You are on page 1of 10

TINGKATAN 4

BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI


1.1 KONSEP KEKURANGAN, PILIHAN DAN KOS LEPAS
PENGERTIAN ILMU EKONOMI
Kajian bagaimana manusia mengurus sumber-sumber yang terhad untuk memenuhikehendak
yang tidak terhad.

Empat sumber ekonomi (faktor-faktor pengeluaran) yang terhad


a) tanah - anugerah alam semula jadi yang merangkumi sumber dipermukaan bumi
dan di dalam bumi
- Contoh : lautan, kayu-kayan, sumber galian.
b) modal - mesin dan alat-alat yang digunakan untuk mengeluarkan barang dan
perkhidmatan.
- Contoh : kilang, jentera, computer
- Faedah/ dividen – pulangan modal
c) buruh - menerima upah sebagai ganjarannya.
- terbahagi kepada dua iaitu buruh mahir (jurutera, doctor) dan tidak mahir
(peladang dan pekerja binaan).
d) usahawan - individu yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan.

Masalah ekonomi
Masalah ekonomi Kerajaan
Kekurangan Sumber-sumber ekonomi Sumber hasil /pendapatan negara
yang terhad
Pilihan Keutamaan Projek pembangunan terbaik kepada
rakyat
Kos lepas Altenatif Projek kedua terbaik

Perbezaan antara keperluan dan kehendak individu


Keperluan Kehendak
- Mesti dipenuhi untuk terus hidup - Untuk hidup dengan lebih selesa
- seperti makanan, pakaian, rumah - seperti Kereta, tilam,TV
- sama untuk semua orang - Berbeza ikut taraf hidup
- Harga barang tidak mempunyai barang
pengganti dan harga di bawah kawalan - Harga barang mempunyai barang pengganti
kerajaan. dan harga di luar kawalan kerajaan.

Masalah ekonomi yang dihadapi oleh 3 unit ekonomi


Masalah Unit-unit ekonomi
ekonomi Isi rumah Firma Kerajaan
Kekurangan Wang / Sumber ekonomi / faktor Sumber hasil /pendapatan
Pendapatan pengeluaran / modal negara
Pilihan Barangan yang Kaedah pengeluaran Projek pembangunan terbaik
terbaik output terbaik kepada rakyat
Kos lepas Barang kedua Output / kaedah kedua Projek kedua terbaik
terbaik terbaik
Tujuan Maksimumkan Maksimumkan Maksimumkan kebajikan /
membuat kepuasan / utiliti keuntungan, minimumkan kesejahteraan / faedah
pilihan kos kepada rakyat

1
MAE tersebut diselesaikan oleh:

Situasi
Masalah kekurangan wujud disebabkan sumber ekonomi yang terhad tidak dapat memenuhi
kehendak manusia yang tidak terhad. Masalah tersebut dihadapi oleh ketiga-tiga unit ekonomi
iaitu isi rumah,firma dan kerajaan
a. Isirumah menghadapi masalah kekurangan pendapatan yang menyebabkan mereka tidak
dapat membeli barang dan perkhidmatan yang dikehendaki.
b. Firma mengahadapi masalah kekurangan pengeluaran iaitu buruh, tanah dan modal
berbanding barang yang dikeluarkan.
c. Kerajaan menghadapi masalah kekurangan hasil untuk membiayai perbelanjaannya
terhadap projek - projek pembangunan.
MASALAH PILIHAN
- Kesan daripada masalah kekurangan ketiga-tiga unit ekonomi iaitu isi rumah, firma dan
kerajaan terpaksa membuat pilihan mengikut keutamaan.
- Firma membuat pilihan untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos.
- Firma boleh menggunakan kaedah pengeluaran intensif buruh atau intensif modal (mesin)
untuk keluaran televisyen. Kerajaan membuat pilihan untuk memaksimumkan kebajikan
masyarakat
MASALAH KOS LEPAS
- Kos lepas ialah barang-barang atau perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan
akibat daripada pemilihan barangan terbaik.
- Akibat daripada pilihan terbaik yang dibuat oleh isi rumah, firma dan kerajaan, mereka
terpaksa menghadapi masalah kos lepas.

Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP)


KKP merupakan satu keluk yangmenunjukkan hadmaksimum kombinasi-kombinasi dua jenis
barang yang boleh dikeluarkan dengan menggunakan semua sumber yang sedia ada pada suatu
tingkat teknologi yang tertentu.

Andaian KKP
1. Sumber ekonomi digunakan secara maksimum / mencapai tingkat guna tenaga penuh
2. Sumber ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang sahaja.
3. Tingkat teknologi adalah tetap.
4. Jumlah faktor pengeluaran adalah tetap dan tidak berubah.
5. proses pengeluaran berlaku dalam jangka masa pendek.

