You are on page 1of 2

Letter headBANDAR

SEKOLAH KEBANGSAAN sekolah atau PIBG MAHKOTA


BUKIT
JALAN BM 5/12, SEKSYEN 5, BANDAR BUKIT MAHKOTA
43000 KAJANG, SELANGOR.
Kod Sekolah : BBA4060 Laman web : http://www.skbbm.edu.my
Tel : 03-89125452
Fax : 03-89125452

Ruj Kami: 18/08skbm/bsn/01


Tarikh : 23 Julai 2018

Kepada,

Pengurus Unit Korporat


Bank Simpanan Nasional
Wisma BSN 117, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

UP : Pn Rozita

Per : Permohonan Sumbangan Penyelenggaraan Alat Pemadam Api Bagi Tujuan Keselamatan
Murid Dan Guru bagi Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota,Kajang.
_____________________________________________________________________________

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman Tuan,terdapat hampir 40 alat pemadam api jenis ABC dan CO2 untuk Sekolah
Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota, Kajang tidak diselenggara hampir 2 tahun dan kebanyakan
daripadanya sudah tidak boleh digunakan lagi.

3. Alat pemadam api yang tidak diselanggara ini menimbulkan kebimbangan di pihak sekolah
sekiranya kejadian yang tidak diingini berlaku sewaktu sesi pembelajaran berlangsung samada waktu
pagi atau petang.

4. Pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya pihak Tuan dapat membantu meringankan beban
sekolah dengan memberi sumbangan tunai berjumlah RM5,500 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Lima
Ratus Sahaja ) di mana ia meliputi kepada penyelenggaraan alat pemadam api, penukaran unit
baharu, serta taklimat kebakaran kepada murid-murid dan guru-guru sekolah.
Sumbangan ini boleh di masukkan kedalam akaun Maybank PIBG iaitu .............

5. Pihak kami juga bercadang untuk membenarkan pihak Tuan mempromosikan produk BSN Smart
Junior atau berkaitan kepada murid-murid sebagai balasan terhadap sumbangan yang diberikan
kepada sekolah.

6. Bersama-sama ini disertakan ahli jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota untuk
makluman Tuan.Segala kerjasama kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian

Yang Benar,
Letter head sekolah atau PIBG

_________________

You might also like