You are on page 1of 22

GARIS PANDUAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN AKADEMIK UMS

1.0 BAHAGIAN I – PENGENALAN

a) Pentaksiran dan penilaian akademik


Pentaksiran dan Penilaian Akademik merupakan salah satu elemen penting
dalam pembelajaran dan pengajaran. Oleh yang demikian, Garis Panduan
Pentaksiran dan Penilaian Akademik UMS ini disediakan untuk memberi
panduan dan piawai umum tentang pentadbiran dan pengurusan pengujian,
pentaksiran dan penilaian akademik di UMS.

Garis panduan ini merupakan edisi yang ditambahbaik daripadaGaris Panduan


Pentaksiran dan Penilaian Akademik UMS (Januari 2007). Ini adalah untuk
memastikan jaminan kualiti akademik UMS mengikut Amalan Jaminan Kualiti
IPT dan juga ketetapan pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Dokumen ini dibaca bersama dengan Peraturan Pengajian Prasiswazah UMS


2014, Manual Peperiksaan UMS dan Garis Panduan Kod Amalan Pentaksiran
Pelajar MQA. Untuk program profesional iaitu Perubatan, Kejuruteraan,
Kejururawatan, Perakunan dan Kaunseling, dasar dan amalan pentaksiran dan
penilaian perlu berpandukan kepada manual dan keperluan akreditasi badan
profesional yang berkenaan.

b) Skop
Garis panduan ini digunapakai untuk panduan kakitangan akademik di
Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ia merangkumi urusan perancangan dan
perlaksanaan dalam perkara-perkara berikut:
i. Pengagihan komponen penialaian
ii. Penggubalan soalan ujian dan peperiksaan
iii. Penggubalan tugasan kerja kursus
iv. Peperiksaan dan pemarkahan

Garis panduan ini juga boleh dirujuk oleh pelajar prasiswazah UMS.

c) Definisi
i. Hasil Pembelajaran
Jangkaan apa yang pelajar tahu dan boleh buat setelah tamat
mengikut kursus pengajian mereka.
ii. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Dokumen yang menghuraikan rancangan ujian mengikut tajuk dan
tahap kesukaran.
iii. Kesan Halo
Kesan positif pada skor kerana tanggapan yang baik terhadap calon.
iv. Kesan Horn
Kesan negatif pada skor kerana tanggapan yang buruk terhadap calon.
v. Kuiz
Soalan pendek yang digunakan untuk menguji pencapaian dan
penguasaan dalam sebahagian daripada kursus.
vi. Latihan Industri
Latihan amali yang dijalankan dalam industri dalam tempoh yang
ditetapkan.

[1/22]
vii. Latihan Klinikal
Latihan amali perubatan dan kejururawatan yang dijalankan oleh
Sekolah Perubatan atau latihan amalai bagi program psikologi.
viii. Latihan Mengajar
Latihan mengajar yang dijalankan di sekolah tempat latihan bagi
Program Pendidikan.
ix. Objective Structured Clinical Examinatin (OSCE)
Peperiksaan objektif yang digunakan untuk menilai kemahiran klinikal
oleh Sekolah Perubatan.
x. Objective Structured Practical Examination (OSPE)
Peperiksaan objektif berstruktur yang digunakan untuk menilai
pengetahuan dan kemahiran dalam beberapa disiplin perubatan.
xi. Open-Book Examination
Peperiksaan yang membenarkan calon-calon menggunakan bahan-
bahan rujukan tertentu di dewan peperiksaan.
xii. Pemarkahan
Proses memberi skor kepada jawapan atau hasil kerja kursus
xiii. Pengujian
Proses pengumpulan data menggunakan ujian sebagai instrumen.
xiv. Penilaian
Usaha membuat keputusan atau menyelesaikan masalah berdasarkan
hasil pentaksiran.
xv. Penilaian formatif
Penilaian berterusan dalam tempoh kursus dijalankan.
xvi. Penilaian Progresif
Penilaian yang dikendalikan secara berurutan mengikut aras
kemahiran dan kesukaran yang telah ditentukan.
xvii. Penilaian Sumatif
Penilaian yang dijalankan pad ahujung semester atau hujung unit
pembelajaran.
xviii. Pentaksiran
Usaha pengumpulan data yang sistematik untuk memberi kedudukan,
tahap atau status kepada pencapaian pelajar.
xix. Peperiksaan Akhir
Peperiksaan formal yang dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan di
akhir semester.
xx. Peperiksaan tidak formal
Peperiksaan akhir yang dijalankan di luar tempoh yang ditetapkan
tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Universiti.
xxi. Skema jawapan
Panduan bagi pemeriksaan untuk memberi markah kepada skrip
jawapan.
xxii. Soalan Aneka Pilihan/Multiple Choice Question (MCQ)
Soalan objektif yang melibatkan pokok soalan dengan pilihan jawapan
yangterdiri daripada
xxiii. Soalan berstruktur
Soalan objektif yang memerlukan huraian jawapan yang pendek.
xxiv. Soalan esei
Soalan subjektif yang memerlukan huraian jawapan yang terperinci.
xxv. Taksonomi objektif kognitif Bloom (TOKB)
Taksonomi yang menghuraikan enam (6) tahap kesukaran dalam
tugas kognitif mengikut Bloom.
xxvi. Tugasan
Satu bentuk penulisan atau aktiviti ilmiah yang melibatkan pentaksiran
berdasarkan kursus yang diambil oleh pelajar.
xxvii. Pentaksiran berdasarkan portfolio
Pentaksiran yang melibatkan kompilasi karya atau hasil kerja pelajar.

