You are on page 1of 44

SEKOLAH KEBANGSAAN BOTA KIRI,

KAMPONG AJI, 32600 BOTA,


PERAK DARUL RIDZUAN
ABA 8210

FAIL PENGURUSAN
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
( PPDa )
VISI PPDa
Sekolah Bebas Dadah

MISI PPDa
Melahirkan murid bebas dadah melalui program
Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang bersepadu dan
menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan,
kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.

MATLAMAT PPDa
• Menanam perasaan cinta dan sayangi diri
• Memberi maklumat berkaitan bahaya penyalahgunaan
dadah, alkohol, rokok, vape, inhalan dan HIV / Aids (DARIH)
serta perkara-perkara yang boleh dilakukan bagi menghindari
aktiviti yang tidak sihat
• Mengingatkan semua warga sekolah tentang visi dan misi
PPDa
• Melahirkan warga yang bebas daripada dadah
• Mewujudkan kerjasama sesama warga sekolah dalam
memerangi DARIH
SURAT-SURAT PEKELILING
PPDa
BUKU PANDUAN PELAKSANAAN
PPDa SEKOLAH
PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan ‘Dadah


Musuh Utama Negara’ . Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberi
tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan
Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan
sekolah dan ibu bapa.

Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu


melalui strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan
Pembentukan Sahsiah.

MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan,


kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan
bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah
dengan meletakkan sasaran ‘Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012’.

RASIONAL

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang
dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting
disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin
bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam
keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini Kementerian Pendidikan
Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan
Pencegahan Dadah Di Sekolah secara sistematik dan berkesan.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

a) Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan


Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan
diri daripada terjebak dengan dadah.
b) Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal,
emosi, mental dan rohani.
c) Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan
mengamalkan nilai-nilai murni.
d) Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan
masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.
Prinsip Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah

1. Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program PPDa.


2. Pendidikan Pencegahan Dadah adalah untuk semua murid, guru, kakitangan
sekolah dan ibu bapa.
3. Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang
disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Negara.
4. Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan
jati diri murikd.
5. Pendidikan Pencegahan Dadah adalah bertanggungjawab semua warga sekolah.
6. Program Pendidikan Pencegahan Dadah hendaklah menjuruskan ke arah
‘Sekolah Bebas Dadah’
Strategi Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah

Hasil mesyuarat antara Menteri Pendidikan dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri
pada 2 Januari 1998, beberapa persetujuan mengenai strategi PPDa di sekolah telah
dicapai. Strategi utama PPDa yang dimaksudkan ialah melalui Kurikulum dan
Kokurikulum.

Lanjutan daripada itu, beberapa proses pemantauan dan pemurnian dijalankan,


hasilnya, dua lagi strategi digerakkan sebagai pelengkap kepafda strategi yang sedia
ada iaitu melalui Pengurusan dan Kepimpinan serta Pembangunan Sahsiah.
BAB 1 – AKTIVITI PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PPDa DI SEKOLAH

1.1 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PPDa DI SEKOLAH


Bagi menjayakan program PPDa di sekolah komponen pengurusan berikut
hendaklah dijalankan.

a. Menubuhkan Jawatankuasa PPDa induk dan Jawatankuasa Pelaksana di


sekolah.
b. Menyenaraikan peranan/tugas Jawatankuasa Pelaksana.
c. Merancang program/aktiviti PPDa di sekolah.
d. Melaksanakan program/aktiviti PPDa di sekolah.
e. Menyelaras program/aktiviti peringkat sekolah.
f. Membuat pemantauan dan penilaian.
g. Menyediakan laporan.
1.1.1 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN PENCEGAHAN
DADAH SEKOLAH RENDAH/SEKOLAH MENENGAH

PENASIHAT
(PENGARAH)

PENGERUSI
(PENGETUA/GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI
(PEN.KANAN 1 /PEN.KANAN PENTADBIRAN)

SETIAUSAHA
(PEN.KANAN HEM)

PEN.SETIAUSAHA 1
(PK KOKURIKULUM/PENYELIA PETANG)

PEN.SETIAUSAHA 11
(GURU PPDa)

AHLI JAWATANKUASA

JABATAN PIBG PDRM AADK PEMADAM WAKIL PEKERJA


KESIHATAN SEKOLAH
1.1.2 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN PENCEGAHAN
DADAH SEKOLAH RENDAH

PENASIHAT
(GURU BESAR)

PENGERUSI

(PK HEM)

NAIB PENGERUSI

(PENYELIA PETANG/PK )

SETIAUSAHA
(GURU PPDa)

AHLI JAWATANKUASA

PENYELARAS PENYELARAS PENYELARAS PENYELARAS


PENGURUSAN AKTIVITI AKTIVITI PEMBENTUKAN
DAN KURIKULUM KURIKULUM SAHSIAH
KEPIMPINAN (GURU PENDIDIKAN (S/U PENYELARAS) (GURU BIMBINGAN)
JASMANI DAN
KESIHATAN

KUMPULAN SASARAN
MURID, GURU, KAKITANGAN BUKAN GURU, IBU BAPA DAN MASYARAKAT SETEMPAT
1.1.3 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN PENCEGAHAN
DADAH SEKOLAH RENDAH

PENASIHAT
(GURU BESAR)

PENGERUSI
(PK HEM)

NAIB PENGERUSI
(PENYELIA PETANG/PK
KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA
(GURU PPDa)

AHLI JAWATANKUASA

PENYELARAS
PENYELARAS PENYELARAS AKTIVITI
PENGURUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM
DAN KURIKULUM 1. AKTIVITI SLAD:
(GURU PPDa)
KEPIMPINAN (KETUA BIDANG) PENYELARAS
2. AKTIVITI SENI
(S/U PPDa) PEMBENTUKAN
PPDa
SAHSIAH
PENYELARAS
(GURU
BADAN
KAUNSELING/
BERUNIFORM/

KUMPULAN SASARAN
MURID, GURU, KAKITANGAN BUKAN GURU, IBU BAPA DAN MASYARAKAT
SETEMPAT
1.2 RANCANGAN AKTIVITI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Bulan Pelaksanaan
Aktiviti J F M A M J J O S O N D
1. PENGURUSAN DAN
KEPIMPINAN
1. Jawatankuasa PPDa
2. Rancangan Pendidikan
Pencegahan Dadah
3. Perkembangan Staf
4. Program Gerak Sedar
Bersepadu (PROGRESS)
5. Ujian Urin
6. Minggu Antidadah

