You are on page 1of 34

SUBJEK:

MAKTABAH QIRAAT (PPPQ6533)

TAJUK:
QIRA’AT SHADHDHAH

DAN PERANANNYA DALAM PENTAFSIRAN

PENSYARAH:
DR. SABRI BIN MOHAMAD

DISEDIAKAN OLEH:
NABILAH BAQIYAH BINTI MOHD SABRI (P93603)

PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

PUSAT KELESTARIAN TURATH ISLAMI

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2018
ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Definisi Qira’at Shadhdhah 2
1.3 Pembahagian Qira’at Shadhdhah 5
1.4 Hukum Beramal Dengan Qira’at Shadhdhah 8
1.4.1 Hukum Membaca Dengan Qira’at Shadhdhah 8
1.4.2 Hukum Berdalil dengan Qira’at Shadhdhah 11
1.5 Cara Mengetahui Qira’at Shadhdhah 12
1.6 Perawi Qira’at Shadhdhah 13
1.7 Syarat Qira’at Shadhdhah yang diterima dalam 15
Pentafsiran
1.8 Peranan Qira’at Shadhdhah dalam Pentafsiran 17
1.9 Reaksi dan Pandangan Ulama terhadap Qira’at 26
Shadhdhah
1.9.1 Pandangan Ulama Tafsir 26
1.9.2 Pandangan Ulama Feqah 28
1.9.3 Pandangan Ulama Nahu 29
1.10 Kesimpulan 30
Rujukan 32
1

QIRA’AT SHADHDHAH DAN PERANANNYA DALAM PENTAFSIRAN

1.1 Pengenalan

Ilmu Qira’at merupakan ilmu yang sangat penting dalam Ulum al-Quran untuk membaca
dan memahami isi kandungan ayat-ayat al-Quran. Namun, ilmu ini sukar difahami oleh
sebahagian orang melainkan orang yang mendalami ilmu ini. Umat Islam di serata dunia
membaca al-Quran dengan bacaan qira’at yang pelbagai. Perbezaan qira’at antara satu
imam dengan imam-imam yang lain membuka ruang perbincangan tentang keseragaman
makna isi kandungan ayat-ayat al-Quran. Berlandaskan wujuh al-Qira’at yang terdapat di
dalam al-Quran inilah ulama‟ fiqh telah mengistinbat hukum. Perkara ini menunjukkan,
bahawa ilmu qira’at merupakan ilmu yang sangat penting bagi mereka yang ingin
mendalami bidang tafsir dan fiqh. Ilmu ini bukan sahaja berkisar tentang perbezaan cara
bacaan, namun ia turut melibatkan perbahasan berkenaan makna dan isi kandungan ayat-
ayat yang terdapat dalam al-Quran. Perbincangan ini akan memfokuskan kepada Qira’at
Shadhdhah iaitu definisi Qira’at Shadhdhah dari sudut bahasa dan istilah, jenis-jenis
qira’at shadhdhah, hukum membaca Qira’at Shadhdhah, hukum beramal dengan Qira’at
Shadhdhah, cara mengetahui Qira’at Shadhdhah, perawi Qira’at Shadhdhah serta
peranan Qira’at Shadhdhah dalam pentafsiran.
2

1.2 Definisi Qira’at Shadhdhah

1.2.1 Definisi qira’at dari sudut bahasa

Qira’at dari sudut bahasa berasal daripada perkataan al-qira’at (‫ )القراءات‬yang merupakan

jama’ kepada perkataan qira’ah (‫)قراءة‬. Ia merupakan kata terbitan (‫ )مصدر‬dari perkataan

qara’a (‫ )قرأ‬iaitu (‫قراءة‬ – ‫ )قرأ فالن – يقرأ‬yang bermaksud: Seseorang sedang membaca, dia
telah membaca, bacaan iaitu yang dibaca.1

Allah SWT berfirman:

    

(Al-Quran, al-Qiyamah 75:17)

Maksudnya:

Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan
menetapkan bacaannya (pada lidahmu).

Menurut Mu’jam Wasit, qira’at dari segi bahasa berasal daripada perkataan

qara’a (‫ )قرأ‬iaitu (‫وقرءان‬


ً - ‫ )قرأ الكتاب – قراءة‬yang bermaksud meneliti kalimahnya dengan
melihat dan menyebutnya – meneliti kalimahnya tanpa menyebutnya, dinamakan
(penceritaan) dengan bacaan senyap. Membaca ayat al-Quran iaitu menyebut lafaznya
sama ada secara melihat atau menghafalnya.2

1
Sha‟ban Muhammad Ismail. 1986. Al-Qira’at Ahkamuha wa Masdaruha. Dar al-Salam. M/s:20.
2
Muhammad Mas‟ud Ali Hassan „Isa. 2009. Athar al-Qira’at al-Qur’aniyyah fi al-Fahm al-Lughawiyy
(Dirasah Tatbiqiyyah fi Surah al-Baqarah). Dar al-Salam. M/s:15.
3

1.2.2 Definisi qira’at dari sudut istilah

Menurut Ibn Jazari (m.751H), qira’at ialah “suatu ilmu yang memberi perhatian atau
membicarakan tatacara menyebut kalimah-kalimah al-Quran dan khilafnya yang
disandarkan kepada periwayatnya”.3 Abu Hayyan pula mendefinisikan qira’at sebagai
“suatu ilmu yang membincangkan tatacara sebutan lafaz-lafaz al-Quran”.4 Abu Syamah
dalam kitabnya Ibraz al-Ma’ani menyebutkan bahawa qira’at ialah “suatu ilmu untuk
mengetahui cara sebutan kalimah al-Quran, serta perselisihan-perselisihannya
berdasarkan periwayatnya”.5

Imam al-Zarkasyi mengatakan bahawa “al-Qira’at ialah perbezaan lafaz-lafaz


wahyu yang disebut di dalam huruf-huruf dan cara bagaimana membacanya sama ada
takhfif, tathqil dan sebagainya”.6 Manakala Syeikh „Abd al-Fattah al-Qadi mengatakan
bahawa qira’at merupakan “suatu ilmu yang diketahui dengannya tatacara pembacaan
kalimah-kalimah al-Quran dan cara mempraktikkannya sama ada yang disepakati atau
diperselisihkan yang disandarkan setiap wajah bacaan kepada pembawanya”.7

Berdasarkan takrif qira’at menurut istilah yang telah dinyatakan, dapatlah


disimpulkan bahwa takrif Syeikh „Abd al-Fattah al-Qadi lebih menyeluruh dan lengkap
yang mana ia menyentuh tentang praktikal ilmu qira’at sama ada disepakati atau
diperselisihkan pada wajah bacaan yang menjadi fokus perbincangan.8

3
Muhammad Umar.1996. Al-Qira’at wa Atharuhafi al-Tafsir wa al-Ahkam. Dar al-Hibrah. M/s:108.
4
Ibid. M/s: 107.
5
Muhammad Mas‟ud Ali Hassan „Isa. 2009. Athar al-Qira’at al-Qur’aniyyah fi al-Fahm al-Lughawiyy
(Dirasah Tatbiqiyyah fi Surah al-Baqarah). Dar al-Salam. M/s:15.
6
Yusri Chek, Sabri Mohamad, Haziyah Hussin. 2016. Aplikasi Pendalilan Qira’at Shadhdhah dalam
Penghujahan Hukum Fiqh. Jurnal Darul Quran (Bil.19 – ISSN 2229-9130), m/s:106-107.
7
Ibid.
8
Ibid.
4

1.2.3 Definisi shadhdhah dari sudut bahasa

Kalimah shadhdhah menurut bahasa merupakan kata terbitan (‫ )مصدر‬daripada perkataan

shadh (‫)شاذ‬ iaitu (‫ شذذ‬- ‫)يشد – شذوذا‬ yang memberi maksud “telah, sedang,

sendirian”.9 Menurut Lisan al-‘Arab, (‫ )شذ عنو يشذ ويشذ شذو ًذا‬bermaksud (‫)شذ عنو‬ iaitu

