You are on page 1of 44

BAB 1

PENGENALAN
1.1 DEFINISI EKONOMI
Ekonomi merupakan satu kajian sains sosial tentang bagaimana manusia menguruskan
sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad.
1.2 UNIT-UNIT EKONOMI (Definisi setiap unit ekonomi/Objektif)
ISI RUMAH
 Individu/sekumpulan individu yang membuat keputusan ekonomi secara
bersama
 Objektif isirumah untuk memaksimumkan kepuasan daripada penggunaan
barang dan perkhidmatan
FIRMA
 Unit ekonomi/organisasi yang menggunakan faktor pengeluaran untuk
mengeluarkan barang/perkhidmatan
 Objektif firma untuk memaksimumkan keuntungan dengan menggunakan
kaedah pengeluaran yang paling cekap untuk menghasilkan barang dan
perkhidmatan.
KERAJAAN
 Unit ekonomi yang mengawal aktiviti ekonomi isi rumah dan firma melalui
undang-undang
 Objektif untuk meningkatkan taraf hidup dan memaksimumkan kebajikan
masyarakat.
1.3 SUMBER EKONOMI:
Merupakan input yang secara relatif bersifat kekurangan yang diperlukan dlm proses
pengeluaran barang dan perkhidmatan. Terdiri daripada:
 Tanah - Sumber alam semulajadi yang merangkumi sumber di daratan, lautan
dan di dalam bumi. Contoh hutan, galian.
 Buruh - Individu yang menawarkan tenaga secara mental dan fizikal untuk
menghasilkan output: Contoh Buruh Mahir, separuh mahir, tak mahir.
 Modal - Barang yang dikeluarkan dan digunakan sebagai input bagi
mengeluarkan barangan lain. Contoh: bangunan, mesin, jentera.
 Usahawan - individu yang mempunyai kemahiran mengabungkan sumber-
sumber ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

1
1.4 PENGKELASAN JENIS BARANG
a.1. Barang Percuma
Definisi : Barang yang tidak mempunyai kos lepas dan terdiri dari sumber alam
Ciri-ciri :
 Penawarannya tidak terhad.
 Boleh didapati secara percuma tanpa perlu mengorbankan barang lain.
 Ditawarkan oleh alam semulajadi anugerah Tuhan.
 Tidak mempunyai kos lepas.
 Contoh: udara, cahaya matahari, air hujan dan air sungai. **Hadiah yang
diterima secara percuma bukan barang percuma.
a.2. Barang Ekonomi
Definisi: barangan yang penawarannya terhad dan penggunaan barangan tersebut
melibatkan kos
Ciri-ciri:
 Penawarannya terhad.
 Mempunyai harga dan kos lepas.
 Contoh makanan, pakaian dan rumah. **Semua jenis barang yang ada di dalam
dunia ini adalah barang ekonomi, kecuali barang percuma.
b.1. Barang Awam.
Definisi: Barang yang ditawarkan kepada semua individu tanpa pengecualian.
Ciri-ciri:
 Untuk kegunaan bersama.
 Ditawarkan kepada orang ramai.
 Pengeluaran mempunyai kos lepas
 Contoh jalanraya, taman permainan, balairaya.
b.2. Barang persendirian.
Definisi: Barang yang dimiliki dan dikuasai oleh individu secara mutlak
Ciri-ciri:
 Barang yang diperolehi dan dimiliki oleh individu/firma tertentu.
 Tidak boleh dinikmati oleh individu lain tanpa kebenaran.
 Tidak mempunyai sifat kegunaan bersama atau bersifat kekecualian.
 Contoh rumah, kereta dan sebagainya.

c.1. Barang modal / Barang Pengeluar


Definisi: barang yang digunakan oleh sesebuah firma bagi menghasilkan barang lain.
Ciri-ciri:
 Penggunaan bukan untuk tujuan akhir tapi untuk hasilkan barang lain.
 Tidak hilang bentuk asal walaupun selepas digunakan. • Berlaku susut nilai
2
 Contoh - mesin, perkakas pejabat, kereta dan jentera. ** Kereta adalah barang
modal jika dijadikan teksi, tapi adalah barang pengguna jika untuk tujuan
persendirian.
c.2. Barang Perantaraan
Definisi: merupakan input yang digunakan bagi menghasilkan barang akhir
Ciri-ciri:
 Hilang bentuk asal apabila diproses
 Barang yang mesti diproses untuk dijadikan barang akhir atau barang siap
Permintaannya dikenali permintaan berkait atau permintaan terbitan.
 Contohnya bahan mentah - getah, kelapa sawit, bijih timah
c.3. Barang pengguna / Barang Akhir
Definisi: Barang yang dihasilkan oleh firma untuk tujuan penggunaan
Ciri-ciri:
 Boleh digunakan terus oleh pengguna tanpa melalui proses pemprosesan
(barang akhir).
 Dapat dikelaskan kepada barang tahan lama dan barang mudah rosak.
 Barang tahan lama contohnya.- kipas angin dan dapur gas.
 Barang mudah rosak contohnya - ikan, sayur sayuran.
1.5 MASALAH ASAS EKONOMI
a) Masalah ekonomi
1. Kekurangan
 Merupakan satu konsep yang membandingkan antara sumber ekonomi yang
bersifat kekurangan dengan kehendak manusia yang tidak terhad.
 (Individu kekurangan pendapatan, Firma kekurangan sumber pengeluaran -
(input), Kerajaan kekurangan sumber hasil).
 Kekurangan memaksa unit-unit ekonomi membuat pilihan.
2. Pilihan
 Masalah kekurangan menyebabkan pelaku ekonomi tidak dapat memenuhi
semua kehendak yang wujud dan terpaksa membuat pilihan.
 Pilihan melibatkan keputusan tentang kehendak yang perlu dipenuhi terlebih
dahulu.
3. Kos Lepas
 Kos lepas ialah pilihan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan kerana membuat
pilihan ke atas / atau mengeluarkan sesuatu barang atau perkhidmatan yang
pertama terbaik.
 Contoh antara membina sekolah dengan hospital. Jika kerajaan memilih untuk
membina sekolah maka kos lepas ialah membina hospital.
b) Masalah asas ekonomi
1. apa dan berapa
 Wujud sebab sumber pengeluaran terhad tapi kehendak tidak terhad.
 Terpaksa buat pilihan untuk menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan
3
 Keluarkan barang yang perlu - kehendak - kepuasan.
 Melihat jumlah permintaan supaya tidak berlaku lebihan atau kurangan.
 Bergantung kepada jumlah sumber pengeluaran yg diperuntukkan.
2. Bagaimana
 Merujuk kepada teknik pengeluaran yang paling cekap dan harga relatif yang
paling rendah.
 Intensif modal atau intensif buruh.
3. Untuk siapa
 Diselesaikan melalui corak pengagihan kekayaan/ pendapatan dan kuasa beli.
 Keluarkan barang kepada golongan yang mampu membayar.
 Biasanya barang mahal diminta oleh golongan berpendapatan tinggi dan
sebaliknya
1.6 KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN(KKP)
1.6.1 a) Takrif KKP
KKP merupakan satu keluk yang menunjukkan had maksimum kombinasi kombinasi
dua barang yang boleh dikeluarkan dengan menggunakan semua sumber yang sedia
ada pada suatu tingkat teknologi yang tertentu.
1.6.1 b) Andaian KKP
i. Sumber ekonomi digunakan secara maksimum.
ii.Ekonomi hanya mengeluarkan dua barang sahaja.
iii. Tingkat teknologi adalah tetap.
iv. Jumlah faktor pengeluaran adalah tetap dan tidak berubah.
Jadual KKP
Kombinasi A B C D E
Rumah 0 1 2 3 4
Kereta 100 90 75 55 0