2. KURIKULUM
1. Mesej Jauhi Dadah
2. PPDa Dalam KBSM
3. Program PINTAR
4. Ceramah Antidadah
5. Pameran Antidadah

3. KOKURIKULUM
3.1 Skim Lencana Anti Dadah
(SLAD)
3.2 Perkhemahan
3.3 Aktiviti Seni Jauhi Dadah
 Dikir Barat
 Poster Antidadah
 Penulisan Sajak
Antidadah
 Deklamasi Antidadah
 Boria Antidadah
 Nasyid Antidadah
 Buku Skrap
Antidadah
PEMBENTUKAN SAHSIAH
4. ANTIDADAH
1. Kemahiran Personel dan
Interpersonel
2. Kaunseling PPDa
3. Program Intervensi Pelajar
(PIP)
4. Kolokium Kepimpinan PPDa
5. Program Waja Diri
6. Seminar PPDa
7. Program Keibubapaan
PERKEMBANGAN STAF
Perkembangan staf merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan memerangi
dadah dalam PPDa. Program ini boleh menjana kekuatan dan kebekesanan PPDa di
sekolah.
RASIONAL
 Guru-guru dan kakitangan sekolah memerlukan maklumat terkini mengenai
Pendidikan Pencegahan Dadah.
 Pengetahuan kemahiran yang diperolehi membantu memantapkan usaha-
usaha menggerakkan PPDa di sekolah.
OBJEKTIF
 Memberi pengetahuan, kefahaman dan kesedaran menmgenai bahaya dadah.
 Meningkatkan kemahiran PPDa.
 Memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran PPDa merentasi
kurikulum.
 Menyebarkan pengetahuan dan kemahiran PPDa kepada warga sekolah.
KUMPULAN SASAR
 Guru sekolah
 Kakitangan sekolah

KAEDAH PELAKSANAAN
 Ceramah
 Bengkel
 Seminar
 Forum
 Lawatan

PERSONALIA
 Pengetua / Guru Besar
 S/U PPDa
 Guru Kauseling / Guru Bimbingan
 Pegawai Khas Dadah JPN/Daerah
 Penceramah Jemputan (ADK, Kesihatan, Jabatan Narkotik, PEMADAM,
Penjara, Jabatan Kebajikan dan jabatan Agama.

PENGISIAN
 Pengetahuan PPDa
 Strategi menangani masalah dadah
 Senario dadah di Malaysia
 Kemahiran Personal dan Interpersonal
 Pendedahan Kadeah Pengajaran dan Pembelajaran PPDa
 Aktiviti permuafakatan dalam PPDa
PROGRAM GERAK SEDAR BERSEPADU (PROGRESS)

Program Gerak Sedar Bersepadu adalah satu aktivti dalam bentuk kempen yang boleh
meminbulkan kesedaran untuk menjauhi dadah. Program ini dilaksanakan secara
bersepadu melibatkan pihak sekolah, PDRM, Agensi Dadah kebangsaan, Jabatan
Kesihatan, Jabatan Agama dan PEMADAM.
RASIONAL
 Murid-murid sekolah perlu diberi pendedahan untuk mendapatkan pengetahuan
dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah tentang bahaya dadah. Kempen
adalah kaedah yang terbaik untuk menyampaikan maklumat.
OBJEKTIF
 Mewujudkan kesedaran murid, guru dan masyarakat tentang bahaya dadah.
 Menggalakkan interaksi sosial positif antara murid dengan masyarakat.
 Murid dapat menyampaikan maklumat mengenai bahaya dadah kepada rakan-
rakan dan masyarakat.
KUMPULAN SASARAN
 Semua murid sekolah.
KAEDAH PELAKSANAAN
 Perhimpunan
 Kempen (1 – 3)
 Ceramah
 Pameran
PERSONALIA
 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
 Guru Pendidikan Pencegahan Dadah
 Guru Kauseling
 Guru Disiplin
 Pegawai Penceramah Jemputan

PENGISIAN
 Ceramah PPDa
 Pameran PPDa
 Bersama tokoh
 Aktiviti PPDa Bersama Masyarakat Setempat
 Penyebaran Maklumat Oleh Murid Sekolah

RUJUKAN
 Modul Aktivti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah oleh bahagian
Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
1.5 UJIAN URIN MURID
Ujian Urin Murid merupakan langkah pencegahan awal yang bertujuan utnuk
mengesan murid yang disyaki mencuba dadah.
RASIONAL
 Ujian urin amat perlu dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai satu cara untuk
mengesan murid yang ingin mencuba dadah supaya boleh dicegah dan diberi
bimbingan.
OBJEKTIF
 Mengesan murid yang terlibat dengan dadah.
 Memberi bimbingan Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid yang positif
urin
KUMPULAN SASAR
 Murid sekolah

KAEDAH PELAKSANAAN
 Menggunakan kertas jalur (saringan)
 Ujian Pengesahan (Makmal)

PERSONALIA
 Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah
 Guru Disiplin
 Guru Kaunseling
 Pengawai Khas Dadah JPN/Daerah
 Agensi Dadah Kebangsaan/Kementerian Kesihatan

PENGISIAN
 Menyenaraikan nama murid yang dikenalpasti.
 Memaklumkan kepada PPD / JPN.
 Menyediakan jadual pelaksanaan (senarai murid dan tarikh).
 Taklimat ujian urin kepada murid.
 Pengambilan dan pengujian sampel.
 Soal selidik atau pengakuan murid.
RUJUKAN
 Surat siaran KP(BS/HEP) 8543 / 064 (36) bertarikh 24 Julai 1998 – Ujian urin
Pelajar Sekolah.
 Buku Panduan Tatacara Tindakan Ke Atas Kes-kes Penggunaan Dadah. Di
Kalangan Murid Di Sekolah, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
1.6 MINGGU ANTIDADAH

Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah Narkotik (UNCND) telah


mengisytiharkan bahawa 26 Jun pada setiap tahun sebagai Hari Antidadah
Antarabangsa manakala kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan pada 19
Februari setiap tahun sebagai Hari Antidadah Kebangsaan. Kedua-dua minggu ini
perlu diisi dengan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah supaya hasrat kita
menjadi Sekolah Bebas Dadah akan tercapai.
RASIONAL
 Langkah pencegahan awal perlu diadakan kepada murid bagi menyedarkan
mereka tentang bahaya dadah.
OBJEKTIF
 Memberi pengetahuan kepada murid mengenai bahaya dadah.
 Menimbulkan kesedaran kepada murid mengenai pentingnya Pendidikan
Pencegahan Dadah.
 Membentuk tingkah laku an nilai positif di kalangan warga sekolah.
KUMPULAN SASARAN
 Murid sekolah rendah dan menengah.
 Guru-guru dan kakitangan sekolah.
 Ibu bapa
KAEDAH PELAKSANAAN
 Perhimpunan
 Ceramah
 Pameran
 Pertandingan
 Persembahan
 Bacaan Perutusan dan ikrar
PERSONALIA
 Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah
 Guru Disiplin
 Guru Kaunseling/Bimbingan
 Pegawai Khas Dadah JPN/Daerah
 Agensi Dadah Kebangsaan/Polis/Kesihatan
RUJUKAN
Surat Siaran KP)BS/HEP)8543/064(36) bertarikh 24 Julai 1998 – Ujian Urin Pelajar
Sekolah.
BAB 2 – AKTIVITI KURIKULUM

2.1 MESEJ JAUHI DADAH


Mesej Jauhi Dadah ini merupakan inovasi daripada Program Cuma 5 Minit
Antidadah. Program ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa kepada warga
sekolah. Program yang menggunakan pendekatan kurikulum ini bertujuan
menyampaikan maklumat PPDa.
RASIONAL
 Kurikulum yang mudah dan ringkas wajar digunakan dalam penyebaran
maklumat PPDa di sekolah.Satu set bahan maklumat yang jelas perlu
disediakan untuk memudahkan personalia menyampaikan mesej antidadah.
OBJEKTIF
 Memberi maklumat pendidikan pencegahan dadah kepada warga sekolah.
 Memberikan kesedaranbahaya dadah kepada warga sekolah ke arah gaya
hidup cemerlang.
 Meningkatkan kemahiran menyampaikan maklumat Pendidikan Pencegahan
Dadah kepada warga sekolah.

KUMPULAN SASARAN
 Warga sekolah
KAEDAH PERLAKSANAAN
 Menyampaikan mesej jauhi dadah melalui ceramah/pidato semasa
 Pengajaran dan Pembelajaran
 Perhimpunan
 Aktiviti kokurikulum
PERSONALIA
 Guru Pendidikan Pencegahan Dadah
 Ketua Panitia
 Guru Bimbingan & Kaunseling
 Guru Bertugas Mingguan
 Guru Kokurikulum
 Pemimpin Murid
PENGISIAN
 Menyampaikan maklumat Pendidikan Pencegahan Dadah
 Penilaian ringkas melalui soal selidik

RUJUKAN
 Buku mesej Jauhi Dadah, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
 Buku Kenali dan Perangi Dadah, Agensi Dadah Kebangsaan, Kuala Lumpur.
2.2 PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DALAM KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH MENENGAH (KBSM)

Pendidikan Pencegahan Dadah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah


(KBSM) tidak disampaikan sebagai satu masa pelajaran tersendiri tetapi
disepadukan dalam semua mata pelajaran. Mata pelajaran yang dimaksudkan ialah
Bahasa, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sains, Kemahiran Hidup serta
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Unsur-unsur PPDa disampaikan melalui mata
pelajaran berkenanan.
RASIONAL
 Institusi pendidikan merupakan intitusi yang mempunyai kekuatan untuk
menyedarkan maklumat andidadah secara yang lebih berkesan dengan kaedah
yang sistematik dan kumpulan sasar yang lebioh luas.
 Proses pendidikan diyakini berupaya membentuk murid menyedari tentang
bahaya dadah dan berupaya menjauhi diri daripadanya.
OBJEKTIF
 Memperolehi pengetahuan dan kefahaman mengenai perkembangan jasmani,
emosi, rohani serta kesan penggunaan dadah, minuman keras dan merokok
dalam kehidupan.
 Memperolehi kemahiran untuk mengenal pasti dan mengatasi masalah remaja
serta membuat keputusan dengan baik.
 Menghayati dan mengamalkan nilai dan sikap yang positif dalam menjalani
kehidupan yang sihat, selamat dan sejahtera.
KUMPULAN SASARAN
 Murid Tingkatan Satu hingga Lima.
KAEDAH PELAKSANAAN
 Semasa Pengajaran dan Pembelajaran dalam bilik darjah. Aktiviti yang
dicadangan:
 Karangan/penbincangan
 Projek/Kajian Lapangan
 Perbahasaan/Syarahan
 Ulasan filem, video dan rancangan televisyen
 Main peranan
PERSONALIA
 Ketua Bidang
 Guru Panitia
 Guru Mata Pelajaran
PENGISIAN
 Bahagian 1 – Punca dan Jenis-jenis dadah
 Bahagian 2 – Sebab-sebab Penggunaan Dadah
 Bahagian 3 – Kesan Penggunaan Dadah dan Bahan Bahaya
 Bahagian 4 – Pencegahan Penggunaan Dadah
RUJUKAN
 Buku Pendidikan Pencegahan Dadah Merentasi Kurikulum KBSM Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996.

2.3 PROGRAM INTELEK ASUHAN ROHANI (PINTAR)


Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR) merupakan satu program terasa pendidikan
pencegahan dadah di sekolah rendah berasaskan kurikulum dan kokurikulum.Program
ini dilaksanakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
RASIONAL
 Melahirkan golongan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk
menolak gejala negatif bermula di peringkat sekolah rendah lagi.
OBJEKTIF
 Menambah pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menolak pengaruh
negatif rakan sebaya.
 Meningkatkan penghargaan kendiri serta kemahiran interpersonal murid supaya
mengatakan “TIDAK” kepada dadah.
 Menggalakkan murid supaya mengikuti aktiviti kurikulum untuk menjauhi dadah.
 Membina ketahanan diri murid supaya tidak terlibat dengan dadah.

KUMPULAN SASARAN
 Tahap Dua Sekolah Rendah
KAEDAH PERLAKSANAAN
 Pelaksanaan di semua sekola rendah terpilih di seluruh negara.
 Lapan waktu pengajaran dalam setahun.
 Lapan waktu pengajaran dalam setahun: 2 waktu kepada Agensi Dadah
Kebangsaan.2 waktu kepada Polis Diraja Malaysia, 4 waktu kepada guru PJK.
 Dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan.
 Kem Pintar (Peringkat Negeri).