“telah bersendirian darinya”, (‫ )يشذ‬iaitu “sedang bersendirian”. (‫ )انفرد عن اجلمهور وندر‬:

“Apabila bersendirian dari kelompok yang ramai dan berasingan”. (‫)شذه‬, iaitu “Maka dia

telah berseorangan”. (‫عري‬ ‫)يشذه ال‬: “Dia telah diasingkan oleh yang lain”, ( ‫ ما‬: ‫وشذان الناس‬

‫)تفرق منهم‬ iaitu “Dan telah bersendirian lelaki itu: apabila ia bersendirian dari rakan-

rakannya”, “Dan setiap perkara yang bersendirian”.10

1.2.4 Definisi shadhdhah dari sudut istilah

Shadhdhah dari sudut bahasa mempunyai beberapa pengertian antaranya ialah pendapat
Ibn Mujahid iaitu Qira’at Shadhdhah ialah semua qira’at yang terkeluar daripada qira’at
tujuh. Al-Suyuthi pula menerangkan bahawa Qira’at Shadhdhah merupakan qira’at yang
tidak sah sanadnya. Qira’at yang sah sanadnya tetapi bersalahan dengan rasm mashaf
atau bahasa Arab atau tidak masyhur disebut dengan qira’at ahadiyah, dan tidak dibaca
dengannya.11 Abu Hasan al-Sakhawi menyatakan dalam kitabnya Jamal al-Qurra’:

“Shadh diambil daripada perkataan: (‫ شذو ًذا‬- ‫ )شذ الرجل – يشذ‬iaitu bersendirian sesuatu

kaum, terpisah daripada kumpulan, maka ianya dinamakan dengan (‫)انفراد الشذ‬ iaitu

9
Sha‟ban Muhammad Ismail. 1986. Al-Qira’at Ahkamuha wa Masdaruha. Dar al-Salam. M/s:92.
10
Ahmad Zulfiqar, Wan Nasyrudin, Sabri Mohamad dan Mohd Abdul Nasir. 2015. Analisis Isu-isu dalam
al-Qira’at al-Shadhdhah. Jurnal Islamiyyat 37 (1). M/s:107.
11
Muhammad Umar. 1996. Al-Qira’at wa Atharuhafi al-Tafsir wa al-Ahkam. Dar al-Hibrah. M/s:161-162.
5

bersendirian, dan terkeluar daripada jumhur”.12 Menurut Abu Ubaidah dalam fadha’il al-
Quran, maksud yang shadh ialah menafsirkan qira’at yang masyhur dan menjelaskan
makna-maknanya. Al-Kawasyi berkata: “Semua yang sahih sanadnya, tidak bertentangan
dengan kaedah Bahasa Arab dan sesuai dengan tulisan mushaf al-Imam maka ia termasuk
salah satu daripada tujuh yang disebutkan dalam nas hadith tersebut, dan bila mana hilang
salah satu dari ketiga rukun ini, maka ia termasuk shadh”. Ibn Jazari menyebutkan dalam
kitabnya al-Nashr iaitu setiap qira’at yang bersesuaian dengan Bahasa Arab walaupun
dari satu aspek, bersesuaian dengan Rasm ‘Uthmani walaupun dengan satu penafsiran dan
sahih sanadnya, maka itu merupakan qira’at yang benar yang tidak boleh diingkari.
Apabila salah satu daripada rukun ini berkurang, maka qira’at itu dinamakan dengan
Qira’at Shadhdhah.13 Pendapat Ibn Jazari ini merupakan pendapat yang benar menurut
para ulama‟ pengkaji, sama ada dari salaf mahupun khalaf.

1.3 Pembahagian Qira’at Shadhdhah

Para ulama qira’at telah berusaha sedaya upaya menyelamatkan ilmu qira’at al-Quran
daripada hilang atau dipalsukan. Justeru, perkara yang menjadi sumber dan asas utama
ialah riwayat. Berdasarkan riwayat, sesuatu status qira’at itu dapat diketahui. Sekiranya
riwayat qira’at merupakan riwayat yang mutawatir, qira’at tersebut diterima sebagai
bacaan al-Quran manakala jika sesuatu riwayat bukanlah riwayat yang mutawatir, maka
tidak dibenarkan untuk membacanya di dalam solat14.

12
Muhammad Mas‟ud Ali Hassan „Isa. 2009. Athar al-Qira’at al-Qur’aniyyah fi al-Fahm al-Lughawiyy
(Dirasah Tatbiqiyyah fi Surah al-Baqarah). Dar al-Salam. M/s:41.
13
Yusri Chek, Sabri Mohamad, Haziyah Hussin. 2016. Aplikasi Pendalilan Qira’at Shadhdhah dalam
Penghujahan Hukum Fiqh. Jurnal Darul Quran (Bil.19 – ISSN 2229-9130), m/s:107-108.
14
Ahmad Zulfiqar, Wan Nasyrudin, Sabri Mohamad dan Mohd Abdul Nasir. 2015. Analisis Isu-isu dalam
al-Qira’at al-Shadhdhah. Jurnal Islamiyyat 37 (1). M/s:20
6

Berdasarkan takrif shadhdhah yang telah dikemukakan, qira’at shadhdhah


dapatlah dibahagikan kepada beberapa jenis15 iaitu:

1. Al-Ahad : Qira’at yang sah sanadnya dan bersalahan dengan rasm atau bahasa Arab,
tetapi tidak mutawatir.

- Qira’at ini tidak boleh dibaca di dalam solat ataupun di luar solat kerana tidak mencapai
tahap mutawatir.

Contoh:

a) Bacaan Ibn Mas‟ud dan Abu al-Darda‟ yang telah membuang kalimah (‫)وَما َخلَ َق‬
َ pada
ayat:

    

(Al-Quran, al-Lail 92:3)

b) Sebahagian para sahabat seperti Ibn Mas‟ud, Ibn „Abbas, Ubay bin Ka‟ab, Ibn „Umar

dan Ibn al-Zubayr membaca dengan lafaz (‫ض ْوا‬


ُ ‫ )فَ ْام‬pada kalimah (‫اس َع ْوا‬
ْ َ‫)ف‬.

               

      

(Al-Quran, al-Jumu‟ah 62:9)

15
Sabri Mohamad dan Mohd Faizulamri. 2017. Pengajian Ilmu Qira’at Qur’aniyyah. Fakulti Pengajian
Islam, UKM Bangi. M/s: 118.
7

2. Al-Shadh : Qira’at yang hilang salah satu daripada tiga rukun ataupun kebanyakannya.

Contoh:

(‫يك‬ ِ
a) Bacaan Ibn Sumayfa‟ dalam surah Yunus iaitu beliau membaca pada kalimah َ ‫)نُنَ ّج‬

dengan huruf ha’ iaitu َ ‫ )نُنَ ِّح‬dan (‫ك‬


(‫يك‬ َ ‫)خ ْل َف‬
َ dengan membariskan fathah pada huruf lam
iaitu (‫ك‬
َ ‫)خلَ َف‬
َ .

             

 

(Al-Quran, Yunus 10:92)

3. Al-Mudraj : penambahan dalam Qira’at untuk tujuan penafsiran.

Contoh:

(‫)متَ تَابِ َعات‬ ِ ِ


a) Bacaan qira’at Ibn Mas‟ud yang menambahkan ُ pada ayat (‫)فَصيَ ُام ثَالثَت أَاَّيم‬
ِ َ‫صيام ثَالث‬
(‫ت أَاَّيم ُمتَ تَابِ َعات‬ ِ
iaitu ُ َ َ‫)ف‬.

   

(Al-Quran, al-Ma‟idah 5:89)


8

4. Al-Mawdu’ : Qira’at yang dinisbahkan kepada penaqalnya tanpa asal ambilan.

- Menurut Ibn Jazari, qira’at ini ditolak secara mutlak, ditegah untuk meriwayatkannya,
dan sesiapa yang membawanya tergolong dalam dosa besar.