2
Jadual KKP Titik A - rumah 0 unit dan kereta 100 unit.
Kombinasi A B C D E Titik E - rumah 4 unit dan kereta 0 unit.
- Ini menunjukkan jika semua sumber
Rumah 0 1 2 3 4
pengeluaran digunakan untuk
Kereta 100 90 75 55 0 mengeluarkan rumah maka tiada kereta
yang dapat dikeluarkan dan sebaliknya
Keluk KKP untuk titik E.

Pergerakan dari titik A ke B


- Jika masyarakat memilih untuk
mengeluarkan 1 unit rumah, maka
sebanyak 10 unit kereta terpaksa
dilepaskan (100-90)

Dari titik B ke titik C


- Tambahan pengeluaran rumah sebanyak 1
unit iaitu dari 1 unit kepada 2 unit
menyebabkan masyarakat terpaksa
melepaskan 15 unit kereta iaitu dari 90unit
kepada 75 unit.
KKP BENTUK CEMBUNG - Ini menunjukkan kos lepas bagi tambahan
- Mengambarkan bahawa semakin banyak 1 unit rumah ialah 10 unit kereta
sesuatu barang yang hendak dikeluarkan
maka semakin banyak barang lain yang
harus dilepaskan.
- Ini menunjukkan kos lepas yang semakin
meningkat.
Keluk KKP Malar
- KKP berbentuk garis lurus yang
mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
- Mengambarkan kos lepas adalah malar
iaitu kos lepas sesuatu barang adalah
tetap walaupun pengeluaran barang lain
bertambah secara terus-menerus.
.

3
Ketidakupayaan Ekonomi (Titik Y) Ketidakcekapan ekonomi (Titik X)
- Sebarang titik di luar lingkungan keluk - Sebarang titik di dalam lingkungan keluk
KKP. KKP.
- Kombinasi pengeluaran tidak mampu - Kombinasi pengeluaran dapat dihasilkan
dihasilkan kerana faktor pengeluaran yang tetapi kurang cekap kerana faktor
sedia ada tidak berupaya untuk pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya.
mengeluarkan. - Ini berlakunya pembazirran faktor
- Titik Y dapat dicapai jika berlakunya pengeluaran.
a. Peningjatan teknologi - Pengeluaran dapat ditambah tanoa
b. Pertambahan dalam faktor pengeluaran melepaskan barang yang lain.

Sistem ekonomi- Ciri, Masalah Asas Ekonomi & Perbandingan

Terdapat empat sistem ekonomi iaitu:


(a) sistem ekonomi pasaran bebas (c) sistem ekonomi campuran
(b) sistem ekonomi perancangan pusat (d) sistem ekonomi Islam

Sistem Ekonomi Pasaran Bebas


1. Sistem ekonomi kapitalis dikenal juga sebagai sistem ekonomi pasaran bebas atau laissez
faire.
2. Dalam sistem ekonomi kapitalis tiada langsung campur tangan daripada pihak kerajaan.
3. Antara negara-negara yang mengamalkan sistem ekonomi ini termasuklah Amerika Syarikat
dan Hong Kong.
4. Ciri-ciri Sistem Ekonomi Pasaran Bebas

Ciri Huraian
Pemilikan - Faktor pengeluaran dimiliki oleh individu dan pihak swasta.
faktor - Kerajaan tidak campur tangan dalam ekonomi tetapi menetapkan undang-
pengeluaran undang dan peraturan
- Individu dan pihak swasta bebas bebas memiliki dan mengubah pemilikan
faktor pengeluaran untuk memenuhi utiliti dan matlamat pengeluaran.
Penentu - Pengguna dan pengeluar berhak membuat keputusan ekonomi untuk
kehendak menyelesaikan masalah asas ekonomi
- Pengguna bebas memilih barang dan perkhidmatan berdasarkan kuasa
beli yang seterusnya akan menentukan corak peruntukan faktor
pengeluaran
- Pengeluar bebas memperuntukkan faktor pengeluaran untuk
memaksimumkan keuntungan

4
Pembuat - Pengguna bebas membuat pilihan yang dapat memaksimumkan
pilihan kepuasan dan jenis pekerjaan pilihan
- Pengeluar bebas dalam mengeluarkan produk yang memaksimumkan
keuntungan melalui kaedah intensif buruh atau modal untuk
meminimumkan kos pengeluaran
Contoh - Amerika Syarikat, Singapura dan Hong Kong
negara

