You are on page 1of 8

Soalan Mid Term Sejarah;

Pendudukan Jepun pada tahun 1941-1945 meninggalkan kesan negatif dan positif ke
atas Borneo Utara Sarawak. Bincangkan

Sebelum meletusnya Perang Dunia ke-2, British North Borneo Company (BNBC) telah
memerintah sehingga 1 Januari 1942. Pulau Borneo telah dibahagikan kepada lima
wilayah. Wilayah-wilayah tersebut adalah dibawah kawalan British iaitu empat wilayah
di uatara iaitu Sarawak, Brunei, Labuan, dan British Borneo Utara. Manakala sisanya
pula atau sebahagian besar pulau di selatan diletakkan dibawah bidang kuasa Hindia
Timur Belanda. Tentera Jepun mendarat dan menawan Jesselton pada 9 Januari 1942.
Jesselton dipertahankan oleh pasukan polis North Borneo Armed Constabulary yang
hanya 650 orang - tidak dapat memberikan tentangan yang kuat, tetapi sekadar dapat
melambatkan serangan Jepun.

Pada 16 Disember 1941, pasukan Jepun telah mendarat di Miri yang merupakan
sebahagian daripada wilayah utara British, dari Teluk Cam Ranh di Indochina Perancis.
Selepas pendaratan tersebut, Angkatan Tentera Jepun mengambil masa kira-kira
sebulan untuk menguasai wilayah-wilayah dan kemudian menamakan semula
bahagian utara sebagai (Kita Beruneo), Labuan sebagai Maida Island (Maida-Shima)
dan wilayah Belanda yang berdekatan sebagai Borneo Selatan (Minami Boruneo)
dengan menggunakan nama-nama Jepun. Dengan itu, buat pertama kalinya dalam
sejarah moden, kedua-dua wilayah yang telah lama dipisahkan dibawah peraturan
penjajah Barat, telah bersatu di bawah pemerintahan penjajah Jepun dengan seluruh
penduduknya menjadi mata pelajaran Maharaja Jepun.

Pendudukan Jepun di Borneo Utara bermula pada 1 Januari 1942 apabila tentera
Jepun mendarat di Labuan. Matlamat utama pihak Jepun ke atas Borneo Utara adalah
untuk menakluk Borneo Utara. Penaklukan tersebut berlaku dengan pantas apabila
menjelang 16 Mei 1942 Jepun telah berjaya menakluki keseluruhan negeri tersebut. Di
bawah pemerintahan Jepun ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian
Pesisiran Pantai Barat termasuk pedalaman dan bandar Kudat yang dinamakan Sheikai
Shiu dan bahgian Pesisiran Pantai Timur dinamakan Tokai Shiu.
Pendudukan tersebut walaubagaimanapun telah mendapat tentangan daripada
kumpulan-kumpulan gerila. Antaranya penentangan daripada kumpulan Gerila
Kinabalu yang diterajui oleh Albert Kwok di Pesisiran Pantai Barat dan satu lagi
dipimpin Datu Mustapha pada bahagian utara. Walaubagaimanapun, Gerila Kinabalu
ini telah terhapus dalam trajedi pembunuhan beramai-ramai Kwok dan ahli-ahli
sekutunya di Petagas pada 21 Januari 1949. Hasil daripada pendudukan Jepun ke atas
Borneo Utara dan Sarawak telah mendatangkan pelbagai kesan ke atas kawasan
tersebut tidak kiralah kesan positif mahupun negatif. Kesan-kesan tersebut terdiri
daripada aspek politik, sosial, dan ekonomi yang ditinggalkan oleh pihak Jepun selepas
penjajahan mereka ke atas Borneo Utara dan Sarawak.