5. Al-Mashhur : Qira’at yang sah sanadnya, tidak sampai kepada tahap mutawatir, tetatpi
bertepatan dengan bahasa Arab dan Rasm.

Contoh:

a) Qira’at Ibn Abbas yang membaca huruf fa’ dengan fathah pada ayat:

    

(Al-Quran, al-Tawbah 9:128)

1.4 Hukum Beramal dengan Qira’at Shadhdhah

1.4.1 Hukum Membaca Qira’at Shadhdhah

Para ulama telah berselisih pandangan berkenaan hukum membaca Qira’at Shadhdhah di
dalam solat. Secara umumnya, pandangan ulama terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Haram.

Ibn Jazari menyatakan bahawa bacaan al-Quran selain daripada bacaan al-Qira’at al-
‘Asharah (Qira’at Sepuluh) tidak dianggap sebagai bacaan al-Quran,dan ianya adalah
bacaan Shadhdhah iaitu tidak boleh dibaca di dalam solat dan di luar solat16. Shalabi turut
menjelaskan bahawa bacaan selain Qira’at Sepuluh tidak boleh dihukumkan sebagai al-
Quran, dan ianya merupakan Qira’at Shadhdhah yang tidak boleh dibaca di dalam dan di

16
Ahmad Zulfiqar, Wan Nasyrudin, Sabri Mohamad dan Mohd Abdul Nasir. 2015. Analisis Isu-isu dalam
al-Qira’at al-Shadhdhah. Jurnal Islamiyyat 37 (1). M/s:25.
9

luar solat, serta tidak boleh sesiapa pun solat di belakang orang yang membacanya17.
Imam Nawawi turut berpendapat bahawa tidak dibolehkan membaca qira’at dengan
Qira’at Shadhdhah sama ada di dalam solat mahupun di luar solat. Ini kerana Qira’at
Shadhdhah tidak dianggap sebagai al-Quran, kerana al-Quran tidak dithabitkan kecuali
dengan tawatur, dan Qira’at Shadhdhah tidak mutawatir18. Ibn Abd al-Barr menyatakan
tidak dibolehkan membaca dengan Qira’at Shadhdhah dan tidak boleh solat di belakang
orang yang membacanya19.

2. Harus atau dibolehkan.

Ibn Jazari menyatakan bahawa pandangan ini hanya sekilas sahaja di dalam kitabnya, al-
Nashr fi al-Qira’at al-‘Ashr iaitu pandangan Ashab al-Shafi’i dan Abu Hanifah serta
terdapat satu riwayat daripada Imam Malik dan Ahmad.

3. Sederhana.

Pandangan ini juga dinyatakan oleh Ibn Jazari, iaitu ada ulama yang berpendapat bacaan
yang wajib seperti surah al-Fatihah perlulah dibaca dengan Qira’at al-Mutawatirah
sekiranya seseorang mampu membaca dengannya akan tetapi tetap memilih Qira’at
Shadhdhah sebagai sandaran bacaan. Bagi bacaan yang tidak wajib, iaitu bacaan surah
selepas al-Fatihah, tidak batal solat sekiranya membaca dengan bacaan Qira’at
Shadhdhah. Ini kerana ia tidak terkandung dalam perkara yang membatalkan solat serta
berpandangan bahawa Qira’at Shadhdhah merupakan satu bentuk bacaan yang
diturunkan oleh Allah SWT.

17
Ibid.
18
Sha‟ban Muhammad Ismail. 1986. Al-Qira’at Ahkamuha wa Masdaruha. Dar al-Salam. M/s:100.
19
Ibid.
10

Berdasarkan pandangan-pandangan ulama tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa


terdapat dua kumpulan iaitu kumpulan yang mengharuskan bacaan Qira’at Shadhdhah
dan kumpulan yang melarang pembacaan Qira’at Shadhdhah. Pendapat yang melarang
pembacaan Qira’at Shadhdhah merupakan pandangan daripada jumhur ulama dan
kebanyakan fuqaha’. Imam Nawawi, al-Zarkasyi dan lain-lain menyatakan bahawa
pandangan ini merupakan ijma’ ulama. Syeikh Abd Halim ibn Muhammad al-Hadi
menyatakan pendapat yang mengharuskan bacaan Qira’at Shadhdhah merupakan
pendapat yang lemah dan tidak boleh digunakan. Pandangan beliau ini bertepatan dengan
pandangan jumhur ulama dan fuqaha’20.

Sekiranya merujuk kepada pandangan empat mazhab, pandangan mereka adalah


seperti berikut21:

1. Mazhab Hanafi.

- Solat tidak rosak atau batal dengan bacaan Shadhdhah sekiranya tidak melibatkan
bacaan yang wajib iaitu surah al-Fatihah.

2. Mazhab Maliki.
- Solat tidak batal sekiranya membaca dengan bacaan Qira’at Shadhdhah selagi mana ia
tidak menyalahi apa yang ada dalam mashaf al-Quran.

3. Mazhab Shafi‟i.

- Tidak boleh membaca Qira’at Shadhdhah dalam solat kerana ia tidak dikira sebagai al-
Quran dan ia tidak mutawatir. Solat akan batal apabila Qira’at Shadhdhah boleh
mengubah maksud ayat al-Quran.

20
Sabri Mohamad dan Mohd Faizulamri. 2017. Pengajian Ilmu Qira’at Qur’aniyyah. Fakulti Pengajian
Islam, UKM Bangi. M/s: 114.
21
Ahmad Zulfiqar, Wan Nasyrudin, Sabri Mohamad dan Mohd Abdul Nasir. 2015. Analisis Isu-isu dalam
al-Qira’at al-Shadhdhah. Jurnal Islamiyyat 37 (1). M/s:25.
11

4. Mazhab Hanbali.

- Haram membaca Qira’at Shadhdhah apabila ia menyalahi rasm al-Quran. Tidak sah
solat siapa yang membacanya, tetapi beliau berpendapat solat akan sah sekiranya bacaan
Shadhdhah itu sah sanadnya kerana para Sahabat RA telah membaca qira’at yang ada
pada mereka pada zaman Rasulullah SAW dan pasti solat mereka itu sah.

1.4.2 Hukum Berdalil dengan Qira’at Shadhdhah

Jumhur ulama mengharuskan berhujah dengan Qira’at Shadhdhah dan mengistinbatkan


hukum Shar’iyyah dengannya. Para ulama banyak menggunakan Qira’at Shadhdhah dan
ianya menjadi hujah di sisi ulama terutamanya ulama Usul Fiqh untuk tujuan istinbat dan
pensabitan hukum syarak22.

Contohnya dapat dilihat dalam pensabitan hukum potong tangan bagi pencuri
berdasarkan qira’at Ibn Mas‟ud iaitu:

)) ‫(( السارق والسارقة فاقطعوا أمياهنا‬

Di dalam al-Quran menyebut secara umum iaitu hukum potong tangan bagi
pencuri lelaki dan pencuri wanita. Qira’at Ibn Mas‟ud ini digunakan oleh pada ulama
sebagai pensabitan hukum potong tangan bagi pencuri iaitu dipotong tangan kanan.
Apabila sesuatu qira’at disifatkan dengan shadh tidak semestinya membawa kepada
kesan negatif pada semua aspek kerana larangannya hanya pada aspek bacaan sahaja.
Buktinya, Qira’at Shadhdhah boleh diriwayatkan dan boleh dijadikan dalil atau pentarjih

22
Sha‟ban Muhammad Ismail. 1986. Al-Qira’at Ahkamuha wa Masdaruha. Dar al-Salam. M/s:100.
12

dan penjelas kepada sesuatu hukum serta dibenarkan untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran23.