4. Kelebihan dan Kelemahan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas


Kelebihan Kelemahan
a. Kepuasan individu dan masyarakat a. Mewujudkan masyarakat materialistik
dapat dimaksimumkan b. Mewujudkan ketidakstabilan ekonomi
b. Kebebasan yang luas untuk melakukan c. Agihan pendapatan yang tidak setara
kegiatan ekonomi d. Mewujudkan kuasa monopoli korporat
c. Kecekapan dalam pengurusan sumber yang besar
d. Menggalakkan perkembangan teknologi e. Kesan luaran negatif
dan inovasi
e. Insentif untuk bekerja lebih keras

5. Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi Pasaran Bebas


Masalah Asas Penyelesaian
Ekonomi
1. Apa yang - Melalui mekanisme pasaran. Kuasa permintaan pengguna dan
hendak penawaran firma di pasaran menentukan harga dan kuantiti ditawar
dikeluarkan dalam pasaran
- Pengguna bebas memilih barangan yang memaksimumkan kepuasan
- Pengeluar hanya mengeluarkan barangan yang permintaan tinggi
untuk memaksimumkan keuntungan
2. Berapa yang - Melalui mekanisme pasaran. Interaksi antara permintaan dan
hendak penawaran akan menentukan kuantiti barang yang akan dikeluarkan.
dikeluarkan - Pengeluar hanya mengeluarkan barangan yang permintaan tinggi untuk
memaksimumkan keuntungan
3. Bagaimana - Diselesaikan melalui kaedah pengeluaran yang paling cekap dan
hendak meminimumkan kos pengeluaran.
dikeluarkan - Pengeluar boleh memilih sama ada menggunakan teknik intensif buruh
atau intensif modal.
- Kos pengeluaran minimum dapat memastikan keuntungan yang
maksimum.
4. Untuk siapa - diselesaikan melalui corak agihan pendapatan dalam ekonomi.
dikeluarkan - Kebanyakan barang dikeluarkan untuk golongan kaya mempunyai
kuasa beli yang tinggi.
- Kebajikan masyarakat tidak diutamakan.

5
SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT
1. Dikenal sebagai sistem ekonomi sosialis atau komunis.
2. Kerajaan berkuasa mutlak dalam penggunaan dan pengagihan faktor pengeluaran untuk
mencapai kebajikan masyarakat yang optimum.
3. Pengguna dan pengeluar tidak berkuasa langsung dalam keputusan ekonomi
4. Ciri-ciri Sistem Ekonomi Perancangan Pusat / Sistem Ekonomi Sosialis

Ciri Huraian
Pemilikan - Semua faktor pengeluaran dimiliki oleh kerajaan
faktor - Individu dan pihak swasta langsung tidak mempunyai hak dalam pemilikan
pengeluaran faktor pengeluaran
Penentu - Segala keputusan tentang masalah asas ekonomi ditentukan oleh badan
kehendak perancangan pusat yang ditubuhkan oleh kerajaan
- Kerajaan mempunyai kuasa mutlak dalam membuat keputusan
- Badan perancangan pusat akan mengawal semua kegiatan ekonomi
Pembuat - Tidak wujud pilihan barang atau perkhidmatan kerana hanya kerajaan yang
pilihan mengeluarkan barang dan perkhidmatan
- Rakyat hanya menerima barang dan perkhidmatan tersebut
- Begitu juga dengan pekerjaan, peluang pekerjaan yang terhad
menyebabkan pengguna tidak mempunyai pilihan untuk menentukan
kejayaan mereka
Contoh - Korea Utara dan Cuba.
negara

5. Kelebihan dan Kelemahan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat


Kelebihan Kelemahan
a. Agihan pendapatan yang seimbang a. Pilihan individu terhad
b. Barang awam dan kebajikan b. Kurang motivasi dan insentif bekerja kuat
masyarakat diutamakan c. Keusahawanan individu terhad
c. Peruntukan sumber ke arah kebajikan d. Risiko kesilapan dalam membuat
rakyat keputusan
d. Pengeluaran secara berskala besar

6. Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi Perancangan Pusat


Masalah Asas
Penyelesaian
Ekonomi
Apa yang hendak - Masalah apa yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh kerajaan
dikeluarkan - Kerajaan mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan jenis barang
dan perkhidmatan yang perlu dikeluarkan
- Pengguna tidak mempunyai banyak pilihan barang dan perkhidmatan.
Berapa yang - Kerajaan akan menentukan jumlah barang yang akan dikeluarkan dan
hendak bergantung pada keperluan masyarakat supaya tidak berlaku masalah
dikeluarkan lebihan dan kurangan.
Bagaimana - Matlamat kerajaan adalah mengeluarkan output maksismum dengan
hendak menggabungkan faktor-faktor baziran dan meningkatkan kebajikan
dikeluarkan masyarakat
- Dengan itu, kerajaan akan menentukan sama ada kaedah intensif
buruh atau kaedah intensif modal akan digunakan.
- Kaedah intensif buruh biasaanya akan digunakan supaya dapat
mengurangkan kadar pengangguran dalam negara.
- Kaedah intensif modal digunakan jika kerajaan mengutamakan
teknologi moden bagi menjimatkan kos pengeluaran