Antara kesan negatif pendudukan Jepun ialah kualiti makanan dan bekalan
merosot. Maka ubi kayu, keledek dan keladi menjadi makanan ruji. Masalah
kesihatan adalah tidak terkawal kerana kekurangan makanan dan nutrisi sehingga
ramai orang menghadapi pelbagai penyakit, seperti beriberi, kudis, malaria dan kusta.
Keadaan hidup yang sengsara di Beaufort, iaitu mengalami kekurangan zat makanan
dan berkudis. Lebih dahsyat lagi keadaan hidup tawanan Jepun di kem Kuching,
Labuan, Ranau dan Sandakan. Di Sandakan, kem tawanan perang (POW) sangat
tenang atau sunyi sepi kerana mereka mengalami kelaparan dan dalam kesakitan
menunggu masa mati kebuluran atau mati sakit atau mati didera dan dibunuh oleh
tentera Jepun. Misalnya peristiwa Death March pada ketika tentera Bersekutu
menghampiri Borneo pada tahun 1945, Jepun memindahkan 536 tawanan perang dari
Sandakan ke Ranau sejauh 250 km dengan berjalan kaki merentasi hutan belantara
dan gunung. Tindakan Jepun memaksa, mendera dan perintah tembak tawanan yang
letih dan tidak dapat bergerak telah menjadi punca banyak kehilangan nyawa dalam
sepanjang perjalanan. Tambahan mereka terdedah dengan bahang matahari,
dehidrasi, malaria, disentri dan banyak penyakit lain yang amat menyeksa. Hanya 6
tawanan yang telah berjaya melepaskan diri pada ketika peristiwa ini.

Berlaku juga penentangan ke atas Jepun semasa pendudukan jepun. Albert


Kwok Fen Nam, seorang doktor gigi telah merancang satu militan kaum Cina di
Jesselton untuk menentang Jepun. Pada awal tahun 1943, beliau ke Sulu bersama
Imam Marajukim untuk mempelajari taktik gerakan gerila. Setelah kembali dari Sulu,
beliau menubuhkan Gerila Kinabalu dan juga memohon bantuan daripada Overseas
Chinese Defence Associaton di China untuk membekalkan senjata melalui Sulu. Maka
penduduk yang lain turut serta. Tun Mustapha juga memimpin satu kumpulan gerila di
kawasan utara. Menjelang Oktober 1943 kekuatan Gerila Kinabalu terdiri daripada 100
orang Cina dan 200 orang Suluk, Bajau, Dusun, Murut dan Sikh. Pada malam 9
Oktober Gerila Kinabalu telah menawan balai Jepun di Tuaran dan Menggatal.
Menjelang pagi 10 Oktober 1943 (sempena Hari Kebangsaan China, mereka mara
menyerang dan membakar Jesselton. Lebih 60 tentera Jepun terbunuh. Peristiwa ini
dikenang Double Tenth Revolt. Namun tiga hari kemudian, tentera Jepun dari Kuching
telah tiba dan Gerila Kinabalu terpaksa undur ke bukit-hutan di Menggatal. Dua bulan
kemudian, tentera Jepun menguggut untuk membunuh 400 orang Cina di Shantung.
Taktik ini telah memaksa Albert Kwok dan anggota Gerila Kinabalu menyerah
diri.Penentangan Gerila Kinabalu berakhir pada 21 Januari 1944, seramai 176 anggota
gerila ini telah dijatuhkan hukuman mati (tembak) oleh tentera Jepun di Petagas.

