You are on page 1of 21

Meningkatkan

KAJIAN Kemahiran
Membaca Dalam Bahasa
TINDAKAN Inggeris
Melalui Kaedah SQ3R

Kajian dilakukan oleh:

1. Mohamad Alif Nazreen Bin Sazali (6 BSL)


2. Muhammad Amirul Ashraf B. Suhaimi (6 BG)
3. Muhammad Amin B.SMK Aziz
DESA MURNI , (6 BG)
4. Nurul Syasya Bt Mohamad
13800 SUNGAI Zaki
DUA, BUTTERWORTH, (6 BE2)
P.PINANG
5. PEA
Nurliyana Izzati Bt Norizan 2089 (6 BP1)
6. Noor Batrisya Ahza Bt Mohamad Imran (6 BP3)
7. Noor Batrisyia Ahza Bt Mat Daud (6 BP3)
8. Nur Ayuni Bt Salim (6 BS1)
9. Nur Afifah Izzati Bt Mat Daud (6 BS2)
10. Nur Rasyidah Bt Marhaidi (6 BP3)
11. Nur Athirah Bt Abd Rahman (6 BP2)

Guru Pembimbing: Puan Sharifah Bt Che Hassan

0
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
Pelan Tindakan
Sekalung Penghargaan
Abstrak
1. Pendahuluan 5
2. Fokus Kajian 6
3. Objektif Kajian 7-8
4. Kumpulan Sasaran 8
5. Perlaksanaan Kajian 9
6. Cara Pengumpulan Data 10
7. Keputusan/Analisis Data 11
8. Refleksi Kajian 13-14
9. Cadangan Untuk Kajian Seterusnya 16
10. Bibliografi 17
Lampiran 18

Pelan Tindakan

Nama Kajian Tindakan:

Meningkatkan Kemahiran Membaca Dalam Bahasa Inggeris

Melalui Kaedah SQ3R Dalam Kalangan Pelajar 6 BPS

1
Sasaran : Pelajar 6 BPS

Rasional : 1. Peratus Kelulusan MUET bagi masih rendah dan perlu

diperbaiki terutama kertas 800/3 (Reading)

2. Berusaha untuk meningkatkan peratus kelulusan MUET

3. Menyediakan murid untuk memahirkan diri dengan Bahasa

Inggeris sebagai persediaan awal untuk pembelajaran

sepanjang hayat.

Matlamat : Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran ini dengan

meningkatkan kemahiran membaca dalam Bahasa Inggeris.

Objektif : 1. Supaya 60% daripada pelajar Tingkatan Enam pada

tahun 2018 menguasai kertas 800/3 (Reading)

2. Meningkatkan peratus pencapaian Band 3 MUET

pada 2018 kepada sekurang-kurangnya 25%.

3. Memberi peluang serta menggalakkan pelajar

menggunakan Bahasa Inggeris di luar selain daripada

mempertingkatkan kemahiran pelajar membaca dalam

Bahasa Inggeris

SMK DESA MURNI


13800 Sungai Dua, Butterworth
Pulau Pinang

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT SEKOLAH


2017

2
Meningkatkan Kemahiran Membaca Dalam Bahasa Inggeris
Melalui Kaedah SQ3R

Oleh
1. MOHAMAD ALIF NAZREEN BIN SAZALI (6 BSL)
2. MUHAMMAD AMIRUL ASHRAF B. SUHAIMI (6 BG)
3. MUHAMMAD AMIN B. AZIZ (6 BG)
4. NURUL SYASYA BT MOHAMAD ZAKI (6 BE2)
5. NURLIYANA IZZATI BT NORIZAN (6 BP1)
6. NOOR BATRISYA AHZA BT MOHAMAD IMRAN (6 BP3)
7. NOOR BATRISYIA AHZA BT MAT DAUD (6 BP3)
8. NUR AYUNI BT SALIM (6 BS1)
9. NUR AFIFAH IZZATI BT MAT DAUD (6 BS2)
10. NUR RASYIDAH BT MARHAIDI (6 BP3)
11. NUR ATHIRAH BT ABD RAHMAN (6 BP2)

27 November 2017

Kelolaan

UNIT KAJIAN TINDAKAN


SMK DESA MURNI

SEKALUNG PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah kerana dengan limpah dan rahmatNya akhirnya dapat juga kami

menyiapkan Program Kajian Tindakan bagi tahun 2008 ini. Tajuk kajian kami ini iaitu

