You are on page 1of 13

Modul sains

tingkatan 1
Bab3

Nama : ……………………………………….
Kelas: ……………………………………....
BIL TARIKH TAJUK MUKA SURAT

1 9 Mac 2021 Homeostasis dalam benda hidup 3 hingga 7

2 10 Mac 2021 Homeostasis dalam haiwan 8 hingga 13


Homeostasis dalam tumbuhan

Arahan kepada pelajar:

1. Modul ini hanya meliputi bab 3 (koordinasi dan gerak balas)

2. Pelajar dikehendaki untuk menyiapkan modul pada masa guru tiada mengikut garis
masa yang ditetapkan dalam jadual di atas

3. Modul bab 4 akan diberikan setalah modul ini selesai dibuat, tq (=,=)

2|Page
Tajuk: koordinasi dan gerak balas

Subtopik: homeostasis dalam benda hidup

1. Maksud homeostasis: pengekalan keadaan persekitaran dalam badan sesuatu


organisma supaya berada dalam keadaan seimbang
2. Contohnya, badan kita berpeluh apabila kita panas, berpeluh merupakan
homeostasis yang dilakukan oleh badan untuk membebaskan haba keluar dari
badan supaya suhu badan kembali normal
3. Contoh lain, kita akan rasa nak buang air dengan kerap jika kita minum banyak
air. Kerap buang air merupakan homeostasis untuk mengurangkan kandungan air
dalam badan. Jika kita tak buang air lepas minum terlalu banyak air, individu
tersebut boleh mati
4. Contoh homeostasis: pengekalan aras suhu badan, pengekalan kandungan air
dalam badan, pengekalan pH dalam badan dan lain-lain
5. Homeostasis penting untuk membolehkan semua proses dalam badan berjalan
lancar.

6. Bagaimana homeostasis berlaku?


a. Sebarang perubahan dalam badan akan dikesan oleh pusat kawalan dalam
otak
b. Otak akan hasilkan mekanisme pembetulan untuk mengembalikan
perubahan yang berlaku kepada keadaan asal (otak akan buat sesuatu
untuk kembalikan ke keadaan asal)

7. Jika suhu badan meningkat


a. Apabila keadaan persekitaran berubah contohnya suhu meningkat kerana
main bola semasa keadaan panas terik

b. Pusat kawalan yang berada di dalam otak akan mengesan peningkatan suhu
badan kita dan membuat mekanisme pembetulan untuk menurunkan semula
suhu kepada normal

3|Page
c. Otak akan merangsang salur darah untuk mengembang, bulu roma untuk
condong, berpeluh, aktiviti otot rangka berkurang, air kencing menjadi
sedikit
d. Kesemua aktiviti di atas menyebabkan suhu badan akan menurun kepada
normal

8. Jika suhu badan terlalu rendah


a. Apabila keadaan persekitaran berubah contohnya suhu badan menurun
kerana main hujan

b. Pusat kawalan dalam otak akan mengesan penurunan suhu badan dan otak
akan membuat mekanisma pembetulan
c. Otak akan merangsang salur darah untuk mengecut, bulu roma menegak,
otot rangka mengecut dan mengendur secara aktif (gigil)
d. Ini menyebabkan suhu badan meningkat dan kembali ke suhu normal

9. Kawal atur suhu badan kita dikawal oleh dua sistem iaitu sistem perkumuhan dan
sistem endokrin. Organ yang terlibat pula ialah kulit, otak dan otot rangka

4|Page
10. Jika aras air dalam badan meningkat
a. Apabila keadaan persekitaran berubah, contohnya kandungan air dalam
badan meningkat kerana terlalu banyak minum air kerana menyertai
pertandingan minum air.

b. Pusat kawalan dalam otak akan mengesan peningkatan kandungan air dalam
badan dan membuat mekanisme pembetulan
c. Otak akan merangsang rembesan(pengeluaran) hormon yang membuatkan
ginjal untuk menambahkan air kencing
d. Ini menyebabkan air kencing semakin banyak dan kandungan air dalam
badan Kembali normal