1.5 Cara Mengetahui Qira’at Shadhdhah

Cara mengetahui Qira’at Shadhdhah ialah:

1. Merujuk kepada kitab daripada kitab-kitab sahihah yang ditulis berkenaan Qira’at
Tujuh atau Qira’at Sepuluh contohnya:

a) Kitab “Al-Hujjah fi al-Qira’at al-Sab’” karangan Ibn Khalawaih.

b) Kitab “Al-Hujjah fi ‘Ilal al-Qira’at al-Sab’” karangan Abi „Ali al-Farisi.

c) Kitab “Al-Sab’ah” karangan Imam Abi Bakr Ahmad bin Musa bin Mujahid.

d) Kitab “Al-Taisir fi al-Qira’at al-Sab’” karangan al-Hafiz Abi Amr al-Dani.

e) Kitab “Al-Kash ‘an Wujuh al-Qira’at al-Sab’ wa ‘Ilaluha” karangan Abi Muhammad
Maki bin Abi Talib al-Qaisy.

f) Kitab “Al-Manzumah al-Musammah bi al-Shatibiyyah wa Shururuha al-


Muta’addidah”.

g) Kitab “Al-Nashr fi al-Qira’at al-‘Ashr” karanagn Imam Ibn al-Jazari.

h) Kitab “Ittiha’ fadhla’ al-Bashr fi al-Qira’at al-Arba’ ‘Ashr” karangan al-Dimyati.

23
Sabri Mohamad dan Mohd Faizulamri. 2017. Pengajian Ilmu Qira’at Qur’aniyyah. Fakulti Pengajian
Islam, UKM Bangi. M/s: 114.
13

2. Merujuk kitab-kitab Qira’at Shadhdhah contohnya:

a) Kitab “Al-Muhtasib fi Wujuh Shawaz al-Qira’at” karangan Abi al-Fath Uthman bin
Jana.

b) Kitab “Al-Mukhtasor fi Shawaz al-Quran” karangan Ibn Khalawaih.

c) Kitab “Ittiha’ fadhla’ al-Bashr fi al-Qira’at al-Arba’ ‘Ashr” karangan al-Dimyati.

3. Merujuk kepada kitab-kitab tafsir yang membincangkan tentang qira’at seperti Tafsir
al-Tabari, Tafsir al-Zamakhshari, Tafsir al-Qasimi dan lain-lain.

4. Merujuk kepada para imam qira’at dan ulama yang pakar dalam qira’at, kerana qira’at
tidak diperolehi melainkan dengan talaqqi dan pengambilan secara langsung daripada
guru-guru qira’at.

1.6 Perawi-perawi Qira’at Shadhdhah

Qira’at Shadhdhah mempunyai perawi yang ramai sehinggakan sebahagian imam qira’at
yang meriwayatkan Qira’at Mutawatirah turut diriwayatkan daripada mereka sebahagian
daripada Qira’at Shadhdhah24. Namun, perawi-perawi ini boleh dibahagikan kepada dua
iaitu:

1. Perawi-perawi qira’at empat, iaitu selepas qira’at Sepuluh yang dikenali dengan
qira’at empat belas. Mereka ialah:

a) Hasan al-Basry mawla al-Ansar iaitu salah seorang dari kibar al-tabi’in yang terkenal
dengan sifat zuhud dan warak. Beliau meninggal pada tahun 110 H.

24
Sha‟ban Muhammad Ismail. 1986. Al-Qira’at Ahkamuha wa Masdaruha. Dar al-Salam. M/s:105-107.
14

b) Muhammad bin „Abd al-Rahman yang dikenali dengan Ibn Muhaison. Beliau
meninggal pada 123 H dan beliau merupakan guru kepada Abi „Amr bin „Ala‟.

c) Yahya bin Mubarak al-Yazidi al-Nahwi daripada Baghdad. Beliau merupakan guru
kepada al-Duri dan al-Susi. Beliau meninggal pada tahun 202 H.

d) Sulaiman bin Mahran al-Asadi yang dikenali dengan al-A‟mash dari kalangan tabi‟in
dan beliau meninggal pada tahun 148 H.

2. Perawi-perawi Qira’at Shadhdhah secara umum.

Mereka adalah ramai dan mereka terdiri daripada sahabat dan tabi‟in. Contohnya ialah:

Antara sahabat-sahabat Rasulullah SAW ialah:

a) Abdullah bin Mas‟ud. Beliau meninggal pada tahun 32 H.

b) Masruq bin al-Ajda‟ bin Malik. Beliau meninggal pada tahun 62 H.

c) Abdullah bin Zubair bin al-Awwam. Beliau meninggal pada tahun 73 H.

Antara para tabi‟in ialah:

a) Nasr bin „Asim al-Laithy. Beliau meriwayatkan qira’at dari Abu al-Aswad al-Du‟ali
dan orang yang meriwayatkan qira’at daripada beliau ialah Abu „Amr bin „Ala‟ al-Basry.
Beliau meninggal pada tahun 99 H.

b) Mujahid bin Jabar. Beliau meninggal pada tahun 103 H.

c) Aban bin Uthman bin Affan. Beliau mengambil qira’at daripada ayahnya, Uthman bin
Affan, Zaid bin Thabit. Beliau meninggal pada tahun 105 H.

d) Abu Musa al-„Ash‟ari: Beliau ialah Abdullah bin Qais. Suaranya merdu membaca al-
Quran. Beliau meninggal pada tahun 52 H.
15

e) Al-Dahhak bin Mazahim, Abu al-Qasim. Beliau meninggal pada tahun 105 H.

f) Muhammad bin Sirin, Abu Bakar bin Abi „Amrah al-Basriy. Beliau meriwayatkan
daripada Zaid bin Thabit. Beliau meninggal pada tahun 110 H.

g) Qatadah bin Da‟amah. Beliau meninggal pada tahun 117 H.

h) Aban bin Taghlib bin al-Rab‟i. Beliau meninggal pada tahun 141 H.

i) Ibrahim bin Abi „Ablah. Beliau mengambil qira’at daripada al-Zuhri dan Anas bin
Malik RA. Beliau meninggal pada tahun 151 H.

j) Sufyan bin Sa‟id bin Masruq al-Thawry. Beliau mengambil qira’at dari Hamzah bin
Habib al-Ziyat. Beliau meninggal pada tahun 161 H.

1.7 Syarat Qira’at Shadhdhah yang diterima dalam Pentafsiran

Qira’at Shadhdhah merupakan qira’at yang berbeza dengan Qira’at Sahihah dari sudut
hukum dan penerimaannya. Namun, apabila sesuatu qira’at disifatkan dengan shadh tidak
semestinya membawa kepada kesan negatif pada semua aspek kerana larangannya hanya
pada aspek bacaan sahaja. Buktinya, Qira’at Shadhdhah boleh diriwayatkan dan boleh
dijadikan dalil atau pentarjih dan penjelas kepada sesuatu hukum serta dibenarkan untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran25.

Qira’at Shadhdhah yang sah jalur periwayatannya wajib diterima dan dapat
digunakan dalam pentafsiran. Perkara ini dapat dilihat berdasarkan pendapat Ibn Hajar al-
Haitami yang mengatakan: “Sekiranya sah Qira’at Shadhdhah dibaca oleh salah seorang
sahabat RA atau tabi‟in, maka wajib diterima, kerana Qira’at Shadhdhah apabila sah

25
Sabri Mohamad dan Mohd Faizulamri. 2017. Pengajian Ilmu Qira’at Qur’aniyyah. Fakulti Pengajian
Islam, UKM Bangi. M/s: 114.
16

sanadnya, maka kedudukannya sama seperti khabar sahih dalam penghujahan…”26. Ini
bermakna, walaupun Qira’at Shadhdhah tidak diterima pembacaanya, namun ianya
diterima dalam penghujahan dan pentafsiran dengan syarat jalur periwayatannya sahih.

Pentafsiran al-Quran berdasarkan Qira’at Shadhdhah yang sah jalur


periwayatannya walaupun tidak dikira sebagai penafsiran al-Quran dengan al-Quran,
tetapi ia boleh dikira sebagai penafsiran al-Quran dengan kata-kata Rasulullah SAW
ataupun penafsiran dengan pendapat sahabat RA. Pendapat ini ditarjihkan oleh pendapat
Ibn Salim Bazamul iaitu beliau berkata: “Qira’at yang ditawaqufkan (tidak diterima dan
tidak ditolak) ialah Qira’at Shadhdhah yang sah sanadnya tetapi bersalahan dengan Rasm
‘Uthmani”27.