PERSONALIA
 Penyelaras PINTAR
 Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
 Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan
 Pegawai Polis (Jabatan Narkotik)

PENGISIAN PINTAR DALAM MATA PELAJARAN KBSR

24 tajuk pengajaran adalah seperti berikut:


Tahun Empat

1. Perbezaan Dadah, Ubat dan Racun


2. Jenis-jenis Dadah
3. Kesan Atau Akibat Dadah Terhadap Kesihatan Seseorang
4. Meningkatkan Penghargaan Kendiri
5. Kemahiran Mengatakan “TIDAK” (i)
6. Kemahiran Membuat Keputusan (i)
7. Kemahiran Berkomunikasi (i)
8. Kemahiran Berkomunikasi (ii)

Tahun Lima

1. Faktor-faktor Penagihan Dadah


2. Meningkatkan Penghargaan Kendiri
3. Alternatif-alternatif Yang Sihat
4. Pengaruh Rakan Sebaya
5. Kemahiran Mengatakan “TIDAK” (i)
6. Kemahiran Membuat Keputusan (i)
7. Kemahiran Membuat Keputusan (ii)
8. Undang-undang Dadah
9. Kemahiran Pengurusan Tekanan

Tahun Enam

1. Kesan dan Akibat Dadah Dari Segi Sosial, Ekonomi, dan Keselamatan Negara
2. Masalah Dadah Semasa
3. Dasar Dadah Negara dan Strategi-strateginya
4. Penghargaan Kendiri (iii)
5. Tingkah Laku Berisiko
6. Peranan Agensi-agensi/Masysrakat dalam Pengawalan dan Pencegahan Dadah
7. Media Massa dan Dadah
8. Kemahiran Aserif

RUJUKAN

 Modul Latihan Mengajar PINTAR, Agensi Dadah Kebangsaan, Kuala Lumpur,


1999
2.3 CERAMAH ANTIDADAH
Ceramah Antidadah merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan untuk
memerangi dadah.Aktiviti ini boleh digunakan untuk menyampaikan mesej PPDa
secara menyeluruh kepada kumpulan sasaran.
RASIONAL
 Perkongsian maklumat, pengetahuan dan pengalaman PPDa lebih mudah
disampaikan melalui ceramah.Ini dapat membantu warga sekoalh memperolehi
maklmat PPDa terkini bagi menjana kesedaran akan bahaya dadah.
OBJEKTIF
 Meningkatkan pengetahuan tentang jenis dan kesan dadah.
 Memberi kesedaran dan menyemai perasaan benci akan dadah.
 Meningkatkan kemahiran kendiri menjauhi dadah.

KUMPULAN SASARAN
 Warga sekolah dan ibu bapa/penjaga

KAEDAH PERLAKSANAAN
 Semasa perhimpunan sekolah
 Semasa sambutan Minggu PPDa (19 Feb/26 Jun)
 Semasa kursus/seminar/majlis rasmi sekolah.

PERSONALIA
 Pegawai daripada JPN, ADK, Jabatan Narkotik PDRM, Jabatan Kesihatan,
Jabatan Kastam, Jabatan Penjara, Jabatan Farmasi dan PEMADAM.

PENGISIAN
 Seperti dalam Mesej Jauhi Dadah (kecuali penilaian) Tajuk-tajuk yang
bersesuaian dalam mencapai objektif PPDa

RUJUKAN
 Mesej Jauhi Dadah Bahagian Sekolah , Kementerian Pendidikan Malaysia.
 Surat pekeliling Am Bil. 1/1985:
 Ruj.PPAS(S) 133/883/1 bertarikh 29 Januari 1985.Program-program
Mencegah dan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah di Agensi-Agensi
Kerajaan.
2.4 PAMERAN ANTIDADAH

Pameran Antidadah merupakan antara aktiviti pencegahan dadah yang berkesan


dalam menyampaikan mesej bahaya dadah.
RASIONAL
 Bahan media yang dipamerkan akan meningkatkan kesedaran dan
menimbulkan perasaan benci terhadap dadah.
OBJEKTIF
 Meningkatkan pengetahuan tentang jenis dan kesan dadah.
 Memberi kesedaran dan menyemai perasaan benci akan dadah.
 Meningkatkan kemahiran kendiri menjauhi dadah.
KUMPULAN SASARAN
 Warga sekolah dan ibu bapa/penjaga

KAEDAH PELAKSANAAN
 Semasa Sambutan Minggu PPDa (19 Feb / 26 Jun)
 Semasa kursus-kursus motivasi
 Semasa Program PPDa

PERSONALIA
 Pegawai Khas Dadah Negeri/Daerah
 Agensi Dadah Kebangsaan
 Jabatan Narkotik PDRM
 Jabatan Kesihatan
 Jabatan Kastam
 Jabatan Penjara
 PEMADAM Kebangsaan

PENGISIAN BAHAN
 Gambar, buku skrap, keratan akhbar, carta, media elektronik dan bahan
maujud mengenai PPDa

RUJUKAN:
Surat Pekeliling Am Bil. 1/1985:Ruj.PPAD(S) 133/883/1.Program-program
Mencegah dan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah di Agensi-agensi Kerajaan,
29 Januari 1985.
BAB 3 - AKTIVITI KOKURIKULUM
3.1 SKIM LENCANA ANTIDADAH
Skim Lencana Antidadah (SLAD) adalah satu usaha terancang untuk melibatkan ahli-
ahli Persatuan Pakaian Seragam Menengah dalam aktiviti antidadah di sekolah dan
akhirnya kepada masyarakat luar.
RASIONAL
 Murid lebih murid ditemui dan dipengaruhi oleh rakan mereka. Oleh itu,
penggunaan pengaruh rakan sebaya untuk menyampaikan mesej antidadah
dan mengajak mereka supaya memainkan peranan yang lebih berkesan perlu
diperluaskan dalam mencegah penggunaan dadah di kalangan rakan, keluarga
dan sahabat handai.
OBJEKTIF
 Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menyampaikan mesej antidadah.
 Dapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam
menyampaikan mesej antidadah kepada rakan sebaya, ahli keluarga dan
sahabat handai.
 Menolong rakan sebaya yang mempunyai risiko tinggi supaya berhubung
dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling.
 Memberi khidmat sukarela dalam aktiviti antidadah apabila tamat persekolahan
KUMPULAN SASAR
 Ahli Persatuan Pakaian Seragam Sekolah (Tingkatan 2 dan 4)
KAEDAH PELAKSANAAN
 Guru melaksanakan kurikulum SLAD berpandukan buku log SLAD.
 Mengedarkan buku-buku log SLAD kepada ahli dan menyelaras aktiviti SLAD
untuk tempoh satu hingga dua tahun.
 Menganugerahkan sijil dan lencana kepada peserta yang layak menerimanya.
PERSONALIA
 Guru Penyelaras SLAD
 Guru Penasihat Persatuan Pakaian Seragam Sekolah