11. Jika aras air dalam badan menurun


a. Apabila keadaan persekitaran berubah, contohnya kandungan air dalam
badan menurun kerana tidak minum air kerana berpuasa

b. Pusat kawalan dalam otak akan mengesan penurunan kandungan air dalam
badan dan membuat mekanisme pembetulan
c. Otak akan merangsang rembesan(pengeluaran) sejenis hormon yang dapat
membuatkan ginjal mengurangkan penghasilan air kencing dan membuatkan
kita berasa dahaga
d. Ini akan menyebabkan kandungan air dalam badan meningkat dan menjadi
normal seperti asal
12. Kawal atur kandungan air dalam badan kita dikawal oleh dua sistem iaitu sistem
perkumuhan dan sistem endokrin. Organ yang terlibat pula ialah ginjal dan otak

5|Page
13. Mengapa perlu berpeluh semasa keadaan suhu badan meningkat? (Kenapa
berpeluh bila panas)
a. Peluh yang dihasilkan oleh kelenjar peluh akan berkumpul di atas kulit,
apabila peluh tersejat, kulit akan berasa sejuk
b. Ini dapat menurunkan suhu badan

14. Mengapa bulu roma condong semasa suhu badan meningkat? (kenapa bulu
roma jadi condong bila kita panas)
a. Apabila bulu roma condong, haba yang terperangkap pada kulit berkurang
dan lebih mudah dibebaskan
b. Ini dapat menurunkan suhu badan

15. Mengapa salur darah perlu mengembang semasa suhu badan meningkat?
(kenapa salur darah mengembang hingga menyebabkan muka jadi merah bila
panas?)
a. Apabila salur darah mengembang, salur darah akan lebih mendekati lapisan
kulit, maka mudah untuk darah membebaskan tenaga haba
b. Ini dapat menurunkan suhu badan

16. Mengapa bulu roma menegak ketika suhu badan rendah? (kenapa bulu roma
tegak bila kita sejuk?)
a. Bulu roma menegak supaya dapat memerangkan udara yang boleh
memanaskan badan
b. Ini dapat meningkatkan suhu badan kepada suhu asal

17. Mengapa salur darah mengecut semasa suhu badan tinggi? (kenapa salur darah
mengecut hingga menyebabkan muka pucat bila kita sejuk)
a. Salur darah mengecut menyebabakan salur darah menjahi lapisan kulit
b. Ini menyebabkan kurang pembebasan tenaga haba dan menyebabkan suhu
badan meningkat kepada suhu asal

Ingat:
bila suatu benda meningkat (contoh suhu) otak akan buat sesuatu untuk turunkan
ke keadaan asal yang normal. Bila suatu benda menurun (contoh suhu) otak akan
buat sesuatu juga untuk naikkan ke keadaan asal yang normal

6|Page
Uji kefahaman

1. Berikan maksud bagi homeostasis? (buku teks m/s72)

____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

2. Apakah contoh homeostasis yang berlaku dalam badan kita? (buku teks m/s72)

a. ___________________________________________
b. ___________________________________________
c. ___________________________________________

3. Berikan satu kepentingan homeostasis? (buku teks m/s83)

____________________________________________________________
____________________________________________________________

4. Bagaimana badan kita bergerakbalas kepada perubahan suhu yang berlaku apabila
kita memasuki bilik yang sangat sejuk? (buku teks m/s75)

____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

5. Mengapakah muka kita kelihatan merah selepas melakukan senaman kecergasan


dan kelihatan pucat apabila berasa sejuk? (buku teks m/s76)

____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

7|Page
Tajuk: koordinasi dan gerak balas

Subtopik: homeostasis dalam haiwan

1. Selain manusia, haiwan juga perlukan homeostasis untuk mengekalkan keadaan


persekitaran supaya menjadi stabil
2. Contohnya kucing
a. Kucing akan menjilat bulu di badannya ketika panas supaya dapat
mengurangkan suhu badan

