You are on page 1of 21

PENGHARGAAN

Saya (MUHAMMAH KHUZAIFAH BIN AZLI, BPKA 2011-0074) pelatih Pembantu


Kesihatan Awam melahirkan rasa syukur kepada Ilahi kerana atas limpah dan
kurnianya dapat saya menyiapkan laporan bagi Peta Kawasan Operasi ini. Tidak lupa
juga ucapan terima kasih kepada kepada Unit Bekalan Air Dan Kebersihan Alam
Sekeliling (BAKAS), Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan,
PPKP U36 Tn Hj Mohammad Ridzuan b. Mohd Amin, PPKP U29 Mohree bin Mokhtar,
PKAK U22 En Azni Bin Piai dan juga seluruh anggota unit bakas kerana banyak
memberikan tunjuk ajar selama saya berusaha menyiapkan laporan ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada Pejabat Kesihatan
Daerah Hulu Perak yang telah memberi peluang kepada saya untuk mengikuti pelbagai
program yang telah dianjurkan oleh unit BAKAS, dengan adanya peluang ini sedikit
sebanyak dapat memberikan kami pengalaman sebelum melangkah ke alam
pekerjaaan kelak

Tidak lupa juga kepada penduduk Kampung Air Jada kerana sudi memberikan
kerjasama dan sedikit informasi ketika menjalankan aktiviti bancian.

Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat yang telah banyak mencurahkan ilmu pengetahuan dan memberi tunjuk ajar
kepada saya.

SEKIAN TERIMA KASIH

19
1. PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG KAWASAN OPERASI (TOPOGRAFI)

NEGERI PERAK

Negeri Perak merupakan negeri yang mempunyai keluasan seluas 21,005 km²
dan mempunyai 9 buah daerah iaitu Daerah Hulu Perak, Daerah Kuala Kangsar,
Daerah Larut Matang & Selama, Daerah Kerian, Daerah Kinta, Daerah Perak
Tengah, Daerah Manjung, Daerah Hilir Perak dan Daerah Batang Padang.

DAERAH HULU PERAK

Daerah Hulu Perak merupakan daerah yang terbesar di negeri perak dengan
keluasan kawasan 656,044 hektar iaitu 31.2% dari keluasan negeri perak
bersamaan dengan 6,563.5 km persegi atau bersamaan juga 2,533 batu persegi
dan 446,000 hektar adalah hutan simpan kekal.

Lokasi Hulu Perak adalah seperti berikut:


 Utara – Sempadan Antarabangsa Thailand
 Barat – Negeri Kedah Darul Aman
 Timur –Negeri Kelantan Darul Naim
 Selatan - Daerah Kuala Kangsar

Mukim Kenering memiliki bentuk muka bumi bukit-bukau dan kawasan berpasir
kerana berdekatan dengan sungai kerana kebanyakkan kampung kampung di
mukim ini adalah berdekatan dengan sungai. Disebabkan oleh bentuk muka
buminya yang berbukit bukit dengan iklim khatulistiwa disamping bertanah rata,
bentuk muka bumi ini membolehkan pelbagai sektor pertanian dijalankan. Getah
dan kelapa sawit merupakan sumber ekonomi utama penduduk

19
Pentadbiran Daerah Hulu Perak adalah dibahagikan mengikut berikut:
 Kampong
 Mukim
 Daerah kecil
 Majlis Daerah

Daerah Hulu Perak dibahagikan kepada 10 Mukim iaitu:


 Mukim Gerik
 Mukim Kenering
 Mukim Temenggor
 Mukim Belum
 Mukim Kerunai
 Mukim Pengkalan Hulu
 Mukim Belukar Semang
 Mukim Lenggong
 Mukim Temelong
 Mukim Durian Pipit

Mukim Kenering merupakan antara 3 mukim utama di daerah Hulu Perak,


dengan keluasan 84,433.6 hektar. Terdapat beberapa kampung di daerah Mukim
Kenering iaitu:

