You are on page 1of 4

NOTA RINGKAS PERNIAGAAN TINGKATAN 4

BAB 1 : TUJUAN PERNIAGAAN DAN MILIKAN PERNIAGAAN

DEFINISI PERNIAGAAN

– Aktiviti urusniaga jual beli barang dan perkhidmatan antara penjual dengan pembeli untuk
memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

6 KONSEP ASAS PERNIAGAAN

1) Barang dan Perkhidmatan.


– Barang – Mempunyai bentuk fizikal
– Perkhidmatan: Memberi faedah kepada pengguna, menyumbangkan tenaga dan mental.

2) Keperluan dan kehendak

Perbezaan antara keperluan dan kehendak

KEPERLUAN KEHENDAK
Perlu ada untuk terus hidup Perlu untuk hidup lebih selesa
Terhad Tidak terhad
Mudah dipenuhi Sukar dipenuhi

3) Pertukaran Nilai
- Pembeli memberikan wang kepada penjual untuk sebagai balasan kepada produk yang
diperlehi.
- Berlaku apabila terdapat persetujuan antara penjual dan pembeli.

4) Keuntungan
kos pengeluaran
- Lebihan hasil jualan setelah ditolak semua kos yang terlibat
kos operasi
KEUNTUNGAN = JUM JUALAN – JUM KOS

- Keuntungan melambangkan imej dan kecemerlangan sesebuah perniagaan .

5) Penjual dan pembeli


– Penjual ialah individu yang menawarkan barang dan perkhidmatan.
– Pembeli ialah Individu yang memerlukan barang dan perkhidmatan

6) Kontrak Perniagaan
- Perjanjian oleh 2 atau lebih individu
- Dikuatkuasa oleh akta kontrak 1950
- Berttujuan untuk melindungi pengguna dalam urusan perniagaan.
AKTIVITI PERNIAGAAN

TERBAHAGI KEPADA 2:

AKTIVITI BERASASKAN BARANG

– Melibatkan penggunaan faktor -faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang fizikal.


– Faktor – faktor pengeluaran terdiri daripada (TBMU)
– Contoh kilang perabot menghasilkan perabot .

AKTIVITI BERASASKAN PERKHIDMATAN.

– Melibatkan penawaran barang yang tidak nyata yang dapat memberikan


keselesaan dan kepuasan kepada pengguna.
– Contohnya pendidikan , kedai menjahit pakaian dsb.
– Perkhidmatan ini melibatkan sektor awam dan swasta.

1.1 TUJUAN PERNIAGAAN

Tujuan perniagaan - Menawarkan barang dan perkhidmatan oleh peniaga kepada pembeli.
- Hal ini melibatkan proses pertukaran nilai dalam konsep asas perniagaan.
- Perniagaan ini wujud untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

Perbezaan antara barang dan perkhidmatan

Barang Perkhidmatan
1. Dapat dilihat ,disentuh dan dipegang 1. Tiada bentuk fizikal
2. Untuk memenuhi keperluan dan kehendak 2. Untuk memberikan manfaat kepada orang lain
3. Contoh : Perabot , Pakaian. 3. Contoh : Insurans , Pendidikan

Terdapat juga perniagaan gabungan Barang dan Perkhidmatan – contoh kedai gunting rambut.

Tujuan Perniagaan terbahagi kepada 2 :

1) Organisasi Bermotifkan Keuntungan (OBU)


2) Organisasi Bukan Bermotifkan Keuntungan (OBBU)
Organisasi Bemotifkan Untung (OBU)

1. Terlibat secara langsung dalam aktiviti pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan
.
2. Tujuan utama organisasi untuk mendapatkan keuntungan.
3. Menawarkan barang dan perkhidmatan yang diminta oleh pengguna.

Kepentingan keuntungan kepada organisasi

1. Mengukur tahap prestasi dan hala tuju sesebuah perniagaan


2. Dapat mengembangkan perniagaan.
3. Melambangkan imej perniagaan.
4. Mudah menarik minat pelabur .
5. Menjalankan tangungjawab sosial kepada masayarakat.

Organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU)

1. Bertujuan untuk memenuhi keperluan awam dan pelbagai bidang.


2. Contohnya keagamaan , sosial dan budaya.
3. Menyediakan barang dan perkhidmatan untuk golongan kurang berkemampuan.

Matlamat (OBBU)

1. Meningkatkan penglibatan dalam sektor kemasyarakatan.


2. Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan
3. Memastokan nasib setiap insan terbela.

Kaedah Perniagaan (OBBU)

1. Secara percuma

- Kebiasaannya disediakan oleh kerajaan dan NGO

2. Jualan Bawah harga kos

– Menjual barang jauh lebih rendah dari kos sebenar.


– Biasanya mendapat subsidi dari pihak kerajaan

3. Jualan Pada Harga Kos

- Tiada Sebarang keuntungan diperoleh


- Harga yang dijual hanya cukup menampung kos jualan dan perkhidmatan
1.2 BENTUK PEMILIKAN PERNIAGAAN

4 BENTUK PEMILIKAN PERNIAGAAN

1. Milikan Tunggal
2. Perkongsian
3. Koperasi
4. Syarikat Berhad

You might also like