You are on page 1of 8

Jawab semua soalan

1. (a) Sarah menjalankan satu eksperimen untuk menentukan ketumpatan gabus.


Tandakan () pada langkah yang betul dan (X) pada langkah yang salah.
(i) Sarah mengukur jisim gabus dengan menggunakan neraca digital.

(ii) Sarah mengikat gabus dengan tali dan memasukkannya ke dalam
silinder penyukat yang berisi air. X
(iii) Sarah mengikat gabus bersama dengan batu dan memasukkannya
ke dalam silinder penyukat yang berisi air 
(iv) Sarah menghitung ketumpatan gabus dengan membahagikan jisim
gabus dengan isi padu gabus. 
[4 markah]

(b) Gariskan jawapan yang betul bagi pernyataan di bawah ini.


(i) Keupayaan alat pengukur untuk memperoleh nilai ukuran yang konsisten
dikenali sebagai [ kejituan / kepersisan ].
(ii) Bahan berbahaya di dalam makmal dapat dikenal pasti melalui
[ simbol / warna ] amaran.
[2 markah]

2. (a) Lengkapkan pernyataan berikut dengan menggunakan nilai yang diberi.

0.001 0.000 000 001 0.000 001

(i) Satu ovum berjisim lebih kurang 3.6 μg, iaitu sama nilai dengan 3.6 x 0.000 001 g.
(ii) Satu sel manusia berjisim lebih kurang 1 ng, iaitu sama nilai dengan 0.000 000 001 g.
(iii) Seekor nyamuk berjisim lebih kurang 2.5 mg, iaitu sama nilai dengan 2.5 x 0.001 g.
[3 markah]
(b) Rajah di bawah menunjukkan tiga radas umum yang terdapat di dalam makmal Sains.
Tandakan () untuk menunjukkan radas dengan namanya yang betul dan (X) untuk
radas dengan namanya yang salah.

Penunu Bunsen  Kaki retort X Kelalang kon X


[3 markah]

SAINS; T.1 1
3. Rajah 1 di bawah menunjukkan satu struktur sel tumbuhan.

Rajah 1
(a) Label P, Q dan R dengan menggunakan perkataan-perkataan yang diberi di dalam
kotak di bawah.

Kloroplas Dinding sel Nukleus


[3 markah]

(b) Lukiskan garisan untuk menunjukkan padanan yang betul antara struktur dan fungsi
masing-masing.
Struktur Fungsi
P • • Mengawal semua aktiviti sel

Q • • Melindungi dan mengekalkan bentuk sel

R • • Menjalankan proses fotosintesis


[3 markah]

4. (a) Rajah 2 menunjukkan satu contoh sistem dalam badan manusia. Namakan setiap aras
organisasi bagi sistem itu.



Sel Organ Sistem
Rajah 2
[3 markah]
(b) Bulatkan perkataan dalam petak di bawah untuk menunjukkan dua contoh lain bagi
organ.
Peparu Sperma Hidung Darah merah
[2 markah]

(c) Mengapakah kulit diletakkan pada aras organisasi organ? Terangkan.


Kulit terdiri daripada gabungan beberapa jenis tisu (epitelium, saraf, penghubung etc)
[1 markah]
5. (a) Tulis persamaan perkataan bagi tindak balas kimia yang berlaku semasa respirasi sel.

SAINS; T.1 2
Oksigen + Glukosa  Karbon dioksida + Tenaga + Air
[3 markah]

(b) Tulis persamaan perkataan bagi tindak balas kimia yang berlaku semasa fotosintesis.

Cahaya matahari
Karbon
dioksida + Air Glukosa + Oksigen
Klorofil

[2 markah]

(c) Fotosintesis tidak berlaku dalam sel tumbuhan pada waktu malam. Jelaskan kenyataan
tersebut.
Tiada cahaya matahari.
[1 markah]

6. (a) Berdasarkan Rajah 3, nyatakan dua proses homeostasis yang sedang berlaku dalam
badan Gilbert.

(i)
Kawal atur suhu badan
(ii) Kawal atur kandungan air
[2 markah]

(b) Apakah kesan perpeluhan ke atas badan Gilbert? Terangkan jawapan anda.
Suhu badan berkurang. Penyejatan peluh akan menyingkirkan haba dari badan.
[2 markah]

(c) Cadangkan apa yang perlu dilakukan oleh Gilbert untuk menggantikan kehilangan air
melalui perpeluhan. Terangkan jawapan anda.
Minum air. Air yang diminum akan menggantikan jumlah cecair badan yang
hilang melalui proses perpeluhan.
[2 markah]

7. (a) Padankan tumbuhan berikut dengan bahagian vegetatifnya.