[2/22]
xxviii. Ujian
Sesuatu instrumen pengukuran untuk menetukan pencapaian dan
pengguasaan adalah sebahagian daripada kursus.
xxix. Ujian Persembahan Seni/Final Recital
Ujian dalam bentuk persembahan untuk menilai tahap
kecekappan/profesiensi dalam bidang seni.
xxx. Peperiksaan pertengahan semester
Pentaksiran formatif dan/atau sumatif yang dijalankan antara minggu
keenam (6) dan kelapan (8) dalam setiap semester.

2.0 BAHAGIAN II - PANDUAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

a. Pengenalan
Pentaksiran dan penilaian akademik mestilah berpandukan hasil pembelajaran
setiap kursus, dan bagi program profesional, ianya haruslah berpandukan
keperluan badan akreditasi berkenaan.

Pentaksiran dan penilaian akademik boleh dilaksanakan melalui berbagai


kaedah dan hendaklah berterusan. Bahagian ini menghuraikan komponen
penilaian pentaksiran dan penilaian.

b. Komponen Penilaian
Komponen penilaian merangkumi formatif dan sumatif seperti berikut:

i. penilaian Formatif
penilaian formatif ini melibatkan pentaksiran berterusan dan
progresif untuk mengesan kekuatan dan kelemahaan
penguasaan pelajar dari segi kognitif, psikomotor dan afektif
berdasarkan hasil embelajaran setiap kursus. Ia boleh
dilaksanakan sepanjang semester sebelum peperiksaan akhir.
Antara aktiviti penilaian formatif adalah:

(a) Ujian/kuiz
penilaian ini melibatkan pentaksiran dan penghasilan
maklumbalas kepada pelajar dalam tempoh yang
munasabah selepas pentaksiran dijalankan. Bentuk
pentaksiran melibatkan soalan-soalan aneka pilihan,
soalan objektif, soalan penstrukturan, esei, pop kuiz
dan lain-lain yang boleh dijalankan secara bertulis
atau atas talian.
(b) Kerja lapangan
penilaian ini melibatkan pentaksiran aktiviti dan
pencapaian pelajar di luar bilik/dewan kuliah. Proses
dan hasil kerja ditaksir melalui laporan bertulis, buku
log, pembentangan pelajar dan lain-lain.

(c) Laporan amali/klinikal


penilaian ini melibatkan pentaksiran aktiviti dan
pencapaian pelajar dalam makmal atau hospital.
Proses dan hasil kerja ditaksirkan melalui laporan
amalai/klinkal dalam tempoh yang munasabah
selepas tamat setiap aktiviti.
(d) Pembentangan lisan
penilaian ini melibatkan pentaksiran aktiviti dan
pencapaian pelajar dalam kursus melalui
pembentangan lisan.

[3/22]
(e) Ujian lisan
penilaian ini melibatkan pentaksiran aktiviti dan
pencapaian pelajar dalam penguasaan bahasa.
(f) Penilaian kecekapan seni
penilaian ini melibatkan pentaksiran prestasi dan gaya
persembahan kesenian dalam persembahan, resital,
atau kaya. Peruntukan masa bagi pentaksiran yang
berdasarkan persembahan seni adalah 20 hingga 30
minit bergantung kepada tahap kesukaran.
(g) Tugasan
Penilaian ini melibatkan pentaksiran aktiviti dan
pencapaian pelajar dalam kursus melalui penghasilan
tugasan. Proses dan hasil kerja ditaksir scara individu
atau kumpulan.
(h) Pentaksiran berdasarkan portfolio
pentaksiran berdasarkan portfolio melibatkan
temuduga atau pembentangan mengenai hasil kerja.
Temuduga atau pembentangan dijalankan dalam
masa 20 hingga 30 minit.

ii. Penilaian sumatif


Penilaian ini melibatkan pentaksiran beberapa unit pembelajaran
yang telah diajar dalam tempoh satu semester. Antara aktiviti
penilaian sumatif yang digunakan adalah:
(a) Peperiksaan Akhir
Peperiksaan akhir mestilah selaras dengan hasil
pembelajaran dan aras teksonomi sesuatu kursus.
Bentuk peperiksaan akhir adalah peperiksaan
berstruktur yang merangkumi soalan aneka pilihan,
esei pendek dan esei panjang.
iii. Gabungan penilaian
Penilaian ini melibatkan pentaksiran berterusan yang dijalankan
untuk tujuan penambahbaikan dan penilaian pada peringkat akhir.
Antara aktiviti penilaian ini adalah:
(a) Peperiksaan Pertengahan Semster
Penilaian ini melibatkan pentaksiran pencapaian pelajar
dalam kursus pada pertengahan semester. Antara bentuk
penilaian ialah ujian sumatif, kuiz sumatif dan lain-lain.
Pentaksiran ini harus dijalankan pada minggu keenam
hingga minggu kelapan supaya bersifat formatif untuk
memberi maklumbalas kepada pelajar.

(b) Latihan Industri


Penilaian ini melibatkan pentaksiran proses dan
pencapaian pelajar dalam kursus. Antara bentuk penilaian
ialah:

i. Buku log dan laporan latihan industri yang


disediakan oleh pelajar dan taksir oleh penyelia
akademik dan/atau seorang pensyarah lain
yang dilantik oleh Dekan.
ii. Pemerhatian dan/atau pentaksiran oleh
penyelia akademik dan/atau pensyarah yang
dilantik.
iii. Pemerhatian dan laporan pencapaian pelajar
oleh Penyelia Industri/Organisasi.
iv. Pembentangan oleh pelajar (jika perlu).