PENGISIAN
Kurikulum SLAD
1. Rekod Penilaian Guru

 Ujian teori -Secara objektif -20% (markah)


 Ujian teori -Secara mengarang -20% (markah)
 Ujian amali:
 Menghadiri ceramah -10% (markah)
 Membuat lawatan -10% (markah)
 Aktiviti Seranta -10% (markah)
 Penyertaan pertandingan -10% (markah)
 Menghasilkan buku skrap -10% (markah)
 Menyampaikan penerangan -10% (markah)

2. Aktiviti SLAD (Teori dan Amali):-

Bahagian 1 (Teori)
Akitviti wajib
 Perubahan, masalah remaja dan penyelesaian
 Hubungan remaja dengan kemahiran komunikasi
 Tekanan hidup, kesan dan cara mengatasinya
 Khidmat bantu di sekolah dan institut lain
 Sebab dan kesan merokok
 Jenis, sebab dan akibat penggunaan dadah
 Bahan dan kesan inhalan
 Kesan dan akibat penggunaan dadah
 Kesan dan akibat alkohol dan sikap masyarakat terhadapnya
 Akta Dadah Merbahaya 1952 dan Pindaan 39 (B) – gantung sampai mati

Bahagian II (Amali)
Aktiviti Pilihan
 Pertandingan Melukis Poster
 Pertandingan Esei
 Pertandingan Sajak
 Pertandingan Kuiz
 Pertandingan Nasyid

RUJUKAN

 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1998 : Program Skim Lecana Antidadah, Pasukan


Pakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) bertarikh 3 Februari 1998
 Buku Log Skim Lencana Antidadah, Kementerian Pendidikan Malaysia

3.2 PERKHEMAHAN SKIM LENCANA ANTIDADAH

Perkhemahan Skim Lencana Antidadah (SLAD) di peringkat sekolah atau Jambori


SLAD bagi pelaksanaan diperingkat negeri dan daerah merupakan satu program
perhimpunan tahunan ahli-ahli Skim Lencana Antidadah sekolah menengah.
Menerusi Perkhemahan ini, setiap ahli akan didedahkan dengan pelbagai
pendekatan dan strategi pendidikan pencegahan dadah.
RASIONAL
 Program Perkhemahan SLAD merupakan satu keperluan ke arah
pemantapan aktiviti SLAD di sekolah. Ahli-ahli SLAD perlu diberi
penghargaan dan peluang bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman
PPDa di kalangan rakan sebaya.
Perhimpunan secara bersepadu ini akan menjadikan usaha pelaksanaan
pendidikan pencegahan dadah lebih berkesan.
OBJEKTIF
 Memperkasakan lagu penguasaan pengetahuan, pengalaman dan nilai
pendidikan pencegahan dadah di kalangan ahli SLAD.
 Mempertingkatkan semangat, permuafakatan, kemampuan, kemahuan dan
tindakan ahli SLAD dalam menerangi dan membendung pengaruh ancaman
dadah.
 Memupuk tanggungjawab bersama dalam usaha memerangi dadah.

KUMPULAN SASARAN
 Ahli Skim Lencana Antidadah Sekolah
KAEDAH PELAKSANAAN
 Perkhemahan
 Latihan dalam kumpulan
 Ceramah
 Forum
PERSONALIA
 Guru PK Kokurikulum
 Setiausaha PPDa
 Guru SLAD
 Penyelaras Badan Beruniform
 Guru Kaunseling
PENGISIAN
 Kemahiran Interpersonal
 Perkembangan Sahsiah/Pendidikan Moral
 Pertandingan Kecekapan Unit Beruniform
 Persembahan Kumpulan
 Kembara
 Riadah
 Penilaian

RUJUKAN
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1988 bertarikh 3 Februari 1988:
Program Skim Lencana Antidadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah
Menengah (SLAD)
3.3 AKTIVITI SENI JAUHI DADAH
Aktiviti Seni Jauhi Dadah adalah sebahagian daripada strategi Pendidikan
Pencegahan Dadah yang boleh meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid
terhadap kesan buruk dan bahaya penggunaan dadah.
RASIONAL
 Murid merupakan golongan remaja aktif yang sukakan aktiviti-aktiviti yang
dapat memantapkan emosi dan mengembangkan bakat melalui aktiviti seni.
OBJEKTIF
 Mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran murid di semua peringkat
mengenai bahaya dadah.
 Menggunakan aktiviti kesenian sebagai media ke arah memberi kesedaran
pencegahan dadah kepada murid.
 Mencungkil dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di kalangan
murid.
KUMPULAN SASARAN
 Murid sekolah menengah dan rendah

KAEDAH PERLAKSANAAN
 Dilaksanakan dalam bentuk pertandingan,persembahan dan pameran pada
Minggu Antidadah,Bulan Bahasa dan Hari Perayaan Sekolah.
PERSONALIA
1. Sekolah Rendah:
 Penyelia Kokurikulum
 S/U PPDa

2. Sekolah Menengah:
 Penyelaras Kokurikulum
 Penyelaras Badan Uniform/Kelab/Persatuan
 Penyelaras Sukan/Permainan

PENGISIAN
 Dikir Barat Antidadah-Menengah
 Poster Antidadah –Rendah,Menengah Rendah dan Menengah Atas
 Penulisan Sajak Antidadah-Menengah
 Deklamasi Sajak Antidadah-Rendah dan Menengah
 Boria Antidadah-Rendah
 Nasyid Antidadah-Menengah
 Buku Skrap Antidadah-Menengah