Selain itu, telah berlaku kemusnahan yang dasyat ke atas Sandakan


berikutan pengeboman pihak Bersekutu pada akhir perang iaitu yang bertujuan
memusnahkan kemudahan asas pihak tentera Jepun di kawasan bandar. Pada 10 Jun
1945 tentera Australia Divisyen Ke-9 mendarat di Brunei dan dari Labuan mereka mara
membebaskan Borneo Utara sebelum perang berakhir. Borneo Utara telah mengalami
kemusnahan fizikal yang lebih teruk, terutamanya bandar Sandakan. Hal ini telah
menyebabkan kuasa British memindahkan pusat pentadbiran ke Jesselton pada tahun
1946. Pembebasan daripada pendudukan Jepun adalah salah satu peristiwa yang
penting dalam sejarah Borneo Utara kerana pengorbanan orang lain untuk
memberikan kebebasan yang dinikmati oleh rakyat Sabah pada masa kini. Perang di
Borneo Utara hanya berakhir secara rasmi dengan penyerahan diri oleh tentera darat
Jepun Ke-37 pimpinan Leftenan Jeneral Baba Masao di Labuan pada 10 September
1945. Kesan penduduk Jepun lebih bersifat bencana ke atas Borneo Utara. Justeru itu,
oleh kerana British North Borneo Company (BNBC) tidak mempunyai sumber
kewangan untuk memulih kemusnahan selepas perang, maka Borneo Utara
diserahkan kepada kuasa Kolonial British pada 15 Julai 1946.
Pada 26 Jun 1946, Pejabat Tanah Jajahan British di London telah menandatangani
perjanjian dengan BNBC untuk mengambil alih hak kedaulatan ke atas jajahan Borneo
Utara atas alasan BNBC tidak mampu memulihkan kemusnahan Borneo Utara selepas
perang. Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara telah secara rasmi menjadi Jajahan
Mahkota British. Peralihan kuasa ini telah berlaku secara aman tanpa bantahan
daripada penduduk Borneo Utara. Sistem pentadbiran Kolonial British adalah sama
dengan sistem pemerintahan semasa era BNBC, iaitu mengekalkan struktur
pentadbiran Residensi dan pentadbiran Daerah. Peranan Gabenor adalah sama seperti
peranan Pesuruhjaya Tinggi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Gabenor menyelia
pentadbiran jajahan Borneo Utara dan dibantu oleh Majlis Penasihat yang terdiri
daripada 3 ahli ex-officio (Ketua Setiausaha, Peguam Negara dan Setiausaha
Kewangan) dan 7 ahli rasmi dan 4 ahli tidak rasmi mewakili kaum imigran Cina di
pantai barat dan peladang di pantai timur yang dilantik oleh Gabenor sendiri. Pada
tahun 1950, Majlis Penasihat digantikan oleh Majlis Kerja (Eksekutif) dan Majlis
Mesyuarat (Undangan). Majlis Kerja terdiri daripada 9 ahli untuk menasihati Gabenor.
Majlis Mesyuarat terdiri daripada 22 ahli termasuk 4 mewakili penduduk tempatan
yang dilantik oleh Gabenor sendiri. Majlis Kerja berfungsi sebagai Kabinet yang
diketuai oleh Ketua Setiausaha tetapi Gabenor akan mempengerusi kedua-dua majlis.
Pada masa itu, Donald Stephens dan Datu Mustapha Datu Harun adalah antara wakil
peribumi yang dilantik menjadi ahli Majlis Mesyuarat. Pada tahun 1952-1956, Majlis
Tempatan (Daerah) ditubuhkan di Kota Belud, Sipitang dan Papar yang melibatkan
penduduk tempatan dalam urusan mentadbir masing-masing. Jawatan tertinggi dalam
pentadbiran adalah dipegang oleh orang Eropah, hanya pada tahun 1957
bukan-Eropah mengisi jawatan pegawai tadbir.

Pemulihan semula ke atas Borneo Utara adalah giat dilaksanakan. Dengan


itu usaha pemulihan pembangunan Borneo Utara difokuskan melalui pelaksanaan tiga
fasa Rancangan Lima Tahun, iaitu, First Reconstruction and Development Plan
(1948-55), Second Reconstruction and Development Plan (1956-60), dan Third
Reconstruction and Development Plan (1961-64) Ketiga-tiga dasar telah dilaksanakan
dengan kos kewangan yang besar. Pada mulanya, sumber kewangan diperolehi
daripada Perbendaharaan British di London dalam bentuk pinjaman pada kadar faedah
yang terendah. Kos pembangunan yang lebih tinggi menjadi beban yang tidak dapat
dielakkan oleh kerajaan Kolonial British. Pada tahun 1951, satu agensi kerajaan
Amerika Syarikat Economic Cooperation Administration (ECA) telah memberi geran
berjumlah USD952,000 bagi membiayai projek pembinaan tiga dermaga baru, iaitu
Labuan (tumpuan komunikasi di luar negara), Jesselton (untuk eksport getah), dan
Sandakan (eksport kayu). Dan, tambahan $2.9 juta Ringgit Malaya disalurkan untuk
projek tersebut pada tahun 1953. Program Colombo Plan pula menyalurkan dana
berjumlah £5.2 juta dalam tempoh 1951-1957,iaitu sebahagian £4.3 juta adalah
sumbangan sumber kewangan luar. Sebahagian besar rancangan itu meliputi
pembinaan semula bangunan, pelabuhan dan dermaga, dan peralatan kereta api.
Colombo Plan juga digunakan untuk pemulihan pertanian, komunikasi yang lebih baik
dan pengembangan perkhidmatan sosial. Selepas tahun 1956, sumber kewangan
untuk pembangunan Borneo Utara adalah bergantung kepada geran daripada
Development and Welfare Funds dan negara lain, seperti Amerika Syarikat, Kanada,
Australia, New Zealand, India dan Brunei.

