You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN JANGLAU

26820 KUALA ROMPIN


PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN PROJEK INOVASI
ANTARA KELAB DAN PERSATUAN
PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2016

TEMPAT : DEWAN AL-FALAH


TARIKH : 17 NOVEMBER 2016
HARI : KHAMIS
ANJURAN : UNIT KO KURIKULUM
1.0 PENDAHULUAN
Budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan murid lebih sesuai didedahkan melalui kegiatan
kokurikulum kerana kegiatan ini berlaku di luar bilik darjah dan boleh dilaksanakan di dalam dan di luar
waktu sekolah. Pendedahan awal dan kepelbagaian aktiviti secara kumpulan yang ada akan memberi
peluang kepada murid untuk meneroka, mencuba atau mencuba jaya sesuatu tugasan/projek yang
dipertanggungjawabkan, apatah lagi jika kerja yang dilakukan itu memenuhi citarasa dan minat serta
kebolehan diri yang ada pada mereka. Ini terbukti dengan kejayaan murid-murid dalam pembuatan projek
seperti Program Robotik dan F1 In Schools maka amatlah wajar pembelajaran di peringkat sekolah yang
mengarah kepada inovasi diperluaskan.

2.0 MATLAMAT

Memupuk dan melahirkan modal insan yang berinovatif dan kreatif melalui penghasilan projek bagi
setiap murid dalam kegiatan kelab dan persatuan di sekolah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menggunakan pengetahuan kefahaman dan kemahiran praktikal yang diperolehi


semasa pengajaran dan pembelajaran.
3.2 Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara berpasukan di kalangan Murid
3.3 Penyediaan ke arah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi murid dan warga sekolah

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang adalah pada 17 November 2016 iaitu bersamaan hari Khamis

5.0 KUMPULAN SASARAN DAN PENYERTAAN

5.1 Semua murid tahun 4 dan 5 mengikut kumpulan Kelab dan Persatuan
5.2 Setiap kumpulan mestilah dipilih daripada 4 orang (2 murid Tahun 4 dan 2 murid Tahun 5) di kalangan
7 kelab dan persatuan yang didaftarkan di sekolah

6.0 TEMA PERTANDINGAN INOVASI

6.1 Projek Rumah Cekap Tenaga Daripada Bahan Kitar Semula

7.0 JANGKA MASA PERSEMBAHAN :


7.1 Setiap pasukan akan diberi masa 4 jam 30 minit untuk menyiapkan projek rumah cekap tenaga dan
persembahan powerpoint
7.2 Masa persembahan powerpoint bagi satu kumpulan ialah 10 minit. Pemberian markah diberi
berdasarkan rekabentuk rumah cekap tenaga dan persembahan dalam tempoh yang ditetapkan.
7.3 Setiap ahli kumpulan hendaklah mengambil bahagian secara aktif semasa menyiapkan projek.
7.4 Setiap ahli kumpulan mesti bersedia menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh pihak juri.

8.0 HAKIM PERTANDINGAN

8.1 Tn Hj Md Asri bin Jusoh


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Janglau
8.2 Encik Amir Rezal bin Razak
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
8.3 Puan Rohana bt Md Nanyan
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
8.4 Encik Radzali bin Abdullah
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN :

9.1 Jenis Kumpulan Wang : Kerajaan


9.2 Peruntukan : Bantuan Persekolahan Lain
9.3 Subsidiari : Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK)
- RM 200.00

HARGA/UNIT JUMLAH
BIL PERKARA BILANGAN
(RM) (RM)
1 Bahan –Bahan Projek 1 50.00
(Senarai pada lampiran 1)

2 Hadiah – Hamper (Tempat 1) 60.00 1 60.00

3 Hadiah – Hamper (Tempat ke-2) 45.00 1 45.00

4 Hadiah – Hamper (Tempat ke-3) 30.00 1 30.00

5 Hadiah – Hamper (Tempat ke-4) 15.00 1 15.00

JUMLAH KESELURUHAN 200.00

10.0 JAWATANKUASA PROGRAM :

JAWATANKUASA PENGELOLA DAN PELAKSANA


PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN
PERINGKAT SEKOLAH
2016

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat

TN HJ MD ASRI BIN JUSOH

Guru Besar

Pengerusi

RADZALI BIN ABDULLAH

GPK Kokurikulum

Naib Pengerusi 1

AMIR REZAL BIN RAZAK

GPK Pentadbiran

Naib Pengerusi 2

ROHANA BT MD NANYAN

GPK Hal Ehwal Murid

Setiausaha

ZAINAL B BADARULDZAMAN

(Setiausaha Kokurikulum)

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penyelaras Program
Abdul Rahim bin Othman Ramli

Guru Penasihat Kelab dan Persatuan

GURU PEMBIMBING PERTANDINGAN PROJEK INOVASI

1. Persatuan Bahasa Antarabangsa - Puan Norlida bt Mamat


- Puan Fauziah bt Perman@Paiman
- Encik Azeli bin Othman
- Puan Zalina bt Abdullah
- Puan Wan Nor Abidah bt Wan Ibrahim

2. Kelab Komputer - Puan Wan Norulhuda bt Wan Mahmood


- Puan Noor Aishah bt Ab Rahman

3. Kelab Pembimbing Rakan Sebaya - Puan Siti Zuraida bt Mohamed


- Puan Japisah bt Mohd Shahar
- Puan Norhuda bt Abdul Rahman

4. Kelab Matematik dan Sains - Encik Bahrom bin Alwi


- Puan Mazni bt Malik
- Puan Salina bt Husain

5. Kelab Alam Sekitar - Puan Haniza bt Mohamad


- Encik Suhaimi bin Salim

6. Kelab Keselamatan Jalan Raya - Encik Che Zainuddin bin Che Hassan
- Encik Ahmad Syahir bin Abdullah
- Encik Roshai Al Mizan bin Suhaimi
- Encik Zainal b. Badaruldzaman

7. Kelab Rukun Negara - Puan Che Latipah bt Salem


- Encik Nor Rizan bin Sidi Hamat
- Puan Anisah bt Shamsudin

11.0 PENUTUP
Diharapkan program inovasi ini dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar sebagaimana yang telah
dirancangkan. Murid – murid pula dapat menimba pengalaman yang bermakna hasil daripada program
yang dijalankan ini.

Disediakan oleh,

……………………………………
( ABDUL RAHIM BIN OTHMAN RAMLI)

Penyelaras Pertandingan Projek Inovasi,

SK Janglau

26820 Kuala Rompin

Diluluskan oleh,

……………………………………
( TN HJ MD ASRI BIN JUSOH )

Guru Besar,

SK JANGLAU

26820 Kuala Rompin, Pahang

Lampiran A (Senarai Bahan dan Alatan Untuk Setiap Kelab dan Persatuan)
 Gam UHU 7 ml (8 unit)
 Pisau (NT Cutter) Besar (8 unit)
 Pembaris 30 cm (8 unit) Dibeli daripada Kedai Buku Sekolah
 Pengasah pensel (7 unit)
 Pensel 2B (8 unit)
 Kotak-kotak yang tidak digunakan
 Surat Khabar Lama
 Botol Plastik Minuman saiz besar & kecil Dibawa oleh peserta
 Kotak hitam (sel solar)
 Pasir
 twin flex wire (3m)
 Lampu LED Dipinjam daripada bilik RBT
 Playar Muncung Panjang

You might also like