3
“SQ3R” merupakan pendekatan yang digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca

untuk mendapatkan maklumat dalam Bahasa Inggeris. Kami merasakan perlu untuk

menjalankan program ini memandangkan ia sangat bagus untuk meningkatkan kemahiran

membaca dalam kalangan pelajar Tingkatan enam SMK Desa Murni. Ini kerana pelajar

Tingkatan Enam bakal menduduki MUET pada Julai 2018 sedangkan rata-rata pelajar amat

lemah dalam aspek membaca bahkan amat lemah dalam subjek ini sendiri. Oleh itu, kami

merasakan satu keperluan yang amat tingii untuk menjalankan program ini.

Kami menggunakan Bahasa Melayu dalam kajian ini rata-rata “ audience” yang ada

akan lebih faham tentang apa yang cuba kami sampaikan (audience terdiri dari pelajar-

pelajar Melayu yang lemah dalam Bahasa Inggeris).

Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang

tidak terhingga kepada Yang Berusaha Penolong Kanan Pentadbiran Tingkatan Enam iaitu

Puan Noor Aishah binti Abu Hassan kerana telah memberi kepercayaan kepada kami untuk

menjalankan kajian ini. Sesungguhnya, pengalaman dalam menyiapkan kajian ini

merupakan pengalaman yang tidak ternilai harganya. Mungkin masih terdapat kelemahan

dalam kajian ini walaupun telah dilakukan penambahbaikkan, namun diharapkan ianya

sedikit sebanyak dapat membantu kami dalam menjalankan kajian yang berbeza di

kemudian hari.

Akhir sekali, sekalung penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung dan tidak untuk menyempurnakan laporan Kajian ini.

Sekian, WASSALLAM

Meningkatkan Kemahiran Membaca Dalam Bahasa Inggeris


Melalui Kaedah SQ3R Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Enam

Oleh :

Mohamad Alif Nazreen Bin Sazali


Muhammad Amirul Ashraf B. Suhaimi
Muhammad Amin B. Aziz
Nurul Syasya Bt Mohamad Zaki
Nurliyana Izzati Bt Norizan

4
Noor Batrisya Ahza Bt Mohamad Imran
Noor Batrisyia Ahza Bt Mat Daud
Nur Ayuni Bt Salim
Nur Afifah Izzati Bt Mat Daud
Nur Rasyidah Bt Marhaidi
Nur Athirah Bt Abd Rahman

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk membantu meningkatkan kemahiran membaca Bahasa

Inggeris secara lisan di kalangan pelajar Tingkatan Enam. Seramai 22 orang pelajar 6BPS

akan menjadi peserta. Tinjauan awal telah dilakukan melalui kaedah pemerhatian, temu bual

dan soal selidik latar belakang pelajar.Hasil tinjauan menunjukkan hampir kesemua pelajar

kelas ini tidak dapat memberi respon yang baik dalam pembacaan dalam Bahasa Inggeris.

Ini menunjukkan bahawa rata-rata pelajar sekolah ini menghadapi masalah ini. Ini adalah

disebabkan keadaan sosioekonomi serta latar belakang pelajar yang terdiri dari pelajar

kampung yang tidak diberi pendedahan, sokongan dan bantuan dari segi petuturan sejak

dari kecil lagi. Oleh itu, satu perancangan yang sistematik perlu dilaksanakan bagi

mengurangkan masalah ini. Program yang dijalankan secara berkala ini sekurang-

kurangnya dapat menarik minat pelajar untuk membaca walaupun pembacaan tersebut

telah ditentukan topik atau tema-tema tertentu yang perlu diikuti. Tajuk-tajuk yang diberi

berkait rapat dengan kehidupan seharian pelajar dan sekurang-kurangnya pelajar dapat

memberi respon seumpamanya apabila perkara yang sama di soal jika mereka telah keluar

dari sekolah ataupun sekurang-kurangnya menolong dalam Kertas 800/3 Reading. Konklusi

daripada tinjauan dan pemantauan yang dibuat menunjukkan satu perubahan yang positif

ke arah memperkembangkan potensi dalam pembacaan Bahasa Inggeris mereka.

