You are on page 1of 54

Kumpulan 1

Muhammad bin Yusoff


Azman Bin Jamaat
Syed Mohd Hafiz Bin Syed Hadzir
 1.1 Magnet
 1.2 Hukum Webber
 1.3 Hukum Tarikan Magnet
 1.4 Medan Magnet Di Sekitar Kawat Lurus
Dan Melingkar
 1.5 Fluks Magnet
 1.6 Ketelapan Mutlak
 1.7 Ketelapan Relatif
 1.8 Histerisis Kemagnetan
 Perkataan magnet berasal daripada perkataan
magnetik (loadstone/batu hitam) yang
ditemui di Magnesia, Turki.
 Magnet telah ditemui oleh Hong-Ti (China)
pada tahun 2637 s.m iaitu kira-kira 2000
tahun selepas orang Greek menemui sejenis
batu yang berkuasa menarik besi.
 Batu ini dinamakan sebagai ‘loadstone’ (batu
beban) dan kemudiannya digunakan untuk
menentukan arah utara dan selatan.
 Pada tahun 1820 Oersted dari Denmark dapat
membuktikan hubungan antara arus elektrik
yang mengalir dalam dawai dan jarum magnet.
 Pada tahun 1831 Michael Faraday pula mencipta
mesin dynamo yang dapat mengeluarkan tenaga
elektrik hasil pemotongan pengalir terhadap
medan magnet.
 Prinsip penemuan ini masih digunakan hingga
kini pada penjana, pengulang-alik dan
pengubah.
 Magnet merupakan suatu bahan yang boleh
menarik sesuatu bahan lain seperti besi dan
logam.
 Bahan yang boleh ditarik oleh magnet
dikategorikan sebagai bahan magnetic.
 Kemagnetan ialah satu sifat kebolehan /
keupayaan sesuatu magnet menarik bahan
magnetic.
 Magnet terbahagi kepada dua jenis :

◦ Magnet jati / tulen.


 dalam bentuk bijih besi.
 dikenali sebagai batu magnet.
 mempunyai kemagnetan dalam keadaan
semulajadi.
 Magnet buatan
◦ Magnet kekal
 terdiri daripada aloi keluli teras.
 aloi ialah bahan yang terhasil daripada percampuran
bahan-bahan lain secara pengoksidaan. Contoh :
alnico, mumatel, superaloi, permaloi.
 ia dimagnetkan secara electromagnet.
Kemagnetannya kuat dan tahan lama.
 contoh : dinamo motor elektrik, pembesar suara,
telefon, alat-alat pengukuran.

◦ Magnet sementara.
 ia mempunyai sifat magnet apabila dikenakan daya
kemagnetan tetapi ia akan hilang apabila daya
kemagnetan dialihkan.
 contoh : relay, loceng elektrik.

 Magnet mempunyai dua kutub iaitu kutub utara
dan kutub selatan.
 Magnet akan menerbitkan / menghasilkan urat
daya magnet (fluks) dalam medan magnet.
 Medan magnet merupakan suatu ruang yang
mengelilingi sesuatu magnet.
 Medan magnet terdiri daripada lingkaran garisan
fluks magnet yang bersambung dari kutub utara
ke kutub selatan.
 Fluks atau garisan fluks magnet ini mempunyai
ciri-ciri atau sifat-sifat medan magnet.
 Oleh itu, boleh kita katakan medan magnet
(yang terdiri daripada garisan fluks magnet) :
 Membentuk satu gelung tertutup.
 Tidak menyilangi antara satu sama lain.
 Mempunyai arah tertentu (kutub utara ke
selatan).
 Mempunyai ketegangan (tension) di
sepanjang jarak garisan fluks di mana ia cuba
memendekkan jarak garisan fluks sependek
yang mungkin.
Rajah 1 : Garisan urat daya magnet
(fluks) pada bar magnet
Rajah 2 : Penolakan dan penarikan urat daya
magnet (fluks) pada dua bar magnet
 Pengenalan
 Keelektromagnetan ialah penghasilan
kemagnetan melalui tenaga elektrik.
 Kemagnetan ini dihasilkan melalui lilitan
wayar pada teras besi (gegelung) yang
dikenakan / dibekalkan dengan arus.
R

Arah aliran

arus

Medan magnet

Rajah 3 : Penghasilan elektromagnet


 Arus. Apabila arus yang mengalir tinggi maka
kekuatan medan magnet akan bertambah.

 Panjang pengalir. Jika panjang pengalir bertambah,


medan magnet yang dihasilkan akan menjadi lebih
kuat.

 Diameter pengalir.

 Jenis bahan.