Tumbuhan Bahagian vegetatif

(i) Pokok setawar • • Akar

(ii) Lobak merah • • Batang

(iii) Halia • • Daun

(iv) Bawang • • Bebawang


[4 markah]
(b) Tandakan () pada pernyataan yang betul mengenai pembiakan.
Dalam persenyawaan dalam, percantuman antara gamet jantan
(i)
dengan gamet betina berlaku di dalam badan organisma betina. 

SAINS; T.1 3
(ii) Pembiakan seks melibatkan hanya satu induk.
Dalam pembiakan belahan dedua, satu sel induk akan
(iii)
membahagi menjadi dua sel anak yang serupa. 
[2 markah]

8. (a) Apakah pemerhatian yang dapat dilihat daripada aktiviti di atas? Terangkan jawapan
anda.
Terdapat titisan air dalam balang. Titisan air ini adalah hasil proses transpirasi.
[2 markah]

(b) Apakah tujuan tumbuhan menjalani proses itu?


Menyejukkan tumbuhan.
[2 markah]

(c)

[2 markah]
9. (a) Kenal pasti jenis ralat yang terlibat berdasarkan situasi di bawah.
Situasi Jenis ralat
(i) Junaidi mendapati jarum voltmeter tidak menunjuk pada Ralat sifar
bacaan kosong apabila tiada arus mengalir melalui alat itu.
(ii) Wong mendapati jam randiknya memberi bacaan masa yang Ralat sifar
lebih lambat berbanding jam randik rakannya.
(iii) Danny menggunakan pita pengukur seperti yang ditunjukkan Ralat sifar
dalam Rajah 6 di bawah.

Rajah 6
(iv) Tania mendapati jarum neraca spring tidak menunjuk pada Ralat sifar
bacaan kosong selepas menggunakannya untuk beberapa kali.
[4 markah]
(b) Adakah jisim mempengaruhi ketumpatan objek dengan isi padu yang sama?
Terangkan jawapan anda.

SAINS; T.1 4
Ya. Ketumpatan akan meningkat / berkurang apabila jisim meningkat /
berkurang.
[2 markah]

10. (a) (i) Namakan jenis pembiakan bagi organisma X dan Y.


X: Pembiakan vegetatif
Y: Penjanaan semula
[2 markah]

(ii) Sekiranya mahu memusnahkan tapak sulaiman, ia perlu ditanam di dalam pasir
pantai dan tidak boleh dimusnahkan dengan memotongnya menggunakan pisau.
Mengapa?
Tapak sulaiman boleh menjana semula dan membentuk individu baru jika
dipotong dengan banyak. Ini kerana ia membiak secara aseks melalui
penjanaan semula
[1 markah]

(b) (i) Organisma J melakukan persenyawaan yang berbeza berbanding organisma K.


Wajarkan pernyataan ini.
J menjalani persenyawaan dalam manakala K menjalani persenyawaan luar.
[1 markah]

(ii) Pada pendapat anda, adakah persenyawaan yang dilakukan oleh organisma J
lebih baik daripada persenyawaan yang dilakukan oleh organisma K?
Terangkan jawapan anda.
Ya. Ini kerana telur mempunyai lebih banyak peluang untuk
disenyawakan oleh sperma semasa persenyawaan dalam.
[2 markah]

11. (a) (i) Kebanyakan objek yang lebih berat akan tenggelam di dalam air.
Pada pendapat anda, mengapakah aisberg tidak tenggelam di dalam air
sedangkan ia lebih berat?
Air mencapai ketumpatan yang maksimum pada suhu 4 0C. Apabila air
menyejuk dan membeku menjadi ais, ia menjadi kurang tumpat, maka
membolehkannya terapung di permukaan air.
[2 markah]

(ii) Pelbagai kehidupan marin terdapat di Lautan Atlantik. Berikan satu kebaikan
sifat ketumpatan ais kepada hidupan marin ini.
Benda hidup boleh meneruskan kehidupan di dasar laut.
[1 markah]

(ii) Takrifkan ketumpatan.