SEKOLAH MENENGAH DESA MURNI


13200 Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang

TAJUK : Meningkatkan Kemahiran Membaca Dalam Bahasa Inggeris


Melalui Kaedah SQ3R Dalam Kalangan Pelajar 6 BPS

1.0 Pendahuluan

5
Program ini merupakan kajian yang dijalankan oleh Pelajar 6 BPS dalam meningkatkan

kemahiran pelajar-pelajar membaca dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan kaedah

untuk memahami dan mendapatkan maklumat apabila membaca. Program SQ3R adalah

berdasarkan satu program yang telah dijalankan sejak tahun 1961 dimana program ini

dirasakan sesuai memandangkan rata-rata pelajar sekolah ini mempunyai masalah untuk

memahami pembacaan dalam Bahasa Inggeris ( hampir 80% pelajar 6 BPS sekolah ini

lemah dalam pembacaan Bahasa Inggeris).

Strategi yang dipilih ialah dengan meningkatkan kemampuan pelajar-pelajar membaca

Bahasa Inggeris. Pelajar dirangsang dengan pendekatan SQ3R. Mereka dirangsang untuk

membaca dalam Bahasa Inggeris dalam suasana yang sebenar melalui beberapa siri ujian

membaca dalam kelas.

Keseluruhan program ini mengandungi tiga fasa ujian iaitu Fasa Pertama, Fasa Kedua

dan Fasa Ketiga.Pada Fasa Pertama, pelajar akan diuji dengan cara ditemubual oleh

penguji berkaitan dengan diri, keluarga. Pada Fasa Kedua pula mereka akan diajar

menggunakan kaedah SQ3R sebagai rangsangan untuk membaca. Akhirnya, pada Fasa

Ketiga, pelajar akan dikehendaki menjawab 45 soalan dari Kertas 800/3.

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Sebahagian besar pelajar 6 BPS terdiri daripada pelajar yang mempunyai tahap

kecerdasan sederhana. Kemahiran menguasai pembacaan dalam Bahasa Inggeris

menyebabkan mereka tidak berminat dengan mata pelajaran MUET. Maka dengan itu

6
juga, mereka didapati kurang pengetahuan yang meluas mengenai isu semasa dan

berkaitan kosa kata dalam Bahasa Inggeris. Ada pelajar yang mengatakan kelitu ketika

menulis jawapan bagi soalan 800/3 (Reading). Anggapan salah tersebut harus

diperbetulkan dan pelajar harus dibimbing sepenuhnya agar lebih bermotivasi, yakin

kepada diri sendri serta sedia melakukan anjakan paradigm. Pelajar juga didapati tidak

mempunyai kemahiran menguasai kemahiran membaca dengan baik.

Hasil daripada keputusan Peperiksaan Pra Percubaan STPM Penggal 1 2017 dan

pemerhatian sikap pelajar, didapati sebahagian besar pelajar didapati tidak menunjukkan

kesungguhan dan minat menyebabkan keputusan ujian tidak memuaskan. Salah satu

puncanya ialah pelajar tidak dapat memahami apa yang dibaca dengan baik dan keliru

ketika menulis jawapan bagi kertas 800/3 (Reading). Kekangan-kekangan di atas

merupakan suatu cabaran baru kepada kami dalam usaha meningkatkan keputusan

800/3 (Reading) kepada keputusan yang lebih baik. Oleh itu kami berpendapat kaedah

SQ3R dapat membantu pelajar menyedari keupayaan diri serta meningkatkan

pencapaian mereka dalam kertas 800/3 (Reading).

2.0 Fokus Kajian

Pada peringkat awal kajian, kaedah pengutipan data yang digunakan melibatkan

nota, hasil kerja pelajar iaitu kutipan latihan kertas 800/3 (reading) dan pemerhatian. Hasil

permerhatian mendapati bahawa pelajar tidak menunjukkan minat terhadap mata pelajaran

MUET terutama kertas 800/3 (Reading). Maka disebabkan tidak minat maka pelajar tidak

dapat menguasai mata pelajaran MUET dengan baik secara keseluruhannya. Ada lojiknya

menggunakan kaedah SQ3R bagi meningkatkan minat dan penguasaan pelajar terhadap

kertas 800/3 (Reading) kerana kaedah ini boleh meningkatkan keupayaan mereka

memahami bahan bacaaan yang diberikan sekaligus meningkatkan keputusan kertas 800/3

(Reading). Oleh yang demikian, fokus kajian kami ialah meningkatkan kemahiran membaca

dalam bahasa inggeris melalui kaedah SQ3R dalam kalangan pelajar 6 BPS. Hal ini kerana

7
kertas 800/3 (Reading) menyumbang 40% daripada keseluruhan markah bagi MUET.