RUJUKAN
 Syarat-syarat Pertandingan Seni Jauhi Dadah,Bahagian Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
 Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah,Bahagian Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
BAB 4 – PEMBENTUKAN SAHSIAH
4.1 KEMAHIRAN PERSONAL/INTERPERSONAL
Usaha memberi kemahiran personal dan interpersonal kepada murid merupakan
aktiviti yang sangat baik dan sememangnya digalakkan.Usaha ini akan membantu
murid menjadi individu yang pandai mengurus diri,bertingkah laku positif,mahir
berinteraksi dan berpotensi menjadi pemimpin yang cemerlang.
RASIONAL
 Murid yang mempunyai kemahiran personal dan interpersonal perlu dilatih
melalui satu latihan yang sistematik supaya kebolehan dan ketrampilan
mereka terserlah.
OBJEKTIF
* Melahirkan murid yang berperibadi mulia.
 Meningkatkan kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan.
 Meningkatkan kemahiran tegas diri.
 Mengatakan “TIDAK” kepada dadah.
 Meningkatkan kemahiran membuat keputusan.
 Meningkatan kemahiran memimpin di kalangan murid.
KUMPULAN SASARAN
 Murid sekolah rendah dan menengah
KAEDAH PERLAKSANAAN
 Bengkel
 Seminar
 Kaunseling kelompok
 Kursus
 Forum
 Kolokium
 Perkhemahan
PERSONALIA
 Guru Kaunseling/Guru Bimbingan
 Guru PPDa
 Fasilitator

PENGISIAN
 Kesedaran kendiri
 Asas komunikasi
 Asas kaunseling
 Perkembangan remaja
 Kemahiran lanjutan:
a) Tegas diri
b) Membuat keputusan
c) Mengatakan “TIDAK” kepada dadah
RUJUKAN
 Buku Mencegah Salah nGuna Dadah Melalui Kaunseling – Dewan Bahasa
dan Pustaka 1984
4.2 KAUNSELING PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Kaunseling Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) berperanan untuk membantu
murid yang telah dikesan terlibat dengan dadah.Mirid boleh mendapatkan
perkhidmatan Kaunseling PPDa ini secara sukarela atau dirujuk.
RASIONAL
 Murid sekolah yang dikesan terlibat mencuba dadah perlu diberikan
pertolongan secara khusus melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
supaya bebas daripada dadah.
OBJEKTIF
 Menyedarkan murid tentang bahaya dadah.
 Mengesan dan membasmi serta menyelesaikan masalah berkenaan dadah
di kalangan murid.
 Menolong murid meningkatkan keyakinan diri supaya bebas daripada
dadah.
 Menghentikan atau mengurangkan perkembangan masalah penggunaan
dadah di kalangan murid.
KUMPULAN SASARAN
 Murid yang datang secara sukrela
 Murid yang dirujuk
 Murid yang dikenal pasti melalui ujian urin
KAEDAH PERLAKSANAAN
 Melalui kaunseling individu,kaunseling kelompok dan kaunseling keluarga.
PERSONALIA
 Guru Kaunseling/Guru Bimbingan
PENGISIAN
 Perubahan tingkah laku
 Pengurusan diri,masa dan tekanan
 Kemahiran interpersonal
 Kemahiran membuat keputusan
 Perkembangan konsep kendiri
 Kemahiran tegas diri

RUJUKAN
 Buku Mencegah Salah Guna Dadah Melalui Kaunseling oleh Unit Bimbingan
dan Kaunseling Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan.DBP 1983.
4.3 PROGRAM INTERVASI PELAJAR(PIP)
Program Intervasi Pelajar ini dilaksanakan bertujuan memantau dan membantu
murid yang didapati positif urin.
RASIONAL
 Murid yang terlibat dengan dadah perlu dibimbing ke arah gaya hidup sihat
dan sejahtera.
OBJEKTIF
 Membina ketahanan diri yang positif serta memberi kesedaran yang
menyeluruh kepada murid tentang bahaya dadah.
 Menimbulkan keinsafan diri agar tidak lagi terjebak dengan dadah.
 Membina personaliti proaktif ke arah pembangunan sahsiah diri yang
cemerlang.
 Memupuk komitmen keluarga dalam usaha membantu murid ke arah
perkembangan diri yang positif.
KUMPULAN SASARAN
 Murid urin positi(ujian kertas jalur).
 Murid mengaku mencuba dadah.
KAEDAH PERLAKSANAAN
 Program ini dilaksanakan mengikut tiga fasa sebagaimana berikut:-

BIL KANDUNGAN/AKTIVITI CATATAN/TINDAKAN


1 Ujian pengesahan(kertas jalur) Dilaksanakan oleh ADK
2 Menerima keputusan jalur Memaklumkan untuk pengetahuan
pengetua, kaunselor dan waris
murid
3 Laporan keputusan dihantar Untuk perhatian dan tindakan
Kepada Jabatan Pendidikan Pegawai Khas Dadah negeri dan
Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah daerah
4 Perjumpaan dengan waris Menjemput waris ke sekolah
5 Mengadakan perjumpaan dengan Tindakan kaunselor sekolah
murid berkenaan (kaunseling PPDa)
6 Penerusan ke Fasa II Kaunselor sekolah
FASA II (Dilakasanakan di peringkat daerah oleh ADK dan JPN)
BIL KANDUNGAN/AKTIVITI CATATAN/TINDAKAN

1. Program Pembangunan insan Berfokuskan ketahanan


(Seminar Pendidikan Pencegahan mental, jasmani dan rohani,
Dadah, kursus, kajian lapangan, dan penekanan kepada
forum dan lain-lain yang berkaitan) kemahiran kepada kemahiran
dadah. mengatakan “TIDAK” kepada
FASA III (Dilaksanakan oleh ADK dan JPN)

BIL KANDUNGAN/AKTIVITI CATATAN/TINDAKAN

1 Ujian urin untuk murid yang ADK


Urinnya positif Fasa I

2 Positif saringan (murid urin positif Rujuk pada pakar


Kali kedua) Perubatan atau psikologi
untuk tindakan lanjutan
Rawatan dan pemulihan.