 Suhu.
 Arah medan magnet boleh ditentukan
melalui dua cara :
 Hukum Tangan Kanan
 Hukum Skru
◦ Selain daripada cara-cara tersebut, arah medan
magnet juga boleh ditentukan dengan
menggunakan kompas.
Hukum Tangan Kanan

 Arah ibu jari merujuk kepada arah aliran arus


 Arah empat jari yang lain merujuk kepada
arah medan magnet.

Rajah 4 : Hukum Tangan Kanan


Terdapat dua keadaan :
◦ Skru masuk ke dalam
 Arah pergerakan skru masuk ke dalam
menunjukkan arah arus.
 Pusingan ikut jam menunjukkan arah medan
magnet.

Rajah 5 : Hukum Skru (skru masuk)


◦ Skru keluar

 Arah keluar skru menunjukkan arah arus


 Pusingan lawan jam menunjukkan arah medan
magnet.

Rajah 6 : Hukum Skru (skru keluar)


Terdapat dua kes :

◦ Arus mengalir dalam arah yang sama.

Rajah 7 : Arah medan magnet pada pengalir yang


mempunyai arah arus yang sama
 Gambarajah di atas menunjukkan dua pengalir
P dan Q yang masing-masing membawa arus I1
dan I2 dalam arah yang sama.

 Oleh kerana arah medan pada ruang antara


kedua-dua pengalir adalah berlawanan, maka
kekuatan medan magnet paduan pada
kedudukan/ruang tersebut berkurangan.

 Oleh yang demikian, kedua-dua pengalir


berkecenderungan menarik antara satu sama
lain.
 Arus mengalir dalam arah berlawanan.

Rajah 8 : Arah medan magnet pada pengalir yang mempunyai arah arus
yang berbeza
 Gambarajah di atas menunjukkan dua pengalir
P dan Q yang masing-masing membawa arus I1
dan I2 dalam arah yang berlawanan.

 Oleh kerana arah medan pada ruang antara


kedua-dua pengalir adalah sama, maka
kekuatan medan magnet paduan pada
kedudukan/ruang tersebut bertambah.

 Oleh yang demikian, kedua-dua pengalir


berkecenderungan menolak antara satu sama
lain.
 Kekuatan medan Magnet disekitar kawat
lurus yang berarus elektrik, dipengaruhi oleh
kekuatan arus elektrik dan jarak titik tinjauan
terhadap kawat. Semakin besar arus semakin
kuat medan magnetnya, semakin jauh
jaraknya terhadap kawat semakin lemah
medan magnetnya.
 Berdasarkan rumus matematik oleh Biot-
Savart maka kekuatan medan magnet
disekitar kawat berarus elektrik dirumuskan
dengan :
Sebuah kawat lurus panjang dialirkan arus 5
miliampere berada pada ketelapan ruang
bebas. Tentukan ketumpatan fluks magnet
pada titik yang berada sejauh 10 cm di
sebelah kanan kawat, apabila kawat vertikal ?

Diberi : I = 5 miliampere = 5 . 10 –3 Ampere


a = 10 cm = 0,1 meter
B = ………….?

 penyelesaian : ?
 Kekuatan dan arah medan magnet pada
kawat melingkar berarus elektrik dapat
ditentukan dengan rumus :
Keterangan:

 BP = Induksi magnet di P pada kawat melingkar


dalam tesla ( T)
 I = kekuatan arus pada kawat dalam ampere ( A )
 a = jejari kawat yang melingkar dalam meter ( m )
 r = jarak P ke lingkaran kawat dalam meter ( m )
 θ = sudut antara kawat dan garis penghubung P
ke titik pada lingkaran kawat dalam darjah (°)
 x = jarak titik P ke pusat lingkaran dalam mater ( m
)
 Di mana ;

B = Medan magnet dalam tesla ( T )


μo = ketelapan ruang bebas= 4п . 10 -7 Wb/amp. m
I = kekuatan arus elektrik dalam ampere ( A )
a = jarak titik P dari kawat dalam meter (m)
= jejari lingkaran yang dibuat
 Sebuah kawat melingkar berada pada sebuah
bidang mendatar dengan dialirkan arus elektrik

 Apabila kawat melingkar tersebut dialirkan arus


elektrik dengan arah tertentu maka pada pusat
lingkaran akan muncul medan magnet dengan
arah tertentu. Arah medan magnet ini ditentukan
dengan kaedah tangan kanan.