Walaupun banyak lagi masalah lain, ini yang menjadi fokus kajian kami sebab dijangkakan

dapat menyelesaikan masalah tidak minat, tidak dapat memahami fakta dan tersilap memilih

jawapan yang tepat semasa peperiksaan. Manakala di peringkat penilaian pula, kaedah

kutipan data melalui markah Peperiksaan Pra Percubaan STPM Penggal 1 2017 telah

diambil bagi menilai keberkesanan tindakan intervensi yang telah diambil bagi tujuan refleksi

kajian. Pemerhatian ke atas sikap pelajar juga telah kami ambil kira. Kami dapati keputusan

Peperiksaan Percubaan STPM Penggal 1 2017 yang dibuat telah meningkat.

3.0 Objektif Kajian

Objektif Am: meningkat peratus lulus (70%) bagi kertas 800/3 (Reading) bagi

kelas 6 BPS dalam Percubaan September 2017.

Objektif Khusus:

i. Meningkatkan kemahiran menjawab soalan kertas 800/3 (Reading)


ii. Meningkatkan pemahaman berkenaan fakta dalam bahan bacaan kertas 800/3

(Reading)
iii. Mengelakkan kekeliruan memilih jawapan yang tepat dan munasabah
iv. Menarik minat pelajar menambah kosa kata dalam Bahasa Inggeris melalui

penguasaan bacaan.

4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 22 orang pelajar Tingkatan 6 BPS di Sekolah Menengah Desa

Murni, Sungai Dua Butterworth.

Bangsa Lelaki Perempuan


Melayu 6 11
Cina 0 4
India 0 1
Jumlah 6 15

5.0 Pelaksanaan Kajian

8
5.1 Tinjauan Awal

Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:


i. Ujian Pra Percubaan (7 esei dan 45 soalan objektif) bagi mengenalpasti

tahap penguasaan menjawab kertas 800/3 (Reading) dalam kalangan pelajar.


ii. Borang kaji selidik minat terhadap mata pelajaran MUET

5.2 Cadangan Tindakan Intervensi

i. Penguasaan kemahiran membaca dalam bahasa inggeris melalui Kaedah

SQ3R dalam kalangan pelajar 6 BPS

Aktiviti

1. Pelajar menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan bagi

mengenal pasti tahap pengetahuan sedia ada pelajar terhadap sesuatu tajuk

(mencungkil pengetahuan sedia ada)


2. Soalan mengandungi 1 esei dan 7 soalan objektif diberikan kepada pelajar.
3. Pelajar yang disoal perlu menjawab tanpa membuat rujukan tetapi hanya

berdasar pengetahuan sedia ada.


4. Guru memberikan jawapan yang betul dan pelajar membuat pembetulan utk

soalan di aktiviti 2.
5. Pelajar menjawab 1 esei dan 7 soalan yang diberikan oleh guru (soalan adalah

dari tema yang sama seperti di aktiviti 2)


6. Pelajar mencatat apa yang mereka terbaca atau terlihat semasa mencari

jawapan bagi soalan berkenaan. Contoh seperti nama, peristiwa, nombor dan

istilah penting.
7. Pelajar bertukar-tukar jawapan dengan rakan sebelah.

5.3 Penilaian Tindakan Intervensi


Setelah aktiviti 1 hingga 7 dijalankan sebanyak 2 kali, penilaian di bawah akan

dijalankan:
i. Penilaian adalah berdasarkan markah ujian soalan 800/3 (Reading)

Peperiksaan Pra Percubaan STPM Penggal 1 2017 dan Peperiksaan

Percubaan STPM Penggal 1 2017.


ii. Pemerhatian sikap pelajar untuk mendapatkan jawapan bagi soalan tersebut.

