You are on page 1of 3

MODUL PERTANDINGAN BANTU MULA

PERKHEMAHAN BERSEPADU BADAN BERUNIFORM KV / SMT / PROGRAM KV


PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

TAJUK : Pertolongan Cemas ( Balutan , Bebatan & Usungan )

MASA : 120 minit

TEMPAT : Dinyatakan oleh penganjur

KONSEP AKTIVITI : Peserta dikehendaki menunjukkan kemahiran dan daya fikir yang tinggi bagi
melaksanakan bantu mula / pertolongan cemas dengan bahan atau alat yang
dibekalkan.

OBJEKTIF : i. Menilai kemahiran anggota kadet dalam aspek pertolongan cemas


ii. Memberikan peluang kepada kadet untuk merasai pengalaman
memberikan rawatan terhadap mangsa kemalangan atau kecederaan.
iii. Melatih anggota kadet bersedia membantu sesiapa dalam keadaan
kecemasan untuk mengelakkan kecederaan yang lebih serius.

KUMPULAN SASARAN : Kadet Putera/ Puteri : 9 orang peserta

PERALATAN : i. 2 usungan
ii. 2 bidang tikar
iii. 20 helai kain anduh
iv. Naskah Akhbar Harian

SYARAT /PERATURAN
PERTANDINGAN : i. Setiap pasukan mestilah diwakili oleh 9 orang peserta .
ii. Pakaian peserta ialah pakaian aktiviti KRS/KAPA/KBPM
iii. Penentuan pemenang berdasarkan jumlah markah yang di perolehi
semasa pertandingan seperti dalam borang permarkahan.
iv. Setiap kumpulan akan diberikan tiga situasi kecederaan dan di lakukan
oleh tiga orang setiap situasi. Setiap pasukan diberikan tugasan yang
berlainan dengan cara mencabut undian.
v. Tugasan hendaklah diselesaikan di tempat kejadian dan seterusnya
memindahkan mangsa ke tempat permulaan.
vi. Peserta perlu memberikan penerangan serta bersedia menjawab 3 soalan
yang berkenaan bagi setiap situasi.
vii. Jurulatih pengiring tidak dibenarkan membantu.
viii. Hanya peralatan yang dibekalkan sahaja boleh digunakan untuk
menyelesaikan tugasan
ix. Keputusan hakim adalah muktamad.

KRITERIA PEMARKAHAN : i. Ketepatan mengesan bahagian tercedera.


ii. Kaedah rawatan yang betul
iii. Teknik pemindahan mangsa
iv. Penerangan oleh ketua pasukan
v. Jawapan soalan lisan
vi. Kerjasama dan kekemasan balutan

SEBELUM AKTIVITI : i. Menyediakan peralatan iaitu pengusung , tikar dan pembalut tiga segi
ii. Menyediakan tempat pertandingan
iii. Menyediakan borang pemarkahan
iv. Melantik hakim dan urusetia
SEMASA AKTIVITI : i. Peserta melaksanakan tugasan pertolongan cemas berdasarkan
kecederaan yang dialami oleh mangsa
ii. Penilaian oleh hakim
iii. Memastikan keselamatan hakim dan peserta pada tahap yang tinggi.

SELEPAS AKTIVITI : i. Markah dikumpul dan diserahkan kepada urusetia.


ii. Membuat refleksi( mencatat kekuatan dan kelemahan sepanjang aktiviti).
iii. Pembersihan kawasan dan pemulangan peralatan kepada urusetia
PERKHEMAHAN BERSEPADU BADAN BERUNIFORM KV/SMT
KALI KE 7 TAHUN 2017

PERTANDINGAN BANTU MULA

Pasukan : ............................................................................

No Undian : .............................................................................

Zon : .............................................................................

Kreteria Penilaian :

Bil Kreteria Skor Penuh Situasi 1 Situasi 2 Situasi 3 Jumlah

1 Mengesan Kecederaan 5

2 Kaedah Rawatan 20

3 Kekemasan Balutan 20

4 Penerangan 20

5 Jawapan soalan lisan 10

6 Kaedah usungan 5

7 Kerjasama 10

8 Keselamatan 10

JUMLAH KESELURUHAN

You might also like