 Apabila tangan kanan kita menggenggam maka


arah ibu jari menunjukkan arah medan magnet
sedangkan keempat jari yang lain menunjukkan
arah arus elektrik
Sebuah kawat melingkar dialiri arus elektrik sebanyak
4 A (lihat gambar). Jika jejari lingkaran 8 cm dan arak
titik P terhadap kawat melingkar adalah 6 cm maka
tentukan medan magnet pada :
a. pusat kawat melingkar ( O )
b. dititik P

Diketahui : I = 4 A
a = 8 cm = 8 . 10 – 2 m
x = 6 cm = 6 . 10 – 2 m
sin θ = a / r = 8 / 10 = 0,8

a. Bo = ……. ?
b. BP = ……. ?
Penyelesaian
 Fluks magnet ditakrifkan sebagai jumlah
bilangan garisan-garisan daya dalam medan
magnet.
 Simbol fluks : Ø (phi)
 Unit fluks : Weber (Wb)
 Satu weber ditakrifkan sebagai jumlah fluks
magnet yang memotong satu lilitan tunggal
gegelung dan menjanakan daya gerak elektrik
sebanyak satu volt dalam masa 1 saat.
1 Weber = 1 volt x saat
d.g.e = dØ / dt

 Fluks magnet dalam satu litar magnet adalah


setara dengan arus dalam satu litar elektrik.
 Daya gerak magnet terhasil apabila arus mengalir
melalui suatu gegelung dawai.
 Daya yang mengeluarkan beban magnet dinamakan
sebagai daya gerak magnet (mmf).
 Daya gerak magnet berkecenderungan
menggerakkan fluks melalui satu litar magnetik.
 Symbol : Fm
 Unit : Ampiar Lilit ( Ampere Turns, AT )

Fm = NI
 Di mana :
N = bilangan lilitan
I = arus

 Daya gerak magnet dalam satu litar magnet adalah


setara dengan daya gerak elektrik dalam litar elektrik
(d.g.e).
 Kekuatan medan magnet ditakrifkan sebagai daya gerak
magnet (Fm) yang meghasilkan fluks per unit panjang bagi
litar magnet.
 Simbolnya ialah H.
 Unitnya ialah lilit-ampiar / meter (LA/m) (AT/m).

 Ampere-turn / metre

Fm NI
H  Ampere-turn / metre
l l
Di mana :
Fm = daya gerak magnet
N = bilangan lilitan
I = arus
l = panjang purata lorong fluks
- untuk lorong bulat, l = 2πr ( r = radius )
 Ketumpatan fluks ialah ukuran bilangan
garisan daya (Ø) per unit luas yang diambil
bersudut tepat kepada arah fluks.
 Simbol : B
 Unit : Wb / m2 atau Tesla ( T )


B Wb / m2 atau Tesla ( T )

A
 Ketelapan merupakan kebolehan suatu litar magnet untuk
menghasilkan satu garisan daya magnet (fluks) di dalam suatu
bahan yang terbentuk dengan suatu daya permagnetan.
 Simbol ketelapan : μ
 Unit : Henry / meter (H/m).
B
 Di mana :

μ = μ o μr
H
μ = ketelapan mutlak
μr = ketelapan bandingan
μo = ketelapan ruang bebas
μo = 4π x 10-7 H/m

 Untuk hampagas, udara, μr = 1 , maka μ = μo


 Reluktans ialah sifat penentangan satu litar
magnet terhadap kewujudan fluks magnet.
 Reluktans dalam satu litar magnet adalah
berpasangan dengan rintangan dalam satu
litar elektrik.
 Simbol : S
 Unit : lilitan-ampiar / Weber ( AT/Wb).

FmHl l l
S   
 BA B H A  0  r A
 Satu kaedah yang menghasilkan d.g.e. dalam
pengalir ialah dengan menggerakkan pengalir
memotong medan magnet.
 Kesan daripada kaedah ini dinamakan aruhan
elektromagnet dan kesan daripada aruhan
elektromagnet ini akan menghasilkan arus
yang teraruh.
 Terdapat dua hukum yang berkaitan dengan
aruhan elektromagnet ini.
 Hukum Faraday.
 Hukum Lenz.
 Faraday menyatakan apabila berlaku
pergerakan relatif di antara medan magnet
dan pengalir ia akan menghasilkan daya
gerak elektrik (d.g.e / e.m.f).

 Apabila d.g.e. terhasil, arus yang teraruh juga


akan terhasil pada pengalir tersebut.
Rajah 9 : Fluks memotong pengalir

 Apabila bar magnet ditolak masuk ke dalam


ditarik keluar dari gegelung (rujuk Rajah 9), jarum
meter galvano akan bergerak. Ini menunjukkan
bahawa arus telah dihasilkan pada gegelung
kerana meter galvano digunakan untuk menyukat
arus atau voltan rendah.
Pengalir memotong fluks.

Rajah 10 : Pengalir memotong fluks

Apabila pengalir digerakkan melalui medan


magnet (Rujuk Rajah 10), d.g.e. akan terhasil
pada pengalir. Kewujudan d.g.e ini dapat
ditunjukkan pada meter galvano. Ini
merupakan prinsip asas bagi sebuah penjana.
 Nilai d.g.e. yang terhasil boleh dikira melalui
formula :

E = Blv volt

Di mana :
B = ketumpatan fluks, T
l = panjang pengalir, m
v = halaju pergerakan
pengalir, m/s

jika halaju pengalir dikira dalam bentuk


sudut θ° , maka
E = Blv sin θ° volts
 Hukum Lenz menyatakan arah d.g.e. teraruh
ialah di mana arus yang dihasilkan oleh d.g.e.
ini mengeluarkan fluks yang menentang
sebarang perubahan dalam fluks asal.