[4/22]
(c) Latihan Praktikum
Penilaian ini melibatkan pentaksiran proses dan
pencapaian pelajar dalam kursus. Antara bentuk
penilaian ialah:
i. Laporan rancangan orentasi sekolah (ROS)
yang disediakan oleh pelajar dan ditaksir oleh
penyelia akademik dan/atau seorang pensyarah
lain yang dilantik olehh Dekan.
ii. Pemerhatian dan pentaksiran oleh penyelia
yang dilantik oleh Dekan.
iii. Pemerhatian dan laporan pentaksiran
praktikum pelajar oleh Guru Bimbingan
iv. Pentaksiran profesionalisme oleh Pengetua
Sekolah.
(d) Latihan Ilmiah (Dengan Aktiviti Makmal)
Penilaian ini melibatkan pentaksiran proses dan
pencapaian pelajar menurut hasil pembelajaran yang
telah ditetapkan. Antara bentuk penilaian ialah:

Fasa I
i. Pembentangan kertas cadangan (proposal)
projek tahun akhir.
ii. Laporan kertas cadangan.

Fasa II
i. Disertasi.
ii. Pembentangan akhir projek (viva
voce/pameran poster/hands-on)

Penilaian kursus ini juga tertakluk kepada rubrik yang


dihunapakai oleh sekolah

(e) Latihan Ilmiah (Secara Teoretikal)


Penilaian ini melibatkan pentaksiran proses dan
pencapaian pelajar menurut hasil pembelajaran yang
telah ditetapkan. Antara bentuk penilaian ialah:
Fasa I
i. Pembentangan kertas cadangan (proposal)
projek tahun akhir.
ii. Laporan kertas cadangan.

Fasa II
i. Disertasi.
ii. Pembentangan akhir projek (viva
vocel/pameran poster/hands-on).

Penilaian kursus ini juga tertakluk kepada rubrik yang


digunapakai oleh Sekolah.
c. Wajaran Pengagihan Markah
Wajaran pengagihan markah adalah bergantung kepada aktiviti-aktiviti
pentaksiran yang dilaksanakan serta bersesuaian dengan sifat pembelajaran
dan pengajaran kursus sama ada secara teori atau praktikal. Wajaran
pengagihan markah adalah seperti berikut Jadual 1:

[5/22]
Jadual 1: Wajaran keseluruhan

Jenis Wajaran

Tugasan 10% hingga 30%

Penilaian Progresif (Kemahiran) 5% hingga 10%

Ujian/Kuiz 5% hingga 10%

Pembentangan Lisan 5% hingga 20%

Peperiksaan Pertengahan Semester 20% hingga 30%

Laporan Amali 20% hingga 30%

Kerja Lapangan 20% hingga 30%

Peperiksaan Akhir 30% hingga 50%

Jadual 2: Latihan Industri

Komponen Wajaran

Pentaksiran Penyelia Akademik 20% hingga 35%

Pentaksiran Penyelia Industri 20% hingga 35%

Laporan Latihan Industri Pelajar 30% hingga 45%

Tugasan dan /atau Pembentangan 0% hingga 20%


Semasa/Selepas Bengkel Latihan Industri

Jadual 3: Laihan Mengajar

Komponen Wajaran

Pentaksiiran Laporan Rancangan 10% hingga 20%


Orientasi Sekolah (ROS)

Pentaksiran Penyelia Latihan Mengajar 50% hingga 70%

Pentaksiran di Sekolah Tempat Latihan 20% hingga 30%

[6/22]
Jadual 4: Latihan Ilmiah

Fasa I Fasa II

Komponen Wajaran Komponen Wajaran

Kertas cadangan 70±20% Laporan disertasi 70±20%


(Pentaksiran (pentaksiran
penyelia dan penyelia dan
pemeriksa) pemeriksa)
Pembentangan 30±20% Pembentangan 30±20%
(pentaksiran (pentaksiran
pemeriksa dan pemeriksa dan
penyelia) penyelia)

d. Dokumen Lain Yang Berkaitan


Panduan pentaksiran dan penilaian juga dihuraikan dalam dokumen-dokumen
berikut:

• Kaedah Pengajian Prasiswazah Universiti Malaysia Sabah 2014


• Manual Peperiksaan UMS – kUALITI Manual MS-ISO
• Garis Panduan Kod Amalan Pentaksiran Pelajar MQA
• Hala Tuju 2 - Laporan Penilaian Semula Program Perakaunan
Instittusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia 2006, Jabatan
Pengajian Tinggi

3.0 BAHAGIAN III - PANDUAN PEMBINAAN SOALAN

a. Taburan Soalan Mengikut Kesukaran


Setiap kurikulum dibentuk dengan membenarkan pencapaian akademik
ditaksir dan dinilai berdasarkan tahap kesukaran. Untuk tujuan ini, adalah
dicadangkan kaedah TOKB (Lampiran B) digunapakai. Bagi kursus-Kursus
Teras Universiti, Teras Sekolah dan Minor, tahap kesukaran yang dicadangkan
adalah sama dengan yang ditetapkan untuk Tahun 1 dan 2 seperti di dalam
jadual di bawah. Bagi kursus-kursus Teras Program, tahap kesukaran adalah
di antara Aras 1 hingga 6 seperti yang dinyatakan di bawah.