 Kampung Lawin

 Kampung Malau

 Kampung Belum Baru

 Kampung Rancangan Merah

 Kampung Sawa

 Kampung Air Jada

 Felda Lawin Selatan

19
 Felda Pepalut

 RPS Air Dala (OA)

1.2 TABURAN PENDUDUK (DEMOGRAFI)

Mukim Kenering yang juga antara 3 mukim utama bagi daerah Hulu Perak
dianggarkan mempunyai 21,120 orang populasi penduduk dengan 9 buah
kampung. Dari segi keadaan ekonomi pula hampir kebanyakan penduduk
dimukim ini terlibat di dalam sektor pertanian, iaitu dalam getah, kelapa sawit dan
pisang.

BILANGAN
BIL. NAMA LOKALITI BIL. RUMAH
PENDUDUK
1 KAMPUNG LAWIN 31 129
2 KAMPUNG MALAU 82 406
3 KAMPUNG BELUM BARU 104 277
KAMPUNG RANCANGAN
4 37 215
MERAH
5 KAMPUNG SAWA 152 729
6 KAMPUNG AIR JADA 39 159
7 FELDA LAWIN SELATAN 264 1670
8 FELDA PEPALUT 158 886
9 RPS AIR DALA (OA)
KG. SG. SAROK
KG. SG. UNTONG
KG. SG. URAT
3502 16625
KG. SG. MELELA 1
KG. BUKIT NANGKA
KG. SG. MALELA 2
KG. SG. TENGAH
JUMLAH 4368 21120

19
1.3 KEMUDAHAN ASAS DALAM KAWASAN OPERASI

Kemudahan Kesihatan
 Klinik Kesihatan Lawin
 Klinik Kesihatan Ibu dan anak Lawin

Kemudahan Pendidikan
 Sekolah Kebangsaan Lawin
 Sekolah Menengah Kebangsaan Lawin
 Sekolah Menengah Kebangsaan Kenering
 Sekolah Menengah Kenering
 Tabika Kemas Permata

Kemudahan Awam
 Perpustakaan Awam Lawin
 Stesyen Minyak (shell) Lawin

1.4 KUMPULAN ETNIK

Terdapat sebanyak 9 Buah Kampung di mukim Kenering dan majoritinya adalah


orang asli sebanyak 16,652 dan diikuti pula kaum melayu dengan seramai 4425
sebagai kedua tertinggi dan selebihnya adalah kaum cina dan india. Selain itu
terdapat juga pendatang asing seperti orang siam, Indonesia dan lain lain lagi
yang tinggal di kawasan ini bagi bekerja di ladang.

19
2. OBJEKTIF

2.1 OBJEKTIF UMUM :

Memberi pengetahuan kepada PKA pelatih bagi membiasakan diri membuat


peta lakar sebelum bekerja.

Memberi pengetahuan kepada pelatih mempelajari teknik membuat peta lakar


dengan lebih tepat.

Bagi membiasakan pelatih PKA untuk membiasakan diri untuk berjumpa dengan
masyarakat.

Bagi mengenalpasti kemudahan, infrastruktur dan pascarana sesebuah


kawasan.

2.2 OBJEKTIF KHUSUS :

Bagi mengetahui sempadan dan had kawasan dalam menjalankan kerja kerja
operasi dalam sesuatu kawasan.

Memudahkan dalam merancang sesuatu kerja kerja operasi pada suatu


kawasan terutama apabila berlaku wabak dan segala aktiviti dengan adanya
peta kawasan operasi dan maklumat maklumat asas yg sedia ada bagi kawasan
tersebut.

Untuk mengetahui jumlah kepadatan penduduk sesebuah kawasan, kemudahan,


infrastruktur dan pascarana sesebuah kawasan.

19
Untuk mengetahui tahap pencapaian pembinaan tandas curah dan penerimaan
bekalan air dan mengetahui sama ada setiap rumah memiliki tandas curah dan
bekalan air.

