagi orang Eropah dan
Cina. Belanda melihat system ini sebagai satu penindasan terhadap golongan petani lalu
membatalkannya atas arahan Van der Capellan. Pembatalan tersebut menimbulkan perasaan tidak
puas hati dalam kalangan bangsawan kerana mereka kehilangan punca pendapatan. Pembatalan ini
juga menyebabkan pengusaha Eropah dan Cina memulangkan semula tanah kepada tuan tanah dan
meminta wang pendahuluan mereka dikembalikan. Golongan bangsawan gagal memulangkan wang
pendahuluan tersebut kerana telah habis dibelanjakan. Keadaan ini juga turut melibatkan Pangeran
Diponegoro yang terpaksa membayar ganti rugi kepada penyewa tanah di kebun kopinya sebanyak
60 ribu rial. Hal ini menyebabkan Diponegoro tidak berpuas hati kerana beliau terpaksa
mengerahkan petani bekerja lebih kuat untuk beliau membayar kembali tuntutan tersebut.Keadaan
ini juga menyebabkan petani tidak berpuas hati dengan dasar baharu Belanda ini.

iii) Ratu Adil atau Putera Pembebas

Diponegoro seorang yang alim dan dianggap sebagai pemimpin agama oleh masyarakat tempatan.
Beliau juga menganggap dirinya membawa wahyu Allah untuk berjihad menentang penjajah iaitu
menghalau orang kafir dari tanah airnya. Tujuannya adalah untuk memulihkan pemerintahan Islam di
Pulau Jawa yang dianggap telah tercemar dengan kedatangan Belanda dan agama Kristian. Beliau
juga dianggap sebagai ulama dan digelar ‘Ratu Adil’ yang bermaksud ‘Putera Pembebas’ yang akan
menyelamatkan umat Islam daripada penindasan dan kekejaman penjajah Belanda. Justeru,
Diponegoro telah memimpin kumpulan penentang yang terdiri daripada masyarakat tempatan dalam
melancarkan perang jihad ke atas Belanda

iv) Pembinaan jalan merentasi makam diraja

Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina sebatang jalan dari Jogjakarta ke Mangelang
melalui tanah Diponegoro dan juga makam raja-raja Jogjakarta, iaitu makam nenek moyangnya yang
dianggap keramat.Beliau berasa terhina malah berpendapat tindakan Belanda sebagai penghinaan
terhadap keluarganya dan juga mencabuli kesucian Islam. Diponegoro telah mengambil tindakan
mencabut papan tanda pembinaan jalan tersebut dan digantikan dengan mata tombak serta
merosakkan peralatan untuk pembinaan jalan tersebut. Tindakan Diponegoro ini merupakan sebab
semerta yang membawa kepada meletusnya Perang Jawa pada bulan Julai 1825.

v) Diponegoro mengetuai penentangan

Belanda menjemput Diponegoro untuk berunding sebaliknya beliau menghantar wakilnya Pangeran
Mangkabumi.Belanda tidak berpuashati dan mengarahkannya ditangkap tetapi gagal. Diponegoro
melarikan diri ke hutan dan menggunakan taktik perang gerila untuk menentang Belanda. Pasukan
Diponegoro kemudiannya menyerang pertahanan Belanda di Jogjakarta dan mencapai kemenangan.
Residen Jogjakarta kemudiannya menawarkan perdamaian kepada Diponegoro namun tidak
diendahkannya. Pada 1830 Diponegoro bersedia untuk berunding dengan Belanda namun
ditangguhkan kerana bulan puasa. Ketika rundingan pada Hari Raya Aidilfitri 1830 beliau telah
ditangkap dan dibuang negeri ke Makasar, Sulawesi dan mangkat di sana pada 1855
Kesimpulan