4
1.6.1
c)

Keluk kemungkinan pengeluaran

 Titik A-rumah 0 unit dan kereta 100 unit.


 Titik E-rumah 4 unit dan kereta 0 unit.
 Ini menunjukkan jika semua sumber pengeluaran digunakan untuk
mengeluarkan rumah maka tiada kereta yang dapat dikeluarkan dan sebaliknya
untuk titik E.
 Pergerakan dari titik A ke B-Jika masyarakat memilih untuk mengeluarkan 1 unit
rumah, maka sebanyak 10 unit kereta terpaksa dilepaskan (100-90)
 Dari titik B ke titik C - Tambahan pengeluaran rumah sebanyak 1 unit iaitu dari 1
unit kpd 2 unit menyebabkan masyarakat terpaksa melepaskan 15 unit kereta
iaitu dari 90 unit kepada 75 unit.
5
 Ini menunjukkan kos lepas bagi tambahan 1 unit rumah ialah 10 unit kereta.
KENAPA KKP BENTUK CEMBUNG?
 Mengambarkan bahawa semakin banyak sesuatu barang yang hendak
dikeluarkan maka semakin banyak barang lain yang harus dilepaskan.

ATAU
 Sejumlah barang lain (brg x) yang terpaksa dikurangkan dengan jumlah yang
semakin bertambah bagi mendapatkan tambahan satu unit barang (brg y),
 Ini menunjukkan kos lepas yang semakin meningkat.

Jadual KKP malar


Kominasi A B C D E
Rumah 40 30 20 10 0
Kereta 0 1 2 3 4

Keluk KKP malar

KENAPA KKP MALAR?


 KKP berbentuk garis lurus yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
 Mengambarkan kos lepas adalah malar iaitu kos lepas sesuatu barang adalah
tetap walaupun pengeluaran barang lain bertambah secara terus-menerus.

6
1.6.1 d) Konsep kecekapan KKP

i. Kekurangan
 Kombinasi pengeluaran yang berada di sepanjang KKP.
 Contoh titik A, B, C
 Apabila semua sumber ekonomi telah digunakan, masyarakat tidak akan dapat
menambah suatu barang tanpa mengurangkan barang yang lain. Cth: Tambah
kereta, kurangkan rumah
ii. Pilihan
 Di tunjukkan oleh pergerakan disepanjang KKP yang merupakan pilihan
kecekapan.
 Masyarakat boleh memilih sebarang kombinasi disepanjang KKP sama ada untuk
mengeluarkan satu barang sahaja (titik A & E) atau 2 barang titik B, C dan D.
 Jika masyarakat memilih mengeluarkan lebih suatu barang, maka barang lain
perlu dikurangkan kerana masalah kekurangan
7
iii. Kos Lepas
 Jika masyarakat membuat pilihan, mereka perlu menanggung kos lepas.
 Contohnya pilihan untuk menambahkan bilangan rumah dari 2 kepada 3 unit,
maka kos lepasnya ialah 20 unit kereta (75-55 unit kereta)
 Kecerunan KKP menggambarkan bentuk kos lepas sama ada kos lepas meningkat
atau kos lepas malar
Ketidakcekapan dan Pengangguran
 Sebarang titik yang berada di dalam/ bawah KKP seperti titik X, penggunaan
sumber ekonomi adalah tidak cekap.
 Pengeluaran dapat dilakukan tetapi tidak mencapai tahap maksimum kerana
faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya.
 Titik terletak di dalam keluk kemungkinan pengeluaran.
Keluaran yang tidak boleh dicapai
 Kombinasi pada titik Y menunjukkan kombinasi barang yang tidak dapat
dikeluarkan/capai
 Hanya dapat dicapai sekiranya
I. faktor pengeluaran bertambah
II. teknologi berubah.
1.7 SISTEM EKONOMI
1.7.1 Sistem Ekonomi Pasaran Bebas(Kapitalis)
 Dikenali juga sebagai sistem ekonomi Laissez-faire
 Tidak terdapat sebarang campurtangan kerajaan dalam semua keputusan
ekonomi.
 Pengeluaran barang dan perkhidmatan ditentukan oleh kuasa permintaan dan
penawaran (Mekanisme Harga).
Matlamat:
Motif pengeluar adalah untuk memaksimumkan keuntungan. Oleh itu wujud
persaingan dalam pengeluaran.
Pemilikan:
Faktor pengeluaran dimiliki oleh pihak persendirian.
Keputusan Ekonomi:
Ditentukan oleh pihak swasta melalui permintaan dan penawaran
Kebaikan sistem ekonomi pasaran bebas
 Mementingkan kebajikan pengguna- sebab individu bebas membuat keputusan
dan kepuasan dapat dimaksimumkan.
 Menggalakkan persaingan - firma dapat meningkatkan kecekapan dan terus
kekal dalam industri.
 Menggalakkan perkembangan teknologi dan reka cipta - dapat menjimatkan kos
dan meningkatkan daya pengeluaran.
 Kebebasan dalam melakukan kegiatan ekonomi bagi pengguna dan pengeluar.
 Pasaran memberikan maklumat yang tepat kepada pengeluar- maklumat
tentang jumlah DD penting untuk hasilkan barang - untung maksimum.
Kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas
8
 Kegagalan dalam menyediakan barang awam - sebab tujuan firma untuk
mendapatkan keuntungan.
 Ketidakstabilan ekonomi - kerana harga ditentukan oleh mekanisme pasaran.
 Ketidakadilan dalam agihan pendapatan - golongan miskin terabai kerana jurang
perbezaan pendapatan yang besar antara golongan kaya dan miskin.
 Mewujudkan monopoli dalam pengeluaran - persaingan menyebabkan hanya
firma besar saja yang terus dapat bertahan.
 Kesan luaran negatif (eksternaliti) - tujuan firma untuk memaksimumkan
keuntungan menyebabkan tanggungjawab sosial diabaikan.
Penyelesaian masalah asas ekonomi
 Dalam sistem ekonomi kapitalis, masalah apa dan berapa banyak barang yang
hendak dikeluarkan bergantung kepada kuasa permintaan dan penawaran
(mekanisme harga).
 Masalah bagaimana barang hendak dikeluarkan bergantung kepada intensif
buruh atau intensif modal untuk meminimumkan kos pengeluaran supaya motif
pengeluar untuk memaksimumkan untung dapat dicapai
 Masalah untuk siapa barang dikeluarkan bergantung kepada agihan pendapatan
isi rumah
1.7.2 Sistem Ekonomi Perancangan Pusat(Sosialis)
Semua sumber pengeluaran dimiliki oleh kerajaan.
Matlamat :
Motif pengeluaran adalah untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan tiada
motif keuntungan.
Pemilikan :
Semua sumber adalah milik kerajaan.
 Tidak wujud persaingan dalam pengeluaran.
Keputusan Ekonomi:
Kerajaan akan menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan.
Kebaikan sistem ekonomi perancangan pusat
 Pengagihan pendapatan adalah saksama sebab semua faktor milik kerajaan dan
tiada harta persendirian.
 Penggunaan sumber ekonomi yang cekap - pengeluaran barangan dikawal oleh
kerajaan dan ini menjamin kecekapan penggunaan sumber.
 Matlamat sosial sentiasa diutamakan kerana kerajaan lebih fokus kepada barang
awam.
 Keadaan ekonomi lebih stabil kerana ekonomi tidak dipengaruhi kesan turun
naik harga sebab dikawal oleh kerajaan.
 Harga dan kos rendah sebab dasar pemilikan negara menyebabkan tiada
persaingan untuk pengiklanan
Kelemahan sistem ekonomi perancangan pusat
 Kehilangan kuasa untuk memiliki kekayaan - tidak bebas memiliki kekayaan dan
mengumpul harta kekayaan.
 Pekerja kurang motivasi dan inisiatif untuk kerja kuat.