Mengetahui teknik dan prosedur yang tepat bagi membuat peta kawasan operasi
disamping mengetahu peranan PKA unit BAKAS

19
3.PEMERIKSAAN

3.1 PENCAPAIAN AKTIVITI KESIHATAN DALAM KAWASAN OPERASI

Di Daerah Hulu Perak, terdapat beberapa aktiviti kesihatan yang telah dijalankan oleh
Pejabat Kesihatan Hulu Perak bagi memastikan tahap kesihatan penduduk dan
masyarakat disini dalam keadaan yang optimum terutama di kalangan masyarakat yang
berada di pendalaman seperti masyarakat orang asli. Oleh itu pihak Pejabat Kesiahatan
Hulu Perak telah pun menubuhkan antaranya Mobile Team team yang mana ahlinya
terdiri daripada jururawat masyarakat dan pembantu perubatan.fungsi pasukan tersebut
ditubuhkan adalah untuk memastikan kesihatan masyarakat orang asli terjamin.

Selain itu Unit Bakas juga merupakan antara unit yang terpenting bagi aktiviti kesihatan
yang berkaitan alam sekeliling. Unit ini juga bertindak sebagai penyedia dan memberi
kemudahan asas kepada masyarakat dan penduduk pada sesebuah kawasan operasi.
Antara aktiviti yang telah dijalankan olek Unit BAKAS ialah:

Sistem bekalan air gravity(GFS)


Subsidi Tandas Curah
Sistem Pelupusan sisa pepejal (SPSP)
Sistem pelupusan Air limbah (SPAL)
Projek bekalan air LAP KKM

Bagi memastikan kelicinan dan kelancaran aktivi bagi sesebuah projek, setiap
perjalanan bagi sesebuah projek terlebih dahulu akan dirangka bagi mengelakan
pertindihan dan masalah yang tak dijangaka semasa projek di jalankan.

19
3.2 HURAIAN AKTIVITI KESIHATAN BERDASARKAN GRAF

Berikut adalah senarai aktiviti bagi unit BAKAS iaitu dari sudut sasaran dan pencapaian
dalam tempoh lima tahun.

AKTIVITI KESIHATAN TAHUN


2007 2008 2009 2010 2011
S P S P S P S P S P

TANDAS CURAH
25 25 10 10 20 20 10 10 - -

SPAL (KKM) 20 20 20 20 20 20 10 10 0 0

4 4
SAMBUNGAN PAIP LAP 23 23 20 20 35 35 10 10
5 5
(KKM)

S – Sasaran

P - Pencapaian

19
HURAIAN AKTIVITI KESIHATAN (PENJADUALAN GRAF)

1. Pembinaan Tandas Curah

JUMLAH PEMBINAAN TANDAS CURAH


BAGI UNIT BAKAS
25

20

15

10

0
2007 2008 2009 2010 2011

Tandas yang sanitari adalah satu kemudahan asas yang disasarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap semua rumah di kawasan luar bandar
melalui Program BAKAS di mana di bawah program ini kemudahan tandas sanitari
bersubsidi disediakan kepada pemohon yang layak di kawasan luar bandar.

19
Tandas Sanitari ialah satu bentuk tandas yang penggunaannya dapat mencegah
kejadian penyakit berjangkit bawaan air seperti Kolera, Disentri dan seumpamanya.
Ianya terdiri daripada komponen rumah tandas, lantai dan mangkuk tandas, paip
penyambung dan lubang najis serta penutup lubang najis. Di bawah program BAKAS,
kebanyakan tandas sanitari yang dibina adalah dari jenis tandas curah.

Kementerian Kesihatan Malaysia berhasrat memastikan semua kemudahan yang


dibekalkan dapat digunakan secara berterusan oleh penduduk bagi menjaga
kebersihan alam sekeliling dan seterusnya mencapai matlamat pengawalan wabak
penyakit bawaan air.

Berdasarkan pada plot graf di atas, sebanyak 65 buah tandas curah telah dibina bagi
tempoh lima tahun tersebut. Pada tahun 2007 sebanyak 25 buah tandas curah telah
dibina dan ini merupakan jumlah yang teringgi kerana pada tahun tersebut rumah yang
memiliki tandas adalah kurang, disebabkan oleh pembinaan tandas yang tinggi pada
tahun 2007, pada tahun 2008 pula jumlah tersebut berkurang kepada sepuluh kerana
hampir kebanyakkan rumah pada waktu itu telah memiliki tandas curah.

