You are on page 1of 5

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada

berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat
hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. Rakyat Malaysia
dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara.
Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia
sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat”. Perpaduan adalah proses penyatuan dari semua aspek fizikal,
sosial, ekonomi dan politik tetapi bukan biologikal. Sehingga kini, perbezaan yang jelas dan
sering diperkatakan adalah dari segi kelompok etnik yang mempunyai budaya, bahasa dan
kepercayaan masing-masing. Jurang berlaku ekoran dasar pecah perintah. Ini merupakan
salah satu masalah perpaduan dan integrasi di Malaysia moden.

Masyarakat berperanan penting bagi memastikan perpaduan dapat dicapai. Setiap


anggota masyarakat perlu ada keperibadian yang baik untuk menerima perbezaan antara
satu sama lain. Isu-isu seperti bangsa, adat-istiadat, kaum, dan agama perlu difahami dan
diterima oleh semua. Masyarakat ialah agen terpenting dalam membentuk integrasi
nasional. Peranan masyarakat dalam membentuk integrasi ialah Rukun tetangga. Skim
Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 yang bermatlamat untuk memelihara,
meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan
dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Rukun
Tetangga membolehkan rakyat mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-
masing. Skim Rukun Tertangga diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan
komuniti. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam
komuniti mereka. Contohnya, aktiviti kumpulan menjalankan rondaan yang bertugas pada
waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Selain itu
aktiviti pada hujung minggu yang berbentuk masyarakat seperti gotong-royong. Tambahan
pula ialah Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang dijalankan sebagai salah satu langkah untuk
menjaga keselamatan dalam kawasan rukun tetangga di samping membantu pihak polis
mengurangkan kadar jenayah. SRS juga mengesan dan melapor isu-isu perhubungan kaum
dan menjadi perantara dalam penyelesaian konflik.

Selain daripada itu ialah rumah terbuka. Rumah terbuka yang diadakan pada hari
perayaan dapat mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Rumah terbuka bermaksud
satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk
memupuk persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Rumah terbuka akan diadakan
oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim perayaan. Amalan kunjung-mengunjungi
ketika merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat
memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semasa menghadiri
rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih
mendalam sekali gus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara
satu sama lain. Setiap kaum yang ada di negara kita sedia menerima adat resam dan budaya
kaum lain selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada di
Negara kita. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat
mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah
terbuka. Tegasnya, rumah terbuka yang diadakan pada setiap perayaan dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat.

Di samping itu ialah penerimaan atau difusi budaya. Perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian kebudayaan. Kepelbagaian
kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan
perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila
dikaitkan dengan kebudayaan, semua rakyat boleh menerimanya tanpa wujud prasangka.
Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau menerima
kedatangan orang kenamaan, akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti
tarian Zapin dan tarian Inang oleh masyarakat Melayu. Tarian kipas, tarian singa dan tarian
piring oleh masyaraat Cina, Tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh masyarakat
India. Persembahan kebudayaan yang unik ini secara tidak langsung dapat menarik minat
pelancong asing yang berkunjung ke negara ini. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang
ada di negara kita dapat mewujudkan perpaduan kaum dan mengenali antara satu sama
lain kerana tak kenal maka tak cinta.

Selain daripada itu, perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dipupuk
menerusi aktiviti hari keluarga. Hari keluarga merupakan aktiviti yang sihat yang wajar
menjadi kemestian sesebuah komuniti. Aktiviti hari keluarga boleh disertai oleh semua
lapisan masyarakat dalam sesebuah taman atau komuniti untuk mengerattkan hubungan
sesama kaum.Hari keluarga boleh diadakan pada hujung minggu dan boleh dijalankan di
kawasan berhampiran tempat tinggal seperti di padang sekolah, taman rekreasi atau di
sesebuah tempat perkelahan. Ibu bapa boleh membawa anak masing-masing dan menyertai
aktiviti yang dijalankan. Secara tidak langsung, setiap ahli masyarakat dapat mengenali, dan
berkomunikasi dengan jiran tetangga mereka yang selama ini hanya berpeluang untuk
melihat muka tanpa berbual-bual ketika keluar rumah. Jelasnya, aktiviti hari keluarga yang
dijalankan dapat mengeratkan perpaduan dan sekali gus menjayakan Gagasan 1Malaysia.

NGO merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang bebas dariapda mana-mana
badan kerajaan. Peranan NGO ialah adalah menganjurkan seminar dan dialog serta forum
untuk memahami permasalahan yang menggagalkan usaha mengintegrasikan masyarakat
sekali gus mencari jalan penyelesaiannya. NGO dengan pertubuhan Majlis Belia Malaysia
(MBM) untuk mengadakan seminar dan dialog tersebut. Majlis Belia Malaysia (MBM) adalah
satu pertubuhan induk peringkat kebangsaan yang membuka keahlian kepada semua
golongan etnik. Terdapat beberapa pembahagian pertubuhan mengikut etnik dibawah
pertubuhan induk kebangsaan tersebut. Pembahagian pertubuhan dibawah MBM termasuk
Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dewan
Perniagaan Cina dan Dewan Perniagaan India Malaysia. Walaupun terdiri daripada banyak
pertubuhan monoetnik, MBM masih boleh memainkan peranan penting dalam
mengukuhkan perpaduan kaum. Baru-baru ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan
kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan satu persidangan meja
bulat yang membincangkan mengenai Perpaduan Belia dan Hak Asasi Manusia :
Perkembangan Pasca Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review (UPR)) Geneva.
Menerusi program seperti ini, belia yang merupakan pemaju negara pada masa hadapan
sedar tentang pentingnya mengukuhkan perpaduan kaum dan integrasi antarabangsa.