Imam al-Tabari banyak menyebut wajah-wajah bacaan yang diriwayatkan


daripada sahabat RA, antaranya bacaan Ibn Mas‟ud RA pada ayat 104 surah al-Baqarah:
ِ ‫ َ)ال تَ ُقولُوا ر‬dengan menambah huruf waw pada kalimah (‫اعنَا‬
(‫اعنَا‬ ِ ‫ )ر‬iaitu (‫)راعو َن‬. Kemudian
َ َ ُْ َ
beliau berkata: “Kita tidak mengetahui kesahihan wajah bacaan tersebut dari khabar yang
sahih…”28. Menurut al-Saghir, bacaan tersebut bukanlah al-Quran di sisi al-Tabari
melainkan apabila sudah dipastikan sanadnya selamat dan sahih. Perkara ini jelas
menunjukkan bahawa Imam al-Tabari tidak menerima mana-mana qira’at yang tidak sah
sanadnya29.

26
Sabri Mohamad. 2003. Peranan Qira’at Shadhdhah Di Dalam Penafsiran Al-Quran: Satu Kajian
Terhadap Surah al-Baqarah ayat 1-100. Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
m/s: 36.
27
Muhammad ibn Umar ibn Salim Bazamul. 1996. Al-Qira’at wa Atharuha fi al-Tafsir wa al-Ahkam.
Riyadh: Dar al-Hibrah. Jilid 1. m/s:386.
28
Al-Tabari. 1994. Jami’al-Bayan an Ta’wil Ayi al-Quran. Beirut: Muassasah al-Risalah.m/s:327-329.
29
Mahmud al-Saghir. 1999. Al-Qira’at al-Shadhdhah wa Taujihiha al-Nahwi. Damsyik: Dar al-Fikr.
m/s:90.
17

Justeru, syarat sah sanad merupakan kayu ukur bagi menentukan penerimaan dan
pengamalan sesuatu qira’at. Begitu juga dalam menentukan syarat Qira’at Shadhdhah
yang diterima dalam penafsiran iaitu ulama telah menetapkan bahawa Qira’at Shadhdhah
yang dapat diterima dan diamalkan mestilah sah sanadnya.

1.8 Peranan Qira’at Shadhdhah dalam Pentafsiran

Qira’at Shadhdah memainkan peranan yang penting dalam pentafsiran. Para mufassirin
yang menyedari kepentingan qira’at ini telah menjadikan Qira’at Shadhdhah sebagai
salah satu alat untuk membantu pentafsiran al-Quran. Perkara ini dapat dilihat di dalam
kitab-kitab tafsir karangan Abu Hayyan, al-Alusi, Imam al-Tabari, al-Zamakhshari serta
al-Shawkani yang memuatkan wajah-wajah shadhdhah untuk memperkuatkan
pentafsiran ayat-ayat al-Quran30.

Abu „Ubayd berpendapat bahawa tujuan Qira’at shadhdhah ialah untuk


mentafsirkan Qira’at Mashhurah dan menjelaskan maknanya. Dr. Muhammad Salim
Bazamul menyokong pendapat Abu „Ubayd dengan mengatakan bahawa pendapat Abu
„Ubayd tersebut merupakan kebenaran yang tidak dapat diubah, kerana qira’at yang sah
sanadnya daripada sahabat RA. Walaupun bersalahan dengan rasm uthmani, paling tidak
pun ia dikira sebagai khabar ahad dan sekiranya tidak dikira sebagai salah satu ahruf al-
sab’ah, namun ia tetap dikira sebagai penafsiran al-Quran dengan al-Quran ataupun
penafsiran al-Quran dengan kata-kata sahabat31.

Antara peranan qira’at shadhdhah dalam pentafsiran yang dapat dilihat adalah seperti
berikut:

30
Sabri Mohamad dan Mohd Faizulamri. 2017. Pengajian Ilmu Qira’at Qur’aniyyah. Fakulti Pengajian
Islam, UKM Bangi. M/s: 119.
31
Sabri Mohamad. 2016. Pengaruh Ilmu Qira’at dalam Pengajian Islam. Jurnal al-Turath (Vol. 1, No.
1:2016). Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, UKM. M/s:4.
18

1. Menerangkan hukum yang telah disepakati.

Firman Allah SWT:

               

(Al-Quran, Surah al-Nisa‟ 4:12)

Maksudnya:

Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak
meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki
(seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya
ialah satu perenam.

Ayat tersebut menyebut tentang pembahagian faraid. Namun, pentafsir berbeza pendapat
tentang siapakah yang dimaksudkan dengan saudara lelaki dan perempuan melalui bacaan
mutawatirah iaitu wa lahu akhun aw ukhtum (‫)ولو أخ أو أخت‬. Ubay dan Sa‟ad bin Abi
Waqqas membaca (‫أم‬ ‫ ) ولو أخ أو أخت من‬dengan menambahkan ‫من أم‬.

Qira’at yang dibaca oleh Ubay dan Sa‟ad bin Abi Waqas tersebut menjelaskan
maksud saudara yang disebut di dalam al-Quran iaitu saudara seibu, dan setiap seorang
dari mereka akan memperolehi satu perenam atau satu pertiga harta pusaka. Walaupun
qira’at Ubay dan Sa‟ad bin Abi Waqqas adalah shadhdhah, para ulama telah bersepakat
menerimanya sebagai tafsiran kepada bacaan mutawatirah iaitu saudara-saudara dari
sebelah ibu32.

32
Izuli Dzulkifli dan Adibah Bahori. 2016. Peranan Qira’at dalam Pentafsiran al-Quran (Role of Qira’at
in al-Quran Interpretation). Jurnal Hadhari 8 (1) (2016). Penerbit UKM Press. M/s: 106
19

2. Menerangkan makna kalimah yang zahirnya adalah berlainan dengan maksud


yang dikehendaki.
Firman Allah SWT:

               

      

(Al-Quran, Surah al-Nisa‟ 4:12)

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk


mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke
masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan
tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu,
jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Para ahli tafsir mentafsirkan ayat (‫)فاسعوا إىل ذكر هللا‬ dengan merujuk kepada bacaan

Saidina Umar RA, Ali, Ubay bin Ka‟ab, Ibn Mas‟ud, Ibn Abbas dan Ibn Zubayr iaitu

(‫ )فامضوا إىل ذكر هللا‬yang memberi maksud: “berjalan dengan penuh hati-hati” walaupun
pada zahirnya ia bermaksud berjalan dengan pantas. Walaupun di dalam ibadat haji,

(‫)السعي‬ adalah berlari kecil ataupun berlari anak, namun perjalanan untuk menunaikan

solat Jumaat adalah berjalan dengan perlahan33. Bacaan qira’at sahihah dibimbangi akan
membawa kepada salah faham maksud ayat dengan maksud, “langkah dengan cepat”
dalam keadaan tergopoh-gapah untuk menunaikan solat Jumaat. Namun, dengan peranan
penafsiran daripada qira’at shadhdhah dapat membantu dalam memahami ayat-ayat al-
Quran34.

33
Izuli Dzulkifli dan Adibah Bahori. 2016. Peranan Qira’at dalam Pentafsiran al-Quran (Role of Qira’at
in al-Quran Interpretation). Jurnal Hadhari 8 (1) (2016). Penerbit UKM Press. M/s: 109-110.
34
Sabri Mohamad. 2016. Pengaruh Ilmu Qira’at dalam Pengajian Islam. Jurnal al-Turath (Vol. 1, No.
1:2016). Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, UKM. m/s:6.
20

3. Menjelaskan bentuk hukum dalam pemahaman ulama terhadap ayat hukum35.


Firman Allah SWT:

             



(Al-Quran, Surah al-Ma‟idah‟ 5:38)

Maksudnya:

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka
(hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang
mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan
(ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Semua qurra’ sepuluh membaca ayat (‫)والسارق والسارقة فاقطعوا أيديهما‬ seperti mana teks

ayat di atas. Ayat ini tidak menyatakan secara jelas tangan mana yang perlu dipotong bagi
pencuri yang disabitkan dengan kesalahan mencuri. Ianya diperintahkan secara itlaq
dengan menyebut perkataan tangan sahaja. Manakala Ibn Mas‟ud membaca dengan

(‫)والساقون والسارقات فاقطعوا أمياهنم‬ iaitu jelas menyatakan bahawa tangan yang perlu

dipotong ialah tangan kanan.