3. Contoh haiwan lain pula adalah:


a. Anjing menjelirkan lidah semasa panas untuk mengurangkan suhu badan
b. Bulu kucing menegak apabila kucing berada dalam kesejukan supaya suhu
badan dapat meningkat
c. Siput pula mencari tempat lembap dan menghasilkan bendalir supaya dapat
mengurangkan penyejatan air dari kulitnya.
d. Cicak pula akan bergerak perlahan ketika persekitaran sejuk untuk
mengurangkan kehilangan haba

8|Page
Tajuk: koordinasi dan gerak balas

Subtopik: homeostasis dalam tumbuhan

1. Selain manusia dan haiwan, tumbuhan juga perlu menjalankan homeostasis


2. Tumbuhan memerlukan air yang cukup supaya tidak layu
3. Maka homeostasis diperlukan supaya kandungan air dapat dikekalkan dalam
tumbuhan semasa cuaca sejuk atau panas
4. Tumbuhan akan kehilangan air melalui proses traspirasi. Air keluar dari stoma
yang terdapat pada daun tumbuhan

Stoma pada daun

5. Fungsi transpirasi:
a. Transpirasi membantu tumbuhan menyerap dan mengangkut air dan
mineral dari tanah ke seluruh bahagian tumbuhan
b. Bahagian akar akan menyerap air dari tanah
c. Kemudian, tranpirasi yang berlaku pada daun menghasilkan daya tarikan
yang dapat menarik air dari bahagian akar ke bahagian batang dan
seterusnya ke bahagian dahan dan daun

9|Page
Betuk ke pokok keluarkan air? Betul, jika kita letakkan plastik pada daun
pokok,kita akan dapati ada air pada plastik tersebut. Ini menunjukkan pokok
mengeluarkan air melalui proses transpirasi

6. namun begitu, jika transpirasi tetap berlaku semasa cuaca sangat panas, pokok
akan kehilangan air dan akan menjadi layu, jika keadaan ini berterusan, pokok
boleh mati
7. oleh itu, terdapat sel pengawal pada kiri dan kanan stoma, sel pengawal ini
berfungsi untuk mengawal pembukaan dan penutupan stoma. Maka kehilangan air
dapat dielakkan

10 | P a g e
8. pada waktu siang:
a. stoma akan terbuka supaya lebihan air dalam pokok dapat tersejat melalui
proses transpirasi
b. pembukaan stoma juga membolehkan gas karbon dioksida untuk masuk dan
pokok boleh jalankan proses fotosintesis

9. pada waktu tengah hari (cuaca terlalu panas)


a. stoma akan tertutup untuk mengurangkan air daripada tersejat daripada
daun
b. penutupan stoma dapat mengekalkan kandungan air dalam pokok dan
menghalang pokok daripada kehilangan air dan layu

11 | P a g e
uji kefahaman

1. tandakan (/) pada pernyataan yang betul tentang kawal atur kandungan air dalam
tumbuhan (buku teks m/s 80-81)

Akar tumbuhan menyerap air daripada tanah

Penyejatan menyejukkan tumbuhan pada hari panas

Stoma tertutup untuk membolehkan air tersejat daripada daun

Stoma terbuka semasa keadaan terlalu panas supaya pokok tidak


kehilangan air

2. bagaimanakah tumbuhan dapat mengekalkan kawalan homeostasis? (buku teks


m/s 80-81)

____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

3. Malaysia merupakan negara yang mempunyai hutan hujan tropika yang beriklim
panas dan lembap sepanjang tahun. Rajah menunjukkan haiwan yang hidup di
hutan tersebut (buku teks m/s 78-79)

Haiwan x Haiwan y

a. Bagaimanakah haiwan x dan y mengekalkan homeostasis terhadap suhu


persekitaran?
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________

12 | P a g e
4. Tandakan (/) bagi penyataan yang betul tentang homeostasis dalam haiwan
(buku teks m/s78-79)
Kucing baring dalam posisi melingkar semasa panas

Cicak bersembunyi di dalam lubang semasa panas

Cacing tanah merembeskan mukus (lendir) semasa panas

Burung mengembangkan bulu semasa panas

Anjing menjelirkan lidah semasa sejuk

13 | P a g e

You might also like