6
Untuk siapa - Agihan barang dalam ekonomi ditentukan oleh kerajaan.
dikeluarkan - Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan adalah untuk kegunaan
masyarakat dan akan diagihkan secara adil dan saksama untuk
memelihara kebajikan masyarakat.
- Sistem catuan juga digunakan untuk memastikan agihan barang dalam
ekonomi adalah adil.

SISTEM EKONOMI CAMPURAN


1. Sistem ekonomi yang mengabungkan cirri-ciri kelebihan sistem ekonomi pasaran bebas dan
sistem ekonomi perancangan pusat.
2. Sistem ekonomi ini menggunakan mekanisme pasaran dan membenarkan kerajaan campur
tangan dalam kegiatan ekonomi.
3. Pengguna dan pengeluar mempunyai kebebasan untuk memiliki sumber ekonomi
dan harta kekayaan.
4. Tujuan kerajaan campur tangan kerajaan adalah apabila berlaku penyelewengan dalam
ekonomi dan tujuan berikut:
a. Membekalkan barang awam
b. Menstabilkan ekonomi
c. Merapatkan jurang pendapatan
d. Mengurangkan kesan eksternaliti
e. Mengawal harga barang dan perkhidmatan
f. Melaksanakan program ekonomi awam

5. Ciri-ciri utama sistem ekonomi campuran

Ciri Huraian
Pemilikan - Pemilikan, penggunaan dan perubahan pemilikan faktor pengeluaran
faktor bebas oleh individu dan swasta untuk memenuhi utiliti dan matlamat
pengeluaran pengeluaran
- Namun, kerajaan memiliki faktor pengeluaran tertentu untuk pengeluaran
barang awam
- Pihak kerajaan campur tangan melalui penetapan undang-undang dan
peraturan
Penentu - Pengguna dan pengeluar berhak membuat keputusan ekonomi untuk
kehendak menyelesaikan masalah asas ekonomi
- Pengguna bebas menentukan corak peruntukan permintaan
- Pengeluar bebas bersaing dalam pengeluaran untuk memaksimumkan
keuntungan
Pembuat - Individu bebas membuat pilihan yang dapat memaksimumkan kepuasan
pilihan berdasarkan kemampuan dan jenis pekerjaan pilihan
- Pengeluar bebas dalam mengeluarkan produk yang memaksimumkan
keuntungan melalui kaedah intensif buruh atau modal untuk
meminimumkan kos pengeluaran
- Kebebasan individu dan pengeluar dikawal oleh kerajaan melalui
undang-undang dan kerajaan sentiasa memilih teknik yang
memaksimumkan kebajikan masyarakat
Contoh - Malaysia, Singapura dan Thailand
negara

7
6. Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi Campuran
Masalah Asas
Penyelesaian
Ekonomi
Apa yang hendak - Diselesaikan melalui kuasa pasaran dan kuasa kerajaan
dikeluarkan - Kerajaan menyediakan barang awam yang tidak disediakan oleh
swasta untuk menjamin kebajikan masyarakat
Berapa yang - Diselesaikan oleh mekanisme pasaran untuk barang ekonomi dan
hendak oleh kerajaan melalui parlimen mengikut keperluan rakyat untuk
dikeluarkan barang awam
Bagaimana - Diselesaikan melalui cara pengeluaran paling cekap atau paling
hendak meminimumkan kos bagi barang ekonomi
dikeluarkan - Pengeluar dapat memilih antara intensif buruh atau intensif modal
berdasarkan harga relatif rendah dan kuantiti faktor pengeluaran
sedia ada
- Cara paling memaksimumkan keuntungan dipilih untuk barang
ekonomi dan cara paling memaksimumkan kebajikan masyarakat
dipilih oleh kerajaan untuk barang awam
Untuk siapa - Diselesaikan melalui corak agihan pendapatan wang bagi barang
dikeluarkan ekonomi yang akan menentukan perbezaan kuasa beli antara
golongan kaya dan berpendapatan rendah
- Kerajaan menyediakan barang awam untuk menjamin kebajikan
masyarakat
- Kerajaan campur tangan melalui cukai dan subsidi untuk
menyediakan keperluan bagi golongan berpendapatan rendah