Diponegoro telah memainkan peranan penting dalam penentangan terhadap pemerintahan Belanda
di Pulau Jawa. Ketokohan peribadinya serta kedudukannya sebagai putera raja ditambah dengan
sentiment antiasing dan penindasan yang dilakukan orang Cina menjadikan rakyat tempatan
menyahut usaha Diponegoro menentang pihak Belanda. Walaupun penentangan ini gagal
menggulingkan pemerintahan Belanda namun ianya telah berjaya membangkitkan semangat
nasionalisme rakyat Indonesia khususnya di Pulau Jawa menentang penjajahan asing.
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ PENGUBAHSUAIANDALAM PENTADBIRAN, EKONOMI DAN
PENDIDIKAN ]

Soalan 6

Penguasaan kuasa asing terhadap Indonesia menyebabkan berlaku perubahan dalam pentadbiran
tempatan dan membawa kesan yang signifikan dalam pentadbiran kedua-dua negeri tersebut.
Jelaskan

Pengenalan

Pada abad ke-17, kepulauan Indonesia telah mengalami perubahan dalam pentadbirannya
dengan kehadiran Belanda yang berpusat di Betawi(Jakarta). Pada tahun 1799, pihak Belanda telah
membubarkan Syarikat Hindia Timur Belanda dan melantik seorang Gabenor Jeneral bagi menyusun
semula pentadbiran di Pulau Jawa.

Isi

Dengan kedatangan Belanda, pemerintah tempatan semakin terhimpit. Pentadbiran yang


diperintah oleh sultan tidak dapat mengawal pepecahn dalam kerajaan Mataram. Perpecahan ini
melibatkan pemerintahan Susuhunan di Surakarta dan sebuah lagi di bawah pimpinan Sultan Deyok
di Jakarta. Pihak Belanda cuba mengawal institusi ketua daerah (bupati) di Jawa. Pihak Belanda cuba
mengurangkan peranan dan pengaruh golongan Bupati.

Pada tahun 1819, Baron Van Der Capellan dilantik sebagai Gabenor Jeneral.Pembaharuan yang
dibuat oleh Capellan telah membangkitkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduj
tempatan kerana tindakannya yang menamatkan system kontrak sewa tanah yang dibuat oleh
golongan bangsawan Jawa.

Golongan bangsawan menghadapi kesulitan untuk menyelesaikan hutang akibat pembalatan


kontrak sewa tanah tersebut manakala petani pula hilang pekerjaan.

Perasaan tidak puas hati ini sampai kemuncaknya apabila berlaku Perang Jawa pada tahun
1825 hingga 1830 di Jogjakarta dan Surakarta di bawah pimpinan Diponegoro.

Sistem Tanaman Paksa telah diperkenal selepas tamatnya Perang Jawa pada tahun 1830.
Melalui system ini, Belanda menggunakan sepenuhnya keuntungan yang diperoleh untuk membayar
hutang dan memulihkan ekonomi negaranya tanpa melakukan apa-apa perubahan terhadap rakyat
Indonesia yang tertindas.

Dasar Liberal yang diperkenalkan pada tahun 1870 bertujuan untuk membuka Pulau Jawa
kepada perdagangan bebas dan memperbaik taraf hidup petani.
Dasar Etika pula diperkenalkan bagi menggantikan Dasar Liberal yang gagal menyelesaikan
masalah petani di Jawa.Melalui Dasar Etika beberapa pembaharuan telah dibuat. Sebagai contoh,dari
segi pentadbiran, Undang-undang Pembahagian Kuasa Pusat,(1903) telah diwujudkan.Mengikut
undang-undang ini, sebuah Majlis Perbandaran dan Daerah akan ditubuhkan.

Majlis Perbandaran dan Daerah akan dianggotai oleh pegawai Belanda,orang Indonesia, dan
orang Cina.

Pengalaman Perang Jawa menyebabkan Gabenor Jeneral cuba berbaik-baik semula dengan
pembesar tempatan.Pada tahun 1874, system pentadbiran tempatan disusun semula. Proses melatih
penduduk tempatan dalam bidang politik dimulakan dengan penubuhan Volksraad (Dewan Rakyat)
dan mempunyai ahli seramai 39 orang yang dilantik oleh raja Belanda.