JADUAL 5: Panduan Taburan Soalan Berdasarkan Pecahan Hirarki


Kognitif Mengikut Tahun Pembelajaran

Tahun Tahap Tahap Tahap


Kesukaran Kesukaran Kesukaran
Rendah Sederhana Tinggi
(Aras I-II) (Aras III-IV) (Aras V-VI)

1, Teras Pengetahuan Aplikasi & Sintesis &


Universiti dan pemahaman Analisis Penilaian
& Teras (30±10%) (60±10%) (10±10%)
Sekolah*
2 Pengetahuan Aplikasi & Sintesis &
dan pemahaman Analisis Penilaian
(20±10%) (60±10%) (20±10%)

[7/22]
3 Pengetahuan Aplikasi & Sintesis &
dan pemahaman Analisis Penilaian
(10±10%) (60±10%) (30±20%)

4 Pengetahuan Aplikasi & Sintesis &


dan pemahaman Analisis Penilaian
(10±10%) (30±10%) (60±10%)

Nota: *Teras Sekolah adalah mengikut kesesuaian tahap kursus di


Sekolah/Pusat masing-masing.

b. Panduan Perancangan Peperiksaan


(a) Peperiksaan pertengahan semester
Peperiksaan pertengahan hendaklah dijalankan pada masa yang
bersesuaian agar keputusannya dapat dimaklumkan kepada pelajar
selewat-lewatnya pada atau sebelum minggu kelapan (8) semester.

Masa peperiksaan pertengahan semester ialah maksimum dua jam


peperiksaan.

Bentuk-bentuk soalan adalah sama dengan peperiksaan akhir.

(b) Masa untuk kertas peperiksaan akhir


Bagi peperiksaan akhir, masa peperiksaan bergantung kepada jumlah
kredit. Satu jam kredit melibatkan satu jam peperiksaan. Untuk kursus
lebih daripada tiga jam kredit tempoh maksimum peperiksaan ialah
tiga jam.

Contoh:

3 jam kredit dan ke atas = 3 jam peperiksaan


2 jam kredit = 2 jam peperiksaan

c. Bentuk Soalan
(a) Soalan umum
Semua bentuk penilaian mesti berupaya mentaksir semua
pencapaian hasil pembelajaran yang dinyatakan untuk kursus
tersebut. Antara panduan pembinaan soalan ialah:

i. Jenis soalan subjektif berbentuk esei dan/atau kajian kes.


ii. Jenis soalan subjektif dengan pilihan (e.g. pilih dua soalan
dari 4 soalan), setiap soalam mesti mempunyai tahap
kesukaran yang sama; dan
iii. Jenis soalan objektif (termasuk salah-benar dan isi tempat
kosong), soalan hubungan, soalan beraneka pilihan
(MCQ), soalan berjawapan pendek dan respon terhad.

Perancangan soalam peperiksaan hendaklah berdasarkan Jadual


Spesifikasi Ujian (JSU) (Lampiran A) dengan memasukkan tajuk
kemahiran dan peringkat kesukaran. Ia juga dikehendaki
menggunakan gabungan pelbagai bentuk soalan sama ada jenis
objektif, subjektif dan/atau praktikal.

[8/22]
(b) Soalan bidang sains

i. Jenis soalan praktikal/klinikal berbentuk Objective


Steustured Clinical Examination (OSCE), kes pendek dan
kes panjang
ii. Objective Structured Practical Examination (OSPE)
iii. Menggunakan gabungan pelbagai bentuk soalan sama
ada jenis objektif, subjektif dan/atau praktikal/klinikal.

d. Panduan Membina Soalan


(a) Soalan Objektif
i. Soalan MCQ untuk peperiksaan pertengahan semester
dan peperiksaan akhir hendaklah selaras dengan jam
kredit dan TOKB dan ditunjukkan dalam jadual (Lampiran
C)
ii. kursus teras universiti dan kursus teras sekolah dengan
tahap kesukaran taksonomi bloom satu (1) hingga empat
(4) dibenarkan menggunakan format MCQ seratus
peratus.
iii. Bagi kursus-kursus tahun dua (2) hingga tahun empat (4),
bilangan soalan MCQ tidak melebihi satu pertiga (1/3)
daripada isi kandungan kertas peperiksaan.
iv. Format jawapan MCQ hendaklah konsisten sama ada
mempunyai 4 atau 5 pilihan jawapan.
v. Soalan MCQ terdiri daripada jenis A, K, E dan R (Lampiran
D).

(b) Soalan Subjektif


i. Semua soalan pilihan dalam kumpulan yang sama mesti
mempunyai tahap kesukaran yang sama mengikut TOKB.
ii. Bagi soalan subjektif berstruktur yang wajib diawab,
tahap kesukaran soalan-soalan adalah semakin meningkat
mengikut TOKB.
iii. Peruntukan masa untuk setiap calon bagi ujian lisan
berstruktur adalah 20-30 minit.