Hukum yang diguna pakai melalui qira’at ini telah dihukumkan sebagai sahih di
sisi ulama. Menurut Ibn Hazm, ulama bersepakat mengatakan bahawa sesiapa yang
mencuri, maka dipotong tangan kanannya dan telah dijalankan hukuman hudud ke
atasnya. Pendapat ini disokong oleh Ibn Qudamah yang turut mengambil dalil
berdasarkan qira’at Ibn Mas‟ud dan disokong dengan periwayatan Abu Bakar al-Siddiq

35
Ahmad Zulfiqar, Wan Nasyrudin, Sabri Mohamad dan Mohd Abdul Nasir. 2015. Analisis Isu-isu dalam
al-Qira’at al-Shadhdhah. Jurnal Islamiyyat 37 (1). M/s:24.
21

yang menyatakan bahawa dimulakan dengan memotong tangan kanan pencuri lelaki atau
pencuri wanita36.

4. Mentarjihkan hukum yang terdapat khilaf pandangan.


Firman Allah SWT:

            

               

               

     

(Al-Quran, Surah al-Ma‟idah‟ 5:89)

Maksudnya:

Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak
disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan
sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. maka
bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan
yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi
pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian, sesiapa
yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa
tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu
bersumpah. dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah
menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamanya) supaya kamu
bersyukur.

36
Sabri Mohamad. 2016. Pengaruh Ilmu Qira’at dalam Pengajian Islam. Jurnal al-Turath (Vol. 1, No.
1:2016). Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, UKM. m/s:8.
22

Berdasarkan ayat 89 surah al-Ma‟idah, ulama tafsir bersepakat bahawa wajib kaffarah
bagi orang yang tidak menyempurnakan sumpahnya. Kaffarah yang perlu dilakukan ialah
memberi makan sepuluh orang miskin atau memerdekakan seorang hamba. Mereka juga
bersepakat bahawa boleh kaffarah dengan puasa melainkan setelah tiada keupayaan
menunaikan kaffarah yang utama mengikut tertibnya.
Namun, para ulama tafsir berselisih pendapat tentang adakah hamba tersebut
mesti beriman ataupun tidak. Terdapat dua pendapat iaitu pendapat pertama tidak
disyaratkan beriman berdasarkan zahir ayat. Namun, pendapat kedua menyatakan
disyaratkan beriman berdasarkan bacaan Qira’at Shadhdhah iaitu penambahan kalimah

(‫ )مؤمنة‬selepas ayat (‫)حترير رقبة‬37.

Bacaan tersebut menjelaskan bahawa perkara yang disyaratkan pada seorang


hamba ialah dia mestilah beriman. Maka hukum kaffarah sumpah dengan membebaskan
hamba mesti disyaratkan dengan seseorang yang beriman. Qira’at ini menjadi tarjih bagi
pendapat yang mengatakan tidak disyaratkan hamba tersebut beriman.

5. Mentafsirkan hukum fiqh.


Firman Allah SWT:

               

               

     

(Al-Quran, Surah al-Baqarah 2:184)

Maksudnya:

37
Ahmad Zulfiqar, Wan Nasyrudin, Sabri Mohamad dan Mohd Abdul Nasir. 2015. Analisis Isu-isu dalam
al-Qira’at al-Shadhdhah. Jurnal Islamiyyat 37 (1). M/s:24.
23

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di
antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian
wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan
wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya)
membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa yang dengan
sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu
adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik
bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

Ayat (‫ )وعلى الذين يطيقونو‬menunjukkan bahawa orang yang tidak terdaya adalah orang tua
yang lemah. Namun, mereka perlu membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.
Ta’wil kepada ayat ini didatangkan dengan Qira’at Shadhdhah yang membaca dengan

(‫)يطوقونو‬. Ayat tersebut merujuk kepada orang tua yang lemah. Ibn Abbas berkata:

“Rukhsah ini hanya khusus diberikan kepada orang tua yang lemah untuk berbuka puasa”.

Pandangan ini disokong oleh al-Siddi yang menyatakan bahawa ayat (‫)وعلى الذين يطيقونو‬
adalah merujuk kepada orang tua yang tidak berdaya untuk berpuasa dan bagi mereka
dikenakan fidyah apabila berbuka38.

6. Menjelaskan hukum fiqh.


Firman Allah SWT:

            

               

38
Ibn Atiyyah. 2001. Al-Muharrar al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-Aziz. Cetakan pertama. Dar al-Kutub al-
Ilmiyyah, Beirut. M/s:252-253.
24

               

     

(Al-Quran, Surah al-Ma‟idah‟ 5:89)

Maksudnya:

Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak
disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan
sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. maka
bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan
yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi
pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian, sesiapa
yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa
tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu
bersumpah. dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah
menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamanya) supaya kamu
bersyukur.

Para fuqaha’ telah bersepakat bahawa orang yang melanggar sumpahnya perlulah
membayarnya dengan kaffarah iaitu memberi makan kepada sepuluh orang miskin atau
memerdekakan seorang hamba. Sekiranya tidak mampu, maka perlu berpuasa selama 3
hari. Perkara yang menjadi perbingan ulama ialah adakah perlu berpuasa selama 3 hari
secara berturut-turut atau secara terpisah. Terdapat 2 pendapat ulama berkaitan perkara
ini.

Pendapat pertama berpandangan wajib dilakukan puasa 3 hari berturut-turut dan


tidak boleh memisahkan harinya. Maka, sesiapa yang tidak berpuasa secara berturut-turut
perlu mengulangi kembali puasanya daripada awal. Ini adalah pandangan Hanafiah,
25

Hanabilah dan Syafi‟iyyah. Ulama mazhab pertama ini mengambil dalil wajib berpuasa

berturut-turut berdasarkan firman Allah SWT (‫)فمن مل جيد فصيام ثالثة أَّيم‬ dan berdasarkan

kepada qira’at Ibn Mas‟ud iaitu (‫)فصيام ثالثة أَّيم متتابعات‬ Qira’at Ibn Mas‟ud

mensyaratkan puasa secara berturut-turut dan penambahan lafaz ini adalah merupakan
khabar mashhur. Para sahabat menerimanya sebagai pentafsiran bagi al-Quran. Sekiranya
sahabat tidak menerimanya sebagai al-Quran kerana tidak mutawatir, ia tetap diterima
sebagai khabar mashhur.

Manakala pandangan kedua pula berpendapat tidak wajib berpuasa secara


berturut-turut. Sesiapa yang memisahkan puasa di antara 3 hari tersebut, puasanya adalah
diterima dan sah, namun berpuasa secara berturut-turut adalah sunat dan lebih baik. Ini
adalah pandangan Malikiyyah, dan salah satu pandangan dari Syafi‟iyyah. Ulama mazhab

kedua ini berpegang kepada zahir ayat yang mutawatirah iaitu (‫ )فصيام ثالثة أَّيم‬dan tidak
beramal dengan qira’at Ibn Mas‟ud39.