Kesimpulan

Perubahan pentadbiran yang diperkenal oleh Belanda di Indonesia telah menimbulkan


semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Indonesia. Kemunculan pepimpin seperti Seokarno
telah membantu mempercepat proses berkerajan sendiri dan bebas daripada cengkaman Belanda.
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ PENGUBAHSUAIAN DALAM PENTADBIRAN, EKONOMI DAN
PENDIDIKAN ]

Soalan 7

Penguasaan kuasa asing terhadap Myanmar menyebabkan berlaku perubahan dalam pentadbiran
tempatan dan membawa kesan yang signifikan dalam pentadbiran kedua-dua negeri tersebut.
Jelaskan

Pengenalan

Di Myanmar, pemerintah Dinasti Konbaung menghadapi cabaran besar pada abad ke-
19.Kekalahan Myanmar kepada British dalam Perang Inggeris-Burma III(1885) telah menamatkam
penguasaan Dinasti Konbaung. -British seterusnya telah membuat beberapa perubahan dalam
system pentadbiran tempatan.

Isi

Sistem pemerintahan beraja atau monarki dihapuskan. British menjadikan ketiadaan putera
raja yang layak untuk ditabalkan sebagai pewaris takta kerajaan sebagai alasan untuk menghapuskan
system beraja di Myanmar.

Sistem pentadbiran tradisional yang lain seperti Myothugyi dan Thaithugyi, Hutdaw, dan
Thatnabaing dihapuskan. Desakan daripada penduduk Myanmar agar system Thatnabaing dikekalkan
juga telah ditolak oleh British.

Pada tahun 1889, Undang-undang Kampung Myanmar diperkenalkan untuk membolehkan


pelaksanaan Majlis Kampung dikuatkuasakan.Seorang ketua kampong akan dilantik sebagai pegawai
kerajaan. Antara tugas ketua kampong ialah mengekalkan ketenteraman awam dan mengutip cukai.

Wilayah Pegu dibahagi kepada lima buah daerah dengan setiap daerah diketuai oleh
Pesuruhjaya Daerah berbabgsa Inggeris.Daerah-daerah pula dibahagi kepada bandar-bandar kecil di
bawah seorang Pegawai Bandar atau Myo-ok.

Pada tahun 1897, pemerintahan British di Myanmar telah melakukan perubahan terhadap
system pentadbiran di peringkat pusat. Di peringkat pusat, pentadbiran diketuai oleh Leftenan
Gabenor.Leftenan Gabenor yang pertama ialah Arthur Phayte.

Sebuah majlis diwujudkan iaitu Majlis Perundangan yang terdiri daripada pegawai-pegawai
kerajaan dan ahli-ahli yang dipilih untuk membantu Leftenan Gabenor.

Pada tahun 1937, Myanmar dipisahkan daripada pentadbiran India dan mempunyai
perlembagaannya sendiri. Perlembagaan itu mencadangkan pembentukan dua buah dewan bagi
parlimen iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
Separuh daripada ahli Senat dipilih oleh Gabenor dan ahli Dewan Perwakilan dipilih
sepenuhnya oleh penduduk Myanmar.

Kesimpulan

Perubahan pentadbiran British di Myanmar telah menimbulkan semangat nasionalisme yang


akhirnya telah membawa kepada kemerdekaan Myanmar.
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA [ FAKTOR KEMUNCULAN ]

Soalan 8

Golongan intelektual memainkan peranan penting dalam kebangkitan dan perkembangan gerakan
kesedaran di Indonesia pada akhir abad ke -19 dan awal abad ke-20. Bincangkan.

Pengenalan

Golongan intelektual yang kebanyakkannya terdedah kepada pendidikan barat memainkan peranan
yang penting dalam kebangkitan dan perkembangan gerakan kesedaran, menyatukankan rakyat yang
berpecah belah , dan berjaya membentuk satu gerakan kebangsaan menuju ke arah pencapaian
kemerdekaan masing-masing. Peranan mereka dalam perkembangan dan pencapaian kemerdekaan
tidak boleh disangsikan. Golongan intelektual ini membekalkan kepimpinan bagi gerakan kesedaran
nasionalis di negara masing-masing.