8
PERBANDINGAN
Sistem Ekonomi Sistem Perancangan Pusat Sistem Ekonomi Sistem Ekonomi Islam
Pasaran Bebas / Campuran
Kapitalis (Malaysia)
Maksud - Individu (bebas) - Individu (tiada kuasa) - Individu - Undang-undang Islam
- Pengeluar (bebas) - Pengeluar (tiada kuasa) - Pengeluar - Hukum & syarak
- Kerajaan (terhad) - Kerajaan (berkuasa) - Kerajaan (semua bebas) - Contoh: Arab & Iraq
- Contoh: Cuba - Contoh: Malaysia
Ciri-ciri - Individu dan pegeluar - Kerajaan milik semua sumber - Individu - Individu
pemilikan sumber milik sumber ekonomi ekonomi - Perniaga (bebas miliki - Perniaga (perlu elak
tetapi dikawal oleh penindasan)
kerajaan)
Pilihan barang - Individu dan pengeluar - Kerajaan tentukan jenis barang - Bebas miliki tetapi ikut - Bebas miliki tetapi ikut
dan sumber bebas miliki barangan yang diperlukan undang-undang undang-undang syarak
dan sumber
Persaingan - Bebas – antara - Kerajaan monopoli dan tidak - Bebas tetapi ikut - Wujud persaingan sihat
individu dan pengeluar wujud persaingan undang-undang tetapi ikut undang-undang
syarak
Menentu harga - Mekanisme harga - Kerajaan tentukan harga yang - Mekanisme harga - Mekanisme harga
- Kuasa permintaan dan berpatutan/kebajikan - Dikawal oleh kerajaan - Dikawal oleh kerajaan
penawaran - Adil dan laksana
Buat keputusan - Individu dan pengeluar - Kerajaan - Individu, pengeluar dan - Individu, pengeluar dan
ekonomi kerajaan kerajaan tetapi ikut undang-
undang Islam
Motif - Keuntungan - Kebajikan - Keuntungan dan - Kesejahteraan kebahagiaan
kebajikan di akhirat

9
Cara penyelesaian masalah asas ekonomi melalui ekonomi yang diamalkan adalah seperti berikut:
Masalah asas Sistem Ekonomi Pasaran Sistem Perancangan Sistem Ekonomi Campuran Sistem Ekonomi Islam
ekonomi Bebas / Kapitalis Pusat (Malaysia)

Apa yang hendak Barang dan perkhidmatan Barang dan Barang dan perkhidmatan Barang dan perkhidmatan
dikeluarkan yang diminta oleh pengguna perkhidmatan yang yang menguntungkan yang diminta oleh pengguna
melalui mekanisme harga. dikeluarkan oleh dikeluarkan oleh swasta yang baik dan harga yang
kerajaan melalui manakala barang awam berpatutan yang boleh
perancangan pusat. dikeluarkan oleh kerajaan. dimiliki oleh semua orang.
Berapa yang Berdasarkan permintaan Berdasarkan Berdasarkan permintaan Bergantung kepada
hendak pengguna melalui mekanisme perancangan pusat. pengguna dan jika berlaku permintaan pengguna dan
dikeluarkan harga. kekurangan, kerajaan akan tidak berlaku pembaziran
menampungnya. serta meliputi semua
golongan.
Bagaimana Berdasarkan kos pengeluaran Kaedah yang lebih Pihak swasta akan Kaedah yang melibatkan
hendak yang minimum dan boleh kepada intensif buruh menggunakan kaedah intensif kos yang rendah dan
dikeluarkan mendatangkan keuntungan untuk mengelakkan modal yang boleh pengeluaran yang berkualiti
yang maksimum. pengangguran. mendatangkan keuntungan dan mampu dibeli oleh
Intensif modal turut yang maksimum manakala pengguna.
digunakan bagi kerajaan mengeluarkan
menjimatkan kos barang awam melalui kaedah
pengeluaran. ekstensif buruh.
Untuk siapa Mengikut agihan pendapatan. Barangan awam yang Barangan swasta diberi Semua golongan, baik kaya
dikeluarkan Golongan yang kaya akan boleh digunakan oleh mengikut agihan pendapatan atau miskin dapat memiliki
mendapat lebih banyak rakyat dan diberi secara manakala barangan awam barang kerana harga barang
barang yang berkualiti sama rata. untuk semua golongan yang berpatutan dan baik.
manakala golongan miskin terutama orang miskin.
mendapat barang yang
kurang dan tidak bermutu.

10

You might also like