9
 Pembaziran sumber kerajaan memilih insentif buruh dan daya pengeluaran
jatuh.
 Pentadbiran kurang efisien - wujud birokrasi.
Penyelesaian masalah asas ekonomi
 Apa dan berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh
kerajaan bergantung kepada keperluan untuk meningkatkan kebajikan.
 Bagaimana barang hendak dikeluarkan bergantung kepada cara yang sesuai dan
selaras dengan matlamat ekonomi negara. Jika kerajaan ingin menurunkan
kadar pengangguran ia akan memilih intensif buruh dan intensif modal jika ingin
meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
 Untuk siapa barang dikeluarkan untuk semua rakyat bergantung kepada
keperluan isi rumah.
1.7.3 Sistem Ekonomi Campuran
 Merupakan gabungan daripada sistem ekonomi kapitalis dengan sistem
ekonomi sosialis.
 Rasionalnya- kerajaan perlu campurtangan dalam sistem pasaran bebas untuk
mengurangkan kelemahan yang wujud dalam pasaran bebas. Contoh
campurtangan kerajaan ialah seperti perlaksanaan dasar kawalan harga, dasar
pencukaian dan subsidi.
Matlamat :
Semua campurtangan kerajaan bertujuan membentuk sebuah sistem ekonomi yang
lebih mementingkan kebajikan sosial daripada terlalu mementingkan keuntungan
persendirian.
Pemilikan :
Kerajaan dan swasta
Keputusan Ekonomi:
Semua keputusan ekonomi ditentukan oleh kerajaan dan mekanisma harga, kerana
sumber ekonomi dimiliki oleh pihak kerajaan dan swasta. Firma bebas bersaing tapi
dikawal oleh pihak kerajaan.
Kebaikan sistem ekonomi campuran
 Wujudnya motif untung persendirian dan motif kebajikan - Pengeluaran dibuat
secara cekap dan kebajikan pengguna sentiasa dijamin.
 Pertumbuhan ekonomi yang stabil- kerajaan boleh merangsang pertumbuhan
ekonomi apabila ekonomi merosot dan mengurangkan inflasi jika ekonomi
melambung
 Penggalakan penggunaan teknologi- pengeluaran menggunakan sumber secara
cekap mendorong peningkatan teknologi.
 Kawalan kerajaan - pengeluaran tertakluk oleh undang-undang yang diwujudkan
oleh kerajaan.
Penyelesaian masalah asas ekonomi
 Masalah apa dan berapa banyak yang hendak dikeluarkan masih ditentukan oleh
mekanisme pasaran tetapi sekiranya wujud kelemahan (sama ada
membebankan pengguna/pengeluar) , kerajaan akan campurtangan.
 Masalah bagaimana barang dikeluarkan bergantung kepada teknik pengeluaran
yang paling cekap sama ada intensif buruh/modal.
10
 Masalah untuk siapa barang dikeluarkan bergantung kepada agihan pendapatan
isirumah dan pada masa yang sama kebajikan masyarakat tidak diabaikan.
Tujuan campurtangan kerajaan dalam sistem ekonomi campuran
 Mewujudkan kestabilan ekonomi.
 Menyediakan barang awam
 Mengelakkan amalan monopoli.
 Merapatkan jurang perbezaan pendapatan.
 Menghapuskan kesan luaran yang negatif.
 Mengawal aktiviti pengeluaran yang bertentangan dengan undang-undang.
Bentuk campurtangan kerajaan
 Mengenakan peraturan dan undang-undang
 Penentuan tingkat harga menetapkan dasar harga maksimum dan dasar harga
minimum.
 Pencukaian mengenakan cukai tak langsung kepada pengeluar. Hasil kerajaan
naik dan untung berkurangan.
 Subsidi - mengurangkan kos pengeluaran.
1.7.4 Sistem Ekonomi Islam
Merupakan sistem ekonomi yang dijalankan berlandaskan hukum syarak dengan
menjadikan Al Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan. Contoh negara yang
mengamalkannya ialah Arab Saudi dan Mesir.
Prinsip ekonomi Islam
a) Hubungan Manusia dengan Pencipta. Manusia wajib bersyukur terhadap segala
nikmat yang dianugerah oleh Allah SWT. Perhubungan ini hendaklah dijadikan
sebagai fokus segala aktiviti kehidupan dan kemasyarakatan serta memupuk dan
memperkukuhkan sifat ketakwaan manusia kepada Pencipta.
b) Hubungan Manusia dengan Manusia Manusia sebagai makhluk ciptaan Allah
adalah sama rata antara satu sama lain. Manusia tidak mampu hidup
bersendirian dan dan perlu bekerjasama untuk menegakkan kesaksamaan dan
tidak menjalankan kegiatan yang boleh mengeksploitasi kebajikan yang lain.
Setiap manusia berhak untuk menikmati sember ciptaan Allah. Oleh yang
demikian, perancangan dan pembangunan bandar harus mampu mewujudkan
persekitaran kehidupan bermasyarakat yang serba lengkap, memupuk semangat
kejiranan dan kekeluargaan serta menggalakkan interaksi di kalangan pelbagai
lapisan masyarakat. Usaha seumpama ini akan memastikan persekitaran
kehidupan dapat berfungsi dengan sempurna menerusi pergerakan harian
penduduk yang berkesan serta penuh makna.
c) Hubungan Manusia dengan Alam Sekitar Manusia sebagai Pentadbir di muka
bumi dipertanggungjawabkan untuk mengolah serta memakmurkan bumi.
Manusia mempunyai peranan sebagai pembina, pengindah dan penyelamat
alam sekitar dan bukan melakukan kerosakan, kemusnahan serta memporak
perandakannya. Manusia dituntut memelihara alam sekitar serta pelbagai
sumber alam yang telah disediakan Pencipta demi untuk kehidupan berterusan
manusia. Perancangan dan pembangunan yang berasaskan konsep
pembangunan mampan akan memastikan kesemua sumber alam tersebut
seperti gunung ganang, sungai, udara, pelbagai flora dan fauna dijaga sebaik
mungkin serta berkekalan untuk dinikmati oleh generasi akan datang.
Tanggungjawab manusia sebagai pemegang amanah terhadap ekonomi. Segala
harta di dunia ini adalah milik Allah dan manusia hanya diberi amanah untuk
memelihara dan menjaganya. Allah berkuasa memberi dan menarik segala harta