Peranan golongan intelektual dalam kebangkitan dan perkembangan nasionalis di Indonesia.

1. Golongan intelektual tidak berpuas hati dengan pemerintahan Belanda yang mengamalkan
dasar diskriminasi dalam peluang pendidikan, pekerjaan, dan pentadbiran. Mereka ingin membela
nasib golongan bawahan yang tertindas dan diperas oleh golongan Belanda dan orang Cina. G. Kahin
pernah menyatakan bahawa golongan intelektual ini adalah golongan yang , “ acutely dissatisfied,
cramped and frustrated.”

Intelektual yang mula-mula membangkitkan kesedaran tentang pentingnya pendidikan ialah Raden
Adjeng Kartini. Bagi memajukan kaum wanita, beliau telah menubuhkan sebuah sekolah bagi anak-
anak pegawai Indonesia. Beliau diikuti oleh Dr. Mas Wahidin Soediro Hoesoedo yang mengasaskan
Budi Utomo untuk mencapai kemajuan kebudayaan dan pendidikan orang Jawa.

2. Gerakan kesedaran seterusnya dipelopori oleh Omar Said Tjokroaminoto yang memimpin
Sarekat Islam. Sarekat Islam ialah sebuah parti massa pertama di Indonesia. Perjuangannya
mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat . Ianya bertujuan untuk memajukan kedudukan
sosio-ekonomi dan kepentingan agama islam masyarakat Islam Indonesia.Selepas tahun 1916 Sarekat
Islam menuntut kerajaan sendiri melalui cara perlembagaan.

3. Intelektual Indonesia yang berjaya membawa Indonesia ke arah pencapaian kemerdekaan


ialah Sukarno. Sukarno, pemimpin utama Parti Nasionalis Indonesia mengamalkan cara tidak
bekerjasama dengan Belanda untuk mencapai kemerdekaan. Sukarno sedar bahawa Indonesia tidak
akan mencapai kemerdekaan secepat mungkin selagi tiada perpaduan di kalangan parti-parti yang
ada.Usaha beliau ke arah perpaduan telah berjaya membawa terbentuknya Pemuafakatan
Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia, terdiri daripada gabungan beberapa buah parti utama.
Perjuangan Sukarno yang radikal menyebabkan beliau telah ditangkap. Ini tidak sekalipun
melemahkan semangat perjuangannya.Apabila dibebaskan , beliau telah menyertai Partindo dan
membawa ke arah perjuangan radikal.

4. Peranan Kiyai Haji Ahmad Dahlan dan Kiyai Hashim Ashari yang beraliran agama memberi
motivasi dan pendorong ke arah perjuangan kemerdekaan. Kiyai Haji Ahmad Dahlan telah
menubuhkan Muhammadiyah yang menekan pentingnya menyebarkan Islam berdasarkan al Quran
sebagai pegangan hidup. Kiyai Hashim Ashaari pula telah menubuhkan Nahdatul Ulama iaitu sebuah
parti konservatif pada tahun 1926 yang berjuang menyebarkan ajaran ortodoks islam.

5. Semasa Jepun di Indonesia, Sukarno berpura-pura menyokong Jepun demi mencapai


kemerdekaan.Selepas Jepun menyerah kalah, Sukarno dan pemimpin-pemimpin lain seperti Hatta
dan Sjharir meneruskan perjuangan kemerdekaan. Golongan intelektual ini mendesak Kerajaan
Belanda supaya memberi kemerdekaan. Akhirnya Belanda mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia
selepas berlakunya beberapa pemberontakan dan rusuhan. Sukarno dilantik sebagai Presiden yang
pertama sementara Mohamad Hatta menjadi Presiden Menteri yang pertama.

