You are on page 1of 2

Refleksi Hari Pertama( 29 Julai 2018 )

Pertama kali mendapat tahu saya dan semua rakan yang lain perlu menjalani latihan
praktikum selama 12 minggu pada semester kelima membuatkan hati saya terasa
berdebar-debar dan juga terasa tidak sabar lagi untuk bertemu dengan murid-murid
sekolah. Sebelum ini saya beranggapan bahawa menjadi guru sekolah rendah senang
unutk melaksanakan proses pengajaran tetapi rupa-rupanya sangkaan saya meleset
sama sekali. Setelah saya pelajari segala ilmu dan juga teori di IPG Kampus Sultan
Mizan selama tiga tahun barulah saya tahu bahawa mengajar di sekolah rendah
memerlukan seseorang guru itu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam proses
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik minat murid
dalam mengikuti proses Pdpc dalam bilik darjah. Hati saya begitu berdebar-debar
menantikan tibanya saat-saat untuk saya menjalani latihan praktikum di sekolah
selama 3 bulan. Saya cuba gagahi dan kuatkan semangat saya untuk lebih
bersemangat dalam berjuang untuk mendidik anak bangsa saya dan juga demi negara.

Sekolah praktikum saya ialah SK Apal dan ia terletak di Jerteh di mana ia


mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai. Ahli praktikum saya ialah Amir,
Harith dan Zul Haikal. Saya sampai ke sekolah seawal jam 7.15 pagi dan saya terus
menuju ke arah pejabat sekolah. Namun demikian, pejabat sekolah masih tidak
mempunyai tanda-tanda kehadiran guru dan guru besar. Tanpa melengahkan masa,
saya meneruskan perjalanan saya ke bilik guru. Di bilik guru, saya telah bertemu
dengan Cikgu Ramli, ayah kepada salah seorang kenalan kami yang juga merupakan
bekas penuntut IPGK Sultan Mizan iaitu Izriq. Cikgu Ramli menyuruh kami untuk
berkumpul di tapak perhimpunan. Kami telah meminta tunjuk ajar daripada Cikgu
Ramli dan beliau berpesan agar menggunakan teknik dan kaedah mengajar yang
strategik dalam memupuk minat murid untuk kekal berminat dalam proses Pdpc kelas.

Pada perhimpunan itu, saya mula mendapati bahawa sekolah ini mempunyai
bilangan murid yang sedikit iaitu seramai 320 orang. Semasa perhimpunan, saya
sangat teruja dan ingin memuji keberanian seorang murid yang bernama Alisya kerana
dia berani untuk bercerita di depan khalayak orang ramai bagi melengkapkan program
satu cerita pada setiap perhimpunan. Walaupun Alisya sangat berdebar-debar
semasa bercakap, dia tetap menghabiskan penceritaannya. Perhimpunan itu turut
memaklumkan bahawa minggu itu adalah “Minggu Sihat Doktor Muda” dan pelbagai
aktiviti akan dilaksanakan bagi mencapai objektif program itu. Antaranya adalah aktiviti
daki Bukit Keluang, ceramah kesihatan dan sebagainya. Perkara yang mengagumkan
saya adalah selepas perhimpunan, murid-murid diberi arahan untuk membersihkan
padang sekolah dan surau untuk jangka masa yang sedikit sahaja. Tindakan ini amat
bertepatan dengan objektif program dan juga menerapkan unsur Pendidikan Alam
Sekitar dan juga meningkatkan kesedaran dan nilai murni murid.

Program bercerita di perhimpunan Aktiviti gotong-royong

Selepas perhimpunan, saya dan rakan-rakan saya berkumpul di bilik mesyuarat


untuk mengambil jadual mengajar. Saya mengajar subjek Bahasa Melayu, Sejarah
dan Pendidikan Jasmani. Kemudian, saya pun meneruskan perjalanan saya ke
kelas saya iaitu 4 Intelek untuk subjek Bahasa Melayu. Namun demikian, saya
menghadapi masalah kerana saya tidak mempunyai persediaan yang rapi dalam
mengajar dan saya telah mendapatkan pandangan daripada kawan-kawan saya.
Semasa di kelas, saya telah membuat aktiviti suai kenal, sedikit permainan dan
juga permainan bahasa. Saya dapat lihat bahawa kekurangan persediaan ini akan
menyebabkan saya berasa tergesa-gesa dan pening semasa mengajar. Namun
demikian, saya cuba melihat daripada sudut yang positif iaitu, saya mengambil
waktu ini untuk membina hubungan antara saya dengan murid-murid. Seperti biasa,
terdapat murid-murid yang berani bercakap, malu bercakap dan sebagainya.
Namun demikian, saya yang menjalani praktikal ini tidak akan berputus-asa
terhadap murid-murid saya.

Jadual praktikum saya

You might also like