11
jika dikehendaki. Manusia hanya mempunyai tekad, usaha dan azam dalam
mencari perkara yang diingini dalam hidupnya.
Ciri-ciri ekonomi Islam
Terdapat empat ciri penting dalam sistem ekonomi ini iaitu:
i. Objektif/matlamat ekonomi.
 Keputusan ekonomi yang dibuat oleh individu sebagai pengguna atau pengeluar
adalah berdasar hukum-hukum syariat.
 Kegiatan ekonomi yang dijalankan adalah bermatlamat untuk mencapai
kesejahteraan di dunia dan diakhirat dan bukan bertujuan untuk
memaksimumkan kepuasan dan keuntungan semata-mata.
ii. Sistem pemilikan harta dan kekayaan.
 Islam membenarkan pemilikan harta dan kekayaan persendirian selagi tidak
bertentangan dengan syariat Islam.
 Individu hanya pemegang amanah untuk menggunakan sumber-sumber bagi
menjalankan kegiatan ekonomi yang diredai allah. Sumber ini harus digunakan
untuk mengeluarkan barangan yang hala dan berfaedah kepada manusia.
iii. Peranan kerajaan.
 Kerajaan sebagai pemerintah bertanggungjawab untuk meningkatkan keadilan
sosial dan kebajikan ummah. Kerajaan bertanggungjawab memastikan rakyat
dapat menikmati keperluan asas, menggalakkan pembangunan ekonomi yang
menyeluruh dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan.
 Kerajaan perlu mengawasi kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh individu tidak
mendatangkan kesan negatif.
iv. Sistem zakat dan ekonomi tanpa riba.
 Ekonomi Islam mementingkan keadilan dan kebajikan ummah. Pemerintah
memunggut zakat daripada umat Islam yang berkemampuan dan hasil kutipan
digunakan untuk menolong golongan tidak berkemampuan.
 Unsur riba atau faedah adalah haram kerana riba boleh menyebabkan
berlakunya penindasan yang tidak dibenarkan dalam ekonomi Islam.
Penyelesaian masalah asas ekonomi
 Apa dan berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan - bergantung kepada
mekanisme harga dan barang yang haram tidak dibenarkan sama sekali.
Kerajaan campurtangan untuk menjamin kestabilan ekonomi.
 Bagaimana barang hendak dikeluarkan - berdasarkan kecekapan dalam
pengeluaran dengan tidak membebankan masyarakat. Manusia sebagai
pemegang amanah Allah dan perlu menguruskan sumber ekonomi dengan
cekap serta memakmurkan muka bumi dengan tidak meninggalkan kesan luaran
yang negatif(pencemaran).
 Untuk siapa barang dikeluarkan - setiap individu dijamin memperolehi keperluan
asas. Barang awam dikeluarkan oleh kerajaan dan barang ekonomi untuk
mereka yang mampu. Yang berpendapatan tinggi akan memperolehi lebih
banyak barang dan perlu membayar zakat dan yang kurang mampu dibantu
dengan sistem zakat - agihan pendapatan lebih adil.

BAB 2
PASARAN BARANG DAN HARGA
12
PERMINTAAN
Permintaan ialah keinginan dan kemampuan pembeli untuk membeli barang dan
perkhidmatan pada pelbagai tingkat harga dan pada suatu tempoh tertentu.
MENERANGKAN JADUAL DAN KELUK PERMINTAAN
Jadual permintaan ialah jadual yang menunjukkan kuantiti barang yang diminta pada
pelbagai tingkat harga. Contoh:
Keadaan Harga(RM) Kuantiti diminta(Qd)
A 10 3
B 8 6
C 6 9
D 4 12

HUKUM PERMINTAAN
 Menyatakan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah secara
songsang (negatif).
 Apabila harga sesuatu barang meningkat kuantiti yang diminta jatuh, sebaliknya
apabila harga sesuatu barang jatuh maka kuantiti yang diminta akan meningkat,
dengan andaian ceteris paribus.

 Ceteris paribus. ialah faktor-faktor lain selain harga barang itu sendiri diandaikan
tidak berubah/malar.
FUNGSI PERMINTAAN
13
Persamaan permintaan menunjukkan hubungan antara kuantiti yang diminta dengan
harga dalam bentuk persamaan matematik.
Qd = a - bp
Qd = Kuantiti diminta
a = Pemalar yang menunjukkan kuantiti diminta pada harga kosong
b = Kecerunan keluk pemintaan
p = Harga
a) Permintaan individu: Keluk permintaan individu ialah keluk yang menunjukkan
hubungan antara kuantiti diminta oleh seseorang pengguna terhadap sesuatu barang
pada suatu tingkat harga tertentu dalam suatu tempoh masa tertentu
b) Permintaan pasaran: Keluk permintaan pasaran ialah keluk yang menunjukkan
hubungan jumlah permintaan semua individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga
tertentu dalam suatu tempoh masa tertentu
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN
*a hingga d untuk permintaan individu
*e hingga h untuk permintaan pasaran
a) Harga barang itu sendiri
Ceteris Paribus, semakin tinggi harga barang, semakin kurang kuantiti barang yang
diminta. Sebaliknya, semakin rendah harga sesuatu barang semakin banyak kuantiti
barang yang diminta (pergerakan sepanjang keluk)

b) Harga barang lain


Barang pengganti
 Barang yang mempunyai
fungsi yang sama dan
mudah diganti antara
satu sama lain dalam
penggunaan untuk mendapat kepuasan yang hampir sama.
 Sebagai contoh: Getah asli dan getah tiruan. Andaikan harga getah asli adalah
sama dengan getah tiruan. Apabila harga getah asli meningkat maka pengguna