(c) Soalan Praktikal/Klinikal


i. Soalan OSCE terdiri daripada soalan pendek yang perlu
dijawab dalam masa 4-10 minit pada setiap stesen.
Bilangan stesen bagi setiap peperiksaan ialah antara 10
hingga 20 stesen.
ii. Soalan klinikal kes pendek terdiri daripada masalah kes
yang perlu dijawab dalam masa 5-10 minit setiap dan 2-3
kes setiap calon.
iii. Soalan klinikal kes panjang terdiri daripada masalah kes
yang perlu dijawab dalam masa 20-30 minit setiap kes
dan hanya 1 kes setiap calon. Calon diberi masa selama
40 minit hingga 1 jam untuk clerking sebelum ujian.

e. Pentadbiran Kertas Soalan


i. Soalan dibina oleh pensyarah yang mengendalikan kursus.
Skema pemarkahan perlu juga disedia bersama
ii. Semakan soalan mesti dilakukan d peringkat program terlebih
dahulu. Semakan mesti merangkumi semakan terhadap
kandungan.
iii. Untuk sekolah/pusat yang mempunyai bank soalan yang
dikawal selia oleh Jawatankuasa Akademik Sekolah, soalan
yang dipilih dari bank soalan hendaklah tidak melebihi 30%
daripada jumlah soalan.

[9/22]
iv. Soalan berkaitan dengan kerja makmal perlu berasaskan kerja
makmal yang dilakukan oleh pelajar sendiri.
v. Peruntukan markah bagi setiap soalan hendaklah dinyatakan
selepas sub-item soalan.
vi. Topik yang diuji di dalam peperiksaan pertengahan semester
boleh merangkumi sehingga lima puluh peratus (50%)
pertama dari kandungan kursus.
vii. Peperiksaan akhir harus berbentuk kertas dan pensel.

4.0 BAHAGIAN IV - FORMAT DAN GAYA PENULISAN KERTAS SOALAN


PEPERIKSAAN AKHIR

Format dan gaya penulisan kertas soalan peperiksaan akhir adalah seperti
berikut:

a. Kulit Depan
i. Kulit depan kertas soalan peperiksaan hendaklah mempunyai
Logo UMS perkataan ”Universiti Malaysia Sabah” ,
”Peperiksaan Akhir”, Semester berkenaan, Bulan Peperiksaan,
masa peperiksaan, nama sekolah, kod kursus, nama kursus,
arahan, dan catatan mengenai bilangan muka surat yang
bercetak. Kertas yang digunakan hendaklah berwarna putih
berukuran 210 x 279 mm (A4). Bagi kertas peperiksaan yang
mempunyai dwibahasa, arahan peperiksaan perlu dibuat
dalam dwibahasa (Lampiran E).
ii. Arahan hendaklah diberikan dengan jelas dan khusus untuk
soalan peperiksaan sahaja. Arahan untuk menggunakan
borang OMR juga perlu dinyatakan (jika berkenaan).
Penggunaan bahasa selain bahasa Melayu tertakluk kepada
keperluan arahan kursus.
iii. Catatan mengenai bilangan muka surat yang bercetak
terdapat didalam kertas soalan hendaklah termasuk bilangan
mukasurat lampiran yang disertakan.
iv. Sekiranya jawapan perlu disediakan pada kertas soalan, ruang
nombor pelajar perlu disediakan di setiap muka surat
(termasuk muka depan kertas soalan peperiksaan, jika
berkenaan).
v. Untuk kertas soalan yang menggunakan dwi bahasa, soalan
dalam Bahasa Melayu ditulis dahulu dan diikuti soalan dalam
Bahasa Inggeris dalam italic. Syarat ini hanya boleh diubah
dengan kelulusan dekan.

b. Gaya Teks
i. Setip helaian kertas soalan (tidak termasuk muka depan),
hendaklah dicatatkan kod kursus pada sebelah kanan atas
kertas di setiap helaian.
ii. Teks soalan, kod kursus dan muka surat hendaklah ditaip
dengan saiz font berukuran 11 dan jenis font adalah Tahoma.
iii. Margin mesti berukuran 2.54 cm untuk tepi kiri, tepi kanan,
tepi atas dan tepi bawah. Line spacing soalan hendaklah
berukuran 1.5 dan 3 di antara soalan.
iv. Perkataan bahasa asing dan formula yang terdapat dalam
soalan bahasa Malayu, mesti ditulis dalam italic.
v. Sistem pernomboran yang melibatkan soalan yang
mengandungi lebih dari satu item mesti ditulis seperti berikut:

[10/22]
Contoh bagi soalan subjektif:

Soalan 5

(a) Tunjukkan keberangkalian begi kesatuan


peristiwa A dan B boleh ditulis seperti berikut,

P (A∩B) = P (A) + P (B). [1-P(A/B)]

(b) Seorang professor matematik mempunyai dua


orang pembantu penyelidik ….
(i) Salah seorang….
(ii) Sekurang-kurangnya….

vi. Perenggan teks hendaklah dalam bentuk selari garis tepi


(justified).
vii. Sekiranya arahan soalan melibatkan nombor, nombor itu
mesti ditulis dalam perkataan dan diikuti dengan nombor,
dalam kurungan.

Contoh:

Sila jawab tiga (3) daripada soalan berikut:

c. Sistem Pernomboran
i. Sekiranya pemeriksa memerlukan jawapan dibuat didalam
kertas soalan, arahan hendaklah dinyatakan dengan jelas dan
ruang kosong untuk nombor pelajar perlu disediakan di muka
depan kertas soalan dan di sudut atas kiri setiap muka surat
kertas soalan.
ii. Nombor soalan hendaklah ditulis dalam bentuk angka.
iii. Pilihan jawapan bagi soalan MCQ hendaklah dinyatakan dalam
huruf besar.