Kesimpulan

Peranan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran di Indonesia tidak boleh dipersoalkan.
Peranan mereka dalam membangkitkan dan memperjuangkan kemerdekaan adalah besar dan
bermakna. Golongan ini menggunakan beberapa cara dengan harapan mencapai impian mereka. Ada
yang mendedahkan kelemahan dan penindasan melalui bahan media, ada yang ingin menggunakan
cara perlembagaan, dan ada pula yang ingin menggunakan cara revolusi dan militan. Dalam apa jua
cara pun, kita boleh membuat kesimpulan bahawa golongan intelektual ini membekalkan
kepimpinan dan bertindak demi kepentingan Negara dan bangsa.
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA [ PARTI POLITIK DAN PERSATUAN ]

Soalan 9

Huraikan peranan dan sumbangan Young Men Buddhist Association (YMBA) dalam gerakan
nasionalisme di Myanmar.

Pengenalan

Pemerintahan dan pembaharuan British di Myanmar. Latar belakang dan pengasas Persatuan
Belia Buddha (YMBA)

Peranan dan sumbangan Persatuan Belia Buddha dalam gerakan nasionalisme di Myanmar

1 Peringkat awal (1909-1916)

 - Merupakan pertubuhan reformasi dalam bidang sosial dan budaya

 - Kecenderungan kepada kegiatan pembangunan pendidikan dan kesusasteraan

 -Konsep perjuangan ialah “Buddha Penyelamat kita dan Raja”

 -Menerbitdkan akhbar Thuriya

2 Kegiatan sehingga tahun 1916

 -Memberikan tumpuan kepada pengajian agama, kesenian dan kesusasteraan

 -Mendirikan sekolah-sekolah mengikut sistem barat tetapi menitikberatkan pengajian agama


Buddha

 -Menuntut hak pelajaran yang sama kepada rakyat

3 Peringkat Kedua (1916-1919)

 -Pemimpin lebih radikal dan mengubah haluan perjuangan

 -Antara faktor perubahan ialah zaman kemelesetan akibat Perang Dunia Pertama dan kata-kata
Woodrow Wilson tentang hak-hak Negara di dunia untuk menentukan nasib negara sendiri
4 Kegiatan sehingga tahun 1919

 -Menimbulkan isu kasut

 -Melancarkan protes kerana orang Barat memakai kasut ketika memasuki kuil dan pagoda

 -Mendapat sokongan kuat daripada golongan pongyi

 -British mengeluarkan undang-undang melarang pemakaian kasut di kuil dan pagoda

5 Kegiatan sehingga tahun 1920

 - Mula terlibat dalam gerakan politik

 - British memperkenalkan Sistem Diarki di India

 -British meluluskan laporan Montagu-Chelmford di India tetapi tidak dilaksanakan di Myanmar

 - YMBA menyokong mogok para pelajar di Universiti Rangoon

 -YMBA menyertai Majlis am Persatuan-persatuan Myanmar (GCBA)

Kesimpulan

-YMBA memainkan peranan penting dalam meningkatkan semangat nasionalisme di Myanmar

-YMBA berjaya menyatupadukan masyarakat dan memelihara tradisi agama Buddha


TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ PEMBINAAN NEGARA BANGSA]

Soalan 10

Bincangkan bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan yang diamalkan di Thailand selepas


tahun 1932.

Pengenalan

Thailand merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan monarki


berperlembagaan. Ia merupakan satu sistem pemerintahan yang diamalkan sejak tahun 1932. Mulai
tahun 1932, rakyat Thai telah berjaya menamatkan sistem pemerintahan monarki mutlak. Sebagai
gantinya, golongan yang merampas kuasa telah menubuhkan bentuk pemerintahan demokrasi
dengan mengekalkan raja sebagai ketua negara.

Isi

Raja Thailand bertindak ketua bagi tiga komponen utama kerajaan iaitu badan
Eksekutif, badan Legislatif dan badan Judiasiary.

Badan Eksekutif adalah badan pembuat dasar kerajaan Thailand yang dipimpin oleh Perdana
Menteri. Beliau juga mengetuai kabinet kerajaan. Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet yang lain
terdiri daripada parti yang memenangi majoriti dalam pilihan raya. Raja Thailand pula bertindak
melantik Perdana Menteri.