Rajah 11 : Pergerakan masuk dan keluar bar magnet dari


solenoid
 Apabila magnet ditolak ke arah gegelung,
d.g.e. teraruh akan menghasilkan arus yang
mengalir pada arah lawan jam.
 Sebaliknya apabila magnet ditarik keluar dari
gegelung, d.g.e. teraruh akan menghasilkan
arus yang mengalir pada arah ikut jam.

 Faktor-faktor yang mempengaruhi nilai
d.g.e yang terhasil.

 Nilai d.g.e yang terhasil dipengaruhi oleh


faktor-faktor yang berikut :
 Kekuatan medan magnet.
 Kelajuan putaran pengalir yang memotong
medan magnet.
 Sudut putaran pengalir yang memotong medan
magnet.
 Panjang pengalir yang memotong medan
magnet.
Apabila bahan ini didedahkan kepada d.g.m. (H),
domain akan tersusun ke satu arah menyebabkan
bahan menjadi satu magnet dan membina
ketumpatan flusknya B.
Semakin tinggi nilai H, semakin banyak domain yang
akan tersusun dan semakin tinggi ketumpatan fluks B.
Keadaan ini berterusan sehingga semua domain telah
tersusun. Selepas semua domain telah tersusun,
penambahan nilai H tidak akan menghasilkan
sebarang tambahan nilai B. Ini adalah peringkat tepu
bagi bahan tersebut.
 Apabila punca d.g.m. dikurangkan, domain akan
kembali ke susunan yang tidak terarah
menyebabkan kurangnya nilai B. Penurunan nilai
H, menurunkan nilai B. Bagi kebanyakan bahan
bermagnet yang telah melalui
 Keratan Rentas Teras
 proses permagnetan awal, B tidak turun ke sifar
walaupun nilai H dikurangkan sehingga sifar.
Nilai B ini dikatakan baki ketumpatan fluks.
 Untuk menurunkan nilai B sehingga sifar, H perlu
di tambah ke arah yang berlawanan sehingga ke
satu nilai tertentu. Nilai H ini dinamakan daya
paksa. Menambah nilai H melewati nilai ini akan
menambahkan B dalam arah yang berlawanan.
 Jika nilai H ditambah dalam satu arah dan
dikurangkan kemudian ditambahkan dalam
arah yang berlawanan dan seterusnya
dikurangkan bagi melengkapkan satu kitar,
graf seperti dalam rajah berikut diperolehi:

Graf ini dinamakan


gelung histeresis.
Keluasan gelung ini
adalah kehilangan
histresis bagi bahan
tertentu.
1. Suatu gelang keluli sederhana mempunyai
purata diameter 160 mm dan luas keratan
rentas 300 mm2. Hitung (a) d.g.m. untuk
menghasilkan fluks 400 Wb, dan (b) nilai
keengganan yang sepadan bagi gelang itu
dan nilai ketelapan relatif.
(476 AT; 1.19 x 106 A/Wb; 1120)
2. (a) Suatu gelang keluli sederhana
mempunyai purata lilitan 500 mm dan luas
keratan rentas yang seragam bernilai 300
mm2. Hitung d.g.m. yang diperlukan untuk
menghasilkan fluks 500 Wb.

(b) Suatu sela udara, panjangnya 1 mm,


dibentuk dalam gelang itu. Tentukan fluks
yang dihasilkan jika d.g.m. masih sama
dengan di atas. Anggap ketelapan relatif
bagi keluli sederhana bernilai tetap 1200.
(553 AT; 147 Wb)
 3. (a) Suatu gelang besi, mempunyai lilitan
min 750 mm dan luas keratan rentas 500
mm2, dililitkan dengan satu gegelung
memagnet 120 pusingan. Dengan
menggunakan data berikut, hitung arus yang
diperlukan untuk membina fluks magnet
bernilai 630 Wb dalam gelang itu.

Ketumpatan fluks [T] 0.9 1.1 1.2 1.3


Kekuatan medan [At/m] 260 450 600 820
3.(b) Sela udara dalam satu litar magnet
adalah 1.1 mm panjang dan 2000 mm2
keratan rentas. Hitung: (i) keengganan
sela udara itu dan (ii) d.g.m. yang membawa
fluks 700 Wb merentasi sela udara itu.
(4.5 A; 0.4375 x 106 A/Wb; 306 AT)

You might also like