PERSONALIA
 Pengetua
 Penyelaras Program Inteversi
 Kaunselor
 Pegawai Dadah Daerah
 Pegawai ADK Daerah
PENGISIAN
 Ujian urin
 Sesi kaunseling
 Perjumpaan dengan waris
 Aktiviti pembangunan insan
 Rujukan pakar
RUJUKAN

 Modul Inteversi Pelajar oleh Agensi Dadah Kebangsaan


 Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah,Bahagian Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia
4.4 KOLOKIUM KEMPIMPINAN PPDA

Kolokium Kempipinan PPDa merupakan program pengukuhan pendidikan


pencegahan dadah di sekolah demi melahirkan pemimpin murid yang
berketrampilan dan berkeupayaan menyampaikan mesej antidadah.
RASIONAL
 Pemimpin murid perlu diberi pengetahuan dan kemahiran pendidikan
pencegahan dadah sebagai pengukuhan diri.Hal ini penting supaya mereka
berperanan sebagai pemimpin yang berkesan untuk memerangi dadah.
OBJEKTIF
 Berkongsi pengetahuan,pengalaman dan maklumat mengenai Pendidikan
Pendidikan Pencegahan Dadah.
 Membina ketahanan diri yang positif di kalangan murid.
 Meningkatkan kemahiran kendiri murid untuk menangani gejala sosial di
sekolah.
 Meninghkatkan daya kepimpinan dan semangat kerjasama di kalangan
peserta.
KUMPULAN SASARAN
 Pemimpin murid dan ahli SLAD sekolah.
KAEDAH PERLAKSANAAN
 Perkhemahan
 Perhimpunan
 Latihan Dalam Kumpulan
 Ceramah
PERSONALIA
 Guru Penolong Kanan Kokurikulum
 Guru Kaunseling
 Penyelaras Badan Beruniform
PENGISIAN
 Kepimpinan dan Antidadah
 Kembara
 Bengkel Komunikasi
 Qiamullail
 Kerohanian dan moral
 Pidato spontan antidadah
 Riadah
 Penilaian
RUJUKAN
 Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah,Bahagian Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.5 PROGRAM WAJA DIRI


Program Waja Diri memberi fikus kepada pembangunan sahsiah dan disiplin diri di
kalangan murid.
RASIONAL
 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai masalah sosial terutamanya
gejala penggunaan dadah.Oleh itu,mereka perlu didedahkan dengan
maklumat dan pengetahuan tentang bahaya serta risiko pangambilan dadah.
OBJEKTIF
 Meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam Pendidikan Pencegahan
Dadah di kalangan peserta.
 Membina ketahanan diri yang positif di kalangan peserta serta mengeratkan
silaturahim antara mereka.
 Perkongsian pengalaman dan pengetahuan berhubung dengan Pendidikan
Pencegahan Dadah.
KUMPULAN SASARAN
 Murid berisiko atau kumpulan sederhana yang berpotensi terlibat dengan
gejala dadah.
KAEDAH PERLAKSANAAN
 Perkhemahan
a) Cadangan tempoh : 4 hari 3 malam
b) Cadangan tempat : Pusat Kokurikulum Negeri,tepi pantai,kawasan
rekreasi,kawasan perhilitan.
 Latihan Dalam Kumpulan
 Ceramah
PERSONALIA
 Guru Penolong Kanan Kokurikulum
 Setiausaha PPDa
 Guru Kaunseling/Guru Bimbingan
 Guru Agama
PENGISIAN
 Ikhtiar Hidup
 Kem Solo
 Kembara
 Bengkel
 Persembahan Kumpulan
 Kerohanian dan Moral
 Riadah
RUJUKAN
 Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah,Bahagian Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
4.6 SEMINAR PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH MENENGAH ATAS
Aktiviti seminar merupakan suatu pendekatan bagi memerangi dadah dalam
Pendidikan Pencegahan Dadah.
RASIONAL
 Murid sekolah menengah atas mempunyai potensi untuk membantu usaha –
usaha memerangi dadah.
OBJEKTIF
 Meningkatkan pengetahuan,pengalaman dan juga maklumat mengenai
pendidikan pencegahan dadah.
 Menyampaikan mesej antidadah dengan jelas.
 Meningkatkan kemahiran membuat keputusan supaya mereka mampu
mengubah orang lain.
KUMPULAN SASARAN
 Murid Menengah Atas
KAEDAH PERLAKSANAAN
 Seminar
 Forum
 Bengkel
PERSONALIA
 Guru Kaunseling
 Guru Disiplin
 Guru Pendidikan Pencegahan Dadah
 Pemimpin Murid di Sekolah
 Penceramah jemputan
- Agensi Dadah Kebangsaan
- PDRM , Kastam
- Jabatan Kesihatan
PENGISIAN
 Senario masalah dadah
 Punca terlibat dengan dadah
 Teknik dan kemahiran pengucapan awam
 Kemahiran Asertif
 Kemahiran membuat keputusan
 Perkongsian pengalaman
RUJUKAN
 Modul Aktiviti Pencegahan Dadah di Sekolah , Bahagian Sekolah ,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
4.7 PROGRAM KEIBU BAPAAN
Program keibu bapaan merupakan satu pendekatan untuk menggemblengkan tenaga
semua pihak termasuk ibu bapa dalam usaha membanteras masalah dadah. Usaha yang
bersepadu , berwawasan dan penbglibatan yang aktif ibu bapa akan dapat mewujudkan
kesedaran maksimum di kalangan generasi muda dalam membina sikap membenci dan
menjauhi dadah.
RASIONAL

 Keluarga merupakan institusi masyarakat terkecil yang menjadi asas kepada


kebahagiaan dan kesejahteraan negara.Peranan keluarga amat penting dalam
memastikan generasi muda tidak terlibat dengan dadah.
OBJEKTIF

 Memberi kesedaran dan pendedahan tentang ancaman dan bahaya dadah


kepada ibu bapa.

 Meningkatkan kesedaran dan memberi bimbingan kepada peserta tentang


peranan ibu bapa dalam pendidikan pencegahan dadah dan juga dalam
mewujudkan keluarga bahagia.

 Memberi peluang kepada ibu bapa bertukar pendapat dan idea berhubung
dengan pendidikan pencegahan dadah
KUMPULAN SASARAN

 Peserta yang terdiri daripada ibu bapa.


