You are on page 1of 8

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

2.0 RASIONAL

3.0 TEMA

4.0 MATLAMAT

5.0 OBJEKTIF

6.0 SASARAN

7.0 TARIKH / TEMPAT

8.0 TENTATIF PROGRAM

9.0 JAWATAN KUASA PERLAKSANAAN

10.0 KEWANGAN / PERBELANJAAN

11.0 KEKUATAN / KELEMAHAN

12.0 KEKANGAN / CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

13.0 PENUTUP

14.0 LAMPIRAN
1.0 PENDAHULUAN

Program Bijak Sifir ini merupakan salah satu program di bawah kelolaan
Panitia Matematik, Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 2. Program ini
melibatkan semua murid Tahun 6 sebagai asas pengukuhan kepada bacaan sifir.
Sehubungan itu, program ini telah dirancang dengan teliti bagi memastikan
murid-murid menerima manfaat yang diharapkan selepas program ini
berlangsung.

2.0 RASIONAL

Dalam negara kita menuju era WAWASAN 2020 dan penguasaan


TEKNOLOGI MAKLUMAT , kepentingan ilmu pengetahuan dan pelbagai
kemahiran amatlah dititikberatkan.

MATEMATIK merupakan satu daripada mata pelajaran yang amat penting


dalam kehidupan seharian. Penggunaan nombor dan pelbagai operasi ( tambah,
tolak, darab, dan bahagi ) sama ada disedari atau tidak merupakan sebahagian
daripada kehidupan kita.

Oleh itu amatlah wajar pelajar-pelajar menguasai secara OPTIMUM


kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran ini. Dengan ini adalah diharapkan
agar aktiviti-aktiviti yang berkandung dalam program ini dapat melahirkan warga
SKPT2 yang BIJAK SIFIR.

3.0 TEMA

“ SIFIR MEMPERKASA MATEMATIK ”


4.0 MATLAMAT

Adalah diharapkan program ini dapat melahirkan pelajar-pelajar


yang pintar dalam fakta asas dan sifir, meningkatkan pencapaian mereka
dalam pelajaran Matematik seterusnya mendapat keputusan yang
cemerlang dalam UPSR.

5.0 OBJEKTIF

5.1. Mempunyai kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah matematik


dengan cepat dan tepat
5.2. Mempraktikkan kemahiran-kemahiran melalui latihan-latihan yang
disediakan
5.3. Menjadikan amalan membaca fakta asas sebagai sebahagian
daripada hidup
5.4. Zero defect – murid menguasai sepenuhnya fakta asas matematik

6.0 SASARAN

Semua murid Tahun 6 SK Padang Tembak 2.

7.0 TARIKH / TEMPAT

Sepanjang Januari 2012 hingga 1 Mei 2012


SK Padang Tembak 2.
8.0 TENTATIF PROGRAM

Program dijalankan mengikut jadual agihan murid-murid kepada


guru-guru pembimbing. Murid akan bertemu dengan guru pembimbing
pada bila-bila masa yang terluang untuk membaca sifir yang telah dihafal
oleh mereka. Guru pembimbing akan menandatangani borang Program
Bijak Sifir bagi sifir yang telah dihafal oleh murid yang dibimbingnya.

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN

JAWATANKUASA PROGRAM BIJAK SIFIR

Pengerusi : Puan Norzan bt Hj Din

Naib Pengerusi : Puan Rozitah bt Samsudin

Penyelaras : Puan Suzana bt Jasruni

AJK Aktiviti : Semua Guru SKPT2

AJK Dokumentasi : Puan Suzana bt Jasruni

10.0 KEWANGAN / PERBELANJAAN

- TIADA -

11.0 KEKUATAN / KELEMAHAN

KEKUATAN :

Kerjasama dari semua guru dalam menjayakan Program Bijak Sifir


dan menyelesaikannya dalam tempoh yang ditetapkan.
KELEMAHAN :

1. Sukar menjadikan congak sebagai satu kebiasaan


2. Pertindihan waktu dengan aktiviti lain
3. Murid sampai lewat ke sekolah
4. Murid kerap tidak hadir

12.0 KEKANGAN / CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

KEKANGAN :

1. Sukar menjadikan congak sebagai satu kebiasaan


2. Pertindihan waktu dengan aktiviti lain
3. Murid sampai lewat ke sekolah
4. Murid kerap tidak hadir

PENAMBAHBAIKAN :

1. Membaca fakta Asas :


Setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis bermula 7.30 – 7.45, murid
membaca sifir dan fakta asas di tempat yang telah ditentukan.

2. Latihan congak secara lisan dan bertulis – guru-guru Matematik

mengambil masa 5 – 10 minit untuk menguji kecekapan secara lisan

dan kemahiran secara bertulis setiap hari.

3. Membina kad sifir dan carta sifir – bulan Januari dan Februari semasa

mata pelajaran Matematik – 1 kali seminggu.

4. Murid yang lemah diajar cara mudah menhafal /mengingat sifir

mengikut susunan nombor terutama bagi sifir 6 , 7 , 8 dan 9.


13.0 PENUTUP

Program Bijak Sifir ini telah berjalan dengan lancar seperti yang
dirancangkan dengan kerjasama semua pihak. Objektif dan matlamat yang
dikehendaki berjaya diperolehi. Program seperti ini diharap mampu menarik
minat murid dalam penghafalan sifir dan dapat membantu mereka dalam
menyelesaikan masalah matematik seterusnya mendapat keputusan yang
cemerlang dalam UPSR.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………................….. ..............................................
(PN. SUZANA BT HJ JASRUNI) (PN. NORZAN BT HJ DIN)
Setiausaha Program Bijak Sifir Guru Besar
SK Padang Tembak 2 SK Padang Tembak 2
LAMPIRAN

You might also like