14
akan mengurangkan pembelian getah asli dan membeli getah tiruan walaupun
harga getah tiruan tidak berubah.
Katakan getah tiruan adalah pengganti kepada getah asli.
 Apabila harga getah asli meningkat pengguna kurang meminta getah asli dan
lebih meminta getah tiruan (di mana harga getah tiruan tidak berubah)
 Keluk permintaan getah tiruan akan berubah ke kanan (DD ke DD1).
 Sebaliknya, apabila harga getah asli menurun, ini menyebabkan pengguna lebih
meminta getah asli dan kurang meminta getah tiruan.
 Keluk permintaan getah tiruan berpindah kekiri (DD ke DD2)

Barang penggenap
 Barang penggenap
ialah barang yang
perlu digunakan bersama-sama serentak.Jika tiada satu barang, barang yang
satu lagi tidak berfungsi. Contohnya kamera dan filem.
 Apabila harga kamera turun, kuantiti diminta terhadap kamera akan naik. Ini
akan meyebabkan permintaan terhadap filem akan meningkat juga (harga filem
tidak berubah) keluk permintaan filem bergerak ke kanan. Keadaan sebaliknya
berlaku.

c) Citarasa
15
 Pengguna sekarang banyak dipengaruh oleh pengiklanan melalui pelbagai media
dan pertunjukan-pertunjukan serta ekspo.
 Sekiranya perubahan citarasa pengguna menyebabkan kuantiti diminta
bertambah pada setiap tingkat harga yang asal, keluk permintaan akan beralih
ke kanan.
 Keadaan adalah sebaliknya dimana keluk permintaan akan beralih ke kiri jika
citarasa pengguna terhadap sesuatu barang berkurangan.

d) Pendapatan
Perubahan pendapatan pengguna boleh mempengaruhi permintaan pengguna ke atas
barang-barang dan perkhidmatan dalam 3 kategori:
i. Barang biasa
Apabila pendapatan meningkat, permintaan terhadap barang biasa bertambah. Keluk
permintaan berpindah ke kanan. Ini kerana pada tingkat harga yang sama, semakin
banyak kuantiti barang yang mampu dibeli. Sedangkan apabila pendapatan
berkurangan, keluk permintaan akan beralih ke kiri. Ini kerana pada tingkat harga yang
sama, semakin sedikit kuantiti yang
ii. Barang bawahan
Barang bawahan mempunyai hubungan negatif antara tingkat pendapatan dengan
kuantiti barang yang diminta. Bila pendapatan pengguna meningkat, permintaan
barang bawahan akan menurun dan keluk permintaannya berpindah ke kiri.
Contohnya beras hancur.
iii. Barang Mesti
Barang yang diperlukan oleh pengguna dan permintaan terhadap barang ini tidak
dipengaruhi oleh perubahan dalam tingkat pendapatan. Kuantiti barang diminta tetap
sama walaupun tingkat pendapatan pengguna berubah. Contoh barang mesti ialah
gula, garam dan beras.
e) Penduduk
Semakin banyak jumlah penduduk di sesebuah negara semakin banyaklah permintaan
terhadap barangan dipasaran
f) Jangkaan masa depan

16
Sekiranya pengguna menjangkakan harga akan meningkat pada masa depan, mereka
akan didorong akan membeli lebih banyak pada masa sekarang. Ini akan menyebabkan
keluk permintaan berpindah ke kanan.
g) Dasar Kerajaan
Dasar Kerajaan akan mempengaruhi permintaan pasaran sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Contohnya apabila kerajaan megenakan cukai pendapatan,
pendapatan individu akan berkurangan. Ini akan mengurangkan permintaan barang di
pasaran.
h) Musim
Pada musim hujan, permintaan terhadap baju hujan bertambah.
PERUBAHAN KUANTITI DIMINTA DAN PERUBAHAN PERMINTAAN
 Perubahan dalam kuantiti diminta bermaksud pergerakan titik di sepanjang
keluk permintaan yang sama disebabkan oleh perubahan harga barang itu
sendiri sementara faktor-faktor lain yang mempengaruhi permintaan adalah
tetap.
 Kenaikan harga akan menyebabkan penurunan dalam kuantiti diminta.
 Penurunan harga akan menyebabkan kenaikan dalam kuantiti diminta.

Perubahan permintaan
 Perpindahan atau peralihan keluk permintaan sama ada ke kanan atau ke kiri
disebabkan oleh faktor faktor lain yang mempengaruhi permintaan selain
daripada harga barang itu sendiri.
 la disebabkan oleh faktor-faktor seperti: perubahan harga barang lain, citarasa
pengguna, pendapatan pengguna, jumlah penduduk, jangkaan masa depan,
dasar kerajaan dan musim.

17
PENAWARAN
Penawaran ialah kuantiti barang dan perkhidmatan yang ingin dan mampu
dijual/ditawarkan oleh pengeluar pada tingkat harga tertentu dan dalam tempoh masa
tertentu.
JADUAL DAN KELUK PENAWARAN
Jadual penawaran adalah jadual yang menunjukkan hubungan antara harga sesuatu
barang dengan kuantiti ditawarkan oleh firma terhadap barang tersebut.
Keadaan Harga(RM) Kuantiti ditawarkan
A 4 8
B 3 6
C 2 4
D 1 2
Huraian jadual
 Jadual menunjukkan hubungan positif antara harga barang dan kuantiti barang
yang ditawarkan.
 Semakin rendah harga barang semakin kurang kuantiti barang yang ditawarkan.
 Berdasarkan jadual, satu keluk penawaran dapat dilukis seperti berikut:

18
 Keluk penawaran ditakrifkan sebagai keluk yang menunjukkan kuantiti yang
ditawarkan oleh seseorang pengeluar pada pelbagai tingkat harga.
 Keluk penawaran bercerun positif. Ini menunjukkan hubungan positif antara
harga sesuatu barang dengan kuantiti barang yang ditawarkan.
 Keluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan.
HUKUM PENAWARAN
 Hukum penawaran menerangkan hubungan antara harga dengan kuantiti
ditawar adalah langsung (positif).
 Apabila harga sesuatu barang meningkat, kuantiti ditawar akan meningkat dan
apabila harga sesuatu barang jatuh, kuantiti ditawar akan jatuh dengan andaian
ceteris paribus.
 Ceteris paribus ialah faktor-faktor lain selain harga barang itu sendiri diandaikan
tidak berubah/malar.
Hukum ini menunjukkan wujud hubungan positif antara tingkat harga dan kuantiti
ditawar. Ini disebabkan:
 Harga yang tinggi memberi keuntungan yang lebih kepada pengeluar, jadi
pengeluar akan menawarkan lebih banyak barang.
 Harga yang tinggi, menyebabkan pengeluar berpendapat barang tersebut sangat
diminta oleh pengguna tetapi penawarannya kurang di pasaran.
 Pengeluar akan menambahkan penawaran untuk memenuhi permintaan.
PERSAMAAN PENAWARAN
Persamaan penawaran menunjukkan hubungan antara tingkat harga dan kuantiti yang
ditawarkan.
Qs = a + bP
Qs = Kuantiti ditawar
a = Pemalar yang menunjukkan kuantiti ditawar pada harga kosong
b = Kecerunan keluk penawaran
P = Harga