9
6.0 Cara Pengumpulan Data

Analisis Tinjauan Masalah

Beberapa langkah telah diambil bagi mendapatkan suatu persepsi yang lebih jelas tentang

masalah yang dikaji.

A)Analisis Ujian Pra

Tinjauan sekali lagi dibuat melalui Peperiksaan Pra Percubaan STPM Penggal 1 2017 untuk

mengenal pasti kebolehan pelajar dan dilakukan secara menyeluruh. Seramai 22 pelajar

menduduki ujian, seramai 10 orang pelajar mencatatkan kelulusan. Manakala seramai 12

orang pelajar gagal dalam Peperiksaan Pra Percubaan STPM Penggal 1 2017.

7.0 Keputusan/Analisis Data

Analisis keputusan seperti jadual di bawah:

BIL. NAMA PENUH Pra Pasca


1. KHAIRUL AISAMUDDIN B ALI 12 12
2. FATIN NURSYAZWANI BT AZMI 17 22
3. KHOR JEN WE 11 21
4. LAI JING MIN 11 16
5. LIM LI PEI 22 27
6. NUR HIDAYAH BT ABDULLAH 09 17

10
7. NURSYAZWANI BT JAFFERI 10 11
8. NURUL IZZAH BT MOHAMAD FAUZI 19 21
9. NURUN NAJIHAH BT MAZNI 12 16
10. SITI SALIHA NAJWA BT SHARIFUDDIN 22 22
11. TAN WAN PING 18 20
12. VAISHNAVI A/P MUNIYANDI 15 19
13. MUHAMAD IQRAM B TAUFET 16 17
14. MUHAMMAD ALIFF SYAZWAN B ZAMRI 12 14
15. MUHAMMAD ASRAF B MOHD REDZUAN 10 10
16. MUHAMMAD SYAFIQ B JASSENI 9 TH
17. NUR AINA BT MOHD FAZDIL 12 15
18. NUR FAIZAHTU HAJAR BT AHMAD FADZIL 08 13
19. NURUL 'ADILAH BT KAMARUDDIN 14 19
20. TUAN NUR MAZIAH BT TUAN ISMAIL 14 17
21. WAN SHALEZA NURJASMIN BT WAN SHAH BANY 19 19
22. MUHAMMAD FIKRI HAKIMI B MAZLAN 12 12

Tindakan Dijalankan

Setelah analisis keputusan dan penilaian refleksi pembelajaran dilakukan, maka tindakan

yang diambil ialah menggunakan Kaedah SQ3R. Fokus bimbingan juga berkisar kepada

kemahiran membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang

terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. Kaedah

ini dilaksanakan setelah selesai sesuatu topik di mana guru menyediakan bahan bacaan

dan soalan yang perlu dijawab berdasarkan bahan bacaan yang diberikan.

Pemerhatian

Pelajar didapati semakin berminat menjawab kertas 800/3 (Reading) yang diberikan. Mereka

saling bertanya antara satu sama lain tentang fakta jawapan, fakta ataupun istilah penting.

Ada yang berlumba-lumba untuk mendapatkan jawapan terlebih dahulu. Seterusnya

mencatat jawapan hasil dapatan SQ3R. pelajar didapati mempunyai pengetahuan sedia ada

yang agak luas bagi memilih jawapan paling tepat dalam pilihan jawapan yang diberikan.

11
Contoh, tokoh, peristiwa, urutan peristiwa dan istilah penting. Mereka juga bersikap

optimimis dan bermotivasi kendiri apabila soalan diberikan guru dijawab tanpa arahan

berkali-kali. Satu perubahan yang kami dapat lihat ialah, pelajar yang dahulunya tidak

berminat dan selalu mengambil peluang untuk berbual turut menjawab soalan yang

diberikan. Kemungkinan mereka rasa tercabar dan rasa bersemangat untuk mendapatkan

jawapan bagi soalan 800/3 (Reading) dan ruang luntuk berbual kosong tidak ada. Masing-

masing sibuk dengan soalan dan berbincang untuk mendapatkan jawapan.

Refleksi

Kami mendapati pelajar menunjukkan minat yang tinggi semasa menjawab soalan.