Namun seperti yang dialami oleh BNBC dahulu, kerajaan Kolonial British juga
menghadapi masalah kewangan untuk mengadakan pembangunan. Misalnya,
pada tahun 1947, pendapatan kasar Borneo Utara dianggarkan berjumlah $6.8 juta
berbanding kos perbelanjaan $11.5 juta. Dalam berapa tahun berikutnya, kos
perbelanjaan adalah kian meningkat tinggi. Pada tahun 1963, pendapatan kasar ialah
$97.99 juta tetapi kos perbelanjaan ialah $97.85 juta. Ternyata kos perbelanjaan
adalah agak tinggi dan hampir sama dengan pendapatan kasar. Sebahagian besar kos,
iaitu 82.5% digunakan untuk tujuan pembangunan infrastruktur dan bakinya 17.5%
untuk sektor sosial. Menurut Tun Mustapha, aspek pendidikan mesyarakat Borneo
Utara telah ketinggalan dari aspek pendidikan. Hal ini berkait rapat dengan
masalah ekonomi yang dihadapi masyarat tersebut. Mereka terlalu miskin untuk
memberi anak mereka pendidikan yang adil dan mereka akan dipandang hina oleh
masyarakat lain yang lebih maju.

Dari segi pembangunan ekonomi pula, di bawah Kolonial British, produk utama
Borneo Utara adalah getah, kelapa kering, manila hemp, tembakau, beras, sagu dan
kayu. Pada tahun 1950, sekitar 2% daripada kawasan tanah telah dibersihkan dan
ditanam; keluasan ekar kawasan padi sekitar 90,000; getah sekitar 125,000; kelapa
sekitar 40,000 dan sagu sekitar 14,000. Eksport getah meningkat daripada 19,500 tan
(1949) kepada 24,000 tan (1950). Eksport kelapa kering meningkat daripada 19,000
tan (1949) kepada 31,700 tan (1950). Pengeluaran kayu pada tahun 1950 berjumlah
6.237.558 kaki padu dan 3.750.507 kaki padu adalah untuk dieksport.Import utama
Borneo Utara adalah tekstil dan pakaian, makanan, beras, gula, cerut, rokok dan
kenderaan. Nilai eksport meningkat daripada $38 juta pada tahun 1949 ke $92 juta
pada tahun 1950, dan jumlah import daripada $34 juta kepada $46 juta. Di bawah
dasar rekonstruksi, usaha pembangunan ekonomi di Borneo Utara telah dapat
diteruskan dengan sedikit bantuan bayaran pampasan kerosakan perang dan geran
bantuan di bawah akta Colonial Development and Welfare Act. Borneo Utara telah
menerima $3 juta sebagai pampasan kerosakan perang. Manakala sejumlah $2.7 juta
adalah sebagai geran bantuan bagi satu tempoh yang berakhir pada akhir tahun 1950.

Selain itu, kekurangan sumber manusia yang terlatih juga sangat penting
dalam bidang pentadbiran. Pada 20 Jun 1962, pada muka depan akhbar The Borneo
Times telah menerbitkan kritikan terhadap kekurangan doktor dan mencadangkan
kepada kerajaan Kolonial British supaya menyediakan lebih banyak peluang biasiswa
kepada rakyat Borneo Utara untuk mengikuti latihan kesihatan dan melanjut pelajaran
dalam bidang perubatan. Kesedaran tentang kepentingan pembangunan seperti yang
dituntut melalui matlamat wawasan Development Decade oleh Perhimpunan Agung
PBB pada 19 Disember 1961, kerajaan Kolonial British telah digesa supaya mencari
alternatif yang terbaik untuk rakyat Borneo Utara. PBB menggesa semua negara
anggota agar meningkatkan usaha untuk mendapatkan sokongan dan langkah yang
perlu ke arah mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial kepada
negara membangun termasuk tanah jajahan. Dengan kata lain, PBB telah
memutuskan kuasa penjajah untuk menyediakan tanah jajahan ke arah pemerintahan
sendiri dalam tempoh yang secepat mungkin.

Kesan lain pendudukan Jepun di Borneo Utara dan Sarawak ialah wujud
semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat. Nasionalisme bermaksud
suatu perasaan yang wujud dalam diri individu untuk bertindak mengadakan
perubahan dalam masyarakat tempatan ke arah mewujudkan perpaduan dan
kebebasan daripada penguasaan anasir penjajahan dengan matlamat mencapai
kemerdekaan tanah air. Semangat nasionalisme ini lahir dalam kalangan masyarakat
khususnya di Borneo Utara dan Sarawak disebabkan kesedaran penduduk tempatan
terhadap pencerobohan dan perkosaan orang luar ke atas hak asasi dan kedaulatan
tanah air mereka. Dengan itu, masyarkat telah membentuk dan menjadi gerakan yang
menentang anasir penjajahan untuk menjulang kemerdekaan tanah air. Ringkasnya,
nasionalisme ini terdiri daripada dua sifat induk iaitu berkaitan dengan perihal
kesedaran dalam pemikiran dan perihal tindakan.