19
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARAN
*a hingga e untuk firma sahaja
*f hingga h untuk pasaran
a) Harga barang itu sendiri
Dengan andaian ceteris
paribus, semakin tinggi
harga sesuatu barang,
semakin banyak kuantiti
barang ditawarkan.
Sebaliknya semakin
rendah harga sesuatu
barang semakin
kuranglah kuantiti
barang ditawarkan.
(pergerakan disepanjang
keluk penawaran)

b) Harga barang lain


i. Penawaran Bersama
 Melibatkan barangan yang akan dikeluarkan secara bersama-sama dengan
pengeluaran barang lain.
 Contohnya: Daging lembu dan kulit lembu merupakan penawaran bersama.
Kenaikan harga daging lembu menyebabkan pertambahan penawaran kulit
lembu. (Keluk
Penawaran
beralih)
ii. Penawaran
bersaing
 Penawaran
bersaing
melibatkan
barangan yang

20
pengeluarannya dapat diganti dengan mudah untuk mengeluarkan barang lain
yang
menggunakan
faktor-faktor
ekonomi yang
sama.
 Contohnya:
Sayur bayam
dan sayur
sawi. Kedua-
dua ini dapat
dikeluarkan
dengan faktor
yang sama.
Kenaikan
harga bayam
menyebabkan
penawaran
barang bersaing (sawi) berkurang.

c. Kos pengeluaran
Kenaikan kos pengeluaran seperti tanah, modal dan buruh menyebabkan keuntungan
firma terjejas. Sekiranya harga barang yang dijual dipasaran tetap. Maka untung firma
akan berkurang. Seterusnya firma akan cuba mengurangkan bilangan penawaran
barang dan perkhidmatan.

21
d. Matlamat Pengeluar
 Memaksimumkan keuntungan: Jika pengeluar bertujuan memaksimumkan
keuntungan, maka ia akan mengurangkan penawarannya.
 Memaksimumkan pengeluaran: la akan menawarkan barang seberapa banyak
yang mampu. Contoh firma yang dimiliki oleh kerajaan
e. Teknologi
Penggunaan
teknologi moden
dan canggih dapat
meningkatkan
daya pengeluaran
sesebuah firma.
Melalui teknologi
moden,
penghasilan
barang secara
besar-besaran
dapat dilakukan.
Oleh itu
keupayaan
penawaran dapat
ditingkatkan.
f. Dasar Kerajaan
Cukai : Untuk menggalakkkan penawaran tempatan kerajaan mengenakan cukai keatas
barang diimport. Kenaikan harga barang diimport menyebabkan permintaan barang
tempatan meningkat. Seterusnya penawaran dalam negara bertambah
Subsidi : Pemberian subsidi kerajaan terhadap firma tempatan akan menyebabkan kos
pengeluaran berkurang. Keadaan ini dapat menggalakkan firma mempertingkatkan
pengeluaran sesuatu barang.
g. Bilangan firma
Secara umumnya semakin ramai pengeluar dalam sesuatu barang, semakin tinggi
kuantiti penawaran barang tersebut.
h. Musim
Pada musim tengkujuh, penawaran ikan atau getah akan berkurangan.

PERUBAHAN KUANTITI YANG DITAWAR


Perubahan dalam kuantiti ditawar disebabkan oleh perubahan harga barang itu
sendiri. Faktor-faktor lain diandaikan tetap. Ia merupakan pergerakan titik disepanjang
keluk penawaran yang sama.
 Kenaikan harga menyebabkan kuantiti ditawarkan bertambah.
 Penurunan harga menyebabkan kuantiti ditawarkan jatuh.

22
PERUBAHAN PENAWARAN
 la merujuk kepada peralihan keluk penawaran sama ada ke kanan atau ke kiri
disebabkan oleh perubahan dalam faktor-faktor lain selain daripada perubahan
harga barang itu sendiri.
 Contohnya: Peningkatan teknologi akan menambahkan penawaran. Peralihan ini
dipanggil pertambahan penawaran
 Peningkatan kos pengeluaran akan menyebabkan pengeluar mengurangkan
penawaran. Peralihan ini dikenali sebagai pengurangan penawaran.

KESEIMBANGAN PASARAN
Keseimbangan pasaran ialah keadaan harga dan kuantiti tidak berkecenderungan
untuk berubah apabila harga dan kuantiti diminta sama dengan harga dan kuantiti
ditawar pada tingkat harga tertentu.
Secara persamaan:
23
Qd = Qs
Secara keluk:
Titik persilangan antara keluk permintaan dan keluk penawaran
JADUAL PERMINTAAN DAN PENAWARAN
Harga(RM) Qs Qd Keseimbangan
pasaran
50 20 4 Lebihan penawaran
40 16 8
30 12 12 Qs = Qd
20 8 16 Lebihan permintaan
10 4 20

Keseimbangan pasaran
berdasarkan rumus;
 Keseimbangan pasaran tercapai apabila kuantiti diminta sama dengan kuantiti
ditawarkan pada satu tingkat harga iaitu Qd = Qs.
Persamaan permintaan dan penawaran boleh ditulis seperti berikut:
24
Persamaan permintaan: Qd = a - bP
Persamaan penawaran : Qs = a +bP
PERUBAHAN
KESEIMBANGAN
PASARAN

 Peningkatan permintaan akan menyebabkan berlaku kenaikan harga dan


kuantiti keseimbangan serentak.
 Penurunan
permintaan
akan

menyebabkan penurunan harga dan kuantiti keseimbangan serentak.

25
 Peningkatan
penawaran

menyebabkan harga keseimbangan jatuh dan kuantiti keseimbangan meningkat.


 Kejatuhan penawaran akan menyebabkan harga keseimbangan meningkat dan
kuantiti keseimbangan berkurangan.