KAEDAH PERLAKSANAAN

 Ceramah
 Latihan Dalam Kumpulan
 Seminar
 Forum
 Bengkel
PENGISIAN

 Pameran Antidadah
 Kemahiran Keibubapaan
 Pengurusan Keluarga Bahagia
 Ancaman Dadah Terhadap Keluarga
 Peranan Ibu Bapa Dalam Mengatasi Dadah di Sekolah
PERSONALIA

 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)


 Guru Kaunseling/Guru Bimbingan
 AJK PIBG
 ADK
 PDRM
 Jabatan Kesihatan
 PEMADAM
RUJUKAN

 Surat Siaran PIBG 1973 – Kaedah dan Peraturan


NOTIS MESYUARAT
SEKOLAH KEBANGSAAN BOTA KIRI,
KAMPONG AJI, BOTA KIRI,
32600 BOTA, PERAK
ABA8210

Tel / Faks : 05-3764960

AJK PPDa
Sekolah Kebangsaan Bota Kiri

Tuan / Puan
NOTIS MESYUARAT JAWATANKUASA PPDa BIL 1/2019

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Mesyuarat PPDa kali pertama akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 22 Januari 2019 (Selasa)


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SKBK.

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:


3.1 Ucapan Pengerusi
3.2 Pekeliling dan Surat Siaran
3.3 Perancangan Program dan Aktiviti
3.4 Papan Kenyataan PPDa
3.5 Hal-hal lain

4. Sehubungan dengan itu semua AJK diminta hadir ke mesyuarat ini.


Segala kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan amat kami hargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( NOOR ASIAH BINTI NAWAWI )


PK HAL EHWAL MURID
MINIT MESYUARAT
SEKOLAH KEBANGSAAN BOTA KIRI
MESYUARAT JAWATANKUASA PPDa KALI PERTAMA / 2019

Tarikh : 19 Januari 2019 ( Selasa )


Tempat : Bilik Gerakan SK Bota Kiri
Masa : 2.00 petang

Kehadiran :
1. Pn.Hjh.Noor Asiah binti Nawawi ( PK HEM )
2. Pn.Yuslizah binti Selamat
3. Pn.Norhaliza binti Ahmad Suhaimi
4. Pn.Norazimah binti Suratman
5. Pn.Noor Azma binti Mohd Tuha
6. Pn. Zaitun binti Baai
7. En.Kamarulzaman bin Zabidi
8. En. Mohammad Kamarul Arif bin Abdul Razak

Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi
2. Pekeliling dan Surat Siaran
3. Perancangan Aktiviti
4. Papan Kenyataan PPDa
5. Hal-hal lain

1. Ucapan Pn.Hjh.Noor Asiah binti Nawawi


1.1 Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli jawatankuasa PPDa 2019.
1.2 Mengharapkan barisan AJK sesi 2019 dapat memberi komitmen dan kerjasama
terbaik dalam melaksanakan program-program yang akan dijalankan sepanjang
tahun 2019 ini.
1.3 Membincang dan melaksanakan aktiviti bagi tahun 2019 selaras dengan
perancangan dan pembangunan PPDa.

2. Pekeliling dan Surat Siaran


2.1 Semua pekeliling dan surat siaran perlulah lengkap di dalam fail
2.2 Setiap aktiviti yang dijalankan perlulah selari dengan pekeliling dan surat siaran
yang telah dikeluarkan.
3.Perancangan program dan aktiviti PPDa
3.1 Setiap AJK perlu bekerjasama memastikan setiap program dan aktiviti yang
dirancang berjalan mengikut takwim.
3.2 Program-program yang dirancang adalah seperti berikut :

 Minggu Anti Dadah


 Ceramah Anti Dadah dan Pencegahan Jenayah
 Program 5 Minit Anti Dadah
 Pameran PPDa

4. Papan Kenyataan PPDa


4.1 Papan kenyataan perlu dikemaskini dan maklumat serta informasi yang
dipamerkan perlulah menarik dan terkini.
4.2 Semua AJK perlu bekerjasama menambah maklumat dari semasa ke
semasa.

5. Hal-hal lain
5.1 Pengisian Instrumen Pemantauan Kendiri 2019 hendaklah dilakukan dan
dihantar ke PPD sebelum 31 Januari 2019.
5.2 Pn.Hjh.Noor Asiah mengharapkan semua AJK dapat bekerjasama memastikan
kelancaran setiap aktiviti dan program yang diatur
5.3 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada AJK dan menamgguhkan
mesyuarat pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh :

Yuslizah binti Selamat Noor Asiah binti Nawawi


Setiausaha PPDa PK Hem
CARTA ORGANISASI
TAKWIM
TAKWIM PPDa 2019
SEKOLAH KEBANGSAAN BOTA KIRI

BULAN TARIKH AKTIVITI TINDAKAN

Januari 22 Januari 2019 Mesyuarat Jawatankuasa PPDa S/U PPDa


Kali Pertama
Febuari 18 Febuari 2019 Pelancaran Bulan Anti Dadah Jawatankuasa PPDa
Peringkat Kebangsaan
Program 5 Minit Anti Dadah Jawatankuasa PPDa
Sepanjang Febuari Pengemaskinian papan Jawatankuasa PPDa
kenyataan dan sudut PPDa
sekolah
Mac 18 Mac 2019 Program 5 Minit Anti Dadah Jawatankuasa PPDa
19 Mac 2019 Mesyuarat Jawatankuasa PPDa S/U PPDa
Kali Kedua
April 15 April 2019 Program 5 Minit Anti Dadah Jawatankuasa PPDa
Mei 13 Mei 2019 Program 5 Minit Anti Dadah Jawatankuasa PPDa
Jun 17 Jun 2019 Program 5 Minit Anti Dadah Jawatankuasa PPDa
28 Jun 2019 Ceramah Anti Dadah Dan Jawatankuasa PPDa
Pencegahan Jenayah
24 – 28 Jun 2019 Minggu Anti Dadah Peringkat Jawatankuasa PPDa
Sekolah
Julai 15 Julai 2019 Program 5 Minit Anti Dadah Jawatankuasa PPDa
Ogos 19 Ogos 2019 Program 5 Minit Anti Dadah Jawatankuasa PPDa
September 23 September 2019 Program 5 Minit Anti Dadah Jawatankuasa PPDa
Oktober 14 Oktober 2019 Program 5 Minit Anti Dadah Jawatankuasa PPDa
23 Oktober 2019 Mesyuarat Jawatankuasa PPDa S/U PPDa
Kali Ketiga
November Penyelarasan Aktiviti PPDa S/U PPDa
PERANCANGAN PROGRAM
PPDa
LAPORAN PROGRAM
PPDa

You might also like