Contoh:

1. Mana yang berikut merupakan hasil dari penilaian?

A. Markah
B. Gred
C. Tahap
D. Keputusan

iv. Nombor muka surat setiap helaian dinyatakan bersama


dengan jumlah muka surat keseluruhan. Contohnya:

1/8

[11/22]
d. Ilustrasi atau Rajah
i. Font pada rajah, jadual, persamaan atau formula adalah tidak
tertakluk kepada peraturan penyediaan skrip jawapan
peperiksaan akhir.
ii. Ilustrasi hendaklah jelas dan berlabel.
iii. Rajah atau jadual hendaklah mempunyai nombor dan bertajuk
(jika berkenaan).

5.0 BAHAGIAN V - PEMARKAHAN

a. Pemarkahan Komponen Penialaian


i. Semua wajaran pengagihan markah perlu dijelaskan kepada
pelajar seperti dalam Table 3, MQA-02.
ii. Semua pemarkahan harus dilaksanakan dengan sah, boleh
percaya dan telus.
iii. Pensyarah perlu memberikan arahan yang jelas secara
bertulis kepada pelajar tentang keperluan tugasan yang
berkenaan.
iv. Pensyarah perlu mengamalkan integriti dan etika yang tinggi
dalam pemeriksaan skrip jawapan pelajar. Kesan halo dan
kesan horn perlu diketepikan.
v. Pensyarah perlu memberi maklumbalas kepada pelajar
berhubung tugasan.
vi. Markah setiap penilaian formatif perlu dimaklumkan kepada
pelajar sebelum minggu ke empat belas.

b. Skrip Jawapan Peperiksaan dan Ujian


i. Skrip jawapan peperiksaan akhir yang telah disemak perlu
diserahkan kepada pejabat Dekan, seperti yang ditetapkan
dalam prosedur MS ISO (UMS/PK/10).
ii. Proses pemarkahan perlu dimoderasikan terutama bagi skrip
jawapan yang diperiksa oleh lebih dari seorang pemeriksa.
iii. Pemeriksa kedua dari kalangan pensyarah yang sama bidang
perlu dilantik untuk membaca skrip jawapan pellajar secara
pensampelan rawak jika timbul keperluan untuk semakan.

c. Pemarkahan Kemahiran Insaniah


i. penilaian untuk kemahiran insahniah hendaklah
mengunapakai kaedah rubrik berdasarkan taksonomi
pentaksiran seperti taksonomi kognitif Bloom, taksonomi
psikomotor simpson dan taksonomi afektif krathwohl.

d. Pengiraan Skor Piawai


i. sekiranya taburan markah sesuatu kursus mendatangkan isu
seperti peratus gagal atau cemerlang yang terlalu tinggi,
jawatankuasa akademik peringkat sekolah atau pusat boleh
memutuskan markah dikira semula menggunakan skor piawai
(tertakluk kepada keperluan badan akreditasi atau profesional
jika berkenaan).
ii. Skor piawai ( T ) harus dikira menggunakan formula berikut

10 (x – y)

T = 65 + S

Di mana:

[12/22]
X = skor mentah
Y = markah min untuk kursus
S = sisihan piawai

Dalam kes ini, min piawai ialah 65 dan sisihan piawai ialah 1.0.
nilai ini boleh diubah mengikut keperluan kursus atau sekolah.

5.5 Bahan Rujukan

Manual MS ISO Universiti Malaysia Sabah (PK/09 dan PK/10)

Penilaian dan Pentaksiran Peperiksaan Program Perubatan, Sekolah


Perubatan UMS

Hala Tuju 2 – Laporan Penilaian Semula Program Perakunan Institusi


Pengajian Tinggi Awam Malaysia 2006, Jabatan Pengajian Tinggi

Guidelines to Good Practices: Assessment of Student (2002), Malaysia


Qualification Agency (MQA)

6.0 BAHAGIAN VI – LAMPIRAN

[13/22]
LAMPIRAN A

JADUAL 6: CONTOH SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Kepada pensyarah: tentukan nilai soalan (termasuk subseksyen) berdasarkan tahap domain
pembelajaran dalam ruang tersebut. Sila lampirkan borang pemetaan hasil pembelajaran kursus
(course outcomes mapping) daripada kursus ini.
Kepada moderator: kertas peperiksaan haruslah dimoderasi untuk memastikan: 1) soalan-soalan
adalah selari dengan domain pembelajaran, 2) soalan-soalan dapat menilai hasil pembelajaran kursus,
3) soalan-soalan diberikan wajaran yang setimpal.

LEARNING DOMAINS LEVEL MODERATO


MODERATOR
[Team No. (marks)] R2
LEARNING TOPIC/ 1
DOMAIN Please Tick
OUTCOMES CHAPTER Please Tick
1 2 3 4 5 6 (✓) or (x)
(✓) or (x)

LO1 Soil C
1a 1b
formation &
(6m) (10m)
classification
LO2 C 2a
(5m)
2c
(6m)
2b
(9m)
LO3 C 3a
(15m)
LO4 C 4a
(10m)
4c
(5m)
4b
(10m)
LO5 C 5a 5b
(10m) (10m)
LO6 C 3b
(4m)
TOTAL
0 6 5 69 10 10
MARK

Nota: LEARNING DOMAINS LEVEL 1-6 maksud tahap taksonomi bloom; 1-2
rendah, 3-4 tahap sederhana, 5-6 tahap tinggi. 1-Maksud Pengetahuan; 2-
Maksud Kefahaman, 3-Maksud Aplikasi, 4- Maksud Analisi, 5-Maksud
Synthesis, 6-Maksud Penialain.