Pada tahun 2009 pula, jumlah bagi pembinaan adalah meningkat kerana permintaan
daripada masyarakat sendiri dan selain dari peruntukan dari kerajaan sendiri. Pada
tahun 2010 pula jumlah tersebut menurun kerana kerana disebabkan kebanyakkan
rumah telah memiliki tandas curah dan mendapat peruntukan yang kurang oleh
kerajaan pada waktu itu.

Pada tahun 2011 pula pembinaan tandas curah mula diambil alih oleh pihak
kontraktor.

19
2. Pembinaan Sistem Pelupusan Air Limbah.

JUMLAH PEMBINAAN SISTEM PELUPUSAN AIR LIMBAH (SPAL)

20

18

16

14

12 SPAL

10

0
2007 2008 2009 2010 2011

Sistem Pengurusan Air Limbah (SPAL) adalah merupakan salah satu komponen
projek utama di bawah Program Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS)
yang bertujuan untuk memastikan sistem perlimbahan di kawasan luar bandar adalah
baik dan memuaskan. Tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan kejadian
penyakit berjangkit yang berpunca akibat pengurusan sisa perlimbahan yang tidak
sempurna. SPAL terdiri daripada beberapa komponen utama iaitu paip saluran, penapis
kotak SPAL, lubang resapan dan kotak turasan media.

19
Perlaksanaan SPAL pada masa sekarang adalah melalui beberapa kaedah yang
disesuaikan mengikut keadaan semasa di persekitaran rumah dan kampung. Sistem
yang dibangunkan pula adalah merupakan sistem yang ringkas dan berkos rendah
yang digunakan untuk sesebuah rumah sahaja.

Pada tahun 2007 hingga 2010 jumlah pelaksanaan adalah sama iaitu 20 pada setiap
tahun kerana disebabkan oleh permohonan yang kurang dan peruntukan yang kurang
dari kerajaan. Selain itu mungkin juga disebabkan oleh kawasan pada sesebuah
tempat, seperti kawasan yang berpasir menyebabkan air limbah merasap masuk ke
dalam tanah.

Pada tahun 2011 pula projek tiada disebabkan oleh tiada peruntukan oleh kerajaan
disamping tiada permohonan baru.

19
3. Sambungan Paip LAP KKM

PENYAMBUNGAN PAIP LAP KKM


45
40
35
30
Penyambungan Paip LAP KKM
25
20
15
10
5
0
2007 2008 2009 2010 2011

Penyambungan paip air LAP KKM adalah sebagai salah satu alternatif untuk
memastikan pengguna luar bandar mendapat kemudahan bekalan air yang bersih dan
selamat. Dengan adanya sistem ini, maka tahap kebersihan dan kualiti serta
keselamatan air adalah sama dengan bekalan air awam yang sedia ada. Tujuan utama
pengenalan program paip LAP/KKM ini adalah untuk mengatasi masalah penyakit
berjangkit bawaan air terutamanya kepada penduduk luar bandar.

Keadaan sering terjadi di mana bagi sesetengah rumah yang penduduknya tidak
mampu untuk menyambung bekalan paip air awam meskipun di kawasan tersebut
sudah terdapat kemudahan bekalan air paip awam dari PBA. Pihak KKM juga
mempunyai skim bantuan berbentuk peralatan paip dan penyambungan untuk diberikan
kepada masyarakat kampung di luar bandar supaya mereka dapat bekalan air terus

19
daripada paip utama LAP, justeru air yang digunakan oleh mereka adalah terjamin
bersih dan selamat.

Berdasarkan pada carta graf di atas pada tahun 2007 sebanyak 23 penyambungan
telah dilakukan dan pada tahun 2008 pula sebanyak 20 penyambungan telah dilakukan.
Pada tahun 2008 jumlah tersebut menurun mungkin disebabkan oleh pada tahun
sebelumnya jumlah penyambungan telah banyak dilakukan disamping kurang
permohonan baru pada tahun 2008 berbanding pada tahun 2007.

