Professional Documents
Culture Documents
Organ P Sistem Q
A Ovum Pembiakan
B Jantung Peredaran darah
C Hati Respirasi
D Usus Besar Perkumuhan
A Sel peparu
B Sel saraf
C Sel darah merah
D Sel darah putih
1
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI
2
Tahap Tafsiran
Penguasaan
2 Memahami sel sebagai unit asas kehidupan serta dapat
menjelaskan kefahaman tersebut.
Puteri dan Farhana berbincang mengenai penggunaan mikroskop yang baru dijelaskan
oleh Cikgu Wong di dalam makmal sains ketika bermain buaian di kawasan taman.
Mereka menyedari ada persamaan antara cacing dan rumput yang mereka lihat di taman
itu.
Soalan:
2) Sekiranya sel cacing dan rumput diperhatikan di bawah mikroskop, lukis dan
labelkan struktur yang mungkin mereka lihat.
3) Banding dan bezakan antara sel cacing dan sel rumput yang dilihat di bawah
mikroskop?
Persamaan
Mempunyai sel membran, nukleus, dan sitoplasma
Perbezaan
Sel haiwan Ciri Sel tumbuhan
Kecil Saiz Besar
Tidak tetap Bentuk sel Tetap
Tiada Dinding sel Terbina dari selulosa
Tiada kloroplas Ada
Tiada Vakuol Ada
Granul glikogen Bentuk simpanan makanan Granul kanji
2
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI
2
Jawapan:
Rumah hijau, atau rumah kaca ialah satu bangunan yang diperbuat daripada
kaca atau plastik yang membolehkan penanaman yang terlindung dan terkawal.
Haba dari cahaya matahari yang menembusi strukturnya yang lutsinar
memanaskan tumbuh-tumbuhan dan tanah di dalamnya. Selain itu, udara di
dalamnya turut dipanaskan dan kekal tanpa boleh terlepas keluar daripada
bangunan ini.
3
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI
2
Soalan
Berdasarkan graf di atas, tentukan suhu di mana kadar fotosintesis berlaku pada tahap
optimum. Jelaskan mengapa.
Jawapan
35-370 C. Enzim bertindak balas paling aktif pada suhu tersebut. Suhu yang lebih
tinggi akan menyebabkan enzim dimusnahkan.
4
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI
2
KANSER
Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel
yang tidak normal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun
berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius
dan kematian.
Sel-sel kanser juga boleh menyerang tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak
boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa
yang membuatkan sel menjadi sel kanser.
Masalahnya adalah semakin hari semakin lemah sistem imun kita. Kita tidak dapat lari
daripada keadaan yang melemahkan sistem imun seperti pencemaran udara, racun
perosak, bahan tambahan dalam makanan, kekurangan nutrien, stres dan lain-lain.
Justeru kita perlu meningkatkan pertahanan imun semula jadi kita untuk melindungi diri
kita daripada kanser.
Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju. Jenis
yang paling biasa adalah kanser prostat, paru-paru dan kanser payudara. Jenis lain
adalah kanser hati, kolon atau kolorektal, kanser, pundi kencing, ovari, endometrium,
tulang, kanser kulit dan leukemia.
5
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI
2
Graf menunjukkan kes kanser yang dihidapi oleh populasi lelaki dari tahun 1975
hingga 2003. Dengan menggunakan kefahaman anda mengenai pembentukan sel
kanser, ramalkan jumlah populasi penghidap kanser jantung dan bronkus pada tahun
2020 berdasarkan graf tersebut. Adakah jumlah populasi kes tersebut akan menurun
atau semakin meningkat? Jelaskan pendapat anda.
Jawapan:
Menurun
6
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI
2
- garam halus- bahan kimia digunakan untuk membuat ia kelihatan putih, dan
disukai oleh sel kanser, bertukarlah kepada garam bukit atau garam laut
Meningkat
- Mengamalkan gaya hidup tidak sihat (merokok, pencemaran tidak terkawal)
Darah tali pusat adalah darah yang berada di dalam salur tali
pusat dan uri yang keluar bersama-sama dengan kelahiran bayi apabila tali pusat
tersebut dipotong. Secara tradisinya dalam masyarakat Melayu, tali pusat bayi yang
baru dilahirkan akan diserahkan kepada bapa untuk dibasuh dan ditanam. Darah tali
pusat merupakan sumber yang baik bagi sel stem. Darah tali pusat yang disimpan tiada
tarikh luput selagi teknik menyimpannya dilakukan dengan baik iaitu disimpan dalam
nitrogen cair dengan suhu beku 196°c.
7
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI
2
Kira-kira 20 tahun yang lalu, saintis dan penyelidik mendapati darah tali pusat
mengandungi banyak sel termasuk sel stem. Pada tahun 1998 pula, sekumpulan ahli
perubatan Perancis berjaya melakukan pemindahan sel stem bagi pesakit anemia. Di
Malaysia, sejarah tercatat sekitar 1997 apabila Hospital Universiti (ketika itu)
melakukan pemindahan sel stem darah tali pusat kepada seorang kanak-kanak pesakit
talasemia yang didermakan oleh adiknya yang baru lahir. Begitu juga pada tahun 2005,
buat pertama kalinya Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berjaya melakukan
pemindahan sel stem darah daripada penderma yang tidak mempunyai hubungan
persaudaraan dengan pesakit yang menderita penyakit leukemia.
Kini, penyelidikan tentang sel stem semakin giat dijalankan dan telah terbukti ia mampu
berkembang menjadi sel paru-paru, hati, otot, saraf, pankreas dan rawan. Oleh itu, ia
boleh digunakan untuk menjana sel dan tisu gantian bagi merawat lebih 70 jenis
penyakit seperti Parkinson, Alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung,
kencing manis, penyakit darah (barah, talasemia, anemia), dan lumpuh saraf tunjang.
Memandangkan keistimewaan darah tali pusat ini, ibu bapa harus berhati-hati dengan
teknologi baru yang mula berkembang di Malaysia. Setiap darah tali pusat yang ingin
disimpan harus mengambil kira soal kepercayaan kepada penyimpannya agar tiada
unsur penyalahgunaan sel ini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Soalan:
Bayangkan anda adalah salah seorang pasangan ibu bapa yang diberi pilihan
oleh doktor untuk menyimpan darah tali pusat bayi anda yang baru lahir untuk
kegunaan perubatan di masa akan datang. Adakah anda akan bersetuju
dengan cadangan tersebut? Terangkan mengapa anda bersetuju atau tidak
bersetuju.