Jisim per unit isi padu suatu objek.
[1 markah]
(b) (i) Ramalkan apa yang akan berlaku kepada paras air di dalam gelas apabila
semua ketulan ais mencair.

SAINS; T.1 5
Paras air kekal sama
[1 markah]

(ii) Jelaskan jawapan anda.


Jisim air yang disesarkan oleh ketulan ais yang terapung adalah sama
dengan jisim air yang dihasilkan apabila ketulan ais melebur.
[2 markah]

(c) Berikan tiga penggunaan konsep ketumpatan dalam kehidupan harian.


(i) Belon udara panas

(ii) Aktiviti berakit

(iii) Penggunaan boya sebagai panduan laluan kepada kenderaan laut.


[3 markah]

12. (a) Susun semula langkah-langkah penyediaan slaid bawang mengikut turutan yang betul.

E  D  F  G
[4 markah]

(b) Lukiskan rajah yang dapat dilihat oleh Kavitha di bawah mikroskop dengan kuasa
pembesaran 40x.
Sel bawang

40x
[2 markah]

(d) Nyatakan satu bahagian lain yang tidak terdapat pada sel bawang dan sel haiwan.
Terangkan jawapan anda.
Klorofil. Sel bawang tidak mempunyai klorofil. Oleh sebab demikian, sel bawang
dan sel haiwan tidak berwarna hijau dan tidak boleh menjalankan fotosintesis.
[2 markah]

13. (a) (i) Apakah simptom lain yang dapat dikesan oleh ibu Peter selain daripada
menggunakan termometer? Terangkan.
Peter menggigil dan ototnya akan menjana haba.
Muka Peter kelihatan pucat kerana salur darah mengecut menyebabkan

SAINS; T.1 6
kurang darah mengalir ke muka.
[2 markah]

Cadangkan dua kaedah yang paling mudah untuk menurunkan demamnya


(ii)
tanpa ubat.
Mengelap badan Peter dengan kain basah.
Meletakkan pek ais di atas dahi Peter.

[2 markah]

(iii) Berdasarkan barang-barang yang diberi di atas, terangkan bagaimana ibu Peter
dapat menyediakan pek ais.
Masukkan gel hablur ke dalam beg plastik dan ikat beg dengan ketat.
Simpan pek ais itu di bahagian sejuk beku dalam peti sejuk selama dua
jam. Selepas 2 jam, balut bungkusan plastik yang berisi gel hablur
dengan tuala nipis dan kemudian gunakannya sebagai pek ais.
[3 markah]

(b) Mengapakah pokok getah menggugurkan daunnya pada musim kemarau?


Mengurangkan penyejatan air melalui daun.
Jika terlalu banyak air tersejat dari pokok, sel-sel tumbuhan akan kehilangan
tekanan segah dan menjadi layu. Hal ini boleh menyebabkan pokok itu mati.
[3 markah]
(a) Berikan dua perubahan fizikal yang didapati pada remaja perempuan dalam Rajah 14.
(i) Pertumbuhan bulu ketiak
(ii) Pembesaran payudara / buah dada.
[2 markah]

(b) Semasa akil baligh, organ pembiakan manusia mula membebaskan hormon seks ke
dalam aliran darah.
Nyatakan organ seks mengikut jantina.

Jantina Organ seks


Lelaki Testis
Perempuan Ovari

[2 markah]

(c) Nyatakan satu persamaan dan tiga perbezaan di antara sel pembiakan manusia.

Sel pembiakan lelaki Sel pembiakan perempuan


SAINS; T.1 7
Persamaan Merupakan sel pembiakan.

Sel pembiakan lelaki Sel pembiakan perempuan


Boleh bergerak sendiri. Tidak boleh bergerak.
Hanya 1 dibebaskan untuk
Perbezaan Dihasilkan dengan banyak
persenyawaan
Dihasilkan di dalam testis Dihasilkan di dalam ovari.

[4 markah]

(d) Lakar dan labelkan struktur sel pembiakan lelaki dalam ruangan di bawah.

[2 markah]

SOALAN TAMAT

Disediakan oleh; Disemak oleh; Disemak oleh; Disahkan oleh;

.......................................... .......................................... ..........................................


..........................................
(JESMANI BINTI RAHIM) (ZAWAHIL BT MANAF) (ONG CHOON LING)
Guru Sains Ketua Panitia Sains GKMP
Tingkatan 2 Bidang Sains & Matematik

SAINS; T.1 8

You might also like