Komitmen tersebut merupakan petanda kepada kami bahawa kaedah ini membantu mereka

menjawab soalan dengan baik dan kemahiran menjawab kertas 800/3 (Reading) amat

diperlukan kerana ia membawa 40% dari keseluruhan kertas MUET. Kami tidak menetapkan

masa dengan kata lain, tidak memaksa mereka untuk menghabiskan soalan dalam masa

yang ditetapkan. Ini memberi ruang mereka mengenalpasti soalan dalam kertas 800/3

(reading) dengan lebih baik. Sebelum ini pelajar yang tidak berminat dengan MUET akan

berbual, tidak tumpu perhatian namun kini, didapati mereka mula bertanya dan sedaya

upaya akan cuba menjawab. Hasil temubual ringkas bersama beberapa orang pelajar,

mereka berpendapat kaedah SQ3R ini dapat memberi peluang untuk mereka meningkatkan

keyakinan diri semasa menjawab soalan semasa Ujian Pasca (Peperiksaan Percubaan

STPM Penggal 1). Ada pelajar yang menyatakan cara ini susah difahami tetapi mampu

menyelesaikan masalah kekeliruan semasa memilih jawapan terbaik dalam kertas 800/3

(Reading).

Hasil keputusan ujian pasca (Peperiksaan Percubaan STPM Penggal 1), kami dapati

ramai memperoleh markah yang lebih baik. Latihan menggunakan kaedah SQ3R telah

12
memberi kesan postif kepada pelajar untuk memperbaiki keputusan mereka dalam kertas

800/3 (Reading).

8.0 Refleksi Kajian

1. Penilaian Terhadap Pencapaian Pelajar

Penilaian terhadap pencapaian pelajar dilakukan dengan dengan membuat perbandingan

keputusan ujian pra (Peperiksaan Pra Percubaan STPM Penggal 1) dan ujian pasca

(Peperiksaan Percubaan STPM Penggal 1).

Didapati pada ujian pasca (Peperiksaan Percubaan STPM Penggal 1) yang telah diadakan

hanya 4 orang sahaja yang gagal dan 18 orang pelajar lulus berbanding ujian pra

(Peperiksaan Pra Percubaan STPM Penggal 1) menunjukkan bahawa seramai 12 orang

yang gagal. Kaedah SQ3R didapati telah melonjak markah pelajar dalam ujian pasca.

BIL. NAMA PENUH Pra Pasca


Bil Ujian Pra Pasca
1. KHAIRUL AISAMUDDIN B ALI 12 12
1. LULUS 10 18
2. FATIN NURSYAZWANI BT AZMI 17 22
2. GAGAL 12 4
3. KHOR JEN WE 11 21
4. LAI JING MIN 11 16
5. LIM LI PEI 22 27
6. NUR HIDAYAH BT ABDULLAH 09 17
7. NURSYAZWANI BT JAFFERI 10 11
8. NURUL IZZAH BT MOHAMAD FAUZI 19 21
9. NURUN NAJIHAH BT MAZNI 12 16
10. SITI SALIHA NAJWA BT SHARIFUDDIN 22 22
11. TAN WAN PING 18 20
12. VAISHNAVI A/P MUNIYANDI 15 19
13. MUHAMAD IQRAM B TAUFET 16 17
14. MUHAMMAD ALIFF SYAZWAN B ZAMRI 12 14
15. MUHAMMAD ASRAF B MOHD REDZUAN 10 10
16. MUHAMMAD SYAFIQ B JASSENI 9 TH
17. NUR AINA BT MOHD FAZDIL 12 15
18. NUR FAIZAHTUL HAJAR BT AHMAD FADZIL 08 13
19. NURUL 'ADILAH BT KAMARUDDIN 14 19
20. TUAN NUR MAZIAH BT TUAN ISMAIL 14 17
21. WAN SHALEZA NURJASMIN BT WAN SHAH BANY 19 19
22. MUHAMMAD FIKRI HAKIMI B MAZLAN 12 12
13
Jadual 1: Perbandingan Ujian Pra dan Pasca

2. Pemerhatian sikap pelajar


Pemerhatian i

Pelajar didapati semakin berminat menjawab kertas 800/3 (Reading). Mereka saling

bertanya antara satu sama lain tentang isi ataupun fakta dan istilah penting. Ada yang

berlumba-lumba untuk mendapatkan jawapan terlebih dahulu. Guru tidak perlu memberi

arahan berulang kali kerana pelajar sibuk mencari jawapan.

