You are on page 1of 9

Bahagian A

(60 markah)
Jawab semua soalan.

1. Tandakan ( / ) bagi definisi masalah inventif yang betul dan ( x ) bagi yang salah
pada petak yang disediakan.

a) Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha


penambahbaikan dilakukan.
b) Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha
penambahbaikan dilakukan.
c) Masalah yang mempunyai kesan sampingan sebelum usaha
penambahbaikan dilakukan.
(3 markah)

2. Maklumat berikut adalah dua jenis masalah.

A Masalah inventif
B Masalah bukan inventif

Padankan jenis masalah di atas dengan pernyataan yang disediakan dengan


menulis A atau B pada petak yang disediakan.

a) Razak memasang lampu tambahan di ruang dapur rumahnya kerana


pencahayaan yang kurang namun bil elektrik rumahnya didapati
bertambah.
b) Salmah membeli sebuah almari buku untuk meletakkan bukunya yang
terlalu banyak.
c) Semenjak jambatan baharu dibina di kampung itu, penduduk semakin
mudah untuk menyeberangi Sungai Kapas untuk ke kampung
berhampiran
(3 markah)

3. Berikut merupakan langkah - langkah penyelesaian masalah bukan inventif yang


tidak mengikut urutan. Susun langkah tersebut mengikut urutan yang betul dengan
menulis 2, 3, dan 4 pada ruang yang disediakan. Langkah 1 dan 5 telah diberi.

Mengenal pasti masalah 1


Melaksanakan pilihan
Membuat pilihan
Menilai penyelesaian masalah sama ada berjaya atau tidak 5
Menyenaraikan pilihan untuk menyelesaikan masalah
(3 markah)
4. Berikut merupakan strategi penyelesaian masalah inventif.

A Analisis
B Model penyelesaian
C Model Masalah
D Kaedah Penyelesaian

Susun fasa penyelesaian masalah inventif mengikut urutan yang betul dengan
menulis A,B, C dan D dalam ruang yang disediakan. Jawapan A telah diberi.

5. Maklumat berikut berkaitan dengan analisis fungsi.


A Fungsi
B Model fungsi
C Komponen

Padankan maklumat di atas dengan pernyataan yang diberi dengan menulis A, B


atau C pada petak yang disediakan.

a) Menggambarkan keseluruhan hubung kait antara komponen dengan


kesannya dalam sistem.

b) Tindakan sesebuah produk untuk merubah objek sasaran.

c) Bahagian - bahagian kecil yang berfungsi menyokong sistem.

(3 markah)

6. Lengkapkan fasa penyelesaian masalah inventif yang berikut dengan menulis


jawapan pada ruang yang disediakan. Fasa 1 telah diberi.

Fasa Penerangan
1. Analisis punca masalah Analisis fungsi
2. Model masalah
3. Kaedah penyelesaian
4. Model penyelesaian
(3 markah)
7. Rajah menunjukkan sebuah produk.

Lengkapkan analisis fungsi produk di atas dengan menulis jawapan pada ruang yang
disediakan.

ii)_______________
i) ____________________ iii) ____________________
Produk Fungsi Objek

(3 markah)

8. Nyatakan fungis garisan interaksi yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu


masalah.

Garisan interaksi Fungsi

(3 markah)

9. Tangan robot digunakan untuk mengubah kedudukan tin minuman dari satu tempat
ke tempat yang lain. Lukiskan garisan interaksi berdasarkan situasi yang diberi.

a) Tangan robot mengalihkan tin ke tempat yang dikehendaki tetapi berlaku


kerosakan kecil terhadap tin.

Tangan robot Tin minuman

b) Tangan robot berjaya mengalihkan tin minuman ke tempat yang dikehendaki


tanpa sebarang kerosakan.

Tangan robot Tin minuman

c) Tangan robot tidak berjaya mengalihkan tin minuman ke tempat dikehendaki


atau tin terjatuh daripada pegangan tangan robot

Tangan robot Tin minuman


10. Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul mengenai analisis fungsi produk dan ( x )
pada pernyataan yang salah.

a) Analisis fungsi membantu mengenal pasti sistem yang ada pada


sesuatu produk.

b) Apabila analisis fungsi dijalankan, fungsi setiap komponen akan


dinyatakan.

c) Setiap komponen pada produk saling berhubung antara satu


dengan yang lain dengan kepentingan fungsi masing - masing.

(3 markah)

11. Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul tentang analisis berantai punca dan
kesan dan ( x ) pada yang salah pada petak yang disediakan.

a) Soalan boleh diulang walaupun jawapan telah diperoleh.

b) Bertujuan untuk memahami dan mengesahkan rantaian punca dan


kesan bagi sesuatu masalah.

c) Soalan ditanya beberapa kali sehingga punca masalah dapat dikesan.

(3 markah)

12. Jadual berikut menunjukkan jenis halangan dan contoh yang berkaitan.Tandakan ( / )
pada padanan yang betul dan ( x ) pada yang salah.

Jenis halangan Contoh halangan Jawapan

a) Semula jadi Panas, hujan, kelembapan

b) Sains dan fizik Kebolehan manusia

c) Sifat asas objek Momentum, graviti

(3 markah)

13. Jadual berikut menunjukkan parameter bagi percanggahan fizikal. Nyatakan


percanggahan fizikal yang sesuai bagi parameter yang diberikan.

