You are on page 1of 3

LAMPIRAN

BLOK J, ANJUNG FELDA, JALAN MAKTAB, 54000 KUALA LUMPUR


Tel: 03-2693 4224/2692 7152 Faks: 03-2693 1244

E-mail: yayasan@feldaglobal.com Website: www.yayasanfelda.net.my

Bil : ( 111 ) 5/1/YF/PENDIDIKAN/UMUM


Tarikh : 4/9/2018

PENGETUA
SEK. MEN. KEB. FELDA LUBUK MERBAU.
06710 PENDANG,
KEDAH DARUL AMAN.

Tuan/Puan,
MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN TAKLIMAT KERJAYA BERSAMA PELAJAR
TINGKATAN LIMA (5)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, Yayasan Felda adalah sebuah organisasi


yang aktif dalam bidang ‘Corporate Social Responsibility’ (CSR). Salah satunya
adalah bahagian Akademik Dan Latihan. Yayasan Felda mempunyai dua (2) buah
kolej iaitu Kolej Yayasan Felda Pahang dan Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan
yang menawarkan kursus kemahiran untuk warganegara Malaysia yang
berkelayakan.

3. Konsep pembelajaran di Kolej Yayasan Felda memberi tumpuan kepada


kemahiran iaitu berasaskan ‘Technical And Vocational Education And Training’
(TVET). TVET memberikan penekanan kepada pendidikan berkonsep sepanjang
hayat dan mampu membentuk kemahiran tertentu. Pendidikan berasaskan TVET ini
bukan sahaja berhasrat melahirkan bilangan pekerja mahir yang terlatih, tetapi
mampu mencipta pekerjaan sendiri berbekalkan kemahiran yang diperoleh. Ini
akan mengurangkan kebergantungan pada kerja makan gaji.

4. Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan Felda ingin memohon kebenaran


dari pihak tuan/puan untuk mengadakan taklimat kerjaya bersama pelajar
tingkatan lima (5). Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada
pelajar mengenai peluang pembelajaran dalam bidang kemahiran yang
ditawarkan. Kursus yang ditawarkan adalah percuma termasuk makan dan minum
serta asrama ditanggung sepenuhnya oleh pihak Yayasan Felda. Pihak Yayasan
Felda akan hadir ke sekolah tuan/puan untuk memberi taklimat kerjaya pada tarikh
dan masa yang tuan/puan cadangkan pada borang jawapan dilampiran.

5. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak


tuan/puan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan
boleh hubungi 03-26934224 (Pn.Rusma).

Sekian.

Yang benar,

MOHAMAD RIZAM HUSSIN


Pengurus Kanan Akademik & Latihan
Kepada:

Pengurus Kanan Akademik & Latihan


Yayasan Felda
Blok J, Anjung Felda, Jalan Maktab,
54000 kuala lumpur.

Tuan,

Kertas kerja tuan bernombor ( ) 5/1/YF/PENDIDIKAN/UMUM bertarikh / / 2018.


Mengenai perkara diatas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan permohonan tuan untuk mendapatkan kelulusan bagi


mengadakan taklimat kerjaya bersama pelajar tingkatan lima (5) adalah:

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

Cadangan program adalah seperti berikut:

Tarikh :____________________________________________

Masa :____________________________________________

Tempat :__________________________________________

Nombor telefon untuk dihubungi :___________________

Yang benar ,

__________________
(PENGETUA)

Kertas jawapan tuan/puan boleh di faks atau email kepada:


Faks : 03-26931244 / email: yayasan@feldaglobal.com

You might also like