You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA

JALAN PU 12/1, TAMAN PUCHONG UTAMA

47100 PUCHONG

SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA

MEMOHON PERUNTUKAN PENAJAAN


PASUKAN ACTION SONG SEKOLAH
KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA MEWAKILI
SEKOLAH KE PERINGKAT DAERAH
PETALING PERDANA.
SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA
JALAN PU 12/1, TAMAN PUCHONG UTAMA
47100 PUCHONG SELANGOR

KERTAS KERJA MEMOHON PERUNTUKAN PENAJAAN PASUKAN ACTION


SONG SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA MEWAKILI SEKOLAH KE
PERINGKAT DAERAH PETALING PERDANA.

1.0 PENDAHULUAN
Sekolah Kebangsaan Puchong Utama telah melahirkan bakat-bakat
besar dalam pertandingan Action Song dan telah memenangi
beberapa pertandingan di peringkat daerah , negeri dan juga
kebangsaan. Malah pasukan Action Song ini juga telah banyak
menerima jemputan untuk mengadakan persembahan di sekolah-
sekolah lain . Oleh itu peruntukan amat diperlukan dari segi
pakaian,aksesori, dan makanan murid. Ianya juga bagi meneruskan
kecemerlangan dalam bidang ko kurikulum dan kebitaraan sekolah
ke peringkat kebangsaan pada tahun ini.

2.0 Objektif
2.1 Menambahkan keyakinan murid-murid untuk bertutur dan
menyanyi dalam Bahasa Inggeris.
2.2 Mencungkil dan mengembangkan bakat murid dalam tarian
dan nyanyian ke peringkat yang lebih tinggi.
2.3 Memperoleh pengetahuan dan kemahiran menggunakan
Bahasa Inggeris.
2.4 Membina sahsiah, keterampilan, personaliti dan jati diri serta
pengalaman murid sebagai bekalan mereka untuk berfikir dan
bertindak secara positif dan matang.
2.5 Memberikan bimbingan terhadap murid-murid mengenai
penggunaan Bahasa Inggeris yang betul.
2.6 Melatih murid untuk persembahan semasa acara rasmi
peringkat sekolah dan pertandingan di peringkat luar.

1
3.0 Rasional
Rasional keperluan memohon peruntukan tersebut ialah:
3.1 Membeli “costume” Action Song.
3.2 Membeli aksesori dan “props” untuk pertandingan.
3.3 Makanan

3.0 ANGGARAN KOS


(Rujuk lampiran 1)

Dianggarkankan sebanyak RM 4,300.00 diperlukan bagi kos menyertai


pertandingan ini.

4.0 Penutup

Adalah diharap pihak tuan dapat menimbangkan permohonan ini demi


kecemerlangan dan kebitaraan sekolah ini dalam bidang Bahasa Inggeris.

Disediakan oleh : Cop Jawatan

(NORZAINIATUN BINTI MOHAMAD ISA)


Guru Penyelaras,
Kelab Tarian dan Kebudayaan
Sekolah Kebangsaan Puchong Utama

Disemak oleh : Cop Jawatan

(KHAIRIL ANUAR BIN OTHMAN)


Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Puchong Utama

Disahkan oleh : Cop Jawatan

(FARIDATUL AZNA BINTI DAMAN HURI)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Puchong Utama

2
3
LAMPIRAN 1

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA SEUNIT JUMLAH YANG DIPERLUKAN JUMLAH

1. Costume RM 100.00 15 RM 1500.00

2. Props dan aksesori RM 100.00 15 RM 1500.00

RM 1000.00

3. Makanan RM 20.00 15 RM 300.00

JUMLAH RM 4,300.00

You might also like