You are on page 1of 7

KERTAS CADANGAN

PENUBUHAN

PERSATUAN KERJAYA
SJK(T) LDG SG SENARUT,

BATU ANAM, JOHOR.


KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PERSATUAN KERJAYA
SJK(T) LDG SG SENARUT,BATU ANAM, JOHOR

1.0 TAJUK

Penubuhan Persatuan Kerjaya Di SJK(T) Ldg Sg Senarut,Batu Anam, Johor

2.0 PENDAHULUAN

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sungai Senarut atau nama ringkasnya
SJK(T) Ldg Sg Senarut, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang
terletak di Batu Anam. Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sungai
Senarut memiliki 20 pelajar lelaki dan 30 pelajar perempuan, menjadikan jumlah
keseluruhan murid seramai 50 orang. Ini merupakan sebuah sekolah kurang murid
(SKM). Ia hanya mempunyai seramai 9 orang guru. Ia juga merupakan sebuah sekolah
yang berada di luar bandar Di sekolah tersebut mereka tidak mempunyai sebarang
teknologi yang terbaru kerana ia ditempatkan di sebuah perkampungan yang dalam di
kawasan Batu Anam,Johor. Jadi murid-murid di sekolah tersebut tidak begitu
didedahkan kepada sebarang ilmu kerjaya yang akan diceburi pada masa hadapan
nanti. Penubuhan persatuan di sekolah ini dapat memberikan suatu pengalaman dan
ilmu pengetahuan tentang kerjaya yang akan diceburi olehnya. Penubuhan ini juga
akan menjadi suatu titik permulaan kepada murid-murid di sekolah tersebut. Dengan
ini dijelaskan bahawa murid-murid di SJK(T) Ladang Sg.Senarut memerlukan suatu
persatuan yang dapat memberi ilmu kerjaya dan dapat membentuk masa depan
mereka yang cerah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Semua murid dapat ilmu pengetahuan tentang kerjaya.


3.2 Semua murid dapat peluang untuk mendapatkan pengalaman kerjaya
yang diingini.
3.3 Semua murid dapat mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya yang akan
diceburi pada masa hadapan.
3.4 Semua murid dapat merasai kesukaran kerjaya yang akan dialami pada
masa hadapan nanti.
3.5 Semua murid dapat membentuk sesuatu kerjaya mengikut citarasa dan
minat mereka sendiri.
4.0 LOGO

5.0 LAGU KELAB

Inilah kelab kerjaya kita


Harus bercita-cita tinggi
Berharapan baik
Bertekun mencari kerjaya
Inilah kelab kerjaya kita
Sanjungi kelab kerjaya kita.
(Inilah kelab kerjaya kita)
6.0 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK:
Penaung : Pn. Phuvanah A/P Ravintharan

(Guru Besar SJK(T) Ldg Sg Senarut)

Penyelaras : Pn. Malathi A/P Nallikrishnan

(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

Ketua Penasihat : En. Krishnan Rau A/L Santhrayah

Penolong Penasihat : Cik.Leximi A/P Anpalagan

JAWATANKUASA KECIL
PENGERUSI : S.Priya Shri

NAIB PENGERUSI : R. Indrani

SETIAUSAHA : S. Suguna

NAIB SETIAUSAHA : K. Loagansrau

BENDAHARI : L. Jashwanthanrau

NAIB BENDAHARI : S.Kanahamanjeri

AHLI JAWATANKUASA MURID : S. Meganagaraau(tahun 4)

: L. Sreenika (tahun 5)

: S. Pavindran (tahun 6)
7.0 TENTATIF PROGRAM

CATATAN
BIL BULAN AKTIVITI

1 JANUARI  Pendaftaran ahli


 Pemilihan Ahli Jawatankuasa

2 FEBRUARI  Mengajar lagu kelab

3 MAC  Membuat inventori kerjaya (pre


test)

4 APRIL  Pengenalan kepada kerjaya

5 MEI  Mengadakan seminar kerjaya


 Mencipta kerjaya

6 JUN  Drama kerjaya

 Belajar Sambil Melawat Kidzania Bayaran bas


7 JULAI dan juga booth-booth kerjaya. sebanyak RM500

8 OGOS  Membuat inventori kerjaya


(post test)

8.0 SASARAN
 Pelajar tahun 4,5 dan 6 SJKT LADANG SUNGAI SENARUT.
9.0 KEWANGAN

PENERIMAAN RM PERBELANJAAN RM

Kutipan Bulanan 3.00 x 50 (orang)


(Ahli-ahli Persatuan) Bayaran seminar
=150.00 300
kerjaya

Kutipan Sumbangan 100 x 19 (orang)


(Staf-staf sekolah) Bayaran kemasukan
=1, 900.00 45 x 50
Kidzania
=2,250

Sumbangan Guru Besar 500.00

Bayaran bas 500

Persatuan Ibu Bapa dan 500.00


Guru (PIBG)

JUMLAH RM 3,050 JUMLAH RM 3,050

10.0 PENUTUP

Kelab kerjaya ini dapat melahirkan murid yang mengenal pasti semua bidang
kerjaya yang boleh diceburi pada masa hadapan. Murid juga dapat mengetahui minat
masing-masing. Mereka juga boleh memilih kerjaya yang secocok dengan minat
mereka. Murid-murid boleh menyediakan diri sendiri untuk berhadapan dengan segala
cabaran yang akan dihadapi untuk mencapai kerjaya yang diingini.
Disediakan oleh,

.................................
Kanahamanjeri A/P Santhrayah
(Ketua Penasihat)
Sek. Jen. Keb. Tamil Ladang Sg.Senarut

Tarikh: .......................

Disemak oleh, Disahkan oleh,

................................. .................................
Pn. Malathi A/P Nallikrishnan Pn.Phuvanah A/P Ravintharan
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum) (Guru Besar)
Sek. Jen. Keb. Tamil Ladang Sg.Senarut Sek. Jen. Keb. Tamil Ladang Sg.Senarut

Tarikh: ....................... Tarikh: .......................

You might also like