You are on page 1of 3

ISU-ISU SEMASA

Masalah social merupakan masalah yang berlaku di dalam masyarakat yang


mengakibatkan struktur masyarakat menjadi terjejas lantaran daripada tindakan yang
bertentangan dengan budaya asal serta memberi kesan negative kepada masyarakat.
Berdasarkan pengalaman pribadi saya. Masalah social yang berlaku dalam kalangan
masyarakat perlu ditangani dengan berkesan melalui pelbagai langkah yang berkesan
bagi memastikan masalah social ini daripada berlarutan.

Berdasarkan pengalaman pribadi saya, terdapat beberapa masalah social yang


dihadapi oleh masyarakat dan perlunya pemerhatian serta tindakan serius yang dapat
menangani masalah ini dengan berkesan. Masalah social seperti pembuangan bayi
seringkali terpapar di dada akhbar dan merupakan antara masalah serius yang berlaku
di dalam kalangan masyarakat. Melalui pengalaman saya, tindakan ini adalah tidak
wajar dan tidak berperikemanusiaan. Perkara ini sama sekali bertentangan dengan adat
serta budaya masyarakat malaysia yang mementingkan kasih sayang dan keharmonian
hidup berkeluarga. Antara punca terjadinya masalah ini ialah ketidakmatangan suatu
kelompok khususnya remaja yang terdorong oleh hawa nafsu semata-mata. Pergaulan
bebas tanpa mengambil kira batas pergaulan merupakan antara penyebab berlakunya
masalah ini. Jika kita perhatikan kawasan seperti pusat membeli belah dan taman
rekreasi pada masa kini, sudah pasti terdapat golongan seperti ini yang hanya
mementingkan keseronokkan tanpa mengambil kira akan potensi untuk terjebak kepada
masalah lain seperti pembuangan bayi. Pelbagai langkah seperti kempen kesedaran
telah diambil oleh badan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan terhadap masalah
ini.

Selain daripada itu, gejala buli merupakan antara contoh masalah social lain
yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Buli merupakan tindakan
penganiayaan ke atas individu lain bagi mencapai tujuan tertentu misalnya bagi
mendapatkan kepentingan diri sendiri serta memperlihatkan pengaruh. Buli merupakan
masalah social yang kerap berlaku di kalangan masyarakat. Hal ini bukan sahaja
berlaku di sekolah semata-mata, malah, situasi di pusat pengajian tinggi mahupun
tempat kerja turut berlaku. Hal ini akan mengakibatkan tekanan sama ada dalam
bentuk fizikal serta mental ke atas individu yang menjadi mangsa buli. faktor senioriti
seringkali menjadi penyebab berlakunya gejala buli. Dari sudut pandang lain misalnya di
sekolah, faktor pelajar terlibat dengan gejala buli ialah pengaruh daripada pelbagai
unsur negatif seperti gangsterisme dan media massa yang berunsurkan keganasan. Hal
ini berbeza dengan masalah buli di tempat kerja yang kebanyakkannya berkisar
mengenai tugasan melibatkan senior dengan junior. Walaubagaimanpun, kes buli
melibatkan remaja kebanyakkannya adalah lebih cenderung kearah berbentuk
keganasan melibatkan fizikal serta mental mangsa. Situasi ini perlu diatasi dengan
mengambil tindakan proaktif di peringkat sekolah dan penegasan melalui tindakan
undang-undang.

Seterusnya, aktiviti lumba haram melibatkan golongan belia. Isu ini merupakan
isu yang perlu dibeli penekanan kerana, masalah lumba haram membabitkan motosikal
ini merupakan masalah social yang kian menular di kalangan masyarakat khususnya
belia. Berdasarkan penilaian pribadi, terdapat pelbagai tanggapan dan faktor yang
mendorong belia untuk terjebak kepada masalah ini. Sebilangan belia menyertai aktiviti
ini bagi melepaskan rasa bosan serta terdorong kepada perasaan ingin mencuba, selain
itu terdapat juga pendapat bahawa golongan belia terlibat kedalam masalah social ini
adalah disebabkan oleh desakan hidup. Umumnya kita mengetahui akan perubahan di
dalam era globalisasi yang menyaksikan taraf hidup yang kian meningkat, ini
menyebabkan para belia mencari alternative lain bagi menambah pendapatan sehingga
mengambil jalan mudah dengan menyertai aktiviti lumba haram. Kebanyakkan belia ini
tidak menyedari akan bahaya aktiviti ini kepada pengguna jalan raya lain serta nyawa
mereka sendiri akibat daripada terlalu taksub dengan aktiviti ini. Pelbagai usaha telah
diambil oleh pihak berkuasa bagi mengatasi masalah ini seperti menambah kekerapan
melakukan sekatan jalan raya selain kempen kesedaran lalu lintas.

Selain daripada itu, pengalaman pribadi terhadap masalah social lain yang
berlaku ialah keruntuhan institusi kekeluargaan. Salah satu contoh ialah Perkembangan
teknologi pada masa kini menjadi penyumbang kepada masalah ini. Misalnya,
Penggunaan alat peranti mudah alih melalui aplikasi ‘facebook’, “tweeter’ dan
sebagainya telah menyebabkan berlakunya penumpuan terhadap alat berkenaan secara
lebih kerap sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan. Situasi ini dapat dilihat
menerusi kehidupan seharian di rumah, anak-anak leka bermain permainan video
manakala ibu bapa leka dengan dunia lain sama ada melibatkan pekerjaan ataupun hal
lain yang melalaikan di alam maya itu sendiri. Situasi ini menyebabkan kurangnya
interaksi dalam kalangan keluarga sehingga mengakibatkan anak-anak lebih terarah
kepada rakan-rakan berbanding keluarga. Tanpa bimbingan yang betul, aspek negatif di
dunia maya akan mudah meresap ke dalam minda anak-anak yang serba ingin tahu.
Walaupun masalah ini memerlukan peranan daripada ibubapa, anak-anak perlu
mengetahui implikasi hubungan kekeluargaan yang lemah. Keruntuhan institusi
kekeluargaan tidak hanya disebabkan oleh penggunaan terknologi semata-mata namun
budaya ini perlu ditangani daripada menular.

Kesimpulannya, masalah sosial yang berlaku merupakan implikasi daripada


perilaku manusia itu sendiri yang secara langsung ataupun tidak telah mengakibatkan
dunia sosial berkembang. Interaksi sosial yang berlaku dalam kehidupan seharian
membolehkan berlakunya masalah sosial itu sendiri. Masalah ini perlu dikenalpasti dan
ditangani menggunakan kaedah yang betul bagi mengelakkan penularan kepada
masalah yang lebih besar. Sungguhpun kita tidak dapat lari daripada masalah sosial ini,
sokongan kepada usaha-usaha bagi mengatasinya perlu dipandang serius.

You might also like