7. Menjelaskan ayat al-Quran.

Firman Allah SWT:

        

(Al-Quran, Surah al-Baqarah 2:238)

Maksudnya:

39
Yusri Chek, Sabri Mohamad, Haziyah Hussin. 2016. Aplikasi Pendalilan Qira’at Shadhdhah dalam
Penghujahan Hukum Fiqh. Jurnal Darul Quran (Bil.19 – ISSN 2229-9130), m/s:116-118.
26

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala
sembahyang fardu, khasnya sembahyang wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah
kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

Para ulama‟ berbeza pendapat tentang apa yang dimaksudkan dengan (‫)صالة الوسطى‬ di

dalam ayat 238 surah al-Baqarah. Terdapat dua pendapat ulama berkenaan perkara ini
iaitu pendapat pertama ialah pendapat Abu Hanifah dan Imam Ahmad yang berpendapat
solat wusta adalah solat asar. Pendapat ini diambil berdasarkan qira’at Saidatina „Aishah

RA iaitu (‫العصر‬ ‫)والصالة الوسطى صالة‬40.


Manakala pendapat kedua menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan solat

wusta ialah solat subuh. Pandangan ini adalah berdasarkan kalimah (‫)وقوموا هلل قنتني‬ iaitu

ketika membaca qunut yang panjang semasa berdiri dan ia dikhususkan untuk solat
subuh41.

1.9 Reaksi dan Pandangan Ulama Terhadap Qira’at Shadhdhah

1.9.1 Pandangan Ulama Tafsir

Peranan qira’at dalam pentafsiran sangat besar dan sesiapa yang ingin menguasai ilmu
penafsiran al-Quran tidak dapat tidak perlulah menguasai ilmu qira’at dan mengkaji
wajah-wajah bacaan qira’at yang pelbagai untuk benar-benar memahami isi kandungan
al-Quran. Qira’at Shadhdhah memainkan peranan yang besar di dalam penafsiran al-
Quran. Oleh itu, ilmu ini mendapat perhatian dalam kalangan ulama tafsir. Terdapat
beberapa ulama tafsir yang sering mendatangkan wajah-wajah Qira’at Shadhdhah di

40
Sha‟ban Muhammad Ismail. 1986. Al-Qira’at Ahkamuha wa Masdaruha. Dar al-Salam. M/s:101.
41
Yusri Chek, Sabri Mohamad, Haziyah Hussin. 2016. Aplikasi Pendalilan Qira’at Shadhdhah dalam
Penghujahan Hukum Fiqh. Jurnal Darul Quran (Bil.19 – ISSN 2229-9130), m/s:114-115.
27

dalam pentafsiran mereka seperti al-Zamakhshari, Abu Hayyan, dan al-Shaukani di dalam
kitab-kitab tafsir mereka yang terkenal42. Imam al-Kisa‟i yang terkenal dengan
kehebatannya dalam bidang al-Quran terutamanya bidang qira’at turut menggunakan
Qira’at Shadhdhah di dalam penafsiran al-Quran dan penjelasan wajah-wajahnya43.

Ibn Kathir ada menyebut ketika beliau mentafsirkan surah al-Fatihah ayat 7 iaitu:
ِ ‫وب علَي ِهم وَال ال ا‬
(‫ني‬
َ ّ‫ضآل‬ َ َ ِ ‫ض‬ُ ‫) َغ ِْري الْ َم ْغ‬ dengan berkata: “Abu „Ubaid al-Qasim ibn Sallam

meriwayatkan di dalam kitab Fadha’il al-Quran daripada Abu Mu‟awiyah daripada al-
A‟mash daripada Ibrahim daripada al-Aswad daripada Umar al-Khattab bahawa beliau
ِ ِ ‫ض‬
membaca dengan َ ّ‫وب َعلَي ِهم َو َغ ِْري الضاآل‬
(‫ني‬ ُ ‫) َغ ِْري الْ َم ْغ‬. Ibn Kathir selanjutnya mengatakan

bahawa ini adalah sanad yang sahih, begitu juga diriwayatkan daripada Ubai bin Ka‟ab
bahawa beliau membaca dengan wajah sedemikian. Hal ini membuktikan bahawa sumber
rujukan pentafsiran al-Quran bagi Ibn Kathir ialah qira’at yang sah sanadnya44.

Imam al-Sayuti juga ada mendatangkan wajah-wajah bacaan qira’at ketika


mentafsirkan al-Quran sama ada Qira’at Sahihah mahupun Qira’at Shadhdhah. Imam al-
Sayuti ada menyandarkan wajah-wajah bacaan Shadh kepada imam-imam Qira’at
Shadhdhah yang masyhur, iaitu Ibn Muhaisin, al-Yazidi, al-Hasan al-Basri dan al-

A‟mash, seperti ayat (‫اع َة‬


َ‫ض‬ َ ‫الار‬ ‫)لِ َم ْن أ ََر َاد أَن يُتِ ام‬. Beliau mengatakan bahawa (‫)أن‬ dengan

baris atas dan takhfif, i’rabnya ada beberapa wajah, pertamanya (‫)أن‬ ialah huruf masdar

yang menasabkan fi’il mudari’ dan kadang-kadang ianya membaris hadapan huruf

42
Sabri Mohamad. 2003. Peranan Qira’at Shadhdhah Di Dalam Penafsiran Al-Quran: Satu Kajian
Terhadap Surah al-Baqarah ayat 1-100. Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
m/s: 38.
43
Ibid.
44
Ibn Kathir. 1999. Tafsir al-Quran al-‘Azim. Jilid 1. Dar al-Taibah. m/s:141.
28

selepasnya. seperti bacaan Ibn Muhaisin yang membaca dengan baris hadapan huruf mim

pada kalimah (‫)يُتِ ام‬


45
.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa ulama tafsir turut


menggunakan wajah-wajah bacaan Qira’at Shadhdhah di dalam pentafsiran al-Quran dan
Qira’at Shadhdhah yang sah sanadnya menjadi sumber rujukan dalam pentafsiran al-
Quran.

1.9.2 Pandangan Ulama Feqah

Ulama Feqah bersepakat bahawa Qira’at Shadhdhah bukan al-Quran dan tidak sah dibaca
di dalam ataupun di luar solat. Syeikh Yusuf al-Qaradawi berkata: “Para ulama sejak dari

zaman para sahabat RA telah berselisih pendapat dalam menentukan maksud ِ َ‫صل‬
( ‫وة‬ ‫ال ا‬

‫)الو ْسطَى‬
ُ dalam ayat 238 surah al-Baqarah, iaitu adakah yang dimaksudkan di dalam ayat

tersebut ialah solat subuh, atau zuhur atau asar atau solat-solat lain. Maka bacaan yang

(‫ص ِر‬ ِ
diriwayatkan daripada Saidatina „A‟isyah RA dengan lafaz ْ ‫الع‬
َ ‫صلَوة‬
َ ‫الو ْسطَى‬
ُ ‫)و‬َ
menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dengan (‫سطَى‬ ِ ‫)ال ا‬
ْ ‫الو‬ ُ ‫صلَوة‬ adalah solat asar.

Perkara ini menunjukkan bahawa walaupun ulama feqah bersepakat bahawa Qira’at
Shadhdhah tidak boleh dibaca di dalam mahupun di luar solat, namun, Qira’at
Shadhdhah dapat digunakan dalam penafsiran al-Quran bagi menjelaskan sesuatu
hukum46.

45
Sabri Mohamad. 2003. Peranan Qira’at Shadhdhah Di Dalam Penafsiran Al-Quran: Satu Kajian
Terhadap Surah al-Baqarah ayat 1-100. Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
m/s: 40.
46
Ibid. m/s:40-41
29

Jumhur ulama mengharuskan beramal dan mengeluarkan hukum-hukum


syar’iyyah daripadanya kerana mereka meletakkannya setaraf dengan Khabar Ahad47.
Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa hanya Qira’at Sahihah yang boleh dibaca di dalam
solat, namun Qira’at Shadhdhah dapat digunakan dalam pentafsiran dan pengeluaran
hukum sekiranya qira’at tersebut mempunyai sanad yang sahih.