Kandungan keseluruhan, tempoh dan kesukaran kertas peperiksaan adalah


berdasarkan kesesuaian kandungan kursus dan tahap pembelajaran pelajar
YA/TIDAK

Cadangan tambahan:
______________________________________________________________
______________________________________________________________

[14/22]
LAMPIRAN B

JADUAL 7: TAKSONOMI BLOOM

Level Skills Demonstrated


(Tahap) (Kemahiran Yang Ditunjukkan)

Knowledge Mengingat atau mengingat semula sesuatu tanpa


(pengetahuan) memahami, menggunakan atau menggantikannya.
Tahap rendah
Mendefinisi (difine), menghurai (describe), mengenalpasti
)identify), melebelkan (label), menyenaraikan (list), memadankan
(match), menghafal (memorize), menunjukkan (point to)
mengingakt kembali (recall), memilih (select), menyatakan
(state)

Comprehension Memahami sesuatu yang telah dihubungkaitkan tanpa


(Kefahaman) keperluan mengaitkannya kepada apa jua yang lain.
Tahap Rendah
Meminda (alter), mengambikira (account for), menganotasi
(annotate), mengira (calculate), mengubah (change), menukar
(convert), mengumpul (group), menerangkan (explain),
mengeneralisasi (generalize), memberikan contoh (give
example), membuat kesimpulan (infer), mentafsir (interprete),
memparafrasa (paraphrase), meramal (predict), menilai semula
(review), meriingkas (summarize), menterjemah (transate)

Application Menggunakan konsep umum untuk menyelesaikan


(Aplikasi) masalah dalam situasi tertentu; mengunakan bahan-
Tahap Sederhana bahan yang dipelajari dalam situasi baru yang konkrit

Mengaplikasi (apply), menerapkan (adopt), menghimpun


(collect), mengkonstruk (construct), mendiagram (diagram),
menemukan (discover), mengilustrasikan (illustrate),
menemuduga (interview), menggunapakai (make use of),
memanipulasi (manipulate), mengaitkan (relate), menunjukkan
(show), menyelesaikan (slove), menggunakan (use)

Level Skills Demonstrated


(Kemahiran Yang Ditunjukkan)
(Tahap)
Analysis Memecahkan sesuatu ke dalam bahagian-
(Analisis) Tahap bahagian;mungkin memfokuskan pengenalpastian
Sederhana bahan-bahan atau analisis perkaitan antara bahagian-
bahagiam, atau pengiktirafan organisasi prinsip-prinsip

Menganalisisi (analyse), membanding (compare), menunjukkan


pertentangan/pertentangan(contrast),

[15/22]
Mendiagram (diagram), membezakan (differentiate), membedah
(dissect), melihat perbezaan (distinguisn), membuat kesimpulan
(infer), menggariskan (outline), menunjukkan (point out),
memilih (select), memisahkan (separate), mengasingkan (sort),
membahagikan (subdivide).

Synthesis Mencipta sesuatu yang baru dengan memasukkan


(Sintesis) bahagian-bahagian idea yang berbeza untuk keseluruhan
Tahap Tinggi
Mengadun (blend) membina (build), mengubah (change),
mencantumkan (combine), mengkompilasi (compile), mengarang
(compose), menggambarkan (conceive), mencipta (create),
merekabentuk (design), membentuk (formulate), menjana
(generate), menghipotesis (hypothesize), merancang (plan),
meramal (predict), mengeluarkan (produce), menyusun semula
(reorder), menyemak (revise), memberitahu (tell), menulis
(write)

Evaluation Mengendali nilai bahan atau kaedah-kaedah apabila ianya boleh


(Penilaian) diaplikasikan dalam situasi khusus; mengadili dengan
Tahap Tinggi penggunaan kriteria yang tepat

Menrima (accept), menaksir (appraise), mengukur (assess),


mengabitrasi (arbitrate), menganugerah (award), memilih
(choose), menyimpulkan (conclude), mengkritik (criticitze),
mempertahankan (defend), menilai (evaluate), menggred
(grade), mengadili (judge), mengutamakan (judge),
mengutamakan (prioritize), mengesyorkan (recommend),
menimbang (referee), menolak (reject), memilih (select),
menyokong (support)

Sumber: Bloom (1956)

[16/22]
LAMPIRAN C

JADUAL 8: CIRI-CIRI SOALAN ANEKA PEPERIKSAAN

Peperiksaan Pertengahan Peperiksaan Akhir


Semester
Soalan aneka pilihan (MCQ) Soalan Aneka Pilihan (MCQ)
1. Bilangan soalan yang disyorkan: i. Bilangan soalan yang disyorkan: 60-120
10-20 ii. Tempoh untuk menjawab:
2. Tempoh untuk menjawab: Untuk soalan yang melibatkan
Untuk soalan yang melibatkan kemahiran pemikiran yang lebih
kehamiran pemikiran yang lebih rendah, satu soalan mengambil masa
rendah, satu soalan mengambil selama 1-2 minit. Untuk soalan yang
masa selama 1-2 minit. Untuk soalan melibatkan kemahiran pemikiran yang
yang melibatkan kehamiran tinggi, satu soalan mengambil masa
pemikiran yang tinggi, satu soalan selama 2-4 minit.
mengambil masa selama 2-4 minit. iii. Tempoh masa peperiksaan: 2 jam kredit
– 2 jam, 3 jam kredit – 3 jam
3. Tempoh masa peperiksaan: 1 jam