Di Sarawak, kewujudan nasionalisme mulai disedari berikutan wujud cadangan


Perlembagaan Sarawak yang telah diumumkan pada 31 Mac 1941 oleh Rajah Vyner
Brooke. Perkara ini juga semakin berkembang berikutan adanya media cetak yang
dihasilkan oleh golongan nasionalis dari Tanah Melayu dalam usaha mempengaruhi
pemikiran penduduk tempatan malah kuasa penjajah. Salah satunya, wujud akhbar
bahasa Melayu pertama iaitu Fajar Sarawak pada tahun 1930. akhbar ini bertujuan
untuk cuba memberi kesedaran kepada orang Melayu untuk bangkit bersaing dengan
kaum-kaum lain dalam bidang ekonomi dan pelajaran. Selain itu, isu perpaduan,
agama, tanah pusaka dan kelemahan orang Melayu juga ada ditekankan. Hal ini
membawa kepada pembukaan cawangan bagi Persatuan Sahabat Pena Malaya di
Sandakan.

Manakala di Sabah pula, perkembangan nasionalisme dalam kalangan


penduduknya dikatakan agak terbatas berikutan dasar pemerintahan Syarikat Borneo
Utara British yang mengawal ketat setiap pergerakan penduduk tempatan di Sabah.
Selain itu, tahap pendidikan yang amat rendah menjadi antara punca utama
kesedaran nasionalisme dalam kalangan msyarakat tempatan menjadi rendah dan
lambat untuk berkembang. Malah, penyerahan Sabah kepada kerajaan kolonial British
juga tidak mendapat sebarang tentangan daripada penduduk tempatan di Sabah.
PASPAM di Sabah juga telah ditubuhkan bagi menangani masalah keagamaan dan
sosial dalam kalangan masyarakat Islam di negeri tersebut. Selepas tahun 1940, telah
wujud lain-lain pertubuhan Islam di Sabah seperti Persatuan Barisan Pemuda (BARIP),
Parti Kebangsaan Melayu (PKM) dan Khairat Jemaah Muslim (KJM) yang bergerak aktif
semasa isu gagasan Malaysia pada awal tahun 1960an. Sepanjang tempoh
pemerintahan Jepun iaitu dari tahun 1942 sehingga tahun 1945 telah banyak memberi
kesedaran kepada penduduk tempatan mengenai hak asasi mereka terhadap hak
asasi mereka terhadap tanahair mereka sendiri.

Pembebasan daripada cengkaman Jepun bermula pada 9 Jun 1945 apabila Divisi
Kuasa Imperial Australia ke-9 menyerang kedudukan Jepun di Labuan. Perang yang
terjadi Borneo Utara akhirnya tamat apabila Leftenan Jeneral Masao Baba telah
menyerah kalah secara rasmi di Pulau Labuan pada 10 September 1945. Manakala
kolonel Elimus di Papar pada 15 September 1945 serta Mejar Akashi di Beufort pada
17 September 1945. Peristiwa ini merupakan hasil pengeboman bersama Pasukan
Perikatan iaitu Australia, British, Amerika Syarikat, dan New Zealand yang prosesnya
juga memunasnahkan bandar-bandar seperti Sandakan, Jesseltn dan Labuan.
Wilayah-wilayah yang diperintah pihak Jepun selama 3 tahun dimana pihak berkuasa
Jepun secara aktif mempromosikan Jepunisasi kepada penduduk tempatan Borneo
Utara dengan mengarahkan mereka memasuki kelas bahasa Jepun. Jepun juga
membahagikan wilayah utara kepada lima wilayah pemerintahan (Shus) dan membina
lapangan terbang. Selain itu, beberapa kem Perang dikendalikan di sebuah pulau
dimana kebanyakan pegawai penjajah Barat ditahan bersama dengan anggota
gerakan bawah tanah yang menentang pemerintahan yang keras sepanjang
pendudukan pihak Jepun.

You might also like