You are on page 1of 3

ETIKA PENGGUNAAN DEWAN SERBAGUNA

1. Perkhidmatan Dewan Serbaguna disediakan untuk pengguna yang


ingin melaksanakan perbincangan berkumpulan, perjumpaan
bersama pelajar, seminar dan sebagainya.
2. Dewan boleh memuatkan seramai 200 orang pengguna pada satu-
satu masa.
3. Dilarang merokok di dalam dewan.
4. Suis peralatan elektrik, penghawa dingin dan LCD Projector hendaklah
ditutup setelah digunakan.
5. Pastikan tiada sampah di atas lantai.
6. Pastikan semua peralatan, perhiasan, persekitaran berada dalam
keadaan tersusun, bersih dan kemas.
7. Semua peralatan yang telah digunakan hendaklah disusun semula di
tempat asal selepas digunakan.
8. Sebarang kerosakan perlu dilaporkan kepada Pegawai yang
bertanggungjawab.
9. Sebarang kemasukan atau pengeluaran peralatan dari luar atau dalam
dewan hendaklah dimaklumkan kepada Pegawai yang
bertanggungajawab.
10. Kebersihan dan keselamatan dewan hendaklah sentiasa di jaga.
ETIKA PENGGUNAAN BILIK STOR DEWAN SERBAGUNA

1. Pegawai yang telah memohon dan mendapat kebenaran sahaja


dibenarkan masuk ke dalam bilik stor.
2. Sila berurusan dengan Pegawai yang bertanggungjawab bagi
sebarang pergerakan aset/ peralatan di stor ini.
3. Sebarang kemasukan atau pengeluaran aset/ peralatan dari luar atau
dalam dewan hendaklah dimaklumkan kepada Pegawai yang
bertanggungajawab.
4. Aset/ peralatan yang telah digunakan hendaklah disusun semula
mengikut kategori barang.
5. Pengambilan aset/ peralatan hendaklah mengikut jenis dan kuantiti
yang telah dimohon sahaja.
6. Kebersihan dan keselamatan bilik stor hendaklah sentiasa di jaga.
ETIKA PENGGUNAAN DEWAN MAKAN

1. Pegawai yang telah memohon dan mendapat kebenaran sahaja


dibenarkan masuk ke dalam dewan makan.
2. Aset/ peralatan hendaklah disusun dengan teratur setelah digunakan.
3. Sebarang kemasukan atau pengeluaran aset/ peralatan dari luar atau
dalam dewan makan hendaklah dimaklumkan kepada Pegawai yang
bertanggungajawab.
4. Meja makan dan kerusi sentiasa dalam keadaan kemas, bersih dan
tersusun.
5. Bagi program yang menggunakan perkhidmatan katering, pastikan
peralatan katering disusun dan diuruskan dengan sebaiknya.
6. Pastikan segala peralatan hakmilik katering diambil semula setelah
selesai majlis.
7. Pastikan suis lampu, kipas dan penghawa dingin hendaklah ditutup
selepas digunakan.
8. Pastikan sampah dan sisa makanan dibawa keluar selepas selesai
jamuan makan.
9. Kebersihan dan keselamatan ruang makan hendaklah sentiasa di
jaga.

You might also like