PERUBAHAN DALAM PERMINTAAN DAN PENAWARAN

26
27
LEBIHAN PENGGUNA DAN LEBIHAN PENGELUAR
Lebihan pengguna ialah faedah yang diperoleh oleh pengguna apabila terdapat
perbezaan antara harga yang sanggup dibayar dengan harga keseimbangan pasaran.
(rujuk rajah)
Lebihan pengeluar ialah faedah yang diperoleh oleh pengeluar apabila terdapat
perbezaan antara harga keseimbangan pasaran dengan harga yang sanggup
ditawarkan oleh pengeluar.(rujuk rajah)

28
DASAR HARGA
MAKSIMUM
 Dasar harga
maksimum ialah
dasar penetapan
tingkat harga
pasaran yang
lebih rendah
daripada tingkat
harga
keseimbangan
pasaran.
 Merupakan
tindakan
kerajaan
menetapkan had
maksimum yang boleh dikenakan ke atas harga barang bagi tujuan menjaga
kebajikan pengguna.
 Dasar ini sesuai digunakan untuk mengurangkan inflasi.

29
Kesan dasar harga maksimum
Permintaan melebihi penawaran:
 Lebihan permintaan yang berlaku di pasaran akan menggalakkan berlakunya
pasaran gelap.
 Untuk mengelakkan daripada berlakunya pasaran gelap, kerajaan boleh
mengadakan dasar pencatuan.
 Kerajaan boleh menguatkuasakan undang-undang seperti mengenakan denda
dan hukuman berat ke atas pihak-pihak yang terlibat dengan pasaran gelap.
 Selain itu, bagi mengatasi masalah lebihan permintaan, kerajaan akan
mengimport.
DASAR HARGA MINIMUM
 Dasar harga minimum ialah dasar penetapan tingkat harga pasaran yang lebih
tinggi daripada tingkat harga keseimbangan pasaran.
 Tindakan kerajaan menetapkan had minimum yang boleh dikenakan ke atas
harga barang bertujuan menjaga kebajikan pengeluar.

Kesan dasar harga


minimum
Penawaran melebihi
permintaan
 Bagi mengatasi
masalah lebihan
penawaran,

30
kerajaan akan membeli lebihan penawaran tersebut dan disimpan dalam stok
penimbal.
 Sekiranya ada permintaan untuk barang tersebut dengan harga yang
berpatutan, kerajaan akan menjual @ mengeksport lebihan tersebut.
 Dasar harga minimum telah berjaya meninggikan harga dan meningkatkan
pendapatan pengeluar.
CAMPUR TANGAN KERAJAAN DALAM PASARAN
CUKAI JUALAN
 Çukai jualan ialah cukai tak langsung yang dikenakan oleh kerajaan ke atas
sesuatu barang dan ia hanya dibayar pada masa jual beli barang tersebut
berlaku.
 Cukai jualan yang dikenakan akan menyebabkan kos pengeluaran pengeluar
meningkat. Kesannya pengeluar akan memindahkan sebahagian beban cukai
tersebut kepada pengguna.
 Kenaikan kos pengeluaran akan menyebabkan pengeluar mengurangkan
penawaran.
 Keluk penawaran akan akan beralih ke kiri menyebabkan harga pasaran akan
meningkat.

Berdasarkan
rajah:
 Keseimbangan asal dicapai pada titik EO apabila keluk penawaran SOSO
bersilang dengan keluk permintaan DODO dimana tingkat harga keseimbangan
Po dan kuantiti keseimbangan Q0.
 Setelah cukai dikenakan, keluk penawaran akan beralih ke kiri iaitu dari SOSO ke
S1S1.

31
 Titik keseimbangan berubah dari EO ke El, tingkat harga naik daripada PO ke P1
manakala kuantiti
keseimbangan
merosot daripada
QO ke Q1.
 Jumlah beban cukai
pengguna ialah
POP1E1A, manakala
beban cukai
pengeluar ialah
PPOAB.
a) Permintaan anjal
(beban cukai pengguna <
beban cukai pengeluar)

b) Permintaan tak anjal


(beban cukai pengguna >
beban cukai pengeluar)

c) Permintaan anjal
sempurna (semua beban
cukai ditanggung oleh
pengeluar)

32
d) Permintaan tak anjal
sempurna (semua beban
cukai ditanggung oleh
pengguna)

a) Penawaran anjal (beban


cukai pengguna > beban cukai
pengeluar)

b) Penawaran tak anjal


(beban cukai pengguna <
beban cukai pengeluar)

c) Penawaran anjal
sempurna (semua beban
ditanggung oleh pengguna)

33
Qd) Penawaran tak anjal
sempurna (semua beban
cukai ditanggung oleh
pengeluar)

Subsidi
 Subsidi ialah bantuan kerajaan kepada pengeluar bagi mengurangkan kos
pengeluaran.
 Kesannya kos pengeluaran akan berkurangan menyebabkan pengeluar akan
menambahkan keluaran.
 Keluk
penawaran
akan beralih
ke kanan.

Berdasarkan rajah:
 Keseimbangan asal tercapai pada titik EO apabila keluk penawaran SOSO
bersilang dengan keluk permintaan DODO dimana tingkat harga keseimbangan
PO dan kuantiti keseimbangan QO.
 Setelah subsidi dikenakan, keluk penawaran akan beralih ke kanan dari SOSO ke
s1s1.
 Titik keseimbangan berubah dari EO ke El, tingkat harga jatuh dari PO ke PI
manakala kuantiti keseimbangan meningkat dari Q0 ke QI.
 kuantiti keseimbangan meningkat dari Q0 ke QI.
 Jumlah subsidi yang diperolehi oleh pengguna ialah PIPOAEI, manakala jumlah
subsidi yang diperolehi oleh pengeluar ialah POP2BA.

34
a) Permintaan anjal
(bahagian subsidi yang
dinikmati oleh pengguna <
bahagian subsidi yang
dinikmati oleh pengeluar)

b) Permintaan tak anjal


(bahagian subsidi yang
dinikmati oleh pengguna
> bahagian subsidi yang
dinikmati oleh pengeluar)

c) Permintaan anjal
sempurna (semua subsidi
dinikmati oleh pengeluar)

d) Permintaan tak anjal


sempurna (semua subsidi
dinikmati oleh pengguna)

35
a) Penawaran anjal
(bahagian subsidi yang
dinikmati oleh pengguna
> bahagian subsidi yang
dinikmati oleh
pengeluar)

b) Penawaran tak anjal (bahagian subsidi yang dinikmati oleh pengguna < bahagian
subsidi yang dinikmati oleh pengeluar)

c) Penawaran anjal sempurna (semua subsidi dinikmati oleh pengguna)

d) Penawaran tak anjal sempurna (semua subsidi dinikmati oleh pengeluar)

36
KEANJALAN PERMINTAAN
Ukuran darjah tindak balas
kuantiti permintaan akibat
perubahan
 tingkat harga barang
tersebut, atau
 tingkat harga barang lain, atau
 tingkat pendapatan pengguna.
Terdapat tiga jenis keanjalan permintaan, iaitu:
a) KEANJALAN PERMINTAAN HARGA
Ukuran darjah tindakbalas perubahan kuantiti yang diminta sesuatu barang kesan
perubahan tingkat harga barang tersebut.