Pada tahun 2009 pula jumlah penyambungan meningkat sebanyak 35 mungkin kerana
disebabkan oleh subsidi kerajaan yang banyak disamping pihak dari LAP sendiri telah
meluaskan kawasan bagi sambungan paip utama ke kawasan pendalam. Pada tahun
2010 jumlah tersebut berkurang kepada 10 sahaja disebabkan kebanyakan rumah telah
mendapat sambungan paip pada tahun 2009 dan juga disebabkan kekurangan
peruntukan dari pihak kementerian (KKM).

19
4. MASALAH DAN CADANGAN

4.1 MASALAH YANG TIMBUL SEMASA MENYEDIAKAN PETA KAWASAN


OPERASI

Semasa menjalankan tugas dalam membanci bagi membuat peta lakar bagi kawasan
operasi, terdapat beberapa masalah yang timbul seperti:

Ketika membuat bancian, terdapat rumah yang kosong kerana tuan rumah pergi
bekerja.
Keadaan cuaca yang tidak menentu seperti hujan menyebabkan aktiviti bancian
ditangguhkan.
Peta operasi sedia ada yang tidak dinaik taraf menyukarkan pelatih untuk
menjadikan peta tersebut sebagai rujukan.
Kehadiran anjing liar menyukarkan aktiviti ini dilakukan.
Segelintir penduduk kampung dan warga asing yang enggan memberikan
kerjasama.

19
4.2 BERIKUT ADALAH CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN LANGKAH UNTUK
MENGATASI MASALAH

Pergi ke kawasan operasi pada waktu yang bersesuaian.


Peta Kawasan operasi perlulah disimpan dengan kemas dan sentiasa kemaskini
kawasan tersebut.
Memperkenalkan diri terlebih dahulu dan memberitahu tujuan kepada
masyarakat.
Bersedia terlebih dahulu di pejabat sebelum pergi ke lapangan bagi mengelakan
masalah.

19
5. KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya Peta Operasi merupakan suatu perkara yang amat penting
bagi seseorang Pembantu Kesihatan Awam bagi memastikan setiap aktiviti berkaitan
unit seperti aktiviti Sistem Pelupusan Air Limbah, Gravity Feed Syatem dan lain lain lagi
dapat berjalan dengan lancar.

Jika dilihat pada kawasan Kg Air Jada, taraf kesihatan di kawasan tersebut dalam
keadaan baik kerana kemudahan seperti Tandas curah, sambungan paip dan lain lain
kemudahan lain hampir mencapai 100%. Kemudaahan kesihatan seperti BFMP dan
sampel darah filariasis turut kerap dilakukan di kawasa tersebut bagi mengelakan
penduduk tersebut dari penyakit malaria dan denggi. Kehadiran Unit Promosi Kesihatan
pada kawasan tersebut dapat memastikan masyarakat di kampung tersebut sentiasa
mengetahui dan berpengetahuan akan penyakit penyakit dan cara pencegahanya.

Penyediaan Peta Kawasan Operasi ini juga dapat memenuhi hasrat Kementerian
Kesihatan Malaysia dalam memenuhi visi dan misi bagi melaksanakan program
kesihatan terutama pada kawasan luar bandar disamping menjadi kayu ukur bagi
keprihatinan dan kecekapan Pembantu Kesihatan Awan dalam menjalankan tanggung
jawab dan amanah mereka.

Namun jika dilihat dari sudut yang lain, tujuan membuat peta operasi ini adalah ianya
dapat membuatkan seseorang Pembantu Kesihatan Awam itu sendiri mengenali dan
memahami masyarakat di bawah kawasan mereka, mengakrabkan hubungan mereka
dan mewujudkan sikap yang berkerjasama disamping mampu membuatkan pandangan
yang baik antara masyarakat terhadap pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

19
LAMPIRAN

Peta Negeri Perak

19
19
KAWASAN KAMPUNG AIR JADA

19

You might also like