Badan legislative atau perundangan mengandungi dua dewan yang dinamakan Majlis Nasional
( Rathasapha) yang terdiri daripada Dewan Perwakilan ( Sapha Phuthaen Ratsadon ) yang
mengandungi 480 orang anggota dan senat ( Wuthisaph ) seramai 150 orang anggota. Dua dewan ini
berperanan untuk menetapkan undang-undang negara. Ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat menerusi
pilihan raya. Sebuah lagi badan ialah kehakiman, yang bebas daripada badan Legislatif dan badan
Eksekutif.

Kesimpulan

Walaupun sepanjang tahun 1932 hingga 1963 berlaku banyak rampasan kuasa, namun bentuk
pemerintahan monarki berperlembagaan tetap diamalkan oleh pemerintah Thailand. Politik Thailand
hanya dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan misteri Raja Ananda, namun ia tidak mengubah
sistem pemerintahan demokrasi Thailand. Kesinambungan waris pemerintahan raja Thailand tetap
diterukan sehingga sekarang. Di Thailand, raja adalah dihormati. Ia menjadi institusi penting bagi
penyataan negara. Ia juga adalah tonggak kestabilan negara apabila sistem demokrasi gagal
menyelesaikan masalah politik dalaman Thailand
TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ SUMBANGAN TOKOH]

Soalan 11

Nilaikan sumbangan Phibun Songkhram terhadap Thailand.

Pengenalan

Phibun Songkhram memainkan peranan penting dalam revolusi Thailan 1932. Beliau telah
membantu kerajaan Pya Bahol mengatasi rampasan kuasa yang dianjurkan oleh Putera Boworadet.
Phibun Songhkram mewakili pihak tentera sering bertelagah dengan Pridi dari pihak awam. Beliau
muncul sebagai pemimpin yang kuat apabila menggunakan tentera untuk menjalankan rampasan
kuasa sehingga berjaya memegang jawatan Perdana Menteri beberapa kali.

Isi

Sumbangan Phibun Songkhram memainkan peranan penting dalam perjuangan nasionalisme di


Thailand.

Pada tahun 1933, memainkan peranan menamatkan pemberontakan golongan bangsawan di bawah
pimpinan Putera Bovaradet yang ingin memulihkan kekuasaan raja.

Pada tahun 1938, beliau telah dilantik menjadi Perdana Menteri menggantikan Pya Bahol yang
meletak jawatan.

Pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan :-

Semasa Perang Dunia Kedua, beliau telah bekerjasama dengan Jepun untuk mengelakkan
Thailand diserang dan dijajah dan mendapatkan semula hak kekuasaan ke atas wilayah yang pernah
dikuasai seperti Indochina,Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Pada tahun 1947 setelah kembali sebagai Perdana Menteri, beliau menghidupkan kembali
sistem demorakrasi dengan membentuk perlembagaan pada tahun 1949.

Pada tahun 1951, beliau telah memansuhkan perlembagaan 1949 kerana berasakan yang
perlembagaan tersebut tidak mengekalkan kekuasaannya dan mengembalikan Perlembagaan 1932.

Beliau bertanggungjawab mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan ancaman


pengaruh komunis dan penghapusan aktiviti orang Cina di bawah Akta Thai-Activities, menutup
sekolah dan surat khabar Cina .

Mementingkan pencapaian ekonomi masyarakat tempatan dengan memperkenalkan Akta


Perkapalan dan Kanun Hasil Negara.
Dari sudut sosial, beliau melarang rakyat Siam berkahwin dengan orang Kristian tanpa
kebenaran. Penganutan agama Buddha disamakan dengan semangat patriotism terhadap Negara.
Menukarkan nama Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.

Kesimpulan

Sumbangan terpenting Phibun Songkhram ialah menggerakkan nasionalisme melampau


bertujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi rakyat dan negara. Phibun Songkrham
menjalankan dasar anti_Cina untuk menggalakkan orang Thai menceburi bidang perniagaan dan
perdagangan. Phibun Songkrham menjadi diktator tentera yang memegang kuasa mutlak dalam
segala-gala hal sehingga beliau hilang sokongan dalam kalangan pegawai kerajaan dan rakyat.

SEKIAN, ALL THE BEST FOR ALL STPM CANDIDATES.

You might also like