Nilai keanjalan permintaan harga adalah


negatif. Ini menunjukkan hubungan antara
perubahan kuantiti diminta dengan
perubahan harga adalah songsang. Jika
harga suatu barang meningkat, kuantiti
diminta berkurang. Sebaliknya, jika harga
suatu barang menurun, kuantiti diminta bertambah.

37
Keanjalan titik
Mengukur darjah tindakbalas kuantiti permintaan sesuatu barang apabila berlaku
perubahan harga yang sangat kecil ke atas barang tersebut sehinggakan tidak
menampakkan kewujudan dua titik di atas lengkuk permintaan yang sama.
Darjah keanjalan permintaan harga
Keanjalan permintaan harga dapat dibezakan kepada lima darjah keanjalan yang
berlainan:
i) Anjal
 Peratus perubahan kuantiti diminta lebih
besar daripada peratus perubahan harga
 Nilai keanjalan
1< Ed < a

ii) Tak anjal


 Peratus perubahan kuantiti diminta lebih
kecil daripada peratus perubahan harga
 Nilai keanjalan
0 < Ed < 1

iii) Anjal satu


 Peratus perubahan kuantiti diminta sama dengan peratus perubahan harga
38
 Nilai keanjalan: Ed = 1

iv) Anjal sempurna


 Kuantiti diminta tidak dipengaruhi
oleh harga
 Nilai keanjalan
Ed = ∞

v) Tak anjal sempurna


 Sebarang perubahan dalam harga
tidak akan menyebabkan
perubahan dalam kuantiti diminta.
 Nilai keanjalan
Ed = 0

Jumlah perbelanjaan
 Jumlah hasil / Jumlah perbelanjaan
diperoleh dengan mendarabkan
harga barang tersebut dengan
kuantitinya.
 Jumlah Hasil = Harga X Kuantiti
TR = P X Q

Harga Jumlah Rumusan


Harga hasil baru
Jumlah Rumusan
hasil
(TR)
baru
(TR)
Harga OP1AQ1 TR
meningkat
Harga OP1AQ1 TR berkurangan
meningkat
meningkat
dari PO ke sebab Anjal
dariP1
PO ke pertambahan
P1 TR (POP1AC) ><
Pengurangan
TR (Q1CBQ0)
Tak Anjal
Harga OPOBQO TR
TRmeningkat
menurun
jatuh dari sebab
P1 ke PO pengurangan
TR (POP1AC) >< 39
Pertambahan
jTR
TR (Q1CBQ0)
(Q1CBQ0)
Anjal Satu
Harga Jumlah Rumusan
hasil baru
(TR)
Harga OP1AQ1 TR tetap sebab
meningkat pertambahan
dari PO ke TR (POP1AC)
P1 sama dengan
pengurangan KEANJALAN PERMINTAAN SILANG
TR (Q1CBQ0)
Satu konsep keanjalan permintaan yang
Harga OPOBQO TR tetap sebab mengukur darjah
jatuh dari pengurangan tindakbalas
P1 ke PO TR (POP1AC) perubahan kuantiti
sama dengan diminta barang
penambahan akibat daripada
TR (Q1CBQ0) perubahan harga
barang.

 Hubungan antara dua jenis barang dapat diketahui sekiranya diketahui nilai
keanjalan permintaan silang diketahui
Nilai Keanjalan Hubungan
Silang (Exy)
Negatif(-) Barang penggenap
Positif(+) Barang pengganti
40
Sifar(0) Tiada hubungan (barang tidak
berkait)

KEANJALAN PERMINTAAN
PENDAPATAN
Mengukur darjah tindak balas terhadap
perubahan kuantiti diminta sesuatu
barang kesan daripada perubahan
tingkat pendapatan pengguna.

Nilai pekali Ey Maksud Jenis barang


Edy < 0 Apabila pendapatan berubah, kuantiti berubah pada Barang
arah yang sama bawahan
Edy = 0 Kuantiti tidak berubah apabila pendapatan berubah Barang
mesti
0 < Edy ≤ 1 Apabila pendapatan berubah, kuantiti kurang daripada Barang
perubahan pendapatan normal
Edy > 1 Apabila pendapatan berubah, kuantiti turut berubah Barang
pada arah yang sama tetapi perubahan kuantiti lebih mewah
besar daripada perubahan pendapatan

KEANJALAN PENAWARAN
 Mengukur darjah
tindakbalas perubahan
dalam kuantiti ditawar
akibat perubahan harga
barang itu sendiri
 Peratus perubahan
kuantiti ditawar kesan
daripada perubahan harga
barang itu sendiri
41
Darjah keanjalan penawaran
Terdapat lima jenis keanjalan penawaran;
a) Anjal
 Peratusan perubahan kuantiti ditawar
melebihi peratusan perubahan harga
barang
 Nilai keanjalannya melebihi 1, tetapi
kurang daripada infiniti (∞ > Es > 1)

b) Tidak Anjal
 Peratusan perubahan kuantiti ditawar
kurang daripada peratusan perubahan
harga barang
 Nilai keanjalannya melebihi 0, tetapi
kurang daripada satu ( 0< Es <1)

c) Anjal Satu
 Peratusan perubahan kuantiti ditawar
sama peratusan perubahan harga barang
 Nilai keanjalannya adalah satu (Es = 1)

42
d) Anjal Sempurna
 Peratusan perubahan harga barang
tersebut adalah sifar dan kuantiti
ditawar infiniti (tidak terhingga)
 Nilai keanjalannya adalah infiniti
( Es = ∞)

e) Tidak Anjal Sempurna


 Peratusan perubahan kuantiti ditawarkan adalah sifar walaupun harga barang
berubah
 Nilai keanjalannya adalah 0 (Es = 0)

FAKTOR MEMPENGARUHI KEANJALAN PENAWARAN


a)Faktor masa
 Jangka masa singkat : Penawaran tidak anjal sempurna kerana pengeluar tidak
dapat menambah output selaras dengan harga di pasaran.
 Jangka masa pendek: Penawaran tidak anjal kerana pengeluar tidak dapat
menambah output dengan banyak.
 Jangka masa panjang: Penawaran adalah anjal kerana pengeluar dapat
menambahkan output dengan banyak.
Jangka masa pengeluaran
 Jangka masa lama hasilkan barang : Penawaran tidak anjal
 Jangka masa singkat hasilkan barang: Penawaran anjal
Tambahan kos
 Tambahan kos besar: Penawaran tidak anjal
 Tambahan kos sedikit: Penawarannya anjal
Mobiliti input
 Mobiliti input yang tinggi dapat meningkatkan daya pengeluaran maka
penawaran barang menjadi lebih anjal dan sebaliknya.
Bilangan firma
 Bilangan firma ramai penawarannya anjal Bilangan firma sedikit: Penawaran
adalah tidak anjal
Penggantian faktor

43
 Sukar menggantikan input : Penawarannya tidak anjal
 Input mudah diganti : penawarannya anjal

44

You might also like