You are on page 1of 4

kertas Kerja

PROGRAM “ANDA BIJAK JAUHI ZINA”

1.0 PENGENALAN

Program ”Anda Bijak Jauhi Zina” dirancang berdasarkan kepada keperluan


semasa yang sedang berlaku di persekitaran sekolah pada masa sekarang ini.
Selain daripada itu, program ini juga merupakan satu bentuk program
pencegahan yang perlu dilaksanakan di semua sekolah. Melihat kepada laporan
yang kerap diterima daripada guru-guru, kebanyakkan pelajar sedang
berhadapan dengan beberapa krisis identiti diri pada awal remaja ini.
Kebanyakkan laporan kes yang diterima adalah berkenaan dengan isu ”Couple”
yang mana sememangnya ditegah dan dilarang dalam kawasan persekolahan.
Untuk itu program ini dirancang untuk memberikan kesedaran kepada mereka
tentang bagaimana perlunya diri menjaga kehormatan dan menjaga maruah diri
agar sentiasa terpelihara.

2.0 MATLAMAT

Membantu pelajar sasaran untuk mengetahui kesan dan akibat daripada


sesuatu tindakan.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Membantu pelajar untuk mendapat celik akal.

3.2 Membantu pelajar untuk mengetahui kesan dan akibat daripada sesuatu
tindakan negatif.

4.0 PELAKSANAAN PROGRAM


4.1 Program akan dilaksanakan oleh Raudhatus Sakinah Master & Training
Consultancy yang melaksanakan program ”Anda Bijak jauhi Zina” di seluruh
negara

5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 Pelajar Menengah Atas

5.2 Pelajar yang dikenalpasti

6.0 TEMPAT PROGRAM DAN TARIKH CADANGAN

Tempat Program :Dewan Umar Abdul Aziz

Sekolah Agama Menengah Rawang

Tarikh/Hari Program :14 Julai 2012 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengah hari

7.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn.Siti Romziah binti Madong

(Pengetua Sekolah Agama Menengah Rawang)

Pengerusi : Pn Noraini bt Jasman

(GPK HEM Sekolah Agama Menengah Rawang)

Naib Pengerusi 1: Ustaz Naziri bin Mad Isa

(GPK Pentadbiran Sekolah Agama Menengah Rawang)

Penyelaras : Pn Nurashikin bt Ishak

(GBKSM Sekolah Agama Menengah Rawang)

Pn Zuraihah bt Othman

(GBKSM Sekolah Agama Menengah Rawang)


8.0 PENUTUP

Diharapkan dengan program seperti ini dapat membantu para pelajar puteri
khususnya menyedari pentingnya menjaga maruah diri. Firman Allah SWT dalam
surah al-Nahl bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya
zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk”.

Selaku umat Islam kita wajib menjauhi perbuatan zina kerana ia merapuhkan
institusi keluarga dan masyarakat di samping merosakkan salasilah keturunan dan
zuriat. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bermaksud: “Tiada dosa yang lebih
besar selepas syirik kepada Allah melainkan orang yang meletakkan air maninya di
dalam rahim wanita yang tidak halal untuknya.” Diharapkan semoga program ini
akan dapat membantu generasi seterusnya untuk menhindari perkara tidak
bermoral ini.
Disediakan oleh : Pn Nurashikin Ishak

Kaunselor Sekolah Agama Menengah


Rawang

Disemak oleh : Pn Noraini binti Jasman

GPK HEM Sekolah Agama Menengah


Rawang

Diluluskan oleh : Pn Siti Romziah binti Madong

Pengetua Sekolah Agama Menengah


Rawang

You might also like