Parameter Percanggahan fizikal


a) Saiz
b) Beban
c) Ketinggian
(3 markah)
14. Berikut merupakan kaedah penyelesaian masalah inventif.

A Pemisahan masa
B Pemisahan ruang

Padankan kaedah penyelesaian di atas dengan situasi yang diberi dengan menulis A
atau B pada ruang yang disediakan.

a) Kerusi perlu tinggi untuk murid yang tinggi dan pada masa yang
sama juga perlu rendah untuk murid yang rendah

b) Khemah perlu dibuka semasa digunakan dan ditutup ketika hendak


disimpan.

c) Payung akan dibuka apabila hendak digunakan dan ditutup apabila


hendak disimpan
(3 markah)

15. Berikut merupakan cadangan prinsip inventif bagi pemisahan ruang.

A Pembahagian
B Pengekstrakan
C Penyarangan

Padankan cadangan prinsip inventif di atas dengan pernyataan yang diberi dengan
menulis A, B atau C pada ruang yang disediakan.

a) Meletakkan atau memasukkan satu objek ke dalam satu objek yang


sama tetapi berlainan saiz.

b) Memisahkan atau mengeluarkan bahagian yang mendatangkan


gangguan daripada objek.

c) Membahagikan objek kepada beberapa bahagian atau menjadikan


objek mudah dileraikan
(3 markah)
16. Berikut merupakan cadangan prinsip inventif bagi pemisahan masa.

A Kedinamikan
B Tindakan awal
C Pembuangan dan pemulihan

Padankan cadangan prinsip inventif di atas dengan pernyataan yang diberi dengan
menulis A, B atau C pada ruang yang disediakan.

a) Melakukan tindakan awal untuk mengawal risiko.

b) Memecahkan satu objek kepada bahagian kecil yang boleh bergerak.

c) Membuang bahagian yang telah menjalankan fungsinya

(3 markah)

17. Pernyataan di bawah adalah beberapa contoh situasi prinsip inventif bagi kaedah
pemisahan masa.

A Lampu jalan menyala berkala mengikut waktu siang dan malam


B Beg udara di dalam kereta untuk mengurangkan risiko kecederaan
ketika kemalangan
C Stereng kereta yang boleh diubah ketinggiannya

Padankan pernyataan di atas dengan prinsip inventif yang betul dengan menulis A,
B dan C pada petak yang disediakan.

a) Tindakan awal

b) Tindakan berkala

c) Kedinamikan
(3 markah)

18. Tandakan ( / ) pada cadangan prinsip inventif bagi kaedah pemisahan ruang yang
betul dan ( x ) pada yang salah pada petak yang disediakan.

a) Pengantara

b) Pengembangan terma

c) Tidak simetri

(3 markah)
19. Tandakan ( / ) pada situasi yang betul tentang prinsip inventif bagi kaedah
pemisahan masa dan ( x ) pada yang salah pada petak yang disediakan.

a) Meja makan empat orang boleh dibesarkan menjadi meja


makan 8 orang.

b) Sarung tangan ketuhar menjadi pengantara antara tangan


dengan objek panas.

c) Antena radio yang boleh dipanjangkan dan dipendekkan

(3 markah)

20. Tandakan ( / ) pada situasi yang betul tentang prinsip inventif bagi kaedah
pemisahan ruang dan ( x ) pada yang salah pada petak yang disediakan.

a) Pemisahan unit pendingin hawa di dalam dan di luar bangunan


supaya bunyi bising dan haba panas dapat diasingkan.

b) Bekas menyimpan makanan pelbagai petak berbeza dan


pelbagai fungsi.

c) Proses menabur serbuk gula di atas donut untuk mengurang


atau menambah kemanisan

(3 markah)
Bahagian B
(20 markah)
Jawab semua soalan.

21. Rajah menunjukkan sebuah kerusi.

a) Tuliskan hubung kait antara produk dengan objek dari segi fungsinya dengan
melengkapkan jadual di bawah.

Produk Fungsi Objek


Menampung Manusia
(1 markah)

b) Senaraikan komponen-komponen sebuah kerusi dengan fungsinya.


i. ____________________________________________________
ii. ____________________________________________________
iii. ____________________________________________________
iv. ____________________________________________________
(4 markah)

c) Lukiskan rajah hubung kait fungsi antara komponen kerusi tersebut.

(5 markah)
22. Razak mengalami masalah apabila pengait yang digunakan untuk mengait
buah mangga sukar digunakan. Kesukaran yang dialami adalah semasa
mangait buah pada kedudukan yang terlalu tinggi dan yang agak rendah.
Razak meminta bantuan anda untuk mereka bentuk pengait buah yang
baharu. Pengait itu mestilah boleh diubah-ubah ketinggiannya supaya
mudah untuk mengait buah mangga.

Berdasarkan pernyataan di atas;

a) Cadangkan prinsip inventif yang anda akan gunakan untuk menyelesaikan


masalah berkaitan.
______________________________________________________________
(1 markah)

b) Jelaskan maksud prinsip inventif yang anda cadangkan di jawapan (a).


______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(3 markah)

c) Lakarkan reka bentuk baharu pengait yang akan dibina oleh anda dengan
memfokuskan bahagian yang mempunyai masalah inventif.

(6 markah)

You might also like