Pemerhatian ii

Tidak kurang juga ada yang berbalah dengan mengatakan jawapan yang dipilih adalah betul

berbanding rakannya. Satu lagi perkembangan positif yang telah diwujudkan melalui kaedah

ini. Situasi ini tentunya menunjukkan pelajar telah mula meminati kertas 800/3 (Reading).

Pemerhatian iii

14
Prinsip mementingkan diri sendiri diketepikan dan kemairan interaksi sosial telah berjaya

dipupuk dalam diri mereka semasa bertukar-tukar jawapan.

Pemerhatian iv

Satu situasi yang kami dapati ialah pelajar dapat membuat latihan kendiri. Tidak keterlaluan

jika dikatakan bahawa pelajar secara tidak langsung dapat menguji kemampuan diri sendiri.

Bukti pelajar membuat latihan kendiri ialah soalan berkenaan, sebahagiannya diulang

semula dalam ujian pasca dan pelajar dapat menjawab dengan tepat.

Pemerhatian v

Secara tidak langsung pelajar sebenarnya tidak sedar bahawa mereka sudah mula berminat

dengan kertas 800/3 (Reading). Hasil ini dapat dilihat daripada peningkatan markah yang

mereka tunjukkan serta kesungguhan dan ketekunan yang dizahirkan semasa menjawab

soalan.

9.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Kaedah ini didapati dapat menarik minat pelajar untuk meminati dan mendalami

MUET. Pelajar juga didapati lebih aktif dan bersemangat tinggi menghadapi proses

pengajaran dan pembelajaran. Tempoh masa beberapa bulan ini merupakan tempoh yang

singkat untuk membuat penilaian terhadap keberkesanan P&P. Namun begitu, hasil

keputusan ujian pasca (Peperiksaan Percubaan STPM Penggal 1) mendapati terdapat

peningkatan prestasi pelajar. Namun begitu apa yang berlaku ialah pembelajaran kendiri

dan peningkatan penguasaan dan pengetahuan sedia ada terserlah dalam kalangan pelajar.

Cadangan kami, kaedah SQ3R boleh diperluaskan lagi bagi kategori pelajar lemah.

Seterusnya diperluaskan lagi bagi semua kelas tingkatan enam untuk mengesahkan lagi

keberkesanannya.

15
10.0 Senarai Rujukan/Bibliografi

Anton O. Tolman, J. K. (2016). Why Students Resist Learning: A Practical Model for

Understanding and Helping Students. Stylus Publishing, LLC.

Boudah, D. J. (2010). Conducting Educational Research: Guide to Completing a Major

Project. SAGE.

Diggs, V. M. (1972). The Relative Effectiveness of the SQ3R Method, a Mechanized

Approach, and a Combination Method for Teaching Remedial Reading to College

Freshmen. New York.

Harrington, C. (2015). Student Success in College: Doing What Works! Cengage Learning.

Kanar, C. (2012). The Confident Student. Cengage Learning.

Lebar, O. (2011). Kajian tindakan dalam pendidikan: teori dan amalan. Penerbit Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

16
Marzano, R. J. (2001). A Handbook for Classroom Instruction that Works. Association for

Supervision and Curriculum Development.

Mertler, C. A. (2006). Action Research: Teachers as Researchers in the Classroom. SAGE

Publications.

Lampiran 1

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia

merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian

maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu

diselesaikan.

SQ3R adalah singkatan bagi;

S (survey) tinjau

Q (question) soal/tanya

R (read) baca

R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan

R (review) baca semula

17
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang

apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar,

tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan

pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.

Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan

scanning.

Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri

soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan

tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat

yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa

membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara

aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah

disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan

soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya

sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau

maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba

mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh.

Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh

cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada

kepada nota atau bahan yang telah dibaca.

Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian

buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang

dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.

18
Lampiran 2
Borang soal selidik:

1. Nyatakan pendapat anda tentang MUET.

2. Nyatakan sebab anda menyatakan MUET adalah kertas peperiksaan yang susah.

3. Nyatakan tatacara atau teknik yang anda suka bagi guru untuk mengajar MUET.

4. Nyatakan kefahaman anda tentang kertas 800/3 (Reading).

5. Nyatakan target anda untuk MUET.

19
20

You might also like