1.9.3 Pandangan Ulama Nahu

Qira’at Shadhdhah di sisi ulama Nahu ialah qira’at yang terkeluar daripada qira’at yang
telah diyakini oleh para muhaqqiqin berkenaan kesahihannya. Ahli bahasa turut
menggunakan qira’at dan tatabahasanya sebagai penjelas dan penerang ketika
menjelaskan sesuatu makna. Sebagai contoh, Sibawaih tidak membezakan antara Qira’at
Mutawatirah dan Qira’at Sahihah dalam penghujahannya. Begitu juga dengan al-Farra‟,
yang turut berhujah dengan shadh. Sibawaih berkata: “Ramai orang membaca ayat 38

(ُ‫)وال اسا ِر ُق وال اسا ِرقَة‬ ِ ِ


surah al-Ma‟idah َ dan ayat 2 surah al-Nur (‫ )الازانيَةُ َوالازان‬dengan baris atas
setiap huruf akhir bagi keempat-empat huruf akhir kalimah tersebut, dan bacaan tersebut
menurut Bahasa Arab amat kuat namun umum mengingkarinya”48.

Ibn Faris juga menggunakan Qira’at Shadhdhah serta mentaujihkannya,


antaranya pada bab al-ziyadah pada bahagian huruf al-fi’l al-mubalaghah dengan berkata:

“Orang Arab akan menambah pada huruf al-fi’l al-mubalaghah seperti kata mereka: ( ‫حال‬

‫)الشيء‬ dan apabila selesai mereka mengatakan (‫)احلويل‬, dan terdapat sesetengah qurra’

membaca dengan (‫ص ُد ْوَرُى ْم‬ ُ ‫)أََال إِن‬


ُ ‫اه ْم تَثْ نَ ْوِن‬ pada ayat 2 dalam surah Hud untuk tujuan

mubalaghah”49.

47
Ibid. m/s:41.
48
Ibid. m/s:44.
49
Muhammah Sayyid Ahmad Azzur. 2001. Mawqif al-Lughawiyyin min al-Qira’at al-Quraniyyah al-
Shadhdhah.. Beirut: „Alim al-Kutub. m/s:46.
30

Dalam pada itu, ulama Nahu turut menggunakan Qira’at Shadhdhah untuk
menyamakan makna sesuatu ayat yang berbeza baris. Perkara ini dapat dilihat pada ayat

(‫ت الا ِذي َك َفَر‬


َ ‫)فَبُ ِه‬ iaitu ayat 258 dalam surah al-Baqarah iaitu mabni lil maf’ul manakala

bacaan al-Samaifa iaitu fa’ dan ha’ berbaris atas yang merupakan mabni lil fa’il. Beliau
berpendapat bahawa bacaan yang kedua ialah kerana ianya fi’il lazim dan mawsul iaitu

(‫)الذي‬ sebagai fa’il lantas menunjukkan bahawa maknanya sama seperti bacaan َ ‫)فَبُ ِه‬.
(‫ت‬
Beliau menyatakan bahawa kedua-dua wajah qira’at ini mempunyai makna yang sama50.

Imam al-Sayuti berpendapat bahawa qira’at yang warid yang dibaca, sama ada
Mutawatir atau Ahad atau Shadh maka harus berhujah dengannya. Abd al-Sabur juga
mempunyai pendapat yang sama seperti al-Sayuti iaitu beliau mengatakan bahawa
Qira’at Mashhur dan Qira’at Shadhdhah adalah daripada ilmu-ilmu yang patut menjadi
sandaran dalam pelajaran bahasa Arab51.

1.10 Kesimpulan

Qira’at Shadhdhah ialah qira’at yang tidak mencukupi tiga rukun seperti yang
disebutkan oleh Ibn Jazari dalam al-Nashr iaitu setiap qira’at yang bersesuaian dengan
Bahasa Arab walaupun dari satu aspek, bersesuaian dengan Rasm ‘Uthmani walaupun
dengan satu penafsiran dan sahih sanadnya, maka itu merupakan qira’at yang benar yang
tidak boleh diingkari. Apabila salah satu daripada rukun ini berkurang, maka qira’at itu
dinamakan dengan Qira’at Shadhdhah. Namun, Qira’at Shadhdhah memainkan peranan
penting dalam pelbagai disiplin ilmu Islam terutamanya dalam pentafsiran. Meskipun
qira’at ini adalah shadh dan terdapat larangan pembacaannya, namun Qira’at Shadhdhah
boleh diriwayatkan dan berperanan sebagai dalil, pentarjih dan penjelas kepada sesuatu
hukum. Malah, jumhur ulama mengharuskan beramal dan mengeluarkan hukum-hukum
50
Sabri Mohamad. 2003. Peranan Qira’at Shadhdhah Di Dalam Penafsiran Al-Quran: Satu Kajian
Terhadap Surah al-Baqarah ayat 1-100. Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
m/s: 45.
51
Muhammah Sayyid Ahmad Azzur. 2001. Mawqif al-Lughawiyyin min al-Qira’at al-Quraniyyah al-
Shadhdhah.. Beirut: „Alim al-Kutub. m/s:36.
31

shar’iyyah daripadanya kerana mereka meletakkannya setaraf dengan Khabar Ahad.


Dalam pada itu, Qira’at Shadhdhah turut digunakan di dalam pengajaran dan
pembelajaran. Perkara ini menunjukkan kepentingan dan peranan Qira’at Shadhdhah
yang cukup besar dalam ilmu Islam.
32

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim
Ahmad Zulfiqar, Wan Nasyrudin, Sabri Mohamad dan Mohd Abdul Nasir. 2015. Analisis
Isu-isu dalam al-Qira‟at al-Shadhdhah. Jurnal Islamiyyat 37 (1).
Al-Tabari. 1994. Jami’al-Bayan an Ta’wil Ayi al-Quran. Beirut: Muassasah al-Risalah.
Ibn Atiyyah. 2001. Al-Muharrar al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-Aziz. Beirut: Dar al-Kutub
al-Ilmiyyah. Cet. 1.
Ibn Kathir. 1999. Tafsir al-Quran al-‘Azim. Jilid 1. Dar al-Taibah.
Izuli Dzulkifli dan Adibah Bahori. 2016. Peranan Qira’at dalam Pentafsiran al-Quran
(Role of Qira’at in al-Quran Interpretation). Jurnal Hadhari 8 (1) (2016). Penerbit
UKM Press.
Mahmud al-Saghir. 1999. Al-Qira’at al-Shadhdhah wa Taujihiha al-Nahwi. Damsyik:
Dar al-Fikr.
Muhammad ibn Umar ibn Salim Bazamul. 1996. Al-Qira’at wa Atharuha fi al-Tafsir wa
al-Ahkam. Riyadh: Dar al-Hibrah.
Muhammad Mas‟ud Ali Hassan „Isa. 2009. Athar al-Qira’at al-Qur’aniyyah fi al-Fahm
al-Lughawiyy (Dirasah Tatbiqiyyah fi Surah al-Baqarah). Dar al-Salam.
Muhammah Sayyid Ahmad Azzur. 2001. Mawqif al-Lughawiyyin min al-Qira’at al-
Quraniyyah al-Shadhdhah.. Beirut: „Alim al-Kutub.

Sabri Mohamad dan Mohd Faizulamri. 2017. Pengajian Ilmu Qira’at Qur’aniyyah.
Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi.
Sabri Mohamad. 2003. Peranan Qira’at Shadhdhah Di Dalam Penafsiran Al-Quran:
Satu Kajian Terhadap Surah al-Baqarah ayat 1-100. Bangi: Fakulti Pengajian
Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sabri Mohamad. 2016. Pengaruh Ilmu Qira’at dalam Pengajian Islam. Jurnal al-Turath
(Vol. 1, No. 1:2016). Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, UKM.
Sha‟ban Muhammad Ismail. 1986. Al-Qira’at Ahkamuha wa Masdaruha. Dar al-Salam.
Yusri Chek, Sabri Mohamad, Haziyah Hussin. 2016. Aplikasi Pendalilan Qira‟at
Shadhdhah dalam Penghujahan Hukum Fiqh. Jurnal Darul Quran (Bil.19 – ISSN
2229-9130).

You might also like