Soalan struktur Soalan struktur


a) Bilangan soalan yang disyorkan: 3- a) Bilangan soalan yang disyorkan: 3-5
5 soalan contohnya: 1 soalan soalan contohnya: 1 soalan mempunyai
mempunyai 4 item 4 item
b) Tempoh untuk menjawab b) Tempoh untuk menjawab : 5-8 minit
untuk setiap item
c) Tempoh masa peperiksaan: 2 jam kredit
– 2 jam, 3 jam kredit – 3 jam

Soalan esei Soalan esei


a) bilangan soalan yang disyorkan: 1-2 a) Bilangan soalan yang disyorkan: 2-
soalan 4 soalan
b) tempoh untuk menjawab: 15-60 b) Tempoh untuk menjawab: 15-30
minit untuk setiap soalan
minit untuk setiap soalan
c) Tempoh masa peperiksaan: 2 jam
c) tempoh masa peperiksaan: 1 jam kredit- 2 jam, 3 jam kredit – 3 jam

[17/22]
LAMPIRAN D

JADUAL 9: CONTOH SOALAN ANEKA PELIHAN (MCQ)

Soalan Aneka Pilihan (MCQ) adalah berkaitan dengan penilaian kemahiran berfikir pelajar. Kaedah ini
adalah sangat berguna untuk penilaian formatif dan memberi penekanan kepada prestasi pembelajaran
dan pengajaran kedua-dua pihak pelajar dan pensyarah serta pemerhatian mereka terhadap qualiti
pembelajaran dan pengajaran.

Soalan aneka pilihan untuk peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir adalah
berdasarkan kepada jam kredit dan teksonomi.

Jumlah
Tajuk Pengetahuan Pemahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

12
A 8 (S1-S8) 4 (S9-12) - - - -

12
B 4 (S13-16) 8 (S17-24) - - - -

C 2 (S25-26) 8 (S27-34) 2 (S35-36) - - - 12

D 2 (S37-38) 2 (S39-40) 8 (S41-48) - - - 12

E 6 (S49-54) 6 (S55-60) - - - - 12

Jumlah 22 28 10 - - - 60

[18/22]
LAMPIRAN E

Format Muka Depan dan Kertas Peperiksaan

Lampiran A1 Margin atas 2.54 cm


Format Kertas Soalan
Peperiksaan

Font: Tahoma
Saiz: 16
Sila tukar mengikut
peperiksaan seperti:
PEPERIKSAAN AKHIR • Peperiksaan gentian
SEMESTER 2 SESI 2013/2014 • Peperiksaan ulangan
khas
• Peperiksaan semester

JANUARI 2014 MASA: 2 JAM

Font: Tahoma
Saiz: 10
Margin
kanan:
3.17 cm SEKOLAH : SEKOLAH KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
KOD KURSUS : KE3652
TAJUK KURSUS : TEORI RANGKAIAN
ARAHAN : SILA JAWAB SEMUA SOALAN PADA MUKA SURAT BARU

Sila tukar jumlah muka surat ”footer”


mengikut helaian termasuk Font: Tahoma, Saiz: 10
lampiran Margin 1.27 cm from edge

Kertas ini mengandungi Satu (1) muka surat bercetak, tidak termasuk muka surat ini.

Margin bawah: 2.54 cm

[19/22]
Margin atas 2.54 cm
Lampiran A2 UB00302
Format Isi Kandungan Soalan
Kertas Soalan Peperiksaan

“Header”
Font: Tahoma
Saiz: 11
Margin: 1.27
from edge

Margin Margin
kanan: kiri:
2.54 cm 2.54cm

”footer”
Font: Tahoma, Saiz: 11
Margin 1.27 cm from edge

Margin
bawah:
2.54 cm

[20/22]
Lampiran B1 Margin atas 2.54 cm
Format Kertas Soalan
Peperiksaan dimana
jawapan perlu ditulis
dalam kertas soalan

PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER 2 SESI 2010/2011

JANUARI 2014 MASA: 2 JAM

NO. PELAJAR (ANGKA) (DENGAN HURUF)

BB07110011 BB Kosong tujuh satu kosong kosong satu satu

SEKOLAH : SEKOLAH KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Tambahan


hanya pada
KOD KURSUS : KE3652
ruangan ini
TAJUK KURSUS : TEORI RANGKAIAN sahaja. Format
ARAHAN : SILA JAWAB SEMUA SOALAN PADA MUKA SURAT BARU yang lain
adalah sama
dengan
Lampiran A1

Kertas ini mengandungi Satu (1) muka surat bercetak, tidak termasuk muka surat ini.

[21/22]
No.Pelajar:

UB00302
Lampiran B2 Tambahan hanya pada
Format Isi Kandungan Soalan ruangan ini saha Format
Kertas Soalan Peperiksaan
Contoh bagi
dimana jawapan soalan
perlu subjektif:
ditulis
yang lain adalah sama
dalam kertas soalan dengan Lampiran A2
Soalan 5

(a) Tunjukkan keberangkalian bagi kesatuan peristiwa A dan B boleh ditulis seperti
berikut,

P(A∩B) = P (A) + P (B). [1 – P (A/B)

(b) Seorang professor matematik mempunyai dua orang pembantu penyelidik….

(i) Salah seorang…..


(ii) Sekurang-kurangnya…..

Contoh bagi soalan MCQ:

1. Mana yang berikut merupakan hasil dari penilaian

A. Markah
B. Gred
C. Tahap
D. Keputusan

[22/22]

You might also like