You are on page 1of 4

BAB 6 : PILIH ATUR DAN GABUNGAN

KERTAS 1

1. Terdapat 5 laluan yang berlainan dari Bandar P ke Bandar Q dan 3 laluan yang
berlainan dari Bandar Q ke Bandar R. Berapakah bilangan laluan yang berlainan yang
boleh diambil oleh seseorang dari Bandar P ke Bandar R dengan melalui Bandar Q?
[2 markah]

___________________________________________________________________________

2. Seorang pelajar ingin membentuk kata laluan untuk komputer ribanya. Kata laluan
terdiri daripada 3 huruf dan diikuti dengan 4 digit. Pelajar ini perlu memilih daripada
huruf K, L dan M dan digit 1, 2, 3, 4 dan 5 tanpa ulangan huruf atau digit. Berapakah
bilangan cara pelajar ini dapat membentuk kata laluannya? [2 markah]

___________________________________________________________________________

3. Berapakah bilangan kod rahsia yang boleh dibentuk dengan menggunakan semua huruf
dalam perkataan BIJAK tanpa ulangan huruf jika
(a) kod rahsia bermula dengan vokal?
(b) kod rahsia bermula dengan vokal dan berakhir dengan konsonan? [4 markah]

___________________________________________________________________________

4. Berapakah bilangan nombor yang lebih besar daripada 5 000 yang boleh dibentuk
daripada digit 3, 4, 5, 6, dan 9 dengan ulangan digit tidak dibenarkan? [2 markah]

1
5. Mesyuarat agung tahunan Persatuan Matematik dihadiri oleh 16 orang pelajar.
Mesyuarat perlu memilih 7 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada seorang
pengerusi, seorang setiausaha, seorang bendahari dan empat orang ahli jawatankuasa
biasa. Cari bilangan cara yang berlainan untuk membentuk 7 orang ahli jawatankuasa
Persatuan Matematik ini. [2 markah]

___________________________________________________________________________

6. Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru terdiri daripada 10 orang ahli.
Jawatankuasa ini dipilih daripada 12 orang ibu bapa dan 10 orang guru. Hitungkan
bilangan cara untuk memilih ahli jawatankuasa jika
(a) tiada syarat dikenakan,
(b) jawatankuasa mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya 8 orang ibu bapa.
[4 markah]

___________________________________________________________________________

7. Rajah 1 menunjukkan 5 huruf dan 3 digit.

P Q R S T 3 5 7

Rajah 1

Satu kod yang terdiri daripada 3 huruf diikuti dengan 2 digit ingin dibentuk daripada
huruf dan digit di atas. Berapakah bilangan kod yang dapat dibentuk jika ulangan huruf
dan digit tidak dibenarkan? [3 markah]

2
8. Satu pasukan badminton terdiri daripada 7 orang pemain perlu dipilih daripada 8 orang
lelaki dan 5 orang perempuan. Cari bilangan cara yang berlainan pasukan itu dapat
dibentuk jika pasukan itu terdiri daripada
(a) 4 orang lelaki,
(b) tidak lebih daripada 2 orang perempuan. [4 markah]

___________________________________________________________________________

9. Rajah 2 menunjukkan lima kad huruf yang berlainan.

S I H A T

Rajah 2

Cari bilangan susunan yang berlainan yang dapat dibuat jika


(a) semua huruf disusun dalam satu baris.
(b) huruf I dan T terletak sebelah menyebelah. [4 markah]

___________________________________________________________________________

10. Satu jawatankuasa terdiri daripada 5 orang pelajar perlu dipilih daripada 6 orang pelajar
lelaki dan 4 orang pelajar perempuan. Kirakan bilangan cara yang berlainan
jawatankuasa dapat dibentuk jika
(a) tiada syarat dikenakan,
(b) bilangan pelajar perempuan melebihi bilangan pelajar lelaki. [4 markah]

3
11. Terdapat 6 biji gula-gula, setiap satu berlainan perisa, yang dibahagikan sama banyak
antara 3 orang kanak-kanak. Cari bilangan cara yang berlainan pembahagian gula-gula
itu dapat dilakukan. [3 markah]

___________________________________________________________________________

12. Cari bilangan kod empat huruf yang dapat dibentuk daripada perkataan KHIDMAT jika
(a) ulangan huruf tidak dibenarkan.
(b) kod empat huruf itu bermula dengan konsonan dan berakhir dengan vokal.
[4 markah]

___________________________________________________________________________

Jawapan

1. 15 laluan. 8. (a) 700


2. 720 (b) 708
3. (a) 48 9. (a) 120
(b) 36 (b) 48
4 192 10. (a) 252
5 2 402 400 (b) 66
6. (a) 6466646 11. 90
(b) 24541 12 (a) 840
7. 360 (b) 200

You might also like