Selain itu ialah Pertubuhan Gerakan 4B Malaysia juga bergiat dalam usaha
mengintegrasikan masyarakat. Pertubuhan ini menganjurkan pelbagai program seperti
Program Kapal Belia Asia Negara dan Jepun atau nama ringkasnya SSEAYP. SSEAYP ialah
program antarabangsa yang melibatkan 318 peserta belia dari pelbagai negara ASEAN dan
Jepun belayar dan singgah di beberapa negara. Pelbagai aktiviti telah diaturkan untuk
mereka di setiap negara yang mereka singgah termasuk program keluarga angkat. Program
ini merupakan satu bentuk pendedahan kepada peserta SSEAYP untuk mengenali budaya
dan cara hidup masyarakat setempat di sesebuah negara. Peserta akan tinggal di rumah
angkat selama 3 hari 2 malam dan melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga angkat.
Dengan cara ini, penduduk serantau ASEAN dapat berkongsi amalan dan budaya hidup yang
membolehkan penduduk dengan pegangan hidup serta kepercayaan dapat lebih memahami
antara satu sama lain. Perasaan saling menghormati antara bangsa yang berbeza dapat
disemai dengan adanya persefahaman secara mendalam amalan da kepercayaan etnik dan
budaya masing-masing. Justeru itu, perpaduan kaum dapat dikukuhkan.

Tambahan pula ialah penubuhan kelab rakan cop. Rakan Cop adalah satu idea untuk
merapatkan hubungan polis dengan masyarakat dan seterusnya mengembeling tenaga
mereka bersama-sama untuk membenteras dan mencegah jenayah. Program Rakan Cop
adalah bersifat "Community Oriented Policing" dan "Smart Partneship". Rakan Cop sebagai
medium perantaraan merapatkan jurang antara polis dan masyarakat melalui pendekatan
yang lebih jelas, mudah, bersepadu dan teratur. Program RakanCop membolehkan polis dan
masyarakat saling mengembeling tenaga dengan lebih berkesan memerangi jenayah dan
apa jua masalah keselamatan. Ini akan mengubah persepsi negatif masyarakat pada PDRM.
Program rakan cop membantu memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat
dalam pelbagai sudut keselamatan seperti mencegah jenayah dan keselamatan jalan raya.
Selain itu, mengeratkan hubungan mesra antara Polis dan masyarakat serta memberi
maklumat tepat untuk manfaat masyarakat.

Seterusnya ialah penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia(Suhakam)


ditubuhkan pada tahun 1999 melalui Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999. Suhakam
mempromosikan kesedaran dan pendidikan berkaitan hak asasi manusia seperti hak untuk
bersuara, berhimpun dan bergerak. Selain itu juga menasihat dan membantu Kerajaan
merumuskan undang-undang dan prosedur dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu
diambil, mengesyorkan kepada Kerajaan berhubung perjanjian dan dokumen antarabangsa
dalam bidang hak asasi manusia dan menyiasat aduan tentang pelanggaran hak asasi
manusia. Tambahannya ialah Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN) merupakan gerakan
pembaharuan multi-etnik yang memperjuangkan keadilan, kebebasan dan perjuangan.
Pendekatan Aliran dipandukan oleh nilai spiritual yang universal, dan fokus pada membina
kebersamaan hakiki dengan menjunjung tinggi martabat manusia dan mempromosikan
keadilan sosial bagi seluruh Malaysia. Aliran mengamalkan konsep bekerjasama secara aktif
dengan kumpulan lain mengenai isu-isu tertentu dengan tujuan khusus.

Kesimpulannya, usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi penekanan di


negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran. Oleh itu, semua
pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat dicapai di negara ini.
Semangat perpaduan yang kukuh bagai banteng pertahanan bukan sahaja dapat
memastikan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berulang, malah juga dapat memastikan
pembangunan negara maju dan stabil dari segi politik, ekonomi dan sosial dan hal ini secara
tidak langsung negara dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara
maju lain.

Cabaran membentuk perpaduan

- perasaan syak wasangka, perkauman dan diskriminasi blh mencetuskan


perpecahan

- konflik masyarakat, kedudukan lokasi kelas, taraf pendidikan, kemahiran


kerja, pendapatan dan budaya telah membatasi sosial

- perbezaan sosioekonomi yang ketara menimbulkan perasaan hasad dengki

- perbezaan budaya membawa kepada ketidaksefahaman kaum


- perbezaan taraf hidup membataskan komunikasi dan hubungan antara
kaum

You might also like