You are on page 1of 6

[No. Ruj. CBA5025.

2023/11]

KERTAS KERJA
PROGRAM GOTONG ROYONG MADANI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAHUN 2023
ANJURAN :

SK PASIR PANJANG
26600 PEKAN PAHANG

TARIKH :
12 OGOS 2023 (SABTU)

1
2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Merujuk surat siaran JPNP SPMd.800-6/1/2 JLD.3 (12) bertarikh 14 Julai 2023,
setiap sekolah di Negeri Pahang disarankan untuk mengadakan Gotong-royong
Madani dari Julai hingga September 2023. Program gotong-royong ini bertujuan untuk
memupuk perpaduan dalam kalangan warga pendidikan dan mengaktifkan peranan ibu
bapa, masyarakat, komuniti, agensi kerajaan dan Non Governmental Organization
(NGO).
Sehubungan itu pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan
gotong-royong ini bukan sahaja menjayakan hasrat kerajaan malah program ini akan
meningkatkan lagi keceriaan dan kebersihan sekolah. Prgram ini juga akan menjadi
satu titik pertemuan antara sekolah dan komuniti sekitar.
Program ini diharapkan dapat membina semangat kerjasama daripada semua
warga sekolah dan komuniti untuk memupuk rasa cinta akan sekolah. Selain itu, melalui
program ini diharap dapat memastikan persekitaran sekolah akan lebih selamat kondusif
dan ceria untuk kegunaan semua warga SK Pasir Panjang.

2
3.0 OBJEKTIF PROGRAM :
• Memberi peluang kepada murid-murid dan ibu bapa bekerjasama dengan guru-guru
secara optimum
• Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar mewujudkan
suasana sekolah yang bersih dan ceria serta kondusif untuk semua murid dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.
• Menjalin hubungan erat antara sekolah dan komuniti setempat
4.0 KUMPULAN SASAR
Semua warga sekolah, PIBG dan komuniti yang terlibat

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


5.1 Tarikh program pada 12 Ogos 2023.
5.2 Jadual Program

Masa Aktiviti
7:30- 8:00 Pendaftaran
8.00- 8:30 X-Break – Aktiviti memanaskan badan
8:30-8:45 Taklimat program oleh Penyelaras Program
9:00-12.30 Gotong-royong Madani
- Sudut RMT/Pentas/Depan Pra
Sekolah – mengecat lantai
- Papan & Tangga Panitia – Mengecat dan
menampal Bahan Ilmiah
- Kipas – Menggantikan bahagian alatan
kipas yang rosak di Dewan Abu Bakar
- Taman Pra Sekolah – Membaikpulih
alatan ditaman permainan Pra
Sekolah
- Dewan Pdpc - Susun atur barang yang
boleh digunakan/tidak digunakan untuk
menyusun meja/kerusi yang akan
dilupus/dihapus kira.
-
12:30 – 1:00
Makan tengahari - Bersurai

3
6.0 JAWATANKUASA KERJA

AJK TEAM CATATAN


Pendaftaran/Penyambut Tetamu Puan Manisah binti Wanthan Dibantu oleh:
Laporan/Gambar/Dokumentasi Puan Norasiah binti Mohamad Nor - Puan Mahani binti
X-Break & Taklimat Puan Hazakirah binti Zainal Abidin Abu Bakar
Sudut/Tangga/Papan Panitia BM – Puan Sabila binti Mohamad (K) Dibantu oleh:
Mengecat dan menampal Bahan BI – Puan Kartini binti Abdul Madul (K) -Ibu bapa dan Penjaga
Ilmiah, menceriakan dan aktiviti Mate – Puan Salmiza binti Abdul Malek (K) Tahun 1-6
murid menambah ilmu Sains – Puan Suraya binti Tan Ahmad (K)
PAI – Puan Hashimah binti Hussin (K)
Taman Pra Sekolah Puan Ummi Kalthom binti Abdullah (K) Dibantu oleh:
Membaikpulih alatan ditaman Puan Sanulizar binti Mat Nor -Ibu bapa Pra sekolah
permainan Pra Sekolah Encik Umar bin Saladri -Cik Wardatul Hanan bt
Zohri
Sudut RMT/Pentas/Depan Pra Puan Rose Aniza binti Ismail (K) Dibantu oleh:
Sekolah Tuan Syed Fadhullah bin Syed Abu Bakar -AJK PIBG
Mengecat lantai & mengemas Puan Noor Hafizah binti Samsudin -Pengawal
pentas Puan Norrazalinda bin Mohd Ghazali Keselamatan
(Jemputan Khas)
Stor Dewan Pdpc & Susun atur Tuan Haji MD Karimi bin Abd Talib (K) Dibantu oleh:
meja di dewan Pdpc Encik Asrullah bin Amran -En. Muhammad Ikram
Mengecat tiang & mengemas meja Puan Mutmainnah binti Sayuti bin Zaharudin
ke stor Puan Rohana binti Mat Teh -Murid Tahun 6
Kipas Rosak Encik Mohamad Sulhi bin Mohamad Salim(K) Dibantu oleh:
Menukar kipas yang kurang elok YM Engku Ahmad Shah bin Engku Ab Rahman -En.Mohd Khairul
dengan kipas yang baru (dari bilik Zaman bin Ahiatudin
khas) -Murid Tahun 5
Makanan Puan Siti Nor Fatimatul Zaharah binti Dibantu oleh:
Pagi – Potluck Sheikh Deraman (K) -Puan Hanim &
(hanya buat air sahaja) Puan Nor Kamariah binti Ahmad Khairi pekerja Kantin
Tengahari – Bungkus & edarkan Puan Hazakirah binti Zainal Abidin
Peralatan Gotong Royong Encik Rozman bin Ibrahim (K) Dibantu oleh:
Menyediakan keperluan yang Puan Intan Liana binti Ahmad -Puan Maria bt. Umar
diminta

4
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber kewangan :-

KUMPULAN PERUNTUKAN JUMLAH (RM)


WANG
Kerajaan Pelbagai – program 3K keceriaan, 1,200.00
kebersihan, keselamatan
JUMLAH RM 1200.00

7.2 Anggaran Perbelanjaan Keseluruhan Terperinci :-

BIL PERKARA KUANTITI PER UNIT (RM) JUMLAH (RM)


1. Sarapan pagi 80 Pack 1.00 80.00
2. Makan Tengah hari 80 Pack 2.00 160.00
3. Banner Sudut 5 unit 50.00 250.00
4. Cat Putih (5 Liter) 5 tong 70.00 350.00
5. Cat Kuning (5 Liter) 2 tong 150.00 300.00
6. Kertas Warna 100gsm 2 rim 30.00 60.00

JUMLAH RM 1200.00

8.0 PENUTUP

Diharapkan program dapat dijalankan dengan baik dan lancar mengikut tentatif yang dirancang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

..................................................... …………………………………………
(HAZAKIRAH BINTI ZAINAL ABIDIN) (NORASIAH BINTI MOHAMAD NOR)
Setiausaha Hal Ehwal Murid Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SK Pasir Panjang Sk Pasir Panjang
26600 PEKAN 26600 PEKAN
Tarikh : 26.07.2023 Tarikh : 26.07.2023

5
[No. Ruj. CBA5025.2023/11]

KERTAS CADANGAN GOTONG ROYONG MADANI

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

8. Meluluskan Kertas Cadangan Gotong-royong Madani

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Gotong-royong Madani

Ulasan:
.....................................................................................................
.....................................................................................................
.....................................................................................................

Manisah Binti Wanthan


Guru Besar
Sk Pasir Panjang
Tarikh :

You might also like